Header2

• 31 July 2013 •

Jom Cuba

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry ini akan melekat dalam tempoh masa yang agak lama. Sampai penghujung Julai agaknya. Motif? Tak, tak ada motif apa-apa. Saja-saja jer. Konon nak buat magik kat korang..hahaha. Tapi takde la magik sangat kot. Cuma lebih kepada interaksi dua hala. Berpaksikan matematik biasa dan asas dalam ilmu kira-kira.


Prosedur dan contoh adalah seperti di bawah:
1. Pilih mana-mana nombor 4 digit kegemaran korang.
Contoh: 6343

2. Jumlahkan setiap digit nombor-nombor tersebut.
Contoh: 6 + 3 + 4 + 3 = 16

3. Tolakkan jumlah nombor yang korang dapat kat (2) tu daripada nombor pilihan yang asal (1).
Contoh: 6343 – 16 = 6327

4. Kosongkan mana-mana satu daripada digit nombor tersebut dan kalau sudi, kongsikan 3 daripada nombor tu kat ruangan komen.
Contoh: 6_27
Then, aku akan cuba teka apa sebenarnya nombor yang korang dah sembunyikan tu. Jawapan sama ada tekaan aku tu betul atau salah, itu masing-masing terletak kat tangan korang. Kalau korang kata betul, betul la. Kalau korang kata salah, salah la. Itu semua korang yang tentukan.

Oh ya, tak semestinya kena kosongkan kat tempat tu. Korang boleh kosongkan mana-mana jer. Means _327 pun boleh, 63_7 pun boleh, dan 632_ pun boleh. Tak semestinya 6_27. Itu kira contoh jer.

So? Jom la cuba..:D

p/s: benda ni aku belajar kalau tak silap masa Tingkatan Dua.


• 30 July 2013 •

Jemu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry ni panjang.

Sebab tak ada perenggan.

Sebenarnya, idea untuk entry ni dah lama.

Tapi, macam biasa la, asyik tertunda.

Hmmm, bagus, semua sebut hmmm.

Synchronized gitu..hahaha.

Aku kan, aku tak tahu la kenapa.

Tapi kebelakangan ni, aku jemu kot dengan blog sendiri.

Kalau korang tengok daripada awal bulan.

Berapa kerat jer komen yang aku reply.

Berpuluh kot yang langsung aku tak balas.

Blogwalking apatah lagi.

Jauh panggang dari sapi.

Semuanya sebab aku rasa jemu dengan blog sendiri.

Hmmm, synchronized lagi.

Kalau diikutkan, aku tak ada target untuk blog ni.

Aku menulis sebab aku nak menulis.

Sebab nak explore idea-idea yang tak tercapai dek penulisan biasa.

Contoh macam wordless wednesday.

Contoh macam soalan susah.

Contoh macam ayat-ayat deep.

Contoh macam tajuk entry dengan permulaan huruf yang sama.

Contoh macam, haaa macam tu la.

So kebelakangan ni.

Aku rasa macam kreativiti aku dah menyusut.

Or merosot.

Or whatever lah.

Macam dah tak ada apa yang aku nak achive untuk blog ni.

Indirectly situasi ni membuatkan aku bosan.

Dan jemu.

Tak, bukan sebab aku tak ada idea nak menulis.

And bukan sebab aku nak berhenti menulis.

Cuma, aku jemu.

Maybe sebab template kot.

Mungkin sepanjang 7 bulan ni, aku asyik tengok template yang sama.

Merah, hitam dan putih.

Then ada sidebar kat tepi.

Eh memang la, dah nama pun sidebar..hahaha.

Bukan aku tak suka header yang Tengku Puteri buatkan.

Aku suka.

Cuma, once again, aku jemu dengan keadaan statik ni.

Dan aku rasa, blog ni memerlukan anjakan paradigma.

Sesuatu yang baru.

Sesuatu yang fresh.

Sesuatu yang suci.

Sesuci air di pinggir kali.

Mungkin dengan perubahan template.

Akan membuatkan aku teruja untuk bercerita semula.

Atau mungkin, aku kena explore cara lain untuk bercerita.

Contoh?

Contoh macam sekarang ni la.

Tak ada perenggan.

Ini kira cara baru tau.

Tapi tak la baru sangat.

Sebab orang lain dah pernah buat..hahaha.

So kesimpulannya.

Aku harap blog ni boleh bertukar rupa.

Supaya kejemuan aku tu nanti akhirnya tak ada.

Sekian, terima kasih kerana membaca.

p/s: aku imaginasikan stensil biru dan merah..sahaja.


• 29 July 2013 •

Jejak Pada Takdir Yang Tidak Berpihak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Natijahnya, terbitan ini datang dari sebuah request. Permintaan salah seorang kenalan dunia maya. Bilamana beliau minta aku terbitkan sebuah entry berbunga-bunga. Tentang bagaimana seorang manusia perlu teruskan berjalan, meski nasib tak lagi menyebelahi si empunya badan.

Ilham apa yang perlu aku persembah untuk santapan sepasang mata? Entah. Aku sendiri tak ada jawapannya. Kerana ternyata, aku cuma dibekal tajuk, tapi tidak butir cerita. Maka, aku, menggambarkan diri berada di depan lapisan raksa, melihat imej sendiri dengan angkuh lalu berkata, "Tuan, bagaimana tuan nak terus berjalan? Sebab sekarang ni,  nasib dah tak lagi menyebelahi tuan". Aku diam. Aku senyum. Kerana aku nampak ke arah mana bunga terbitan ini akan menguntum.

Nah, ambil kisah aku bikin asimilasi layar cereka. Kerana nuansa kita, mungkin sangat tidak ketara. Berpijak pada bumi yang sama, mendrama di bawah naung Yang Esa, tapi setiap kisah tetap berputar pada orbit yang cukup berbeza. Untuk aku, cerita aku, kini, sedang berdiri, dan cuba berjalan, merentasi takdir yang ternyata bukan pilihan. Dan sejujurnya, aku enggan. Cukup enggan. Kerana aku, persis kalian, jua tetap makhluk mortal yang berperasaan. Seikhlas manalah aku untuk terima hadam bila 'ingin' dan 'takdir' ternyata tidak seiring dan tidak sejalan.

Jujur aku katakan, berjejak menyusur nasib bukanlah satu perkara mudah. Aku tahu. Memang susah. Dan cukup payah. Terkadang tanpa pilihan, kita paksakan diri untuk cuba melangkah dan terus melangkah. Ikhlas? Tak. Bila kau terpaksa, usah dibicara perihal ikhlas. Aku sendiri, bila terpaksa, aku memang tak pernah ikhlas. Boleh dikatakan tak ikhlas langsung. Kot. In fact, jauhhhhhhh di sudut hati, aku harap yang takdir itu kelak akan berubah. There's always hope. Berharap ke arah positif memang tak salah.

Akan tetapi, dalam masa yang sama, aku cuba untuk redha. Kerana berbanding ikhlas, aku kira redha itu nilainya berkali ganda lebih bermakna. Jadi, atas sebab itu, meski tidak ikhlas, aku cuba untuk terus berjalan dengan redha. Apapun, aku tetap terpaksa. Ia masih dalam konsep keterpaksaan. Tapi keterpaksaan aku, masih tetap berpaksi pada keinginan tentang apa yang aku mahu lakukan. Macam mana aku berpesan pada orang lain untuk buat apa yang mereka nak buat, macam itulah aku berpesan pada diri aku untuk buat apa yang aku nak buat. So? Macam mana nak berjalan bila nasib tak menyebelahi tuan? Macam tu la. Jalan macam biasa. Tak ikhlas? Tak apa. Yang penting kena redha.


p/s: keadaan aku jua begini, bingung dengan kehidupan masa lalu serta takdir yang terjadi ke atas diriku..


• 22 July 2013 •

Jammed Di Kuantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Idea untuk entry ni sebenarnya dah lama. Sejak lebih sebulan yang lepas. Masa tu dok nampak ada post kat facebook mana ntah pasal perubahan laluan kat Kuantan. Which is daripada jalan dua hala ditukar kepada jalan sehala. Tapi, tu la, idea jer ada, then tunda punya tunda last-last terus terlupa. Hari ni baru la teringat semula.


Okey, basically perubahan jalan adalah seperti gambar kat atas. Daripada Jalan Teluk Sisek ke Jalan Penjara. Daripada Jalan Penjara ke Jalan Tun Ismail. Daripada Jalan Tun Ismail ke Jalan Beserah. Dan daripada Jalan Beserah ke Jalan Teluk Sisek. Jalan-jalan picisan yang lain-lain tu malas aku nak mention, sebab tak penting. Aku taip yang main road jer. Di mana tempoh percubaan untuk main road ni adalah selama 3 bulan.

Tujuan? Okey, tujuan asal adalah untuk mengatasi masalah lalulintas kat area Kuantan. Sejauh mana keberkesanan perubahan laluan ni, yang tu aku tak tau la. For sure awal-awal ni, mesti ramai yang bising dan komplen macam-macam. Maklum la, perubahan tu start hari ni. Bulan puasa pulak tu. Memang menduga kesabaran la untuk mereka yang tak alert walaupun perubahan ni dah dimaklumkan lebih sebulan yang lepas. But then, aku still bagi kredit la untuk MPK and pihak-pihak yang terlibat. Sebab at least ada la jugak effort diorang untuk mengatasi masalah kesesakan ni.

Tapi kan, personally, sepanjang 2 tahun aku duduk kat Kuantan ni, aku rasa Kuantan sebenarnya perlukan flyover. Kesesakan yang ketara cuma ada kat 2 tempat. First, simpang empat kat Jalan Beserah - Jalan Teluk Sisek. Yang nak menghala ke Teluk Cempedak and Tanjung Lumpur tu. Second pulak, simpang empat kat Jalan Bukit Ubi. Yang dekat Kuil Hindu and Bus Stand sementara. Dua tempat tu memang melekat.

Masalahnya sekarang, bila kedua-dua tempat tu dah memang sedia sesak, kerja-kerja pembinaan flyover akan membuatkan jalan-jalan tersebut menjadi lebih sesak. Ruang kerja tak ada. So aku nampak susah nak tempatkan machinery, mobilize kerja dan divertkan traffic dalam masa yang sama. Boleh memang boleh, tapi susah. Kalau orang lain kata senang, aku tak tau la. Aku ni engineer cap ayam jer..hahaha.

Satu lagi yang aku nampak, jejantas. Yang ni patut ada kat Jalan Mahkota. Instead of traffic light untuk pedestrian melintas, aku rasa lebih elok ada jejantas. Sebab? Leceh kot bila tgh drive, tiba-tiba ada orang tekan button untuk melintas. Ada la 2-3 orang berjalan lenggang kangkung. Then tak sampai seminit, ada lagi yang tekan button nak melintas. Sama macam tadi, lebih kurang 2-3 orang. Sudahnya, traffic jadi slow. Itu yang melintas ikut lintasan lampu isyarat la. Yang melintas bagi isyarat tangan macam jalan tu bapak sendiri punya, tu malas la aku nak cerita.

Satu lagi, parking kat tepi jalan. Pun sama jugak, Jalan Mahkota. Sepatutnya kalau Kuantan ni nak ada sistem trafik yang lancar, buang la petak-petak parking yang berdekatan dengan jalan utama. Side parking pulak tu. Leceh bila ada orang nak masuk parking, leceh bila ada orang nak keluar parking. Lagi leceh bila ada yang berhenti sekejap sebab menunggu kawan or mungkin menunggu parking.

Tapi. Ada tapinya. Tapi kalau petak-petak parking dekat jalan utama tu dihapuskan, maybe mati la kot deretan kedai-kedai yang ada kat situ. Dah tu nak buat macam mana. Untuk achive something kena la korbankan something yer tak? Sebab pada aku, kawalan traffic ni lagi penting. Salah satu ciri bandar yang bagus adalah sistem traffic dia bagus.

Kesimpulannya, aku rasa lepas 3 bulan daripada tarikh ni, orang akan biasa dengan perubahan laluan daripada dua hala kepada sehala. So that, laluan percubaan ni akan kekal untuk tempoh masa yang lama. Kenapa aku kata camtu? Sebab diorang dah buang semua devider kat jalan dua hala. Mesti la diorang buang sebab nak jadikan jalan tu jalan sehala. So korang rasa lepas 3 bulan nanti, diorang akan construct devider tu semula ke? Jangan harap la..hahaha.

Kesimpulannya lagi, errr..takde kesimpulan dah. Sekian terima kasih.

p/s: entry request tu, ditunda lagi ke tarikh yang baru..:D


• 20 July 2013 •

Jadi Bintang Di Dunia Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya kan, saya kan, sejak 2 hari lepas dah draft satu entry, which is permintaan daripada somebody. Tapi kan, saya kan, tak ada kerajinan mutlak untuk menyiapkan 2 perenggan terakhir dalam entry yang saya ceritakan tadi. Sudahnya, entry tu tertunda sampai ke hari ini.

Tak apa kan? Tak apa kan? Kamu kan kata, entry tu biar ditulis dari hati, baru la insyaAllah ia akan sampai ke hati. Tak gitu? Kan? Kan? Hahaha..

Okey, disebabkan mood saya happy ala-ala gedik gitu, maka saya nak cerita sikit pasal hadiah yang saya dapat hari ni. Sebenarnya kan, saya kan, saya memang dah tau yang saya akan dapat hadiah ni..kehkeh. Angkuh kan? Tak, maksud saya, si pemberi hadiah ni dah bagitau yang dia nak bagi something kat saya, which is Rooftop Rant, sebuah novel Hlovate. Eh bukan, bukan inche hlovate yang tulis..hahaha.

So dalam kepala saya, hadiah tu ialah sebuah novel, something yang saya memang suka baca, walaupun hakikatnya saya kadang-kadang memang tak sempat nak baca. Sebagai contoh, novel Versus karya Hlovate yang PA saya bagi pinjam, sampai sekarang saya baru baca page yang pertama.

Okey, berbalik kepada hadiah tadi. Saya kan, sebenarnya kan, saya tak sangka bahawa hadiah tu lebih dari sebuah novel. Maksudnya, selain novel, ada hadiah lain, which is kaca ada cecair kuning-kuning dengan hijau-hijau, dan keychain ada huruf H. Oh ya, sekadar nak mengingatkan anda semua, H tu adalah untuk Honey..hakhak.

Tapi kan, saya kan, sebenarnya kan, saya suka la kaca kuning-kuning hijau-hijau ni. Saya tak tau nak namakan apakebenda objek ni. So saya bagi nama Bubble. Hijau dia cantik kot. Ala-ala emerald gitu. Comel jer dia jatuh-jatuh camtu.

Okey, sekian saja entry saya. Sebenarnya kan, saya kan, saya taip entry ni pukul 10.25 malam tadi. Sekarang kan, dah pukul 10.40 malam. Pehhh..15 minit jer. Hebak kawe..hahaha. Tapi nak mengedit letak gambar semua-semua sat lagi, mau pukul 11.00 malam kot baru boleh publish. So saya mintak maaf la sebab merugikan masa anda semua untuk baca benda mengarut ni. Saja nak cerita pasal dapat hadiah..kahkah.

Oh ya, sebelum berpisah, saya kongsikan gambar hadiah yang saya dapat. Untuk makluman lagi, hadiah ni Ara yang bagi. Dah, saya kan, saya nak tidur. Esok kan, saya kan, nak pergi Kolumpo.

So, sebab tu la saya namakan objek ni Bubble..hahaha.

Heh. Bye.

p/s: kepada kamu yang request entry, harap maaf, request kamu belum disempurnakan menjadi entry.


• 15 July 2013 •

Joalan Jujah IV


Koleksi soalan susah:
Soalan Susah I
Foalan Fufah II
Moalan Mumah III

p/s: malas nak lukis..so kitar semula gambar yang lama..:D


• 13 July 2013 •

Juadah Berbuka Puasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Masuk hari ni, dah empat hari kita semua berpuasa. Means dah empat hari jugak saya berbuka puasa dengan asas juadah yang sama. Asas juadah yang sama ni maksud saya ialah segala makanan yang saya beli setiap hari selama empat hari. Makanan yang sama. Errr..apa entah ayat.

Saya tak pasti la sama ada puasa tahun lepas saya pernah buat ke tidak entry pasal juadah berbuka ni. Saya malas nak check. So saya buat jer entry ni. Kira halal la kalau cerita benda yang sama yer. Alaa..kalau berulang cerita yang sama pun, macam la ada orang peduli yer tak? Hahaha.

Okey, juadah asas saya selama empat hari ni ialah Nasi Tomato, Popia Goreng dan Air Honeydew. Tiap-tiap hari beli benda yang sama. Sebab saya suka ketiga-tiga. Then kalau ada rezeki lebih, baru la beli benda lain macam murtabak ke, sate ke, kuih-kuih lain ke, or apa-apa jer la yang menarik kat Param tu. But still, tiga juadah asas tu sepanjang 4 hari memang tak tinggal. Cuma bezanya, saya beli kat kedai yang berasingan. Sebab belum jumpa juadah yang betul-betul memenuhi nafsu makan saya.

Sumber? Google jer la. Saya kalau lapar memang takde masa nak snap gambar..

Saya sebenarnya suka Nasi Tomato sejak dulu. Sejak sebelum saya suka makan tomato lagi. Maybe sebab ada ayam masak merah kot. Tu yang membuatkan saya terminat nak beli nasi tomato. Rasa macam ngam-ngam jer nasi tomato dengan ayam masak merah. Popia Goreng pulak sebab dalam dia ada sayur. Sebab tu saya suka. Then Honeydew pulak, entah la. Maybe sebab saya memang suka Honeydew kot. So lepas ni, awak semua boleh panggil saya honey. Itu pun kalau awak semua sudi..hahaha.


Tapi sekarang ni kan, saya macam dapat kesan satu weak point dalam Nasi Tomato. Which is sayur dia masam. Tak kira la acar ke apa ke. Tetap rasa masam. Tak sedap. Lepas tu tomato pun macam layu ke rosak ke apa entah. Maybe lepas dipotong, tomato tu terdedah lama sangat kot. So kira macam teroksida ke apa entah. Terus jadi tak sedap jugak. Mujur saya ada stok tomato yang banyak kat dalam peti ais.

Haaa..sekarang ni kan kena fikir pasal esok pulak. Esok saya tak tau la nak cari Nasi Tomato kat mana. Param yang saya selalu pergi tu, cuma ada empat kedai yang jual Nasi Tomato. Honeydew dengan Popia Goreng tu bersepah la. Rambang mata nak pilih. Oh ya, bajet saya sehari ialah seploh hengget. Takde siapa nak tau kan? Okey takpe.

Kesimpulannya, saya sekarang ni agak sibuk tau. Sibuk main game yang berhantu. So saya harap awak semua rindukan saya. Kbye.

p/s: rasa macam nak cari co-admin untuk blog ni..kahkahkah


• 12 July 2013 •

Janggal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sorry kalau entry ni buatkan siapa-siapa sentap. Sebab entry kali ni mungkin ada kaitan sikit-sikit dengan entry yang sebelumnya. Pasal respond. Ini dalam konteks bila someone bercerita dan kita pulak mendengar. Then apa respond or reaction kita pada orang yang tengah cerita tu. Macam mana kita nak biarkan dia terus bercerita, tanpa mencacatkan perasaan dia.

Okey, pada aku, secara umumnya pendekatan terhadap orang perempuan dan orang lelaki ni berbeza. Kalau orang perempuan, normally diorang perlu kata-kata sokongan untuk comfortkan diorang. Bukan nak kata yang orang perempuan ni lemah sangat. Tidak. Cuma mungkin sifat orang perempuan memang macam tu. Bila diorang bercerita, diorang expect pendengar tu akan respond pada apa yang diorang cerita. At least respond, bercakap, bagi idea, suarakan pandangan or seumpamanya.

Tapi kalau dengan orang lelaki, tak berapa perlu kot semua tu. Orang lelaki biasanya cerita hanya sebab diorang nak cerita. Hanya sebab diorang nak luahkan apa yang diorang rasa. Cukup sekadar ada orang yang dengar atau ada orang yang baca. Takde orang respond pun takpe, takde orang komen pun takpe. And most importantly, tak ada orang comfortkan pun tak apa. Kalau aku, takde orang comfortkan tu lagi aku suka.

Seriously, aku rasa janggal kot kalau nak comfortkan orang lelaki. Kalau dengan orang perempuan, mungkin normal jer untuk kita kata "sabar la", "kuatkan semangat", "jangan putus asa". Tapi kalau dengan lelaki, aku rasa situasi tu kelakar. Tak kira la macam mana pun niat aku cuba comfortkan orang lelaki, aku tetap nampak benda tu kelakar. As if orang lelaki ni macam lemah sangat sampai terpaksa dihadiahkan ayat-ayat sokongan macam tu. Itu apa yang aku fikir la.

Tak tau la, mungkin itu ialah sebahagian daripada ego orang lelaki. And mungkin aku sendiri menulis ni pun based pada ego aku sebagai seorang lelaki. Aku tak tau la macam mana pendapat, pandangan or penerimaan orang lain. Tapi pada aku, kadang-kadang ada sebahagian ego yang perlu untuk dijaga. Sebab sebahagian ego itu la yang membuatkan orang lelaki hidup sebagai seorang lelaki. Errr..faham ke?

Ah, aku sebenarnya blur macam mana nak explain benda ni. Aku rasa makin lama nanti korang makin tak faham. So pendekkan cerita, kalau nak support orang lelaki, tolong la jangan biar sokongan korang tu ada unsur-unsur simpati. Sebab, kalau tak kena cara, sokongan tu akan buatkan orang lelaki down. Elok-elok diorang tau macam mana nak kuat dengan cara sendiri, silap-silap diorang akan rasa yang diorang makhluk paling lemah kat atas muka bumi. So, treat la orang lelaki tu sebagai seorang lelaki.

Kesimpulannya, jangan pandang rendah terhadap kekuatan orang lelaki. Heh, berjela aku taip kat atas, kesimpulannya cuma pendek macam ni.

Dah la. Itu jer.

p/s: betapa huru-haranya entry aku kebelakangan ni!


• 11 July 2013 •

Jati Diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni adalah hari kedua kita berpuasa. Jadi aku rasa belum terlalu lambat kot untuk aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kat korang semua. Dengan ucapan, Selamat Berpuasa. Okey, untuk entry kali ni, aku skip dulu daripada cerita apa-apa yang berkaitan dengan puasa. Sebab aku nak cerita pasal seorang kawan yang tak berapa sihat. Kira entry ni tribute untuk beliau la lebih kurangnya.

Kawan aku ni lelaki. Nak kata kawan rapat sangat tu tidak la. Sebab banyak kali jugak ada salah faham and percanggahan pendapat dengan beliau. Normal la kan, kalau taknak ada percanggahan pendapat, taknak ada salah faham, baik aku kawan dengan diri sendiri jer. So macam tu la aku dengan mamat ni. Kira kawan macam biasa. Tak pernah dan insyaAllah tak akan ada sesuatu yang luar biasa..hahaha.

Ehem ehem..okey. Dalam 1-2 minggu kebelakangan ni, ada la rumours menyatakan yang beliau ni kurang sihat. Sebenarnya bukan rumours la, sebab beliau sendiri pun mengaku yang beliau tak sihat. Cuma, masalahnya, beliau tak pernah bagitau apa yang tak sihat, or even simptom-simptom yang menandakan beliau tak sihat. Jadi, aku dan kawan-kawan lain jadi tertanya. Curious kot. Risau sebab tak tau apa sebenarnya ujian yang Allah bagi kat dia.

Dari awal lagi aku memang bercadang nak tanya. Tapi rasa keberatan. Sebab? Yup, sebab dia lelaki. Normally, lelaki ni jarang nak cerita apa masalah dia. Pada orang lelaki, apa yang dia rasa tu biar dia tanggung sendiri. Biar dia simpan. Bercerita tentang masalah ni seolah-olah menjatuhkan ego sendiri. Seolah-olah menampakkan lelaki ni lemah. So sebab tu la aku cuba untuk tak tanya apa yang sebenarnya jadi kat dia. Pada aku, kalau dia nak cerita, insyaAllah dia sendiri akan cerita.

But then, curiosity is killing. Rasa tak sabar tu buatkan aku tanya jugak kat dia. Cuma masa tanya tu, aku tak letak expectation apa-apa. Means kalau dia taknak jawab, aku faham and sikit pun insyaAllah aku takkan terasa. Dipendekkan cerita, lebih kurang 10 minit lepas tu dia text aku personally. Bagitau apa yang dah jadi kat dia. Then esoknya, means pagi semalam, baru la dia inform pasal benda ni kat semua. And yes, macam biasa, aku tetap tak respond apa-apa.

Kenapa aku tak respond? Kenapa aku tengok jer? Kenapa aku tak show support? Entah yer. Sebab aku rasa tak perlu. Maybe sebab dia lelaki kot..hahaha. Tapi betul ni. Maybe sebab dia lelaki. So sebagai seorang lelaki, aku tau dia kuat, or at least tengah cuba untuk jadi kuat. Lagipun mamat ni bukan jenis yang suka harapkan ihsan or kata-kata sokongan orang lain. Dia ada strong will, mentally prepared. Walaupun dia down sikit sekarang ni, tapi aku rasa jati diri dia kuat. And dia tau, no matter what, no matter when, no matter how, for someone he loved most, dia perlu untuk jadi kuat.

Oh ya, bercakap pasal respond, rasa macam makin banyak pulak idea aku untuk tulis cerita. Takpe, pasal pasal respond tu aku simpan dulu untuk entry seterusnya. Kesimpulan untuk entry ni? Jangan risau, orang lelaki ni kuat walaupun kitorang tak ada muscle. Sekian, terima kasih.

p/s: sebenarnya aku nak tulis entry ni malam semalam, tapi tak sempat..masa aku macam langsung tak ada sisa..


• 08 July 2013 •

Jaman Muda-Muda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ingat lagi tak Norhazani? Alaa..isteri keempat yang aku pernah ceritakan dalam Jurnal Tingkatan Lima. Hari ni aku nak cerita sikit jer pasal dia. Itu pun sebab dia tiba-tiba message aku kat facebook. Cerita pasal salah satu kenangan lama yang aku sendiri pun sebenarnya dah lupa.

Okey, conversationnya adalah seperti di bawah (↓)


Honestly, aku memang dah tak berapa ingat pun pasal benda ni. Maybe boleh dikatakan langsung tak ingat. In fact, aku sendiri tak percaya yang pada usia 17 tahun, aku dah jadi penjaga untuk seorang gadis Tingkatan 5. Entah gila apa agaknya tiba-tiba ambilkan report card untuk classmate sendiri. Cikgu pun satu, boleh benarkan pulak tu..hahaha.

Cuma, one thing for sure, aku tak sangka yang selama 12 tahun, means daripada tadika or Darjah 1, Yan tak pernah sekali pun ambil report card dia. Maksud aku, untuk exam pertengahan tahun la. Kalau 1 tahun skip tak ambil tu pada aku tak apa. Sebab aku fikir, normal la kot kalau sesekali ada parents yang tak dapat nak datang ke sekolah untuk ambil report card anak-anak diorang. Lagipun masa tu aku tau Yan duduk dengan nenek dia. Mak ayah jauh kat Batu Pahat. So memang ada kemungkinan yang diorang tak dapat datang. Eh tak payah kata parents dia la, ayah aku sendiri yang dekat pun pernah jugak tak dapat nak datang. Kena kerja. Motor pulak takde. Kalau ada pun arwah mak memang tak reti nak guna.

Jadi bila parents Yan tak dapat datang, aku anggap itu adalah perkara biasa. Thats why aku selamba pergi jumpa cikgu untuk ambil report card dia. Niat masa tu mungkin nak buat dia happy jer kot. Tapi tak sangka pulak, tak terfikir benda yang pada aku simple macam tu rupanya bagi kesan yang agak besar dalam perjalanan hidup dia.

And yes, since that day, baru la dia ada ajak aku datang ke rumah. Kenalkan aku dengan nenek dia. Banyak kali la jugak kot aku dijemput datang. Sorang-sorang pulak tu. Nenek dia jemput sebab nak ajak makan tengahari kat sana. Tapi masa tu aku tak terfikir la nenek dia suka ataupun apa. Cuma aku fikir, tak sampai hati pulak nak kata tidak pada orang yang lebih tua. So macam tu la lebih kurang sinopsis cerita.

Kesimpulannya? Hmmm..throughout our life, kita mungkin pernah dan akan buat banyak benda yang kita anggap remeh atau sangat-sangat biasa. Niat kita pun sekadar saja nak bersuka-suka. Tapi, tanpa kita sedar, tindakan remeh tu memberi kesan yang besar pada mereka-mereka yang ada kat sekeliling kita. Boleh jadi kesan tu positif, boleh jadi jugak kesan tu negatif. Kita tak boleh agak, kita tak boleh jangka. Sebab orang tu yang akan terus ingat, walaupun kita sendiri dah betul-betul lupa.

Sekian, terima kasih.

Encik H (Bukan Gambar Sebenar)

p/s: Yan panggil aku Rahul. Kenapa? Eh lagi mau tanya. Mesti la sebab wajah aku ada iras-iras dengan Sarukan..kahkahkah.


• 05 July 2013 •

Jalani Hubungan Tanpa Status

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa yang aku nak cerita kali ni adalah benda yang biasa. Which is, pada aku, hampir setiap daripada kita mungkin dah pernah rasa. Pasal seorang lelaki, dan seorang perempuan. Mula-mula diorang berkawan. And until at the certain point, one of them were fall to the other.

Aku sendiri pernah rasa benda ni. And boleh dikatakan banyak kali. Dengan NAF, dengan Along, as well as dengan Hazati. Contoh masa dengan NAF dulu la. Start kenal masa dia form 4. Budak lagi. Tapi masa tu kira kawan biasa jer la. Empat tahun kemudian baru betul-betul close. Mana tidaknya, dia ada kat dalam hidup aku daripada selepas mimpi, sehingga sebelum mimpi. Means daripada bangun tidur, sampai la sebelum masing-masing tertidur. Lebih kurang 18 jam jugak sehari. Jadi bila dah rapat sangat macam tu, normal la kan untuk manusia-manusia marhaen terjatuh suka.

And kes ni lebih kurang sama la masa dengan Along dan Hazati. Situasi yang membuatkan aku curious, eager dan excited dengan kehidupan sendiri. Semangat gila kot..hahaha. Tertanya-tanya siapa sebenarnya aku kat dalam hidup diorang waktu tu. Kawan ke? Skandal ke? Atau sekadar teman tapi mesra? Rasa macam tengah ada kat taman bunga sambil kira kelopak-kelopak sunflower. "She like me, she like me not. She like me, she like me not." Haaa..macam tu la dialog aku masa kira kelopak bunga.

Himawari Sunflower Farm, Japan - Aku pernah cadang nak bawak NAF ke sini..:p

As NAF said before, curiosity is killing. Macam tu la kot perasaan aku. Pehhh..rasa macam nak mati woi..hahaha. Setiap hari fikirkan benda yang sama. Either nak confess atau buat selamba macam biasa. Then fikir kebarangkalian yang mungkin ada. Let say kalau aku confess, agak-agak boleh dapat ke? Kalau dapat bagus la. Tapi kalau kena reject? Celah mana nak sorok muka? Malu gila kot. Tapi kalau aku tak cuba, sampai bila-bila kot aku tak tau apa sebenarnya perasaan dia.

At the same time, and above all reasons, aku sebenarnya rasa takut. Takut pada sesuatu yang aku sendiri tak pasti. Bukan la takut kena reject ataupun apa. Yang tu okey lagi. Sebab bila aku decide nak confess, means perkataan rejection tu sendiri memang dah ada dalam kepala. Kalau dapat, Alhamdulillah. Kalau tak dapat, tak apa la. Nak buat macam mana. Sekurang-kurangnya aku puas hati sebab aku dah cuba. So hadap jer la rejection tu walaupun rasa macam dah malu gila.

Abis tu apa yang aku takut? Hmm..to be honest, aku takut kehilangan. Aku takut hilang hubungan yang sebelumnya. Bilamana keakraban sepasang manusia, bersenda gurau, bergelak ketawa, berkongsi cerita, kelak hilang disebabkan aku tiba-tiba pakai rambut palsu, pegang mic and buat gaya ala-ala Misha Omar, pastu terus nyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta. Yup, aku tau ini adalah risiko bila aku decide nak confess. Dan aku sendiri seboleh-boleh memang cuba nak elak risiko ni, tak kira sama ada kena reject ataupun tidak. Sebab dalam kedua-dua kes, aku tetap ada potensi untuk berakhir dengan kehilangan.

Bunga-bunga cinta, layu di pusara.. *konon-konon jadi Misha Omar*

Andai kata la, aku kena reject. Aku pasti hubungan tu takkan jadi akrab macam yang dulu. At least tidak dalam masa terdekat. Aku for sure la rasa malu and janggal. Kena reject yer tak, tebal gila kot muka masa tu. Nak berbual pun rasa awkward jer walaupun cuba control buat macam tak ada apa-apa. And the other one pun mesti janggal jugak. Nak layan mesra macam dulu, takut-takut aku makin terjatuh suka. Sudahnya hubungan tu makin lama makin hambar, makin menjauh, makin renggang bersama masa.

Atau sebaliknya kalau aku tak kena reject. Let say hubungan tu menjadi, tapi terputus kat tengah jalan. Bercinta punya bercinta, last-last jodoh tak ada. Biasanya dalam keadaan macam ni, jarang hubungan sebagai kawan tu kembali normal. Memang jarang sangat. Kau ikut cara kau, aku ikut cara aku. Antara kita dah tak ada apa-apa. Habis cerita. Itu kalau hati kering la. Kalau hati basah-basah sikit, maybe ada la still contact each other. But still, hubungan tu memang completely tak sama macam yang sebelumnya.

Along pernah persoalkan perkara ni masa kitorang form 5. Masa tu aku budak lagi..kehkeh. Dia nak clarification tentang apa yang mungkin jadi in future. Contoh kalau kitorang bercinta monyet masa tu, macam mana transition tu nak berubah daripada kawan yang selalu bergaduh, kepada pasangan yang bercinta. Pehh..geli gila kot aku taip ayat ni..hahaha. Then macam mana kalau hubungan tu tak menjadi, contoh kalau few years later kitorang decide untuk part each other, masih ke aku ni tetap jadi kawan dia? And macam mana pulak kalau masa tu dia reject aku, adakah aku akan benci and berdendam kat dia? Well, you know the last two answer, don't you? Hahaha..typical sangat!

Anyway, even apa pun jawapan aku adalah typical answer, belum jadi kemain la cakap semanis kurma, tapi honestly aku cuba untuk reduce potensi kehilangan tu. Sehingga kini, no matter how far I got, no matter how hard I fought, aku akan cuba protect supaya keberadaan orang lain yang pernah wujud kat dalam hidup aku, tidak menjurus kepada sesuatu yang sia-sia. Dan mungkin sebab itu jugak, diulangi, mungkin sebab itu jugak, aku tak pernah lost contact dengan ex-golpren, or even dengan mereka-mereka yang selama ni aku pernah terjatuh suka.

Akhir kata, hubungan tanpa status ni, walaupun lelah, tapi sebenarnya indah. Cukup indah. Itu pun jika dan hanya jika kita nilai dari sudut yang indah. So sebagai penutup, aku tinggalkan korang dengan lagu ni. Macam biasa la, band indon yang nyanyi..hahaha. Sekian, terima kasih.





p/s: Alaa..takkan tak perasan huruf pertama setiap perenggan ni! >:[


• 03 July 2013 •

Jika Takdir Memisah Kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku sebenarnya dah lama nak taip entry ni. Sejak berbulan-bulan yang lepas kot. Tapi rasa beratttttt sangat nak taip. Rasa macam, "nak taip ke taknak taip? nak taip ke taknak taip?" Rasa macam, haaa..macam tu la.

Tapi 2 hari lepas aku ada baca 1 entry, cuma aku tak ingat kat blog mana. Dalam entry tu dia tulis pasal kesihatan dia. Maybe sakit ke apa ke aku pun tak tau la. Lagipun dia tak mention apa kemungkinan penyakit tu, apatah lagi simptom-simptomnya. Cuma yang dia mention, pasal kerisauan kalau-kalau sakit tu menghilangkan umur dia. Risau kalau ketiadaan dia nanti menyusahkan orang kat sekeliling dia.

Tacing jugak bila aku baca entry tu. Walaupun aku belum kahwin, belum sara keluarga, tapi aku boleh bayangkan la implikasi terhadap benda-benda yang dia cerita. Sebab aku sendiri, honestly, banyak kali fikirkan pasal benda-benda yang lebih kurang nak sama.

Sakit? Tak, aku tak sakit. Okey jer kot. Alhamdulillah. Sihat dan kuat dengan Colgate. Cuma beberapa bulan kebelakangan ni, aku banyak kali fikir pasal mati. Even beberapa entry sebelum ni pun aku pernah cerita pasal mimpi yang berkaitan dengan mati, or yang berkaitan dengan orang yang telah mati. Aku tak tau la ajal dah nak sampai ataupun apa.

Itu yang dalam mimpi, something yang aku sendiri memang tak boleh nak kawal. Dalam jaga rasanya lagi banyak kot. Bila time nak tidur la biasanya. Aku selalu fikir, apa akan jadi kalau itu adalah tidur aku yang terakhir. Macam mana kalau aku tak bangun esok pagi? Macam mana bos aku nak maklumkan pada family, sebab aku sendiri tak save nombor telefon. Macam mana family aku nak uruskan jenazah aku balik ke sana. Macam mana itu, macam mana ini, and macam-macam lagi.

Bila near miss accident, pun aku fikir benda yang sama. Macam mana kalau kat atas jalan, aku terputus nyawa. Macam mana aku nak hembuskan nafas terakhir tu. Tenang ke siksa? Sempat ke aku berpesan pada semua orang yang aku sayang, bahawa aku sayangkan diorang. Sempat ke aku mintak maaf supaya dihalalkan segala silap dan salah.

Above all that reasons, benda yang paling aku takut ialah lebih dosa dan kurang pahala. Macam mana agaknya nanti nasib aku kat sana. Entah la. Yang aku tau, mati tu pasti. Bila-bila masa, macam mana pun kita elak, jauh mana pun kita lari, kalau ajal tu dah sampai, kita tetap akan mati.

Aku tak ada idea macam mana nak relate perenggan kat atas, dengan perenggan yang ni. Pasal meninggal masa dah kahwin, dah ada keluarga. Dan pasal meninggal sebelum kahwin, sebelum ada keluarga. Aku rasa dua-dua kes memang berat. Tapi, without disrespect pandangan orang lain, aku rasa meninggal sebelum kahwin mungkin lagi berat..kot.

Bila meninggal masa dah kahwin, dah ada isteri, dah ada anak, for sure la kita sedih nak tinggalkan diorang. Mesti kita akan fikir macam mana kehidupan diorang lepas kita tak ada. Mesti diorang susah, besarkan anak sorang-sorang, cari rezeki, nak survive hidup kat dunia. Itu aku setuju. Even aku belum kahwin, tapi aku boleh faham kot. Sebab aku sendiri pun tak sanggup nak biarkan bakal bini aku hadapi situasi macam tu.

Orang yang meninggal sebelum kahwin ni, memang la dia tak tinggalkan and tak susahkan siapa-siapa. Tak ada tanggungan. So mungkin tak ada siapa-siapa pun yang terkesan dengan ketiadaan dia. Tapi itu la masalahnya. Tak ada siapa-siapa. Isteri tak ada, anak pun tak ada. So aku terfikir in future. Let say, 30 tahun akan datang. Kalau aku meninggal sekarang, masih ada ke doa untuk aku pada 30 tahun yang akan datang? Sebab salah satu penghubung antara dunia kita dengan dunia sana, ialah doa daripada anak-anak. Aku? Isteri pun tak ada, inikan pula anak. Usah kata 30 tahun, entah-entah lepas 5 tahun pun doa tu dah makin tak ada.


Sebab tu aku rasa meninggal sebelum kahwin ni lagi berat, in future la.

Okey, kesimpulan. Dah macam karangan SPM pulak siap nak kena ada kesimpulan..hahaha. Kesimpulannya, aku harap aku masih dipanjangkan nyawa. Kalau ditakdirkan suatu masa nanti nafas aku tak ada, aku pun sama macam orang lain jugak, aku harap ketiadaan aku tak membebankan sesiapa. Aku harap tak ada yang tak suka bila aku tak ada, apatah lagi yang suka bila aku tak ada..uhuk2. Sekian, terima kasih. Itu jer.

p/s: Al-Fatihah untuk semua orang yang telah pergi dari kehidupan kita.


• 02 July 2013 •

Johor Yang Best

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Okey, tajuk angkuh gila kan? Hahaha..ni kalau Bundle baca, maybe dia ingat entry aku kali ni ada unsur-unsur semangat kenegerian yang tinggi. Maybe la, kot. Dah, itu jer intro aku.

Sebenarnya aku sendiri pun tak suka sangat nak berbangga dengan semangat kenegerian ni. Minda aku tak cukup sempit nak menyatakan yang negeri aku best, negeri aku ada itu, negeri aku ada ini, orang negeri aku baik-baik, bahasa pun sopan santun berbanding negeri orang lain, dan macam-macam lagi. Pada aku, statement-statement camtu menjengkelkan. Silap-silap boleh bergaduh kalau masing-masing nak menangkan negeri masing-masing.

Berbalik kepada topik, satu benda yang aku suka pasal Johor ni ialah rancangan TV. Yup, rancangan TV.

Macam yang aku pernah cerita dalam entry-entry sebelumnya, keluarga aku susah. Hidup pun serba sederhana. So kalau rumah takde Astro tu kira normal la. Tak termampu nak tengok siaran berbayar. Apa yang ada kat TV2, TV3, NTV7 dengan 8TV, itu la yang kitorang hadap. TV1 memang tak pernah clear. Siaran TV9 pulak macam ada, macam tak ada.

Tapi yang bestnya, aspek siaran TV kitorang tak tertumpu pada empat stesen tu jer. Sebab bila kat area Johor Bahru tu, konfem TV kitorang akan dapat siaran Singapore. Siaran Indonesia pun boleh, tapi kena pasang arial tinggi-tinggi la. Arwah nenek aku rajin jugak layan cerita Indonesia ni. Masa tu siaran Bintang dengan Pelangi memang takde kat Astro. Setiap kali aku datang rumah nenek (10 minit jer kot kalau jalan kaki), mesti nenek tengah tengok drama Indon.

Aku? Rumah aku pun dapat siaran Indon jugak. So setiap pagi sebelum pergi kerja, aku akan duduk satu jam tengok konsert band-band Indonesia. Kat Inbox SCTV. Aku tak ingat la konsert tu pukul berapa. Either 7-8 pagi, atau 8-9 pagi. Entah, aku pun dah lupa. Tapi setiap pagi aku tengok la. Itu weekdays jer. Then bila weekend, ada tambahan konsert pulak kat stesen yang lain. Sebelah tengahari or petang kot. Kat Dahsyat RCTI.

Inbox SCTV
Dahsyat RCTI

Masa tu, orang Malaysia baru nak layan Radja, Samson or Peterpan. Aku pulak dengan angkuhnya rasa yang band-band tu dah outdated. Even semua band yang aku pernah dengar nama diorang sebelum ni macam Kangen Band, Kerispatih or Ungu, pun aku rasa dah outdated. Dewa dengan Sheila On 7 tu takyah cerita la. Dah tahap kuno kot..hahaha. Masa tu telinga aku disogokkan dengan muzik yang lebih segar, lebih sedap kot berbanding dengan apa yang dah disajikan kat Malaysia.

Kira pagi tu aku dengar lagu, then take note sikit, salin tajuk lagu. Pastu sampai kat ofis aku dah terus cari dan download. Pantas dan tangkas. Sebab tu la kalau kat Kopitiam, aku cepat jer tau kalau siapa-siapa nyanyi or tulis lirik lagu Indonesia..kehkehkeh.

Masa tu aku dah mula membandingkan muzik diorang dengan muzik kita kat Malaysia. Punya la banyak lambakan band-band picisan yang bagus-bagus kat sana. Pastu diberi pulak peluang untuk ketengahkan bakat diorang. Kita kat Malaysia? Hampeh. Peluang tak ada. Kita disogokkan dengan band-band mainstream yang entah apa-apa. Masa tu Meet Uncle Hussain dengan Hujan baru nak naik. Band Indie baru tengah nak menempa nama.

Time tu jugak la heboh diperkatakan tentang sekatan terhadap band-band luar. Konon band kita pun bagus dan boleh memeriahkan industri hiburan. Yup, aku setuju dan tak setuju dengan kenyataan tu. Band-band kita memang bagus, tapi bukan untuk band-band yang mainstream la. Apart of 6ixth Sense and Spider, aku tak rasa ada band yang boleh buat aku dekatkan radio kat telinga. Senang cerita, selera muzik kita masa tu tak sesegar selera muzik diorang kat sana.

Pada aku, muzik yang segar time tu cuma ada kat band-band indie. Yang jadi masalahnya, macam biasa la, diorang tak diberi peluang. Kita harapkan band-band ortodoks untuk menyaingi band-band Indon yang dah mula bertapak waktu tu, which is way better than us.

Eh, rasanya entry aku lari jauh la daripada tajuk asal. Ah biar la. Macam la tak biasa kalau tajuk aku tak berkait dengan entry..hahaha. So sebagai penutup, aku tinggalkan korang dengan lagu ni. Aku suka lagu ni. Sebab berunsurkan ketuhanan. Dari bumi untuk langit. Dari kita untuk Tuhan. Moga siapa-siapa yang rasa kusut, bila dengar lagu ni, boleh ingat Tuhan, biar hilang rasa serabut. Sekian, terima kasih.





p/s: dulu aku berat hati nak tinggalkan Johor, sebab aku tau yang aku akan lost contact dengan lagu-lagu Indonesia.


Back To Top