Walaupun muka aku bukannya chinese look, tapi aku pedulik hapa. Aku nak cuti seminggu jugak. Means daripada 10 Februari aku akan start cuti sampai la 17 Februari. Cadangnya aku nak balik kampung tengahari semalam. Ingat lepas settle kerja aku nak blah la. Tapi bila fikir-fikir balik, semalam kan ada episod akhir Setia Hujung Nyawa. So terpaksa la aku tunda..hehehe. Tak guna, macam mana la aku boleh terjebak untuk tengok cerita tu..haishhh.
Tapi aku bukannya nak cerita pasal Setia Hujung Nyawa. Aku cuma nak cerita sikit pasal apa yang jadi semalam. Kira macam kronologi pada entry yang sebelumnya la. Kali ni ahli mesyuarat tingkap dah bertambah. Aku, Encik D, Puan R, Encik A dan Encik Y. Lokasi pulak kat kedai makan sebelah PappaRich. Cik N takde waktu ni, beliau tengah sibuk belajar bancuh kopi..kahkah.
Cerita bermula bila Encik A keluarkan statement bahawa wanita bertudung ni bukannya baik sangat. Nampak jer bertudung tapi bila keluar dating, berpegang-pegang tangan dengan lelaki. Statement tu dibidas oleh Encik D, menyatakan bahawa sekurang-kurangnya dia dah tutup aurat. At least dia dah tutup. Dia dah jaga apa yang patut dia jaga dengan tidak mendedahkan aurat dia kepada orang lain.
Puan R kata, tutup aurat tu kena ikhlas. Jangan pakai tudung sebab terpaksa, sebab suami suruh, sebab mak ayah suruh. Biar kita pakai tudung atas kesedaran kita sendiri. Untuk makluman, Puan R kata dia mula bertudung masa umur 30 tahun. Aku angkat tangan mintak turn untuk bercakap. Menyatakan bahawa daripada pembacaan dan pemahaman aku, aurat tu bukan hak kita. Aurat tu hak Allah. Bukan hak kita untuk tentukan sama ada kita nak tutup aurat ataupun tidak. Tapi Allah dah tentukan bahawa kita WAJIB tutup aurat.
Then Encik A kata, kalau bertudung tapi baju lengan pendek tu tutup aurat ke? Aurat ni tak semestinya kepala. Pakaian ketat yang menampakkan bentuk badan pun tak boleh sebenarnya. Kaki tu pun aurat jugak. Dia cerita pasal member dia yang sebelum ni free hair, then pakai tudung tapi tetap masuk club. Untuk makluman, Encik A ni kaki club dan kaki minum. Dia kata dia banyak jumpa orang bertudung tapi perangai entah hapa-hapa. Lebih baik orang yang free hair ni, sebab diorang tau had dan level diorang kat mana. I'm not yours. So don't touch me. Orang yang pakai tudung pulak, I love you and you love me. Ayat sikit, dah boleh pegang tangan and macam-macam lagi. Orang free hair ni, self confidence dia lebih tinggi berbanding orang yang bertudung.
Encik D tanya Encik A, kalau kau nak kahwin nanti, kau nak bakal isteri kau tu bertudung ke tidak? Encik A jawab, dia tak kisah. Terpulang pada perempuan tu sendiri. Then Encik D kata, dosa untuk isteri yang mendedahkan aurat ni ditanggung oleh suami. Kita sanggup ke nak tanggung dosa isteri? Dosa kita sendiri ni pun banyak tak tertanggung. Encik D kata lagi, dosa mendedahkan aurat bagi perempuan yang belum berkahwin tu pulak ditanggung oleh ayah atau saudara lelaki dia.
Aku rasa kan, penggunaan kata yang tepat bukannya ditanggung, tapi dipertanggungjawabkan.
Puan R pulak kata, pakai tudung tapi tak jaga perangai pun tak boleh jugak. Contoh dalam drama Sahara, orang yang bertudung tu digambarkan sebagai jahat dan orang yang tak bertudung tu digambarkan sebagai baik. Baik tak payah pakai tudung kalau macam tu. Aku senyum jer. Dalam hati rasa nak jer cakap, "tutup aurat tu WAJIB kak"..hehehe.
Banyak lagi kot yang diorang sembangkan. Cuma aku dah tak ingat. Tapi aku still faham apa yang diorang cuba debatkan. Aku setuju dengan dua-dua pihak. Aku setuju bila dikatakan bahawa orang yang pakai tudung ni tak semestinya baik. Orang yang free hair ni pulak tak semestinya jahat. Aku setuju bila dikatakan bahawa menutup aurat ni sekurang-kurangnya dah menjaga apa yang sepatutnya dijaga. Aku setuju bila diorang kata, don't judge a book by its cover. Dan aku jugak setuju bahawa cover tu yang menentukan sama ada buku itu akan atau tidak akan dibaca.
Pada aku, baik atau buruk seseorang tu takde kaitan dengan aurat, takde kaitan dengan tudung. Yes, tutup aurat tu memang WAJIB. Tapi in term of baik dan buruk, aku percaya masing-masing punya kelebihan dan kekurangan masing-masing. Manusia bukan semuanya sama yer tak? Aku banyak jer kawan yang bertudung pastu hatinya baik. Dan aku pun banyak jer kawan yang tak bertudung, tapi hatinya baik.
Kalau aku nak kahwin, aku harap aku dapat bakal isteri yang bertudung. Sebab aku suka tengok orang perempuan yang pakai tudung. Nampak sopan jer..hahaha.
p/s: aku nak gerak balik kampung ni..segala komenan, ulasan, pendapatan dan kunjungan akan dibalasan pada mingguan depanan..Gong Xi Fa Cai!
wah... peminat citer hingga hujung nyawa. nelydia tu budak sekolah akak dulu....
ReplyDeletesambung komen, tadi intro je sebab akak nk cuba sekali jadi pengomen pertama.. huhu... kelakar lak, macam mana boleh terpengaruh dengan hal hal macam ni...
Deleteback to the topic... niat yang bagus H nak cari calon isteri yang bertudung, insya Allah dipekenan niat yang baik ni...
akak setuju dgn H, mmg bertudung tk semestinya akhlak baik, itu mmg kena lihat betul betul.....
semua entry dalam bulan ni akan mula dengan huruf F Ke?
DeleteF melambangkan farah. kehkehkehkeh
DeleteFarah dah perasan lah pulak..........
Deletehahaha. betul lah. tak caya, tanya H sendiri. heee.
Deleteke Fiona eh ehh
Deletehahaha..akak pun terpengaruh nak jadi pengomen pertama ea..ni semua bukan pengaruh sy tau..:p
Deleteback to entry..to be honest, sy terima jer kalau dpt pasangan yg free hair..tapi hopefully lps kawen tu dia akan tutup aurat la..:D
pasal huruf F, yes..idea sebenarnya dtg masa bulan 1..tapi bulan 2 baru start..awak org 1st yg notice..:D
selamat bercuti.
ReplyDeleteterima kasih :)
Deletesama2 :)
DeleteCemana nak komen entry ni. Aku pun setuju dengan pendapat mereka dan jugak pendapat ko. Mmg ada yang bertudung perangai tak senonoh, dan yg bertudung lebih sopan drpd yg tak bertudung, cuma silapnya dia tak bertudung. Tapi apa2 hal pun masih ramai lagi yang betul2 tutup aurat dalam masa yang sama dia juga baik. So, aku doakan ko dpt yg bertudung, tutup aurat yang jenis baik punya.
Deleteaaa..insyaAllah..:D
DeleteSanggup tak balik semalam sebab nak tgk setia hujung nyawa...haishh..!
ReplyDeleteErmm..tutup aurat itukan WAJIB..jadi..tutuplah walaupun dalam keadaan tpksa.. Manalah tahu suatu hari nanti keikhlasan tu dtg dgn sendirinya...
Hati2 memandu..Selamat bercuti.. dan semoga selamat sampai ke kampung..!!
hehehehe
Deletehati2 memandu..ingt org TERSAYANG :)
Nur: hahaha..episod last tu mana boleh x tengok..kalau episod 2nd last ke, boleh la skip..:p
Deletetutup aurat tu wajib..yeah, absolutely..
Ai: tersayang tu maksud dia xsengaja kan? hahaha
Jadi, puas hati tak dengan episod akhir..?
Deleteterang2 'TER'..kira tak sengajalah maksud Ai tu H....
Hahahaha....
erkk..erkk..erkkk hahaha a'ah x sengaja!
DeleteTERsayang x sengaja xpe..kalo TERcinta cemana..
mohon penjelasan dr Nur..dia lebih arif kot.hahaha
muhun Nur beri tunjuk ajar..>_<
Deletehahahaha...ada yuran ye..lima kupang..!
Deletekekekekeke... :p
memang x salah nak beza pendapat. cuma pastikan tau guideline dia..
ReplyDeletexde sape cakap bertudung tu konfem baik.. n free hair tu konfem jahat. sebab yang Islam wajibkan menutup aurat dengan sempurna.
lagi satu, kalau kita perah buah lemon, xkan keluar jus epal.. ye x?
haha..betul tu bro..sebenarnya diorang pertikaikan bila sifat tu x jalan sekali dgn sikap..padahal masing2 pun sebenarnya tau yg tutup aurat tu wajib..:D
Deleteanalogi kau utk ayat yg last tu memang best la..kehkeh
wah2.. kau pun nak bercuti jugak.. :P
ReplyDeleteentry pasal bertdung ni,, aku suke la.
aku pun setuju jugak dgn statement yang hangpa suma dok debat tuh.
er, tapikan,, bukan ke keihlasan tu akan datang dengan sendiri selepas keterpaksaan ?
mase kecik2, kite x suke bile parents kite suh solat.. kene paksa je ari2. tapi bile dah besar, kite sendiri akan sedar n ikhlas nak buat. x suruh pun kite dah buat. sebab akal kite dah detect, tu tanggungjawab kite. same kot dalam hal ni.
pendapat aku je. salah silap betulkan ye :)
and bila dan besar dah tak ada sape2 yang tegur . hilang semua
Deletesebenarnya mmg macam tu..drpd kecik patut dah diajar pasal hukum2 agama..so bila dah besar, ia akan jadi kebiasaan utk kita..
Deletepastu kalau terlupa ke apa ke, tegur2 la sesama kita..
Assalammualaikum.
ReplyDeletePerdebatan tudung n aurat ni.. ak hormati pendapat masing2.
Ko pernah tgk My Name Is Khan?
Dalam filem tu, ada menyatakan, manusia ni, bezanya pada baik dan jahat saja.
Aku setuju. Sebab ko pergi lah mna2 bhgn kt dunia ni, jumpa mana2 bangsa, kenal mana2 agama, berkawan dgn mna2 pringkt umur, sudahnya, ko tentu kalau diberi pilhan, nak yang baik2 dalam setiap satu tu kan. Fitrah.
pada aku, tak semua baik tu baik..dan tak semua buruk tu buruk..sbb masing2 ada baik dan buruk masing2..aku ni pun bukannya baik sgt..kdg2 jahat jugak..
Deletepasal filem tu, aku xpernah tengok..tapi aku tau la jgk sikit2 pasal filem tu..so aku harap aku sendiri xkan judgmental terhadap org lain..
aurat tetap aurat..hukum tetap hukum..kalau kita jaga hak Dia, insyaAllah Dia akan jaga hak kita..:)
Ya, kita hamba DIA.
DeleteHidup satu proses pembelajaran. Jadi setiap masa, kita ada peluang baiki diri kearah yg lebih baik.
Aku suka frasa Hilal Asyraf, kita tak mungkin jadi sempurna..tapi kita kena berusaha mencapai mampu, dalam semua segi,apatah lagi yang berkaitan hakNya.. :)
yup..kita tak mungkin jadi sempurna..tapi insyaAllah kita boleh jadi yang lebih baik..
Deletebetter, if not the best..:)
Okay. Aku cop tempat dulu. Komenan aku akan dibalasan mingguan hadapan, jadian aku bercadangan nak replyan lambat-lambatan laaa. HAHAHAHAHA :D
ReplyDeleteOkay, tak jadi nak komen lambat-lambat. Nanti lupa. Hahaha.
DeletePertamanya, aku setuju dengan apa yang kau setuju :)
Macam yang aku pernah bagitahu, aku tak perfect bab tutup aurat ni, aku pun jahil juga, byk lagi nak belajar. Tapi apa-apa pun, kita sebagai mansusia, tak elok judge orang. Sepatutnya, kita mendoakan seseorang tu untuk berubah. Cukup denga niat di hati, insyaAllah, Dia akan bantu kita sampaikan pada yang empunya diri.
Amin. Mudah-mudahan tercapai hasrat kau :)
aku pun sama T..byk lagi yg aku kena belajar..:)
Deletemane punye cikgu la ajar puan R tu pakai tudung kene ikhlas..kehkehkeh....sori too say..statement camtu mmg menampakkan jahil..tak paham bab agama toksah pandai2 cakap ler..haih..dia pakai tudung tak? kalau pakai pon mesti dia hijabsters..hehehe..
ReplyDeletedia dah start pakai tudung since umur 30 tahun..skg ni kalau x silap aku, umur dia 38..pakai tudung biasa2 jer la..xde sampai tahap hijabsters tu..kehkeh
Deletetutup aurat tu wajib..
ReplyDeletebetul..:)
Deletetutp aurat itu wajib. bnde wajib kne paksa buat. mula2 mmg tak ikhlas, tp tetap dpt elak dri dosa. dah lme2, akan dtg kesedaran. so sbb tu kne paksa dlu nak buat bnde baik. nk tggu ikhlas entah bile agaknye. klau smpai mati xtrbuka hati, camne?
ReplyDeleteye, yg brtudung xsemestinya baik. yg tak bertudung xsemestinya jahat. betul. tp kena igt, semua orang kne memperbaiki diri. jadi, menutup aurat sbgai salah satu cara memperbaiki dan memelihara diri.
pndg pada hati. kalau ikhlas menutup aurat, takkan punya masuk club dan buat bnde xelok. kalau ikhlas menutup aurat, mesti akan jge diri sbb nak pelihara maruah diri. :)
haaaa...betul..betul..betul..:p
Deletetapi part ikhlas tu pada aku susah sikit nk nilai..even dia masuk club pun, kita xleh kata dia x ikhlas..Allah jer yg tahu..:D
Hahaha Cik N tukang bancuh kopi tu pun cuti seminggu lah lah balik kampung raya cina! hahaha
ReplyDelete#have a safe journey pakcik! selamat balik Johor! selamat balik Kulai!jumpe kat kampung ekkkk! kahkahkah :p
Cik N...
DeleteKopi o satuuuu..!
Heeeee...
:p
erkk..aku kat johor ni nana..meh la dating..:3
DeleteJPO tengah sale. Jom pegi JPO. :p
Deletenak ajak kau pegi Legoland aku dah boring main depan tu.haha
haaiiippp, best la main kat Lego.. :P
Deleteaku pegi JPO aritu..tapi x beli apa2 la..:D
Deletemenutup aurat tu wajib ye puan R.. haishh, ssh bila bercakap dgn org yg nk menang je..
ReplyDeletehati² balik kg..
moga dpt bertemu jodoh dgn wanita yg baik²..
erkk..insyaAllah..hahaha
Deletepakai tudung kan comel dan rasa dilindungi...
ReplyDeleteone thing jangan argue dengan syarak. two thing, yang bersalah tu manusia bukan hukum sendiri. three thing, manusia memang tak sempurna.
yup..aku setuju dgn ketiga2 point tu..:D
DeleteAku da kata hang jiwang H haha layan setai hjung nyawa!!! Aurat dan sikap. Pahala dan dosa yang beza. Bukan dtg 1set. Tu yg pasal nye kalau dia pakai tdung tak semestinya dia baik. Dia dpt phala ttup aurat tp dpt dosa kat sikap dia :) simple.kerugian dia lah cari phala dah tuh sibuk cari dosa gk. Kerja yang sia-sia.Dan jgn kata yang walaupun kita tak bertudung tp hati kita baik. Bunyi mcm riak je kan. Bangga ke tak bertudng tp hati baik tu? Kalau kita menilai org jgn la membeza2 kan cm tu. Kalau btol hati dia baik dr org yang bertudung nasihat la dia bertudung. Betambah2 baik la dia :)
ReplyDeletehahaha..aku bukan jiwang la ima..aku romantik..kehkeh
Deletebenda tu pun kitorang discuss sekali..pasal yg lebih kat sebelah sana dan kurang kat sebelah sini..and sebaliknya jugak..semua org ada baik masing2, ada buruk masing2..tp aurat tu hal lain..tu hak Allah..:D
Ok, saya percaya Encik Ha seorang yg romantik. hahahhahaa
Deletehaaa..bagus dira..bagus..:p
Deletependapat aku seharusnya yg pakai tudung tu menjaga tingkah laku juga. dia bawak imej dan peribadi islam dan seharusnya perwatakan yg ditonjolkan juga selaras dgn islam..takut jd bahan tawa org lain dn imej islam dipijak2 tetapi semua pendapat encik A,B,C,D,E sampai Z tu boleh diterima..
ReplyDeletehaa tu la..sebab yg bertudung ni majoriti adalah org Islam..so bila jadi apa2, agama Islam jugak yg akan org perlekehkan..xpasal2 jer..
Deleteustad ckp pakai tudung tak wajib. tapi tutup aurat tu wajib. betul lah tu. rambut prmpuan trgolong dalam aurat yang wajib ditutup. maka pakailah tudung sebelum anda dipakaikan bila anda jadi jenazah nnti.
ReplyDeleteokengg. selamat hari raya pakcik.
stujuuuuu =)
Deletehahaha..sebab makcik tegur, pakcik terus edit entry ni sbb xnak org salah faham..:D
Deletesebagaimana tajuk kau, lain org lain fahaman dia tentang sesuatu.. berbeza2.. memakai tudung itu wajib, ikhlas tak ikhlas mmg kena pakai.. lagipun, dgn memakai tudung akhlak akan lebih dijaga.. kerana dorang tahu apabila bertudung ada batas2 perlu dijaga.. tapi, ada seorang mmber kakak aku tanya aku tau, dia african, lelaki.. dia tanya, kenapa perempuan yang bertudung ni masuk club jugak r.. kat luar pakai, tapi masuk dlm club bukak.. aku time tu konpius dh nak jwp apa.. malu pun ada.. ini soal agama.. apabila kristian membangkitkan isu itu, aku jadi malu..
ReplyDeletehaaa itu la yg diorang bisingkan..org bertudung ni bawa imej Islam, tp cara dia buatkan org lain mempertikaikan Islam..as if macam org cina or india tegur kita kenapa x solat la..
Deleteok la...lagi seminggu jugak aku jengah blog ko...mana tau ada merah gong xi fa cai..haha
ReplyDeleteaku balik kg mengejut!!
amboih..dah sampai utagha ka?
Deletesatgi nanti hang tulung usha tiket hat yg murah2 nk pi sabah..buleh dak? :D
betul tu..baik buruk seseorg tu kita tak boleh nak judge melalui pakai tudung or tak..tak boleh nak komen byk sgt la. sya pun bukn baik sgt hihi..
ReplyDeleteselamat bercuti H :)
*ehem sya pakai tudung :p
ehem2..
Deletememang la awak pakai tudung..tapi awak kan xsuka warna biru muda..hukhuk
takpe pasal biru tu boleh dipupuk hahaha
Deletewahhh..melting jap..hahaha
Deleteweh,, aku pakai tudung,, tq.
ReplyDeleteeh tapi kau bukannya tunggu aku..hehehe
Deleteeh,,, aku tak tunggu dah demi inche h,, hahaha!!!
Deletefuiyoo..ni yg wat aku melting ni..kehkehkeh
Deleteehemmm. saya pakai tudung :D
ReplyDeletekehkehkehkeh
ehem2..saya sweet talker..sila jauhkan diri :p
Deleteehem ehemm ehemm. takpe, saya suka sweet talker. eh :)
Deleteaku suke giler ngan sweet talker sebb dorang sweet,, haha
Deletesaya speechless..:">
Deletekata UAI 'bertudunglah walau terpaksa kerana dari keterpaksaan tu lama2 kita akan temui hikmah & akhirnya kita menjadi ikhlas keranaNya'..
ReplyDeletenasib baik chicna mata sepet, so dpt cuti seminggu. kikiki..
bye bye H. safe journey & happy holiday - Patrick *lambai2* :D
alah cikna..mata ai besar pun dpt gak tau cuti seminggu.hahahaha
DeleteAi ni spesis ikan mata besar ke? O.o
Deletesipi2 mcm ikan koi..
Deletecuba google..
sama tak..?
hahahaha... :p
Ai kan suka ponteng keja. ~lalala~
Deleteerkkkk..confuse jap!
DeleteCikna n Nur dh tukar geng ke?ngutuk geng sdiri nmpk..focus2!hahaha
*mata ai versi ikan uji rashid H.kahkahkah
glamer x?
cikna universal. mana2 pon boleh. bergantung kpd situasi. hihi..
Deletebila nk update ni H? panjang dah komen kat sini. :P
erkk..dah update dah..hahaha
DeleteManusia mana ada sempurna. Yang bertudung tu pun jangan lah orang harapkan dia sempurna 100% tak mengumpat, tak buat dosa. Yang tak bertudung pulak janganlah orang pandang dia jahat.
ReplyDeletefie pakai tudung. Auwwww
haaa..betul tu..
Deletetapi fie dah tunang..iskkk...
Mat drama la ko nih hahaha
ReplyDeletehahaha..aku tertengok cerita tu..so nak xnak terpaksa la layan sampai abis..:p
Deleteentahlah, apapun cuba jdi mnusia yg sempurna di sisi Allah sudah memadai... Thats all... =D apapun, selamat bercuti ye H
ReplyDeleteya..selamat bercuti ena..sila beri tunjuk ajar..:p
Deletegong xi fa chai.. hehehe
ReplyDeletemalas mak nak komen bab bertudung tu.. haha. bagi can org lain komen jer :D
hahaha..xpe mak..mak punya pasal, nak taip 'kbai' pun aku terima..:p
DeleteDira cuti sampai 18hb. Balik Johor kan? Jom detim kat Legoland nak ?? hehehe
ReplyDeletebila? bila? O.o
Deleteah kau, bile bile.. aritu kata nak ikot. punye la kite menunggu die reply tweet, nak ajak join main hujan kat lego.. peceroh nunggu, hampeh..
Deleteni dira masih kat JB, agak2 kalau nak lepak, bagi tau je le..
alamak..aku dah balik Kuantan la dira..hehehe
DeleteSETIAP ORG ADA KEBEBASAN. NAMUN JGN JDIKAN KEBEBASAN UTK KITA "BEBAS" berkata apa sahaja. apa2pun, setiap org punya hati, punya rasa yg boleh berasa marah, kecil hati dan seumpamanya. dan setiap org ada pandangan yg berbeza... moga segalanya baik2..
ReplyDeleteSELAMAT PULANG KE KAMPUNG.. HATI2.. N WISH U HAPPY2 ... hehehe :-)
aku risau jugak pasal tu..sbb aku xnak la kawan2 sekerja aku terasa hati ke apa ke..tu yg aku byk diam jer..malas nk komen byk2 sgt..:D
Deletetutup aurat tu wajib, dah tutup aurat tu, tingkah laku kene la jage pulak, kene seiring sejalan ..jumpe minggu depan H :D
ReplyDeletehahaha..ni dah kira minggu depan kan? :D
Deleteaku suke cara ko berpikir..
ReplyDeleteaku nak cari bakal somi yang boleh imankan aku.. heheheh
errr..cara aku berfikir? camne caranya? aku sendiri pun xtau..hahaha
Deletemenutupi aurat itu wjb, xkshlah ttp dgn apa janji menutupi aurat. aku pun kalau boleh nak gak cari isteri yg btudung. dan
ReplyDeleteaku tgk ramai yg offer diri je ni.haha.
haaa..tu la..ramai yg bertudung dalam ni..boleh pilih 4 terus..hahahaha
DeleteAmboii H...kemain lagii...!
DeleteHahahaha....
alamak..kantoi pulak..-_-"
Deletesiapa kita nak menilai manusia sedangkan itu kerja tuhan..
ReplyDeletekdai sblh papparich kdai nama koboi2 ke
yup2..kat kedai koboi tu la kitorang makan..jgn kata kau ada kat situ time tu..hehehe
DeleteMehh..dunt worry, slalunya aku lepak papparich ketagih white coffee. Truskn disscusion, i wont hear ya..haha
Deletehahaha..xtau bila lagi nk smbung discussion..
Deleteowh, layan gak citer tu ?
ReplyDeleteSelamat bercuti !
terpaksa layan bro..aku terpancing..hehehe
Deleteaahaha...mesti Encik H mengidamkan cinta sedemikian kan? :)
Deleteerrr..hahaha..dalam tv semua nampak sweet2 jer bro..
DeleteEncik H, nak bagik pendapat panjang lebar boleh. AAHAHAHHA...
ReplyDeleteerrr..menutup aurat itu WAJIB :)
kita tahu, tapi kita suka menidakkan apa yang kita tahu. mencari alasan untuk kita tak melakukan sesuatu yang perlu kita laksanakan:)
memang betul tak semua yang pakai tudung tu baik. sebab menutup aurat bukan menjurus ke arah pakai tudung je. banyak lagi perkara-perkara yang perlu kita beri perhatian :)
tudung hanya tutup kepala + rambut. bagaimana pula dengan anggota badan yang lain? hohoh... tertutup atau pun tidak?
tak semua orang yang tak tutup aurat orang jahat. TAPI, orang baik sudah tentu menutup auratnya dengan sempurna :)
Ehem..ehem... pernah baca VERSUS? kalau nak dapat jawapan baik ke tak baik.. VERSUS ada kesimpulannya. AHAHHAHA..
selamat bercuti !
dannnnnnnnnnnnnnnnnnn... semoga dikurniakan oleh-Nya seorang isteri yang SOLEHAH :)
amboi..kemain panjang komen ni..hahaha
DeleteVersus yg novel Hlovate tu ke? xpernah baca..bak la nak pinjam..:D
got issue woot woot..nk ckp pasal setia hujung jeww bole???
ReplyDeletehahahahahaha
zain tu mcm kurang hajar mulut dye (taste Na okay!)
kekekeekek
H..kenapa Na mcm dah lama x datang bloh H eh???
DeleteNa check2 bnyk nye entry terlepas ;c
MAAF ye!
boleh Na..xde hal punya..:D
DeleteH rasa nk tumbuk jer muka Hadi tu..dah la jahat, jahat pulak tu..xhabis2 nk rosakkan rumahtangga org..grrr
selamat bercuti!!
ReplyDeleteamin. moga ko dapat bakal isteri yang bertudung. ^_^
kahwin jangan lupa jemput aku tau... :P
erkk..kalau ditakdirkan aku kawen dgn org Kuantan, aku bagi kad jemputan tu by hand kat kau..hehehe
DeleteH tengah bercuti lagi ni....wuu bestnya lama cuti...erm pasal aurat tu perkara yg wajib macam sembahyang 5 waktu gak....takde alasan n xblh dipersoalkan sbb mmg wajib.masing2 punya bahagian sendiri fikirlah...:)
ReplyDeletep/s:berblog ni masing2 ada cara sendiri,xsemestinya kita follow semua blog.blh aje nak panggil akak pun.mmg dah tua pun..kih3
hahaha..boleh ea panggil akak? umur akak berapa ye? :D
Deletebertudung lah sebelum anda ditudungkan ;p
ReplyDeletemmg la dosa aurat tu bukan je terletak dkt kepala tp sekurangnya dosa aurat x bertudung dah xde kalo kita bertudung =)
dan sikap plak rsnya terpulang pd individu tu sdiri..kalo ada kemahuan di situ ada hwayyy.hahahaha tetiba jd skema.muahaha
amboi skemanya..Ai prnh jadi cikgu disiplin ea? hahaha
DeleteDia pernah jadi kapten kat melaka dulu...
Deletedan dah tercalon pun skrang ni... :)
cikgu displin belum g H..x layak kot..kalo cikgu motivasi layak nih.kahkahkah
Deleteehem2..ewah2 Nur..kemain lg nmpk..sekeh kang.nak?
kapten? masa gath GSF tu ke? hahaha
Deletea'ah..Nur ikut arahan kapten jee...
Deletehahhahaha
kalau aku akan cakap based on al Quran
ReplyDeletedah jelas ttup aurat itu wajib dan menutup aurat tu bukan hanya bertudung...
lg satu, UIA penah ckp buatla walaupun terpaksa.. lama2 hidayah akn muncul juga satu hari...
kalau buatnye mati sok, tak bila nk dpt hdayahnye?
betul x encik H?
#aurat aku pon lom ttp sempurna. masih berusaha memperbaiki diri
tu la..kena kalau umur xpanjang, xsempat la nk ikhlas pakai tudung..hehehe
Deleteyea aku sokong, tutup aurat tu tu wajib.. lantaklah ikhlas ke tak.. macam solat 5 waktu. wajib kan. tak kisahlah malas ke apa ke..
ReplyDeletebetul, org bertudung, tutup aurat tak semua baik tapi yang baik metsilah menutup aurat kan.. =)
hahaha..tu la pasal..sebab tu aku harap dapat isteri yg pakai tudung..hehehe
Deletehurmmmmmmmmmmmmmm, sonok ler baca entry neh H. Hhahaha ada feel! huhuu. kenapa laa aku suka komen tak kena dengan entry? weh. tapi sumpah aku baca habeh. huhuhu. incik H, ermmmmmmmm apa2 pun semuanya terpulang kepada individu itu sendiri :)
ReplyDeleteerkk..aku xde letak apa2 dadah or bahan terlarang tau dalam blog ni..aku main xtaip jer..xtau camne kau boleh feel..hehehe
Deletegurau jer Sue..:D
a smpai z nama kwan2 ko ye. naik keliru aku.
ReplyDeleteapa2 pun yang beragama islam tu patut tahu aurat tu wajib ditutup. er, xperlu bahas dah kot rasanya. Gongxi2! :D
haaa..baru sampai Y jer..Z belum masuk dalam entry..:p
Deleteyang wajib tetap wajib. tak kisah la ikhlas ke..tak baik ke...baik ke...kena juga tutup aurat..
ReplyDeletepakai tudung tak wajib, yg wajib tutup aurat. :)
refer : Surah An-Nur ayat 31.
may Allah bless. :)
hehehe..betul2..pakai tudung x wajib..tapi tutup aurat tu yg wajib..:D
Deletesekurang-kurangnya org pakai tudung ni dh laksanakan perintah Allah..cuma hati tu je belum tentu baik ke tidak..tinggal nk kena didik..
ReplyDeleteha tu la..aurat tu hak Allah..bukan kita yg tentukan nk tutup ke tidak..:D
Deletemuka aq ni rasa ade chines look .. tp memandangkn aq baru keja so aq xbleh la cuti lelama mcm ko cuti tu.. btw aq jeles dhn cuti kepanjanan ko tu.. grrr.. angpau mna..angpau..
ReplyDeletebab2 tutupurat ni?? hmmmm no komen.. yg aq tau tutup aurat wajib.. wlupun aq start guna umur17.. ekeke.. masa tu aq baru insaf weh.. hahaha sekian
hahaha..angpau xde..semua anak buah aku dah pau..:p
Deleteperrgghttt smpan sikit tuk aq xdeke????
Deletexde2..habis dah..zzzz
Deletemy komen..aurat n perlakuan ialah perkara yang berbeza..at least org yg bertudung da sempurnakan satu tuntutan dr Allah walaupun prangai dia cam tenuk .. btw UAI ckp..buatla perkara yg dituntut Allah tu walaupun dalam keterpaksaan, lama2 kita akan ikhlas dengan sndrinya..kalau nk tgu ikhlas br nak buat, sampai bile?agaknye sempat mati dlu x?sbb tuntutan Allah tu wajib, kite xnk pon, kita xikhlas pon kita kena buat, sbb apa yg ad pada diri kita, apa yang ada di sekeliling kita ialah pinjaman. so kena sedar diri cket.:)
ReplyDeleteerkk..jangan la marah..akot...hehehe
Deletebetul tu..semua cuma pinjaman..nak tunggu ikhlas, entah2 smpai mati pun xdapat nk ikhlas..:D
*takot
Deletetu bukan typo ler..mmg nak taip akotttt..grrrr
DeleteAkhir-akhir nih jarang skali beta bertandang ke sini... hehehe... maafin gue ya... owh ya... yang penting jadilah MUSLIMAH Bebas Bukan MUSLIMAH FASIQAH.... =)
ReplyDeletengak apaan sih..emangnya loe samaa gue kayak sodara kan? ngak ada apa yg harus direpotin..:p
Deletebila cerita pasal bertudung dan tak bertudung ni , bagi saya kira sensitif jugak. sebab ramai yang terlibat termasuk diri saya sendiri. susah nak ubah orang. yang penting , masing-masing pandai jaga diri. :')
ReplyDeleteyup2..nak ubah diri sendiri pun susah, inikan pulak nak ubah orang lain..lagi la susah..so masing2 kena la ubah diri sendiri..:)
Deletekau pakai songkok ke kopiah? minat pakai kain pelekat tak? hmm.. tak kot... bukan ke kau suka pakai tetttttt masa tidur?
ReplyDeleteramai tu yg bertudung. muhun pilih dgn segera. :P
aku pilih C: i, iii dan iv
DeleteAda aritu ustaz ckp menutup aurat tu kan wajib perintah Allah. Kalau dia tak bertudung dgn kata lain mempamerkan aurat pd yg bukan muhrim bermaksud scara terang2 dia melawan dan melanggar perintah Allah.
ReplyDeleteBerat tugas suami kalau begitu. Ada lelaki yg kata 'alah nanti dh kawin pandai2 la aku bentuk dia spya pkai tdung' cuma satu je : perintah Allahpun kita ingkar apatah lagi suami kan..
Tapi sy tak kata yg bertudung tu semua baik dan yg free hair tu semuanya jahat. Akhlak tu pilihan masing2. Nk jadi baik buruk jahat tu hati dan akal sendiri yg kawal. Sy sndiri pun tertudung tp serigkali jgk buat salah silap. Yg penting kita sentiasa belajar memperbaiki diri menjadikan hari ni lebih baik dr semalam..
~mohon tunjukkan dekat aku kalau dh jumpa sidia yg comel cantik brrtudung tu ye incik H :)
betul jgk kan..kalau perintah Allah dah ingkar, inikan pulak perintah suami..hehehe..tapi mmg berat la tggjwb lelaki..lagi2 kalau wife jenis yg degil..
Deleteerkk..kalau dh jumpa, rasa xnak tunjukkan kat sape2..:D
Semoga bertemu jodoh yg menutup aurat dan berakhlaq mulia
ReplyDeleteSalam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com
aaa..insyaAllah..:D
Deletesalam perkenalan gak..:)
Aku baca entry kau ni. hehehehe
ReplyDeleteSelamat kembali bertugas dengan ceria ok.
selamat2..:D
DeleteAku komen. :|
ReplyDeleteAku reply. :|
Deletehttp://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/ salam kenal..dah lama follow sini ya...nice info
ReplyDeletethanks sbb follow :)
DeleteFahaman setiap orang memang berbeza-beza
ReplyDeletetu la..masing2 ada point sndiri..:)
Deletehrmm..no komen..masing2 punya pendapat sendiri.
ReplyDeleteapapun harap En.H bertemu jodoh yg diinginkan..:)
errr..insyaAllah
DeleteKalau utk diri aku sendiri la, aku mmg tak pernah judge baek buruk seseorang tu melalui jaga auratnya. Pada aku, bertudung or tak bertudung penilaian aku sama je. Cam kau cakap, baek buruk & aurat tu dua perkara berbeza. Tapi sebenarnya kalau aku fikir2kan balek, penjagaan aurat tu boleh menggambarkan dalaman org tu gak.
ReplyDeleteSenang camni, jaga aurat tu kan salah satu tuntutan Allah untuk kita yg Islam ni. SALAH SATU, means ada byk lagi tuntutan & kewajipan yg laen. Tak sure aku betul ke tak, tp tak silap aku tak pernah dengar psl jaga aurat tu kewajipan yg plg utama & nombor satu kena jaga dulu. So, just buat je la mana2 kewajipan yg kita tahu, yg kita mampu paksa buat, yg kita mampu ikhlaskan. Mana2 la yg mampu buat dulu, tak kira pasal jaga aurat ke psl jaga solat ke psl jaga kelakuan ke. Harap2 bila kita buat satu benda baek, datang satu benda baek laen yg kita rasa nak buat.
Kalau nak cakap, jaga aurat tu bkn je berkait ngan perangai, kelakuan, or interaction ngan manusia. Jaga aurat tak mesti tak pernah mengumpat. Jaga aurat, tak mengumpat, tak mesti tak pernah buat maksiat yg org tak nampak. Jaga aurat, tak mengumpat, tak pernah buat maksiat, tak mesti tak pernah tinggal semayang. Jaga aurat, tak pernah itu, tak pernah ini, tak mesti tak pernah cakap "ahh!" pada mak or terlawan cakap suami. Jaga aurat, tak pernah itu, tak pernah ini, tak mesti tak pernah tendang anak kuceng yg tengah mengiau kelaparan. Tp pertimbangan tu sume bukan drpd kita.
Cam biasa yg aku tahu, satu amalan baek tak mustahil boleh menghapus segunung dosa. Satu amalan jahat tak mustahil boleh menghapus segunung pahala. So, just buat mana mampu. Yg timbang, bukan kita :D
Eh? Panjang rupanya. Kemaen lagi aku membebel kan? Hahaha :D
DeleteLiyaa oo Liyaaa..
Deletebaek ko wat entry baru kalo pnjg cenggini.hahaha
apapun ai setujukkk :)
haaa..betul tu Liyaa..
Deletekau komen pjg2 pun aku balas pendek jer..hahaha..tapi mmg betul pun..kita buat apa yg boleh, kita buat apa yg mampu..soal dosa pahala, Allah yang tentukan..
Tak kira ikhlas atau tidak, baik atau jahat, sepatutnya bertudung itu adalah wajib bagi orang islam... macam itu juga dengan solat. xkan nak kena ikhlas dulu baru nak solat ye dak.. dah memang wajib kena solat, solat la.. macam tu jugak dengan tudung.. dah WAJIB, kena la pakai tak kira jahat ke baik.. Jahat atau baik tu hati dan diri masing-masing yang buat.
ReplyDeletehaaa..patutnya aku cakap camtu..heheh..jahat dgn baik tu masing2 pun ada..xleh nk labelkan pada aurat..sbb tutup aurat tu wajib x kira kita baik ke jahat..
Deletesebenarnya bertudung tu tak wajib kan tapi yang wajib tu menutup aurat kan.. huhuhu.. dya sokong apa yang hazmin ckp kan tu
ReplyDeletehaaa..H pulak sokong apa yg dya cakap tu..:p
Deletedosa berbuat maksiat ketika menutup aurat, yg ditulis hanyalah dosa maksiat. tapi kebaikan yang dibuat ketika tidak menutup aurat, dosanya tetap tertulis sepanjang ketika tidak menutup aurat. menutup aurat itu hak Allah. walaupun sifatnya adalah terpaksa, hak Allah adalah tetap hakNya. Tak payah banyak bunyi sgt.
ReplyDeletep/s: nyampah sgt dah dengo org cakap pakai tudung kena ikhlas. Camne kalau sampai masuk kubur pun ikhlas tak datang2? Sigh...
heheh..jgn marah2 kak..sstgh org ni dia bukan x faham, cuma lebih kpda keras kepala..:D
DeleteH ko cuti lama ek. patutlah siap amek gambar kat Kluang. hehehehe.
ReplyDeletepasal tudung2 ni...tak payah tunggu ikhlas pasal aurat tu....kan wajib ditutup. :D
heheh..siap pegi amik gambar STK tau..:D
Deleteassalamualaikum (:
ReplyDeleteapa yang wajib itu tetap wajib.
biar terpaksa, jangan merana.
insyaAllah.
wa'alaikumsalam :)
DeleteinsyaAllah..
Salam
ReplyDeleteSaya agak jarang tinggal jejak di blog, sekadar baca sepintas lalu, cuma isu ni buat saya terpanggil untuk komen sedikit (mungkin Encik pun tak perasan komen ni, banyak sangat yang dah kongsi pendapat kat sini).
Rasanya dah berkurun orang debatkan hal tudung tak bertudung ni, katanya yang bertudung tak semesti baik, yang free hair tak semesti tak baik. Sebenarnya pokok pangkal nya hati, dan hati ni sangat sulit hitungan nya, kerana hanya Allah yang sedang dengar apa yang ada dalam hati. Hati yang bersih mudah digambarkan melalui perlakuan yang baik, kata2 yang jernih dan penampilan yang mengikut syariat.
Kita ada bahagian ujian masing2, yang bertudung tapi perangai tak baik kena struggle betulkan semula apa yang tak elok. Yang free hair pula kena struggle untuk menutup aurat dengan sempurna. Usaha kita untuk berubah menjadi lebih baik inilah yang patut dipuji. Bukan dikeji apa yang tidak sempurna itu. Kerana kita semua tak sempurna, perlu sama2 menegur mana yang salah. Bukan menutup mata, tapi mencaci buta di belakang satu sama lain.
Allahu'alim, moga dapat memberi manfaat.
eh saya mesti perasan punya..:D
Deletebetul tu..masing2 ada pro and contra..lebih kat sebelah sini, mungkin kurang kat sebelah sana..dan sebaliknya..
Adeh.. aku watpe hujung minggu? oh ye..sgt sibuk!
ReplyDeleteSbb tu tak sempat baca. skrg baru nak baca. :)
Harap dapat yang solehah yer..kalau ko makan dgn aku, yang last tu ko habiskan yer. Sebab orang kata sape habiskan makanan, dapat isteri solehah. hahahah
uik..yer ke? kalau camtu tiap2 kali makan, aku akan make sure aku org last yg habiskan..hehehe
DeleteTertarik dengan ayat "bukannya ditanggung, tapi dipertanggungjawabkan". Dezee tertarik pada gadis yang bertudung, berpakaian yang tidak ketat tapi still nampak seksinya. Seksi itu berbeza di mata setiap orang..hahaha
ReplyDeleteyup..sbnrnya mmg bukan ditanggung..sbb dosa tu masing2 tanggung sndri..cuma lelaki tetap dipertanggungjawabkan kat akhirat nanti..tu drpd apa yg aku baca la..
Deleteamboii dezee ni. seksi tang mana tu. haha! nice entry. setuju sgt2~ hee ^^
ReplyDeleteyup setuju gak dgn Dezee..sebab certain2 ppuan ni akan tetap nmpk seksi walaupun tutup aurat sepenuhnya..seksi tu maybe drpd suara, air muka, perbuatan or sikap..
Deletebetul tu H.jom tgk al-hidayah jumaat ni.pasai menutup aurat ;D
ReplyDeletesemoga isteri dicari ditemui.amin..
ciksu baru perasan.bulan feb semua huruf pangkal n3 mula huruf "F"
al-fatihah juga buat arwah adik FIKRI
aaa..amin..hahaha
Deleteciksu pun baru perasan ke?hehe..saja cuba buat something yg nampak unik..:p
CiM pown cuti seminggu....ni baru start keje. tp esok nak cuti lg.....lalalala...
ReplyDeletebaik atau buruk seseorg tu bkn terletak pada apa yg dipakainya. tp klau pkai elok2 perangai pulak buruk dh tntu org mengata, islam juga yg salah....kannnn... tutup aurat tu WAJIB tk perlu diperdebatkan. sebolehnya CiM akn mnjaga pemakaian demi maruah suami dn demi pintu syurga kami
haaa..betul tu..:)
DeleteSetuju ngan ko H... menutup aurat tu wajib... sepatah kata UAI... biar ada dpd tak de maksudnya biar pakai tudung pendek dpd tak pakai langsung... dan kena ada perubahan dari hari ke sehari!
ReplyDeleteyup..biar sikit drpd langsung xde..:)
Deletesetuju!! x semestinya yg bertudung itu baik dan x semestinya yg x bertudung itu x baik..tp apa2 pon tutup aurat itu wajib..
ReplyDelete*diri nih x sempurna lg bab2 nih..>.<
eh..H minat SHN??
gila ahh..husna dah tamat cerita baru sempat layan..muehehe..:3
erkk..terminat sekejap..hahaha
Deleteeh apa nih...H pun layan jugak cerita tuh..
ReplyDeleteSKl balik UMS semua kawan2 laki SKl duk cerita pasal tuh..
sweetlah, sedihlah, apalah..
hahaha..lawak deyh..SKL tak pulak terlayan lagi nih..baru duk copy amik kat kawan tapi tak tau bila nak tengok.
dan soal tutup aurat vs free hair tuh
setuju dengan apa yg h katakan tuh.
xfaham kenapa perlu dikaitkan tutup aurat dengan baik buruk seseorang.
ah,isu ni terlalu lama orang bangkitkan.malas nak menghujah lagi..~
hehehe..terlayan la citer tu..xsengaja..:D
Deleteisu tutup aurat dgn baik buruk ni mmg dah lama pun..tp smpai skg ada jer diperkatakan..