Header2

• 31 December 2012 •

Domain Akan Ditukar!

Ref: BLOG/CAPITAL-H/12-12(130)

31 Disember 2012

Pembaca Kanan
Unit Bacaan, Ulasan & Kritikan,
Cawangan Blogger Tidak Ternama,
Tingkatan 1, No. 25 Dalam Kelas,
Jalan Baik-Baik Yer,
50582 Kuala Lumpur.

U/P: Sesiapa Yang Berkenaan

Tuan/Puan/Cik,

MEMBINA DAN MENYELENGGARA BLOG PERSENDIRIAN, RUANGAN KOMEN, TEMPAT MENGUMPAT, BLOGLIST DAN WIDGET-WIDGET SOKONGAN DI ATAS LAMAN SOSIAL MILIK GOOGLE INC.
►  Pertukaran Domain Name Terhadap Blog Utama                  _     

Dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami akan menjalankan kerja-kerja penukaran domain name terhadap blog utama kepada http://www.capital-h.my. Proses pertukaran ini insyaAllah akan berkuatkuasa pada 01 Januari 2013 iaitu selepas 24 jam daripada tarikh surat ini dikeluarkan.

Untuk makluman, proses pertukaran ini mungkin mengakibatkan beberapa hyperlink sedia ada terbatal dan tidak dapat diakses secara terus kepada blog utama. Dan sekiranya sudi, pihak tuan diminta untuk melakukan semakan semula dan pindaan terhadap domain name sedia ada. Namun sekiranya tidak sudi, pihak kami pasrah dan tidak dapat berbuat apa-apa. Harap pihak tuan sudi la yer.

Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjutan, sila kunjungi facebook kami atau berhubung secara terus dengan wakil pihak kami, Encik H di twitter beliau. Oh ya, sebarang surat menyurat dan mel elektronik tidak akan dilayan. Tapi kalau SMS dan calling-calling tu mungkin akan dipertimbangkan..heheh.

Perhatian awal dan kerjasama pihak tuan berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan terima kasih beribu-ribu lemon..yeah!!

Sekian, terima kasih.


* Surat ini adalah cetakan komputer dan tidak memerlukan tandatangan *


• 29 December 2012 •

H Bukan Untuk Harrier

Pada entry yang lepas, aku ada nyatakan tentang kemungkinan untuk beli sebuah lagi kereta pada penghujung tahun ini. Dan Alhamdulillah, akhirnya aku dah beli. Tapi bukan Harrier atau Vios la, cuma sekadar sebuah kereta Honda City.

Macam mana daripada cadang nak beli Toyota, tiba-tiba boleh ke Honda pulak ni?

Sebenarnya aku memang nak beli Toyota Vios. Siap dah survey harga semua-semua la. Aku search kat internet tentang komen-komen user pasal Vios ni, saja nak tau kot-kot ada problem ke apa ke. Then kat situ baru aku terbaca bahawa meter Vios ada kat tengah-tengah. Means, macam kat bawah ni la, antara driver dengan co-driver.  Sebelum ni bila aku naik Vios, aku tak pernah perasan pun. Maybe sebab bukan aku yang drive kot. So bila aku tau Vios punya meter kat tengah, terus niat aku terbatal nak amik model tu. Huduh bebenor..

Dashboard buruk ini ditaja oleh Google
Waktu tu aku dah mula pertimbangkan Honda City. At least logo dia bentuk H, kira sesuai la dengan aku..kahkah. Tapi bos and kawan-kawan suggest aku untuk amik Nissan Almera. Sebab harga Almera tu boleh dikatakan murah berbanding imported cars yang lain. Manual RM66,800 dan auto pulak RM69,800. Aku dengan Encik R pergi la ke Nissan Showroom kat Jalan Beserah nun. Pergh..tergoda beb dengan Almera tu. Rasa macam melting kat situ jugak. Luas pun luas, cantik pun cantik, sedap pun sedap. Macam biasa, down payment kena 10%. Aku ada sejumlah wang tersebut. Cuma aku rasa macam keberatan nak keluarkan duit tu semata-mata untuk sebuah kereta. Rasa macam banyak lagi benda berfaedah yang aku boleh buat dengan duit tu. Contoh, masuk meminang anak dara orang..hehehe.

Kesimpulannya, aku decide untuk beli Honda City. No more Almera, No more Vios. Case closed.

So apa komplikasi yang berlaku pada kereta sebelumnya?

Okey, biar aku cerita. Sebelum ni aku beli kereta Renault. Nampak macam gah kan? Sebenarnya tidak. Anggap saja aku tersalah beli kereta, bila mana aku terbeli kereta yang sebenarnya memang betul-betul bermasalah. Proton Waja 1.8, keluaran tahun 2003, adalah kereta yang menggunakan Enjin Renault. Terlalu banyak komplikasi yang berlaku terhadap kereta tu sampaikan Pusat Servis Proton kat Kuantan sendiri pun tak dapat trace apa problem sebenar dia. Silap aku masa beli kereta tu, aku tak buat research. Aku tak tanya orang. Dan aku tak bawa mekanik yang berpengalaman untuk check sama ada kereta tu betul-betul ok ataupun tidak. Itu silap aku.

Jadi aku tak tau apa problem Waja tu sekarang. Bila tekan minyak, kereta tu taknak jalan. Macam minyak tak naik. Aku main-main minyak pun tetap susah nak jalan jugak. Tapi bila lepaskan pedal minyak, tiba-tiba pulak kereta tu terus bergerak. Bergerak secara mendadak pulak tu. Mujur kot aku ni bawa auto guna dua-dua belah kaki. Kaki kiri memang sentiasa standby kat pedal brek. Kalau tidak, entah berapa banyak kereta aku dah langgar..grrrs. So my advice is, lain kali jangan beli Waja 1.8, never. Dan kalau boleh bawa la kawan-kawan yang tahu pasal kereta sebelum kita decide nak beli.

Eh kau bukan blacklisted ke? Macam mana boleh lepas loan?

Aku beli cash jer. Malas nak berhutang.

Hahaha..gila ke apa nak beli Honda City cash? Ingat ayah aku Abe Shinzu ke? Ayah aku orang Johor la..kehkeh. Sebenarnya aku rasuah jer. Aku rasuah adik aku. Aku cakap kat dia, aku nak beli kereta guna nama dia. Tapi tiap-tiap bulan aku bayar la. Dia tak payah keluar duit, semua aku uruskan. Sebab Honda City tu boleh buat full loan.

Sebagai balasan, aku akan repair Waja tu kasi elok. Sebab sekarang ni Waja tu kan kat bengkel. Tengah dalam proses tukar enjin. Aku masuk enjin 1.6 dengan harapan, lepas ni kereta tu dah tak ada masalah. And kalau aku yakin kereta tu betul-betul dah ok, aku akan bagi kat dia. Free of charge. Tak payah keluar duit muka. Tak payah bayar bulan-bulan. Sebab insyaAllah aku akan buat full settlement dalam masa terdekat. Haaa nampak tak betapa baiknya aku rasuah dia? Siap bagi kereta free tu. Mana nak cari abang yang baik macam aku ni? Mana nak cari?

Dah, itu jer aku nak taip. Lepas ni aku tak bagi Encik R hisap rokok kat dalam kereta aku. Kalau Waja dulu boleh la. Tapi yang ni, jangan harap! Kahkahkah..

p/s: sekurang-kurangnya adik aku tak rugi, dapat 1 kereta free..ye tak?


• 27 December 2012 •

Capital List

Aku dah ada bloglist. Ya, tidak syak lagi. Aku dah ada bloglist..hahaha

Selama hampir 10 bulan aku manage blog ni, aku tak pernah ada bloglist. Niat nak letak bloglist tu ada. Tapi macam biasa, kemalasan tetap menjadi alasan paling utama. Kalau sebelum ni korang lihat aku memonopoli pole position bagi kebanyakan entry, dan menganggap aku terjah blog-blog tersebut melalui bloglist sendiri, atau 100% melalui senarai blog yang aku follow di dashboard, ternyata korang silap. Sebab kalau ikutkan, kadang-kadang jer aku terjah daripada dashboard ni. Yang selebihnya aku cuma menumpang bloglist orang lain. So kalau korang ada bloglist, dan aku pernah datang blog korang, bermakna kat blog korang la aku selalu menumpang ihsan..hahaha.

Secara jujur, blog yang aku follow ada 45 sahaja. Tak aci kan? Ya, hidup memang penuh dengan ketidak-acian. Kadang-kadang aku rasa bersalah jugak, korang jer follow blog aku, korang jer singgah blog aku. Tapi aku? Kaddang-kaddang. Or jaghang-jaghang. Bukan serba salah jer, risau pun ada. Kot-kot ada yang terasa hati, kemudian main "taknak kawan taknak kawan" dengan aku, kemudian terus taknak datang blog aku, tak pasal-pasal aku jugak yang rugi. Ya, demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Aku sedar tu.

So atas kesedaran daripada akar umbi, aku cuba-cuba rajinkan diri untuk follow blog orang. Tapi masalahnya, bila aku ada mood nak main follow-follow, boleh pulak aku lupa nak follow siapa. Contohnya macam ni la. Hari ni aku buat entry, and ada 10 orang yang komen. Then minggu depan bila aku decide nak follow, aku lupa siapa 10 orang yang komen tu. Maksud aku bukan la lupa semua. Cuma daripada 10 orang tu, aku mungkin cuma ingat 5 jer. Tak pun 2. Last-last bila aku cuba nak ingat yang lain, aku terus jadi malas..kehkeh. Eh tapi kira okey tau aku dapat follow 45 blog. Aritu lagi sikit, tak sampai 40 rasanya. 36 jer kalau tak silap.

Okey, tamat intro. Kahkahkah..kemain panjang intro aku rupanya.

Beberapa hari kebelakangan ni aku cuba rajinkan diri untuk siapkan bloglist aku. Penat la asyik hidup menumpang. Sekali-sekala nak jugak ada bloglist sendiri. Sebenarnya pada 13 November aku dah mula create bloglist, tapi tak isi apa-apa. Aku confuse sebenarnya nak bahagikan bloglist tu macam mana. Sebab kebanyakan yang follow blog aku, yang baca blog aku ialah golongan wanita. Kalau aku bahagi ikut jantina, nampak macam tak adil pulak. Nanti berat sebelah pulak bloglist aku. Tak balance, tak pasal-pasal tumbang pulak. Errr..okey, korang nampak kan nisbah lelaki dengan wanita kat Malaysia ni macam mana? Sebab tu la lelaki selalu request nak kahwin 4..hahaha.

aku dah ada bloglist okey!! grrrr
Jadi setelah bermusyawarah dengan diri sendiri, aku decide untuk bahagikan bloglist aku mengikut generasi. Maksudnya, daripada generasi terawal yang datang blog aku, hingga la sampai ke generasi terkini. Tapi ada jugak masalah. Aku mana la ingat siapa yang awal and siapa yang kemudian. Aku try nak baca balik komen-komen lama kat dashboard. Hampir 7500 kot kalau termasuk dengan komen aku sendiri. Last-last aku jadi malas. Takde kerja aku nak baca balik satu persatu. So aku cuma tengok sekali imbas, and masukkan link blog-blog tu kat dalam bloglist aku. Tapi terus terang cakap la, maybe ada yang aku terlepas pandang and takde dalam bloglist tu. And ada jugak blog-blog yang aku follow tapi aku tak masukkan kat situ. Kepada yang patut ada tapi TERtakde tu, mahapkan aku. Lain kali kalau aku ingat, insyaAllah aku masukkan baru.

Bloglist tu aku akan update dari semasa ke semasa. Maksud aku, kalau aku rajin aku update la. Doakan titew wajin yew tawan-tawan. Heh..dah la. Kesimpulannya, aku izinkan kalau korang nak tumpang bloglist aku. Sama macam korang izinkan aku tumpang bloglist korang suatu masa dahulu..hahaha.

p/s: follow 45 blog, tapi kat bloglist ada 100..entah hapa-hapa la..kahkahkah


• 25 December 2012 •

Goyang Pinggul Yuk

Ini juga sebahagian kisah yang berlaku dalam lingkungan 2 atau 3 tahun yang lalu.

Aku, Aness dan Keyla memang rapat. Walaupun perkenalan kami cuma bermula di MiRC, tapi hubungan kami bertiga memang cukup akrab. Aku tinggal di Tg. Malim, Aness di Desa Mentari, manakala Keyla pula di Selayang. Dan kami bertiga memang biasa sangat menghabiskaan masa bersama-sama. Pergi panjat Broga Hill pun sama-sama. Pergi Sunway Lagoon pun sama-sama. Pergi Time Square pun sama-sama. And pergi Genting Highland pun sama-sama. Pendek kata, planning takkan jadi kalau salah seorang tak dapat nak ada.

Salah satu tempat yang kitorang banyak kali pergi, ialah Kelab Dangdut Mawar Biru. Yup, kelab dangdut..kahkahkah. Aku paling tak menahan betul bila ingat pasal Mawar Biru tu. Sebab kenangan kat situ memang entah apa-apa. First time kitorang cuma datang bertiga. Tak buat apa pun, setakat order Coke, pastu tengok akak tu menyanyi, then gelak-gelak tengok orang-orang tua kat situ menari. Bukan setakat lelaki tua jer, perempuan tua pun ada. Menari siap salah step semua ada.

Kali kedua datang, dah jadi berempat. Time ni Hazin ikut sekali. Budak tu lagi tak betul, bersungguh-sungguh ajak aku menari. Errr..aku tak tau la kalau dia cuma main-main ke apa, tapi daripada gaya dia memang cukup bersungguh. Kemain memujuk. Tapi mintak mahap la. Aku tak pernah ada keberanian or keyakinan nak menari kat khayalak ramai. Malu gila kot. Aku rasa kalau orang upah aku RM1 juta pun belum tentu aku sanggup nak menari, dangdut pulak tu..zzzz

Kali ketiga datang, dah jadi berenam. Sekali dengan Dani and Kama. Aku dengan Dani jer la lelaki time tu. Masa tu kitorang dah kena treat macam regular customer pulak. Kepala hotak la. Regular customer kelab dangdut tu, agak-agak la..hahaha. Then ada satu sesi tu, kitorang diberi peluang untuk request lagu, ala-ala macam karaoke kononnya. Masa tu semua pakat mintak lagu-lagu mengarut. Aness kalau tak silap mintak lagu Manis Manja - Meneketehe. Itu takpe lagi, sebab memang lagu dangdut. Si Keyla punya permintaan lagi tak beragak. Mintak lagu Ahmad Jais & Kartina Dahari - Budi Setahun Segunung Intan. Alaa..lagu yang dalam cerita Man Laksa tu la. Aku kena nyanyi bahagian Ahmad Jais. Lawak gila kot bila lagu tu dimainkan kat dalam kelab dangdut..kahkahkah.


So peristiwa tu jadi kenangan menutup penghujung tahun kitorang. Aku tak pasti la either kitorang pergi 25 Disember or 31 Disember. Cuma yang aku pasti, kitorang memang pergi  penghujung tahun. And rasanya itu adalah sesi berdangdut kitorang yang terakhir. Sebab aku taknak masuk sana lagi..kehkeh

p/s: rasa macam rugi pulak tak menari dengan Hazin..dia lawa tau..kehkeh


• 23 December 2012 •

Capital H


Sebenarnya dah agak lama jugak aku tunggu URL kat atas tu available. Sebab sepengetahuan aku, URL blogspot akan kembali available dalam masa 90 hari selepas blog tersebut kena delete. Means, kalau hari ni aku delete blog, 90 hari kemudian baru la orang lain boleh register URL aku. Tapi dah lama gila kot aku tunggu, lebih daripada 90 hari. Entah berapa bulan pun aku sendiri tak pasti. And daripada pembacaan aku, URL kat atas tu mungkin takkan available agaknya. Mungkin URL tu dah kena marked as spam dan didisablekan sampai bila-bila.

Bercakap mengenani URL ni, aku rasa macam dah terpancing untuk tukar domain name. Entah hasutan siapa pun aku tak tau. Sebelum ni aku tak kisah pun. Kalau boleh aku lagi selesa gunakan capital-h.blogspot.com berbanding domain seperti www.capital-h.com. Sebab aku rasa capital-h.blogspot.com tu lagi pure, menampakkan yang blog ni dikawal sepenuhnya oleh aku. Berbanding pulak dengan www.capital-h.com yang mungkin dikawal oleh admin entah siapa-siapa.

Tapi tu la, kita tak boleh nak predict apa akan jadi ye tak. Sedar tak sedar aku terpengaruh jugak dengan orang lain yang dah ada domain name sendiri. Maklum la, sejak entry yang ini, aku risau jugak kalau-kalau bos atau officemate aku terjumpa blog aku. Banyak jugak kot aku mengata diorang. Contohnya kat sini dan kat sini. Jadi kalau aku tukar domain, mungkin lambat sikit la diorang nak jumpa..agaknya.

So aku nak maklumkan URL blog aku akan ditukar dalam masa terdekat, insyaAllah. Tukar kepada apa? Haa yang tu aku tengah fikir. Sebab kalau boleh aku nak satu domain name yang lain daripada kebiasaan. Aku sedia maklum bahawa domain name www.capital-h.com tu unavailable. As well as www.capital-h.net and www.capital-h.org. Tapi aku tak kisah pun. Sebab URL yang aku nak sebenarnya berbeza daripada ketiga-tiga domain popular tu.

Kalau ikutkan hati, aku nak domain name daripada Jersey atau Laos atau Italy. Means, URL aku nanti akan jadi either www.capital-h.je or www.capital-h.la or www.capital-h.it. Paling koman pun, aku nak guna www.capital-h.tv..hehehe. Tapi tu kalau ikutkan hati la. Berangan jer lebih. Sebab aku tau domain name macam tu bapak mahalnya. Rasa macam rugi pulak nak bayar domain mahal-mahal untuk blog yang entah apa-apa..kehkeh.

Maka option aku sekarang adalah domain name mampu milik yang murah. Either www.capital-h.my or www.capital-h.me or www.capital-h.us. Nampak kan? Nampak kan? Aku still letak word either sebab aku sendiri tak tau nak pilih yang mana..hahaha. So, any suggestion daripada tuan-tuan, puan-puan dan cik-cik sekalian? Kot-kot ada pendapat korang yang buat aku makin berkenan.

p/s: kalau dapat domain name www.capital-h.je tu mesti best..hehehe


• 21 December 2012 •

Main Hujan

Pagi tadi hujan, raincoat tu aku dah rasmi..hehehe.

Pagi tadi lepas aku siap-siap pergi kerja, aku turun bawah. Belum hujan. Waktu tu bos aku tengah cuci kereta, pakai seluar pendek. Then just after aku pakai helmet, hujan pun turun. Dalam hati aku kemain suka beb. Dengan pantas aku terus bukak helmet, sarung baju hujan. Motif aku pagi tadi cuma satu, aku musti keluar cepat sebelum hujan berhenti!

Aku bawak motor sepoi-sepoi bahasa. Ala-ala ambil angin petang keliling kampung. Sehabis slow kot. Punya la menikmati setiap titisan hujan tu. Siap ikut jalan jauh, seboleh-boleh taknak sampai cepat-cepat kat ofis. Cuma bezanya, aku tak angkat-angkat kening kalau lalu bawah jambatan. Boni jer yang buat macam tu..hahaha.


Menyusuri titisan hujan pagi tadi buat aku teringat kisah 2 tahun lepas. Takde la menarik sangat. Cuma pasal main hujan jer. Aku, Aness dengan Keyla. Seronok kot, sebab kali terakhir aku main hujan rasanya time aku budak-budak. Aness lagi teruk, dia tak pernah main hujan. Mak dia tak bagi. Pernah dia nak buat gila, cadang nak main hujan kat tepi highway. Waktu tu kitorang on the way dari Tg. Malim ke KL. Then bila aku bagitau yang seat kereta dia akan basah lepas main hujan nanti, baru dia tarik balik hasrat dia.

Berbalik kepada cerita pasal main hujan ni. Waktu tu aku dengan Keyla pergi rumah Aness. Kat Flat Desa Mentari. Dia duduk dengan adik-adik dia, Chu (lelaki) and Uda (perempuan). Nak dijadikan cerita (tipikal), malam tu hujan turun dengan lebat. And after short discussion, kitorang decide nak main hujan. So lepas jer masing-masing salin baju basahan, kitorang pun turun and lari-lari kat taman permainan flat tu. Padahal masa tu dah pukul 12.00 tengahmalam..hahaha.

Lama jugak kitorang main hujan. Ada la sejam agaknya. Then bila dah sejuk sangat, kitorang duduk bawah gelongsor. Dok bersembang kat bawah tu. Heaven gila kot. Dengan masing-masing dah menggigil, dengan hujan selebat-lebat, aku rasa itu antara pengalaman main hujan yang paling ohsem kot. Maybe sebab masing-masing dah besar panjang.

After that night, aku rasa aku dah lama jugak tak main hujan.

And secara jujurnya, aku rindu kat budak-budak berdua tu. Tapi nak buat macam mana, keadaan masing-masing dah tak sama macam dulu. Aness dah kahwin. Keyla pulak nun kat Selayangku Sayang. Kalau dia ada dekat-dekat sini pun, takkan la aku nak main hujan berdua dengan dia. Tak seronok la kalau salah sorang takde.

Korang pulak? Bila kali terakhir main hujan? Maksud aku, main hujan yang betul-betul dengan niat 'main hujan'. Takkan tak pernah kot..hehehe.

p/s: budak-budak berdua tu tak tahu pasal kewujudan blog ni..:D


• 19 December 2012 •

Perasaan Ym.Bundle

Kahkah..rasa kelakar pulak letak tajuk macam ni. Tapi nak buat macam mana, dah ini jer kot tajuk terbaik yang yang aku ada. Perasaan Ym.Bundle, ala-ala tangkap feeling pulak..hahaha. Oh ya, tajuk entry ni takde kaitan dengan kes bundle Putus Cinta tau. Ni pasal lain.

Untuk makluman, Renault aku dah 2 minggu tersadai kat bengkel. Ada sikit-sikit kerja baikpulih yang memerlukan aku untuk tinggalkan dia kat situ. Errr, bukan sikit-sikit dah tu, banyak kot. Jadi sekarang ni aku pergi kerja either dengan Encik R or bawa balik motor company. Tapi kebiasaannya dengan Encik R la, pemandu peribadi merangkap partner memasak selama ni.

Untuk makluman lagi, Kuantan sekarang ni meng-ga-la-mi keadaan hujan yang tak menentu. Maksudnya, sekejap hujan, sekejap berhenti, lepas tu hujan balik, lepas tu berhenti balik, dan kitaran tu berulang dalam julat masa yang tak dapat diduga. Unsangkarable bak kata omputeh. So atas alasan tu jugak la aku selalu pergi dan balik dengan Encik R. Sebab malas nak merempit hujan-hujan. Sebab aku takde baju hujan. Sebab takut demam..hukhuk.

Nak jadikan cerita (aku rasa ini ayat tipikal sangat la), pagi semalam Encik R kena naik KL. Projek MRT kat Sg. Buloh. Jadinya, petang Isnin aku bawa balik motor. Pagi esoknya iaitu semalam, hujan turun sepoi-sepoi bahasa. Dekat pukul 10 kot baru nak berhenti. Aku memang suka la. Sebab hujan means aku boleh datang kerja lambat. I takde baju hujan meh. Macam tu la aku jawab dengan sub-con. Bajet orang cina la konon-kononnya..kahkah

Petang tu dalam pukul 4.00 kot, aku nak cabut balik. Baru jer pakai helmet, hujan pun turun. So aku masuk semula kat dalam ofis. Bos aku pun cakap la, suruh beli baju hujan, standby kot-kot kalau hujan lambat berhenti. Aku sengih jer, then bagitau yang badan aku ni waterproofing..hehehe. Then aku pun tunggu hujan berhenti. tapi aku punya tunggu punya tunggu punya tunggu, hujan tak reda jugak. Dah pukul 6.00 petang kot. Takkan aku nak redah. Idak ler teman maunyer.

So,aku pergi ofis sub-con, sebelah cabin jer. Niat di hati, nak suruh dia bawa aku pegi beli baju hujan. Cadangnya memang aku nak beli guna duit sendiri, sebab aku yang nak pakai. Tapi masa dalam kereta, dia pun cakap la, suruh angkat bil. Means, dia yang nak bayar, claim kat company dia. Aku tak tunggu second offer dah, angkat GIVI teruih. Biar mahal asal percuma..hahaha

Then bila aku balik ofis, tengok-tengok hujan dah reda. Tak dapat nak balik pakai baju hujan. Esok pagi pulak, maksud aku pagi tadi, cuaca elok. Tak hujan pun. Tak dapat jugak nak pergi kerja pakai baju hujan. Petang tadi pun cuaca elok. So aku pun malas nak tunggu dah. Aku balik dengan Encik R, lebih kurang dalam pukul 6.00 kot. Tak lama lepas kitorang gerak daripada office, 2-3 minit jer kot, tiba-tiba hujan turun. Aku? Speechless. Tak dapat jugak nak pakai baju hujan baru..zzzzzz.


Kesimpulannya, sekarang aku macam dah faham apa perasaan Ym.Bundle aritu. Kemain beli baju hujan, tapi tertunggu-tunggu bila nak rasmikan. Sekian entry mengarut daripada aku..kahkahkah. Terima kasih.

p/s: errr..dah lama tak main hujan..


• 17 December 2012 •

Kesalahfahaman

Agak mengejutkan juga bila tiba-tiba aku diberitahu bahawa ada orang yang frust dengan Capital H. Lebih mengejutkan lagi apabila pengakuan itu direkodkan di facebook, walhal aku kira berapa kerat sahaja blogger di sini yang tahu akan facebook sebenar aku.


Pernyataan itu membuatkan aku rasa curious, rasa ingin tahu. And yes, curiosity is killing, sama seperti apa yang NAF kata suatu ketika dulu. Ia membuatkan aku ingin menyiasat satu persatu, menyelongkar habis semua capaian laman sesawang yang termampu. Lagak yang tak ubah seperti seorang stalker kelas satu.

Akhirnya aku jumpa empunya diri pelontar kata. Tapi yang anehnya, aku tak kenal pula si dia itu siapa. Sungguh aku tak kenal, bukan kenal tapi buat-buat lupa. Dan aku cuba menjelajah sisi logik, cara bagaimana seorang yang tidak mengenali, boleh melukai seorang yang tidak dikenali.


Hasil ihsan daripada Farah Alias, aku disisipkan dengan imej di atas, sebagai bukti menunjukkan bahawa komunikasi dua hala itu terwujud ada. Kali ini, aku terus ketawa, sambil garu-garu kepala. Aku tertanya, gadis ini sebenarnya siapa? Dan bila pula aku terlebih rajin menaip mesej lama-lama? Hahaha..

Aku syak bahawa ini cuma salah faham semata-mata. Mungkin beliau maksudkan bahawa blogger itu bermula dengan huruf H, tetapi tidak bermakna bahawa blogger itu adalah Capital H. Mungkin ini cuma hint sahaja, biar kenalannya teka empunya diri di sebalik huruf pertama. Mungkin, aku agak sahaja. Kerana aku yakin, bahawa aku bukan orangnya.

Jadi gadis-gadis di luar sana, "sana" yang saya sendiri tak tahu ada kat mana, sudi-sudikanlah berkenalan dengan saya. Sesungguhnya saya seorang yang baik. Saya tak terniat pun nak frustkan sesiapa. Moga terbitan ini meningkatkan lagi tahap kepercayaan anda kepada saya..hahaha..tiba-tiba jer aku jadi sopan pulak guna ganti diri saya.

Okey, terbitan aku rasanya hanya setakat ini sahaja. Moga penjelasan yang ada, mengubah persepsi anda, andai terbaca sebahagian comment, pada entry yang sebelumnya. Sesungguhnya itu semua, cuma salah faham yang tidak disangka.

p/s: Liyaa kemain suka dengar gossip pasal aku ea..grrrrr


• 14 December 2012 •

Maharaja Lapar

Beberapa hari lepas, just after aku selesai taip entry yang ini, aku ada mention pasal idea untuk entry baru. Tapi entah macam mana, boleh pulak aku terlupa. So disebabkan itu, aku pun taip la entry yang ini. Sekian intro daripada aku. Intro pun macam hape entah...kehkeh. Eh sebelum tu, aku nak survey sikit:

Siapa yang boleh bawak kereta auto, sila angkat tangan kanan..\o
Siapa yang boleh bawak kereta manual, sila angkat tangan kiri..o/
Siapa yang boleh bawak dua-dua, sila angkat tangan dua-dua..\o/
Dan siapa yang belum ada lesen macam payeh, sila angkat tangan and letak kat belakang kepala..<o>

Okey, entry ni sebenarnya pasal pemanduan kereta secara auto-transmission. Soalannya sekarang, kalau korang bawak kereta auto, korang guna sebelah kaki or dua-dua belah kaki? Yup, betul tu. Sepengetahuan aku, biasanya orang akan bawak kereta auto ni sebelah kaki. Tapi entah kenapa, aku ni terbiasa sangat bawak kereta auto guna dua-dua kaki. Ramai orang kata cara pemanduan tu bahaya. Takut kalau-kalau dalam keadaan panik, aku tersalah tekan.

Sebenarnya aku bukan tak boleh bawak sebelah kaki. Boleh jer kalau aku biasakan dari awal. Tapi sebenarnya aku malas. Aku rasa macam satu kerja pulak sekejap nak tekan minyak, and sekejap nak tekan brek. So why not aku guna kaki kanan untuk tekan minyak and kaki kiri untuk tekan brek? Kan cara tu lagi mudah. Dengan syarat, jangan tekan dua-dua kaki. Amik konsep macam main jongkang-jongkit jer, kalau sebelah naik, sebelah lagi kena turun. Itu apa yang aku fikir la, hanya kerana malas nak tukar-tukar kaki tekan minyak or brek.

Tapi, ada tapinya..kehkeh, lama pulak tak taip ayat tapi ni. Tapi kalau aku bawak manual, boleh pulak aku set mind untuk tekan brek guna kaki kanan. Means, kaki kiri tu hanya untuk tekan clutch. Entah, aku pun tak faham. Aku tak tau la either aku sorang jer yang buat macam ni, or orang lain pun mungkin amalkan cara pemanduan yang sama. Cuma setakat apa yang aku nampak dan lihat, hampir semuanya gunakan sebelah kaki sahaja.

Sebenarnya kan, syok jugak bawak kereta auto guna dua-dua kaki ni. Sebab aku rasa macam tengah racing. Bawak kereta laju-laju, tapi dalam masa yang sama, standby untuk tekan brek bila-bila masa..hehehe. Pada aku, bawak kereta ni kena ikut keselesaan. Tak guna kot aku nak terkial-kial drive sebelah kaki semata-mata nak ikut orang lain. Yang penting, aku drive secara berhemah, bagi signal kalau nak membelok, and ikut kiri kalau tak memotong. Sekian, terima kasih.

p/s: pehh..lapar gila kot..nak pegi makan dulu..nak tengok Maharaja Lawak..


• 12 December 2012 •

♫ Na Na Na Na Na Tganu Kite ♫

Ambo kecek Ganung, maapkan ambo.

Ni ambo nok cito ko mung, pagi tadi ambo tubik awal. Gi Ganung. Ado lawatang tapok ko Seberang Takir. Pagi lalu ambo bangung, pukul 5.30 pagi doh derah pi denung. Sebelum tu ambo nok oyak, mung kalo tok pahang ambo kecek, mung baco la supo pahang. Ambo ni bukang ore Ganung, bahaso ambo ni komang, punoh jahnang. Jangang pulok mung ore Ganung dok tang ko ambo, ambo ni torai jo. Err..masuk dialek nismilan pulok. Maapkan ambo.

Ambo sampa ko Dungung pukul 8.00 pagi. Benti sarapang metar. Ambo nampak tag kat satu kedai makang, "Best Buy Roti Ksg RM1.00" nge "Best Buy Roti Telur RM1.50". Buak ambo terpikior, berapo hargo roti canai kat Ganung? Tigo amah ko? Roti telur pulok guane? Satu riyal dua amah? Ambo gelak-gelak la nge saing ambo, sebab tag "Best Buy" tu supo macang kat pasarayo. Amboih, buruk bebenor bahaso ambo. Maapkan ambo.

Ambo ketik hok Google
Abih lawatang, ambo nge saing nge boh nok gi makang. Maso tengah jalang jalan tu, ambo napak la bah supo hok gamba kat atas nu. Ambo tok sempak nok ambek gambo. Jadi ambo bahang ko google jah. Bijok dok ambo? Bijok leting yer dok? Hahaha..ambo harak mung pahang la. Tapi ambo waser bah tu comey do’oh. Unik pulok tu. Satu lagi yang ambo suko, Taman Tamadun Islam. Ambo nak gi denung, tapi boh ambo bawok keto derah decung, tak dapek ambo nok gi. Lain kali kot, InsyaAllah. Ah, payoh la ambo nok kecek Ganung nih. Tok reti. Maapkan ambo.

Cantik tak? Cantik tak? :D
Pah tu sebelum kelik, ambo singgah ko Pasar Payang. Beli gapo hok patut ko saing nge kerani ambo. Berat nanang la kalau gi tapi dok beli buah tangang ko saing. Pah beli, derah lalu kelik ko Kuantang. On the way, singgah metar ko Bukit Besi. Dok lawat site tempat kijo ambo maso dulu-dulu. Udah siap ghopenyer UiTM Bukit Besi tu. Idak ler teman tau. Ingatkan tak siap lagi. Tu projek yang paling lembs kot..kahkah. Ops, maapkan ambo.

Tadi sebelum sampa Kuantang, HQ nepong boh ambo. Oyak esok kena gi lawatang ko Besut. Nyaknye la. Wakper natang HQ ni suko kenayat ko ore. Sampa Kuantang pun belum, dah suruh gi Besut. Buke nok inform awal, dok beri sutir-sutir. Nyet nyeh belake. Gocoh kae. Err..tapi boh ambo oyak toksir gi. Dok rok mappeh. Mapuh gi la ko HQ. Maapkan boh ambo.

Kesimpulannya, pegi Terengganu tadi rasa macam balik kampung pulak. Lagi-lagi bila singgah kat Bukit Besi, tengok UiTM kaler purple, lepak tepi tasik, tengok waterfall, ada awek cun lalu, rasa macam taknak balik pulak..kehkeh.

p/s: kerani ambo oyak, opih dah ado tenet..suka'ang ambo tu..hahaha


• 11 December 2012 •

Kakdah Pantang Kalah

Ini satu lagi imbasan terhadap sebuah cerita lama.

Aku adalah orang Johor. Lahir di Johor. Membesar di Johor. Kali pertama aku jatuh katil, adalah di Johor. Kali pertama aku jatuh hati, juga masih di Johor. Aku tamatkan tingkatan 5, di sebuah sekolah di Johor. Melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan, di institusi pengajian di negeri Johor. Pendek kata, aku dengan Johor ni bagaikan aur dengan tebing. Umpama isi dengan kuku. Ibarat Johan dengan Zizan..kira kamcing la..

Then masa di universiti, baru la aku ada peluang bergaul dengan mereka-mereka yang bukan daripada negeri Johor. Roommate aku orang Kelantan. Payoh aku nok pahe gapo dio royak. Tapi seronok. Seronok sebab aku tak faham. Dan aku cuba untuk faham. Seronok bila dengar dia cuba kecek luar dengan aku. Time tu aku pulak tak faham..hahaha. Pada aku, moment tu, priceless.

Tapi sepanjang bergaul dengan orang negeri lain ni, aku cukup tertarik dengan bahasa orang utara. Aku tak tahu kenapa. Sesetengah orang anggap, bahasa utara ni kasar bunyinya. Tapi aku tetap suka. Tak keterlaluan kalau dikatakan, bahawa life aku banyak dipelopori oleh mereka-mereka yang berasal daripada utara, Kedah khususnya. Dan kawan-kawan yang rapat dengan aku, boleh dikatakan 90% adalah daripada sana.

Hinggakan dulu aku pernah bercita-cita (aku tak tahu nak gunakan term apa selain cita-cita) untuk tinggal dan menetap kat utara. Aku nak rasa duduk kat sana. Bergaul dengan orang sana. Bercakap bahasa sana. Dan lagi bagus, terus kahwin dengan orang sana..kehkeh. Berangan jer masa tu sebab aku cukup suka dengan bahasa utara. In fact sekarang ni pun, kalau bersembang dengan kawan-kawan daripada utara, aku akan cakap as if aku ni adalah orang Lostaq, Kedah.

Tapi tu la. Bukan semua yang aku nak tu tercapai. Sebab sekarang ni aku menetap kat Kuantan. Tak tahu bila agaknya aku dapat duduk kat utara, dengar makcik-makcik bersembang bahasa utara. Dulu sebelum kat Kuantan ni, aku menetap sekejap kat Dungun. Sebelum tu pulak, kat Tg. Malim. So masa tinggal kat Tg. Malim, terbiasa la jugak sikit-sikit aku bercakap loghat Perak. Sampaikan kat Dungun dengan Kuantan ni pun aku belasah jer cakap loghat Perak.

Kesimpulannya, kakdah dah bertunang kot. Muhun kakdah cepat-cepat kahwin dengan fik, lepas tu berjiran dengan aku. Senang sikit kalau ada rakan mengumpat ni. Dulu kan, aku ada berangan dengan Kak Yan, kononnya kitorang nak berbesan. So bila dah tua-tua nanti, boleh mengumpat pasal menantu dengan anak-anak. Tapi tu la, nampaknya niat suci aku terkubur macam tu jer..hmmm...



 

p/s: aku selalu buat-buat salah time nyanyi lagu ni..aku nyanyi 'walau jatuh sakit' instead of 'walau sakit jatuh'..kawan aku selalu marah..kehkeh


• 07 December 2012 •

Aku Malas

Aku adalah seorang yang malas. Sangat malas. Aku tak pasti antara aku dengan Aku Malas, siapa sebenarnya yang lebih malas. Tapi aku syak Aku Malas tu sebenarnya lagi malas..hahaha

Jemput la singgah ke blog Aku Malas..heheh
Kemalasan aku bermula sejak sekolah rendah. Untuk makluman, aku tak masuk tadika. Sebab tak mampu..kot. Entah, lagipun ladang tempat aku membesar dulu rasanya memang tak ada tadika. Jadi aku mula bermalasan sejak darjah 1. Aku malas buat kerja sekolah, dan aku tak suka buat kerja sekolah. Pada aku, belajar bukannya untuk buat kerja sekolah. Kerja sekolah tu menyusahkan, dan kerja sekolah tu membebankan. Kira kalau aku tak siap kerja sekolah, itu perkara biasa. Dan kalau tiba-tiba aku siap kerja sekolah, itu baru boleh dianggap luar biasa.

Kemalasan ni terus menemani aku. Sampai sekolah menengah. Sampai masuk IPTA. Sampai aku grad. Sampai aku kerja. Sampai aku tukar tempat kerja. Dan sampai sekarang aku hidup berkelana. Cuma sekarang ni rajin sikit kot. Sebab aku dibayar untuk bekerja. Mahu atau tidak, aku kena jugak siapkan kerja, walaupun kadang-kadang aku rasa cukup malas nak buat kerja.

Bagi mereka-mereka yang ada no telefon aku, boleh dikira kot bilangan SMS yang aku balas. Seperti dalam entry Belia Benci Telefon ni la. Entah berapa kerat jer SMS yang aku balas. Usahkan kata nak balas SMS, save nombor telefon pun aku malas. And to be honest, setakat ni aku cuma save 3 nombor telefon jer. Latest one is Dato’ How. Itu pun sebab dia Dato’. Kot-kot kalau dia call, takde la aku nak main aci teka itu nombor telefon siapa. Then kalau aku nak telefon orang pulak, aku lagi rela baca SMS-SMS lama, or scroll balik panggilan-panggilan lama. Itu pun kalau aku jumpa la. Kalau tak, aku mintak jer nombor telefon tu pada kawan-kawan aku. Sebab diorang rajin save..kehkeh

Kalau dalam blog, aku rasa korang pun boleh nampak kot betapa malasnya aku nak follow blog korang. Entah la, aku datang, aku singgah, aku baca. Tapi dalam masa yang sama, aku malas gila nak tekan button follow. Kalau nak anggap aku sombong, eksyen, berlagak or sebagainya, itu terpulang la pada penilaian masing-masing. Sebab bukan sorang dua kot readers yang aku tak follow balik. Rasanya berpuluh.  Kadang-kadang rasa bersalah jugak. Tapi tu la, rasa malas tu dah lebih berleluasa.

Aku tak tahu la bila agaknya aku nak rajin. Haish..dah la. Mungkin sebab tu kot aku nak beli kereta auto. Sebab aku malas nak tukar-tukar gear. Sebut pasal gear ni, tiba-tiba aku terfikir idea untuk next entry..hahaha. Dah, sekian terima kasih.

p/s: aku rajin (ceh..aku lupa nak habiskan postscript ni)


• 05 December 2012 •

Sweat Dream

Bismillahirrahmanirrahim..

Kali ni aku nak taip pasal mimpi. Korang pernah bermimpi? Aku rasa semua orang pernah kot. Then, pernah tak time korang mimpi tu, korang terjaga sebab korang tiba-tiba sedar bahawa korang sebenarnya tengah bermimpi? Aku banyak kali lalui situasi camtu. Tengah sedap-sedap mimpi, tiba-tiba aku terjaga sebab aku rasa mimpi tu tak logik..hehehe

Mungkin ramai yang tak tahu, sebenarnya kita boleh kawal mimpi-mimpi kita. Maksud aku, kawal dengan minda la. Waktu kita tahu yang kita sebenarnya tengah bermimpi, jangan bangun dan teruskan mimpi tu ikut kemahuan dan kehendak kita. Aku pernah baca pasal benda ni beberapa tahun dulu, tapi seriously aku rasa nak kawal mimpi ni cukup susah. Sebab kita cuba kawal dengan minda kita, padahal time tu kita tengah tidur.

Daripada pembacaan aku, kalau kita dapat kawal mimpi, kita boleh buat apa jer yang kita nak walaupun perkara-perkara tu agak mustahil dan kita tak mampu buat dalam keadaan sebenar. Contoh, kita boleh terbang, kita boleh bernafas dalam air, kita boleh pergi ke mana-mana, kita boleh jumpa siapa-siapa, kita boleh bercakap dengan kucing, kita boleh melukis, bawak harrier, tumbuk cikgu disiplin, dan macam-macam lagi. Tapi itu la masalahnya, minda kena cukup kuat untuk kawal mimpi yang asalnya bukan suatu pilihan.

Aku tak tau la kalau korang boleh teruskan mimpi even korang tau semua tu cuma satu khayalan. Hebat kot kalau boleh buat camtu. Sebab setahu aku, kebanyakan orang akan terus terjaga bila saja diorang sedar yang diorang tengah bermimpi. Kesimpulannya, entry ni aku dah fikir agak lama. Cuma hari ni baru tulis sebab aku tak tahu nak update apa. Mungkin sebab aku dah nak tido kot..hahaha

Curik kat Google..zasss
p/s: kalau la aku boleh kawal mimpi, aku nak terbang pastu masuk kat dalam kawasan Segitiga Bermuda..


• 02 December 2012 •

Harrier

Kalau la kan. Kalau hujung bulan ni aku beli sebuah kereta, bermakna aku akan beli 2 buah kereta pada tahun yang sama. Nampak macam kaya? Yup, NAMPAK MACAM KAYA. Tapi sebenarnya tak kaya pun. Cuma komplikasi yang berlaku sepanjang tahun ni buatkan aku rasa bahawa sebuah Toyota tu perlu ada.

No. Plat ni tak boleh panjang lagi ke?
Ikutkan hati, aku nak beli Harrier. Kereta idaman aku kot sepanjang beberapa tahun ni. Tapi tu la, kalau aku beli Harrier sekarang, aku terfikir beberapa tahun lagi, aku nak beli kerata apa. Alphard dengan Estima rasa macam terlalu mahal. Plus kedua-dua model tu tak menarik hati aku. Buat masa ni, tak terfikir pun nak pakai, kecuali kalau ada orang bagi free.

Teringat dulu-dulu masa aku mula-mula kerja, bos aku kat Johor tanya, aku suka kereta apa. Kalau ikutkan suka, aku jawab la yang aku suka BMW. Then bos aku pun cabar, dalam masa 5 tahun, dia nak aku pakai BMW 7 series time jumpa dia. Gila ke apa. Even kalau aku jadi manager pun, belum tentu aku mampu nak beli. Tu pun nasib baik jugak aku tak jawab Ferrari. Kalau tidak, entah kat mana duit aku nak cari.

So sekarang ni, aku tengah pertimbangkan salah satu model Toyota. Tapi Vios jer la. In case kalau ditakdirkan suatu masa nanti aku tak dapat beli Harrier, at least aku dah ada salah satu model Toyota. Kereta yang aku pakai sekarang ni? Err..yang tu tak payah la tanya..zzzz

p/s: kerani aku kata, kalau siapa-siapa yang kahwin dengan aku, tak payah nak risau pasal kereta..persoalannya, siapa-siapa tu siapa? hahaha


Back To Top