Header2

• 31 December 2013 •

Dan Diakhirnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni aku nak citer pasal H. Maksud aku, owner blog ni, Encik H.

Kisahnya bermula seawal petang tadi. Aku tolong H siapkan report meeting kat office. Biasanya kerani kitorang yang uruskan. Tapi Puan R on leave pulak arini -- daftar anak masuk sekolah. So nak taknak aku la jugak yang jadi mangsa keadaan. Dok tolong dia settlekan report.

Bila dah siap report, aku cadang nak terus balik. Tapi H dengan D ajak pergi makan. Dia nak belanja katanya. So aku on jer la. Makan free yer tak. Then bermakan-makan la kitorang berdua sambil membincangkan hal-hal kat tempat kerja. Standby isu-isu untuk kena tembak dalam meeting esok.

Lepas makan, means sekarang ni, aku lepak jap kat rumah H. Saja nak guna wifi free. Phone aku bukannya ada data internet. Si H duduk mengadap laptop -- buka Microsoft Word. D pulak bersiap nak keluar balik. Pergi dating agaknya.

Sambil-sambil layan internet, aku dok perhati la si H. Lawak pulak aku tengok mamat ni..kehkeh. Daripada tadi kot dia mengadap Microsoft Word kat laptop. Dia taip sikit, kemudian dia padam semua. Dia taip lagi sikit, kemudian dia padam lagi semua. Lepas tu garu kepala. Then rutin yang sama jugak berulang kali. Dan garu-garu kepala jugak berulang kali. Dah dekat sejam rasanya.

"Weh bro, apahal ko ni? Hahaha." Aku tanya bila entah kali keberapa H garu kepala.

"Arghhh!! Kusut woi!! Aku nak buat entry terakhir untuk tahun ni. Tapi tak tau nak tulis apa. Cuba ko bagi idea."

"Idea ea? Hmmm..tajuk apa?"

"Entah. Tajuk tu belakang citer la. Ko macam tak biasa jer kalau tajuk aku tak berkait dengan entry..hahaha."

"Sengal. Ko cari la tajuk dulu. Dah kalau takde tajuk, camne aku nak bagi idea."

"Okey, jap. Aku wechat member."

* * * * *

     Encik H: Ara, bagi satu tajuk entry bermula huruf D

     Ara: Donkey..hahaha

     Encik H: Donkey? Okey..

     Ara: Eh tak tak. Dan diakhirnya..

     Encik H: Erkk..Dan diakhirnya?

     Ara: Yup! Dan diakhirnya..

     Encik H: Oret.

* * * * *

"Weh, aku dah dapat tajuk!" Tak sampai 5 minit, H bersuara.

"Apa dia?"

"Dan diakhirnya.."

"Haaa..okey la tu."

"Okey tu memang la okey. Tapi masalahnya sekarang, aku nak tulis pasal apa?"

"Haishhh..apa susah. Ko tulis la entry pasal perjalanan hidup ko sepanjang tahun ni. Tak pun tulis pasal perjalanan blog ko. Dan diakhirnya nanti, ko nilaikan sendiri camne performance untuk tahun ni. Bagus ke, tak bagus ke, ikut ko la. Atah mu blako."

"Ha'ah kae. Molep jugok tu."

Encik H kembali menaip. Kali ni lama. Setakat padam-padam balik tu biasa la, tapi bukannya padam semua. Entah apa dia tulis pun aku tak tau. Malas nak cara. Ingat kalau takde apa, pukul 10.30 malam nanti aku nak balik la.

Tiba-tiba, Encik H tekan Ctrl + S. Letak kedua-dua tapak tangan kat belakang kepala. Sengih.

"Ko dah kenapa?"

"Malas nak taip. Sambung esok jer la..hahaha."

"Sengal. Bersungguh tanya tajuk,  tanya idea. Last-last langsung tak tulis apa."

"Ada, baru draft sikit. Sambung esok jer. Eh ko layan mende daripada tadi? Khusyuk bebenor."

"Baca blog."

"Pasal apa?"

"Entah. Mamat ni buat cerita pasal dapat tajuk blog ke apa ntah. Tapi baru draft sikit jer ni. Dia belum publish pun. Dia tulis kat sini, esok baru dia nak sambung cerita. So esok la kot baru aku boleh baca."

"Blog sape weh?"

"Capital H"

* * * * *

The end.

p/s: ada 50 minit untuk draft entry seterusnya..


• 27 December 2013 •

Donald Duck Kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Heh..tajuk kemain..kahkah! Okey. Ini bahagian terakhir. Kot.
Walaupun daripada pembacaan sendiri, ada beberapa benda yang aku anggap telah terjawab.
Sebenarnya sambil-sambil aku taip entry Donald Duck 2, aku sempat la jugak menjengah ke laman web Portal Rasmi Fatwa Malaysia. Aku terjumpa dan baca satu artikel tentang Merokok Dari Pandangan Islam. That's why aku taip ayat yang macam kat atas tu. Sebab aku tau, daripada pembacaan tersebut, secara tak langsung membuatkan beberapa persoalan aku telah terjawab.

Secara ringkasnya, pada 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan. Tahun 1995. Haram.

So daripada pembacaan tu, aku mulai nak menerima bahawa hukum merokok adalah haram. Instead of makruh sepertimana yang aku dah belajar masa kecik-kecik dulu. At least, dah mula nak menerima la. Sebab secara jujurnya, time tu la aku baru tahu tentang kewujudan fatwa tu. Teruk betul aku..hahaha.

Tapi, bila mana aku baca ayat kat bawah, aku jadi straight face.
Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci Al-Quran.

Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya.
Jangan salah faham. Bukan aku menidakkan pandangan ulama, menolak fatwa ataupun memperkecil pendapat mereka yang lebih arif dalam ilmu agama. Bukan macam tu. Cuma aku tak puas hati bila hukum haram tidak boleh disamakan dengan hukum yang haram.

Pada aku, kalau haram tu haram la. There is no such things as haram tapi tak berapa nak haram. Or haram tapi tak boleh disamakan dengan yang haram. Seolah-olah hukum tu bertindih dan boleh dipertikai. Secara tak langsung membuatkan kita keliru, seterusnya meremehkan fatwa tersebut. Isn't it?

Dan pada aku jugak, hukum tersebut membenarkan rokok boleh terus dijual berleluasa kepada sesiapa saja. Even ada jer kot dikalangan Pak Imam ataupun Pak Haji yang hisap rokok. Budak-budak apatah lagi. Sedangkan aku yang akhir remaja ni pun baru baca pasal fatwa tu, tak mustahil la kalau budak sekarang langsung tak tahu.

Kita tengok iklan. Kita nampak bahawa hari-hari dipaparkan tentang bahaya menghisap rokok. Tapi kita langsung tak nampak iklan yang menyatakan fatwa tentang hukum merokok. Padahal fatwa tu daripada laman web government sendiri. Jadi apa guna ulama bersungguh mengkaji hukum tersebut sedangkan penguatkuasaan terhadap hukum tu langsung tak disebar atau diingatkan? Sia-sia yer dak? Seolah-olah tak menghormati fatwa yang dikeluarkan.

Kau sahkan haram. Tapi kau tak maklumkan haram.

Ada maklumkan ghopenyer. Beta baru jumpa artikel ni kat paper..hahaha.

Jadi conclusionnya di sini, walaupun KADANG-KADANG artikel tu dah dikeluarkan, walaupun dah difatwakan haram, tapi aku sendiri tak nampak yang kerajaan akan mengharamkan penjualan rokok. Maybe tak akan. Sebab duti eksais, cukai dan lesen terhadap tembakau serta rokok tu sendiri merupakan antara punca pendapatan yang terbesar negara, if not yang paling besar la. Dan selagi benda ni berterusan, selagi ditutup sebelah mata, maka selagi itu jugak la kita-kita ni akan terus menghisap rokok, serta mempertikaikan tentang perbezaan hukum menghisap rokok.

Yer la. Sedangkan arak dah sah-sah haram pun ada yang beli. Inikan pulak rokok yang haram tapi tak boleh disamakan dengan yang haram, lagi la tak ada orang peduli.

Kesimpulannya, aku harap aku akan berhenti merokok. Walaupun aku bukan kategori perokok tegar, tapi aku mengaku, memang rasa susah sebenarnya nak berhenti merokok. Cuma, niat nak berhenti ni bukan sebab pertikaian hukum haram atau makruh. Tapi untuk diri sendiri. Berjaya ke tidak tu tak tahu la, kita tengok setahun lagi.

Sekian, majulah sokan untok negara. Terima kasih.

p/s: esok interview..cuak woi!!


• 24 December 2013 •

Wordless Wednesday #10 - Duplikasi


p/s: Ini Sufian. Dari program Pencetus Ummah.


• 23 December 2013 •

Donald Duck 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry ni adalah lanjutan kepada entry yang sebelumnya.


Waktu aku berdiskusi dengan nutritionist tempoh hari, sempat la jugak kitorang berbincang tentang suatu isu ni. Iaitu tentang hukum merokok. Sebab sejak kecik, aku belajar dan diajar bahawa merokok ni hukumnya adalah makruh. That nutritionist tu pun bersependapat tentang perkara ni. So kitorang bersetuju bahawa merokok ni hukumnya makruh.

So kat sini aku nak tanya korang. Hukum merokok ni sebenarnya apa? Makruh ke haram? Ni bukan untuk berdebat, just nak tanya. Sebab kedua-dua hukum tu mewujudkan beberapa persoalan yang berbeza. Apa persoalannya? Okey, persoalannya ni aku bahagikan kepada dua.


Kes 1: Makruh

Kalau kita sependapat bahawa hukum merokok adalah makruh, maka secara logiknya kita boleh menganggap bahawa statement Ustaz Ahmad Dasuki adalah terbatal. Betul kan? Sorry kalau salah. Aku pun sebenarnya tak berani nak berbincang soal hukum, sebab aku tak layak. Tapi kalau based pada apa yang aku belajar, merokok adalah makruh. Dan dari segi hukum, aku tak dapat nak bersetuju dengan statement ustad tu.

Clear? Okey, kes 1 selesai..


Kes 2: Haram

Yang ni akan ada banyak persoalan. Bukan kerana aku mempertahankan hak mengisap rokok, tapi kerana aku belajar dan diajar bahawa pada asasnya, adalah makruh untuk mengisap rokok. So soalan pertama, semestinya aku inginkan justifikasi dan hujah yang kukuh, yang boleh yakinkan aku, bahawa sebenarnya, hukum merokok bukannya makruh. Tapi haram.

Clear? Okey, kes 2 selesai..


Kes Lanjutan.

Yang ini adalah lanjutan kepada Kes 2: Haram. Sebenarnya ini tak penting pun. Bila saja aku diyakinkan bahawa hukum merokok adalah haram, bermakna segala soalan lanjutan dah tak perlukan sebarang jawapan. Yer la, kalau dah hukumnya haram, bermakna ia haram.

Untuk kes ni, aku mempersoalkan status menjual dan menghisap rokok kat Malaysia. Kalau haram, kenapa penjualannya masih berleluasa? Kenapa rokok tak diharamkan sepertimana pengharaman Shisha? Kenapa penjualan rokok tak diharamkan kepada orang Islam sepertimana penjualan arak? Kenapa? Sebab penyumbang cukai untuk kerajaan ke?

Clear? Okey, kes lanjutan selesai..


Kesimpulan.

Errr..sebenarnya, ada banyak lagi benda yang aku nak taip. Tapi elok rasanya aku sambung untuk entry yang akan datang. Korang yang mana sudi, tolong la jawab soalan aku. Walaupun daripada pembacaan sendiri, ada beberapa benda yang aku anggap telah terjawab, tapi aku nak tau jugak apa pendapat and pandangan korang.

So, jumpa next two entry yer. Sekian, terima kasih.

p/s: entry aku pasal rokok jer? ceh!!!


• 21 December 2013 •

Donald Duck

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Malam kelmarin, waktu aku tengah ambil mood nak tidur, my nutritionist share something kat wechat. Something yang membuatkan mata aku segar, membuatkan aku rasa nak tulis entry ni untuk jelaskan pendapat aku dengan panjang lebar.

Keratan yang beliau share adalah seperti di bawah.


Okey. Untuk makluman, aku adalah seorang perokok. Walaupun bukan kategori perokok tegar, tapi hakikatnya aku tetap tergolong di kalangan mereka yang menghisap rokok. Cuma, pandangan aku melalui penulisan kat bawah ni, bukan disebabkan aku merokok apatah lagi untuk mempertahankan golongan yang menghisap rokok.

Berbalik kepada entry. Bila aku baca keratan kat atas tu, ada sedikit benda yang aku tak setuju. Part merokok membahayakan kesihatan tu aku tak nafikan la. Yang tu aku setuju 200%. Memang merokok tu memudaratkan. In fact aku dah prepare 1 lagi soalan susah yang berkaitan dengan isu ni. InsyaAllah aku post bulan depan. Joalan Jujah VII.

So, apa yang aku tak setuju?


Part 1

Of course la pasal doa. Orang yang menghisap rokok, doanya tidak akan didengari oleh Allah. Kerana mulutnya hisap benda yang haram. Secara generalnya, aku boleh jer bidas dan menyatakan bahawa bukan kita menentukan sama ada doa akan didengari oleh Allah atau sebaliknya.

Walaupun nampak macam typical person yang tiba-tiba sentap bila ditegur, tapi hakikatnya bukan macam tu. Aku takde la sentap pun, sebab aku sendiri tau merokok tu tak elok. Cuma aku persoalkan jer. Aku persoalkan kerana aku tahu bahawa Allah itu Maha Mendengar. So, di mana justifikasi untuk menyatakan bahawa doa tu tidak akan didengar? Kalau gitu, imam masjid yang merokok tu macam mana? Ahli keluarga kita, ayah contohnya, yang merokok tapi jaga solat 5 waktu, macam mana? Doa diorang tidak akan didengar?

Aku bukannya berilmu sangat. Kalau nak banding antara aku dengan Ustaz Ahmad Dasuki, bezanya umpama langit dengan kerak bumi. Aku bahagian yang kerak bumi la. Jadi bila baca statement-statement macam tu, apa yang aku perlukan adalah bukti. Mungkin memang ada ayat-ayat Al-Quran yang menyokong hujah tu. Ayat-ayat Al-Quran yang mungkin aku tak faham, atau mungkin aku tak tahu.

Kalau pandangan aku ni silap, aku minta maaf. Tapi buat masa ni, aku tak rasa ada justifikasi yang menyokong bahawa doa kita tu TIDAK AKAN Allah dengari.

Habis part 1..


Part 2

Ni rasanya tak ada apa sangat kot yang aku nak persoalkan. Pada awalnya, aku cakap kat nutritionist yang aku tak setuju statement ni. Ada la 2-3 hujah bodoh yang aku kemukakan. Tapi bila aku baca semula, baca berulang kali, aku rasa tak ada silapnya statement Ustaz Don Daniyal tu. Tak ada silapnya.

Cuma kat sini aku nak tekankan sikit. Terlahir dari sumber yang haram bukan bermakna bahawa anak tu adalah anak yang haram. Ramai tersalah nilai tentang perkara ni.

Okey, berbalik kepada astatement Ustaz Don. Aku setuju. Konsep kali ni sama macam kita makan rasuah, contoh la. Eh makan rasuah kes berat sangat. Ambil contoh lain, makan nasik. Masa kecik-kecik kita tak berapa pandai. Makan kat kedai tapi bila tak cukup duit nak bayar, kita lari. Kira makan free jer la.

Benda tu kalau tuan kedai tak halalkan, bermakna jadi haram la. Kita yang makan ni konfem la jadi darah daging. Then bila kita kahwin and dapat anak, anak tu terlahir dari sumber yang haram, Itu la maksud dia. Haaa..dah betul la tu.

Perasan tak tadi, aku taip ayat kita kahwin. So persoalannya sekarang, kita tu siapa? Awak dengan saya ke? Hahaha..

Hoi! Ini bukan masa nak bergurau la! :p

Habis part 2..


Kesimpulan

Kesimpulannya, banyak lagi benda yang aku nak taip. Tapi elok rasanya sambung kat entry yang lain. Entry ni pun aku rasa dah panjang berjela. Yang setakat ni pun entah korang baca ke tidak. Rugi jer aku buat lawak, sorang pun tak gelak!! Grrrr!!

Eh dah la. Sambung lain kali yer. Sekian, terima kasih.

p/s: errr..habis kesimpulan..komen yang murni jew~ kehkeh..


• 19 December 2013 •

Dari Parti Mana?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya daripada hari tu aku nak taip entry ni. Tapi macam biasa la, aku malas. Aku rasa malas masa kecik tu tak pernah habis. Dari dulu sampai la sekarang.

Entry ni adalah berhubung dengan Doalan Dudah VI yang aku publish minggu lepas. Tentang kisah yang terjadi kat salah satu tempat yang kitorang pergi. Bila mana ada seorang pakcik bertanya, bahawa bantuan yang kitorang hantar tu datangnya daripada parti mana.

Untuk mengelakkan sebarang provokasi, mahupun sokongan atau cemuhan berbangkit terhadap mana-mana parti, ada baiknya aku rahsiakan jer sisi politik pakcik ni.

Perkara pertama yang menujah kepala hotak kamu aku, adalah rasionalnya soalan yang dikemukakan pada waktu tu. Yer la, tanya pasal parti politik. Walaupun aku lukis cuma seorang, tapi manusia kat pusat menempatan tu bukannya dia seorang. Either jawab BN or jawab PR, ada jer kemungkinan bahawa pakcik tu sendiri atau mangsa-mangsa yang lain akan terasa hati.

"Elleh, nak kata parti awok baik lettew"
"Alaaa..parti lain pun ada jugak datang membantu"
"Bagus parti awok ni, bukan macam parti se lagi tu"
Dan lain-lain.

Itu satu hal. Membuatkan soalan yang sesenang itu terasa susah bebenor untuk dijawab.

Satu hal lagi, kitorang memang tak mewakili mana-mana parti. Even keenam-enam tu tak berpihak kepada BN, tapi hakikatnya sumbangan kecik tu bukan untuk menaikkan parti yang satu lagi. Sumbangan tu atas ihsan, usaha dan duit sendiri. Encik S terutamanya. Sebab dia yang banyak deal untuk dapatkan bantuan daripada KL. Lori tu pun daripada kenalan dia yang sudi membantu. Sesen pun kitorang tak dapat daripada aktiviti tu.

Macam aku taip kat facebook la, ini isu kemanusiaan. Tak salah rasanya kalau kita cuba membantu. Hari ni kau tolong orang lain. Entah-entah esok lusa, kau pula perlukan pertolongan daripada orang lain yang lain-lain. So tak timbul isu bahawa bantuan tu semestinya sumbangan daripada parti-parti tertentu.

Tapi, ada tapinya.

Tapi aku tak salahkan that pakcik or siapa-siapa kat pusat penempatan yang tanya soalan macam tu. Secara logiknya, siapa-siapa kat pusat penempatan akan terima apa jer bantuan yang tiba. Tak kira la kau parti sardin cap ayam ke, parti minyak cap keris ke, parti minyak yu yee cap limau ke, ketibaan apa jer jenis bantuan memang sangat dialu-alukan. Sangat dihargai.

Macam orang dalam kubur yang harap disedekahkan doa dari mereka yang masih hidup. Macam tu la ibaratnya. Contoh jer.

Cuma, rasional terhadap soalan-soalan sedemikian mungkin lebih kepada untuk menilai. Melihat golongan mana yang sanggup turun padang dan bersusah payah merasai dugaan dan keperitan yang diorang alami. Mungkin itu jer rasionalnya. Kot. Yer la, diorang yang undi masa pilihanraya tempoh hari. So, nak jugak diorang tengok sama ada yang hulurkan tangan tu adalah orang yang mereka sokong atau orang yang mereka benci.

Kesimpulannya, tak semua orang macam tu. Tak semua orang akan tanya se-direct pakcik tu. Dan motifnya pun mungkin bukan untuk menitikberatkan perbezaan ideologi dan fahaman politik, hanya sekadar nak tahu dan niat nak ambil tahu.

Itu jer. Sekian, terima kasih.

p/s: "kitorang dari parti buih"..boleh ke jawab camtu? :p


• 17 December 2013 •

Dhunia Ini Memey Ramai Ore Yang Maleh

Assalamualaikum dan dalam sejahtera.

Hai semua. Ingat saya lagi tak?















Krik krik krik..














 Saya H la!!















Krik krik krik..















Apa? Sampai hati!!!!!!

Ooooookeyyyyyy. Takpeeeeeeee.

Taknak kawan! Bye!

p/s: eh, jangan la highlight!!


• 11 December 2013 •

Doalan Dudah VI


Koleksi soalan susah:
Soalan Susah I
Foalan Fufah II
Moalan Mumah III
Joalan Jujah IV
Noalan Nunah V

p/s: yang bersepah tu lopak air..hahaha.


• 07 December 2013 •

Dugaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sepanjang 2 hari lepas, cuaca nampak dah makin okey. Matahari dah mula keluar macam biasa. Bandar Kuantan kira boleh dianggap pulih la. Cuma kawasan luar bandar yang masih teruk terjejas.

Hari tu, aku dengan Encik D makan kat point A - Tanjung Api. Then lepas makan, destinasinya nak balik ke site office, kat point E. Dekat jer sebenarnya. Tapi dek kerana cuaca yang elok, Encik D decide nak tengok-tengok kawasan banjir di sekitar Sg. Isap. Dikhabarkan jalan daripada bandar ke Permatang Badak ditutup, tapi jalan daripada Permatang Badak ke bandar dah beroperasi semula.

So Encik D susur ke kiri, ikut jalan Kempadang - Sungai Soi - Indera Sempurna. Kawasan kat Indera Sempurna tu dah surut. Kesan-kesan banjir jer yang masih ada. Dengan perdu kayu dan akar pokok sebesar kaki gajah tertinggal kat pembahagi jalan. Agak teruk jugak la kawasan tu.

Then bila lepas simpang tiga dekat-dekat Taman Impiana Perdana tu, keadaan mulai sesak. Kitorang mengambil masa 1 jam hanya daripada situ sehingga la ke Paya Besar kat point C. Then last-last dapat tau jalan tu ditutup. Semua kenderaan terpaksa u-turn. 1 jam perjalanan nak tengok banjir kat Sg. Isap nampaknya hanya suatu yang sia-sia. Sebab kitorang tak dapat pun nak sampai kat sana.

Jadi bila dah patah balik, option lain ialah lalu kat Bypass. Situ pun banjir jugak, kat area Bukit Rangin. Baru surut time tu. Boleh nampak la kesan water level kat dinding-dinding rumah. Hampir-hampir ke bumbung la jugak. Ada sesetengah rumah tu, bumbung pun tenggelam. Itu baru tengok daripada luar. Kalau dalam rumah, tak tau la macam mana. Total lost agaknya.

Bila tengok kemusnahan kat tempat orang, sedih ada, kesian pun ada. Yer la, majoriti yang duduk kat kawasan luar bandar ni bukannya orang senang. Sedangkan orang senang, nak tampung hidup anak beranak setiap bulan pun kadang-kadang tak cukup. Inikan pulak golongan yang tak berapa nak senang. Ditambah pulak dengan ujian dan dugaan yang macam ni. Dengan bahan makanan, pakaian, kenderaan, peralatan rumah, alat-alat elektrik, boleh dikatakan hilang semua dan segala harta yang ada.

Atas sebab tu, aku dengan kawan-kawan office cuba tolong mana yang patut. Kalau dari segi kewangan, aku pun bukannya senang sangat. Tapi ada la jugak stok-stok pakaian dalam lama yang aku dah tak boleh pakai. Aku syak semua tu salah mesin basuh. Semakin kerap aku cuci, aku rasa pakaian tu makin lama makin mengecil. Terutama kat bahagian pinggang. Geram betul!

Errr..berbalik kepada entry.

Aku sebenarnya baru balik daripada Kemaman, menghantar sedikit bantuan kat sana. Sebelum tu kitorang dah jenguk pusat-pusat penempatan sementara kat Kuantan. Tapi disebabkan liputan yang meluas terhadap Kuantan, ditambah pulak dengan keadaan banjir yang dah semakin reda, kitorang berpendapat bahawa mangsa banjir kat sini dah dapat sumber bantuan yang secukupnya.

Last-last, kitorang tak jadi nak bagi kat area Kuantan. Yer la, dah alang-alang nak bagi, kalau boleh biar la sampai kat mereka yang betul-betul memerlukan. Jadi, after few discussion, kitorang decide nak hantar ke Kemaman.

Oh ya, walaupun yang baca blog aku ni berapa kerat jer, tapi aku nak inform jugak. Kepada korang yang rasa nak bagi sumbangan, tak kira dalam bentuk kewangan atau barang keperluan, tapi tak tau nak hubungi siapa, boleh check kat pages KUANTAN atau Fynn Jamal. Aku rasa banyak jugak info bantuan kat sana.

Kalau nak aku tolong pun takde masalah, insyaAllah aku cuba usahakan mana terdaya. Tapi kalau boleh, kalau korang nak menyumbang la, tolong jangan salurkan sumber kewangan kat aku.

First, takut terlepas pandang, takut terguna, takut tak terguna, takut tergelap mata atau sebagainya. Duit punya hal, takleh buat main woi. Kecuali la kalau korang memang dah niat nak sumbangkan sebahagiannya kat aku..hahaha.

Second, kalau korang salurkan kat aku pun, aku tetap kena salurkan kat tempat yang sepatutnya. So buat apa nak double handling.

Third, duit memang penting. Cuma dalam keadaan sekarang ni, duit bukan betul-betul penting. Kalau salurkan kat aku, aku tetap kena beli barang-barang yang sepatutnya. Sebagai contoh, bahan makanan, ubat, pampers, pakaian dalam, tuala wanita, selimut, dan sebagainya. Aku tak punya banyak masa nak belikan semua benda. Dan aku sendiri sebenarnya tak boleh nak beli semua benda. Sebagai contoh, pakaian dalam dan tuala wanita. Segan woi!

Fourth, aku keberatan nak bagitau korang nombor akaun aku..kehkeh. Yang ni tak penting pun sebenarnya. Kalau korang betul-betul nak salurkan bantuan kewangan untuk mangsa banjir, takkan la aku tergamak taknak bagi nombor akaun..hahaha.

Kesimpulannya, terpulang la korang nak bagi sumbangan ke tidak. Kalau tanya pendapat aku, aku harap korang bagi la. Tak dapat bagi sumbangan harta benda pun tak apa. Memadai la sumbangkan doa semoga ujian dan dugaan hidup mereka dipermudah.

Hari ni hari mereka. Esok lusa, mungkin, siapa tahu hari kita.

Sekian, terima kasih.

p/s 1: kalau ada niat, korang tahu cari aku kat mana..

p/s 2: hari ni hujan lebat gila..dengar-dengar cerita, bakal ada gelombang ke-2..


• 04 December 2013 •

Dilanda Bencana

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ni 1st time aku update blog guna phone. First time tahu. Jadi segala ke-typo-an yg berlaku kat dalam entry ni adalah tidak disengajakan. Siapa yang membahan, aku akan marah. Haaa..jangan main-main. Aku garang ni!


Okey, Kuantan banjir. Meng-ga-la-mi hujan lebat, sederhana lebat dan tak berapa lebat dalam tempoh 3 hari. Non stop. Kalau siapa-siapa nak tengok gambar, pergi la kat pages KUANTAN. Banyak kot gambar kat situ.

ni jer gambar yang aku ada..

Rentetan daripada banjir dan hujan berpanjangan, semalam bekalan elektrik kat rumah aku terputus. Rumah jiran pun takde. And pagi ni aku dapat tahu, hampir kebanyakan kawasan kat Kuantan ni terputus bekalan elektrik. Stesen minyak pun meng-ga-la-mi kesesakan yang teruk dek kerana berpusu-pusunya umat mengisi tangki minyak mereka sewaktu ketiadaan elektrik.

Dan tadi, bos baru bagitau yang kawasan perumahan kitorang pulak meng-ga-la-mi gangguan bekalan air. Padahal tadi elok jer aku eksen-eksen dengan si Emma, bagitau yang air kat Kuantan ni dah banyak gila. Sampai melimpah-limpah..hahaha. Sekali malam ni jugak terus tak ada bekalan air. Haaa..macam mana tu. Air dengan elektrik takde. Nak charge phone takleh. Nak on wifi takleh. Nak mandi takleh. Nak beristinjak takleh. Nak masak takleh. Bosan kering la aku kat rumah..huh!

Aku bukan nak salahkan mana-mana pihak. Either BN or PKR or PBT or anything else. Dah nama pun bencana alam. Bukan kita boleh predict, bukan kita boleh jangka. Tapi, kalau aku boleh bagi pendapat dari sudut pandangan aku, aku akan persoalkan sistem saliran. Drainage system kat Kuantan ni yang menyebabkan berlakunya banjir di kawasan bandar.

Diulangi, di kawasan bandar.

Kalau kat kawasan luar bandar or perkampungan terdekat, logik la untuk dinaiki air. Sebab kawasan rendah. Ada kawasan berpaya. Ada sungai. Tu kira macam susah nak dielakkan la sebab sebelum-sebelum ni kawasan tu pun pernah dilanda banjir.

Tapi kawasan bandar ni, aku pelik kenapa sistem saliran macam kurang berfungsi. Contoh macam kat kawasan Megamall Kuantan. Air tu tak dapat nak disalirkan dengan betul ke dalam sistem yang sepatutnya. Longkang ada. Tapi tak dapat berfungsi secara efektif. Air rasa macam lembs je nak masuk dalam longkang.

Kesannya, bila hujan lebat selama sehari, kawasan tersebut dinaiki air. Dan bila hujan reda sedikit, even tak berhenti sepenuhnya, air akan mulai surut. Ini bermakna, kawasan tu bukan takde sistem saliran langsung. Ada jer. Cuma keberkesanannya tu tak seberapa.

Tahun lepas berlaku jugak banjir kilat kat daerah Kuantan. Tapi tak seteruk macam banjir kali ni la. Yang ni lagi teruk. Tempat yang sama, kawasan yang sama. By right, bencana tahun lepas sepatutnya dijadikan iktibar. Sepatutnya dah ada standby langkah-langkah kawalan dan cara mengatasi masalah ni.

Tapi, benda yang sama jugak berlaku untuk kesekian kalinya.

Kesimpulannya, awal-awal jer aku draft entry guna phone. Then balik kerja tadi, elektrik dah ada. Boleh la aku taip sesuka hati sambil membetulkan mana-mana typo yang aku jumpa. Cuma masalah sekarang, air takde. Jadi persoalan pulak bahawa esok aku nak mandi kat mana, nak makan kat mana.

Kesimpulannya lagi, harap-harap bencana kali ni membuka mata pihak-pihak berkenaan untuk perbaiki sistem saliran sedia ada. Leceh kot kalau kawasan bandar pun lumpuh. Elektrik takde, air takde, lampu isyarat tak menyala, kesesakan teruk, takleh masak kat rumah, kedai makan kat luar banyak yang tutup, kelaparan, terpaksa makan kat mamak, eh lapar tahu tak?

Dah, itu je kesimpulannya. Sekian, terima kasih.

p/s: draft entry guna phone ni leceh tahu?


• 30 November 2013 •

North Star

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry ni agak basi. Sebenarnya dah lama nak taip tapi hari ni baru cuba rajinkan diri.





Sebelum aku pergi kenduri kahwin Syida hari tu, aku memang dah terfikir nak buat satu entry pasal perjalanan ke Kedah. Konon nak buat entry tajuk yang ini dan nak letak lagu yang ni. Pesona Bintang Utara - one of my favorite song. Tapi tu la, tunda punya tunda, last-last dah sampai penghujung November.

Tak banyak sebenarnya yang aku boleh cerita. Majlis Syida hari tu, adalah kali ketiga aku jejakkan kaki ke Kedah. Kali pertama rasanya pada tahun 2002. Betul-betul lepas program Khemah Ukur kat Lumut, Perak. Kebetulan, destinasinya adalah Pendang. Rumah kawan aku, Abdullah Talib yang kitorang panggil Pak Lah.

Aku sampai ke Pendang waktu tu lebih kurang pukul 8.00 malam. Dah gelap. Aku tak sempat nak tengok bendang. Dan Hazati punya pasal, malam tu jugak - pukul 10.00 rasanya, aku bergegas balik ke JB. Alasan jer nak balik ke JB tu. Padahal sebenarnya aku ada hal nak jumpa Hazati kat KL, tak ingat hal apa. Dia kat PPUM masa tu. So, itu la yang pertama. Kenangan ke Kedah untuk kali pertama. Kosong. Tak ada pengisian apa-apa.

Kali kedua, rasanya pada Februari 2010. Berjalan ke Penang punya pasal. Aku tak ingat sebab apa, tapi aku drive sampai ke Penang. Nak jumpa Auni rasanya. Habis lepak-lepak kat Penang, malam tu aku hantar Auni balik ke Sungai Petani. Then aku check in kat Hotel Casa Lagenda. Esoknya, kereta aku hilang dan dijumpai semula kat Tikam Batu. Aku pernah cerita kat entry YANG INI.

So kali kedua pun sama. perjalanan yang sia-sia. Aku tak dapat simpan apa-apa moment berkaitan dengan Kedah. Tak ada. Yer la, dah kereta hilang, takkan ada mood nak berjalan. Lepas dapat kereta, aku terus drive balik Tg. Malim. Auni selalu anggap itu salah dia. Sebab aku hantar dia ke SP, sebab dia rekmen aku stay kat Casa Lagenda, tak pasal-pasal kereta aku hilang. Padahal bukan salah dia pun..hahaha.

Dan kali ketiga, hari tu. Dengan Ema and the geng. Sepanjang sebelum pergi, hari-hari aku google maps, nak cari kat mana ada bendang. Maklum la, sebelum-sebelumnya aku sampai dah malam. Memang tak nampak keberadaan bendang. Tapi hari tu, baru aku tahu yang bendang ada kat mana-mana. Mujur aku dah agak lewat untuk sampai ke majlis Syida. Kalau tidak, memang aku singgah dulu ambil gambar kat bendang.

Ema tanya aku, apa yang best sangat nak tengok bendang? Tak pernah tengok ke? Kat Johor tak ada ke? Dia rasa biasa jer, takde apa-apa yang istimewa. Kecik jugak hati aku masa tu, sebab aku memang bersungguh nak pergi bendang..hahaha. Tapi aku faham la, penilaian seseorang terhadap sesuatu tu tak semestinya sama yer tak?

Dipendekkan cerita, masa daripada Lostaq ke SP, aku ikut Yan. Sesak pulak tu sebab esoknya ada PRK kat Sungai Limau. Tapi tak apa. Sebab view bendang kat situ memang cantik gila. Kalau aku sorang masa tu, maybe aku dah berhenti lama-lama. Nikmati setiap pemandangan yang aku jumpa.


And to be honest, aku tak puas nak datang ke Kedah. Kalau ada masa, InsyaAllah aku nak datang lagi. Kali ni maybe sorang-sorang. Sebab banyak lagi tempat yang aku nak pergi, tapi sebelum ni aku tak sempat nak pergi. Contohnya, Pantai Merdeka, sambil-sambil nyanyi lagu Cinta Pantai Merdeka..pehhh.

Oh ya, masa kat Kedah hari tu, sempat jugak jumpa Husna Zahidi. Naik kat Sungai Sedim Tree Top Walk tu. Quite okey la. Tapi honestly, kalau compare dengan Hot Spring Poring, Sabah - Poring much better. Sebab goyang-goyang. Rasa cuak sikit bila jalan kat Poring tu. Kat Sungai Sedim, kukuh sangat. Boleh jalan sambil makan kuaci. Aku tengok Husna dengan Ema, diorang masing-masing jalan macam takde perasaan dah..hahaha.

Kesimpulannya, Kedah memang best walaupun aku tak berapa reti nak makan laksa. Best sebab aku boleh berbual dengan orang Kedah. Rasa feel kat Kedah. Suasana kat Kedah. Siap cuba-cuba lagi nak cakap Kedah dengan Encik Zahidi, walaupun pada hakikatnya koi ni ore nogori. Tapi sungguh, memang seronok.

Eh dah la. Aku sebenarnya benci start tulis entry pukul 11 malam ni. Sebab sedar-sedar jer dah dekat pukul 12 tengahmalam. Dah lebih pun. Laju bebenor masa berjalan sekarang ni kan? Kalau aku backdated entry ni tarikh semalam (30/11/2013) boleh tak? Ada sape-sape kisah? Tak ada kan? Haaa..bagos!! Kahkahkah.

Sekian, terima kasih.

p/s: err..lagu ni takde kaitan pun dengan entry..


• 28 November 2013 •

Noalan Nunah V


Koleksi soalan susah:
Soalan Susah I
Foalan Fufah II
Moalan Mumah III
Joalan Jujah IV

p/s: Sya ke Ima? Sya ke Ima? Sya ke Ima? Sya ke Ima? Sya ke Ima? :p


• 25 November 2013 •

New Chapter - Oposisi Separa Sisi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Encik D bukannya bodoh. Dia bukannya jahil sangat sampai tak tahu hukum-hukum agama. Bukan. Dia bukannya seteruk itu. Malah dalam sesetengah perkara tu, banyak sebenarnya yang Encik D lebih tahu berbanding aku.

Dalam kes dia, Encik D tahu apa yang dia buat tu adalah salah. Dia tahu minum arak tu hukumnya berdosa. Dia tahu main perempuan tu hukumnya berdosa. Dan dia sendiri sebenarnya taknak untuk kembali menjalani kehidupan yang macam tu.

Encik D balik KL dua minggu sekali. Means sebulan 2 kali la dia balik jumpa anak bini. Dan setiap kali balik ke Kuantan, bila lepak makan-makan, dia selalu bagitau yang dia taknak terus hanyut dengan kehidupan yang macam ni. Dia bagitau yang dia patut control kehidupan dia. Cuba kurangkan atau berhenti terus daripada pergi ke pub. Yup, berhenti pergi pub indirectly means yang dia akan berhenti minum. At least. Sekurang-kurangnya.

Sebenarnya waktu aku mula-mula buat entry Oposisi Separa Sisi - Episod 1 bulan lepas, Encik D memang dah berhenti pergi pub. Dia dah berhenti minum masa tu. The main reason yang membuatkan dia nekad untuk berhenti, ialah kerana anak. Ya, aku tahu ada yang akan kata bahawa Encik D sepatutnya berubah kerana Allah. Aku tahu yang tu. Tapi apa yang aku maksudkan kat sini, pemangkin untuk dia berubah adalah kerana anak.

Dia, sebagai bapa, dapat rasa yang kasih sayang dia pada anak tu macam dah sedikit berkurang. Diulangi, sedikit berkurang. Kasih sayang tu macam dah tak sama berbanding sebelum-sebelum ni. Dah tak sama berbanding selama-selama ni. Dan dia tak suka perasaan tu. Dia tak suka bilamana perasaan sayang pada anak kandung tu, dah jadi tak kuat. Dah tak macam biasa.

Atas sebab itu, dia nekad untuk berhenti. Rasanya dah hampir 2 bulan jugak dia tak pergi pub. Tak minum. Tinggalkan pub girl Thailand yang tergila-gilakan dia. Tak keluar walaupun berkali-kali diajak dan dipujuk oleh Mr. C. Kalau keluar pun dengan officemate lain, melepak kat mamak sampai pukul 2-3 pagi. Senang cerita, Encik D sibukkan diri dengan perkara-perkara lain dan sebagainya.

Atas sebab itu jugak, aku terlibat sama. Untuk makluman, aku dah mula pergi gym sekarang. Haaa..jangan main-main. Berketak la badan aku nanti..kahkahkah. Sebenarnya aku bukan nak pergi sangat pun. Lebih kepada nak support jer. Itu pun baru start minggu lepas. Sebab tu dalam entry sebelum ni aku ada kata, semuanya sebab Encik D. Yer la, dengan badminton lagi, dengan gym lagi, upcoming nanti nak buat futsal pulak. Betul-betul padat jadual aku nampaknya.

Minggu lepas, hari Khamis baru aku sempat masak kat rumah.

Kesimpulannya, Encik D sekarang dah mula habiskan duit dia untuk benda-benda yang berfaedah. Bukan duit dia jer, duit aku pun habis sekali. Tapi tak apa la, habis duit pun untuk aktiviti-aktiviti yang menyihatkan. Kira okey la tu.

Kesimpulannya lagi, bulan Oktober adalah bulan paling susah untuk mendapatkan tajuk entry. Atas sebab itu, aku terpaksa buat entry yang ada episod. Kira main tipu sikit la..hahaha. Oh ya, oposisi tu bermakna penentangan. Opposition. Separa sisi pulak bermakna separuh bahagian. Jadi, Oposisi Separa Sisi bermakna penentangan sebahagian daripada diri aku terhadap apa yang Encik D lakukan dalam sebahagian daripada hidup dia.

Dah, itu jer. Sekian, terima kasih.

p/s: kita takkan jadi kuat, hanya dengan niat nak jadi kuat..:)


• 22 November 2013 •

Next Entry

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bila tengok balik entry-entry aku untuk bulan ni, baru aku perasan yang konsistensi aku terganggu selama 5 hari. Yer la, sepanjang 16 hari yang lepas, dapat jugak publish 8 entry. Means 1 entry untuk setiap 2 hari. Tapi, tiba-tiba terganggu. Semuanya sebab Encik D.

Tak. Sebenarnya macam ni. Kalau ikutkan hati, niat aku memang nak sambung cerita pasal Encik D. Tapi disebabkan tadi aku chat dengan Yaya, terus terbantut idea yang sebelum ni.

Okey, hari ni birthday Yaya. Terus terang cakap, aku sebenarnya lupa. Betul-betul lupa. Then masa nak sign dokumen siang tadi, baru aku perasan yang aku tulis 21/11/13. Terus terfikir, 21/11? Ada apa-apa yang aku miss ke hari ni? Sebab tarikh tu macam familiar. And tak sampai 1 minit, aku dah dapat jawapan.

Aku wish kat facebook macam biasa. That time, aku tak terfikir pun nak buat entry ni. Sebab takde benda sangat yang perlu ditulis. Not until she replied me, and show me her baby. Heh, speaking la konon..hahaha.

Sebelum ni, aku pernah bagitau tentang pemergian aku ke Sabah. Itu adalah salah satu benda yang aku kena buat untuk melunaskan janji aku pada Yaya. Then 14/05/13, baru aku inform kat dia. Saja la nak bagitau pasal benda tu. And part of our short conversation adalah seperti di bawah.


Haaa..terharu aku. Anak dia lahir sehari selepas kedatangan aku. Kebetulan jer sebenarnya. Even kalau aku tak datang pun, anak dia lahir jugak..hahaha. Tapi, aku tetap rasa seolah-olah aku datang pada masa yang sesuai. Seolah-olah walaupun hanya kebetulan. Tambahan pulak 28/04/13 tu, aku memang ada kat sekitar KK jer.

Berbalik kepada wish birthday siang tadi. Sebenarnya aku tak expect pun Yaya akan balas. Tak harap pun. Saje jer aku nak wish walaupun dia memang takde kat dalam friendlist.

Balik kerja, aku masak. Lauk sardin. Sedap pulak tu..kehkeh. Errr, lepas masak, aku naik atas. Tengok-tengok, dia ada balas. Sembang-sembang sikit tanya khabar, then tak lama lepas tu dia tunjuk gambar. Anak dia. Comel gila kot. Rasa macam nak ngorat.

Hawa Nur Qalesya a.k.a Chacha

Kesimpulannya, bila mengenangkan balik perkenalan kitorang yang dah hampir 9 tahun, banyak sangat benda yang kian berubah. Yaya la terutamanya. Dia dah kahwin, dah ada anak.

Aku?

Okey, sekian terima kasih.

p/s: hoi..takde sesape nak masuk meminang aku ke? hahaha


• 16 November 2013 •

Need To Change

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya aku nak tulis entry ni semalam. Tapi sebab ngantuk, maka option yang paling menyeronokkan ialah tidur.

Okey, entry ni pasal senario bolasepak kat Malaysia. Macam yang kita tahu (aku anggap jer korang tahu..kehkeh), semalam pasukan kebangsaan kalah 0-1 kepada Bahrain. Normal la tu. Aku tak terkejut pun kalau Malaysia kalah. But don't get me wrong. For sure aku sokong pasukan Malaysia. Tapi dalam masa yang sama, aku rasional jugak. Sebab based pada rekod pertemuan dan kekuatan kedua-dua pasukan, kali terakhir Malaysia menang adalah kira-kira 35 tahun lepas. Diulangi, tiga puluh lima tahun lepas. Kot.

Aku tak kisah Malaysia kalah. Menang kalah tu memang adat la yer tak. Tapi, aku tak puas hati dengan cara kekalahan tu. Lagi-lagi bila baca perkataan kalah tipis. Rasa macam nak lempang jer siapa yang tulis berita macam tu..hahaha. Sebab pada aku, Malaysia bukannya 'kalah tipis'. Tapi Malaysia 'kalah'.

Kalah tipis tu ialah bila kau dah fight dan berjuang dengan sehabis baik. Cuba untuk achive apa yang kau target.

Aku rasa kita semua tahu bahawa target semalam adalah untuk menang, bukan untuk seri. Dan cara permainan kita pun sepatutnya adalah untuk menang, bukan untuk seri. Tak salah main secara bertahan, tapi taktikal masa bertahan tu seolah-olah langsung tak ada. Clear ball sesuka hati, selalu lost possession, takde counter attack, takde arah tuju, nak menang hape kalau macam tu? Cuba kabor cara mana kau nak create chance kalau hampir semua pemain kau berkampung kat kawasan sendiri? Tak nampak macam target nak menang langsung. Ntah hapa-hapa.

Semalam, buat pertama kali sejak aku tengok Astro Arena, aku setuju dengan Nazzab Hidzan. Selama ni aku tak pernah setuju pun. In fact, aku rasa pengulas-pengulas bolasepak kat Malaysia ni merepek semata-mata. Tapi semalam, bila dia kata Rajagopal yang salah, aku terus setuju. Siap angguk-angguk kepala lagi untuk menyatakan persetujuan aku. Padahal aku tengok bola sorang-sorang jer kat dalam bilik.

Aku ni bukannya pandai sangat pasal bolasepak. Nak suruh aku jadi pengulas, memang ke laut la. Nak suruh aku jadi coach, aku takde lesen Kelas A. Tapi aku daripada dulu memang follow perkembangan bolasepak dalam dan luar negara. Tiap-tiap tahun jadi manager dalam game Football Manager. Sejak tahun 1999/2000. Jadi, sebab tu aku sendiri pun tak faham dan tertanya-tanya rasional perancangan taktikal dan pemilihan pemain yang Rajagopal buat.

First, perancangan taktikal. Kenapa perlu nak main secara bertahan kalau target Malaysia dalam game tu adalah untuk menang? Kenapa tak guna pendekatan menyerang? Kenapa last-last minit baru nak masukkan pemain gantian dengan harapan boleh ubah keadaan. Kenapa tak tukar seawal-awal masa Malaysia dah ketinggalan? Kenapa tak all out? Aku rasa supporters Malaysia lagi puas hati kot kalau kalah sebab kita menyerang, berbanding kalah sebab hanya bertahan.

Second, pemilihan pemain. Pun aku tak faham. Kenapa masih lagi pilih pemain seperti Safee dan Safiq? Kenapa stick kepada player yang sama walaupun tahap permainan mereka kebelakangan ni agak menurun? Diorang memang pemain yang bagus, tu aku tak nafikan. Tapi pada aku, untuk musim ni, Safee dengan Safiq bukan berada pada tahap terbaik bersama JDT.

Ini bukan sebab kenegerian tau. In fact aku sendiri orang Johor. Cuma aku rasa banyak lagi kot pemain yang menyerlah musim ni tapi jarang diberi peluang. Piya contohnya, memang antara midfield terbaik Malaysia setakat ni. Amirul Hadi as well, sejak bertukar posisi ni memang nampak permainan dia menjadi. Nadzmi Faiz pun, walaupun masih muda, tapi aku nampak menyerlah, spread the ball. Striker yang perform pulak, Bobby Gonzales salah satunya.

Tapi ni la masalah Rajagopal. Stick pada player yang sama walaupun mungkin performance diorang tak seberapa. Dan bila kalah, alasan dia tetap sama jer - sedang bereksperimen untuk mencari gandingan terbaik. Walhal peluang tak diberi kepada pemain yang dah berusaha sepanjang musim untuk menjadi antara yang terbaik.


Penghargaan tahu tak, bila aksi terbaik diorang dihargai dan seterusnya terpilih untuk menyarung jersi negara!

Kesimpulannya, aku rasa zaman Rajagopal dah berakhir. Bukan menidakkan sumbangan dia untuk kejayaan-kejayaan sebelum ni. Tapi, mungkin dah tiba masa untuk kita dapatkan sentuhan baru. Sama macam FAM la, mungkin dah sepatutnya belajar dan buka minda untuk terima idea-idea yang lebih baru.

Sekian, terima kasih.

p/s: perlu ke diberitahu kenapa blog aku berwarna PUTIH? :p


• 14 November 2013 •

Nicotine

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sepanjang aku aktif main bola masa zaman kecik-kecik dulu, bersambung pulak main bola zaman-zaman belajar, and main badminton or panjat Bukit Pelindung masa kat Kuantan ni, kaki aku tak pernah krem. Seingat aku tak pernah la. Kalau pernah pun, maybe sekejap. Sebab tu aku tak ingat.

Tapi, tadi, adalah krem paling teruk yang aku rasa sepanjang kehidupan ni. At least paling teruk setakat waktu ni.

Ceritanya bermula pagi tadi. Macam biasa la, bangun pagi, pergi kerja. Aku memang jarang sarapan pagi. Setakat tak sarapan, then naik sampai tingkat 12 tu kira biasa la. Sebelum-sebelum ni aku selalu jugak macam tu, takde apa-apa masalah pun.

Hari ni rutinnya sama jugak macam biasa. Pukul 10 aku round daripada Ground Floor sampai ke Roof Floor. Dah penat, dah habis round, turun ke kantin, minum air. Rasa lapar, masuk dapur, ambil nasi, makan. Masa tu baru pukul 11.30 pagi kot. Kira cukup awal la untuk makan tengahari. Biasanya aku makan lagi lewat daripada tu. Kadang tak makan terus.

Lepas makan, entah pukul berapa aku pun tak ingat, maybe 1.30 petang agaknya, aku sambung round untuk external building. Tak lama pun, 10 minit jer. Then terus balik ke office.

Haaa..masa ni la kaki aku krem tiba-tiba. Betul-betul depan office, betul-betul lepas bukak pintu. Time bukak safety boot sebelah kiri, tiba-tiba kaki aku krem. Betis rasa macam kejang. Sakit gila kot. On the spot aku terbaring kat depan pintu office. Entah berapa minit. Berpeluh. Tahan sakit. Istighfar banyak-banyak supaya dapat tahan kesakitan tu.

Mujur waktu tu takde orang kat office.

Bila rasa macam terdaya sikit nak gerakkan kaki, aku cuba bangun. Tiba-tiba betis kanan pulak yang kena. Sekali lagi. Sakit dia memang sakit. Sakit gila babi. Ya, aku tahu. Tak baik cakap babi..kahkahkah. Tapi memang sakit gila kot. Lebih 10 minit jugak aku terbaring depan pintu. Takde daya nak bergerak. Dua-dua kaki keras. Rasa macam lumpuh sekejap. And to be honest, waktu tu aku cuma fikir pasal mati.

Alhamdulillah, masih lagi bernyawa.

Rasa macam agak-agak boleh nak berdiri, aku cuba berjalan. Terhincot-hincot jugak walaupun setakat nak pergi ke kerusi yang jaraknya cuma 2-3 meter daripada pintu. Mujur ada meja untuk dipegang dan menyokong kestabilan badan aku. Kalau tidak, aku rasa memang aku dah mengesot kot.

Sekarang ni quite okey la. Boleh jer berjalan walaupun masih berdengkot-dengkot. Kesakitan tu sampai sekarang masih terasa. Lagi-lagi bila time turun naik tangga. Dah macam budak-budak baru nak belajar berjalan dah.

Officemate aku ada jugak cadangkan cara-cara nak kurangkan krem. Ada yang suruh aku beli pil kalsium. Ada yang suruh aku rendam kaki dalam ketulan-ketulan ais. Ada jugak yang suruh aku tolak hujung jari kaki macam yang player-player bola selalu buat. Aku layankan jer la.

Sakit tahu?
Nutritionist aku pulak suruh macam-macam. Pergi berurut, sapu minyak or cream muscle relief, tampal pelekat berangin, tuam dengan ice cube dan makan panadol extend. Entah apa rasional makan panadol extend dengan kaki yang krem ni pun aku tak tahu..hahaha.

Kesimpulannya, tak ada. Tak ada kesimpulan apa-apa. Aku ni saja-saja jer nak cerita.

Oh ya, aku baru jer terjumpa benda ni, konon cara-cara nak kurangkan krem. Tak tau la sejauh mana keberkesanannya.

Sekian, terima kasih.

p/s: takkan krem sebab semalam main badminton kot?


• 13 November 2013 •

Wordless Wednesday #9 - Nama

Assalamualaikum dan dalam sejahtera.

Cuba korang fikir, berapa banyak nama yang korang ada sepanjang usia korang selama ni? Ada berapa agak-agak?

Aku bila fikir balik nama-nama yang aku guna sejak kecik, rasa banyak la jugak. Tu tak termasuk nama sebenar la. Tak termasuk jugak nama-nama yang dipanggil oleh ayah, arwah mak, adik beradik dan keluarga-keluarga terdekat. Ni kira betul-betul nama yang takde kena mengena dengan nama sebenar aku.

Masa zaman-zaman sekolah rendah, daripada Darjah 1 sampai Darjah 6, kawan-kawan sepermainan panggil aku Harun. Kenapa Harun? Entah, aku pun dah lupa sebab apa. Aku tak suka sebenarnya. Aku benci dipanggil dengan nama tu. Obviously sebab itu bukan nama sebenar aku. Tapi, as times pass by, lama-lama aku terbiasa. Get used by that name. 6 tahun aku dipanggil Harun, dan menyahut bila dipanggil Harun.

Bila masuk Tingkatan 1, aku dapat tawaran masuk ke sekolah berasrama. Terpisah la aku dengan kawan-kawan masa sekolah rendah. Jadi bila masuk asrama tu, for sure la akan dapat nama orientasi. Nama glemer la konon-kononnya. Daripada cerita pelajar-pelajar senior, diorang mula-mula nak namakan aku Sitam. Sebab aku hitam. Cilakak! Sampai hati diorang..kahkah!

Tapi last minutes tak jadi. Nama Sitam tu diberi kepada orang lain. Sebagai gantinya, diorang namakan aku Petir. Heh..macam lagi teruk jer kan? So sepanjang 3 tahun aku kat asrama, melekat la nama Petir sinonim dengan keberadaan aku. Sampaikan bebudak pompuan pun panggil aku dengan nama Petir, instead of nama sebenar aku.

Still masa menengah rendah, time kat sekolah, ada sorang cikgu tu, dia bukan panggil aku Petir, tapi Putih. Diulangi, Putih. Puuutih. Haaa..blur jugak aku masa tu. Sebab aku tak tau dia mengedog ke apa. So aku anggap dia doa yang baik-baik jer..hahaha.

Form 4, aku pindah Kulai. Sekolah biasa. Takde duduk asrama dah. Masa kat sini member-member sekelas kesemuanya panggil aku dengan nama yang disignifikasikan daripada nama sebenar aku. Heh..suka hati aku jer gunakan perkataan signifikasi kat dalam ayat tu. Tak tau sesuai ke tidak.

Tapi, sepanjang 2 tahun kat menengah tinggi, ada sorang cikgu tu panggil aku dengan nama Ubi. Haaa..apa korang ingat Kartunis Ubi jer ke yang guna nama tu? Aku pun guna jugak la..hahaha. Alasan cikgu tu ialah kerana aku ni pendiam. Alaa..Form 4 woi, pindah pulak sekolah baru pulak tu, so memang la aku pendiam. Sebab tu cikgu panggil aku Ubi, daripada peribahasa diam-diam Ubi. And yes, it's self explanatory.

Habis zaman sekolah, aku masuk unibesiti. As usual, masa mula-mula diorang pun panggil dengan nama sebenar. Tapi tak lama. Lepas setahun, aku dapat gelaran Cikgu. Kisah tu pernah tercatat dalam entry YANG INI. Dan akhirnya, lama-kelamaan, tak ramai yang betul-betul tahu dan ingat nama sebenar aku.

Dalam tahun 2004-2005, aku berjinak-jinak masuk ke MiRC. Motif awal sebenarnya nak main kuiz jer kat dalam tu. Lawan dengan seripah_t. Waktu tu la aku mula gunakan nama Echizen. Dipetik daripada watak utama The Prince Of Tennis, Ryoma Echizen. Maklum la, masa tu anime adalah kegilaan untuk pelajar-pelajar unibersiti. Masa terluang memang layan anime. So aku pun terpengaruh la jugak sebab anime tu belum ditayangkan kat stesen TV Malaysia.

Bertahun aku gunakan nama Echizen. Sehinggakan facebook aku pun menggunakan nama Mohd Echizen. Jadi, tak ramai yang betul-betul tahu nama sebenar aku. Kebanyakannya panggil aku Echi. Even kawan-kawan sekolah yang dulu panggil aku dengan nama sebenar, sekarang pun masing-masing dah start panggil aku dengan nama Echi.

Oh ya, ada satu nama lagi yang dipanggil oleh kawan-kawan facebook. It's Cici. Apa? Korang ingat Sya sorang jer ke yang boleh dipanggil Cici? Aku pun boleh jugak la..kehkeh.

Ceritanya macam ni. Beberapa tahun lepas kan kemain famous cerita-cerita indon dimainkan kat stesen TV Malaysia. Korang perasan tak nama-nama panggilan dia? Stok-stok sukukata yang berulang. Nini. Nana. Rara. Zaza. Kiki. And so on.

Jadi ada la beberapa kawan-kawan facebook aku yang mengada dok panggil aku Cici. Reaction aku? Heh..aku gelak jer la. Sebab teringat Cici, isteri Son Goku. Nama tu untuk orang perempuan kot. Rasa macam lawak pulak bila tiba-tiba aku dipanggil Cici.

Ini Cici
Kesimpulannya, aku saja jer nak buat evolusi tentang nama-nama yang pernah digunapakai sepanjang kehidupan aku. Takde apa faedah pun entry ni.

Sekian, terima kasih.

p/s: Wordless Wednesday? Abaikan..kahkahkah.


• 11 November 2013 •

Novel Ni Agak Best, Tapi Takde Tajuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Heh. Macam ketagihan pulak bila 2 entry berturut-turut menceritakan tentang novel. Semua ni Ismi Fa Ismail punya pasal..hahaha. Oh ya, aku ingatkan Ismi tu lelaki..-_-

Okey, to be honest, waktu aku tulis entry yang sebelum ni, aku belum baca pun novel yang takde tajuk tu. Aku just buka plastik dan ambil gambar. Then selitkan sekali dalam entry. Sebab aku fikir, sebelum aku baca novel tu, aku kena khatam JBNN lagi sekali. Aku kena fahamkan and dapatkan balik feel yang ada kat dalam JBNN. Errr..JBNN tu Jangan Baca Novel Ni.

Malam semalam, dalam pukul 11, lepas aku habiskan JBNN, aku mandi. Lepas mandi, aku off laptop, aku off TV. Aku biar kipas berpusing macam biasa dan aku pasang aircond macam biasa. Berbaring, pakai selimut. Lampu aku biar terbuka. Dengan lafaz bismillah, aku buka sekuel, dan aku mula membaca.


Aku cuak sebenarnya nak baca novel ni. Sebab aku tak tau apa isi yang ada kat dalam. Aku tak tau nak expect apa. Tapi dalam masa yang sama, aku tau expectation tu ada. Ada tapi tak tau apa. Yer la, bila kau dah baca satu novel yang best, for sure kau harap sekuel tu akan jadi lagi best. Or at least on par dengan novel yang sebelumnya.

And yes. Sekuel tu agak best.

First, sebab watak-watak dalam tu masih lagi watak yang sama. Aku tak perlu nak selak JBNN untuk fahamkan butir-butir cerita. Ia masih lagi misteri yang tak berkesudahan bilamana aku seperti Conan Edogawa yang berfikir dan cuba menyiasat tentang pembunuhan dalam bilik berkunci. Haaa..gitu! Tamsilan sangat..kahkahkah.

Second, sebab aku dapat rasa 2 cangkuk cerita yang bergerak dalam masa yang sama. Benda ni biasa. Dalam novel-novel lain pun aku pernah jumpa. Cuma bezanya kali ni, aku tak dapat nak predict kat mana, or macam mana 2 cangkuk cerita ni akan berjumpa. Langsung tak dapat nak fikir. Diulangi, langsung. Yang aku tahu, cerita pertama dan cerita kedua PASTI ada kaitan. Sebab tu aku teruskan baca.

Dan akhirnya, segala tanda tanya terjawab bila kedua-dua cerita tu berjumpa. Lari pulak tu daripada sangkaan aku..hahaha. Aku ingatkan Azhan tu mangsa kelima. Sebab nama dia Azhan. Sekali last-last Azhan tu rupanya yang jadi pemangsa. Memang betul-betul unexpected.

Tapi, ada tapinya.

Tapi selepas terjawab tanda tanya tu, sebahagian cerita hujung-hujung rasa dah jadi macam antiklimaks. Maap la Ismi kalau terbaca entry aku ni. Tapi itu la yang aku rasa. Mungkin sebab daripada awal, fokus aku cuma nak tau kat mana cangkuk yang menghubungkan kedua-dua cerita. Mungkin daripada awal, expectation aku memang sampai kat situ jer.

Apapun, aku suka bila membayangkan bahawa setiap cerpen atau novel tu adalah cara untuk menyembunyikan laporan kepada organisasi. In fact, aku tergelak bila baca part tu..hahaha. Cuma, aku tak boleh nak hadam bila membayangkan bahawa penguraian tersebut dilakukan oleh budak berumur 9 tahun. Part tu yang aku rasa jadi antiklimaks.

Okey, dah.

Kesimpulannya, bila aku tengok cover kat belakang novel tu, baru aku faham. Silap aku kerana meletakkan expectation. Meletakkan jangkaan. Meletakkan harapan. Dan seterusnya mengharapkan kesempurnaan. Sedangkan awal-awal lagi Ismi dah pesan:

Nak gembira?
Nak tersenyum?
Nak bahagia?
Nak ketenangan?
Nak harapan?
Nak kesempurnaan?

TAK PAYAH.

So kesimpulannya lagi sekali, aku taknak suggest korang baca novel ni. Tapi kalau korang nak aku suggest jugak, aku akan suggest korang baca novel yang sebelum ni, even tajuk dia Jangan Baca Novel Ni. Dari situ, korang sendiri akan decide sama ada korang nak baca, atau taknak baca novel ni.

Sekian, terima kasih.

p/s: away tengok bola~


• 08 November 2013 •

Novel Ni Best, Jangan Baca Novel Ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau ikutkan hati, aku nak buat entry ni awal tahun depan. Bulan Januari. Sebab tajuk novel ni bermula dengan huruf J. Tapi nak menunggu bulan Januari tu bapak lamanya. Ingat aku boleh sabar? Jangan harap la..kehkeh. Jadi, dek kerana hasutan setan yang tak berapa nak setan, aku buat jer entry ni hari ni.


First time aku ternampak novel ni, aku rasa macam celaka. Rasa macam dicabar, dipanggil, diseru untuk beli dan baca. Mungkin sebab tajuk dia tu macam suatu larangan. Dan manusia macam aku ni, apa yang dilarang tu la yang aku rasa nak buat. Aku nak tau kenapa aku dilarang. Aku nak tau kenapa aku tak dibenarkan baca novel tu.

Dan yang paling keji, aku rasa kalau aku tak baca, seolah-olah aku mengikut arahan pada cover novel tu. Jadah betul. Kenapa aku kena ikut arahan yang tertulis kat situ? Nak curi-curi baca tak boleh, sebab dah dibalut dengan plastik. Last-last aku bawak pegi kaunter, aku bayar. Habis cerita.

Mula-mula aku nak citer pasal cover. Cover dia bodoh-bodoh alang jer kot. Kosong. Merah di atas hitam. Macam blog aku. Takde nak bunga-bunga. Takde gambar awek cun. Takde gambar pakwe hensem. Takde nak metafora cantik-cantik bagai. Tak ada apa. Simple jer.

Itu cover depan. Bila aku tengok belakang pulak, sinopsis apa pun takde. Sebaliknya cuma kata-kata yang buatkan aku rasa makin curious. Buatkan aku rasa makin nak tau yang novel ni sebenarnya mengisahkan tentang apa.

Bila aku dah beli, dah bukak plastik cover, dah mula baca, baru aku rasa yang makin lama, novel ni jadi makin best. Penceritaan dia simple. Bahasa pun simple. Senang difaham dan mudah dibaca. Tapi, cerita dia memang tak sesimple apa yang mungkin korang gambarkan.

Cerita dia unik. Cerita dia pelik. Cerita dia macam satu kronologi. Ada part-part yang kita mungkin dah expect. Dan ada part-part yang memang unexpected. Ada cerita di atas cerita, ada cerita di dalam cerita, dan ada cerita di luar cerita. Mengisahkan tentang apa yang telah, sedang dan akan berlaku. Kalau korang tak baca page yang pertama, korang takkan dapat relate apa sebenarnya yang berlaku kat page 198.

Haaa..cemana tu? Kahkahkah!

Tapi, yang best pasal novel ni, sama ada sedar atau tak sedar, perlahan-lahan dia mengganggu sistem nerve aku. Buatkan aku rasa curious. Buatkan aku rasa nervous. Buatkan aku rasa macam nak bau dakwat yang digunakan untuk menulis, sama ada memang mengandungi dadah atau sebaliknya.

Oh ya, novel ni ada sekuel. Tapi sekuel dia tak ada tajuk. Kat bawah ni adalah sekuel yang aku beli, sehari selepas aku beli novel yang kat atas. Sebenarnya aku awal-awal lagi memang dah nampak sekuel ni, even sebelum beli novel yang first. Cadang-cadang konon nak beli untuk bulan depan la. Tapi disebabkan taknak hilang feel Jangan Baca Novel Ni, tak payah tunggu bulan depan, on the way pergi kerja jugak aku terus singgah beli.


Kesimpulannya, pada aku novel ni best gila. Mungkin pada orang lain, biasa-biasa jer. Tapi tak kisah la pasal tu yer tak. Sape nak beli, beli la. Aku promote jer..kehkeh. Oh ya, Jangan Baca Novel Ni tersenarai kat no. 13 untuk top 20 bestsellers beberapa bulan lepas. Sekuel dia pulak sekarang kat tempat no. 20, setakat pada 3 November lepas.

Amaran. Kalau korang rasa nak baca novel cintan cintun yang meruntun jiwa, tak payah susah-susah selak novel ni. Memang la ada part cinta, tapi bukan sampai tahap jiwang macam tu.

Amaran lagi, kalau korang harapkan KUANTITI bahan bacaan yang  berpatutan dengan harga, pun tak payah susah-susah beli novel ni. Sebab novel ni agak mahal berbanding jumlah perkataan yang dia ada. In fact novel ni lagi mahal daripada Love You, Mr Arrogant. Nampak jer tebal, tapi font dia agak besar. Kalau betul fokus, tak sampai 2 jam dah habis baca. Itu pun kalau korang kejar KUANTITI la..

Dah la. Malas aku nak bagi amaran. Kalau korang rasa nak baca, baca la. Kalau taknak pun, bukannya aku rugi apa-apa..hahaha.

Sekian, terima kasih.

p/s: aku tengah cari 3 lagi karya Ismi Fa Ismail.


• 06 November 2013 •

Naik Usia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

22 tahun yang lepas, di sebuah teratak warisan di Kota Jembal, tinggal Encik Alias bersama isteri dan anak-anaknya. Keadaan keluarga mereka, walaupun serba sederhana, tapi memang cukup bahagia.

Penghujung Mac 1991, Encik Alias mendapat khabar gembira. Isterinya mengandung 2 bulan. Alhamdulillah, anak tu kan rezeki. Encik Alias dan isterinya terima kurniaan tu dengan seikhlas hati.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, dan bulan berganti bulan. Akhirnya November pun tiba. Isteri Encik Alias kini kian sarat dan menghitung hari untuk melahirkan anak mereka.

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, ada seorang pemuda kurang siuman mengamuk di kawasan kejiranan Encik Alias. Ni betul-betul mengamuk punya. Siap katok ore dengan parang. Ada yang meng-ga-la-mi luka ringan. Dan ada jugak yang sampai cedera parah.

Mujur waktu tu Encik Alias dan keluarganya memang ada kat dalam rumah. Dok perhati jer amukan pemuda kurang siuman tu daripada tingkap. Yer la, takkan nak keluar. Kat luar tu kan bahaya.

"Hiargh! Hiargh!" Macam tu la lebih kurang amukan pemuda tersebut. Habis parangnya dilibas ke sana sini. Keadaan memang betul-betul tak terkawal.

"Parah! Parah!" Terdengar pula jeritan Encik Aizam Mat Saman (jiran Encik Alias) sambil meriba isterinya yang berlumuran darah. Kena tikam agaknya.

Tiba-tiba, jeng jeng jeng. Tiba-tiba isteri Encik Alias rasa macam dah nak bersalin. Apa lagi, Encik Alias terus capai kunci kereta, start kereta dan bawa isterinya ke hospital. Peduli la pemuda yang mengamuk tadi. Kalau dia kacau jugak, Encik Alias nekad nak langgar kaki dia..grrrr.

Kat hospital, beberapa jam kemudian, isteri Encik Alias pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

"Abe, nok wi namo gapo dio budok nih?" Tanya isteri Encik Alias.

Encik Alias blur sekejap. Tak sempat nak fikir. Dalam kepala dia masih risau pasal hal amukan kat kawasan kejiranan tadi. Jeritan pemuda kurang siuman dan jeritan Encik Aizam silih berganti. Hiargh! Parah! Hiargh! Parah! Hiargh!

Ting!!!! Tiba-tiba Encik Alias dapat idea. Aku nak namakan anak aku Farahiyah, start huruf F jugak macam wife Encik Aizam, kata Encik Alias dalam hati. Dengan harapan, anak aku nanti akan suka pada orang yang nama Aizam. Cuma aku nak tambah Nur kat depan, biar anak tu ada 'cahaya' yang menyinari dia. Dan bila diberitahu kepada isterinya, isterinya terus jer setuju. Maka dapatlah nama Nur Farahiyah Alias..kehkeh.

Errr..kira logik la kan cerita aku?

Kesimpulannya, lebih kurang 75 hari yang lepas, Farah Alias request aku buatkan 1 entry sempena birthday dia yang ke-22. Lama jugak aku dok fikir nak cari idea. Even waktu aku mula menaip tadi pun, aku tak ada idea nak tulis apa. Taip-padam-taip-padam last-last ini la dia entrynya.

So kepada Farahiyah Alias, Selamat Hari Lahir. Semoga usia 22 tahun ni diberkati dan cepat-cepat kahwin dengan Ashraf. Hadiah? Masa kat Kedah aritu saya jumpa 1 hadiah yang best. Tapi tak beli, dengan harapan kat Kuantan akan jumpa jugak hadiah yang sama. Tapi..

Ya, tapi bila round kedai-kedai hadiah dan cenderahati kat Kuantan ni, memang langsung tak jumpa. So sekarang ni nak kena pergi Kedah balik ke macam mana?

Once again, Happy Birthday Farah Alias.

Sekian, terima kasih.

p/s: Parah! Hiargh!!!!!


• 05 November 2013 •

No. 1 Ialah C

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penat gila. Aku sebenarnya baru sampai Kuantan dalam pukul 10.30 pagi tadi. Perjalanan ke Kedah untuk menghadiri kenduri kahwin Syida, dan seterusnya melawat tempat-tempat lain, memang betul-betul memerah keringat aku. Kalau ikutkan hati, masa balik semalam aku nak terus drive sampai Kuantan. Boleh tidur atas tilam. Tapi ngantuk gila. Hampir-hampir terlelap masa drive. Last-last, sampai Dungun jer aku terus berhenti tidur dalam kereta.

Okey, aku bukan nak cerita pasal tu.

Esok, bersamaan 6 November 2013, adalah hari pertama untuk pelajar-pelajar SPM menduduki peperiksaan SPM. Aku ada la jugak 2-3 kawan blogger yang jadi SPM candidates tahun ni. Antaranya ialah Payeh Kuced, Ninja dan my nutritionist.

Dulu masa zaman-zaman aku ambil SPM, mungkin perasaan aku pun sedikit sama macam budak-budak zaman sekarang. Sedikit jer la. Yang sama masa tu ialah, SPM ni kena buat betul-betul. SPM ni adalah untuk masa depan. Kalau SPM teruk, maknanya teruk jugak la life aku lepas ni.

Tapi dalam masa yang sama, aku tau tahap kemampuan dan kebolehan aku. Kalau orang lain - maksud aku budak-budak forecast - biasanya target nak dapat straight A, nak dapat single aggregates. Aku pulak, takde target macam tu. Aku bukannya pandai sangat. BI aku memang terabur. Sejarah aku pulak hancur. Dua paper tu aku cuma target untuk lulus jer. Tak termimpi langsung nak score.

As a result, aku lulus cukup makan untuk dua paper tu.

Lama-lama, bila dah habis SPM, bila dah tinggalkan umur belasan, baru aku sedar yang SPM bukan segala-galanya. Ia hanya sekadar tahap pencapaian untuk pelajar Tingkatan 5. Bermaksud, kau berjaya habiskan zaman persekolahan. Itu jer.

Tak. Jangan salah faham. Aku bukannya nak menidakkan kepentingan SPM. Aku tau SPM tu penting. Cuma apa yang aku nak tekankan kat sini, SPM bukannya betul-betul penting.

Let say SPM kau cemerlang, dan kau sambung study untuk diploma, degree, master and PHD. Apa kau ingat orang akan pandang SPM kau? Memang tak la. And let say kalau SPM kau biasa-biasa jer, tak cukup kuat untuk melayakkan kau bersaing secara akedemik kat peringkat tertinggi. Then kau pergi mintak kerja. Apa kau ingat diorang betul-betul pandang SPM kau? Lagi la tidak kot..hahaha.

Kesimpulannya kat sini, belajar tu belajar jugak. SPM tu pun SPM jugak. Tapi jangan fikir bahawa SPM tu terlalu besar dan akan jadi penentu untuk kejayaan hidup kita. Jangan sampai SPM tu buatkan kau stress gila-gila. Sebab SPM sebenarnya takde apa sangat pun. At the end of the day, it just a piece of paper. Ramai jer kenalan aku yang dropout zaman sekolah, tapi sekarang ni success dan berjaya dalam hidup masing-masing.

Senang cerita, hidup ni bukan hanya untuk belajar. Tapi untuk hidup, kita memang kena sentiasa belajar.

So untuk SPM candicates tahun ni, good luck and wish you all the best. Nak petua? Kena mintak kat Liyaa, sebab dia tua. Kalau nak pemuda, aku ada la..kehkeh. 'Pemuda' aku senang jer, masuk dewan periksa bawa air mineral. Mulakan dengan Bismillah. Dan yang paling penting, jawapan No. 1 ialah C.

Ingat itu jer. Sekian, terima kasih.

p/s: tido woi..letih gila!


• 02 November 2013 •

Nikoh Male, Bekwoh Loni

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cewah, kemain tajuk. This is Pata Timur kae..hahaha.

Once again, entry ni bersifat imaginasi. Means, waktu aku auto publish entry ni - pukul 2.00 petang - aku kemungkinan besar sedang berada di Pendang. Menghadiri majlis kenduri kahwin Ku Syida kat sana. Macam yang tertulis kat tajuk tu, dia nikah semalam. Dan hari ni adalah majlis meraikannya.

Kalau kat bawah ni ada gambar pengantin, maknanya aku sempat la sampai on time. Tapi kalau tak ada, maknanya aku masih lagi on the way. Mungkin kat Baling, mungkin kat Jenjang, atau mungkin sesat entah kat mana-mana. Apa? Korang ingat Sya sorang jer yang boleh sesat? Hahaha..

Okey, cerita tentang perancangan untuk ke majlis Syida.

Perancangan untuk aku pergi ni sebenarnya dah lama. Even sebelum aku rejoin Kopitiam, aku dah planning awal-awal semua benda ni. Cuma bezanya, aku tak bagitau Ku Syida. Konon nak buat surprise la. And kat Kopitiam pun aku tak bagitau jugak. Berlakon macam aku tak sure and tak dapat nak pergi. Yer la, kalau aku inform kat Kopitiam, indirectly sama la macam aku inform jugak kat Syida.

Lagipun masa awal-awal aku buat planning tu, aku belum rejoin Kopitiam. Kira macam nak bagi surprise jugak sebab tiba-tiba muncul and jumpa diorang semua kat sana. Basic planning camtu la. Tapi bila dah rejoin, aku tetap tak bagitau, walaupun secara personal. Bukan sebab taknak carpool or taknak jadi mastermind untuk deal and rancang balik semua benda ni. Bukan, bukan camtu. Tapi sebab aku tak pergi ikut KL. Aku ikut Kelantan. Jalan Jeli - Gerik tu.

Kawan aku kata, kat jalan tu selalu ada gajah melintas. So kalau kat bawah ni ada gambar gajah, means haiwan tu muncul and aku sempat snap sekejap tadi. Tapi kalau takde gambar tu, maknanya kitorang memang takde rezeki la.

Kitorang? Ya, kitorang.


Disebabkan aku ikut Kelantan, which is lalu Kuala Terengganu, so aku deal dengan salah sorang blogger kat situ. Ahli baru Kopitiam jugak - Emma Maembong. Tapi aku deal benda ni pun sebelum Emma join Kopitiam la. Ingat nak ajak Payeh sekali, tapi SPM dia start 6 November. So dia memang tak dapat kelepasan untuk curi-curi keluar sampai ke Kedah. Oh ya, link Payeh tu tak payah klik pun takpe..hahaha.

Sorang lagi yang tahu pasal perancangan aku ni - even tak berapa detail - ialah penyimpan mohor besar rahsia-rahsia aku, merangkap bakal kakak ipar yang sangat dihormati, Liyaa Mf. Benci la aku kat Liyaa ni. Rasa macam senang jer aku tercerita apa-apa kat dia..grrrr.

Okey, berbalik kepada kenduri kahwin Ku Syida. Honestly kalau last minutes Emma tak dapat join, and aku akan lone ranger - drive sorang-sorang - aku tetap akan datang jugak kenduri ni. Alaa..Kedah ni memang tak pernah terkeluar daripada senarai tempat yang aku nak pergi. Sebab tu la wujud entry Kakdah Pantang Kalah suatu ketika dulu..hahaha. In fact, aku dah shortlisted sekurang-kurangnya 26 tempat untuk aku pergi sepanjang 3 hari aku kat sini.

Kesimpulannya, Selamat Pengantin Baru kepada Syida dan Fik. Semoga korang akan tua sama-sama. So lepas ni Syida dah tak boleh jadi sida-sida la yer tak? Kahkahkah!

Sekian, terima kasih.

p/s 1: Pendang mana Pendang? (sebelum sampai)
p/s 2: bendang mana bendang? (sesudah sampai)


• 31 October 2013 •

Oposisi Separa Sisi - Episod 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Straight to the point. Sebab kedua Encik D kembali ke tabiat yang lama ialah pengaruh daripada orang lain.

Aku ada kata yang Encik D keluar cari kawan untuk melepak, untuk hilangkan bosan. Bezanya, dia bukan jumpa or cari balik kawan-kawan dia masa muda-muda. Tapi dia keluar dengan kawan-kawan sekerja kitorang jugak. Mostly kepala-kepala subkontraktor la.

Kat dalam site aku, supervisor untuk building works ialah Mr. C. Dia ni chinese. Karektor Mr. C ni ialah cepat sentap, perangai macam budak-budak, kuat merajuk dan errr..sedikit bodoh. In fact kat tempat kerja ni, bos aku panggil dia Si Bodoh.

The only person yang rajin melayan Mr. C ialah Encik D. Bukan sebab nak melayan sangat, tapi sebab Encik D ni mudah blend dengan macam-macam orang. Tak kira la kau siapa. Either subkontraktor, consultants, clients, makcik kantin or pak guard, semua dia layan jer macam biasa.

Dan atas sebab itu, Mr. C selalu cari dia. Almost everytime kalau ada masa terluang, Mr. C akan bertenggek kat office aku. Dah macam gay pulak aku tengok..hahaha.

So, bila saja Encik D berpindah masuk ke rumah sewa company, orang yang paling suka ialah Mr. C. Sebab rumah sewa kitorang dekat-dekat. Keberadaan Encik D kat rumah sewa ni secara langsung membuatkan Mr. C ada kawan pada waktu malam.

Sebelum ni dia 'minum' kat rumah jer. Tapi sebab ada Encik D, and dia tau Encik D pernah 'minum' suatu ketika dulu, so hari-hari la dia call Encik D ajak pergi pub. Waktu tu keadaan Encik D agak stress, serabut dengan masalah keluarga and masalah kerja. Mula-mula Encik D masuk pub minum coke jer. Tapi sebab pernah, then lama-lama dia terjebak juga.

Dan yang membuatkan Mr. C makin suka ajak Encik D ke pub, ialah kerana apabila Encik D ada, ramai pub girl akan datang entertain diorang. Ramai yang entertain tu hanya apabila Encik D ada. Senang cerita, tak syok kalau dia pergi pub dengan orang lain. Mesti kena ada Encik D.

Kenapa? Sebab pub girl sendiri boikot and tak suka sikap or perangai Mr. C. Halau pub girl, marah bartender, act like a boss, ajak pub girl balik rumah dan macam-macam hal lagi. And yang paling lawak, boleh angau dengan pub girls. Nampak ada huruf s kat belakang perkataan girls? Maknanya, setiap pub yang dia pergi, dia akan jatuh suka kat sorang pub girl.

Jatuh suka tu takpe lagi. Tapi angau sampai tahap macam nak mencari jodoh kat pub. Tak pernah dapat pulak tu. Sebab tu la bos aku panggil dia Si Bodoh..hahaha.

Eh aku ni sebenarnya nak cerita pasal Encik D kan?

Kesimpulannya, itu la dua sebab kenapa Encik D boleh kembali semula ke tabiat dia yang lama. Sebab jauh dari family, dan sebab pengaruh dari Si Bodoh. Sekian, terima kasih.

p/s: amende aku nak buat tajuk untuk next episode?


• 29 October 2013 •

Oposisi Separa Sisi - Episod 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Betul. Ada sebab kenapa Encik D kembali ke tabiat lama.

Sebab yang pertama ialah keluarga. Sebelum ni, Encik D duduk dengan family. Maksud aku, dengan mak ayah dia. Kat Kuantan ni jugak. Lebih kurang 15 minit daripada tempat kerja.

Untuk makluman, Encik D ni memang berasal dari Kuantan. Tapi sejak habis SPM, dia dah merantau ke KL. Duduk sana, kerja sana, dan sebagai-bagainya. Kiranya bila kena transfer kat Kuantan ni, dia memang decide untuk duduk dengan family. First, of course sebab dia nak spent time dengan mak ayah dia. Maklum la, dah bertahun duduk jauh daripada keluarga.

And second, sebab dia tau, kalau dia duduk kat luar, kalau dia bercampur balik dengan kawan-kawan masa muda, dia mungkin akan kembali semula ke tabiat yang lama.

Atas sebab-sebab yang tertentu, dia keluar daripada rumah, dan tinggal sekali dengan kitorang. Jadi, untuk menyatakan yang dia berubah sebab berjauhan dengan family, yang itu aku setuju. Sebab itu la dia benda yang berlaku.

Untuk makluman lagi, Encik D ni jenis yang cepat rasa bosan. Dia tak boleh kalau duduk saja, tak buat apa-apa. Rasa macam takde benda nak buat kalau sorang-sorang dalam bilik. Takde life katanya. So atas sebab itu, dia mesti rasa nak keluar berjalan.

Berbeza dengan aku yang jenis malas nak keluar kalau takde apa-apa kepentingan. Setakat nak melepak minum teh kat mamak, yang tu memang bukan aku la. Jadi, Encik D akan keluar cari rakan untuk melepak.

Ah, panjang pulak cerita ni. Bersambung la yer ke episod-episod yang seterusnya.

Sekian, terima kasih.

p/s 1: cadang lagi 2 episod..tapi sebab malas nak sambung, aku suka hati jer extra-kan lagi satu episod..


• 27 October 2013 •

Okey, I Got It

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penghujung Oktober ni rasa macam banyak pulak benda aku nak tulis. Oposisi Separa Sisi sekurang-kurangnya ada 2 episod lagi. Otak Budak-Budak pulak rasanya ada benda baru yang aku terfikir. Cerita pasal lain pun ada jugak. Eh, banyak la. Memang banyak.

Masalah sekarang, kalau tak termasuk entry ni, aku cuma ada baki 2 entry untuk bulan Oktober. Means, julat masa tu agak tak mencukupi. Okey, habis part intro.

Kali ni, aku nak cerita sikit pasal NAF, walaupun aku tau cerita ni tak penting pun untuk korang tahu..hahaha.

Sebenarnya kan, aku tak terfikir pun akan tulis lagi cerita pasal NAF ni. Sebab pada aku, dah takde apa benda kot yang boleh mengaitkan aku dengan dia. Kalau ada pun, novel-novel Hlovate. Dia kata nak pos balik novel-novel tu kat aku. Aku yang mintak sebenarnya, sebab aku rasa nak baca.

*****

Ni cerita 4 bulan lepas. Aku mesej, bagitau yang aku rasa nak baca balik novel-novel tu. Dia cakap, dia boleh jer pos, takde masalah. Tapi aku prefer nak jumpa dia. Sebab dah 2 tahun jugak kitorang tak jumpa. So saja la nak jumpa. Niat aku masa tu kira macam nak jumpa kawan-kawan la.

And masa tu jugak dia bagitau yang dia dah ada bopren. Dia takut bopren dia marah or hubungan tu ada masalah. Terkilan jugak bila aku baca alasan tu. Sebab aku memang takde niat nak bagi dia masalah. Bukan aku nak ajak rujuk pun. Jumpa macam biasa takkan tak boleh. Tapi sebagai menghormati permintaan dia, aku mengalah. Aku bagi alamat untuk dia pos.

Oh ya, masa tu jugak aku sempat tanya, bopren dia orang mana. Dia jawab, orang Melaka. Aku gelak jer la, ucap tahniah. Then malam tu, aku buat entry yang INI. Secara tak langsung mengakhirkan apa yang selama ni aku dok nanti.

*****

Ni cerita lebih setahun lepas. Standard la kan stalk-stalk fesbuk NAF ni. Daripada komen kawan-kawan dia, ada mention nama Kudin. Siapa Kudin? Entah, mana la aku kenal. Dan aku tak rasa berminat pun nak kenal.

Tapi masa tu aku tau la yang NAF rapat dengan somebody. So keyword untuk dua julat masa ni ialah Melaka dan Kudin.

*****

Ni pulak cerita masa siang tadi. Oh ya, kalau kat fesbuk, NAF ni aku letak kat dalam kategori close friend. Means aku akan dapat notification untuk setiap post, comment atau aktiviti yang NAF buat. Aku letak jer, tapi aku bukan tengok sangat pun.

Tadi, entah macam mana, rajin pulak aku nak tengok. Nampak dia comment pada gambar yang dipost adik sepupu dia. "Happy Birthday Abang Kudin". Dan adik sepupu dia post gambar tu kat wall salah sorang kenalan fesbuk aku. Diulangi, kenalan fesbuk aku. Nampak tak direction dia ke mana?

So aku jadi curious. Macam yang NAF bagitau, curiosity is killing..hahaha. Dipendekkan cerita, aku pun stalk kenalan fesbuk tu. Maklum la, sebelum ni aku hide status-status stranger daripada muncul kat wall. Sebab rasa macam semak. Dan daripada penyiasatan terperinci, dia memang dipanggil Kudin dan berasal daripada Melaka. Dia adalah kawan kepada mamat yang 'muka sama macam paksu nusha cidut'.

Heh, tak sangka. Rupa-rupanya, orang yang aku taknak tau tu memang dah lama menetap kat dalam friendlist aku!

Kesimpulannya? Ya, takde kesimpulan.

Sekian, terima kasih.

p/s: Happy Belated Birthday to Chipsmore and Happy Birthday to Bundle. Daripada penyiasatan aku, rupanya Chipsmore dengan Bundle adalah adik beradik. Pertalian diorang sama la macam aku dengan Siti Nurhaliza. Emak jer tak sama, tapi ayah lain-lain.


• 24 October 2013 •

Otak Budak-Budak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku pernah cerita tentang minuman feveret, Limau Ais kat entry yang INI. Macam yang kita tahu, limau - tak kira limau nipis, limau kasturi atau limau mandarin - semuanya ada biji.

Dulu time kecik-kecik, otak aku memang kurang cerdik. Maklum la, budak-budak. So pemikiran aku masa tu masih lagi di tahap pemikiran budak-budak.

Ketumbuhan. Kita masuk bab ketumbuhan.

Bila dengar perkataan ketumbuhan, aku fikir ianya sama macam pokok-pokok yang tumbuh kat sekeliling rumah. Ada akar, ada ranting, ada daun dan sebagainya.

Jadi, aku takut bila tertelan biji limau, biji betik ataupun biji tembikai. Aku nangis. Gila punya nangis. Sebab aku fikir, nanti akan ada ketumbuhan dalam perut aku.

Aku fikir, nanti akan ada ranting pokok keluar daripada lubang telinga. Nanti akan ada batang pokok limau atau pokok betik, or even buah tembikai tumbuh atas kepala.

Macam mana aku nak pergi sekolah? Macam mana aku nak jumpa kawan-kawan? Nanti mesti diorang pulaukan aku. Tak pun diorang gelak, malu la aku. Aku taknak jadi manusia pokok. Atas sebab tu, aku nangis dan terus menangis.

Dulu la. Masa tu aku baru Darjah 1.

Bodoh jugak aku ni rupanya..kahkahkah!!!

Eh, smart jugak kan kalau Darjah 1 dulu aku pergi sekolah dalam keadaan yang macam ni..heheh.

p/s: dah la..aku lapar..jom kita pergi makan..


• 22 October 2013 •

Oposisi Separa Sisi - Episod 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selain Encik R, aku jugak pernah mention tentang Puan R dan Encik D. So entry ni, dan mungkin kalau ada sambungan untuk entry lepas ni, akan lebih menjurus kepada karekter Encik D.

Aku tak ingat bila, tapi rasanya sejak pertengahan bulan puasa hari tu, Encik D berpindah masuk ke rumah aku. Sebabnya insyaAllah akan aku ceritakan kemudian. Itu pun kalau aku rasa nak cerita la yer tak..hahaha.

Encik D berumur 36 tahun, empat tahun lebih muda daripada Encik R. Dia berkahwin pada umur 32 tahun dan ada seorang anak perempuan yang comel, berumur 2 tahun. Sebelum ni rambut panjang, ikat ponytail kat belakang. Then masa sebelum puasa hari tu, dia potong rambut pendek, ala-ala kpop. Haa macam la la sedikit sebanyak tentang Encik D.

Based pada apa yang dia ceritakan kat aku, kehidupan dia sebelum berkahwin memang agak sosial. Dadah, ubat batuk dan arak tu dah jadi macam perkara biasa. Perempuan, tak payah cakap la. Ramai. Even bini orang pun dia belasah jer. Hampir-hampir dia tak jadi kahwin sebab skandal dengan bini orang.

Tapi itu dulu la. Lama dulu. Dia dah tinggalkan hampir semua benda tu lebih kurang 2 tahun sebelum dia berkahwin. Hampir semua? Yup, sebab sampai sekarang ada 1 benda yang dia tak boleh nak tinggal. Which is ganja. Dia ambil malam jer, sebab dia jenis yang susah nak tidur. So kiranya ganja tu membantu dia tidur la senang cerita.

Okey, habis part intro..kahkah.

Masalahnya sekarang, sejak dia duduk kat rumah aku, kitorang nampak yang dia dah kembali kepada kehidupan lama dia. Kitorang tu maksudnya aku dan dia. Aku nampak dia berubah. Dan dia pun perasan yang dia makin lama makin berubah.

Dadah dan ubat batuk tu mungkin tidak la. Aku tak fikir yang dia akan kembali aktif menggunakan benda-benda tu. Mungkin setakat ganja jer, sebab dia mengaku yang dia susah nak stop. Tapi in term of masuk pub dan minum, yang tu memang nampak jelas yang dia dah aktif. Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Itu sekurang-kurangnya. Selebih-lebihnya, setiap hari la selama seminggu.

Perempuan? Malas aku nak kira. Kalau sebelum ni, setakat mengorat and berbual lucah tu perkara biasa. Hanya sekadar berkawan jer la. Dia tak take serious sangat pun sebab dia tau yang dia ada isteri dan anak. Tapi sekarang, you name it. Local pub girl? GRO Thailand? Cikgu? Bini orang? Practical student? Errr..dan lain-lain lagi. Kali ni dah bukan setakat bual-bual berbaur lucah dah.

Kesimpulannya, bersambung pada episod ketiga.

Sekian, terima kasih.

p/s: font ni membuatkan entry aku panjang gila!


Back To Top