Header2

• 29 November 2012 •

Saya Ada Dua Cerita

Cerita 1:

2 hari yang lepas, just after saya publish entry Lapar tu, saya pun turun bawah la. Sebab nak masak. Nak makan. Rakan subahat saya untuk aktiviti masak-memasak malam tu, seperti biasa ialah Encik R. Jadi semasa kami sedang memasak, bos saya balik dah terus ke dapur. Lantas beliau pun tanya lebih kurang seperti ayat di bawah:

"Eh, siapa Penulis Misteri H?"

Lima saat saya rasa masa macam terhenti seketika.

1.

2..

3...

4....

5.....


"Wah..from Jakarta with love." Sambung bos saya lagi sambil baca kat belakang sampul.

"Tak tau la Mr. Goh. Ini orang mungkin" jawab Encik R, refer kat saya. Then dia pergi kat bos, nak baca sendiri kat sampul yang terang-terang tertulis nama. Saya pulak terus cuci ayam. Buat macam tak dengar. Buat macam tak ada apa-apa.

"Kalau takda siapa-siapa saya mau bukak ooo.."

"Errr..saya punya la." Saya jawab ringkas. Malu.

"You punya amoi hantar ka? Macam mana you boleh jadi penulis misteri? Patut letak la pencinta misteri, baru betul..hahaha" bos saya gelak. Encik R pun gelak. Haishh..tak boleh jadi ni..

"Kawan saya hantar la, dari PJ" kata saya lagi. Sampul bertukar tangan, dan saya bawak naik ke atas. Heheh..mesti la malu. Sebab tak sangka 4feet8 akan tulis nama saya macam tu kat atas sampul. Malu sebab kena bahan dengan bos, malu sebab kena gelak dengan Encik R. Tapi memang silap saya pun. Patutnya saya pesan awal-awal, letak nama Encik H jer..hehehe

Anyway, terima kasih atas souvenir tu. Really appreciate that..:D

Cerita 2:

Saya ada mention kat Chic Na yang saya nak berpindah. Then beliau pun kata la, "Bukan hari tu H dah pindah ke?". Saya tau beliau refer pada entry saya pindah rumah hari tu. Tapi sebenarnya saya bukan pindah rumah. Saya cuma pindah ofis. Maksud saya, pindah lokasi Site Office, Meeting Room dan lain-lain. So bila pindah ofis tu, segala utiliti pun kena setup balik. Electrical, water supply, access road, semua tu kena buat balik kat tempat baru. Tempat baru tu pulak kira-kira 100 meter daripada tapak ofis lama.

Masalahnya sekarang, bos saya agak lembs. Kitorang start pindah 21 November, masa besday Yaya. Tapi sampai sekarang, kemudahan yang paling penting iaitu perkhidmatan telefon dan internet belum transfer ke tempat baru. Maka, sepanjang seminggu lebih jugak la saya tak boleh online kat ofis. Nak balas komen-komen kat blog pun kena tunggu balik rumah dulu.

Nasib baik PC kat ofis tu ada Freecell, Hearts and Solitaire. Kalau tidak, saya tak tau nak buat kerja apa dah. Muhun Mr. Goh cepat sikit uruskan prosedur untuk transfer perkhidmatan tersebut dengan kadar segera. Sekian terima kasih.

p/s: banyak jugak entry yang saya belum komen..haishhh..sopan betul!!


• 27 November 2012 •

Lapar

Ceh bosan gila kot tulis entry tapi takde orang komen. Rasa macam hopeless jer..hahaha. Sorry la, aku memang disable komen sebab taknak dipanjang-panjang cerita. Aku taknak korang anggap aku betul, dan aku taknak korang anggap bundle salah. So that, aku rasa elok biar siapa-siapa tak payah komen apa-apa.

Dah. Itu jer entry aku kali ni. Aku nak turun masak sekejap. Bye..

Tapi sebelum aku turun masak, biar aku cerita sikit pasal salah satu event yang aku memang tak suka. Event ni dinamakan Perhimpunan Agung UMNO 2012. Mengikut apa yang aku baca, perhimpunan ni bermula pada 27 November 2012 dan berakhir pada 1 Disember 2012. 5 hari jer, tapi aku memang cukup tak suka.


Bukan aku tak suka sebab itu parti UMNO. Takde la sampai tahap macam tu. Aku cuma tak suka bila perhimpunan ni mengganggu perasaan aku yang nak tengok berita. Memang la aku tak amik pot sangat pasal isu-isu semasa, tapi tak bermakna yang aku langsung tak tengok berita. Aku nak tau jugak retis mana kawen dengan retis mana. Aku nak tau jugak pasal kemalangan, pasal kenaikan harga minyak, pasal menurunan subsidi gula.

Tapi bila minggu perhimpunan, time aku bukak berita, pukul 8 konfem cerita pasal perhimpunan. Kalau sekejap tu takpe, tapi kemain lamanya. Pukul 8.30 kot baru start masuk pasal berita utama. Itu pun skip-skip sebab tak cukup masa. Tau-tau dah masuk pasal berita luar negara. Kemudian berita sukan. Kemudian habis, esok ulang skrip yang sama.


Okey. Kalau tak suka tak payah tengok kan? Kalau tak suka tukar siaran kan? Aku tau tu. Kalau ikutkan hati, aku memang nak tukar jer siaran lain. Tapi, sebenarnya itu jer la tempoh masa yang aku ada untuk tau pasal berita-berita semasa. Waktu lain takde dah. Siang aku keje, malam pulak sejam itu jer la ada berita. Aku tak tengok nightline tau. Sebab aku malas nak translate.

Sebenarnya aku faham bahawa stesen TV akan pro kerajaan. Lagipun bukannya lama, 5 hari jer. Normal la untuk stesen TV siarkan perkara yang baik-baik tentang parti pemerintah. Aku tau yang tu. Diorang cuma jalankan tugas. Masing-masing pun ada kerja masing-masing. Tapi, tu la, aku still tak suka bila cerita pasal perhimpunan tu berjela-jela sangat melebihi berita yang sepatutnya ada.

Dah la. Aku lapar. Bye. Assalamualaikum. Huh, teruk bebenor ending entry aku kali ni. Aku syak sebab lapar kot..zzzz

p/s: kenapa tak buat slot special untuk perhimpunan tu sejam selepas berita ek? takut takde orang nak tengok ke? kahkahkah..

*** update: eh ada rupanya special slot..my mistakes..zzzz ***


• 26 November 2012 •

Assalamualaikum

Wa'alaikumsalam dan salam sejahtera..

Terbitan ini sedikit sabit dengan terbitan yang sebelumnya. Tapi dalam masa yang sama, terbitan ini bukan untuk marahkan sesiapa. Hanya sekadar penjelasan andai apa yang aku taip, kalian anggap sebagai nista.

Sepanjang penulisan selama ini, aku cuba perhaluskan setiap kata agar bahasa aku tak menyakiti. Aku cuba timbang setiap frasa agar bicara aku tak melukai. Tujuan aku, biar kalian baca, moga kalian mengerti. Tapi dalam masa yang sama, aku harap kalian tidak berkecil hati.


Dalam terbitan sebelumnya, sungguh aku tak berniat nak condemn sesiapa. Dan sungguh aku tak berniat nak kritik sesiapa. Aku cuma luahkan pendapat, aku yang aku fikir dan apa yang aku rasa. Kerana aku tetap percaya, bahawa pendapat dan kritikan ada punya sedikit beza. Beza yang cukup halus, tidak sama pada penilaian setiap seorang daripada kita.

Jadi seandainya, diulangi, seandainya apa yang pernah aku taip buat kalian rasa dibantai, dihentam, dipertikai, diperlekeh, dipersenda atau disakiti, aku mohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Sesungguhnya apa yang tertera, hanya sekadar pandangan peribadi. Yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk datang dari kesilapan aku sendiri.

Itu sahaja. Terima kasih daun keladi.

p/s: maaf, aku disable komen untuk terbitan sekali ini.. :)


• 23 November 2012 •

Niat

Terbitan kali ini mungkin akan mengundang persepsi pelbagai pihak. Mungkin akan setuju, mungkin akan membantah. Mungkin akan menyokong, mungkin juga akan menyanggah. Mohon fahamkan terbitan ini, sebahagian pendapat mudah yang aku rasa patut diluah.

Kebelakangan ini, isu yang panas ialah tentang Gaza dan Israel. Heboh diperkata sana sini. Dalam TV, dalam radio, dalam akhbar, dalam risalah, dalam iklan, dalam nukilan, malah dalam laman-laman sosial pun tak ketinggalan. Aku percaya kita semua mengutuk, mengecam dan mengeji tindakan rejim Yahudi. Aku pun tak terkecuali. Atas dasar agama, atas dasar kemanusiaan, dan atas dasar kebebasan, aku pun berharap ada penghujung terhadap penindasan ini.

Di Malaysia khususnya, kita ekspresikan ketidakpuasan hati kita dengan bermacam cara. Ada demo (bukan demo lo nih tak supo mulo..hehe), ada perhimpunan, ada perarakan, ada pemboikotan, ada yang simpati dalam diam, dan tak kurang juga yang memanjatkan doa agar terbela nasib saudara sesama Islam.

Apa yang aku nak sentuh kat sini ialah tentang pemboikotan. Bila mana kita sibuk memperkatakan bahawa itu tak boleh diguna, itu tak boleh dipakai, itu tak boleh diminum, dan itu tak boleh dimakan. Alasannya, lesen untuk produk itu dikeluarkan oleh Israel, atau sekutu yang seangkatan. Menyokong produk mereka umpama kita membantu mereka musnahkan saudara seagama. Umpama kita salurkan duit dan bantuan untuk stok senjata dan peluru mereka.


Yang itu aku tak setuju. Atau kurang setuju. Ya, lebih molek kalau aku gunakan frasa ‘kurang setuju’. Benar bahawa tanpa produk-produk itu kita takkan mati. Ada saja produk lain yang boleh kita gunakan sebagai ganti. Lagipun perihal hidup dan mati kan ketentuan Ilahi.

Bukan aku menyokong penggunaan produk-produk mereka. Tidak. Aku tak maksudkan begitu. Cuma pada aku, motif dan niat terhadap kepenggunaan item-item tersebut bergantung kepada diri kita sendiri. Sebagai contoh, boikot McD. Jadi bagaimana pula kalau kau bekerja di McD? Adakah hasil titik peluh kau tu diupah oleh rejim Yahudi? Sebagai contoh, boikot Nokia. Kebetulan pulak kau baru beli Nokia 3310. Dah itu saja yang kau mampu. Jadi harus ke kau tukar telefon dan beli M-Mobile?

Niat memang tak menghalalkan cara. Tapi niat yang baik tu insyaAllah diberkati olehNya. Kemon la, contoh macam fast food tu. Benda makan jer pun. Yang penting halal. Kita makan benda yang halal, kita beli dengan rezeki yang halal. Tak timbul soal kita membantu Israel untuk menyerang Gaza. Kecuali la kalau setiap apa yang kita beli tu diniatkan untuk membantu diorang. Yang tu aku tak boleh kata apa la.

Bantuan terbaik adalah doa. InsyaAllah doa kita akan sampai terus kepada Dia. Moga Dia permudahkan saudara kita yang sedang dianiaya.

Sekian, itu saja.

p/s: tak pun, hulurkan derma..derma yang tak payah masuk kat paper..


• 21 November 2012 •

Hari Ini

Ehem.. (intro)

Aku mula mengenali gadis ini pada awal tahun 2005. Seorang saudara baru, Silvia Nur Hidayah Bte Abdullah namanya. Gadis yang pada aku berperwatakan agak kasar dan gila-gila. Berasal dari Kg. Terongkongan, Kudat dan menetap di Kota Marudu. Berbangsa Rungus. Cantik yang tidaklah terlalu cantik, tapi entah macam mana hati aku boleh tertarik.

Dulu tak cantik macam ni..zzzz
Penghujung tahun 2005, kami mula berchenta-chenta..hehehe. Dah, jangan ketawa! Dan jangan tanya macam mana aku dan dia boleh bercinta. Bukan sebab aku dah lupa. Malah aku masih ingat rentetan perjalanan cerita kami berdua. Cuma rasanya, lebih elok biar tersimpan untuk diri sendiri saja.

Dalam pada itu, aku berkawan baik dengan seorang perempuan. Nama sebenar dia, Salsabilla. Nama tipu dia Nur Nazian. Berasal dari Kedah. Kadang-kadang aku panggil Kak Sal, kadang-kadang aku panggil Kak Yan, dan kadang-kadang aku panggil Kak Pah. Kadang-kadang awak busuk, kadang-kadang awak comey. Ikut suka hati aku nak panggil macam mana walaupun dia tak suka.

Oh ya, Silvia Nur Hidayah tu aku panggil Yaya.

Selalu aku bertanya pada Yaya, tak apa ke aku rapat dengan Yan? Tak jeles ke? Sikit pun?  Dia jawab tidak. Dia faham aku dengan Yan tu macam mana. Sebab aku kenal Yan lebih dahulu daripada dia. Dan dia tau aku memang sayangkan dia. So dia faham, dan dia terima. Asalkan aku tidak abaikan dia.

Tapi lama-kelamaan, aku dan Yaya semakin jauh. Sangat jauh. Dia mula tak balas SMS, dia mula tak jawab telefon. Hingga suatu hari, nombor dia tak dapat dihubungi. Alasannya, telefon dia rosak. Dan dia belum cari telefon baru. Aku syak yang dia memang cuba jauhkan diri. Tapi aku tak ada bukti. Aku cuba cari jalan untuk berhubung dengan dia, tapi hampir semua cara aku tak menjadi.

Setahun aku tunggu dia, dan setahun aku cari dia. Setahun aku tak 'berkawan' dengan sesiapa, kerana aku masih harapkan dia, kerana aku masih rasa yang aku ada dia. Hingga ditakdirkan pada suatu hari, aku dan Yaya berjumpa semula. Panjang perbualan, banyak persoalan yang ditanya. Dan akhirnya dia mengaku, bahawa dia memang cuba jauhkan diri, kerana cemburu dengan keakraban aku dan si kakak tua. Alhamdulillah, cerita kami officially tamat pada hari itu, tamat sejurus selepas dia habis bercerita.

Kami memutuskan untuk jadi kawan sahaja. Dulu-dulu aku ada facebook dia. Tapi tak lama kemudian, dia remove aku atas alasan, nak mendirikan rumahtangga. Dah kahwin pun sekarang, sedang mengandung anak pertama. Oh ya, kurang sebulan lepas, 23 Oktober 2012, Yaya add aku guna facebook kawan dia. Hanya kerana dia mimpi yang aku meninggal dunia. Hari tu dia add aku, hari tu jugak dia remove aku semula..grrrr

Hari ini, 21 November 2012, ulangtahun kelahiran Yaya untuk yang kesekian kalinya. Selamat hari lahir Yaya. Semoga panjang umur, murah rezeki, dan sentiasa diberkati. Maaf tak dapat nak wish by phone or facebook, cuma mampu wish kat sini.

p/s: selain adik bongsu, Yaya adalah orang yang panggil aku abang..dan panggilan tu tak pernah berubah, dari dulu sampai sekarang.. :)

*** update: ni bukan entry sedih..hahahaha ***


• 19 November 2012 •

Lekat Gelaran Cikgu

Once again. Petang tadi, tiba-tiba aku dapat idea. Waktu tu aku berjalan kat blog Syazwan Che Deraman, bila mana beliau menulis sebuah entry dengan tajuk yang sama. Oh ya, cerita ni aku pernah tulis dalam entry sebelumnya. Saja tulis semula, sebab, sebab, sebab..errr..sebab rasa nak tulis semula.

Dulu masa aku kecik-kecik, ayah aku pernah kata, jadi cikgu adalah suatu kerja mulia. Once kau dah jadi cikgu, gelaran cikgu tu akan tetap ada walaupun kau telah bersara atau ditakdirkan meninggal dunia. Masa tu aku angguk jer. Maklum la, aku masih kecik, bukannya aku tau apa tu cita-cita. Kalau ditanya pasal cita-cita pun, aku jawab cikgu, kerana itu jer contoh terdekat yang betul-betul ada depan mata.

Aku mula jadi cikgu masa umur 16 tahun. Diupah oleh tauke kedai, merangkap driver bas sekolah tempat aku belajar. Tugas aku, ajar anak perempuan dia yang cantik, Amy - 15 tahun, anak lelaki dia yang degil, Amli - 12 tahun, dan anak perempuan dia yang katik, Adik - 7 tahun. Bukannya aku ajar sangat pun, tapi lebih kepada mengusha anak perempuan dia yang 15 tahun. Upah yang aku terima waktu tu, RM100 atau RM50, entah yang mana aku sendiri dah lupa. Yang aku ingat, itu kali pertama aku digelar cikgu, walaupun berkali-kali aku kata kat yang perempuan tu, "panggil abang jer". : |

Masa umur aku 17 tahun, aku naik taraf sikit. Mengajar tusyen untuk kawan-kawan sekelas. Sesi persekolahan sebelah pagi, jadi petangnya aku luangkan masa dengan mereka. Mengajar kat depan, menulis kat papan hijau, menerangkan konsep dan harap mereka faham. Upah aku waktu tu, sekadar apa yang mereka mampu. Collect duit sorang sikit, dan bergilir bawakan makanan dari rumah masing-masing. Tamat Tingkatan 5, aku sambung belajar kat IPT. Tapi still setiap 2 minggu aku datang sekolah, mengajar batch Tingkatan 5 untuk tahun yang seterusnya.

Lama-lama aku makin sibuk. Atau lebih tepat, aku makin malas. Tak punya banyak masa nak berkejar sini sana. Jadi aku kira episod menjadi cikgu tamat kat situ jer. Rupanya tidak, episod baru pulak tercipta.

Tahun ke-2, aku dan kawan-kawan memilih untuk tinggal di rumah sewa. Then datang pulak kenalan kepada kawan aku. Menyatakan bahawa rupa aku seiras dengan cikgu dia kat sekolah lama. Cikgu Selamat namanya. Masa mula-mula, yang panggil aku cikgu cuma dia sorang jer. Tapi makin lama, nama panggilan tu makin menular, menenggelamkan nama sebenar aku yang akhirnya jarang disebut oleh sesiapa. Hatta kalau disebut nama aku pada gadis-gadis, mereka akan tertanya nama itu siapa empunya. Tapi kalau disebut cikgu, pantas pula mereka tahu bahawa aku adalah orangnya.

Tamat zaman belajar, kini aku telahpun bekerja. Tapi nama panggilan tu tetap terwujud ada. Hinggakan salah seorang dari kawan aku, Syed Eddy Asyraf a.k.a. Lutut, tak pernah lupa ucap Selamat Hari Guru pada aku, meski kini masing-masing dah lama tak jumpa.

So betul la kata ayah aku. Nama tu tetap lekat biarpun secara rasminya aku tak pernah ditabalkan sebagai cikgu. Dan betul jugak kata dia bahawa cikgu ni adalah satu kerja mulia. Sama macam yang pernah kita belajar masa dulu-dulu la, bahawa salah satu pahala yang berterusan adalah dengan menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain. Means, selama mana ilmu tu masih disebarkan dan diamalkan, selama itu kita akan dapat ganjaran pahala yang berterusan, InsyaAllah.

p/s: sekarang yang panggil aku cikgu, dah ada 2 orang, iaitu Cik Nin dan Payeh yang garang..yang panggil cikgu Bundle pulak, Aien Alien yang kini tunangan orang..


• 16 November 2012 •

Call Tipu: Celcom Nak Bagi Duit Free

Semalam masa jalan-jalan, aku jumpa entry ni kat blog Pokok Manggis Depan Rumah. Pasal penipuan SMS la lebih kurang. Maka aku pun nak taip jugak satu cerita pasal kes penipuan ni. Oh ya, tajuk tu aku edit tajuk dia..kehkeh

Kisah ni jadi masa aku kat Tg. Malim. Haa sebelum tu aku nak jelaskan sikit, Tg. Malim kat Perak tau. Bukan kat Kedah. Sebab dulu banyak kali bila kawan-kawan aku tanya kerja kat mana, then aku jawab Tg. Malim, kawan aku pun kata, "Oh kat Kedah. Jauh ko sekarang H". Konfiden jer jawab Kedah. Buta map agaknya..-_-"

Okey berbalik pada cerita asal, suatu hari tu aku dapat call daripada private number. Kononnya dari Menara Celcom la. Aku tau dah orang tu keje nak menipu. Suara lelaki Indonesia yang try cakap Key El. Tapi sebab aku tengah takde benda nak buat, so aku layankan jer. At least boleh layan bersembang jap..hehehe

Orang tu kata, nombor aku menang simkad bertuah. Dapat berapa ribu entah, RM20k kot kalau tak silap. Then dia mintak nombor akaun Maybank untuk transfer duit. Aku ada jer akaun Maybank, tapi aku buat-buat takde. Pastu aku tanya la "Public Bank tak boleh ke? Saya ada Public Bank jer". Kemudian dia jawab tak boleh, kena akaun Maybank jugak. So discuss punya discuss, aku mintak dia call balik dalam masa 5 minit. Kononnya aku cuba nak dapatkan nombor akaun Maybank orang lain. Jadi dia pun setuju untuk call balik.

Just after dia letak fon, aku tekan la 1111, call Celcom Center pulak. Kunun nak buat aduan la, bagitau yang aku dapat call bla bla bla Maybank bla bla bla RM20k bla bla bla. Tapi Celcom jawab senang jer, dia takleh detact panggilan masuk kalau daripada private number. Dia advise aku untuk buat police report. Ceh, aku nak buat report apa kalau dah private number. Muhun Celcom tingkatkan perkhidmatan. At least trace la private number tu untuk rekod, kot-kot kalau jadi kes ke ape ke..grrrrr

Okey, taknak cerita pasal Celcom.

Tak sampai 5 minit, private number tadi call balik..kehkeh. Gelojoh betul, tak sempat aku nak sejukkan telinga. So aku jawab la, bagitau yang aku tak dapat cari akaun Maybank. Siap mintak kat dia untuk gunakan akaun Public Bank. Berbunga-bunga jugak aku pujuk dia, konon teruja sangat sebab dapat RM20k. Tapi last-last dia maki aku, keluar terus slang Indonesia dia. Takde cover-cover dah. Aku pun bantai gelak jer la. Lawak betul time tu..hahaha


Kesimpulannya, jangan mudah sangat percaya dengan simkad or nombor bertuah semua ni. Menipu jer tu. Kalau nak nombor bertuah jugak, pergi la beli kat Magnum ke, Sport Toto ke, tapi hukumnya berdosa la..kahkahkah. Sekian entry aku kali ni. Terima kasih.

p/s: kadang-kadang pedajalkan orang ni best jugak.. :D


• 14 November 2012 •

Kaki Langit

Merindukan kamu bukanlah suatu pilihan. Jua bukan suatu paksaan. Merindukan kamu adalah implikasi dalaman, yang terbit saat sepasang kita masih lagi berjauhan. Dan mungkin, sepasang kita akan sentiasa berjauhan, selagi hayat dikandung badan. Mungkin. Kita hanya mampu merancang, Allah jua Yang Maha Menentukan.

Sebenarnya telah lebih sepurnama masa berlalu. Sepurnama yang tak sedikitpun menghakis ingatan aku terhadap kamu. Masih lagi sefigura aku kali ini, bertindak sebagai seorang stalker kelas satu. Memerhati kerenah kamu, mengambil tahu kondisi kamu. Banyak yang tidak terlalu banyak, hanya cukup sekadar perlu. Banyak yang tidak terlalu banyak, hanya sekadar melepas rindu.

Bagi soalan susah yang pernah kamu kemukakan, anggap saja kini aku dah punya skema jawapan. Bila mana takdir dan masa mengizinkan, kita mungkin akan ketemu, dua hari sebelum genapnya dua purnama depan. Ya, tarikh itu aku tentukan, meski pada kamu, aku bisu tak beri jawapan. Moga kamu ingat tarikh itu, moga kamu simpan tarikh itu, biar diijab waktu seandai kita punya kelapangan.

Dan bagi suatu permintaan yang minta untuk kamu dihilangkan, maaf kerana itu takkan mampu aku tunaikan. Kamu akan kekal bersama sejarah juga kenangan. Kamu akan tersimpan dalam lipatan kotak ingatan. Sehingga takdir tertulis, aku lupus dan hilang kewarasan.


p/s: terbitan ini buat kamu yang demam, moga afiat dan tenang bersemayam..


• 12 November 2012 •

Memori Teman Sepermainan Dahulu

Kahkahkah..aku tak kira. Aku nak taip jugak pasal memori teman sepermainan aku masa dulu-dulu. Sebelum ni Liyaa dah taip versi dia. Kemudian sida-sida pulak taip versi dia. Ni sekarang aku pulak nak taip versi aku. Kira macam segmen la konon-kononnya..kahkahkah.


Ehem..okey. Sebenarnya aku pun tak tau apa yang aku nak cerita pasal memori teman sepermainan ni. Untuk makluman, aku lahir kat Felda Sungai Sayong, Kulai. Tapi sejak kecik, aku membesar kat Ladang Tereh Selatan, Kluang. Jadi bila dah membesar kat kawasan ladang ni, dikelilingi semak dan sawit, banyak la benda yang kitorang masing-masing cuba nak explore. Dan kalau dah namanya budak lelaki, tak sah kot kalau tak masuk hutan, main askar-askar, mandi sungai, terjun tiruk, curi rambutan, bising kat masjid, dan seumpamanya. Tapi bila fikir-fikir balik, macam mana agaknya aku boleh mandi sungai, terjun tiruk semua ni ek? Padahal aku bukannya reti berenang..zzzzz

Secara jujur, aku dah tak boleh nak ingat kebanyakan kawan-kawan aku kat sana. Salah sorang yang aku ingat, Azmi. Sebab dalam mata dia ada tahi lalat. aku tak sure la tahi lalat ataupun apa. Yang aku tahu, ada bintik hitam kat dalam mata dia (bintik hitam tu bukannya anak mata). So aku rasa mata dia unik. Sebab dalam dunia ni jarang aku nampak orang yang ada mata macam tu.

Tapi yang paling aku ingat, Faizal dengan abang dia Kassim. Faizal ni bapak jahatnya. Suka buli aku. Pantang aku leka, dia datang daripada belakang, kemudian jentik telinga aku. Selalu jugak aku bergaduh dengan dia, tapi aku yang kalah. Bila aku balik rumah mengadu kat abah, bukannya abah aku kisah. Lagi aku kena sebat ada la. So Faizal ni kira makhluk yang aku paling benci masa aku kecik-kecik dulu. Masa tu umur aku 7 or 8 tahun kot.

Kassim ni pulak sebaya dengan kakak aku. Tarikh lahir pun sama. Dia dengan kakak aku lahir 1 Januari. Aku tak berapa ingat sangat dengan si Kassim ni. Dia dengan adik dia dua-dua sama jer. Dua-dua keje nak membuli. Adik dia aku ingat, sebab adik dia lagi banyak buli aku. Hahaha..tapi berita terakhir yang aku dengar, kedua-dua beradik tu dah meninggal. Overdose. Benar atau tidak tu aku tak pasti. Rumours jer kot. Tapi kalau betul, Innalillah. Semoga masing-masing diredhai Allah.

Oh ya, ni ada lagi satu cerita yang aku ingat. Ada satu hari tu, heboh dikhabarkan yang salah sorang kawan aku rogol kucing. Aku tak ingat nama kawan aku tu. Kesahihan cerita tu pun aku tak pasti. Sebab cerita disampaikan dari mulut ke mulut. Tapi heboh jugak la dikalangan kawan-kawan masa tu. Umur aku time tu aku tak ingat berapa. 10 tahun kot. Kawan aku yang kononnya rogol kucing tu, lagi muda daripada aku. Maybe 8 tahun. Kot. Entah la. Umur memang aku tak ingat. Tapi cerita tu aku ingat.

Dah. Aku tak tau nak tulis apa lagi. Ramai sebenarnya kawan-kawan aku masa kecik, and banyak jugak event yang kitorang buat sama-sama. Tapi aku tak rasa nak cerita. Sebab pada aku, benda tu biasa. Aku dengan adik aku ada perancangan nak datang melawat kawasan tempat tinggal kitorang suatu masa dulu. Perancangan tu dah lama. Cuma nak pegi tu, tak tahu bila.

p/s: aku tak rindukan kawan, aku cuma rindu tempat mula belajar berkawan.


• 10 November 2012 •

Meyong Meyong

Sebenarnya aku bukan tak suka kucing. Tapi......

Aku tak suka dengar bunyi kucing bergaduh. Rasa nak lempang jer bagi diam. Sebelum ni kat rumah lama, ada 2 ekor kucing suka sangat bergaduh kat belakang. Kucing belaan jiran aku kot. Hari-hari memekak. Aku duduk kat tingkat atas masa tu. Jadi aku selalu la marah kucing-kucing tu daripada atas. Dengan harapan, kucing-kucing tu diam.


Tapi aku tau kucing-kucing tu tak faham. Sebab diorang buat tak derk jer. Aku yang kat atas ni usahkan pandang, jeling pun tidak. Jadi bila tahap kesabaran aku dah hilang, aku turun bawah pasang getah paip kat pili. Lepas tu simbah diorang dengan air paip. Baru padan muka masing-masing mencicit lari cari tempat sembunyi..


Sekarang ni bila dah pindah rumah baru, aku ingatkan takde la kucing-kucing yang nak kacau aku. Rupanya ada. Jiran sebelah rumah yang ni pun suka bela kucing. Tapi kucing dia tak bergaduh la. Cuma bunyi macam menangis-nangis mintak makan. Sedih jer bunyi masing-masing. Apa agaknya tuan diorang tak beri makan kot. Itu yang asik merengek mintak friskis.

Tapi jiran aku ni silap. Dia ingat bunyi tangisan kucing dia tu boleh buat aku kesian. Tapi sebenarnya tak. Aku tetap rasa marah. Tapi kali ni marah aku ada unsur-unsur kesian jugak la. Aku setakat "syyyyy" jer. Sebab kucing tu lapar. Takkan aku nak marah orang yang lapar. Tak sampai hati pulak. Maksud aku, kucing. Takkan aku nak marah kucing yang lapar. Grrrrrr...

Sebenarnya aku ni baik. Dah la baik, penyayang pulak tu. Kalau aku kat kedai makan, selalu jer aku bagi sikit makanan aku pada kucing-kucing kat situ. Sikit tu maksud aku yang dah tinggal sisa-sisa la. Aku tak sampai hati nak bagi ayam seketul. Sebab nanti aku takde lauk nak makan..hehehe. Patutnya kucing tu berterima kasih tau sebab aku bagi dia makan. Nak harapkan tuan kedai? Hari tu aku nampak makcik kedai sepak kucing yang tengah makan kat tempat dia. Zalim betul!! Zalim macam kakdah..

Tapi, aku rasa ni perenggan ketiga aku mulakan ayat dengan taip perkataan tapi. Kan? Tapi aku cukup tak suka kalau aku tengah makan, kucing bising-bising mintak makanan. Dah la bising, bergesel-gesel pulak kepala dia kat kaki aku. Kadang-kadang tu siap nak panjat riba. Aku ni dah la jenis cepat melatah..grrr. Lain kali kalau nak mintak makanan tu sabar-sabar la sikit. Aku lapar kot. Jangan la kacau aku makan. Nanti kalau ada rezeki lebih, aku bagi la..haishhh

Teringat pulak masa kecik-kecik, aku dengan akak aku nak bela kucing. Tapi arwah mak tak bagi. Dia kata nanti kalau kucing tu berak dalam rumah, siapa nak cuci? So sejak hari tu, aku tak pernah bela kucing. Setakat main-main dengan kucing jiran jer. Bila dah besar sikit macam sekarang ni, baru aku sedar. Rupanya keluarga aku tak bela kucing sebab kitorang tak mampu. Makan pakai sendiri pun tak cukup-cukup, inikan pulak nak bagi makan kat kucing. Kucing sekarang ni makan memilih tau. Setakat makanan picisan, tak hengen dia nak pandang..

Kesimpulannya, kucing tu comel. Aku suka main-main dengan kucing. Tapi aku tak suka kucing main-main dengan aku!! Grrrrr...

p/s 1: entry ni ditaip sambil dengar bunyi kucing jiran menangis.. :'(

p/s 2: dulu masa kecik-kecik, aku panggil kucing "meyong"..sebab masa tu tak pandai nak sebut meow..hahaha


• 07 November 2012 •

Kepala Baru

Assalamualaikum...










Tadaaaaa!!! Kahkahkah..aku agak sibuk juga kebelakangan ni mengubahsuai template baru. So ini la hasil yang termampu. Sebenarnya aku still tak puas hati sebab ada beberapa benda yang aku tak dapat nak buat. Contohnya aku nak letak border untuk separate background putih tu dengan background asal. Tapi aku ubah-ubah coding tak jadi jugak. Kemudian aku nak letak kaler gelap kat sidebar tu. Ubah-ubah coding tetap tak jadi jugak. Last-last aku malas. Biar jer la macam ni.

p/s: mungkin template ni sementara jer kot..saje letak p/s kat tengah-tengah..hahaha

Okey, pasal header. Dalam entry yang ini, aku ada bagitau pasal header yang aku nak letak. Sebenarnya, sejak kali pertama aku tengok pilihan-pilihan header yang ada, aku dah tertarik dengan header # 4. In fact masa Lana suruh pilih 4 header yang aku nak (ada 9 option), header #4 adalah pilihan pertama aku.

Dalam komen-komen entry yang lepas, cuma 2 orang jer yang pilih header #4 iaitu Liyaa dengan Saddlone. Kebanyakannya pilih #3 diikuti #1 dan #2. Aku musykil la, kenapa tak ramai yang pilih #4 yer? Teruk sangat ke taste aku? Kahkah..tapi tak apa la. Citarasa kan lain-lain. Aku suka rare item kot. Sebab tu pilih header #4. Or macam Liyaa sakap, header #4 tu nampak serabut and comot.


Dah. Itu jer entry aku kali ni. Kesimpulannya, suka tak dengan header aku kali ni? Suka tak dengan template aku kali ni? Sape tak suka, aku taknak kawan..grrrrr

p/s: entry aku mudah dihadam kan? Cc: Ym.Bundle & Mr. Copy Paste

*** updates: template dah ubah pun..hahaha


• 05 November 2012 •

Soalan Susah I


p/s: cerita semalam -_-"


• 02 November 2012 •

Tinta Kristin Kreuk

Evolusi cerita ni bermula pada 29 Jun 2012. Masa tu, aku saja la drop komen kat entry INI. Saja-saja drop komen sebab aku tak ada header..hahaha. Sebenarnya kalau nak diikutkan, aku tak kisah blog aku ni ada header ke tidak. Ada tak apa, tak ada pun tak apa, tapi tak tolak kalau orang yang offer..

Jadi bila saja Tinta Lana sudi buatkan header, aku terus terima dengan hati terbuka. Nak buat sendiri aku tak pandai. Atau lebih tepat, aku malas. Kepala hotak aku kosong masa tu, aku tak terfikir apa yang aku nak create untuk sebuah header. Nak doodle cantik-cantik tu memang jangan harap la. Tangan aku takde beza dengan kayu. Keras semacam jer nak lukis..

Proses pembikinan header aku ni mengambil masa yang agak lama. Kitorang start discussion pada 9 Ogos, dan proses tu berterusan sampai la 13 Oktober lepas. Agak lama sebab masa awal-awal, aku tak bagi direction and information yang cukup pada dia. After few try, baru la aku bagitau apa yang aku nak. Oleh sebab aku ni cerewet, so macam-macam jugak la yang aku mintak. Aku nak itu la, aku nak ini la. Sehingga la akhirnya Lana berjaya buat satu header yang comot, yang menepati aku punya kehendak.

Berikut adalah header-header yang lana buatkan. Pada aku header-header ni semua cantik dan comot, sesuai dengan blog aku yang, errr canntik dan comot..kehkeh. So sekarang aku dah agak confuse nak guna header yang mana satu. Korang rasa header mana yang sesuai? Boleh klik gambar untuk preview.





Dah itu jer entry aku malam ni. Terima kasih pada Tinta Lana sebab sudi buatkan header untuk aku. Kepada korang yang takde header, jangan pulak mintak Lana buatkan. Dia sibuk sikit sekarang ni. Siapa kacau dia, aku rotan. Kahkahkah!

p/s: sebenarnya aku ada pilihan header yang pertama..just mintak pendapat kot-kot korang dapat teka aku punya citarasa..


Back To Top