Header2

• 29 June 2013 •

JDT vs TRW

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau korang akses entry ni melalui search engine, bertujuan untuk mengetahui keputusan Perlawanan Akhir Piala FA antara JDT dengan Kelantan malam ni, ternyata korang silap. Sebab kat sini tak ada pun keputusan tu..hahaha. In fact aku sendiri tak pernah bercadang nak buat entry yang ada unsur-unsur SEO semata-mata nak buat orang berduyun-duyun datang cari something kat blog aku.


Benar bahawa entry ni memang ada kaitan dengan Final FA Cup. Tapi pengkhususan aku bukan la pada game, player, selection, past records dan sebagainya. Cuma lebih kepada diri aku sebagai seorang supporter.

Okey, rasanya ramai dah tau kot yang aku ni orang Johor. Walaupun bersepah jer kerja kat tempat orang dan sesekali baru balik ke Johor, hakikatnya I/C aku tetap 01 dan aku tetap orang Johor. So sebagai orang Johor, normal la untuk aku menyokong team Negeri Johor. Sama jugak macam orang Kelantan sokong Kelantan, orang Pahang sokong Pahang, orang Kedah sokong Kedah dan orang Selangor sokong Selangor. Ah kira semua negeri la. Gila apa aku nak tulis tiap-tiap negeri jadikan contoh.

Tapi aku sokong Johor bukan la sebab JDT dah nampak macam makin kuat berbanding tahun-tahun sebelumnya. Memang tidak sama sekali. Aku sokong Johor sejak dulu. Sejak Johor pernah top masa tahun 1991. Abbas Saad, Ervin Boban, Alistair Edwards, Hassan Miskam, Nasir Yusof, Khalid Shahdan, Salehan Md Som, memang jadi idola la time tu. Then lepas-lepas tu Johor dah tak berapa nak kuat. Muncul pulak Johor FC. Walaupun tak kuat macam Kelantan, Selangor, Kedah, Negeri Sembilan, tapi pada aku Johor FC antara team yang konsisten. Kira Top 6 la, sekejap menang sekejap kalah, sekejap menang sekejap kalah.

Dan sekarang ni, Johor FC dah tukar nama jadi JDT. Tu kira okey kot, pada aku nama JDT tu normal dah. Better berbanding bila pengulas sebut Darul Takzim FC awal-awal dulu. Diulangi, Darul Takzim FC. Nama tak menahan betul, dah macam zaman Kesultanan Melayu Melaka..kahkahkah.

So bila JDT tiba-tiba kuat ni, aku perasan la yang haters JDT ni dah makin banyak. Boleh dikatakan hampir semua penyokong team-team lain tak suka JDT..hahaha. Aku faham yang tu. Macam mana aku menyampah bila Chelsea dengan Man City tiba-tiba kuat sebab melampau sangat beli player, macam tu la jugak kot penyokong lain menyampah bila JDT dengan selamba jer angkut pemain yang power-power. Then JDT terus ada nama, jadi team favourite dan dapat perhatian dengan tiba-tiba.

Aku sendiri tak setuju dengan konsep macam tu. Nampak macam nak jadi kuat dengan cara yang mudah. Kot yer kalau betul nak majukan bolasepak Johor, mulakan la dengan team Johor FA dalam Liga Perdana. Mula dari bawah. Tak payah nak kacau Johor FC sebab team tu dah ada fanbase diorang sendiri. Then bila Johor FA dah promote naik ke Liga Super, baru la fikir nak kuatkan team dengan star player.

Itu satu hal la, pengurusan. Satu hal lagi, suppoters tu sendiri yang buatkan ramai orang tak suka JDT. Yer la, dulu time Johor FC jersi Oren Hitam dengan Hijau Biru, berapa kerat jer la yang nak datang sokong. Even ramai yang datang sokong pun, tapi boleh dikatakan semuanya well behave. Takde kot aku dengar kes-kes besar melibatkan penyokong Johor FC.

Johor FC Dalam Kenangan..hukhuk.

Sekarang ni bila JDT dah makin naik, normal la untuk makin ramai yang show support. Tapi tu la masalahnya. Bila dah makin ramai, nampak la ada segelintir penyokong JDT ni yang agak offensive. Berlagak macam la team dia kuat sangat..hahaha. Supporters macam ni la yang buatkan orang makin tak suka kat JDT. Tapi aku tak la salahkan diorang 100%. Standard la kan bila time dah kuat baru nak berlagak. Penyokong TRW pun camtu jugak sebelum ni. As well as penyokong Kedah, lagi-lagi masa diorang menang treble dua tahun berturut-turut. Annoying gila kot..hahaha. So untuk segelintir penyokong JDT "BANGGA GILA" bila team diorang dah kuat, aku rasa itu perkara biasa. Harap penyokong lain tu sabar jer.

Oh ya, pasal Final FA Cup malam ni. Aku rasa agak fight la. Personally, aku memang minat team Kelantan. Sebab pada aku, Kelantan adalah team yang paling kuat and konsisten kat Malaysia beberapa tahun kebelakangan ni. Cuma bezanya diorang kuat bukan sebab player la. Diorang kuat sebab team diorang kuat. Pengurusan diorang pun kuat. Itu yang buatkan Kelantan susah nak kalah. JDT pulak? Heheh..JDT kuat sebab ada certain player yang buatkan team tu kuat, or at least "nampak kuat". Kalau player-player tu tak perform, memang susah kot JDT nak menang piala.

So kesimpulan untuk entry ni, nak sokong tu boleh jer. Show support. Cuma kalau boleh jangan la offensive sangat. Sukan memang la boleh menyatukan manusia. Tapi kalau tak kena cara, sukan pun boleh buatkan kita bermusuh sesama kita. Sekian, terima kasih.

p/s: aku pergi stadium? eh tak la, support depan TV jer..hahaha


• 27 June 2013 •

Jurutera Terer-Terer

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Heh..suka hati aku jer nak create entry baru kan? Hahaha..bukannya apa, aku tak selesa biarkan entry yang aku tak suka berada kat atas dalam tempoh masa yang lama. Jadi aku kena la buat entry yang baru. Cadangnya nak buat entry lukis-lukis. Tapi rasa macam malas la pulak. So dipendekkan cerita, aku pun taip la entry ni. Kisah segelintir jurutera yang konon-kononnya terer.

Storyline ni bermula dalam sebulan atau dua bulan lepas. Waktu tu Syed Eddy Asyraf a.k.a. Lutut (aku ada mention nama dia dalam entry yang ini) add aku dalam group kat WhatsApp. Group member-member belajar masa kat Skudai dulu la. Aku okey jer. Takde masalah. Lagipun aku sendiri memang lama tak contact dengan diorang. Nombor phone diorang semua kat telefon lama. Aku bukan taknak save kat telefon yang sekarang ni. Tapi aku lupa. Eh..errr..tak sempat nak transfer..kahkahkah.

So bila dah kumpul member-member lama ni, macam biasa la, masing-masing sembang mengarut jer. Yang tu takpe. Nak sembang mengarut ni aku boleh jer layan. Kira normal la tu.

Tapi, bila ada segelintir so called jurutera ni nak bersembang pasal projek, pasal law of construction, pasal practice engineering, pasal hak-hak jurutera, pasal isu-isu dalam pembinaan, pasal kompeni-kompeni besar, pasal tender, aku rasa macam meluat. Rasa nak jer pangkah depan-depan. Tapi bila mengenangkan yang semua tu kawan-kawan lama, terpaksa la aku pendamkan jer hasrat murni tu. Tegur karang takut ada yang sentap pulak. Tak pasal-pasal jer..hahaha. Plus aku bukannya admin group tu. Jadi baik aku tengok jer, tak payah campur, just buat hal aku.


Pada aku, kalau jumpa kawan-kawan lama ni tak payah nak sembang beria sangat. Rileks jer sudah. Sama-sama engineer kot. Sama-sama tau apa isu dalam construction ni. Kita bukannya dalam forum debat mahasiswa beb. Group WhatsApp jer. So tak payah nak pertikaikan sangat kenapa tugas engineer submit RFI dan tulis Daily Records. And tak payah nak bangga sangat bila dah jadi kontraktor ni. Konon kapal pun kau boleh bikin kalau kena dengan harga. Poyo jer semua tu..kahkahkah.

Betul, aku setuju kalau orang kata Engineer ialah profesion yang profesional. Asalnya memang macam tu. Kena belajar tinggi-tinggi kalau nak jadi engineer. Kalau zaman dulu-dulu bila belajar engineering, orang kampung mesti bangga. Heboh kat sampai kat kedai kopi jadi bahan cerita. "Anak Pak Munawer tu tak lama lagi jadi Enjinier. Bangga kampung kita ni Usop, Husin." Macam tu la kata Pak Abu konon-kononnya.

Tapi itu dulu la. Kalau sekarang, jadi engineer bukanlah sesuatu yang boleh nak dibanggakan. Lagi-lagi engineer cabuk yang kerja makan gaji. Tak kira la setelus mana kau practice engineering, kau tetap akan dilabel sebagai pekerja, bukan engineer. Kecuali la kalau kau jadi RE ke, amik PE ke, yang tu lain cerita la. Even kau makan gaji, orang akan tetap nampak kau sebagai engineer. Yer la, RE tu stand for Resident Engineer. PE tu pulak Professional Engineer, yang ada Ir. kat depan nama tu. Setakat kita engineer biasa ni, dah tak ada apa yang nak dibanggakan kot. Tiap-tiap tahun berlambak fresh graduate. Yang tak belajar kejuruteraan tapi jadi engineer pun ada jugak. Diorang dinamakan Sales Engineer..hahaha.

So kalau berbual dengan member-member lama tu, tak payah la nak sembang kencang sangat. Beragak sudah. Semak kot kalau sampai kat dalam group pun asyik nak cerita pasal kerja. Aku join group tu sebab nak keep in touch jer dengan member-member. Bukan sebab nak bincangkan kenapa engineer kena jadi engineer..heheh. Sekian, terima kasih.


p/s: Syed Eddy Asyraf ni bagus. Dalam group rasa macam tak pernah dia cerita pasal kerja. Tau-tau dah nak dapat anugerah dah. Share gambar pun just sebab nak kongsi kegembiraan dengan member-member.


• 26 June 2013 •

Jarak 154 Purnama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Okey, berbalik kepada entry semalam, kali ni aku cuba jugak nak cerita apa yang termampu untuk aku cerita. Kalau diikutkan, semalam, hari ni, sekarang, aku boleh jer taip entry berbunga-bunga. Jenis yang senggama minda. Tapi tu la, masalahnya aku tetap tak tau macam mana nak mula. Plus kalau aku tulis entry macam tu, kompem orang akan ingat entry aku pasal frust, pasal cinta. Or pasal aku setidak-tidaknya.

Tapi bukan. Apa yang aku nak taip bukannya pasal aku. Apa yang aku nak taip ialah something yang melibatkan ahli keluarga aku. Sebab tu aku cuba untuk taknak nak cerita secara direct. Taknak nak straightforward sangat. Takut-takut kalau cerita ni nampak macam memburukkan ahli keluarga sendiri. And secara tak langsung sama la jugak macam aku tengah memburukkan diri sendiri.


Basically, cerita ni pasal adik bongsu aku. Perempuan. Muda. Dia dah bertunang, dengan tunang dia. Dah nak kahwin, tapi entah tak tahu bila.

Standard la kan kalau budak-budak baru nak up ni. Kita pun masing-masing pernah muda, so aku rasa kita sendiri tau macam mana huru-haranya kehidupan masa muda. Tak kira la bajet matang macam mana pun kita masa tu, hakikatnya kita tetap budak-budak yang baru belajar nak kenal dunia.

Adik aku pun macam tu jugak. Banyak kot cerita yang aku dengar pasal dia. Tapi bukan dalam terma kehidupan sosial la. Cuma aku nampak dia macam lost. Macam bersendirian. Macam sebatang kara. Macam tak tau apa yang dia nak dalam hidup dia. Macam..haaa..macam tu la.

Aku kesian sebenarnya dengan budak ni. Sejak arwah mak meninggal masa umur dia 12 tahun, aku nampak dia betul-betul macam someone yang hilang arah. Belum puas dapat kasih sayang emak, tau-tau dah jadi anak yatim. Sampaikan kadang-kadang, dia senyap-senyap pergi melawat kat hospital. Jenguk makcik-makcik yang ada kat situ walaupun langsung dia tak kenal. Motifnya semata-mata sebab dia nak rasa yang dia ada emak. Dalam diari takyah cerita la. Aku pernah curi-curi baca, and dalam tu pulak memang penuh dengan luahan dia untuk arwah emak.

Sebenarnya bila tengok adik aku ni, rasa macam nampak diri aku kat dalam diri dia. Maksud aku bukan jantina la, tapi sikap. Jenis yang suka pendam sorang-sorang. Banyak berahsia. Taknak cerita masalah. Buat hal sendiri. Macam mana aku masa dulu (dan sekarang), macam tu la dia masa sekarang.


Terbaru kebelakangan ni, aku dengar cerita yang dia taknak kahwin. Then dengar pulak yang dia bukan taknak kahwin. Entah macam mana ntah. Sekejap nak kahwin, sekejap taknak kahwin. Sekejap nak bertunang, sekejap taknak bertunang. Tensen aku. Rasa macam sekejap nak lempang, sekejap taknak lempang. Tapi tu la, nak terus marah dia pun tak boleh. Sebab cerita-cerita tu aku dengar daripada adik beradik yang lain. At least aku kena jugak dengar cerita versi dia, dan versi tunang dia. Tak adil kot kalau aku nak terus salahkan siapa-siapa.

Lagipun aku bukan la jenis yang nak garang dengan adik beradik. Kalau time kecik-kecik takpe lagi. Tapi bila masing-masing dah besar ni, aku rasa tak sampai hati nak marah. Dulu dengan adik-adik lelaki, boleh la aku hulur rokok sebatang, then slow talk man to man. Benda boleh bincang. Tapi sekarang dengan adik perempuan yang ni, entah la. Jarak yang jauh membuatkan aku susah nak slow talk dengan dia. Even dalam telefon pun susah sebab conversation tu bukan betul-betul depan mata.

Contoh macam 2-3 hari lepas la. Walau seelok mana pun aku cuba comfort dia, tapi kalau dia nak terasa, aku tetap tak boleh nak buat apa-apa. Sudahnya, dia kata semua orang cuma tau nak salahkan dia. Takde pun yang cuba nak tanya kenapa dan mengapa. Takde pun yang cuba faham keadaan dia. Heh, dah kalau dia taknak cerita, aku ni nak faham macam mana? Grrrr..

Hahaha..sebenarnya aku tak kisah sangat dengan statement tu. Biasa la, statement budak-budak awal remaja. Aku dulu pun macam tu jugak. Cuma yang jadi masalah sekarang ni, aku risau. Aku stress bila fikir pasal dia. Walaupun dia kahwin ke tak kahwin ke bukan masalah aku, atau dalam bahasa kasarnya aku boleh kata "suka hati kau la nak kahwin ke tidak, aku pedulik hapa", tapi bila melibatkan keluarga, aku tau yang aku kena tolong dia. Kalau orang lain aku boleh cuba nak tolong, takkan la dengan adik sendiri aku nak biarkan jer.

So camtu la. Akak dengan adik beradik aku kalau boleh nak aku balik. Slow talk dengan dia. And aku pun memang ada rasa nak balik, cuma tak tau bila. Buat masa sekarang ni, aku stalk jer facebook diorang berdua. Mujur dua-dua facebook tu public, bukan private. Jadi aku pantau jer la daripada jauh. Maybe kalau keadaan dah betul-betul huru-hara, baru aku balik. Entah, tengok la nanti situasi tu macam mana.

Ending, entah lagi..aku sendiri tak tau nak tulis apa. And aku tak tau nak harap macam mana. Aku tak kisah pun kalau adik aku tak hargai aku sebagai abang dia. Itu tak apa. Cuma aku harap, suatu hari nanti, adik aku akan lebih menghargai diri dia, lebih menghargai kehidupan dia. Teringat kata adik lelaki aku. Hilang mak dah macam hilang separuh nyawa. Hilang restu. Hilang doa. Hilang macam-macam. Itu jer.


p/s 1: aku tulis entry yang macam ni, aku sendiri pun rasa tak suka..


• 25 June 2013 •

Jerih

Assalamualaikum.
Salam sejahtera.

Aku stress.
Itu jer masalahnya.

Ada benda yang aku nak cerita.
Tapi aku tak tau macam mana nak mula.
Fikir dah lebih 48 jam kot.
Tapi tetap tak jumpa cara.

Sebabnya.
Aku tak boleh terlalu direct.
Taknak straightforward sangat.
Risau kalau terbuka pekung kat dada.

Tapi bukan kat dada aku la.
Sebab aku tak ada bulu dada.

Ah, memang susah.
Entahlah.
Banyak sangat yang aku fikir dalam kepala.

Aku rasa macam nak cakap sepuluh ribu perkataan dalam senafas.
Laju. Padat.
Biar orang tak faham apa-apa.

p/s: oh ya, terima kasih Projek Sosial sebab promote blog picisan ni..:)


• 22 June 2013 •

Jerebu Di Hati Aien

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama aku Hazin (bukan nama sebenar). Dan aku adalah watak utama dalam sebuah kisah yang tidak benar.

* * * * *

"Eh Zain, kau ni angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba sampai kad jemputan ni apa cerita?"

"Oit! Gelojoh bebenor. Kot yer pun jawab la salam tu dulu..hahaha."

"Eh, lupa pulak. Wa'alaikumsalam Warahmatullah. Haa..apa cer?"

"Errr..aaaa..jodoh dah sampai la Liyaa. Benda baik ni takkan la aku nak tangguh-tangguh pulak."

"Memang la jodoh dah sampai. Tapi....." dialog Liyaa terhenti kat situ. Lama. Ada la dalam 5 saat.

"Tapi apa? Heh..kau takyah nak drama swasta sangat boleh tak? Lempang karang baru tau."

"Kahkah..biar la. Ni aku tengok kad jemputan kau ni, Hazin dan Suraya? Tapi Suraya ni siapa pulak Zain? Aku tak pernah tau pun."

"Owh, Suraya tu adik kepada kawan aku. Aku sendiri pun tak sangka berjodoh dengan dia."

"Habis tu Aien camne? Aku mati-mati ingat selama ni kau dengan Aien."

"Eh aku dengan Aien kan kawan jer la."

"Waklu! Kawan konon. Bukan kau memang suka kat Aien ke? Eh aku rasa Aien pun suka kat kau jugak tau. Aku rasa la."

"Hahaha..memey la aku suka dia. Tapi susah kot main tarik tali ni Liyaa. Masing-masing tak pernah confess apa-apa. Cuma anggap sendiri-sendiri jer yang hubungan tu ada."

"Hahaha..kau tu yang lembs. Mana bo.."

Tut..tut..tut..talian terputus dengan tiba-tiba. Hazin syak kredit Liyaa dah habis agaknya.

* * * * *

"Awak, saya dah bertunang tau." Bicara Hazin kat Aien pada pertemuan diorang malam tu. Hazin syak itu adalah pertemuan terakhir diorang. Maklum la, dia dah bertunang. Niat jumpa Aien pun untuk bagitau yang dia dah bertunang. Lepas daripada malam tu, mungkin takkan jumpa dah. Masing-masing akan bawa haluan masing-masing.

"Ye ke? Yoyoan jer awak ni." Aien jawab dengan tenang. Padahal debaran dalam hati tu, Allah jer la yang tahu.

"Eh sungguh la. Saya dah bertunang minggu lepas."

"Tak percaya la. Meh nak tengok cincin tunang."

"Mengada awak ni. Takkan la lelaki nak pakai cincin tunang. Kan cincin tunang tu perempuan jer yang pakai."

"Eh apa pulak. Lelaki boleh la pakai cincin bertunang. Takkan awak tak tau kot. Yang penting bukan emas la."

"Boleh ke? Hahaha..mana la saya tau. Biasa kan orang lelaki memang tak pakai cincin tunang."

"Tapi..."

"..." Hazin diam.

"Tapi..."

"..." Hazin tetap diam.

"Tapiiiii....." Panjang pulak tapi Aien kali ni.

"Yer la, yer la, tapi apa? Cekik jugak awak ni karang."

"Heee..tapi betul ke awak dah bertunang? Yoyoan jer."

"Betul la. Buat apa saya nak tipu. Nanti bila saya dah kahwin, awak jangan kacau rumahtangga saya tau."

"Eeee..perasan. Awak tu nanti kahwin jangan lupa bagi kad."

"Eh awak nak datang ke?"

"Tak la. Saya nak simpan jer kad tu buat kenangan. Lagipun kalau saya datang nanti takut awak tak jadi kahwin pulak..hehe."

"Elleh, cakap orang perasan. Padahal dia pun sama..hahaha."

* * * * *

Aien membelek kad undangan perkahwinan Hazin. Tiga bulan dah berlalu. Tiga bulan Hazin dah sah jadi suami orang. Tak apa la. Aien redha. Mungkin owner blog ni, Encik H, cuma menunggu hampir 2 tahun. Tapi dia sendiri, telah menunggu Hazin hampir 10 tahun. Sejak dari zaman sekolah lagi. Cuma masing-masing tak pernah suarakan isi hati. Buat-buat konfiden jer dengan perasaan sendiri.

Pada Aien, Hazin ni dah macam jerebu. Dah nama pun Hazin. Hazin, Haze. Haze, Hazin. Haze tu maknanya jerebu. Dan sebab itu jugak Hazin ni dah jadi macam jerebu. Jerebu yang ada kat dalam hati dia. Jerebu yang menyelubungi kehidupan dia.

Masih mengharap? Tidak. Aien dah tak harapkan apa-apa. Dia tau yang dia kena move on. Dia tau yang dia kena teruskan hidup dia. Even kalau dia menunggu 100 tahun pun, tapi dah tertulis yang itu bukan jodoh dia, ia tetap tak akan jadi jodoh dia. Mungkin dah bukan takdir untuk dia kahwin dengan lelaki impian dia. Aien teringat ayat yang dia baca kat facebook, lebih kurang 2 hari yang lepas.

Sumber: Google gigirl..

Aien redha. Senyum sendiri. Kenapa dia senyum? Entah, aku pun tak tahu. Anggap jer la itu ending untuk tamatkan cerita ni..hahaha.

* * * * *

Phew..siap jugak entry mengarut aku. Panjang gila kot. Padahal dialog jer lebih..hahaha. Okey biar aku cerita sikit. Sebenarnya kebolehwujudan entry ni memang secara tak sengaja. Semalam Aien post gambar jerebu kat facebook. So komen punya komen, last-last Liyaa bagi tajuk ni untuk aku buat entry. Quite a difficult task sebenarnya. Sebab bila dapat tajuk, aku kena fikir macam mana nak jadikan sebuah cerita. Sama macam entry Hikayat Cengkerik, Tikus, Buaya Dan Mentadak tu la. Masing-masing request binatang, tak pasal-pasal jadi cerita rakyat.

Sumber: Pesbuk ler..

So berbalik kepada entry, aku cuba create satu cerita yang berkait dengan tajuk ni. Untuk makluman, ni cerita rekaan tau. Cuma kalau terkait dengan siapa-siapa, mungkin dengan secara kebetulan jer..hehehe. Untuk makluman lagi, Aien dah bertunang dah. Hazin tu pulak aku pilih sebab Haze, nak kaitkan dengan jerebu.

Kesimpulan entry ni ada banyak kot..

1. Memberi salam tu hukumnya sunat. Tapi menjawab salam tu hukumnya wajib. Itu apa yang aku belajar la. Ni bukannya aku nak sekolahkan korang tau..hehehe. Cuma sekadar berpesan jer. Sebab kadang-kadang kita terlepas pandang pada perkara-perkara yang mudah.

2. Lelaki boleh pakai cincin tunang. Cuma kebiasaan kita kat Malaysia ni, cincin tunang orang perempuan jer yang pakai. Kebiasaan ni jugak la yang menyebabkan sesetengah orang lelaki buat-buat lupa yang dia sebenarnya tunangan orang. Tapi tak semua la, cuma sesetengah orang lelaki jer.

3. Kalau suka, cakap la suka, confess perasaan kau kat dia. Kalau nak faham-faham sendiri, kalau nak main kompiden sendiri, memang melepas la. Yang ni, better lelaki mulakan. Kalau perempuan nak start approach, pun boleh. Tapi jangan nampak ketara sangat. Bagi hint sudah, biar lelaki jugak mulakan. Kecuali kalau lelaki tu lembs, takleh buat apa la..hahaha.

4. Nak tunggu atau nak move on, yang tu terpulang pada diri sendiri. Kita jer yang tahu bila masa kita nak lari, bila masa kita nak berhenti. Jangan anggap penantian tu sesuatu yang bodoh. Okey fine, maybe penantian tu kadang-kadang sesuatu yang bodoh. Tapi rasanya takde la bodoh sangat yer tak? Anggap jer itu effort untuk kita puaskan hati sendiri.

5. Tak kira la kau kahwin dengan orang yang kau cinta, atau kau kahwin dengan orang yang tak dijangka, kedua-dua tu tetap dipanggil jodoh. Jodoh tu ketentuan Allah, tak kira la kau cinta atau tak sangka, atau even kau sendiri pun tak suka. Oh ya, tapi jodoh tu kena usaha. Bukan tunggu jer.

6. Dah..takde kesimpulan. Ingat aku tengah buat esei ke apa? Grrrrr!!

p/s: aku syak ini entry paling panjang dalam sejarah Capital H..:p


• 20 June 2013 •

Jahat Okey Lagi, Asalkan Jangan Keji

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau nak ikutkan, aku ni tengah marah sebenarnya. Sebab tu la aku tak tau nak mulakan entry ni dengan intro yang macam mana.

Okey, secara umumnya semua orang tau bahawa lelaki ni nakal. Atau dalam bahasa kasarnya, lelaki ni jahat. Kalau tak jahat, maknanya bukan lelaki, tapi pondan. Heh..suka hati aku jer bagi statement. Jadi apa yang aku nak bagitau ialah lelaki ni memang jahat. Macam setan. Itu jer..hahaha. Kalau tak caya, cuba korang imagine setan. Setan tu korang gambarkan sebagai lelaki ke pompuan? Haaa..lelaki kan?

So kesimpulannya, aku bukan nak cakap pasal setan.

Aku tak ada masalah kalau lelaki ni jahat. Ok fine, nakal. Aku tak ada masalah kalau lelaki ni nakal. Spesifik untuk entry kali ni ialah kategori lelaki-lelaki yang romeo ataupun player. Jenis yang sweet talker. Mulut manis, time tidur semut penuh kerumun kat bibir. Silap-silap kalau keluar air liur basi, belum sempat lalat nak hinggap, semut dah hurung dulu. Awek toksah cerita la. Memang ramai. Setiap negeri sekurang-kurangnya kena ada satu. Then kalau pergi karaoke, mesti nyanyi lagu Ukays - Di Sana Menanti Di Sini Menunggu.

Yang tu takpe. Rezeki masing-masing la nak ada awek ramai pun. Pandai makan, pandai la simpan. Kalau dah kantoi, busuk-busuk pun awek tu cuma tinggalkan kau. Apa ada hal. Dah title pun romeo yer tak? Cari jer la awek lain..kahkahkah. Okey, tak lawak..kahkahkah.

Tapi, aku tak suka kategori lelaki yang keji.

Kategori lelaki yang keji ni ialah bila dah kantoi, dah clash, dah ada awek lain, tapi still taknak lepaskan awek yang lama. Dengan alasan, dia still sayangkan that girl. Bodoh gila kot. Kau dah ada awek lain, apa jadah kau nak mintak that girl terus layan perasaan kau macam yang dulu-dulu? Kau ingat kau siapa? The only one yang ada dalam hidup dia? Then dia tak boleh ada bopren lain? Kalau dia ada bopren lain, kau jeles? Sebab rasa kehilangan dia? Player takut kehilangan? Puiii..

Cuba la jadi orang yang berpendirian sikit. Kalau nak tinggalkan, tinggalkan la betul-betul. Biar dia menangis. Biar padan muka dia. Biar dia rasa sakit. Biar dia rasa sedih gila-gila. Biar dia belajar daripada pengalaman. Biar pengalaman tu buat dia move on. Biar dia jadi orang yang kuat untuk kesat air mata sendiri. Biar dia. Macam tu.

Ini tidak. Kau buat perempuan macam layang-layang. Kau lepas, tapi dalam masa yang sama kau tetap nak pegang. Apa salahnya bila layang-layang tu dah tinggi, kau terus putuskan tali. Biar jer layang-layang tu terbang bawak haluan sendiri. Biar koyak, biar sangkut kat pokok. Sebab nanti akan ada budak-budak darjah satu yang panjat pokok untuk selamatkan layang-layang tu. Fix elok-elok then gantung kat dinding rumah. Kan bagus macam tu. Heh..apa jadah aku pergi cerita pasal layang-layang pulak.

Berbalik kepada entry, aku rasa lelaki yang macam ni agak memalukan. Pengecut. Tak ada pendirian. Bodoh. Bengap. Bebal. Bangang abadi. Dia tak tau apa yang dia nak, dan dia tak tau siapa yang dia nak. Maybe dia ingat nak kahwin dua, tapi dia lupa yang satu pun sebenarnya dia belum ada. Haishh..geram aku dengan orang macam ni. Memalukan kaum lelaki jer.

Okey, lari topik sekejap. Sebenarnya satu benda lagi yang aku marah ialah bila mana lelaki ni secara tak sengaja buat aku menentang pemahaman sendiri. Sebelum ni, pemahaman aku ialah cuba membantu orang untuk buat keputusan. Bukan menyuruh orang buat keputusan, apatah lagi buat keputusan untuk orang lain. Tadi, disebabkan marah dengan perangai bodoh dia, buatkan aku seolah-olah terinstruct orang lain untuk buat keputusan. Sungguh, aku tak suka keadaan macam tu.

So camtu la kesimpulannya. Jadi orang jahat tu tak apa. Okey lagi. Tapi tolong la jangan jadi orang yang keji.

Tadi aku google image sebab nak cari gambar 'keji', then terjumpa pulak gambar yang ni. Nama dia Keji Sojobi. Tak, aku tak kenal pun siapa dia. Cuma aku terfikir sesuatu bila tengok gambar ni. Apa dia? Yup, betul tu. Dia tak ada muscle..kahkahkah.

p/s: Oh ya, cerita ni bukan pasal aku. Cerita ni pasal seorang lelaki yang masih mencari, dan seorang perempuan yang ingin berlari. Cuma sehingga kini, masing-masing belum kuat untuk berdiri dengan sendiri.


• 19 June 2013 •

Wordless Wednesday #6 - Jemu Dan Tawar Hati
















.
















p/s: postscript tak ada kat sini..sebab postscript ada kat sana..:D


• 15 June 2013 •

Jangan Menentang Fitrah Manusia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Fitrah hidup menentukan bahawa lelaki itu pasangannya ialah perempuan, dan perempuan pula pasangannya ialah lelaki. Itu adalah fitrah yang asal. Tapi, ada tapinya. Tapi ada jugak lelaki yang berpasangan dengan lelaki, dan begitu jugak yang sebaliknya. Senang cerita, ada yang gay, ada yang lesbian, ada yang homosexual, dan ada jugak yang bisexual.

Benda ni wujud, even dalam kelompok persekitaran kita kat Malaysia.

Dari segi humanity, benda ni tak salah. Semua pun manusia. Gay pun ada perasaan, lesbian pun ada perasaan. Masing-masing pun berhak untuk dilayan sebagai manusia. Jadi aku taknak bersikap tak adil kepada kelompok yang mengamalkan hubungan sejenis ni. Bukan sebab aku menyokong perhubungan sejenis. Semestinya tidak. Cuma dari segi kemanusiaan, aku harap diorang dilayan sebagai manusia. Tanpa diskriminasi. Sebab aku percaya masing-masing ada alasan, ada sebab, dan ada penyebab kenapa diorang berorentasikan perhubungan yang macam ni.

Tapi dari segi morality pulak, aku harap mereka ni suatu masa nanti akan kembali kepada fitrah yang asal. Akan kembali dan akan berubah.

Susah sebenarnya nak membicarakan isu ni. Sebab daripada apa yang aku nampak, kebanyakan mereka yang berorentasikan hubungan macam ni biasanya dari golongan yang cerdik pandai. Dari golongan yang terpelajar. Educated person. Di mana golongan bijak pandai ni jarang nak menerima nasihat, jarang nak menerima teguran. Sebab diorang rasa, diorang tau apa yang diorang buat. Dan diorang percaya apa yang diorang buat. Kau siapa nak tegur aku? Betulkan diri kau sebelum kau cuba nak betulkan diri aku.

Dalam bahasa mudahnya, kalau cara kita tak betul, usaha untuk menegur tu akan jadi something yang sia-sia. Silap-silap boleh bergaduh jadinya.

Aku? Aku sendiri sampai sekarang tak tau macam mana nak tegur atau nasihat golongan yang macam ni. Seriously aku memang tak tau. Nak cakap pasal agama, aku ni bukannya alim sangat. Dan diorang pun bukannya jenis yang langsung tak tau pasal agama. Diorang tau semua tu. Diorang tau pasal hukum-hakam. Diorang bukan jahil. Dan diorang pun bukannya bodoh.

Nak cakap pasal persepsi masyarakat? Aku rasa diorang pun tau pasal tu. Kita ni kat Malaysia beb. Berapa kerat jer la orang Malaysia ni yang betul-betul open minded untuk terima hubungan sejenis ni. Boleh katakan hampir kepada takde kot..hahaha. So untuk membicarakan pasal persepsi masyarakat, aku rasa itu memang tak perlu.

Jadi apa yang aku boleh buat? Entah, rasanya macam tak ada. Benda ni sebenarnya berbalik pada kesedaran dalam diri diorang jugak. Kenapa kau jadi lesbian? Kenapa kau jadi gay? Sampai bila kau nak jadi macam ni? Apa direction kau untuk kehidupan yang akan datang? Ada pernah tak kau punya keinginan untuk berubah suatu hari nanti? Semua jawapan tu ada dalam diri diorang. Dan diorang sendiri yang akan tentukan.

Secara jujurnya, aku percaya bahawa setiap orang ingin berubah dan setiap orang akan berubah. Kita yang berorentasikan perhubungan normal ni pun tak terkecuali. Setiap orang akan sentiasa harapkan kehidupan yang lebih baik. Macam tu jugak dengan diorang. Aku rasa diorang sendiri pun ada niat nak berubah. Cuma mungkin turning point tu belum ada. Atau mungkin masa yang belum tiba. Tapi aku percaya, tak kira la cepat atau lambat, insyaAllah masa tu nanti akan tiba jugak.

Kesimpulannya, kalau kau ada kawan-kawan yang mengamalkan hubungan macam ni, jangan la sisihkan diorang. Diorang bukannya sesat. Cuma diorang tergelincir daripada jalan yang asal. Diorang akan berubah kalau ada orang percaya bahawa diorang akan berubah. Tak perlu ramai, sorang pun dah cukup. So, have faith guys. Sokongan kau, dengan cara yang betul, insyaAllah akan bawak diorang untuk kembali ke jalan yang betul.

...berubah, atau support orang untuk berubah.

Dan kalau pulak kau sendiri yang mengamalkan hubungan macam ni, berubahlah. Tolonglah berubah. Kau tak perlu berubah untuk orang lain. Kau tak perlu berubah kerana kau dipaksa untuk berubah. Tapi kau berubahlah untuk diri sendiri. Tolonglah, tolonglah mula dan cuba berubah. Kau jer kot yang boleh tolong diri sendiri. Orang lain tak boleh tolong, orang lain cuma mampu sokong.

Itu jer kot entry aku untuk kali ni. Maaf kalau-kalau ada yang baca dan rasa macam berkecil hati.

p/s: hidayah itu milik Allah, dan ia perlu dicari..


• 13 June 2013 •

Just When All That's Left Is You

Assalamualaikum and peace y'all.





Today I want to type in English. Yeah, English only. Sounds like good-good right? No, it's not that good. It was bad actually. But not too bad la. Just so and so. By the way, please ignore my grammar..hahaha.

Honestly, I don't know how to type flower-flower in English. So I just type generally. It's about me. And it's about waiting. It's about a story, almost 2 years before I wrote this stupid entry. It's about hope. It's about keep smile and happy. It's about my will, to prove that I could become someone to somebody. Which is at the end, knowing that the only one I could do is just to stop waiting.

Today is the day, when I had accidentally knew that she's now taken by somebody. My reaction? "Wahhh..tahniah2..hahaha". Well, is it crime to pretend that I'm happy? Should I show any sign of sadness, or sign of weakness, maybe? I guess not. Cause it was predicted right from the beginning. I'm not only hope for the best, but also prepare for the worst. Furthermore, knowing that she's happy, is more enough to make me happy. While deep inside, I wish she's mine. My one and only.

So I me, I hope that he'll be able to make you happy. And I think I know that he'll be able to make you happy. Till then, thanks for the memories. May Allah bless. Assalamualaikum..


Dear God the only thing I ask of you is
To hold her when I'm not around
When I'm much too far away

p/s: the question is, have I ever stop waiting? :D


• 12 June 2013 •

Justifikasi Kolot Dan Kuno

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya aku nampak benda ni dah agak lama. Kat facebook la biasanya. Dan aku syak korang masing-masing pun selalu jugak nampak benda-benda macam ni. Situasi di mana pages tertentu atau individu-individu tertentu share something yang sangat common. Sangat biasa. Contoh seperti keratan-keratan printscreen kat bawah ni.

Salute pada orang kurang upaya, bukannya based pada sharing semata-mata.

This will be ignored by those who doesn't have a heart? Amboi..

Berapa ribu LIKE yang IKHLAS? Hanya sebab berdiri? Hahaha

Saya tau awak comel, tapi jangan sampai saya lempang! Grrr..

Ayat suka pada 5 ayat pertama, tapi hampa pada 1 ayat terakhir.

Jawapan tu ada kat dalam diri kita, tak semestinya dizahirkan sebagai "SUKA".

Aku tak kata benda-benda ni salah. Cuma aku rasa justifikasi untuk share benda-benda ni kadang-kadang terlalu kolot dan kuno. Rasa macam bagi instruction pada orang lain untuk buat apa yang dia nak orang tu buat. Suruh orang like, suruh orang share dan suruh orang comment gambar-gambar atau status-status dia. As if sorang awek yang hot, post gambar seksi kat facebook, then tulis kat caption, "like kalau rasa gambar ni cantik". Bodoh gila kot aku rasa..hahaha.

Kita masing-masing bukannya orang yang takde otak, bukannya orang yang takde akal. Kita tahu bahawa kadang-kadang ada informasi yang berguna untuk kita kongsikan dengan orang lain. Sharing is caring ye tak? Aku sendiri, kadang-kadang ada jugak benda yang aku nak share dengan kawan-kawan kat facebook. Tapi bila nampak ada tulis "share jika bla bla bla", terus niat aku nak share tu jadi terbantut. Dalam kepala aku rasa macam, "apa jadah pulak aku nak kena ikut instruction ko?" Grrrr.

Kesimpulannya, tak perlu nak jadi typical person sangat untuk harapkan orang lain support apa yang kita buat. Tak perlu nak KOC KOF (kawal orang chat facebook, bak kata Chuu dengan Liyaa). Macam mana kita harap kebebasan dan keselesaan untuk buat apa yang kita nak, macam tu jugak orang lain harap kebebasan dan keselesaan untuk buat apa yang diorang nak. Tak perlu sampai tahap nak instruct.

I guess we already knew how to share something worth sharing..


p/s: like kalau korang rasa Emma Ma'embong ni lawa..kahkahkah.


• 10 June 2013 •

Jadi Deejay

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Idea untuk entry ni aku dapat kat Kopitiam. Untuk makluman, Kopitiam ni ialah group kat WeChat yang diasaskan oleh Ym Bundle. Siapa nak join, boleh inform direct kat dia. Untuk makluman lagi, kebelakangan ni Kopitiam memang aktif dengan sesi karaoke. Banyak jugak lagu yang disumbangkan dan di'sumbang'kan. Err..rasa macam mendatar jer intro kali ni. Dah, tak tau nak taip apa lagi..hahaha.

Okey, korang percaya tak kalau aku kata yang aku pernah jadi deejay?

Percaya la, sebab aku memang pernah jadi deejay. Ini deejay radio tau, bukannya untuk majlis kenduri kahwin. Dan radio ni pulak bukan radio popular macam HotFM, EraFM, SuriaFM apatah lagi SinarFM. Aku jadi deejay radio online jer. Sasaran pendengar adalah dikalangan internet user.

Stesen radio pertama tempat aku keudara ialah ChatzFM. First time test suara, memang gugup yang amat. Nak cakap benda-benda biasa pun tergagap-gagap. Padahal owner radio sorang jer yang tengah dengar. Tapi aku tetap gugup jugak. Maklum la, kali pertama. Then bila dia rasa setting mic semua dah okey, baru aku on air bagi orang dengar. Pun sama jugak. Aku tetap gugup dan kekok. Tempoh 2 jam mengendalikan radio tu aku rasa cukup lama. Dok bercakap sorang-sorang macam orang gila.

Platform mendeejay kali pertama.

Masa awal-awal, aku on air guna Shoutcast jer. Shoutcast ni aplikasi yang membolehkan kita on air daripada Winamp. Macam gambar kat bawah ni la. Tekan 'push to talk', then membebel la sesuka hati. Lepas membebel, sambung main lagu macam biasa. Antara yang kurang pasal Shoutcast ni, bila kita bercakap tak ada background music. Then interchange antara dua lagu tu tak smooth. Kasar jer jahitan dia. Masa ni jugak aku belajar deejay secara berduet. Call deejay lain dan on air sama-sama.

Noob lagi masa ni..tak tau apa-apa.

Kemudian baru la aku beralih gunakan SAM Broadcaster. Yang ni memang best. Memang syok. Bila cakap ada background music. Interchange antara dua lagu pun smooth jer. Then ada graf untuk tunjukkan statistik pendengar. And salah satu part yang aku suka, boleh ubah-ubah suara aku as if ada lebih daripada sorang penyampai yang tengah keudara. Itu pun kalau tak ada deejay lain yang available nak on air dengan aku la. Masa ni 2 jam tak cukup dah. At least kena 4 jam. Angkuh..hahaha.

Lagu ada 5000 pun bukannya aku dengar semua..hahaha.

Setahun kot aku kat ChatzFM. Then ChatzFM dihentikan seketika. Sampai sekarang belum sambung balik. Lepas tu aku ada la on off kat 2-3 radio lain. Aku pun dah tak ingat radio apa. Sampai la satu hari tu, aku dengan sorang member decide untuk buat radio sendiri. Nama radio aku, MemberFM. Pendengar pun dikalangan member-member sendiri jer. And kebanyakannya ialah kelompok asal pendengar-pendengar ChatzFM jugak.

Radio sendiri yang entah pehape.

Radio MemberFM pun tak bertahan lama. Genap setahun, aku bubarkan sebab aku dah tak rasa nak achieve apa-apa. Aku nak stop. Aku nak cuci tangan. So diorang tubuhkan radio baru, TemanFM.

Lebih setahun jugak kot aku tak involve mendeejay ni. Sehingga la suatu hari tu dalam group Kapasitor Fanpage, aku nampak sorang mamat promote Fewett Radio. Aku datang la singgah, menyemak kat situ. Bersembang-sembang macam aku kenal diorang. Dan akhirnya, Fewett Radio berjaya buatkan perasaan nak mendeejay tu datang semula. Dan akhirnya lagi, aku diterima jadi deejay kat situ, habis cerita.

Buat comeback lebih setahun yang lepas.

Radio tu masih wujud, masih ada. Cuma kebelakangan ni, semua deejay masing-masing dah sibuk dan tak ada masa. Aku secara teori masih lagi deejay kat sana. Ya, secara teori masih deejay kat sana. Tapi practically, aku rasa dah lebih 6 bulan kot suara aku tak keudara. The question is, if they don't care, then why should i care? Buat apa aku nak jaga kalau owner dan deejay-deejay lain rasa macam langsung tak ada effort nak jaga..hahaha.

Aku ni sembang panjang-panjang pun kesimpulannya tetap pendek jer. So kesimpulannya, Kopitiam buatkan aku gian nak mendeejay semula..:D

p/s: deejay radio online pun ada peminat beb..sampaikan suara aku yang tak sedap ni pun tetap ada jugak terpikat..kenot brain aku..hahaha.


• 07 June 2013 •

Jurnal Tingkatan Lima

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Korang ingat lagi tak yang aku pernah mention nama Norafidah Bte Atemin, atau lebih dikenali sebagai Along. Nama tu aku ada tulis dalam entry Mereka-Mereka Yang Pernah Disuka. So malam ni aku nak imbas sikit (kot) sebahagian daripada jurnal aku masa Tingkatan 5. Which is Along, adalah sebahagian daripada watak cerita.

Aku pindah sekolah masa Tingkatan 4. Daripada sekolah berasrama, terus pindah masuk sekolah biasa. Sebab masa tu keputusan PMR aku agak teruk. 2A, 3B, 3C dan 1E. E tu untuk matapelajaran Bahasa Arab. Tapi masa Tingkatan 4 tu, aku dengan Along tak sekelas. Aku 4 Bendahara. Dia pulak kelas sebelah aku jer, 4 Temenggung. Kelas 4 Bendahara masa tu cuma ada 16 orang, 5 lelaki dan 11 perempuan.

Then masa Tingkatan 5, sebahagian pelajar terpilih daripada kelas Temenggung, Laksamana dan Panglima diserapkan masuk ke 5 Bendahara. Cuma matapelajaran elektif masing-masing jer yang berbeza. Contoh bila kelas Fizik, Kimia atau Biologi, diorang akan join balik kelas lama diorang untuk belajar matapelajaran elektif. Masa ni la baru aku kenal Along. Seorang Penolong Ketua Pengawas. Garang. Dan digelar Singa Betina.

Oh ya, masa Tingkatan 5, jumlah pelajar kelas 5 Bendahara ialah 33 orang, 7 lelaki dan 26 perempuan. Nampak kan nisbah yang membenarkan lelaki kahwin 4 kat situ? Hahaha..but to be honest, aku memang ada 4 orang 'bini' kat dalam kelas tu. Bukannya bini betul-betul pun, saja gurau-gurau setakat untuk mengusik dan menyakat. Bini pertama aku Along, kedua Faiza, ketiga Jamilah dan keempat Norhazani.

Belakang dari kiri: Jamilah, ..., Norhazani, ..., ..., ....
Tengah dari kanan: Faiza, Hazati, ..., ..., ....
Along? Barisan tengah, antara cikgu dengan ketua tingkatan (lelaki)

Aku memang setia pada semua. Tapi antara empat orang tu, aku lebih tertarik pada Along. Tak tau kenapa. Maybe sebab dia garang, dan kitorang selalu bergaduh dalam kelas. Tiap-tiap hari. Tak pernah tak bergaduh, kecuali masa cuti. Apa jer aku cakap dalam kelas, dia akan bangkang. Dan apa jer dia cakap dalam kelas, aku pulak yang akan bangkang. Kira macam laki bini tengah bergaduh la. Along ni kira bini yang derhaka sebab selalu melawan aku, berbeza dengan lagi tiga orang tu..hahaha.

Tapi, ada tapinya. Tapi dalam masa yang sama, kitorang selalu bertukar-tukar surat. Tanpa pengetahuan sesiapa. Alaa macam la korang tak pernah main selit-selit surat dalam buku..kehkeh. Bergaduh tu tetap bergaduh. Tapi cuma sekadar wayang jer la. Sebab setiap 2-3 hari, salah sorang mesti akan pinjamkan buku atau pulangkan buku. Yang mana akan terselit surat kat dalam tu.

Nak kata kitorang bercinta, rasanya tidak. Tak pernah declare pun. Cuma dia tau yang aku suka kat dia. Tulis surat pun bukannya 'I you' atau 'saya awak'. Tapi mu dengan den. Macam Kelantan dengan Nismilan. Isi surat? Haa..yang itu undisclosed..kehkeh.

Tapi even kitorang cover line camtu, aku rasa kawan-kawan sekelas aku semuanya tau. Malah aku rasa cikgu-cikgu pun tau. Cuma mungkin sebab rekod masing-masing bersih, so cikgu pun buat tak tau jer. Alaa..kalau dah masa hari Apple & Rose, aku pergi bagi bunga ros kat dia, tambah pulak person in charge tu member-member sekelas dengan aku, memang dah terang lagi bersuluh la. Along sorang pulak tu yang dapat. Bini lagi tiga orang, aku tak belikan apa-apa. Not even apple. Nampak kan unsur-unsur kesetiaan yang ketara kat situ? hahaha..

Aku sebenarnya malu bila mengenangkan kes belikan bunga ros tu. Rasa macam, "OMG! Aku pernah buat macam tu ke? Kepala hotak la!". Sebab sebelum tu aku memang dah belikan apple untuk dia. Dan aku cakap, aku takkan belikan bunga untuk siapa-siapa. Tapi entah mana datang idea gila, aku boleh pulak belikan untuk dia. Sengal betul. Then waktu dia tengah mengumpat dengan kawan-kawan lain, aku datang la duduk kat meja dia. Nampak dia ada tulis pakai pensil, 'kata taknak belikan bunga?'. Aku reply la kat bawah tu, 'hahaha..dah terbeli, nak buat macam mana'.

Banyak sebenarnya cerita dengan Along ni. Bergaduh, merajuk, memujuk dan macam-macam lagi. Dan aku rasa antara sebab aku semangat nak datang sekolah ialah dia. Sampaikan kadang-kadang kalau aku malas nak masuk kelas Biologi, aku akan duduk dalam kelas Perdagangan walaupun tak faham apa-apa. Motif? Sebab dalam boleh bergaduh dengan dia. Bodoh gila kan? Ya, aku tau..hahaha. Oh ya, aku jawab exam betul-betul dan cuba score setiap paper pun sebab aku taknak kalah dengan dia. As a result, both of us adalah pelajar terbaik SPM untuk tahun tu.

Pada aku, Along is my best enemy. Ever. Yup, aku memang ada best friend, aku memang ada kawan baik. Tapi entah kenapa aku susah nak kelaskan Along dalam kategori kawan baik. Maybe sebab kadang-kadang dia tak macam kawan kot, malah lebih kepada musuh. Sebab tu aku kelaskan dia sebagai best enemy. Level tetap sama macam best friend, cuma title tu jer best enemy.

Kesimpulannya, kenapa aku cerita benda ni? Kenapa aku taip sepanjang-panjang ni? Jawapannya, sebab hari ni birthday dia. Happy besday Along. Semoga ko berbahagia dengan suami, cepat-cepat dapat anak dan dimurahkan rezeki. Thanks sebab jadi my best enemy.

p/s: file yang simpan surat aku dengan diorang semua dah hilang..:(


• 05 June 2013 •

Jenis-Jenis Pemandu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mula-mula aku nak tanya, siapa kat sini yang boleh memandu? Tak kira la ada lesen ke tidak, mahir memandu ke tidak, ada kereta ke tidak, yang penting boleh memandu. Satu. Dua. Tiga. Empat. Lima. Enam. Tujuh. Tujuh orang jer? Yang lain? Takkan malu nak angkat tangan kot..hahaha.

Okey, serius ni. Serius. Secara ilmiahnya, tahukah korang bahawa terdapat dua jenis pemandu kat Malaysia, or even kat serata dunia. Dua jenis pemandu ni ialah pemandu aktif dan pemandu pasif.

Pemandu aktif ni adalah kategori pemandu yang sering kita nampak kat Malaysia. Jenis yang aktif bila ada kat atas jalanraya. Sering buat movement. Either memotong, menukar lorong dan sebagainya. Pemandu aggresif adalah contoh pemandu yang aktif. Tapi korang jangan salah faham pulak. Pemandu aggresif memang aktif, tapi pemandu aktif tak semestinya aggresif. Kita yang memandu dengan cermat, memotong dalam keadaan perlu dan selamat pun dikira pemandu aktif jugak.

Pemandu pasif pulak, berlawanan dengan pemandu aktif tadi. Jenis yang laid back, penyabar, calm, relaxed, unhurried, memandu kat lorong kiri, dengan kelajuan dan jarak yang dirasakan cukup selamat. Walaupun boleh memotong, tapi prefer untuk tidak memotong. Pemandu jenis ni biasa dilabelkan sebagai lembs atau bercinta masa bawak kereta. Kena maki, kena kutuk dan kena hon walaupun diorang langsung tak ada buat salah apa-apa.

Aku? Aku kategorikan diri aku sebagai pemandu aktif, dan kadang-kadang aggresif..kehkeh. Aku beli kereta pertama pada waktu aku langsung belum ada lesen memandu. Dengan kereta tu, aku belajar untuk faham teori jarak dan ruang. Belajar daripada pengalaman sendiri, memandu sorang-sorang, tanpa pemerhatian dan pengawasan siapa-siapa. Alhamdulillah, mujur tak pernah eksiden. Kalau tidak, memang masak la..

Kereta ni, kalau ada orang nak jual, aku memang teringin nak beli.
Berbalik kepada driving behavior tadi. Rasanya cara pemanduan aku diinfluentasikan daripada cara pemanduan ayah aku. Abaikan perkataan influentasi tu sebab memang tak ada dalam kamus dewan. Ayah aku kategori pemandu yang aggresif. Tak kira la double line ke apa ke, dia akan memotong kalau dia rasa sempat untuk memotong. Arwah mak selalu bising, "ada kereta kat depan", "ada lori kat depan". Tapi dia buat tak tau jer.

Dan sekarang ni cara pemanduan tu macam berjangkit kat anak dia. Aku mengaku yang aku akan memotong jugak kat double line kalau aku rasa jarak dan ruang tu ada. Bosan kot duduk kat belakang pemandu yang tengah bercinta ni. Kalau satu lane tengah mengikut lori trailer tu takpe. Yang tu aku boleh terima. Tapi kalau kat jalan tiga lane pun nak bercinta, yang tu aku memang tak tau nak cakap apa.

Satu perkara yang aku puji pasal diri aku ni, aku jarang sangat nak hon pemandu-pemandu yang ada kat depan aku. Tak kira la dia masuk tak bagi signal ke, dia memandu kat garis putus-putus antara dua lane ke, aku takkan hon. Kereta aku ada brek, so aku brek jer la. Prefer untuk tunggu sampai ruang tu ada untuk aku drive macam biasa. Yang tu memang aku puji sangat-sangat kat diri sendiri..hahaha. Aku rasa tak perlu kot nak hon diorang. Rileks jer sudah. Bukannya aku sorang yang ada kereta. Dan jalan tu pulak bukannya ayah aku yang punya.

So apa fungsi hon aku? Fungsinya kalau aku nampak anjing kat tepi jalan ke, kucing kat tepi jalan ke, aku akan tekan hon kuat-kuat. Biar diorang terkejut..hahaha. Satu lagi kalau aku nampak awek tengah berjalan ke, budak-budak tengah tunggu bas ke, orang tengah repair jalan ke, aku akan bagi hon pendek, then angkat tangan. Pastu terus jalan macam biasa. Buat-buat macam aku ni kenalan diorang..kahkahkah.

Errr..macam dah lari topik jer. Kesimpulannya, korang pulak pemandu yang macam mana? Aktif ke? Pasif ke?

p/s: biar aktif, jangan aggresif..


• 03 June 2013 •

Janji Jujur Sepi

Assalamualaikum dan selamat malam. Kenapa selamat malam? Sebab aku tulis entry ni pada waktu malam..hahaha.

Hari ni consultant cuti. So aku boleh dikategorikan sebagai manusia yang tak ada kerja. Jadi aku isi kebosanan tak ada kerja tadi dengan melayari youtube. Kenapa aku melayari youtube? Sebab kat radio, keluar lagu yang aku tak suka. Lagu apa? Rileks Brader. Nyanyian Art Fazil dengan Imuda.

Aku nak cerita panjang-panjang seleksi lagu yang aku dengar, rasa macam melampau pulak. Cukup la aku bagitau yang aku start dengan lagu-lagu band Oh Chentaku, end up dengan instrumental muzik daripada filem Sepi. Sedap jugak instrumental muzik ni. Lagi-lagi masa part yang awal-awal. Aku rasa kalau instrumental ni combine dengan bunyi hujan, mesti best bunyi dia.


Then terus aku rasa nak tengok balik filem Sepi ni. Aku cuba cari kat youtube, tapi tak jumpa. Yang aku jumpa, cerita macam tajuk kat atas ni. Lakonan Beto, Izreen dengan Neelofa. First time tengok..hahaha. Tapi terlayan la jugak sebab aku rasa cerita ni best. Walaupun tipikal cerita melayu mesti pasal cintan-cintun, tapi dalam cerita ni aku nampak plot yang berkisar tentang janji.

Pasal orang yang takut tak dapat tunaikan janji, tapi dipaksa untuk berjanji. Atas keadaan-keadaan yang dia tak mampu untuk berkata tidak. Memang la scene-scene tu cuma cerita jer. Tapi pada aku, benda ni nampak macam something yang relate dengan dunia sebenar. Aku rasa kita masing-masing pun pernah alami situasi dimana kita terpaksa berjanji. Dan cerita ni buat aku terfikir, macam mana agaknya kalau setiap orang menuntut setiap apa yang pernah kita janji.

Okey, pasal menunaikan janji tu satu hal yang aku suka dalam cerita ni. Satu hal lagi yang aku suka, pasal ayat-ayat or dialog-dialog dia. Makan dalam. Buat aku fikir macam-macam. Contoh macam ayat kat bawah ni:
Aku mungkin, bernafas untuk orang lain. Tapi untuk lima minit tiap-tiap pagi, aku bernafas untuk diri sendiri.

Orang selalu cakap, ajal, maut, jodoh di tangan Tuhan. Aku rasa orang yang cakap macam tu adalah orang yang dah putus asa. Jadikan takdir sebagai alasan bila tak dapat apa yang diorang nak. Aku hipokrit sebab ajal, maut, jodoh di tangan Tuhan. Aku kini jujur untuk percaya takdirNya.
Pada aku, cerita ni agak best walaupun bukan diklasifikasikan pada tahap yang paling best. Kesimpulannya, janji mestilah dicapati. Sekian.

p/s: aku sebenarnya malas nak buat ending..zzzzz


Back To Top