Header2

• 30 March 2012 •

Ampunkan Kami

Ehem-ehems..

Tadi kan. Saya kan. Menjenguk-jenguk halaman Sis AI. Tentang sebab-sebab blog kurang sambutan. Antara yang menarik hati ialah tentang pen-disable-an button right click. Ya, annoying sungguh mereka-mereka yang cuma membenarkan klik di sebelah kiri ni..:p

Saya minta maaf yer tuan-tuan dan puan-puan serta cik-cik sekalian. Sebenarnya saya sendiri men-disable-kan button right click. Tanpa sebarang alasan konkrit. Sedari dulu waktu saya mula berjinak-jinak di sempadan maya ni, saya memang dah terbiasa dengan kebiasaan sendiri. Even blog-blog lama pun saya disable-kan dengan senang hati. Hobi kot. Hehehe..:D

Sebenarnya post-post saya bukanlah pada tahap "WOW!!" pun. In fact saya tak rasa ada orang akan copy paste terbitan-terbitan sebelum ini. Malah kalau nak view source boleh saja klik View kat sebelah History.. *saya guna Mozilla Firefox ketika ini*

Dan satu lagi saya nak minta maaf. Sebab ruang bacaan untuk blog saya adalah kecil dan terhad. Harap tidak mendatangkan tekanan pada kalian yang membaca. Oh ya, petikan yang terdapat dalam blog Pujukan Niat saya ambil daripada Tengku Puteri. Lupa nak memberikan kredit kepada beliau tempoh hari..

"Jangan Mara Aa.." kata Allahyarham Tan Sri P Ramlee.


• 29 March 2012 •

Mimpi Orang Tua-Tua

Aku fikir ini adalah satu entry bersifat nurani. Maaf kalau apa yang terluah mengundang bosan yang hakiki..

Aku menulis kali ini hanya kerana mimpi. Mimpi tentang seorang gadis yang, entahlah, tiada di sisi tapi kekal di dalam hati. Seorang yang aku sayang tapi, entahlah, perasaan sayang dia tidak lebih dari apa yang dia mampu bagi. Aku rasa kamu mengerti..

Orang tua-tua kata, kalau kita mimpikan seseorang, means orang tu tengah ingat kat kita. Betul ke? Atau hanya frasa ayat menyedap rasa? Atau mungkin kes sebaliknya. Mungkin aku selalu teringatkan dia sampai dalam mimpi pun aku terbawa..

Hakikatnya aku ada sedikit percaya pada kata orang tua-tua. Kerana pernah beberapa kali terjadi dalam kitar hidup aku sebagai manusia. Ah, mungkin hanya beberapa kebetulan saja..

Selamat pagi kamu yang dicinta..:)


• 28 March 2012 •

Pujukan Niat

Assalamualaikum..

Tadi aku terbaca satu entry yang menarik hati. Tentang seorang penulis. Pada aku, ia suatu entry yang bersifat general sekali. Tentang aku, tentang kamu, dan tentang sesiapa saja yang mungkin sedang membaca entry ini..

Apa yang menarik minat aku adalah ayat di bawah..

Penulis adalah manusia yang fasih berpura-pura. Penulis mampu menuliskan bahagia pada saat hatinya derita. Penulis tega mengukirkan senyum pada ketika hatinya benci. Namun tetap ada suatu yang pasti, penulis menuliskan perkara-perkara itu kerana pujukan niat yang baik, niat untuk berkongsi suatu yang dia tahu.

Aku dapat rasa ayat tu kena tepat kat dalam hati aku. Sebab aku sendiri selalu begitu..


• 26 March 2012 •

Despresitasi Berahi

Perkataan despresitasi sebenarnya tak pernah wujud dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Tak perlu kau cari kerana apa yang kau akan jumpa ialah tiada. Despresitasi Berahi yang aku definisikan di sini ialah desperate + berahi. Jangan tanya kenapa..

"Kenapa?"

Okey. Sebab dalam facebook banyak aku lihat status kenalan-kenalan yang seakan desperate terutamanya dalam isu perkahwinan. Sebagai contoh, kau berumur 20-an, kau lelaki dan kau pula perempuan. Kau single, dan kau SANGAT risau kerana belum ada pasangan. Kau bercerita soal jodoh seakan hidup kau terlalu sunyi tanpa teman..

Tolonglah bersikap sedikit rasional. Tolong faham bahawa keperluan dan kehendak memang ada bezanya. Tolong jangan zahirkan kesunyian kau hanya kerana status kau sebagai single. Tolong mengerti bahawa hidup manusia bukan hanya terletak pada kasih duniawi..

Buka mata, buka hati dan buka minda. Jodoh masing-masing insyaAllah ada. Tapi perlu tawakal dan usaha. Bukan meratapi takdir kehidupan sedia ada..


• 25 March 2012 •

Maksud Aku, Perkara Kelima

Perkara pertama. Aku sebenarnya langsung tak berniat untuk menulis sesuatu yang sedih. Maksud aku, niat secara langsung tu memang tak ada. Jadi kalau la apa-apa yang aku taip akan buat siapa-siapa terasa, aku minta maaf seikhlas-ikhlasnya..

Perkara kedua. Jika dan hanya jika sesiapa tahu siapa aku sebagai tuan empunya, harap dirahsiakan atas sebab-sebab yang terpaksa dirahsiakan. Maksud aku, simpan apa yang kamu tahu hanya untuk konteks pengetahuan kamu..

Perkara ketiga. Aku ada sedikit sindrom kemalasan untuk memulakan terbitan. Maksud aku, ada perkara yang ingin aku ceritakan tapi setiap kali aku mula menaip mesti aku akan padam balik..

Perkara keempat. Sebenarnya tak ada perkara keempat. Maksud aku, tiada perkara keempat. Cuma aku harap kamu-kamu semua baik-baik sahaja..

Live life. Love life. May Allah Bless..:)


• 20 March 2012 •

Hanya Jika Kau Tahu

Ini adalah entry yang sangat pendek dan sopan. Saya rindukan seseorang. Saya sangat rindukan seseorang. Sayangnya, perasaan ini tak mampu saya lafazkan. Atas sebab yang tak mampu saya jelaskan..:|

Sekian..


• 18 March 2012 •

Aku Ingin Pulang

Terdapat beberapa perasaan yang tak mampu aku zahirkan dalam bual bicara. Perasaan yang tak dapat aku lafazkan dengan kata-kata. Yang termampu hanya dengan cara ini, aku ungkap dalam bentuk penulisan. Luahan rasa tanpa mengharap sebarang ihsan sesama insan..

Sebenarnya aku ingin berubah. Aku ingin jadi seorang manusia. Aku sangat ingin untuk mengubah rutin hidup dan tatacara lama. Aku mahu hidup aku diberkati oleh-Nya. Aku mahu diredhai sebagai seorang hamba..

Terkadang aku keliru. Adakah aku hanya ingatkan Allah bila mana aku perlu akan sesuatu? Aku malu pada diri sendiri. Aku malu pada Tuhan. Aku malu kerana sebelum ini Dia sering aku tinggalkan. Aku malu kerana sering lalai mensyukuri segala nikmat dan pemberian..

Aku mahu belajar ikhlaskan hati sendiri. Aku mahu belajar menerima, bukan hanya memberi. Juga vice versa bagi statement sebelum ini..


• 16 March 2012 •

Panjang Macam Kura-Kura

Aku ngantuk, tapi aku nak menulis. Atau lebih tepat, aku nak mengumpat..

Lambat dan lembab ialah dua perkara berbeza tapi menjurus kepada pengertian yang sama. Salah satu benda bukan hidup yang perlu ada kedua-dua gelaran tersebut ialah koc KTM Komuter. Maksud aku koc yang baru. Panjang bersambung dari hujung sini ke hujung situ..

Aku rasa pihak KTM sedang dalam proses pengujian koc yang baru tu. Malah pemandu-pemandu (jika patut disebut pemandu) pun sedang cuba belajar suis-suis dan mekanisma yang ada kat situ. Aku dengar mereka berinteraksi dengan walkie talkie. Nak tekan suis mana untuk membuka pintu pun mereka tak reti..

Train tu sebenarnya mendatangkan tension. Koc daripada Sentul menghala ke KL Sentral tapi sistem audio menyatakan stesen berikutnya ialah Batu Kentonmen. Untuk lebih memutarbelitkan pemikiran, visual dalam train memaparkan bahawa stesen berikutnya ialah Teluk Gadong..

Dan lagi, train itu bersambung panjang. Semua tempat ada gambar koc wanita. Dan pegawai KTM menghalau penumpang lelaki daripada koc tengah dengan alasan koc tengah itu untuk kaum hawa. Dan ya, aku memang tak faham apa relevannya tindakan mereka. Kerana koc itu bersambung seperti perkhidmatan Star, Monorail dan Putra..

Betulkan aku jika apa yang aku taip adalah dusta..


• 09 March 2012 •

Takdir Yang Sempurna

Kisah bermula daripada sekeping paper. Encik R dan puan R bercerita perihal seorang ustazah yang mengulas tentang pasangan 'subur', 18 orang anaknya..

Puan R menyokong. Berkata bahawa tiada guna anak ramai jika tidak mampu menjaga. Tidak mampu memberi pendidikan sempurna. Encik R pula menyerong. Itu rezeki masing-masing katanya. Takdir dan ketentuan Allah seharusnya kita terima..

Aku ialah encik H. Adik-beradik aku 7 orang sahaja. Family aku bukanlah orang berada. Aku pun pernah hidup susah, serba-serbi tiada. Tapi Alhamdulillah, aku masih mampu membesar sebagai seorang manusia..

Rasanya hampir semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Arwah emak sanggup meminjam untuk memenuhi keperluan semua. Abah pula sanggup berlapar demi tanggungjawab menyara keluarga. Biarpun susah, kami cipta nilai bahagia dengan segala apa yang kami ada..

Kata-kata encik R ada benarnya. Rezeki dan takdir masing-masing telah ditentukan oleh-Nya. Aku tak sedih melihat rancangan Bersamamu di TV3. Kerana aku tau aku pernah hidup lagi susah daripada mereka..

Kesimpulannya, encik R dan puan R bukanlah suami isteri. Mereka juga bukan ibu bapa saya..=)


• 06 March 2012 •

Tapak Kenangan Jiwa

Hidup adalah tapak kenangan jiwa. Mencipta, dicipta dan tercipta sewaktu kita masih lagi bernyawa. Kita mungkin boleh berkata bahawa kita telahpun lupa. Tapi hakikatnya? Hakikatnya mampukah kenangan-kenangan indah terluput begitu saja..

Sebenarnya ada kenangan yang kadangkala tidak mampu untuk dikenang. Atau lebih tepat, tidak mahu untuk dikenang. Kita cuba dan paksa untuk lupakan walaupun penat. Kerana kenangan pahit pedih itu membuatkan kita seakan ingin lari sehingga ke liang lahad..

Tapi ada juga kenangan hebat yang segar malar sepanjang usia. Kenangan indah yang membuatkan kita gembira dan sangat amat paling sungguh teruja. Kenangan manis yang ingin diceritakan pada anak cucu setelah tibanya hari tua. Kenangan terbaik yang tak mampu dinilai dengan harta benda..

Seperti juga kamu. Kamu adalah antara kenangan terindah di dalam hidup saya. Kenangan yang tak mampu saya nilaikan dengan kata-kata. Bukan kerana kamu adalah tidak bernilai, tetapi kerana kamu adalah tidak ternilai..


• 04 March 2012 •

Dia, Aku Dan Kamu

Maaf. Maaf kerana meletakkan dia di depan aku dan maaf kerana meletakkan aku di depan kamu. Maaf kerana harapan dan impian tidak mampu menjadi satu. Maaf kerana pernah membuatkan kamu tertunggu. Dan maaf kerana membuatkan kamu tidak lagi menunggu..

Maaf. Maaf kerana aku terpaksa buat begitu. Maaf kerana aku tak mampu memilih kamu. Maaf kerana hati aku kini tidak lagi bersama aku. Maaf kerana dia kekal menjadi satu-satunya insan yang aku mahu..

Maaf. Maaf kerana berulang-ulang kali telah menyakiti kamu. Maaf kerana seringkali mengabaikan kamu. Maaf kerana kadangkala membuatkan diri kamu seakan tidak diperlu. Maaf kerana hanya ungkapan ini menjadi luahan termampu..

Dan maaf jika suatu masa nanti maaf aku tidak lagi bermakna kepada kamu..


• 03 March 2012 •

Stalker Kelas Satu

Selamat pagi dan selamat hari sabtu. Selamat menikmati cuaca sejuk beku dengan titisan air hujan seakan turun satu persatu. Selamatlah hendaknya hidup dia, hidup aku dan hidup kamu. Semoga Allah sentiasa memberikan restu..

Salah satu rutin hidup pada waktu pagi, melihat ke dalam facebook kalau-kalau si dia ada mengupdatekan status terkini. Tanpa comment. Hanya like dan terus perhati. Mungkin dengan cara ini sudah cukup untuk memuaskan hati sendiri..

Sesungguhnya aku sayangkan dia. Aku sangat sayangkan dia. Dengan segala rasa yang ada, insyaAllah aku akan tetap sayangkan dia. Dan dengan segala masa yang aku ada, insyaAllah aku akan terus sayangkan dia..

Well said, aku harap dia akan sayangkan aku sepertimana aku sayangkan dia..


Back To Top