Header2

• 13 January 2015 •

Just Me

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama aku tak menulis kat sini. Entah blog ni masih ada pembaca ke tidak, aku sendiri pun tak pasti. Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau tak ada, tak apa la. Normal rasanya untuk sebuah blog yang dah lama dibiar tak berisi.

Okey, kali ni aku nak tulis pasal aku. Mungkin akan tersabit sikit pasal S. Sikit la kot. So expect la yang akan ada sedikit bunga-bunga bertaburan dalam entry ni..kehkeh. Tapi secara generalnya, InsyaAllah apa yang aku tulis ni adalah pasal aku.

Seperti yang tertulis kat header blog ni, the me that I couldn't be. Means blog ni adalah medium untuk aku menjadi someone yang selama ni aku tak dapat jadi. Errr..entah korang faham ke tidak ayat campur-campur ni..hahaha. Tapi lebih kurang macam tu la maksudnya. Imagine sebahagian diri kau yang selama ni kau sembunyikan, then hanya terpapar kat dalam ruangan ini.

So, itu la aku.

Secara jujur, aku tak punya ramai kawan dalam dunia realiti. Kawan lelaki terutamanya, boleh bilang dengan jari. Kawan perempuan pulak, boleh bilang sekali dengan jari kaki. Bukan la maknanya takde kawan langsung. Ada tu ada. Tapi limitation dalam pergaulan aku sangat-sangat terbatas. Ibaratnya kalau rakan sekerja, hubungan kawan tu hanyalah di atas dasar rakan sekerja.

Dalam dunia realiti, aku adalah seorang yang pasif, pemalu, pendiam dan tak banyak cakap. Bagi geng-geng kopitiam yang dah kerap jumpa dengan aku, diorang boleh nampak la kot. Kalau 10 kali jumpa, ada kemungkinan 10 kali jugak aku jadi seorang yang dikategorikan sebagai pendiam. Tetap jadi seorang yang tak reti berbual dan tak banyak bercakap. Bukan sebab aku tak nak bergaul. Cuma mungkin, itu adalah karektor aku sejak daripada dulu. Jenis yang susah nak pamerkan sebahagian lagi sisi-sisi dan karektor kehidupan aku kepada semua orang.

Senang cerita, dalam dunia realiti, aku hanya tunjukkan siapa diri aku kepada kelompok yang aku rasa betul-betul selesa. Kelompok tu tak ramai. Sepanjang 33 tahun 1 hari, selain adik beradik aku (keluarga besar tak termasuk), jumlah tu mungkin hanya ada 5-10 orang. Sahaja. Kot. Agaknya.

Dan S adalah diantaranya.

Keberadaan S dalam hidup aku, membuatkan aku tak rasa kekok untuk menjadi seorang aku. Tak kira la sama ada mudah marah, panas baran, cepat terasa, kuat merajuk, supersensitive, over confident, suka menyanyi, perasan, gedik, ngada-ngada, kolakar, gagap, tak serious, talkactive, suka menjerit, suka membabikan kucing, menyakitkan hati dan lain-lain, aku tak kisah. Sebab dia bagi aku feel and freedom untuk luahkan semua yang selama ni tak terluah dalam kehidupan sehari-hari.

Kadang-kadang kesian jugak kat dia. Sebab seolah-olah dia jadi mangsa untuk aku luahkan segala benda. In fact, kadang-kadang dia memang jadi mangsa untuk aku marah pada benda-benda yang tak sepatutnya. Hilang fokus, aku salahkan dia. Salah jalan, aku salahkan dia. Gurau-gurau, aku salahkan dia. Kalah main game, aku salahkan dia. Walaupun secara zahirnya aku tak state out and menyalahkan dia, tapi cara aku seolah-olah kesalahan tu memang datang daripada pihak dia.

Kesian sebab dia selalu sangat kena sabar dengan perangai aku yang unpredictable dan entah apa-apa.

Hmmm..aku taknak la taip panjang lagi. Takut entry ni makin lama makin berbunga. Apa-apa pun, aku hargai kehadiran beliau dalam hidup aku. Walaupun jarang bebenor penghargaan tu terzahir melalui tindakan atau perbuatan, tapi sungguh aku sangat hargai dia. Harap dia sentiasa tahu, faham dan rasa.

Oh ya, semalam aku pergi tengok movie. Terbaik Dari Langit. Sempat aku jelaskan pada S, tentang apa yang aku faham terdefinisi sebagai terbaik dari langit. Bukan tentang UFO. Tapi tentang setiap perkara yang dianugerahkan Allah dalam perjalanan kehidupan kita. Tentang setiap apa yang dirancangkan Allah untuk kelangsungan hidup kita. Tentang setiap ujian yang diberi olehNya. Bahawa setiap ujian dan ketentuan itu, adalah terbaik dari langit, which is terbaik dari Dia.

Dan S sendiri, pada aku, adalah terbaik dari langit.
And which is, terbaik dari Dia.

p/s: 2015. Aku 33. 1 tahun. 1 hari.

*** aku disable comment sebab taknak korang comment..
*** contoh keperasanan aku bahawa konon-konon korang memang nak comment..kahkahkah


Back To Top