Header2

• 19 April 2015 •

Akhirnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

InsyaAllah, dalam tempoh genap sebulan daripada sekarang, iaitu pada 19 Mei depan, aku akan memulakan kerja baru kat tempat baru. Ya, kerja baru kat tempat baru.

Bila mengenangkan perjalanan mencari kerja sejak lebih setahun yang lepas, agak melankolik jugak sebenarnya. Yer la, seperti yang aku maklumkan dalam entry Jemu Jadi Jontraktor ni, aku cuba nak bertukar skop kerja daripada contractor kepada consultant. Engineering tapi dalam platform yang berbeza.

Masalah utamanya ialah, agak sukar firma consultant mengambil bekas kontraktor sebagai pekerja. Tambahan pulak kerja yang aku cari ni agak spesifik, which is bukannya 'random cari kerja hanya untuk tukar kerja'. So peluang untuk aku dipanggil interview tu memang tak selalu ada.

Sepanjang lebih setahun pencarian ni, rasanya beberapa kali jer kot aku dipanggil interview. Belas-belas agaknya. And seperti biasa, interview tu hanya sekadar interview, tanpa hasil apa-apa. Hinggakan aku pernah terfikir bahawa aku akan kerja sebagai kontraktor, dalam kompeni yang sama, sampai la aku tua..hahaha.

Satu-satunya interview yang aku berjaya ni pulak, berjalan dengan agak huru-hara. Mana tidaknya, dah masuk LPT baru aku sedar yang resume, certificate dan dokumen-dokumen sokongan aku tertinggal kat rumah. Sebenarnya tak perlu sangat pun dokumen tu sebab aku bukannya fresh graduate yang baru nak cari kerja, yer dak?

Tapi disebabkan aku rasa janggal untuk datang interview dengan tangan kosong, maka aku singgah la beli file, and print balik dokumen-dokumen yang ada. Itu pun mujur ada simpan salinan dalam email. Leceh pulak tu sebab berkali-kali print tak menjadi. Last-last dengan persiapan huru-hara tu, redah jugak pergi interview. And sudahnya interviewer tu tak tengok langsung dokumen-dokumen aku..grrrr.

Proses menunggu keputusan tu berjalan dengan agak lama. In fact bila 'menunggu keputusan' tu, aku personally dah tak harap apa-apa. Hinggalah pada 19 Mac lepas, aku dapat panggilan untuk diterima kerja. Time tu memang rasa syukur, relief dan happy yang tak terkata. Sebab apa yang aku cari selama ni, dapat jugak akhirnya. And dapat pulak pada interview yang 'huru-hara'.

So on the same day, aku buat surat resign. Backdated sikit sebab bos suruh. Kiranya supaya ada free time sikit la untuk preparation. And esoknya pulak, bos bagitahu yang management tak nak terima resignation letter aku. Big bos atas lagi, pujuk aku supaya jangan berhenti, and siap offer kenaikan gaji. Dia siap suruh kerani aku cari S, and suruh S yang pujuk aku supaya aku tak jadi berhenti..hahaha.

Mula-mula terpancing jugak la aku dengan offer gaji tu. Yer la, aku dah lebih 7 tahun kat kompeni ni. Nak masuk 8 tahun dah. Apa yang aku boleh kata, kebebasan bekerja kat sini memang jarang ada kat tempat lain. Boleh pergi kerja lambat. Boleh balik kerja cepat. Boleh cuti off record. Boleh mengular. Kiranya di sini memang kebebasan tu hak mutlak setiap insan la. Hingggakan aku tak pernah rasa yang aku ni bekerja.

Tapi lepas fikir lama-lama, and lepas slow talk dengan that Dato’, aku decide untuk resign jugak. First, sebab kenaikan gaji yang dia offer tu sikit..hehe. But most important, sebab aku rasa ini la masanya. Aku percaya yang peluang sentiasa datang setiap hari. Cuma peluang yang ini, aku tak pasti bila agaknya akan datang lagi. So bodoh la aku kalau dah lebih setahun cari, then bila dapat aku tak pergi.

Selama ni aku selalu advise kat orang lain. Supaya grab a chance, berani mencuba, keluar daripada comfort zone, percaya pada diri sendiri dan jangan takut pada masa depan yang tak pasti. Sekarang ni, tiba masa untuk aku yakinkan ayat-ayat tu pada diri sendiri.

Breathe in. Breathe out. And decide.

Jadi, macam tu la ceritanya. 19 Mei nanti aku akan kerja kat tempat yang baru, untuk platform yang baru, dengan persekitaran yang baru. Harap semuanya dipermudahkan, insyaAllah.

For Kuantan, insyaAllah, suatu sela masa nanti aku akan kembali menetap semula kat bandar sini.

Sekian.

p/s: To live is to die To live is to love..


Back To Top