Ehem..ehem..kembali menghapdet selepas lebih seminggu mencutikan diri..
Assalamualaikum semua. Lagi sekali, Assalamualaikum semua. Haa, jawab pun. Kenal saya lagi tak? Saya H la. H untuk Hahaha. Okey sebelum saya taip dengan lebih lanjut, saya nak ucapkan tahniah kepada Pn. Aisy Nasiha dan Cik Hani Dzatil Asyira sebab mereka berdua notice tentang konsep yang saya buat untuk entry-entry saya. Saya syak orang lain pun sebenarnya notice jugak, cuma malas nak tegur jer. Itu pendapat saya la. Eh silap, "itu pendapat aku la". Cc: Emak Monster.
Cuti sambutan Chinese New Year meng-gi-ngat-kan saya kepada ex-bos saya. Kiranya bos pertama saya la sejak saya mula bekerja di HSA, Johor. Nama beliau ialah Eric Lim Poh Wing. Bukan Lim Kok Wing okey. Nampok sama tapi bukang dia, bukang dia. Kat tempat kerja, kitorang panggil dia Mr. Eric jer. Mr. Eric Lim.
Dulu masa mula-mula kerja, saya ni jenis yang cepat melawan dan kuat melawan. Bukan melawan sampai tahap gaduh bertumbuk-tumbuk, bukan juga berlawan-lawan kata. Tapi saya protes melalui sikap. Saya tarik muka masam. Saya buat kerja lambat-lambat. Saya jawab acuh tak acuh. Kiranya boleh didefinisikan sebagai biadap la, tak hormat pada ketua kat tempat kerja. Sebab life saya dari dulu memang macam tu. Kalau saya tak suka sesuatu, saya takkan kata yang saya tak suka. Tapi saya akan berikan hint untuk beritahu yang sebenarnya saya tak suka. Action speak louder..kehkeh.
Si Eric ni pun jenis yang panas baran jugak. Cuma bezanya, dia akan ekspresikan apa yang dia tak puas hati secara direct. Kalau dia tak suka saya buat something, dia akan bagitau yang dia tak suka. Then bila dah habis, kira habis kat situ jer la. Takde nak simpan dalam. Kalau dalam meeting pulak, dia akan fight selagi dia rasa dia ada right untuk fight. Selagi dia rasa point dia betul, dia akan state out pendapat dia sampai ada hujah yang boleh buatkan dia puas hati.
Eric ni jenis yang pandai memujuk jugak kot. Kalau saya sentap ke tarik muka ke apa ke, dia akan ajak saya keluar and slow talk dengan saya. Dan antara ayat yang selalu dia kata ialah, "I know what type you are. The way you talk, the way you act, I know one". Saya cukup tak suka bila dia cakap macam tu. Rasa macam nak jer jawab, "Kau bukannya kenal aku pun. Kau tak tau aku ni macam mana. Kau cakap jer yang kau tahu, tapi sebenarnya kau tak tahu apa-apa". Rasa MACAM nak jawab.
Tapi dalam diam, saya rasa dia memang tahu saya ni macam mana..:)
Seperkara yang pernah dia ajar dan saya still ingat sampai sekarang, ialah tentang decision. Tentang ya atau tidak. Dan implikasi terhadap pernyataan ya atau tidak.
Konsepnya mudah. Dalam hidup, kita akan sentiasa dihadapkan dengan pelbagai persoalan dan pilihan. Either we do or we don't. Sama ada ya ataupun tidak. Pernyataan ya atau tidak tu sebenarnya sangat mudah. Sesiapa pun boleh jawab ya, dan sesiapa pun boleh jawab tidak.
Tapi apa yang lebih penting ialah implikasi terhadap jawapan kita. Seberapa banyak ya adalah ya. Dan seberapa banyak tidak adalah tidak. Maksudnya, kebergantungan sesuatu hal adalah rigid dan terletak pada jawapan kita. So bila kita kata ya, adakah kita mampu tanggung "ya" tersebut sedangkan pendapat orang lain adalah tidak. Begitu juga sebaliknya bila kita sendiri yang berkata tidak, boleh ke kita pertahankan apa yang kita decide sebagai "tidak".
Benda ni kitorang sembang kat kedai kopi. Nampak simple jer, pasal ya dengan tidak. Tapi pada saya, ia lebih daripada tu. Saya belajar pasal keberanian, keyakinan dan berfikir panjang sebelum decide something. Sekian saja cerita saya, terima kasih.
p/s: saya nampak sopan kan? kahkahkah..esok saya balik Kuantan..
welcome back =)
ReplyDeletewelkem beck..
Delete#BANkami
erkk..welcome home..>"<
DeleteMcm gitu ke karektor ko? Suka protes dgn tarik muka masam? Ololo... So sweet. Nanti dgn wife mesti akan selalu buat cenggitu. Caya le cakap hakakkk...
DeleteSo, kesimpulannya bos ko si eric leong tu ko suka ke tidak?
erkk..jenuh la wife aku nak pujuk kalau camtu..:D
Deletekesimpulannya aku xsuka kat dia..tapi aku xbenci pun..
Sopannyaaa cikgu XD
ReplyDeletehaaa..cikgu mmg sopan okey..grrrr
Deleteeh...dah ada orang cop, baru nak try my luck :D ok nak ambung baca. ;P
ReplyDeleteRasa MACAM nak jawab.
DeleteEn H, saya andaikan anda adalah seorang Melayu with a good upbringing. No I dont think the way u protest is "rude", its more of Malay culture yang simpan dalam hati and try to swallow the ketidakpuashatian. But in the same time, we rebel.
Setiap hari kita perlu buat that yes/no choices, not easy kan but sometimes better than "open choice".
Send to: "allHreader"
banyak dah aku mengarut ni.
aku mmg cuba elak drpd ekspresikan rasa x puas hati tu secara direct..sebab aku rasa kalau say it out, benda akan jadi makin teruk..time tu kalau nak bertumbuk pun aku xpeduli dah, walaupun terang2 aku kalah..hahaha
Deletedecision making. benda yang tak ramai tau.. dan mampu apply dalam kehidupan. beruntung kalau dapat macam ex-bos kau tu.
ReplyDeletemasa tu aku muda lagi..aku anggap apa yg aku buat ialah betul..so bila dia cakap camtu, buat aku fikir apa akan jadi kalau benda tu sebenarnya salah..
Deletesepatutnya tajuk entry letak "Ya, ya. Tidak, tidak."
ReplyDeletehaha
Tak boleh..sebab bukan huruf F....
Delete:)
haaaa..tak boleh..:D
Deletewaaa... perangai kita sama.. bila xsuka xckp direct tp akan buat dgn perbuatan.. hahaha.... even mak aq pong slalu tgur aq jgk.. dia kata klu nak busung buat la prangai mcm tu slalu..
ReplyDeletebtw selamat bkerja kembali... hahaha... jgn cuti lama2 nnt mood nak keja tu xde...
Deletehahaha..tu la..kira macam zaman kanak2 la..kalau xsuka buat perangai..tunjukkan protes cara macam tu..:D
Deletebukan tym xsuka je H.. bila aq nak sesuatu barang tp xdpt aq akan buat perangai jgk.. dr rajin ke malas... hahaha.. smpai la skrg ni...
Deletesebenarnya umur kau brpa Lina? -_-"
Deletetua dah 42 d terbalikkan,, ekekekeke
Deletehaa..tau pun..dh tu knpa menyamar jdi budak kecik? :p
Deletehahahha kecik la tu...
Deletegrrrr..
DeleteSalam.
ReplyDeleteAku rasa agak kekok bila ko guna 'saya' H.
hahaha..aku nak sopan sikit pun xleh..:p
Deleteerr malam ni bolaaaaa awak tak turun larkin ke? err saya komen takde kaitan maap ye. kbye. :p
ReplyDeletetak la..Darul Takzim FC tu main teruk..nama jer player kebangsaan, tapi permainan x macam player kebangsaan langsung..passing memanjang ke laut..grrrr
Deletekannn. passing memanjang lepastu passing jauh-jauh pulak tu. grrr jugak. haha. aku baru berkobar nak turun stadium lawan Lions nanti.
Deletemujur jugak aku xdtg tengok masa diorang lawan Pahang aritu..kalau x kompem kena gelak..hahaha
Deletealah kau ni takut kena gelak, pemalu sangat. booo booo. hahaha
Deleteeh aok kan org Pahang. takkan lah kena gelak. kahkahkah..
Deletemmg la koi org pahang..tapi gi stadium koi tetap sorak ke Darul Takzim tau..hahaha
Deletedalam situasi yg pelbagai,mesti kita akan belajar something daripadanya.
ReplyDeleteyup..kdg2 nmpk benda tu macam xde apa2..tapi kita still akan terbelajar..:)
Deletehai "SAYA" sopannya "SAYA". tergamam kita. hakhak.
ReplyDeletesenang cakap tak selalunya YA dimulut YA juga dihati begitu juga dengan TIDAK. kerana pada sesetengah keadaan kita cakap lain tapi hati cakap lain. hidup ini banyak pilihan bukan walaupun sekadar nak pilih YA atau TIDAK....ya tak?? HAHAHA
haaa..saya sopan kan? hiks
DeleteYa dimulut, Ya jugak dihati tu lain..hehe..tapi boleh consider jugak kot..how much yes is yes and how much no is no..ya tapi sebenarnya tidak..hahaha
kata2 reaksi dari bahasa tubuh & memek muka tu lebih menyakiti hati orang lain berbanding kata2.. sebabnya kita tak boleh nak tuduh apa2 sebab takde bukti selagi dia tak berkata2. bagi saya la.. hahahahaha
ReplyDeleteP/S : saya nampak macam ada ketidakselesaan dalam entri ni.. adakah tuan pentulis cuba jadi org lain dalam penulisannya.. :D
saya cuba untuk menjadi seorang yg flexible dan lebih sopan drpd biasa..hahaha
Deletehuhuhu...
ReplyDeleteaku selalu kena marah dengan Ncik Bos Botak aku. sebab die panggil aku engineer perempuan yang suka lengahkan decision. ibarat aku tak buat decision.
betul ko cakap. hidup ni perlu antara ya dan tak. tu je. tapi implikasi akan datang, lu pk sendiri macam mana kan?
itu la..kita dlm bidang engineering ni kdg2 susah nak decide just antara Ya atau Tidak..sbb bila kita kata Ya atau Tidak, tanggungjawab tu akan jatuh kat bahu kita..
Delete"Boleh proceed ke tidak?"
Sbb tu aku dah takut nak jadi consultant. Bos lama pun, bukan nak motivate. Buat aku jadik lagi down ada la (d)
Deleteaku cadang nak buat Ir. la..hehehe
DeleteH jom buat Ir sama-sama. kire ko taip semua paperwork hebat-hebat bagi kat aku la...
Deletehehehe.
kalau beli jer Ir. tu xleh ke? kehkeh
Deletehuahua. tak mampu den nak beli...
Deleteko letak rege kaw kaw punye kan?
haha..member2 punya pasal, aku bagi special price..:p
DeleteWahhhhh...betul ke H yg buat entry ni?
ReplyDeleterasa macam SEPUPU H je yang buat ni..
tak macam H pun..! Heeeeee... ^_^
YA atau TIDAK - nampak mudah bukan..
Tapi sebenarnya bila bhadapan dgn satu soalan yg sukar,
ianya akan jadi rumittt sangat2...
yup..definitely..dalam situasi2 tertentu, Ya atau Tidak tu dah macam beban yg sgt2 besar..
Deletehahaa .. kita sama .. bila saya tak suka sesuatu saya tak direct kata. tapi saya tunjuk melalui tingkah. kira protes pun , dia jugaklah tu ..
ReplyDeleteKalau dira cakap je direct.. lepas tu kalau tak suka, protes jugak.. hahahaha.. ni semua mak cik dira lah yg ngajo.. kih kih kih ...
Deletecakap direct tu macam ganas sgt kot..macam kita tembak org betul2 depan muka..mcm jatuhkan maruah org pun ada jugak..hehehe
Deleteya..
ReplyDeletenmpak ada kesopanan & kesusilaan kat situ..
sumtimes kan H..ya atau tidak ni juga bgantung pada situasi...
kalo Ai x puas hati tp pd ms tu tiada power tuk katakan "tidak" makanya mulut ai ni akan auto muncung dgn sdirinya tanda protes.dan selalu juga boss ai akan kata "dah2..xpyh nk muncung sgt mulut tu" .kahkahkah
yup..memang bergantung pada situasi..tapi kan, walaupun kita xde 'power', tapi sometimes bila tiba masanya, kita akan ada strong will utk katakan 'tidak'..:)
Deletehagak2kan..boleh sangkut bape hanger dekat muncung tu.. >0<
Deleteusahkan kata hanger..terus sidai selimut pun boleh..:p
DeleteSejibik macam mak cik dira.. hahahahaha :D
ReplyDeleteSafe journey, H. Semoga selamat dalam perjalanan.. :)
Deleteerkk..entah2 H ni mmg makcik dira kot..hahaha
Deletesopannya dia gunakan kan "saya" hihi. biasala tu kan. orang banyak perangai dan ragamnya. tapi dari diorang la kita boleh belajar something yang sangat berguna =)
ReplyDeletehaaaa..baru tau ke saya ni sopan? hikhik
DeleteTak aci betul balek Kuantan sebelum belanja aku (d)
ReplyDeleteerkk..kau dtg la Kuantan..kompem aku belanja..:D
DeleteArghhhh!! Kau memang :-w
Deletekompom belanje eh? nak tumpang 2kaki,la..
Deletebila nih? bila nih?
kompem..
Deletemukan nyanji tapi pasti!!
hurmmm, sopan?? Tak dapat nak gambarkannya... ><
ReplyDeletecuba kau tengok Beto Kusyairi..camtu la..kehkeh
Deleteperlu ke nak digambarkan sebagai Beto..
Deleteish2..lain kot..HAHA..:D
sopan tu nanti la sya pikirkan :p
ReplyDelete*eh sya kalo marah or bengang kat tempat kerja terus buka jobstreet cari kerja lain haha
cuba fikir laju2..>"<
Deletekat tempat sy ni ada keje kosong..nak x? :p
sebagai ape? kalo cleaner takmo la hahaa
Deleteerrr..surirumah..hahaha
Deleteerrrr gaji?? hahaha
Deletesehari 24jam..:p
Deleteserius encik h gadu tumbuk2??
ReplyDeletehaishhh..mana ada tumbuk2..x baca betul2 ea? hehehe
Deletewow... biar betul.
ReplyDeleteerkk..betul..betul..
Deleteapa yg biar betul tu? hehe
sopan? haa sopan sopan. sangat. >"<
ReplyDeletesopan. baik. tak suka buli2 orang. hem. hem.
Deleteevery single yes or no have to rely on relevant justification. not blindly, thinking wisely, analysis it. if yes - do and if no - dont.
ReplyDeletebos aku senior 10 tahun dr aku selalu kata aku degil x nk dngr ckap orng tua. Mgkin tmpt aku ni pentingkan fahaman seniority... well aku jawab "saya bukan degil encik.. tapi kita hanya berlainan pendapat".. itulah penting fungsi berdiskusi and choose the right one.
quite okey la kalau camtu..sebab ko still boleh stand up pendapat sendiri..aku kalau bos dah bg pendapat dia, aku iyakan jer..malas nk bg pendapat sendiri..kehkeh
Deletekecuali la kalau bos tnya pndapat aku, time tu baru aku bgtau apa yg aku fikir, and let him decide..
Hamboi kemain nampok benau dialect hang, kahkah.
ReplyDeleteHaha bila orang dah kata, "I know what type you are. The way you talk, the way you act, I know one". aku rasa gelabah ayam terus, seolah hidup sentiasa diperhatikan, nak tipu pun takut. Lulz.
Oh, hang orang Kuantan kew? ai kat kuantan jugaks ni. hiks
aku xde la gelabah..cuma aku rasa rimas kot..rasa macam annoying jer bila org kata dia kenal aku camne..:D
Deleteerkk..koi mmg org kuantan..aok kuantan gak ke?
i know what type u are. ko ni pensenyap sangat kot h.. try to make your yes a true yes, and a no a true no. u know what i mean .. :D
ReplyDeleteaku mmg pensenyap, pendiam dan pemalu..hehehe
DeleteErr.. awak sopan sangat lah.. tahniah..
ReplyDeletehaaa kan? nak ngorat kita lettew..kahkahkah
Deleteeh, cmne awak tau agenda rahsia kitew? maluunyeeeee....
Deleteitew tnya kat Fatma..:p
Deletesesuatu yang simple,tapi susah untuk kita make a decision :)
ReplyDeleteyup..how far we should go dgn decision tu..:)
Deletekalau marah sangat saya rasa cam mata saya masuk habuk (bak kata bundle). huhuhu..
ReplyDeleteselamat bekerja esok H. :D
wahahaha..drama swasta sungguh la chic na ni..:p
Deletemm.. Ya atau Tidak. Tapi still kena buat keputusan. Takkisahlah keputusan tu betul atau salah. Kalau salah, boleh belajar dari kesalahan tersebut..
ReplyDeleteOrg yg berani buat keputusan dan bersedia mengambil risiko selepas itu adalah org yg sy respect..
sy xbrpa berani sgt nk buat keputusan..tapi bila sy dah decide smthing. insyaAllah sy akan take all the risk..
Deleteada g beraya umah beliau x??
ReplyDeletehurmm, sopan btl entry ni ye.. cam masuk ke alam lain pulak..
sy lak jenis xsuka org kata gitu.. mcm kenal sgt luar dlm kite.. sbb sy tamak.. sy cume nk sy je yg tau psl diri sy.. boley??
ssh kalau diletakkn tanggungjwb utk buat keputusan dan pilihan di bahu kite.. bleghhh
agak² bulan march nt semua entry mula huruf "M" ke?
we part each other at the end of 2008..:)
Deletehaa sama la..itu la yg sy fikir..sy jer tau pasal diri sy, org lain xpayah nk tau sgt..rimas..semak..
p/s: bulan March? we'll see..:D
betul3.. faham.
ReplyDeleteKey: Bertanggungjawab/komited atau tidak dengan keputusan sendiri.
u got the point Mulen :)
Deleteoh en H...how r u today?
ReplyDeletebesday ciksu 7hb la.. hihi
erkk..i'm fine, thank you..:p
DeleteCiM rasa hubungan H ngan mr.eric tu sana ngan huvungan antara CiM dgb boss CiM skang ni. ktorg slalu bselisih pndpt dn sememangnya slalu dia yg menang sbb dia mmg otak tak betul. wlaupun kitorg slalu gaduh, tp CiM ttp kekal bkerja dgn dia dh hampir 9thn.
ReplyDeleteya atau tdk.....sesuatu keputusan yg sukar. apa yg kita kata ya tk semestinya di iyakan oleh pihak lain.....
heheh..H kerja dgn Eric Lim tu setahun jer..:D
Deleteh!!! pehal cakap saya awak?? haha,,,,!!!!
ReplyDeleteknpa? sopan sgt ea? melting x muja? hahahaha
Deletemelting giler weh,, sangat amat!!! hahaha!!! :P
Deletehaishhh..jgn nk drama sgt boleh x? grrrr
Deletesaya terkejut bila awak letak nama saya penuh2 kat sini.. grrrrrr..
ReplyDeletedan saya rasa sangat pelik nak yaip "saya"
back to normal,
kiranya ko rasa ada lah chemistry sebnrnya ko dgn bos ko tu kan... ngaku jelah.. takyah nak tarik muncung sgt
saya terharu sbb awak terkejut..kehkeh
Deleteaku x sure la itu chemistry ataupun apa..tapi smpai skg kalau aku x puas hati apa2 ke, aku akan ttp tarik muka..
Sebab tulah.... setiap kekurangan seseorang tu ada kelebihan yg kita tak tahu kalau kita tak gali.... so begitulah adanya...sekian.
ReplyDeleteheheh..betul tu kak nom..:D
Deleteatudiaa..jenih yg suka masam muka..merajok..memang H nih ada jiwang sikit lahh..haha..
ReplyDeletebagus!! bagus!! pertahan hak anda selagi boleh..=)
erkk..bukan jiwang la husna..romantik!! :p
Deleteeh,,saya..?
ReplyDeletesopan plak dia kali nih..
haish...mana cerita pasal PA dia nih..
hahaha..saya memang sopan..:p
Deleteciter PA undisclosed..hahaha