Header2

• 03 July 2013 •

Jika Takdir Memisah Kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku sebenarnya dah lama nak taip entry ni. Sejak berbulan-bulan yang lepas kot. Tapi rasa beratttttt sangat nak taip. Rasa macam, "nak taip ke taknak taip? nak taip ke taknak taip?" Rasa macam, haaa..macam tu la.

Tapi 2 hari lepas aku ada baca 1 entry, cuma aku tak ingat kat blog mana. Dalam entry tu dia tulis pasal kesihatan dia. Maybe sakit ke apa ke aku pun tak tau la. Lagipun dia tak mention apa kemungkinan penyakit tu, apatah lagi simptom-simptomnya. Cuma yang dia mention, pasal kerisauan kalau-kalau sakit tu menghilangkan umur dia. Risau kalau ketiadaan dia nanti menyusahkan orang kat sekeliling dia.

Tacing jugak bila aku baca entry tu. Walaupun aku belum kahwin, belum sara keluarga, tapi aku boleh bayangkan la implikasi terhadap benda-benda yang dia cerita. Sebab aku sendiri, honestly, banyak kali fikirkan pasal benda-benda yang lebih kurang nak sama.

Sakit? Tak, aku tak sakit. Okey jer kot. Alhamdulillah. Sihat dan kuat dengan Colgate. Cuma beberapa bulan kebelakangan ni, aku banyak kali fikir pasal mati. Even beberapa entry sebelum ni pun aku pernah cerita pasal mimpi yang berkaitan dengan mati, or yang berkaitan dengan orang yang telah mati. Aku tak tau la ajal dah nak sampai ataupun apa.

Itu yang dalam mimpi, something yang aku sendiri memang tak boleh nak kawal. Dalam jaga rasanya lagi banyak kot. Bila time nak tidur la biasanya. Aku selalu fikir, apa akan jadi kalau itu adalah tidur aku yang terakhir. Macam mana kalau aku tak bangun esok pagi? Macam mana bos aku nak maklumkan pada family, sebab aku sendiri tak save nombor telefon. Macam mana family aku nak uruskan jenazah aku balik ke sana. Macam mana itu, macam mana ini, and macam-macam lagi.

Bila near miss accident, pun aku fikir benda yang sama. Macam mana kalau kat atas jalan, aku terputus nyawa. Macam mana aku nak hembuskan nafas terakhir tu. Tenang ke siksa? Sempat ke aku berpesan pada semua orang yang aku sayang, bahawa aku sayangkan diorang. Sempat ke aku mintak maaf supaya dihalalkan segala silap dan salah.

Above all that reasons, benda yang paling aku takut ialah lebih dosa dan kurang pahala. Macam mana agaknya nanti nasib aku kat sana. Entah la. Yang aku tau, mati tu pasti. Bila-bila masa, macam mana pun kita elak, jauh mana pun kita lari, kalau ajal tu dah sampai, kita tetap akan mati.

Aku tak ada idea macam mana nak relate perenggan kat atas, dengan perenggan yang ni. Pasal meninggal masa dah kahwin, dah ada keluarga. Dan pasal meninggal sebelum kahwin, sebelum ada keluarga. Aku rasa dua-dua kes memang berat. Tapi, without disrespect pandangan orang lain, aku rasa meninggal sebelum kahwin mungkin lagi berat..kot.

Bila meninggal masa dah kahwin, dah ada isteri, dah ada anak, for sure la kita sedih nak tinggalkan diorang. Mesti kita akan fikir macam mana kehidupan diorang lepas kita tak ada. Mesti diorang susah, besarkan anak sorang-sorang, cari rezeki, nak survive hidup kat dunia. Itu aku setuju. Even aku belum kahwin, tapi aku boleh faham kot. Sebab aku sendiri pun tak sanggup nak biarkan bakal bini aku hadapi situasi macam tu.

Orang yang meninggal sebelum kahwin ni, memang la dia tak tinggalkan and tak susahkan siapa-siapa. Tak ada tanggungan. So mungkin tak ada siapa-siapa pun yang terkesan dengan ketiadaan dia. Tapi itu la masalahnya. Tak ada siapa-siapa. Isteri tak ada, anak pun tak ada. So aku terfikir in future. Let say, 30 tahun akan datang. Kalau aku meninggal sekarang, masih ada ke doa untuk aku pada 30 tahun yang akan datang? Sebab salah satu penghubung antara dunia kita dengan dunia sana, ialah doa daripada anak-anak. Aku? Isteri pun tak ada, inikan pula anak. Usah kata 30 tahun, entah-entah lepas 5 tahun pun doa tu dah makin tak ada.


Sebab tu aku rasa meninggal sebelum kahwin ni lagi berat, in future la.

Okey, kesimpulan. Dah macam karangan SPM pulak siap nak kena ada kesimpulan..hahaha. Kesimpulannya, aku harap aku masih dipanjangkan nyawa. Kalau ditakdirkan suatu masa nanti nafas aku tak ada, aku pun sama macam orang lain jugak, aku harap ketiadaan aku tak membebankan sesiapa. Aku harap tak ada yang tak suka bila aku tak ada, apatah lagi yang suka bila aku tak ada..uhuk2. Sekian, terima kasih. Itu jer.

p/s: Al-Fatihah untuk semua orang yang telah pergi dari kehidupan kita.


• 02 July 2013 •

Johor Yang Best

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Okey, tajuk angkuh gila kan? Hahaha..ni kalau Bundle baca, maybe dia ingat entry aku kali ni ada unsur-unsur semangat kenegerian yang tinggi. Maybe la, kot. Dah, itu jer intro aku.

Sebenarnya aku sendiri pun tak suka sangat nak berbangga dengan semangat kenegerian ni. Minda aku tak cukup sempit nak menyatakan yang negeri aku best, negeri aku ada itu, negeri aku ada ini, orang negeri aku baik-baik, bahasa pun sopan santun berbanding negeri orang lain, dan macam-macam lagi. Pada aku, statement-statement camtu menjengkelkan. Silap-silap boleh bergaduh kalau masing-masing nak menangkan negeri masing-masing.

Berbalik kepada topik, satu benda yang aku suka pasal Johor ni ialah rancangan TV. Yup, rancangan TV.

Macam yang aku pernah cerita dalam entry-entry sebelumnya, keluarga aku susah. Hidup pun serba sederhana. So kalau rumah takde Astro tu kira normal la. Tak termampu nak tengok siaran berbayar. Apa yang ada kat TV2, TV3, NTV7 dengan 8TV, itu la yang kitorang hadap. TV1 memang tak pernah clear. Siaran TV9 pulak macam ada, macam tak ada.

Tapi yang bestnya, aspek siaran TV kitorang tak tertumpu pada empat stesen tu jer. Sebab bila kat area Johor Bahru tu, konfem TV kitorang akan dapat siaran Singapore. Siaran Indonesia pun boleh, tapi kena pasang arial tinggi-tinggi la. Arwah nenek aku rajin jugak layan cerita Indonesia ni. Masa tu siaran Bintang dengan Pelangi memang takde kat Astro. Setiap kali aku datang rumah nenek (10 minit jer kot kalau jalan kaki), mesti nenek tengah tengok drama Indon.

Aku? Rumah aku pun dapat siaran Indon jugak. So setiap pagi sebelum pergi kerja, aku akan duduk satu jam tengok konsert band-band Indonesia. Kat Inbox SCTV. Aku tak ingat la konsert tu pukul berapa. Either 7-8 pagi, atau 8-9 pagi. Entah, aku pun dah lupa. Tapi setiap pagi aku tengok la. Itu weekdays jer. Then bila weekend, ada tambahan konsert pulak kat stesen yang lain. Sebelah tengahari or petang kot. Kat Dahsyat RCTI.

Inbox SCTV
Dahsyat RCTI

Masa tu, orang Malaysia baru nak layan Radja, Samson or Peterpan. Aku pulak dengan angkuhnya rasa yang band-band tu dah outdated. Even semua band yang aku pernah dengar nama diorang sebelum ni macam Kangen Band, Kerispatih or Ungu, pun aku rasa dah outdated. Dewa dengan Sheila On 7 tu takyah cerita la. Dah tahap kuno kot..hahaha. Masa tu telinga aku disogokkan dengan muzik yang lebih segar, lebih sedap kot berbanding dengan apa yang dah disajikan kat Malaysia.

Kira pagi tu aku dengar lagu, then take note sikit, salin tajuk lagu. Pastu sampai kat ofis aku dah terus cari dan download. Pantas dan tangkas. Sebab tu la kalau kat Kopitiam, aku cepat jer tau kalau siapa-siapa nyanyi or tulis lirik lagu Indonesia..kehkehkeh.

Masa tu aku dah mula membandingkan muzik diorang dengan muzik kita kat Malaysia. Punya la banyak lambakan band-band picisan yang bagus-bagus kat sana. Pastu diberi pulak peluang untuk ketengahkan bakat diorang. Kita kat Malaysia? Hampeh. Peluang tak ada. Kita disogokkan dengan band-band mainstream yang entah apa-apa. Masa tu Meet Uncle Hussain dengan Hujan baru nak naik. Band Indie baru tengah nak menempa nama.

Time tu jugak la heboh diperkatakan tentang sekatan terhadap band-band luar. Konon band kita pun bagus dan boleh memeriahkan industri hiburan. Yup, aku setuju dan tak setuju dengan kenyataan tu. Band-band kita memang bagus, tapi bukan untuk band-band yang mainstream la. Apart of 6ixth Sense and Spider, aku tak rasa ada band yang boleh buat aku dekatkan radio kat telinga. Senang cerita, selera muzik kita masa tu tak sesegar selera muzik diorang kat sana.

Pada aku, muzik yang segar time tu cuma ada kat band-band indie. Yang jadi masalahnya, macam biasa la, diorang tak diberi peluang. Kita harapkan band-band ortodoks untuk menyaingi band-band Indon yang dah mula bertapak waktu tu, which is way better than us.

Eh, rasanya entry aku lari jauh la daripada tajuk asal. Ah biar la. Macam la tak biasa kalau tajuk aku tak berkait dengan entry..hahaha. So sebagai penutup, aku tinggalkan korang dengan lagu ni. Aku suka lagu ni. Sebab berunsurkan ketuhanan. Dari bumi untuk langit. Dari kita untuk Tuhan. Moga siapa-siapa yang rasa kusut, bila dengar lagu ni, boleh ingat Tuhan, biar hilang rasa serabut. Sekian, terima kasih.





p/s: dulu aku berat hati nak tinggalkan Johor, sebab aku tau yang aku akan lost contact dengan lagu-lagu Indonesia.


Back To Top