Header2

• 30 September 2013 •

Sepi Senjaku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.





Senja. Aku sukakan senja. Dan aku sukakan suasana senja. Lembayung kuning kemerahan membibitkan rasa kagum pada keindahan dan keagungan Yang Maha Cipta.


Senja menzahirkan perasaan damai. Senggang waktu yang cukup singkat, membuatkan aku rasa damai. Melihat kedek burung-burung di tepian pantai, membuatkan aku rasa damai. Hembusan lembut angin di kala petang, membuatkan aku rasa damai. Dan bias sinar mentari pada riak air menghampar, membuatkan aku rasa damai. Sungguh damai. Amat sekali.

Senja di tepian pantai, bagaikan suatu tempoh masa yang sepi. Sepi yang membuatkan aku ingin berbisik di cuping telinga kanan, bahawa detik sekali ini adalah harus aku nikmati. Sambil sebelah tangan melitup ruang rongga pada telinga kiri. Berharap bisikan itu kekal. Berharap supaya aku punya seutas jam yang rosak, agar putaran masa sama-sama turut terhenti.


Senja meyakinkan aku tentang hubungan yang sangat singkat. Sesingkat pertemuan antara teriknya siang dan malam yang pekat. Sesingkat ikatan yang baru bermula, tapi ketemu titik penamat. Sesingkat itu. Menanti akhirnya waktu saat siang kian berlalu. Dan menanti tibanya waktu saat bilal mula berlagu.

Senja mengingatkan aku tentang lagu. Lagu yang mungkin sedang kau dengar. Tentang sepi. Sepi senjaku.

p/s: kedamaian sewaktu sepi, bukanlah suatu perkara keji.


• 28 September 2013 •

Sebab Dan Penyebab

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum ni, beberapa orang pernah tanya kat aku. Kenapa leave kopitiam? Kenapa nak kena tinggalkan kopitiam? Kenapa tak stay jer? Kenapa tak jadi silent reader jer? Lepak macam biasa jer la kat dalam tu. Apa ada hal. Tak perlu pun sampai nak undur diri dari kopitiam. Dan macam-macam lagi.

Tapi aku tetap decide nak leaving.

Pengakuan ni. Sebenarnya, salah satu sebab aku tinggalkan kopitiam ialah blog. Diulangi, salah satu sebab. Means, blog ni bukan satu-satunya sebab utama. Yer la, dalam beberapa bulan kebelakangan ni, aku dapat rasa yang aku betul-betul abaikan blog. Korang sendiri boleh nampak kot. Entry pun ada tak ada. Komen dah langsung tak berbalas. Kadang-kadang rasa macam Capital H ni abandoned blog pun ada.
Aku tak salahkan kopitiam. Memang tak. Sebab aku tau, punca tu datang daripada diri aku sendiri. Aku yang salah. Aku yang semakin malas dan lebih seronok untuk spent time kat kopitiam berbanding kat blog. Tak reti nak bahagikan masa bila online. Orang lain rileks jer kot boleh layan blog macam biasa. Tapi aku tak. Aku bias. Fokus aku memang lebih kat kopitiam.

Jadi aku fikir, aku kena buat sesuatu. Aku kena perbetulkan balik apa yang aku dah tinggalkan selama ni. Aku kena build up balik blog aku, tukar template baru dan biasakan diri untuk membalas komen orang lain. Aku kena betulkan balik benda tu, biar orang tak rasa bosan dengan aku, apatah lagi dengan blog aku.

Tapi tu la, nak dapatkan balik momentum kerajinan tu bukannya sesuatu yang mudah. Bayangkan, sejak aku left kopitiam awal bulan ni, minggu lepas baru aku rajin nak buat template. Then 2 hari lepas baru rajinkan diri nak balas komen. Apa aku buat sepanjang 3 minggu pun aku tak tau. Malas gila..kahkahkah.

So aku harap kerajinan ni (kalau betul la apa yang aku tengah buat sekarang diklasifikasikan sebagai rajin), akan berkekalan dalam tempoh masa yang lama. Then bila semuanya dah okey, bila aku rasa dah boleh biasakan diri, baru aku kembali semula ke kopitiam. Itu pun kalau aku masih diterima.

And aku harap second spell aku kat kopitiam nanti (kalau ada), tak membuatkan aku lagha dan kembali mengabaikan blog ni.

Aku harap la.

Itu jer. Sekian, terima kasih.

p/s: aku rindu kat kopitiam woi..hahaha.


• 26 September 2013 •

Surat A Untuk B

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kehadapan B yang dikasihi. Apa khabar? Semoga B berada dalam keadaan sejahtera dan sihat-sihat hendaknya.

    Tujuan A mengutuskan warkah ini adalah untuk meminta maaf kepada B. A sedar bahawa sejak beberapa bulan kebelakangan, A sering mengabaikan B. Sering bersikap dingin terhadap B. Sering menafikan keberadaan B di sisi A. Dan sering mengelak untuk meluangkan masa bersama-sama B. A minta maaf. A sedar yang semua ini berpunca daripada kelalaian dan kecuaian A sendiri.

    Tapi percayalah B, tidak sedikit pun dalam hati ini beralih kasih terhadap B. Perasaan A masih tetap seperti dulu. Meski dah jarang bersama, meski dah kurang bermesra, namun dari jauh A sentiasa mengikuti dan memerhati perkembangan hidup B. Cuma, mungkin, kitaran hidup yang tidak teratur mencantas emosi A untuk terus meneman B.

    Di sini, sekarang, hari ini, A bertekad untuk menemani B, seumur hidup B. Itu pun kalau umur A lebih panjang daripada B. Tapi, sungguh, A akan cuba. Cuba untuk tidak lagi mensia-siakan kewujudan B. Cuba untuk menjaga hati B. Cuba untuk perbaiki jurang yang memisah kita selama ini. Dan cuba meluangkan masa termampu agar hubungan yang dulu bisa bertaut lagi.

    Rasanya, sampai di sini saja coretan A untuk disemat di dada B. Sekali lagi, maafkanlah atas kedinginan sikap A selama ini. Dan akhir kata, A harap B boleh bukakan hati untuk menerima A kembali. Lupakanlah kisah yang lalu dan kita buka lembaran baru. Sambutlah salam peluk cium sepak terajang khas dari A untuk B. Sekian, panjang umur ketemu lagi.
Menjaraklah seribu cahaya bintang.
Kalau kamu tetap bersama aku atas satu orbit yang sama, nescaya tiada terpisah.
Yang ikhlas,
- Encik H -

p/s: A tu untuk Aku, B tu untuk Blog..hahaha


• 24 September 2013 •

Salin Baju

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alaa..taip intro panjang-panjang pun tak guna. Sekali tengok jer korang mesti dah tau. Ya, betul. Blog aku sekarang dah bertukar ke template yang baru. So, basic ceritanya lebih kurang macam tu.

Selama beberapa hari, aku memang dapat rasa macam mana feelnya menyiapkan template ni. Lenguh leher. Sakit belakang. Tahan lapar. Skip makan. Tak buka Astro. Tidur lewat. Berpinau mata. Tak boleh tidur. Hisap rokok. Mengadap laptop lagi. Abaikan wechat. Tertido depan TV. Makan maggi. Semua-semua la. Penat gila kot. Asyik fikir pasal blog jer. In fact masa tengah makan pun, otak aku dok fikir pasal template blog. Segala effort. Kesungguhan. Komitmen. Fokus. Sehabis daya aku kerah untuk siapkan template ni.

Puas hati? Alhamdulillah. Buat masa ni, aku cukup puas hati.

Edit template, pada aku, sama macam belajar. Belajar buat benda-benda yang aku tak tahu. Eh coding-coding ni semua aku cuma ada basic sikit jer tau. Bukannya reti sangat pun. Tapi sebab minat, aku jadi seronok nak belajar. Cuba nak tampilkan kelainan dalam template-template aku. Contoh kalau dalam template lepas aku praktikkan benda lain, dalam template ni aku nak praktikkan pulak benda yang lain. Biar nampak lagi cantik.

Tapi kan, personally, aku rasa template sekarang berkali ganda lebih cantik tau berbanding template sebelum ni. Entah, aku rasa la. Maybe sebab aku dah jemu dengan template lama. So bila dah tukar baru, konfem-konfem la rasa yang baru ni lebih cantik yer tak..hahaha. Tu untuk masa sekarang la. Akan datang nanti aku tak tau. Kot kalau aku dah jemu template ni, aku tak tau idea apa pulak aku nak perah untuk create template yang baru.

Oh ya, hajat nak buat template stencil biru merah kali ni tak kesampaian.

Apa lagi nak taip yer. Haa..ada satu benda lagi yang aku nak tambah untuk template kali ni. Which is iklan. Bukan sebab aku nak cari duit melalui blogging. Takde target macam tu pun. Dah aku sendiri dah jarang datang blog orang, memang jarang jugak la orang datang blog aku. Cuma aku fikir, iklan ni boleh membuatkan blog aku bervariasi. Takde la statik jer. Contoh kalau hari ni iklan Zalora, minggu depan mungkin iklan Mi Sedaap Kari. Takde la kelak nanti aku rasa bosan dengan blog sendiri.

Bila nak letak iklan? Entah. Yang tu aku belum pasti.

Lagi satu, aku syak mungkin ada yang kurang selesa dengan penggunaan font kali ni. Mungkin la kan. Taste semua orang bukannya sama. Tapi mahap la. At first place, aku sendiri pun tak tau apa rasional aku memilih font ni. Aku rasa font ni macam cantik kot..hahaha.

Kesimpulannya, template bloglist pun aku dah ubah. Ubah sikit jer pun. Tapi masa kerja-kerja ubahsuai template tu, habis hilang terus bloglist aku yang lama. Aku tak ingat dah blog mana kat dalam widget yang mana. Jadi, aku decide untuk randomkan bloglist yang baru mengikut hari. Macam tu lagi senang kot. Ada jadual dan perancangan untuk blog mana yang aku nak pergi.

Eh dah la. Takde apa nak taip dah. Harap pembacaan korang selesa la dengan berubahnya template blog ni. Itu jer. Sekian. Terima kasih daun keladi. Lain kali, panjang umur, kita jumpa lagi.

p/s: kalau putih tu menampakkan yang aku ni suci, hitam pulak membuatkan aku tampak elegant sekali..kehkeh.


• 22 September 2013 •

Subsidi Dan Spekulasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni, 10.17 pagi - Kali pertama aku isi petrol sejak kenaikan harga pada 3 September. Agak jimat jugak penggunaan petrol aku. Alaa..bukannya aku outstation ke mana pun. Duduk dalam Kuantan jer. Malam pun jarang keluar, kecuali pergi makan. So logik la isi petrol 2 minggu sekali.

Aku ni sebenarnya memang daripada hari tu nak cerita pasal subsidi ni. Lagi-lagi selepas kenaikan harga petrol. Cuma masa tu isu subsidi tengah agak panas. Jadi aku pendam la dulu. Tapi, biasa la, pendam punya pendam, last-last terus terpadam. Terus jadi lupa. Ni pun teringat balik waktu aku nak isi petrol pagi tadi.

Oh ya, aku bukan pakar ekonomi.
Jadi apa yang aku tulis adalah based pada pemahaman sendiri.

Secara ringkas, subsidi ni ialah satu terma yang membolehkan kerajaan masuk campur dalam pasaran harga tempatan. Tujuannya untuk membuatkan sesuatu barang atau produk tu lebih murah, affordable dan boleh dimiliki oleh semua orang, tanpa menjejaskan struktur ekonomi negara.

Ada sesetengah orang berpendapat, pemberian subsidi ni tak bagus. Sebab secara tak langsung membuat pengguna dimanjakan dengan harga barangan yang jauh lebih murah. Sikit-sikit harapkan bantuan. Tak ada effort untuk perbaiki ekonomi sendiri. Sebagai contoh, sebelum ni petrol RON95 ialah RM1.90 dan sekarang ialah RM2.10. Muatan tangki aku ialah 40 liter. Kenaikan 20sen bermakna pertambahan kos petrol aku sebanyak RM8 setiap 2 minggu. Aku tak suka. Sebab aku rasa kenaikan harga minyak ni memang membebankan. Maklum la, selama ni aku dah biasa dimanjakan dengan harga petrol bernilai RM1.90. Jimat sikit lapan hengget!

Lagipun, pemberian subsidi petrol ni hanya menguntungkan orang kaya. Orang berpendapatan sederhana yang bawa motor atau naik bas, mungkin tak dapat rasa faedah subsidi yang ditanggung kerajaan selama ni. Seharusnya subsidi tu dihapuskan. Duit tu digunakan untuk menaiktaraf infrastruktur dan saluran bantuan secara berperingkat kepada golongan berpendapatan rendah. Itu pendapat sesetengah orang la.

Dan ada sesetengah orang pulak, macam aku, berpendapat bahawa bantuan subsidi ni memang perlu. Bukan sebab aku minum petrol gulp gulp gulp camtu. Tidak. Cuma aku rasa subsidi ni masih berperanan dalam mengawal harga sesuatu barang atau produk. Aku tak pernah pergi luar negara. Tapi daripada apa yang aku dengar, harga petrol kat sesetengah negara adalah tanpa subsidi. Harga tu berubah-ubah setiap hari, mengikut kehendak stesen-stesen minyak. Gila. Tak termampu aku nak isi petrol kalau tanpa subsidi. RM2.73 woi!! RM33.20 untuk setiap 2 minggu.

Tapi korang tahu tak, yang menakutkan kita selama ni bukanlah harga tanpa subsidi. Apa yang menakutkan kita sebenarnya adalah harga spekulasi. Ya, harga spekulasi. Soalannya, apa tu harga spekulasi? Hmm..basically, harga spekulasi adalah harga yang tak dapat dikawal oleh kerajaan. Harga ni ditentukan oleh pemain-pemain pasaran yang kita sendiri tak tahu siapa.

Tak faham ke? Okey takpe, aku bagi contoh.

Kenaikan harga petrol baru-baru ni membuatkan kita marah pada kerajaan. Kerajaan bodoh la, kerajaan itu la, kerajaan ini la. Macam-macam kita suarakan sebagai protes kita terhadap kenaikan harga petrol. Sebab harga tu dikawal oleh kerajaan. Tapi, implikasi kenaikan harga petrol tu adalah sesuatu yang sangat luas, yang kita sendiri tak terjangka.

Teh tarik kat mamak naik 20sen, kita nak marah siapa?
Tambang bas naik 30%, kita nak marah siapa?
Courier services naikkan kos 20%, kita nak marah siapa?
Telur dan sardin kat kedai naik 5sen dan 10sen, kita nak marah siapa?

Kalau contoh tu tak betul, ada banyak lagi contoh lain dimana harga barang atau produk yang bukan dikawal oleh kerajaan. Ini la dia harga spekulasi. Kenaikan harga barang-barang seperti petrol dan gula, sekali gus menaikkan harga barangan lain. Kalau nak beli, beli. Kalau nak murah, dengan segala hormatnya beransur daripada sini. Last-last apa yang kita boleh buat? Tak ada apa. Nak marah pun, rasa macam tak guna. At the end, hampir semua kedai pun akan mengenakan kadar harga yang sama.

Itu la sebenarnya yang kadang-kadang kita terlepas pandang. Kita cuma nampak nilai 20sen meningkat dalam harga petrol, tapi kita tak perasan kos sara hidup kita meningkat RM3 setiap hari. Kita salahkan kerajaan, tapi sebenarnya bukan kerajaan yang kawal harga spekulasi ni.

Oh ya, isu subsidi ni bukan isu politik. Tapi isu ekonomi. Even aku tak menyokong BN, tapi aku percaya, kalau PR yang menang pilihanraya hari tu pun, harga petrol kita takkan turun sewenang-wenangnya. So, untuk kata "Haaa tu la, sokong lagi BN. Sekarang, rasakan macam mana. Kalau korang undi PR dulu, takde la harga petrol kita mahal macam ni" adalah sesuatu yang sangat tak patut.

Kesimpulannya, untuk mengatasi masalah kenaikan harga petrol, marilah kita sama-sama mencontohi video ni.



Hahaha..sekian, terima kasih.

p/s: aku bantah kenaikan harga petrol..tapi, ada sape peduli? :p


• 19 September 2013 •

Shopping Online

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku syak kalau masa akan datang nanti laptop atau pc kita masing-masing boleh keluarkan duit, mesti kita semua tak hengen nak pergi bank. Okey, mungkin bukan kita semua. Mungkin aku jer yang tak hengen nak pergi bank. Sebab sekarang ni, tujuan aku pergi bank tak lain tak bukan ialah untuk keluarkan duit. Itu pun kat mesin ATM. Eh jap, kenapa kita nak kena sebut 'mesin ATM' sedangkan ATM tu sendiri bermaksud Automated Teller Machine? Kira kita semua ni ada masalah problem ke macam mana? Hahaha..

Okey, jaman sekarang ni, semua benda dah boleh dilakukan secara online. Bayar bil online. Bayar ansuran kereta online. Bayar langganan astro online. Transfer duit online. Jemputan kahwin online. Bersembang dengan kawan-kawan online. Wish birthday online. Mintak kerja online. Berutus surat online. Luahan perasaan online. Topup handset online. Daftar subjek online. Order pizza online. Eh macam-macam lagi la. Gila apa aku nak kena explain semua ni panjang-panjang..haishhh!

Aku pun macam tu jugak. Dan kebelakangan ni, aku terlibat pulak dengan aktiviti shopping secara online. Entah macam mana boleh terjebak pun aku tak tau. Semua ni Zalora punya pasal. Alaa..portal online shopping untuk baju dan kasut yang besar gila tu. Kasut, baju, beg. Beratus jenama, beribu gaya. Dan yang paling gila lagi, penghantaran dan pemulangan ke seluruh negara adalah percuma. Heh, aku siap bukak iklan Zalora kat youtube tau masa tengah taip entry ni. Komitmen giler..kahkahkah.

Mujur jugak aku ni bukan kaki shopping. Bukan jenis yang sanggup habiskan empat lima ratus setiap bulan untuk dapatkan barang-barang yang aku nak. Errr..kecuali kasut la. Sebab sepanjang 2 tahun lebih kat Kuantan ni, aku dah beli 5 pasang kasut. Itu pun lepas dah kena racun baik punya dengan Encik R. Tapi logik la jugak, dah beberapa tahun kerja, aku memang tak pernah beli kasut. Still guna kasut yang aku pakai masa zaman belajar. Takde gaya 'enjinior' langsung. Oh ya, kasut tu semuanya bukan pembelian secara online. Aku beli kat kedai kasut. Tak sampai RM200 pun sepasang.

Errr..berbalik kepada shopping online. Dalam 2 bulan lepas, aku 'terbeli' 3 tshirt kat Zalora. Tshirt murah jer. Value 3 items tu tak sampai pun RM100. Lagipun aku bukannya kaya bebenor sampai sanggup nak beli tshirt Timberland yang sehelai pun dah lebih RM100. Ikut kemampuan sendiri la. Beli pun sebab aku rasa macam dah terjatuh suka.


In return, Zalora bagi aku 2 voucher untuk purchase tiket wayang. Tapi, tu la, aku ni jenis yang jarang pergi tengok wayang. Last-last lupa nak guna. Bila aku check, rupanya voucher tu dah expired masa 31/08. Takpe la. Tak hado rejeki. Selain tu, aku dapat 2 voucher diskaun. Satu untuk aku bagi pada kawan, which is diskaun doploh lima hengget. Aku nak bagi pada adik aku, tapi dia tak reti nak shopping online. So last-last aku lupa nak bagi voucher tu kat siapa-siapa.

Satu lagi tu untuk aku sendiri, which is diskaun seploh persen. Means kalau aku beli barang harga RM200, dapat la diskaun doploh hengget. Ceh, sikit bebenor. Kot yer pun bagi la diskaun doploh persen ke, tigaploh persen ke, baru berbaloi. Baru la aku rasa semangat nak shopping.

Eh apa aku nak cerita tadi? Haaa..pasal voucher. 15/09 aritu, tiba-tiba aku teringat pasal voucher diskaun. So aku check la, tengok-tengok that day adalah hari terakhir untuk gunakan voucher tu. Ah sudah, kata aku kat dalam hati. Dasar manusia tipikal yer tak? Komplen-komplen kata diskaun tu sikit, tapi last minit nak guna jugak.

Dua jam terakhir sebelum pukul 12 tengahmalam, aku start survey barang. Berangan konon nak beli Levi's la. Sebab aku memang dah lama perhati item tu. Cuma bertangguh nak beli jer. Ding dong ding dong, last-last pukul 11.55 malam baru aku Add Cart. Dah siap login Public Bank Online. Dah siap request PAC. Tapi disebabkan dalam hati aku ada sekelumit rasa tak yakin dengan pilihan last minit tu, aku tekan kensel.

Sudahnya, voucher tu expired. Tak boleh guna.

Aku ingatkan dengan tamatnya validity voucher tu, dah kira habis cerita. Tahu-tahu 2 hari kemudian, Zalora call aku. Sebab dia dapat detect yang aku nak beli, tapi tak jadi. Aku pun kata la, voucher diskaun dah expired, so saya rasa tak jadi nak beli. Dan seperti yang dijangka, dia offer aku diskaun seploh persen untuk Levi's tu. Aku tamak, aku mintak lebih, tapi dia kata itu jer yang dia mampu bagi.

Memandangkan sekarang ni dah tengah bulan, jadi aku dapat satu taktikal keji. Masuk jer gaji bulan depan, aku akan login portal Zalora, then buat-buat nak beli, tapi last-last tak jadi beli. Kemudian tunggu dia call, kalau dia offer nak bagi diskaun, then lepas tu baru aku teruskan beli..kehkeh. Bukannya sekarang tak boleh nak beli. Cuma aku fikir, maybe tak berapa terasa duit tu kurang kalau bila beli selepas gaji.

Eh dah la. Kesimpulannya, aku nak renovate blog ni.


p/s: pakai baju pun ada prosedur, tahu?


• 17 September 2013 •

Selective

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru aku perasan yang empat entry sebelum ni, semua tajuknya bermula dengan Bahasa Inggeris. So untuk entry kali ni, even aku boleh jer letak tajuk Bahasa Melayu, tapi aku rasa nak letak jugak tajuk Bahasa Inggeris.

Pasal selektif ni, takde apa sangat pun yang aku nak cerita. Just spesifik pasal hal aku membeli laptop jer.

Kronologi pembelian laptop ni lebih kepada 'secara kebetulan' sebenarnya. Waktu tu, CPU kat office rosak. Motherboard problem. Kalau ikutkan aku zaman dulu-dulu, aku repair sendiri jer. Bagi aku satu screwdriver phillips, tau la macam mana aku nak menghidupkannya. Tapi bila dah kerja ni, apa jadah pulak aku nak repair yer tak? Hantar kedai jer la, biar company yang bayar. Tapaya nak susah-susah.

So bila CPU problem, aku hantar kat kedai. Sementara tunggu dia check, aku tengok-tengok laptop yang ada kat situ. Sepasang mata aku tertancap pada HP Pavilion 15-e049TX, kaler putih. Melting sekejap bila tengok laptop tu. Rasa macam jatuh cinta pandang pertama. Macam orang yang kau suka, tiba-tiba bagi senyuman manis kat depan kau, sambil kenyit-kenyit mata. Haaa..macam tu la ibaratnya.


Laptop aku sebelum ni memang dah menunjukkan simptom-simptom kejahanaman. Harddisk macam dah nak rosak. Berapa kali ntah keluar BSOD. Tanda-tanda dah nazak tu. Tapi still boleh guna la. So aku memang tak serious pun pasal nak beli laptop baru. Pada aku, selagi boleh guna, aku guna jer la. Then kalau dah jahanam, baru aku fikir apa option lain yang aku ada.

Ditakdirkan harddisk aku betul-betul rosak lebih kurang 2 minggu selepas aku nampak laptop tu. Rosak yang betul-betul takleh nak hidup dah. Oh ya, aku tak pernah and takde pengalaman or knowledge untuk repair laptop. Aku cuma tau repair CPU jer. So bila harddisk rosak tu, dalam kepala aku ialah, ini la masanya untuk beli laptop baru. Ya, aku tau, aku boleh tukar harddisk jer. Tapi aku tetap nak beli laptop baru.

Kesimpulannya yang pertama, aku dah beli laptop baru.

So, part mana yang selektif? Hahaha..okey, ini dia part yang selektif.

Sebenarnya aku memang selektif sikit dalam membeli laptop. Kalau orang lain beli laptop based pada performance atau spesifikasi laptop tu, tapi aku tak. Benda first yang aku tengok sebelum membeli laptop ialah numpad. Reasonnya ialah sebab aku tak biasa nak guna nombor-nombor yang kat atas qwerty ni. Memang tak biasa, janggal dan tak berminat nak guna. So atas sebab tu, aku perlukan laptop yang ada numpad. Itu yang paling penting. Then lepas tu baru aku tengok pada spesifikasi ataupun warna.

Laptop aku yang first, Acer emachines E725, kaler hitam, yang dah ganti harddisk, yang aku tengah guna sekarang ni, pun aku beli sebab ada numpad. Punca aku beli laptop ni, ialah sebab monitor aku rosak..hahaha. Mengada kan? Monitor rosak, pergi beli laptop. Harddisk rosak, pergi beli laptop. Tapi itu la, untung jugak sebab monitor tu rosak. Kalau tidak, setiap kali balik kampung, aku akan usung CPU dengan monitor, sekali dengan speaker, semata-mata sebab nak online kat kampung.


Mujur jugak masa tu balik kampung naik kereta. Takde la aku rasa macam malu sangat nak mengangkut semua. Dah, itu jer.

Kesimpulannya yang kedua, cuti CNY tahun depan, kalau takde apa-apa, laptop ni, insyaAllah, adik aku yang punya.

p/s: eh, laptop putih membuatkan aku rasa suci tahu? kahkahkah!


• 12 September 2013 •

Suicide

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam, nutritionist aku tiba-tiba tanya soalan ni. Apa yang perlu dilakukan kalau kawan kita bagitau nak commit suicide. Aku jawab la yang kita kena bagi kawan tu galakan..hahaha.

Personally, aku tak rasa seseorang tu berani nak commit suicide. Lebih-lebih lagi muslim. First, for sure la sebab anutan agama yer tak? Orang muslim yang dah hilang kepercayaan kepada Allah jer kot yang betul-betul consider nak commit suicide ni. Tak pun, yang pendek akal. Berfikiran singkat dengan menganggap bahawa mati tu adalah satu-satunya jalan untuk menghilangkan rasa stress dan depression.

Jangan salah faham pulak. Bukan maksud aku yang non muslim tu tak ada anutan agama. Bukan, aku tak maksudkan macam tu. In fact aku tak fikir mana-mana agama pun menggalakkan penganut masing-masing untuk commit suicide. Cuma, apa yang aku taip ni based pada personal view dari sudut pandangan aku. Plus, selain pengebom berani mati, aku jarang dengar kot orang muslim or malay yang commit suicide. Kalau chinese or indian or lain-lain, yang tu aku biasa dengar.

Second, sebab semua manusia, tak kira apa pun anutan agama, masing-masing akan punya rasa takut. Maksud aku kat sini, kita tak pernah mati. Kita tak pernah tau pun macam mana rasanya mati. Perasaan masa nyawa ditarik daripada jasad, kita tak pernah rasa. Kita mungkin cuma pernah baca atau gambarkan macam mana perasaan bila putus nyawa. Apa yang kita gambarkan tu adalah azab, sakit, siksa, horrible dan sebagainya. Gambaran tu indirectly buatkan kita takut untuk mati, apatah lagi untuk bunuh diri.

Oh ya, 24 Julai hari tu, ada sorang member aku commit suicide. Non muslim. Terjun daripada tingkat 4, commercial center kat Bintulu. Kalau tak silap, Park City Mall kot nama tempat tu. Dia ni kira member masa belajar kat UTM dulu. Tapi tak rapat sangat la, kira kenal-kenal macam tu jer la. Walaupun penuh tatu naga kat badan, dah macam triad, tapi belajar memang pandai. Cuma, tu la, aku tak sangka. Marital problem punya pasal, last-last dia decide untuk commit suicide.

Can't live. With or without.
Tengok tu H. Dia tak takut pun. Berani jer nak commit suicide.

Tak. Dia takut sebenarnya. Sebab tu sebelum terjun, dia minum liquor.


Berbalik kepada entry ni. Secara jujur, aku, sebagai kawan, tak take serious kalau member aku mention nak bunuh diri. Aku anggap benda tu sekadar cakap mulut jer. Yup, mungkin la member tu tengah tensen ke, stress ke, apa ke. Tapi aku tetap tak rasa nak take serious.

Aku ada 3 option untuk deal dengan situasi ni.

First, aku respond dengan lawak-lawak bodoh. Kalau nak terjun, terjun daripada tingkat yang paling tinggi. Kalau terjun daripada tingkat 1, belum tentu mati. Tak syok la kalau setakat terjun lepas tu patah kaki. Menyusahkan orang jer. Then sebelum terjun, wasiatkan harta-harta semua tu kat aku, biar aku jaga. Pastu kalau nak terjun, inform dulu. Aku tunggu siap-siap kat bawah, nak rakam. Something like that la, yang bila orang dengar, orang akan rasa menyesal betul ada kawan macam aku..kahkah.

Second, kalau orang tu jenis yang nampak betul-betul tertekan, and bergurau bukan option yang bagus, so aku akan tunjuk sikit simpati. Sikit jer kot. Sebab aku tak berapa suka nak tunjuk simpati. Pada aku, simpati berlebihan tu macam memandang rendah dengan kredibiliti seseorang untuk survive dalam hidup dia. As if that person macam terlalu lemah. Aku tak suka macam tu. Manusia bercerita bukan sebab dia lemah. Tapi sebab dia lelah. So, dengan nada simpati, aku akan tetap support dia bunuh diri. Dengan syarat, aku nak join sekali. Kita naik sama-sama. Kita pegang tangan. Then kita terjun sama-sama.

Gila kau? Aku cakap kat mulut jer. Kalau dia betul-betul ajak bunuh diri, aku bagitau la yang aku belum sedia nak mati.

Third, haaa yang ni simple. Third tu aku klasifikasikan sebagai other method selain daripada first and second. Habis cerita.

Kesimpulannya, sama. Tak kira apa pun respond kita, tak kira apa pun reaction kita, at the end, hampir kesemua kita tetap berpaksi pada direction yang sama. Intention kita tetap nak buat that person positive and overcome difficulties yang ada dalam perjalanan hidup dia. Cuma, ya, cara kita mungkin berbeza-beza.

Sekian, itu saja.

p/s: yup, setiap yang hidup tu pasti akan mati..cuma, aku harap, kita semua mati bukan sebab membunuh diri..


• 05 September 2013 •

Should You Be Respected?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini entry pasal respect.

Okey. Respect ni pada aku sama level jer dengan trust. Once it broken, kau takkan dapat nilai respect atau trust yang sama macam apa yang kau dah pernah terima sebelum ni. Fullstop.

Untuk aku, aku takkan minta orang lain respect atau trust aku secara direct. Means, kalau nak percaya, percaya la. Kalau taknak percaya pun tak apa. Dan kalau nak respect, respect la. Kalau taknak respect pun tak apa. Takde hal. There is no such things as aku dah percaya kau, so kau kena percaya aku. Atau aku dah respect kau, so kau kena respect aku. Itu bodoh namanya. Itu pada pendapat aku.

Jadi, bilamana kau respect someone, kau tak perlu harapkan pulangan nilai respect yang sama. InsyaAllah setiap orang tahu macam mana nak respect dengan idea, cara dan sikap kau selama ni. Tak perlu letakkan syarat bahawa seseorang yang respect kau, perlu ikut arahan dan kehendak kau dalam tempoh 24 jam. Dan kalau tak ikut, bermakna orang tu seolah-olah tak respect kau. Gila apa. Kalau itu justifikasi kau terhadap mutual respect, bermakna minda kau masih terlalu sempit. Agaknya.

Aku, sekarang ni, rasa macam dah hilang respect pada someone yang selama ni aku respect. Tak perlu dijelaskan macam mana aku respect kat dia selama ni. Tak perlu. Even dia cerewet, entah apa-apa, punya demand yang tinggi, takde sense of humour, take serious pasal benda-benda yang kecik, keras macam tiang elektrik, tapi itu tak sedikit pun menghalang aku untuk respect kat dia dan cara hidup dia. Manusia lain-lain yer tak? Aku tak boleh expect dia sama macam kawan-kawan lain. Itu tak adil untuk dia.

Tapi itu dulu. Maksud aku, sebelum ni. Sejak 2-3 hari lepas, aku rasa macam aku dah langsung takde rasa respect kat dia. Seolah-olah, that person hanyalah watak tempelan. Watak picisan. Ada pun tak menambah. Tak ada pun tak apa. Bahkan kalau tak ada, mungkin aku lagi suka..hahaha.

Bukan aku menyesal kenal dia. Tidak. Cuma dah hilang respect. Itu jer.

Kenapa aku boleh hilang respect? Kenapa? Sebab, entah yer, susah nak bagi sebab. Macam mana trust boleh hilang atas sebab-sebab yang remeh. Macam tu jugak la respect, boleh hilang atas sebab-sebab yang temeh. Basically, sebab-sebab ni biasanya berkait dengan sikap. Sikap-sikap yang buatkan respect aku semakin kurang dan semakin tak ada. Buatkan aku rasa, ah kau, tak perlu dah aku nak respect apa-apa.

Kesimpulannya, kalau kau rasa sikap kau tu akan buatkan aku respect, ternyata kau silap. Sebab sejujurnya aku memang dah hilang rasa respect. Senang cerita, memang tak respect langsung. Eh kau siapa untuk aku respect? Bagi la masa berapa lama pun, 24 jam, 48 jam, 72 jam, aku tetap dah takde langsung rasa nak respect. Sikit pun takde, boleh jalan.

Sekian, terima kasih.

p/s: aku kasar? aku pedulik hape!


• 04 September 2013 •

Sorry For Surprise

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku syak entry ni panjang agaknya. Harap korang semua tak bosan baca.

Mula-mula biar aku ceritakan tentang aku. Tentang sikap aku dan tentang perangai aku. Usually, aku suka simpan apa yang aku fikir tu dalam kepala. Kalau tak semua pun, sesetengahnya aku akan pendam sorang-sorang. Idea aku, perancangan aku, planning aku, sesetengahnya memang aku taknak orang lain tahu. Sebab aku fikir, tak surprise la kalau 100% perancangan aku tu dah diketahui oleh orang lain.

Sebagai contoh, Velvet Box hari tu. Aku dah decide awal-awal nak beli benda tu. Dah decide nak pilih warna biru. Dah decide apa yang nak ditulis, plus emot yakin semua tu aku dah decide. Cuma, tu la, aku tak bagitau sape-sape. Kecuali Liyaa. Itu pun sebab aku sengaja nak suruh dia pilih warna merah ataupun biru. And even dia pilih merah, aku dalam diam tetap putuskan nak ambil biru. Reasonnya, sebab aku nak benda tu jadi surprise untuk semua yang ada pada hari tu.

Tapi, disebabkan Liyaa dah tau, aku kena create something untuk buatkan planning tu nampak macam tak menjadi. Sebab aku fikir, kalau aku tak buat macam tu, Liyaa kompem dah tau apa benda isinya even sebelum dia buka hadiah tu. Element surprise tu tak ada. Pada aku, better dia surprise sikit bila dapat hadiah walaupun secara general, dia sememangnya dah agak and boleh tahu. So, aku cakap la yang aku tak tau nak tempah kat mana Velvet Box tu. Aku tak jumpa tempat. Aku ajak Liyaa discuss option yang lain. Macam-macam jugak idea dia. Tapi semua aku tolak. Yer la, benda dah settle kot. Tunggu masa nak bungkus jer.

Oh ya, kedai tempat aku tempah Velvet Box tu ingat, KOPITIAM aku ialah betul-betul kedai kopi. Dia tanya kedai kopitiam aku tu kat mana. Aku cakap la kat KL. And dia ingat, emot yakin tu ialah someone tengah minum kat kopitiam. Aku syak dia tak ada wechat..kahkah.

Emot tu tengah minum kat Kopitiam..kehkeh

Okey berbalik kepada element perancangan. Macam tu jugak yang aku fikir untuk planning ke kenduri Rapunzel. Once aku decide nak ke Broga Hill tu, which is sape-sape pun tak tau, aku memang dah rancang nak pergi kenduri Rapunzel tu sorang-sorang. Peduli apa kalau aku jadi forever alone pun. Tak ada sape yang kenal aku kat situ. So aku decide nak pergi majlis tu sorang atas sebab-sebab yang tertentu.

Biar aku bagitau sebabnya. Sekarang.

Dalam kepala aku, once aku resign dari Kopitiam, aku fikir ending untuk aku dan diorang semua adalah pada hari Sabtu. Aku tak fikir yang Ahad tu aku akan jumpa diorang semua. Sebab tu aku bagi hadiah siap-siap masa hari Sabtu. And sebab tu jugak aku auto publish entry See You When I See You. Sebab aku betul-betul maksudkan yang ending aku dengan diorang tu semua hanya valid pada hari Sabtu.

Segan kot bila Sabtu dah bagi hadiah, then Ahad nak jumpa semula.

Tapi tu la, kita rancang molek dah. Tapi Dia pun rancang jugak. Hasilnya, Sya tak dapat muncul masa hari Sabtu tu. Means, aku kena jumpa dia sekejap masa hari Ahad, sebab nak pass hadiah. Yer la, aku dah prepare kot. Kemain aku bungkus hadiah tu dengan China Press. Siap beli paper bag lagi. Rasa tak adil la kalau semua orang dapat, then ada sorang yang tak dapat. Padahal bukannya tak pernah jumpa.

So tengahari tu aku SMS Sya, tanya dia akan sampai pukul berapa. Dia kata, dalam pukul 2 hingga 2.30 baru Chuu datang ambil dia kat komuter UKM. Gila kau. Lebih 2 jam tu nak tunggu. Memang tak la. So aku rasa, kemungkinan besar aku tak dapat jumpa Sya hari tu. Maybe takde rezeki. Aku rasa baik aku balik jer Kuantan. Masuk office, siapkan report.

Aku sampai rumah pengantin dalam pukul 12.10 tengahari camtu. Lepas makan, beristerihat sekejap sementara tunggu pengantin sampai. Dipendekkan cerita, pengantin sampai 10 minit sebelum Zuhur. Aku ada kamera okey! Nampak tanda seruan tu? Hahaha..so aku ambil la gambar pengantin walaupun diorang berdua tak kenal aku. Then lepas ambil gambar semua-semua, tengok jam dah dekat pukul 2 petang. Aku terus fikir, ada potensi jumpa Sya sekejap ni. Ada peluang ni, kata aku kat dalam hati. So aku call Sya, and tunggu dia kat komuter UKM.

Oh ya, aku jumpa Chuu lagi sekali kat sana. Segan jugak sebenarnya. Sebab semalam dah farewell, tiba-tiba hari ni jumpa semula. Harap Chuu tak kisah. Oh ya lagi sekali, aku nak maklumkan yang aku langgan Broadband Daily sehari sebelum tu (pagi Sabtu). So masa pagi Ahad tu broadband aku dah expired. Sebab tu aku tak respond wechat Chuu or sesiapa jer yang send wechat kat aku pada hari tu.

So macam tu la ceritanya. Aku minta maaf kalau-kalau tindakan aku yang suka merahsiakan perancangan tu buatkan siapa-siapa terasa. Sorry for surprise. Ya, aku tau maaf aku sekarang ni dah tak laku. Berkali minta maaf pun sesetengah orang tetap buat tak tau. Malah anggap segala apa yang aku taip ni cuma alasan semata-mata. Aku tau tu. Tak apa. Aku tetap minta maaf walaupun ada yang begitu angkuh dan susah untuk maafkan aku.

Mungkin dalam hidup sesetengah orang, mereka adalah raja. Menganggap bahawa setiap orang perlu mengangkat sembah, bertunduk sujud pada mereka sebelum perihal maaf boleh diangkat jadi cerita. Tu la, mungkin sesetengah orang memang kepingin menjadi raja. Mungkin la, agaknya.

Dah, itu saja. Next entry, aku nak tulis pasal respect pula.

Sekian, terima kasih.

p/s: aku harap surprise tu menggembirakan korang..:D


• 01 September 2013 •

See You When I See You

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry ni adalah auto publish. Aku mula draf entry ni pada 25 Ogos 2012, jam 3.31 petang. Bezanya entry ni berbanding entry yang lain, ialah entry ni 90% bersifat imaginasi. Imaginasi kerana pada waktu aku draft entry ni, aku menulis dengan membayangkan keadaan-keadaan yang akan berlaku lebih kurang seminggu jer lagi.

Draf awal untuk entry ni..

Okey, sekarang, waktu korang tengah baca entry ni, aku berada kat salah satu hotel bajet. Tapi tak pasti la hotel bajet di kawasan mana. Either Broga atau Semenyih, aku sendiri pun tak tahu lagi. Apa yang aku tengah buat sekarang? Entah, itu pun aku tak tahu. Maybe tengah tidur, atau maybe tengah tengok gambar-gambar yang aku ambil petang tadi. Atau maybe waktu ni aku baru jer nak check in. Kes baru jumpa hotel bajet..kehkeh.

Kenapa aku check in kat sini? Hmmm..sebab esok, kalau panjang umur, aku bercadang nak panjat Broga Hill untuk kali ke-2. Pernah panjat sebelum ni, dengan Anees dan Keyla. Tapi masa tu aku pakai jeans jer, dengan selipar. Panjat pun masa dah nak dekat-dekat tengahari. Tapi esok quite proper kot. Dah standby seluar, kasut dalam kereta, lampu suluh, kamera, towel kecik, air mineral dan macam-macam lagi. Hopefully, aku enjoy la dengan pendakian aku kali ni.

Eh korang ingat lagi tak cerita Jerebu Di Hati Aien? Haa..kalau korang nak tau, Aien dah selamat melangsungkan perkahwinan dia semalam. Kat Alor Elephant, Melaka. Ramai geng Kopitiam yang menghadirkan diri kat majlis ni. So aku pun tak terkecuali. Dan esok, lepas turun daripada Broga Hill pulak, aku akan siap-siap untuk bertandang ke Rapunzel punya kenduri. Bagus diorang ni, pilih tarikh dekat-dekat. Senang aku nak planning.

Actually planning asal malam ni ialah untuk bermalam kat Teluk Kemang. Buat BBQ, makan-makan dan berbual-bualan. Tapi memandangkan ramai yang ada masalah-masalah tertentu, yang membuatkan diorang masing-masing takleh stay, maka planning asal tu terpaksa dibatalkan. Tetap pergi jer Teluk Kemang tadi. Tapi tak menginap la. Just aktiviti pantai jer, naik Banana Boat, main Jetski dan sebagainya.

Oh ya, aku memang suka pantai. Aku suka pemandangan pantai. So tadi sempat la jugak ambil gambar sunset. Memang ohsem. Panomara ciptaan Allah memang cantik tidak terkata. Lenkali aku share gambar yer..hahaha.

Oleh sebab planning kat Teluk Kemang tu terbatal, so immediately minggu lepas (24 Ogos 2013) aku terus plan untuk ke Broga ni. Sebab aku fikir, gila apa aku nak balik hari ke Kuantan. Aku mesti kena overnight kat suatu tempat. Then aku mesti ada aktiviti untuk diri sendiri bila ada kat sesuatu tempat tu. Fikir punya fikir, aku rasa baik aku stay kat Bangi and repeat kat Broga. Lagipun bukannya selalu aku dapat datang kat sini.

Ini masa kali pertama.

Untuk kali ni, aku decide nak pergi sorang-sorang. Aku ada opsyen untuk invite atau pelawa siapa-siapa. Tapi aku sombong. Aku taknak ajak..hahaha. Aku nak pergi sorang-sorang, jalan sorang-sorang, panjat sorang-sorang, ambil gambar sorang-sorang, and semuanya sorang-sorang. Just macam kat KK hari tu. Semua aku nak buat dan explore sorang-sorang.

Okey, berbalik kepada hal petang tadi. Aku rasa tu mungkin last kot aku jumpa diorang. Last untuk bila tu tak sure la. Maybe last untuk bulan Ogos. Maybe last untuk tahun 2013. Maybe last but not least. Entah, aku takleh klasifikasikan last tu macam mana. Cuma aku boleh kata, pasni mungkin aku dah susah nak hangout dengan diorang. Mungkin. Maybe. Kot.

Memetik antara ayat terakhir dalam Ocean 13, "See you when I see you". Means, kalau jumpa, jumpa la. Kalau tak jumpa, tak jumpa la. Buat masa ni, camtu la keadaannya. Sebab aku takde planning any further. In fact aku sendiri rasa ending tadi, antara aku dengan diorang, memang dah betul-betul cukup sempurna. Aku tak rasa nak ubah atau perbaiki apa-apa. Biar la camtu jer. So, thanks guys. See you when I see you. Later.

Oh ya, sebelum berpisah, aku tinggalkan korang dengan lagu ni. Daripada Ello. Pergi Untuk Kembali. Dengan ucapan, InsyaAllah suatu masa nanti, kalau panjang umur, aku akan kembali.





Sekian, terima kasih.

p/s: tido la woi..esok nak panjat Broga!!


Back To Top