Header2

• 11 August 2012 •

Sedang Hengen Bersenta

Ehem-ehem..Assalamualaikum..

Hari ini saya nak cerita sikit pasal senta..kehkeh..nampak manja kan saya bila taip perkataan senta..Dah la gunakan kata ganti diri 'saya'..Rasa sungguh sopannya saya di bulan puasa..hihik..Manja kan? Manja kan? Kahkahkah!

Bila dikenang-kenang cerita lama, rasanya sepanjang 16 tahun ni aku gunakan pelbagai cara untuk sampaikan apa yang aku rasa pada orang yang aku suka. Most of the time, aku rasa aku tak pernah confess directly. Aku lebih kepada berkias. Lebih kepada memberi hint. Cukup untuk dia tahu yang aku sayangkan dia. Cukup untuk aku tahu yang dia sayangkan aku. Pada aku, itu dah lebih daripada cukup untuk ucapan alebiu dan alebiutu..

Tadi kat blog En. Copy Paste ada taip pasal Cinta Matematik. Kemudian Ety komen dan bagitau kawan dia pernah confess gunakan invent equation. Bagus sebenarnya. Sebab kita cuba gunakan cara yang unik untuk luahkan apa yang kita rasa..:)

Dulu-dulu sebelum telefon bimbit mula berleluasa, aku yang misekin hena ni berhubung melalui surat jer. Selit-selit dalam buku. Kononnya nak pulang sebab pinjam buku text si dia. Tapi rasa macam split identity pun ada kot masa tu. Dalam kelas asyik bergaduh, asyik membangkang. Bitter rival la kononnya sebab dia antara top student kat dalam kelas. Tapi dalam diam-diam dok bersenta. Last-last macam mana entah, satu kelas tau. Cekgu-cekgu pun tau..hehe

Berbalik pada equation tu. Kalau korang search kat google, korang akan jumpa equation macam ni: 9x-7i > 3(3x-7u)

Then kalau korang selesaikan equation tu, means korang akan dapat jawapan kepada salah satu entry aku sebelum ni. So camtu la konsep aku untuk luahkan something yang aku rasa. Ini berbeza dengan konsep confess tau. Sebab pada aku, confess kena luah kat mulut, dengar kat mata, dan jatuh kat jiwa. Cewah.

p/s: satu lagi equation yang perlu korang google ialah persamaan ini:
sqrt(cos(x))*cos(200 x)+sqrt(abs(x))-.07)*(4-x*x)^0.01, sqrt(9-x^2),-sqrt(9-x^2) from -4.5 to 4.5


62 comments:

  1. pergh...tak pernah plak tau pasal equation2 love nih...thehehhe..
    dia cerdik matematik memang sah2la tau...lalala

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..sama la..xtau gak pasal equation2 nih :p

      Delete
    2. posmen dah cuti la SKL..:|

      Delete
    3. H jelah jadi posmennya...:D

      Delete
    4. bagi la alamat..nanti rombongan posmen H sampai..hahaha

      Delete
    5. agak2 bila boleh sampai tuh..nak bentang karpet hijau..hehehe

      Delete
    6. tunggu hantaran cukup la..#_#

      Delete
  2. kalau ada orang guna teknik equation math ni kat aku, mungkin aku akan abaikan sbb aku x minat math :|

    btw hai H..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoh..rugi la macam tu..:|

      btw hai Chuu..

      Delete
    2. aku pon tak minat math walaupon aku kerja survey..bosan arr mengira..kurang seni kan chuu..haha..

      Delete
    3. math nk guna logik..seni bebas je walaupon tak masuk akal..

      Delete
    4. kalau dalam bab kerja, aku memang bosan gak guna math..pening tengok nombor tiap2 hari..tapi kalau santai2 ker seronok la..sebab boleh buat org lain berfikir..hehehe

      Delete
  3. hahahaha. lain org lain pendapat ek, ada yg rasa invent formula ni sweet sbb tunjuk effort. ada yg rimas sbb tak suka benda complicated. hahaha

    so far, org confess kat aku tak pernah lagi la nak guna equation math bagai ni. sekadar buat caring, menyatakan direct pada aku. cenggitu la lebih kurang.

    psst : tapi aku rasa teknik guna equation ni untuk confess, perlu digunakan oleh lelaki2 yang susah nak mengaku perasaan pada perempuan. bukan apa, nak mengelakkan yg disayangi dikebas org gara2 kita tak reti acano nak confess. maklum je la, nak harap yg si perempuan start confess dulu mmg tak dapat lah, nnti ada yg bisng perigi cari timba.

    tu diaaa. panjang gila komen aku. konon byk pengalaman je. hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..aku x suka cara direct dan aku pun x suka org terima secara direct..rasa mcm x thrill..:D

      aku suka sesuatu tu ada cabaran..cth mcm tertanya2 sama ada that girl suka kat aku atau x..point bila aku susah nak dapat dan tertanya2 kedudukan aku tu akan buat aku rasa lebih menghargai seseorang tu dalam life aku..camtu la lebih kurang..

      kepuasan mengorat tu bukan kat stage 'dapat', tapi kat stage effort sebelum dapat..hehe

      Delete
  4. hulamakkk. aku kagum sape yang confess pakai math ni. sebab aku loser math kan. tp tp tp. kalau kene kat aku org confess main math. mungkin aku akan try jugak. tapi kalau x dpt mesti aku frust giler =|

    tapi aku suke aa tgk sape confess pakai care trsendiri. x main direct gitu. sbb aku rase. beliau cukup gentle. eh? :|

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada aku, itu yg best..bukan dalam aspek math jer la..dalam aspek apa pun x kisah..reaction someone terhadap cara kita tu akan buat kita cuba utk faham apa sbnrnya yg dia fikir and apa sebenarnya yg dia rasa..

      macam main catur la..kita cuba predict tindakan dia..tapi tak semestinya dia akan respond sama mcm apa yg kita jangka..:D

      cara confess mungkin tak sama pada setiap org..tapi aku lagi suka kalau cara tu unik..something yg mungkin simple pada org lain, tapi cukup bermakna pada dia..hehe

      Delete
    2. kan. bile cara tu unik. yang org lain x buat. meaning tu lagi dalam taw. hihi

      pada aku. kalau direct ni. aku mcm errkkk sikit. mungkin sbb aku mcm geli sikit biler org ckp lebiu senta bagai sume tu. -.-

      tp kalau bg hint pulak. aku jenis y lembab. maka, aku lebih suke y thrill mcm ni. baru semangat tu ade. wakakaka.

      selain math. aku ade jumpe solution chemistry punye taw. meh nak share.

      Ar + B + S + Ca + Ne
      RAM : Ar,40; B,11; S,32; Ca,40; Ne,20
      143=I Love You
      Ar + B + S + Ca + Ne = 143
      therefore, ArBSCaNe = I love you = 143

      see? hahahaha.

      Delete
    3. hahaha..aku xde la sampai tahap chemistry nih..kau lagi advance..tapi dulu2 aku ada la buat simbol2 unik utk wakil setiap huruf..ala2 braille la..pastu cara lipat surat pun unik..bentuk segitiga..kehkeh

      Delete
    4. pehh. lebing lebing kan kau jugak dulu. kihkihkih. aku tak reti lipat2 surat kasi unik bagai. ade penah. punye malas. aku tulis atas tissue jep. tp tp tp. bukan kat lelaki. kat kakak angkat aku je -.-'

      Delete
    5. aku kan romantik..kahkahkah

      Delete
    6. bhahaha. baru ku tau dikau romantika de amor.

      Delete
    7. Sbb tu kdg2 org pgil aku Amore :|

      Delete
    8. aku nak panggil amore jugak lah :|

      Delete
    9. yup..sila panggil aku amore :|

      Delete
  5. Fik tak penah pun sampaikan cinta guna matematik..Kahkahkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. fik sampaikan guna fotografi ke? hahaha

      Delete
  6. Haha, boleh pulakk ada kesinambungan entry Encik Copy Paste, kat blog Encik H ni! xD

    Err, segan pulak nak komen pasal senta ni -.-' Rasa macam tak cukup besarr je. Haha!

    Tapi Encik H, agak cool apaa orang yg confess pakai math semua ni. Nampak laa dia sanggup korban perah otak mencari idea unik nak confess. Takde la setakat luah kat mulut. Dah common sangatt.

    Tapi bila guna cara ni, rasa macam main tarik tali pulakk. Lagi2 kalau pihak satu lagi tu tak menangkap apa yg cuba disampaikan. Haru!

    P/s: Kisah bagi bagi surat tu. Hahaha! Cool gilaa. Baru terkesan di jiwaa memori macam tu. xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, betul..kalau setakat luah kat mulut rasa mcm common sgt..lagipun org ppuan skg lebih educated..bukan bermakna org dulu tidak..cuma skg ni kdg2 benda yg common tu tak berapa ada efek..hehehe

      Bila situasi jadi mcm tarik tali tu yg best..sebab buat kita tertanya2..buat kita teruja..even more, buat kita cari idea and lebih kreatif utk tau kat mana letak duduk kita..:D

      p/s: kisah surat2 tu memang xleh lupa..xkan lupa kot..sbb smpai skg still simpan semua surat2 lama..#_#

      Delete
    2. Tapi, kalau tali tak tertarik bukan perit ke rasa dia? Semua usaha tu macam jadi sia sia?


      Rasa macam Encik H ni dah cecah umur untuk bina keluarga jee. Maka, all the best in finding your true love Encik H! :D

      P/s: Tapi akan tiba masa bila mana Encik H terpaksa 'lepaskan' surat surat tu kan? Siapa tahuuu~ xD

      Delete
    3. Nak kata perit tak jugak..sbb dia dalam kategori sweet pain..so perit pun still kita nak tahan..then bila tiba masanya, kita akan jumpa satu point yg buatkan kita rasa "okey, skg dah tiba masanya"..masa tu dah xde tarik tali dah..manusia bukan kuat sgt pun nak pendam2 rasa..hahaha

      p/s: surat2 lama still ada..classmate tu baru jer bernikah 16/7 aritu..:D

      Delete
    4. Err err faham sampai ayat 'sweet pain' je. Ayat lepas tu tak faham dah. Paling tak faham 'skg dah tiba masanya' Masanya untuk apa?! Untuk terus terang ke untuk stop mencuba? Ahhh susah nya nak cerna ayat neh.

      Tutup isu jom, Encik H! Hahaha!

      Delete
    5. masanya utk decide la..either nak terus terang or stop mencuba..hehehe

      ok..case closed..:D

      Delete
  7. demn ak super terlambat utk jd 1st...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu kira ikut kalculator casio mmg xnmpak graph tu..bhahaha mmg kne pkai kalkulator mahal mcm bebudak IB yg ada siap leh buat graf lg..bhahahah

      Delete
    2. nasib kau terlambat. kalau tak. kau busuk :|

      Delete
    3. cuba lagi lain kali..hakhak

      Delete
  8. wow ! gune math tu.. hahaaha !

    ReplyDelete
  9. erkkk manja ke? huhu..

    eh suka jgk la macam tu, takdela direct sgt. kiranya confess secara kreatif, baru kita akan lebih menghargai & rasa dihargai. tp janganla complicated sgt pulak, lelama nanti bleh fed up. sekian. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..tak semua cara sesuai pada semua orang dan tak semua cara sesuai pada setiap masa..kalau tak kena gaya memang fedup la..hehehe

      Delete
    2. betul tu. equation yg last tu menarik la. kreatif org yg create tu.

      Delete
    3. kan? hehe..tapi equation tu level dia tinggi sgt..tak tercapai dek akal kalau budak2 skolah buat equation camtu..:p

      Delete
    4. tau takpe. nasib baik boleh gugel. kalo tak jenuh nak setelkan equation tu. konfem tak dapat la. ;)

      Delete
    5. equation yg 1st dapat x? :D

      Delete
    6. aah.. dapat. huhu.. mana H cari semua2 ni?

      Delete
    7. "internet maa.." (refer iklan proton afdlin, david arumugam & ho yuhang)

      Delete
  10. hahaha. Aku suka equation yang kedua tu. Graph tu memang 'superb' la kot. hehe

    Kalau nak kata bab pengalaman dulu, ade je lelaki yang tuju kapal terbang kertas, buat sampan, buat kotak sampah, dan yang paling tak boleh dijangka, dia buat bentuk baju dan love. Kadang-kadang nak tergelak pun ada bila teringat kisah puppy love zaman dolu-dolu... hahaha


    Back to the reality, Mr Captain confess perasaan dia dengan hantar satu bentuk ukiran yang agak thrill jugak untuk aku berfikir apa maksud ukiran tu. Aku amik masa hampir sebulan untuk tafsir ukiran tu. Memang jenuh la dia menunggu masa tu.. keh keh keh :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh..sebulan tu..agaknya itu la tempoh sebulan yg paling panjang utk dia..hahaha..tapi Alhamdulillah la..worth waiting isn't it? :D

      p/s: origami pun seni jugak kan..hehe

      Delete
    2. betul tu. ce ko buat origami bentuk love dan bagi kat orang yang kau sayang. mesti dia terharu liuk lentok sampai rasa nak menangis.. hik hik hik! :D

      Delete
    3. aku x pandai la buat origami bentuk love..buat yg baju tu aku tau la..hehehe

      Delete
  11. bro ak benci no. bnci matematik. sangat =(

    ReplyDelete
  12. saya suka!! saya suka!!
    menarik giler klau confess mcm tuu..

    tp nk menyelesaikan eqn tu pon agak r..-.-'

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tapi confession camtu kena buat pada org yg bijak dan berminat nak solve..kalau tak berminat, sia2 jer la..:D

      Delete
  13. Ceeewah! Kemain lagi bg cara nk luah.. Dah hengen bercinta ke?? Haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..xde la..tiba2 terfikir tajuk lagu tu masa nak letak topik entry..:D

      Delete
  14. Perrrrrrrh ni apa ni apa? Ayat-ayat yang kamu tulis aku faham. Tp equation tu, gulp!

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya, maaf zahir batin..

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top