Sewaktu aku menaip entry ini, dan sewaktu aku publish entry ini, insyaAllah pada 28 Februari 2013, jam 11.59 malam, blog ini kurang seminit daripada menggenapkan ulangtahun yang pertama. Itu kalau dihitung secara fantasi.
Sewaktu kalian pula membaca entry ini, insyaAllah bermula pada 01 Mac 2013, jam 12.00 tengahmalam, blog ini telahpun menggenapkan usia setahun dan satu hari. Itu juga kalau dihitung secara fantasi.
Sebenarnya kalau diikutkan, blog ini baru berusia suku tahun. Di mana secara realitinya, suku tahun itu bersamaan dengan tiga bulan atau lebih kurang hanya 90 hari. Realiti yang masih lagi berbentuk fantasi.
Bila difikir-fikir balik, blog ni memang menyimpan banyak memori. Terlalu banyak. Blog ni menjadi medium pengantaraan untuk aku bercerita tentang kehidupan sendiri. Menginterpretasikan apa yang aku fikir dalam julat penceritaan yang buatkan aku rasa cukup berpuas hati. Sekurang-kurangnya berpuas hati dengan terbitan setiap entry.
Dalam blog ini, setakat ini, aku cuba salur segala kreativiti yang tercapai dek akal. Bereksperimen dengan idea-idea karut yang terlintas kat dalam kepala. Baik daripada penulisan, daripada tajuk-tajuk entry, daripada wordless wednesday yang entah apa-apa, daripada hidden message dalam entry-entry tertentu, daripada kiasan dan ayat-ayat tertentu yang cuma boleh difaham oleh orang tertentu, dan macam-macam lagi.
Aku rasa kreativiti tu sendiri membawa pemikiran manusia mortal macam aku untuk menjelajah jauh daripada kotak pemikiran sedia ada. Mempelbagaikan apa yang aku boleh buat supaya aku tak bosan, dan harap-harap supaya orang lain pun tak bosan. Berevolusi untuk lebih baik daripada apa yang aku boleh beri, lebih baik daripada apa yang aku boleh bagi.
Sebagai contoh, penulisan aku pun sebenarnya dah meng-ga-la-mi evolusi sepanjang suku tahun ni. Bilamana aku dah tak boleh terlalu kerap berbasa-basi. Dah tak boleh terlalu kerap menaip cerita yang cuma boleh difaham oleh diri sendiri. Dah tak boleh itu dan tak boleh ini. Dah tak boleh anggap orang akan baca entry aku lebih dari sekali. So that, aku cuba untuk berevolusi.
Kesimpulannya, pada usia yang ke-365 hari, aku harap blog ni boleh bernyawa untuk suku tahun lagi. Suku tahun yang turut bersamaan dengan 365 hari. Tercapai atau tidak, itu aku tak pasti. Kita cuma merancang, ketentuan tetap terletak pada takdir Ilahi.
Have a good day, cewah.
p/s: aku dah terfikir tajuk entry untuk suku tahun lagi..
• 28 February 2013 •
• 27 February 2013 •
Foto Raya Cina
"Weh"Conversation ringkas tu membawa kami ke tempat lama. Tempat kami mula-mula belajar membaca, tempat kami mula-mula belajar mengira. Tempat kami mula berangan, pasang cita-cita, main bola, bergaduh, dan belajar jadi manusia.
"Apa""Tereh?"
"Bila?""Esok"
"Okey"
Oh ya, lupa nak bagitau yang conversation tu adalah antara aku dengan adik lelaki aku. Dan destinasi yang kitorang nak pergi ialah Ladang Tereh Selatan, tempat tinggal kat Kluang suatu ketika dulu. Sebenarnya planning nak datang balik kat sini memang dah lama. Sejak beberapa tahun lepas kot. Tapi asyik tertunda sebab aku ni dah kena buang negeri.
So bila perancangan tu diajukan pada adik beradik yang lain, masing-masing nak ikut. Akak aku tak dapat ikut sebab dia kena jaga anak-anak. Adik perempuan aku pun tak dapat ikut sebab dia tengah tunggu hari nak bersalin. Dah bersalin pun Isnin lepas. Anak perempuan, namanya Nur Aimi Nadhira. Aku decide nak panggil budak tu Aimi.
Lari topik kan? Ya, aku tau. Jadi kesimpulannya, kitorang pergi berempat. Aku, ayah aku, adik lelaki, adik perempuan sorang lagi.
Kebetulan pulak hari yang kitorang pergi tu hujan. Jadi tak dapat nak berjalan sangat. Tak jumpa siapa-siapa pun. Plus aku sendiri tak tau nak jumpa siapa, tak tau sama ada kawan-kawan aku masih ada kat situ ataupun tidak. Lagipun family kitorang dah lama pindah. Seingat aku tahun 1997, 16 tahun yang lepas.
![]() |
| on the way ke Ladang Tereh..aku suka betul tengok pokok tu macam bercantum..redup jer.. |
![]() |
| pun on the way jugak..aku lupa apa motif masa snap gambar ni.. |
![]() |
| 12km nak masuk ke ladang..dulu-dulu aku tumpang lori daripada sini nak masuk dalam..'Tereh Complex' tu aku ingatkan dah ada shopping complex la kat dalam..rupanya, hmmmm... |
![]() |
| guard post..lebih kurang 2km daripada jalan besar.. |
![]() |
| ni padang kat depan rumah kitorang..kat sini la aku belajar main bola..bila dah score, terbang buat gaya superman kat tengah-tengah padang..konon hebat la..ceh! |
![]() |
| ni sebenarnya dewan ke apa entah..kat sebelah padang..kitorang panggil 'panggung' sebab tiap-tiap bulan ada tayangkan wayang pacak kat sini..korang tau ke wayang pacak tu apa? O.o |
| view sekolah baru kalau dilihat daripada sekolah lama (atas bukit) - sumber |
Penat berjalan, penat meronda, kitorang gerak balik, singgah kat bandar Kluang. Takde apa kot yang buat aku teruja dengan suasana kat bandar. Rasa macam biasa jer. So lepas makan-makan, terus plan nak balik Kulai la. Tapi singgah sekejap kat Masjid Kluang. Aien tau masjid ni sebab dekat dengan sekolah dia. dekat dengan sekolah aku jugak. Alang-alang dah sampai, aku snap la gambar kelas aku, pemandangan daripada Masjid Kluang.
Entry ni sebenarnya nak abadikan gambar jer..
p/s: tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat tak jatuh..








