Header2

• 27 September 2014 •

Supercalifragilisticexpialidocious

Assalamualaikum.

Hai. Saya bukan H. Saya S. Pinjam kejap blog encik ni. Saya ada janji dengan dia nak tulis satu entry dalam ni. Dan selagi saya tak tulis selagi tu la dia tanya bila saya nak tulis. Tanya pulak dengan nada saja nak buat saya annoy. Suka la encik ni bila dia berjaya buat saya annoy. Penat jawab soalan sama, baik saya tulis. Entry ringkas je ni. Kot. Oh tajuk tu bukan saya yang letak.

H sebenarnya suka menyanyi even suara dia tak sedap. Serius tak sedap. Dah lah lirik salah, pitching lari, nada pulak main hentam je. Kalau jenjalan dengan dia, sepanjang perjalanan dalam kereta tu dialah yang nyanyi. Sekali lagi, suara dia tak sedap. Saya ni malu sikit nak nyanyi dengan penuh confident macam encik tu buat. Kalau pergi karaoke dengan dia, memang dia yang akan conquer. Saya tak diberi peluang nak nyanyi. Lagi sadis, bila lagu duet, part dia, dia lah yang nyanyi. Part saya, dia jugak yang nyanyi. Part duet pun dia sorang jugak yang nyanyi! (Pengajaran: jangan karaoke dengan encik ni)

Dalam banyak-banyak lagu yang dia nyanyi, ada satu lagu ni yang saya suka dengar. Lirik dia catchy, muzik dia riang ria. At first tu saya ingat dia nyanyi lagu rakyat. Memang happy. Then bila dia nyanyi banyak kali non stop (suara dia tak sedap), saya dapat tangkap lirik and maksud lagu tu. Saya nak explain dengan detail pasal meaning lagu tu pun tak pandai. Saya tak puitis macam encik tu. Ayat dia penuh bunga metafora hiperbola. So dengar la sendiri ye.





Mungkin bagi yang lain, lagu ni biasa je. Tapi lagu ni, berjaya buat saya tersenyum. Sarat dengan kenangan.

-S-

p/s: encik letak tajuk panjang kemain ni apa maksud dia? -_-"


• 16 September 2014 •

Seandainya

Seandainya hidup ini penuh dengan penipuan, bermakna aku telah memenuhi sebahagian daripada norma kehidupan. Dimana kamu adalah mangsa. Tersogok dan terpupuk dengan rekaan cerita yang diada-ada. Supaya kamu yakin, supaya kamu percaya, bahawa aku tiada pada waktu kamu berkehendakkan keberadaan aku sebagai ada. Maaf, aku tahu kamu tidak suka didusta.

Seandainya hidup ini penuh dengan kejutan, bermakna aku juga telah melengkapi sebahagian daripada konsep kehidupan. Life is full of surprise. Dimana kamu adalah punca. Supaya kamu tahu, supaya kamu sedar, menggembirakan kamu bukan perihal yang sia-sia. Maaf, andai kamu kebah dengan setiap kejutan yang aku cuba.

Seandainya hidup ini harus punya impian, bermakna kamu sendiri adalah pemilik angan kehidupan. Dimana tindakbalas kimia antara kita menjadikan aku medium pengantara. Pemangkin untuk tukarkan impian kepada nyata. Supaya kamu mafhum, supaya kamu maklum, bahawa setiap perkara tentang kamu bukan terbiar tanpa usaha. Maaf, memang tiada pilihan berwarna jingga.

Seandainya hidup kamu rasa gembira, lantas serasa aku berkali ganda. Cuma maaf, ini tetap bukan entry sempurna.

p/s: well then..hukum masa kini telah menganjak angka..


Back To Top