Beberapa hari kebelakangan ni, aku rasa semua orang pun tau domain dot my ada problem. Susah nak diakses atau tak boleh nak diakses. Aku takde la sampai tahap mengkaji sangat sebab musabab dia. Cuma ada terbaca sikit-sikit jer la. Kononnya diorang tengah upgrade server ke apekebende ntah.
Aku mula perasan permasalahan domain ni sejak 26 Januari 2013, time aku post entry Terbitan Tiba-Tiba tu. Tak sampai setengah jam lepas aku post entry, terus blog aku takleh nak diakses. Liyaa tanya aku, Payeh tanya aku, Aien tanya aku, Nur tanya aku, Farah tanya aku, Rapunzel pun tanya aku. Jawapannya, idak ler teman tau. Dah aku pun takleh akses, aku tak terkejut la kalau orang lain pun takleh akses..hahaha. Adil dan saksama yer tak?
Tapi aku ada nampak la tutorial untuk setting DNS. Tukar ke 8.8.8.8 dan 8.8.4.4, pastu kita akan dapat akses blog-blog yang menggunakan domain dot my. Siapa yang dah tukar jer la boleh akses, siapa yang tak tukar tetap jugak takleh nak akses. So sebagai salah satu program khidmat masyarakat, aku kongsikan jugak tutorial ni walaupun aku tau korang bukannya nak tengok..kehkeh.
Berbalik kepada cerita asal. Sebagai backup plan terhadap domain dot my tu, aku pun beli satu lagi domain iaitu www.capital-h.us. Tujuannya untuk standby jer sementara domain dot.my tu belum boleh diguna. Dan nampaknya hari ni domain www.capital-h.my dah boleh kembali beroperasi seperti biasa. Indirectly means yang aku sekarang dah ada dua domain name. Bukannya kes tamak, cuma aku fikir kalau la tiba-tiba salah satu domain tu ada problem, domain satu lagi akan cover blog aku seperti biasa.
So aku nak bagitau yang sekarang ni, kedua-dua domain tu boleh diguna dan akan pointing kepada blog yang sama. Itu saja. Nampak kan? Kes tak tau nak buat ending macam mana..hahahaha.
p/s: kan best kalau aku ada domain capital-h.me..sebab ME tu sendiri dah melambangkan nama pesbuk aku..kehkeh.