Jadi bila aku kurus ni, kawan-kawan aku selalu dok main cucuk-cucuk pinggang aku. Aku dah la kekurangan daging, so bila diorang cucuk tu memang akan terus rasa kat tulang. Tengah aku tekun buat kerja sekolah, or buat-buat tekun buat kerja sekolah, diorang datang dari belakang pastu terus cucuk pinggang aku.
So tak keterlaluan kalau dikatakan bahawa masa dulu-dulu aku kuat melatah. Sekarang pun kuat melatah jugak kot. Tapi dulu lagi teruk la. Kalau dulu tu bila orang cucuk pinggang, macam-macam jugak la yang aku carutkan. Setakat binatang babi tu kira pelik la kalau tak keluar. Cilaka, hamjadah, sial tu semua pun dah kira biasa. Malah carutan-carutan yang lebih advance pun ada. Standard macam makcik-makcik melatah la kan..hahaha.
Tapi, ada tapinya. Tapi bila dalam keadaan normal, aku fikir balik relevannya carutan aku tu terhadap orang yang bergurau. First, for sure aku sebut benda-benda yang tak elok. Menambah dosa jer kot bila mulut memaki-maki camtu. Second, aku risau kalau time melatah tu aku sebut benda yang bukan-bukan dan sakitkan hati orang yang tengah bergurau. Kot la aku tersebut nama mak ayah dia ke, and kebetulan pulak mak ayah dia dah tak ada, tak pasal-pasal member tu terasa.
Jadi, aku cuba biasakan diri sebut benda yang elok-elok. Instead of carutan yang bukan-bukan tu, aku tukar kepada Allahu Akbar. At first memang susah. Sebab benda melatah ni biasanya berlaku secara spontan. Tapi lama-lama boleh la biasakan diri. Dan sekarang ni, bila terkejut ke, tersepak batu ke, kucing lompat atas riba ke, mengeluh lepaskan lelah ke, aku akan spontan sebut macam tu.
Motif entry ni bukan nak tunjukkan yang aku ni baik. Takde la sampai tahap macam tu. Kadang-kadang bila tengah marah, terlepas jugak kata-kata makian. Motif entry ni cuma aku nak bagitau yang kebiasaan melatah ni boleh diubah kepada sesuatu yang lebih baik. Daripada kita lancang mencarut memaki yang entah apa-apa, mungkin kita boleh biasakan diri untuk sebut sesuatu yang lebih bermakna. InsyaAllah, fikirkan boleh!
p/s: Rasulullah SAW bersabda: "Tidakkah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah menghumbankan muka mereka ke dalam neraka?" (Riwayat At-Tirmizi)
pes
ReplyDeleteInsyaAllah..
Deletemeh nak try cucuk tengok..ada angkat tangan kaki sekali dop..?kikiki
angkat kaki tangan je xpe lagi. kalau angkat pastu termelayang ke muka orang yang cucuk, tu kes bahaya.. hahaha~
Deletehahaha..kalau naik tangan tu silap2 bertumbuk pulak..
Deletexleh nak salahkan si penumbuk..
Deletesebab latah ni bukan sedar pun kita buat ape...
spontan..
haaaa..so Nur jangan kacau H tau..tumbuk nanti..:p
Deleteelehh..!
DeleteTumbuk laa...
tumbuk laa...
xkene pun...
hahahhaha... :p
errr..kalau wakilkan Ai suh tumbuk boleh x? :D
Deleteberani betul SKL ni..hehe..
DeleteH : Xboleh..xboleh.. :p
DeleteNAL : SKL tu mende..?
SKL = si kiut lavender :D
Deleteha tu, Encik H dah jawab.
DeleteNAL tambah sikit : Si Kiut Lavender yang kiuttttt...
Errr...
Delete*pitam..!
hahahaha
hehehehe..... meh nak cucuk pinggang,ahak
ReplyDeletedah xde pinggang la..badan terus sambung dgn kaki..:p
Deletehahha..badan terus sambung dgn kaki.
Deleteerkk..rasa macam aku ni katik pulak..:p
Deletebetul tu. jadikan setiap lafaz yang keluar adalah kata2 yang baik. latih minda sedar n separa sedar untuk tunduk pada Ilahi.. in shaa Allah, kita mampu lakukan. ;D
ReplyDelete(melatah ni kebiasaannya reflex kita.. n reflex di bawah pengaruh minda separa sedar.)
boleh tu memang boleh..tapi kena biasakan diri la..aku dulu melatah bukan2 kot..teruk gila..hehehe
Deletekau tulis kat atas tu kau dah buleh buat.. kira ok la tu. nak berubah memang la takkan nampak kesan dalam sehari dua. tapi pelan pelan kayuh.. ye x? ;D
Deleteaaa..insyaAllah..kalau nak terus ubah serta merta tu mmg payah kot..kena slow2..
Deleteaku tau mcm mana perasaan tu sbb aku pun kurus dulu. mmg slalu kena cucuk. tp aku x melatah :P
ReplyDeleteaku pantang betul org cucuk2 pinggang aku..sbb dia punya rasa terus sampai kat tulang..grrrr
Deletehuhuhu. saya pun sama incik H, pantang kena cucuk, kena pegang jerk kank ada laaa yang terpelanting. huhuhu. mulut tok sah cakap laaa macam2 tekuar. 'mak ang tergolek laaa' apa laaa. padahal mak ang tu elok jer kat umah huhuhuhu
ReplyDeletesy nak kata terpelanting tu xde la..tapi kalau cakap macam2 tu biasa jugak kot..hehehe
DeleteTk blh kwl H. Bg tips. Mak ayah sellu da tgur ima selalu klo trkejut tersebut th pape. Tk tak la mencarut cuma meltah cm org tua. Kalau org cucuk tak melatah. Kalau terkejut je. Terutama skali bab2 kucing lompat lagi siap melatah + jerit pastu terangkat2 bdn (cm tersentap) susah nak kawall...
ReplyDeletehaaaa..bab kucing tu sama..tiba2 men lompat2 kat riba pulak..hehehe..
Deletexde petua la ima..cuba sendiri jer kot..tapi memang susah pun nak ubah or kawal..
hahahahhaah...sori tergelakk... :p
ReplyDeleteTak dapat Nur nak bayangkan H melatah...! ade macam reza af tak..tak pun macam usup welca? hahahahhaha...
Tapi apapun, baguslah ubah ayat latahan tu dengan perkataan yang lebih baik dan bermakna, secara tidak langsung, melatah je dapat pahala kan...
^__^
erkk..xbaik gelakkan org tau..grrrr
Deletereza af tu melatah ke? ucop wilca pun melatah? H xpernah dgr pun..:D
Nur gelak sikittt jee.. :p
DeleteA'ah..reza af tu melatah...xsilap pak nil penah sergah dia ats pentas af dulu, dan dia cepat2 jauhkan mic dari mulut..hihih
usup wilca tu, melatah kott...
ermm...sebenarnya nur pun xpasti...
main hentam jee..
Heeeeeeeeeeeeeee.... :p
err..H xprah nmpak pun diorang tu melatah..tapi kalau artis ppuan tu H tau la..contoh macam Ieda Moin..:D
Delete*Pernah
DeleteKalau reza tu ada H...
tapi xseketara retis wanitalah....
erkk..dilarang betulkan typo saya..hahaha
Deletehahahahaha....
Deleteokay..!
heheheh.. tpi kan kalau melatah, otak tak boleh nk pikir apa2... melatah tuh mmg otomatik kluar sndiri, padahal x terpikir pon apa nk ckp... tpi ntah la, aku bukan jenis melatah...
ReplyDeletemmg pun..dia macam tindakan separa sedar..kita tercakap benda yg bukan2..tapi aku rasa boleh dikawal..:D
Deleteaku selalu sakat member aku yang melatah dulu..apa aku cakap sebelum cucuk dia, mesti dia ikut..siap joget2 lagi..kehkehkeh
ReplyDeletejgn silap cucuk orang belajar silat dah la..tak pasal2 kene sekali nanti..
hahaha..siap joget2 yg lawak tu..nasib baik aku xpandai joget..kalau x memang teruk la aku kena gelak..
Deletemelatah penyakit keturunan ke H ?
DeleteH pandai gelek dangdut je. haha
DeletePensil: xsure la penyakit keturunan ke apa..xingat plk dulu arwah mak melatah ke tidak..tapi adik beradik H yg ppuan boleh dikatakan melatah jugak..
DeleteAien: erkk..kang aku buat tarian zapin baru tau..:p
ringannya. 47kg?
ReplyDeletesy xusik kwn2 yg suka melatah. kesian kt mereka. penat kot melatah tu..mcm pjg dan lama semua perkara xdisengajakan tersebut tanpa sedar..
tu dulu..entah masa umur berapa ntah..:)
Deleteerrr.. serius? xdapat bayangkan H melatah camne. hihihi..
ReplyDeleteberat 70kg? tinggi berapa? meh nak kira BMI. :D
sape cakap chicna tinggi. tak pun, 163cm je. hukkk..
Delete163cm..?? tggi gak tuuu...
Deletenur kurang 10cm dari cikna...
huhuhuhu....
Chic Na: tinggi 172cm..kira tinggi sikit la drpd chic na..hehehe
DeleteNur: kalau jalan2 bawak tangga x? :p
lebih 9cm je. H dah tak tinggi. chicna bakal tinggi lagi sbb chicna baru umo 18. kikiki..
Deleteso, BMI ~24. Normal la tu. Tahniah H sbb belum overweight. haha..
Nur heels dia semua 10 inci. hikhik..
erkk..mana aci men tipu2 umur..hahaha
DeleteNur diam jer..majok kot..:'(
errr...nur aje je ni... :)
DeleteH : Nur jalan2 tak bawa tangga pun, nur bawa galah jeee..
hahahhha.. :p
Cikna : jujur, sekarang nur xde heels...heeee... tapi ingat nak beli.. :)
nasib baik Nur bawa galah..kalau x mesti terjingkit2 kan? lalalala~ :p
DeleteXpayah susah2 jingkit pun H...
Deletedekat pasaraya kan ade bangku bulat kecil tu...
panjat hok itu je lee...
heeeee.. :p
susah btol nak jumpe laki melatah. kalau pompuan tu ramai lah.
ReplyDeleteaku jnis cpt trkejut. bila trkejut, akan trkeluar ayat2. ayat2 tu kite panggil melatah lah kan? huhu.
sejujurnya, aku xprnah keluarkan carutan. mase brcakap, brgaduh apatah lagi melatah. sbb maybe tak pernah biasakan sebut bnde2 xelok kot.
tp, style latah ni mcm yg ko kate mmg boleh diubah. kne set dlm kepala. sbb, dulu aku latah kuar ayat laen, tp bila kakak ipar aku tegur, aku try utk set prkataan yg lebih baik.
that is; Allahu akbar.
:)
haaaa..camtu la maksud aku, benda tu mcm kena set dalam kepala..kena biasakan baru dia akan spontan keluar time kita terkejut or apa2..:)
Deletehohoho. ko pelatah rupenye...
ReplyDeleteok gak kan melatah mengingat allah :)
i kagum...
mungkin aku bkn kategori pelatah yg teruk kot..sbb tu aku boleh ubah..aku terfikir camne kalau Ieda Moin yg pelatah tegar tu nak ubah kebiasaan dia..mesti susah..
DeleteBaguslah kalau macamtu.. :)
ReplyDeleteberat 47 H, konfem terbang kalau ad angin kuat.. hahahaha
Deletekamu tu macam la berat sangat..bukan fatma kata kamu dah nampak makin kurus ke? hahaha
DeleteComel je tengok lelaki melatah ni. Tiba2 teringat cerita Mat Latah lakonan Fauzi Nawawi. Hahaha ^^
ReplyDeleteerkk..sy xde la smpai tahap melatah teruk2 camtu..:p
Deletetaf kat mana tu?
ReplyDeletetapi nanya kalau 1 pack bukan 6 pack
taf kat perut bro..1 pack jer..kahkahkah
DeleteOpocot mak kau. Hahahha. Wey dari 47kg boleh ke 70kg? How comeee maa
ReplyDelete47kg tu xtau la zaman bila fie..sebab dh lama x timbang rasanya..tapi dalam masa setahun kebelakangan ni mmg berat aku naik dgn mendadak..senang hati kot duduk kat kuantan..hahaha
Deletenasib baik aku tak melatah,, haissyyy,, malu kot kalau melatah benda2 tak best,,,,
ReplyDeletetu pun salah satu yg aku fikir..malu kot kalau melatah kat public..mesti org ppuan gelakkan aku..kehkeh
DeleteOwh dulu saya paling tak suka kalau orang sebut yg mak punyer. Kalau kawan2 sendiri termelatah tersebut yang itu, saya akan minta dia re-carut, dengan makian yang lain. (Saya bukan baik).
ReplyDeletehaaa..saya dulu melatah pun sebut yg tu..then arwah mak terdengar, dia marah la..mmg rasa brsalah sgt time tu..
Deletebagus laa..jaga lidah tu ye..skrg ni,mcm2 dah keluar perkataan melatah..kdg2 yg tak patut pon keluar...
ReplyDeletetapi mmg ada sesetengah org yg xdpt nak ubah..bukan sbb xcuba, tapi sbb dah betul2 terbiasa..
Deletezaman aku dulu melatah ni macam satu trend .seorang melatah ,semua nak melatah .konon suka orang lain ngusik dia orang .perempuan le yang suka .nanti lelaki suka dan asyik kena kan dia je -.-
ReplyDeleteaku prnh nampak jugak pasal ni..jenis yg buat2 melatah supaya org suka kacau dia..yg tu xleh nk kata apa la kan..sbb melatah buat2, bukannya spontan..:D
Deleteagak2 kalo tiba-tiba kene tampaq kt muka, melatah tak..?
ReplyDeletehaha..
dah kenapa aku plak nk guna word "tiba2" bagai ni.. T_T
kalau tiba2 kena tampaq kat muka, mukan takat melatah, teruih bertumbuk satgi kot..hahaha
Deleteterjangkit ea? :p
Owh melatah..ade smpai tahap keluar parang tak?? hihi
ReplyDeleteerrr..tak keluar parang, cuma karate tengkuk jer..:p
Deletemak ai ganeh..takut den
Deletehmm. 70kg ya...ko ada ke pinggang H?? hehe. sori gurau je...aku kalau lelaki sebut berat dia sekian2 berapa pastu aku tak nampak dia macam mana susah nak imagine dia ni gumuk ka kurus ka?? pasai pa...lelaki memang berat tulang selalunya kan. dengar berat berkilo-kilo sekali tengok alahai..tak padan dengan berat.
ReplyDeleteso aku anggap jelah ko taf...tapi tak setaf blogger hot papa tu la kan. :P
aku xde pinggang la Aien..badan aku terus sambung dgn kaki..leher pun dah tinggal sikit ni..xlama lagi mesti kepala aku sambung terus dgn badan..hahaha
Deletehot papa tu memang taf okey!! jgn memain dgn dia..grrrr
ntah kenapa aku terbayangkan LEGO. kalau kau bersambung terus dari kepala...HAHAHA. ntah pape je.
DeleteKau bayangkan Danbo jer dah la Aien..:D
Deletejarang jumpa lelaki latah . haha
ReplyDeleteyup..memang jarang..sebab kalau ada pun bukan melatah tahap yg teruk2..:D
DeleteHaha.. sama je macam Mr. Captain dah tak ade pinggang.. tiga tahun lepas masa baru kenal elok je 50kg+++ sekarang, mahu dekat 80kg+++
ReplyDeletemak kata lelaki latah ni lembut. H lembut tak? keh keh keh keh :p
aku dah xde pinggang, pastu leher plk dah tinggal sikit jer..tapi berat aku belum 80kg tau..:D
Deleteawww~ ai manade lembut..ewwwwww~
nampak hodoh bila org melatah.
ReplyDeletetapi comel . ek ? haha
tengok pada rupa jugak..kalau org comel yg melatah, mmg akan nampak comel..tapi kalau org hodoh yg melatah, maka akan nmpak hodoh la..hahahaha
DeleteNa boleh dikatakan pelatah yg teruk..
ReplyDeletesampai skrng...
mmg sgt terok laa..tp mcm Na melatah apa yg ade dlm hati.. (bahaya kan) jarang laa nak maki hamun ni..
TAPI yg pelik H bagus laa boleh set mind utk ckp sesuatu yg baik klau melatah..sbb setahu Na melatah ni spontan..bukan buat2 kan?? so kepada org yg kacau tu padan muka laa elok laa kena makian..sbb bnyk lagi cara bergurau dari buat org melatah kan?? (serious Na tak suka org yg mengacau org melatah sbb melatah ni penat) serious!
hahaha..jumpa Na nanti nak kacau bagi melatah la..:p
Deleteyup..melatah ni mmg spontan jer, bukan buat2..tapi H try la nak ubah utk cakap sesuatu yg baik..mula2 tu susah jugak, tapi lama2 dah boleh biasakan diri..so skg bila melatah, spontan la sebut Allahu Akbar..
owh kaki latah rupanya incik H ni...tu la better latah benda yang elok drpd yg carut2 ni kan...at least xde la merapu sgt....xsuka kacau kaki latah ni, kesian kat diaorg....
ReplyDeleteerkk..xde la kaki sangat..bila terkejut jer..:D
Delete47.5 ke 70...mak aih banyak tu naik.taf2..heheh
ReplyDeletehaaaa..taf kan? hahaha..sebenarnya x ingat dah 47.5 tu zaman bila..tapi dulu mmg agak kurus la..
Deletetahniah encik H kerana berjaya *shake hand*
ReplyDeleteopocottt -,-
opocot engkau jatuh terlentang terlungkup!!
Deletehaaaa..konon jer..hahahahaha
yup.. kena cuba, kena pk kita boleh buat .. kita boleh berubah.. kita boleh berjaya..
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteAku pun ada penyakit melatah ni H.
Tapi, alhamdulillah aku takda sebut perkataan yg kurg baik.
Yang aku selalu sebut,
"oh mak kau terbang!!"
Pekataan terbg tu kompem ada..ak pun tak paham kenapa mesti terbg. Mayb aku cpt2 kumpul duit,naik kapal terbg 5,6 kali, baru ilang kot melatah ak ni.. apa la ak merepk citer ni,hahaha
hahaha..teringin nk terbang kot..tapi kan lana, melatah "oh mak kau terbang!!" tu macam makcik2 la..:p
Deletemohon share petua camne dari 47.5kg kot boleh jadi taf sampai 70kg?
ReplyDeletememang lah dulu kalau org cucuk pinggang kau kuat melatah. sekarang org cucuk pinggang kau dah tak rase lagi dah. dah taf lah katekan. kahkahkah
erkk..petua? takde petua..sebab aku ni pemuda..kahkah
Deletepemuda aku senang jer..makan apabila kenyang, berhenti makan sebelum lapar..:p
skrg pun aku melatah lagi, tapi dah xmacam dulu..lgpun aku mmg taf okey..grrrr..diam la kak ana!!
taf kalau terbalik jadi fat.. :p
Deletecikna, haha tak sampai hati nak cakap taf dalam keadaan tebalik 'fat'. hahaha
Deletemakan apabila kenyang? memang betul2 taf tu terbalik jadi fat. kahkahkah. booooooo pakcik H ! ;p
erks..makin lama makin ramai pulak yg buli aku..xleh jadi ni..grrrrr
Deletekahkahkahkahkah.. :p
Deletekita booo H dua kali...!!
Delete*tumpang buli....
hahahhaa
grrrr..apa ni? apa ni? sila bersopan yer semua..-_-"
DeleteBaik Pak incikk..!
Deletehaa..member husna ada 2 3 org mcm nih..ramai jugak lecturer tegur, dr kluar pkataan yg x patot y not istighfar bnyak2 kan..=)
ReplyDeletepelik laki melatah..o.0
husna pun sama kan kan kan kan kan? :p
Deletepelik ke? sebab jarang dgr kot..:D
eh..husna x naa..-.-
Deletehaha..mungkin lar kan..
uwaaaaaaaaa!! tak jumpa cari tempat nak menyelit komen. kena scroll sampai bawah jugak. lain kali sediakan tempat utk ara laaa atas sekali T_T
ReplyDeletehahaha..mana aci men selit2 komen..tu dah kira potong queue tau..sila beratur yer..hahaha
Deletetsk tsk tsk. tak membackup langsung kali ni eh T_T
Deleteback to the topic. mohon H bagi tips ke ara macam mana nak gemukkan badan. u know kan my weight berapa. uduh sangat, sebab sekeping macam ikan bilis. uwaaaaaaaaaa!!!!
pasal melatah. heee. dulu ara ada kawan yang memang kaki latah. pantang terkejut or kena cucuk, habis semua benda la dia kuarkan. tapi dia x mencarut. pernah sekali kat plkn, ara sergah dia..mana ara tahu masa tu dia tengah hafal lagu. dia terkejut, apa lagi..dia amek mic yang ada depan dia, dia nyanyi depan orang ramai. heeeee. kemain semangat dia. siap habis 1 lagu tu dia nyanyi. hahahaha
erkk tertinggal lagi satu topic.
Deleteapa beza engineer dengan arkitek? mohon jawab. jenuh tunggu semalam untuk dapatkan jawapan. hampeh betei.
camne nak gemukkan badan? errr..berhenti makan sebelum lapar..:D
Deletebeza engineer dgn arkitek ea? arkitek nak cantik and engineer pulak nak kuat..:D
Deleteok...baca perenggan pertama baru nk cakap"kurusnya 47kg...tp tgk dh tulis 70kg', ok x jd nk ckp kurus
ReplyDeletetk penah melatah kuar carut marut ni...
erkk..erkk..erkk..kurus tau!! hahaha
DeleteHOHOH..same lah kita :)
ReplyDeleteerkk..apa yg sama? melatah ea? :p
Deletesaya rindu awak...
ReplyDelete:)
Deletesy pun ada seorang kwn yg kuat melatah..kalau jatuh barang ke terkejut ke memang dia akan melatah..tapi nasib baik dia tak sebut benda2 tak baik..
ReplyDeletehaaa..saya la tu kan? hahahaha
Deletehahaha..En.H memang seorang kawan..kawan yang buat orang terhibur bila baca entri En.H...:)
Deleteerrr..tima kasih la sbb sudi baca..:D
Deletebagus la dapat ubah macam tu...=]..tapi bahaya melatah ni..haha
ReplyDeletehaaa..tu la..silap2 habis bocor rahsia time melatah :p
DeleteBerat seratus lebih..cucuk la..Dezee buat muka rileks jer..sambil menjeling cakap nk makan penumbuk buat la lagi..
ReplyDeletehahaha..jangan garang sgt Dezee..sian kat member tu
Deleteni aku nak melatah ni!
ReplyDeleteerkk..mohon hgn mencarut..kalau mengarut tu xpe..
DeleteSy cukup pantang org cucuk pinggang.. melatah tu kesah lain, tp kesahnya ni, sakit!!! Klu slow xpela, ni sekuat hati.. sy ni dh la bangsa cekeding.. demyu btl.. kdg2 makin ditegah, makin diorg buat.. mmg bangang abadi org kabor.. hah, mrh ni.. diorg fkr kite mcm bergurau, bila tinggi suara sbb tegah, tarik muka..
ReplyDeletePasallatah tu, sy cume sebut kambing atau mak ko beranak.. tu dh dikira sopan la tu.. erkkkk.. sbb mcm H gak la, nk elak dri cakap xbaik...
haaa..org yg kurus2 ni kalau kena cucuk pinggang, dia punya rasa mmg terus sampai kat tulang kan? hahaha
Deletehahh bab cucuk2 pingang tu aq mmg xbleh.. dr dulu smpai la skrg.. geli.. nak kena tampar try la cucuk pinggang.. haha.. dlu i pon kurus jgk..tahap kekurusan aq tu mcm nasha aziz *propa je* so klu kena cucuk mc tu smpai ketulang sakit dia... wlupun skrg aq dah berisi ada daging+lemak.. klu derang cucuk mcm tu jgk aq rsa sakit+geli die tu smpai ketulang.. aq xsuka org buat mcm tu..sebab aq xpena nak buat kat org mcm tu jgk.. aq kan baik..
ReplyDeleteerkk..nasha aziz? speechless aku xtau nak reply camne dah..hahaha..aku pun camtu jugak la..sakit sbb kena kat tulang tu 1 hal..pastu geli pulak 1 hal..tak pasal2 aku termelatah..-_-"
Deletehahahahaha.... nasib baik aq xmelatah.. klu x,hilang keayuan aq gtu... muehehehehehehe
Deletehahaha..keayuan yg mana satu ni? yg Marsha ke Nasha?
Deletehok Lina la.. xkn la aq nak jd mereka2 itu... nt kena cover2 klu nak turun g keja.. semua nak minta otograp... hahahahaha
Deleteceh..perasan la kau ni..hahaha
Deletebila cucuk pinggang ni, kalau betul kena tang pnggang tape.. ni cucuk kat rusuk... grrrrrr.. kalo time xda mood mang kena marah lah..
ReplyDeletebab2 melatah ni, ye biasakan diri dgn sebut bnda yang baik.. tp, sampai skrg aku xleh ubah nak ckp o, mak kau.. erkk
hahaha..aku kalau xde mood mmg aku marah jugak..
Deletepart nk ubah kebiasaan tu mmg susah pun.aku dulu ntah brpa lama baru boleh biasakan diri..berbulan kot..
Kaki melatah ko ni, time ko melatah ko menari x?
ReplyDeleteerkk..tak2..aku berdangdut..heheh
DeleteAku tak melatah jadi macam mana nak biasakan bila org cucuk boleh jerit Allahuakbar sebab biasa org cucuk xde pape bunyi pun kuar..
ReplyDeletepaham tak soalan aku.? tak paham google lah :D
aku dah google tapi aku xjumpa la..:p
Deletehahaha..aku faham..kalau x melatah camne nak ubah..
tak suka la cucuk2 ni..kang naik tangan ni..haha
ReplyDeletehahaha..aku xnak naik tangan, kot2 nanti bergaduh ke apa ke..then xpasal2 xde org nk bergurau dgn aku..:D
DeleteAku kan, masa skola dulu if tak silap aku tak pernah mencarut langsung. Kalau aku nak memaki samaada serius atau bergurau aku cuma cakap "Kurang hajar kau ey?". Itu je. Tapi ada membe aku kata perkataan bodoh lebih sopan drpd kurang hajar. Yeke?
ReplyDeleteStart masuk U baru aku advance sket pandai cakap babi, cilaka, sume tu. Maken ramai kawan, terpengaruh la. Ada skali tu aku cilakakan kawan aku dlm fon. Gurau2 la. Ni kira kwn skola menengah la. Pastu dea kata aku culture shock sbb b4 tu aku tak pernah memaki @ mencarut. Kononnya, aku duk Shah Alam, dekat ngan KL, terus culture shock. Sentap gak aku masa tu. Aku rasa tu last aku kawan ngan dea :D
hahaha..kak yan dulu camtu la dgn aku..sbb aku xpernah maki2, then ada 1 hari tu aku termaki dia..terus mogok berbulan2..xmakan pujuk pulak tu..grrrr
Deletefikirkan boleh!!!
ReplyDeletemoga ko terus ajar lidah ko ucap perkara yang baik time latah... ^_~
ahaa..insyaAllah :)
DeleteDahsyat bro.... lu mmg nampak baik...haha..
ReplyDeleteTak de salahnya.... sebab manusia kalau boleh memang nak jadi baik... jadi menjadi baik tu memang impian setiap manusia... ok jerrr...hehe
hahaha..aku baik kan kak? amik la jadi menantu..hahaha
Deletehaha! saya pun kaki latah gak .. alhamdulillah tak sampai mencarut. tapi malu kot , orang tengok macam mak cik-mak cik. hehe
ReplyDeletesama la kita..rasa macam makcik2 pulak dok melatah ni..
Delete