Header2

• 31 August 2012 •

Merdeka!!!

Assalamualaikum..

Nama saya H. H untuk Hahaha. Hari ini saya nak cerita tentang sambutan hari kemerdekaan. Sebelum itu, saya nak cerita sikit pasal sambutan kemerdekaan saya masa muda-muda. Muda-muda itu ialah sebelum saya sekolah rendah, kira-kira 10 tahun lepas.

Dulu saya tak tahu apa itu merdeka. Apa yang saya tahu ialah cuti. Kemudian bila saya tengok di TV, mereka akan jerit Merdeka! Merdeka! Merdeka! Jadi apabila saya bermain dengan kawan-kawan, saya dengan kawan-kawan pun menjerit jugak la, Mendeka! Mendeka! Mendeka! Itu saja cerita saya masa muda-muda.

Oh ya, semalam saya telah berpindah rumah. Bilik saya kali ini dilengkapi dengan sistem penghawa dingin. Memang dingin la. Dulu bilik bos jer yang ada. Tapi setelah kami semua bersubahat untuk berpindah, saya memutuskan untuk minta sebijik aircond dalam bilik saya. Sekarang ni panas kan? Tidur malam-malam pun kadang-kadang sampai berpeluh.

Bersama-sama ini saya sertakan alamat lama saya untuk makluman dan rujukan anda semua:
No. 10, Lorong IM 6/5,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
Dah. Itu sahaja entry kemerdekaan saya. Kepada anda semua, selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-55. Mendeka! Mendeka! Mendeka! Kahkahkah!

p/s: sebenarnya saya cukup penat sebab berpindah rumah..setelah lebih 24 jam berpindah, malam ni la baru online guna laptop..indirectly saya nak bagitau yang saya beli henset baru..dah lebih sebulan pun..eksen kan? hahaha


• 28 August 2012 •

Okonomiyaki

Dengan nama Yang Maha Menjaga..

Meskipun aku sering klasifikasikan ketidakadilan sebagai suatu perkara hiba, tapi kadang-kadang aku tetap rasa bahawa ketidakadilan bisa jadi perihal yang cukup sempuna. Cukup sempurna bila apa yang aku ingin, aku tak dapat. Dan apa yang aku mahu, aku tak ada. Cukup sempurna bila apa yang aku harapkan ya, tertakdir tidak pada ketentuan Yang Maha Esa.

Seperkara yang aku harapkan ada ialah dia, dimana takdir masa kini menjurus kepada tiada. Dan pada akhirnya, aku belajar faham, aku belajar terima, aku belajar relakan hilangnya dia bersama masa. Aku cuba cipta hubungan baru, dengan harapan, aku bisa sirnakan dia dari kotak kenangan jiwa.

Seraya aku sedar, rupanya aku pun menjalani norma ketidakadilan yang sama. Adalah tidak adil kepada kamu, bila mana ingatan aku masih berpaksi kepada dia. Adalah tidak tara kepada kamu, bila saja pandangan aku masih tertumpu kepada dia. Adalah tidak telus kepada kamu, bila segala rasa yang aku ada tetap berpihak kepada dia.

Jujur aku katakan, kebelakangan ini aku sering teringat kepada dia. Jangan tanya kenapa, kerana aku tiada jawapan nyata. Apa yang pasti, itu adalah apa yang aku sendiri rasa. Dan akhirnya, panggilan yang diterima genap 48 jam sebelum terbitan ini dicipta, buatkan aku terlebih cukup dari gembira. Sehingga kini. Biarpun harapan masih kekal sebagai tiada.

Dia, bagaikan suatu dimensi inderaloka.

Sungguh, kalau ini adalah ketidakadilan yang perlu aku terima, maka ini merupakan ketidakadilan yang cukup sempurna. Dan aku harap, kamu tak akan alami legasi ketidakadilan yang sama.


• 26 August 2012 •

Diari Romadon Kawan Rafiq

Kisah ini bermula pada hari Rabu - 15 Ogos 2012 bersamaan dengan 26 Romadon 14...14...14...jap tanya Chuu..okey, 26 Romadon 1433H. Aku tak ingat aku balik kerja pukul berapa. Tapi petang la. Sebab biasanya petang-petang memang aku selalu balik kerja.

Bila sampai kat rumah, sebelum naik tangga, aku tengok ada sampul surat kat atas meja. Aku syak semua ni mesti Chuu Muqhlis punya kerja. Sebab sebelum ni beliau ada tanya alamat, nak pos kad raya gamaknya. So bila jer nampak sampul tu, aku terus koyakkan dengan rakus. Maklumlah, kan masa tu tengah puasa. Jadi aku agak pantang sikit kalau ada benda-benda yang berkaitan dengan berbuka ni. Laju jer aku bukak, kot-kot ada disertakan kuih raya.

Cadangnya aku nak buat suprise jugak. Nak scan pastu upload kat blog. Jadinya, aku tipu Chuu Muqhlis, kononnya kad raya beliau masih belum sampai. Dengan harapan, bila aku dah upload dan beliau dah baca, beliau akan kata lebih kurang begini taipnya, “Eh? Kad raya guwa dah sampai ke? Sukanya! Sukanya!”.

Tapi...tapi apa? Tapi Khamis 27 Romadon tu, aku kesuntukan masa. Pagi bila sampai kat tempat kerja, aku kena bereskan kerja. Kemudian ada sedikit aktiviti repair kereta. Malam sebelumnya kereta aku kena langgar masa nak parking. Kemudian lepas repair kereta, dalam kul 1.00 petang aku derak balik JB. Comel kan taip perkataan derak? Kahkahkah. Diam!

Kononnya masa kat JB, aku nak buat la 1 entry pasal raya. Sekali internet kat kampung rosak pulak. Maka aku cutikan diri selama seminggu. Oh ya, aku beli baju raya baru. Warna ceklat. Baju tu aku beli sebab butang dia cantik. Kemudian lepas sembahyang sunat hari raya, aku melepak kat rumah melayan anak sedara. Selain melayan anak sedara, aku tengok TV. Cop, korang tengok iklan raya Aaron Aziz kan? Haa..camtu la aku. Macam Aaron Aziz..:|

Selain daripada tu, aktiviti raya aku ialah berkunjung ke rumah saudara-mara, ziarah kubur arwah mak & arwah adik, main geletek-geletek dengan anak sedara, main game kat laptop (maklum la, internet takde), main game kat henset, baca mesej payeh (raya ni aku tak balas mesej sape-sape kecuali Dato’ How. Itu pun sebab dia Dato’).

Rutin aktiviti itu la yang aku buat selama bercuti raya. Kemudian tadi aku hantar adik aku kat tempat belajar dia. Bapak jauhnya. Pastu balik semula kat rumah, packing balik barang-barang aku masuk dalam kereta. Dalam pukul 3.00 petang tadi gerak semula balik Kuantan. Aku sampai dekat-dekat pukul 8.00 malam. Alasannya sebab aku banyak kali berenti kat stesen minyak.
Hujan + Aircond Sejuk = Rasa Nak Buang Air
Sampai kat rumah, aku terus bukak blog. Cis, ingatkan ada la yang rindu kat aku. Rupanya tak hade! So dikesempatan ni, aku ucapkan selamat hari raya kepada semua. Aku tak pernah jumpa kalian semua (kot). Jadi aku kira, tiada sentuhan zahir antara kita. Makanya, aku minta maaf batin sahaja. Maaf kalau segala apa yang pernah tertera buat kalian mungkin terasa.

Aku baru jer scroll ke atas. Mak aih, panjangnya. Rasa macam buat cerpen pun ada. Hahaha. Oh ya, entry ni sebenarnya mengarut jer. Tak ada pengisian pun. Aku cuma nak ucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Untuk Segalanya. Itu jer :)


• 13 August 2012 •

Never Say Never

London 2012 bakal melabuhkan tirai dalam masa beberapa jam lagi. Tamat sudah episod Sukan Olimpik. Untuk Malaysia, cuma 1 Perak (bukan negeri), 1 Gangsa (bukan itik besar) dan tiada Emas (bukan masa). Secara jujur, aku agak kecewa. Pada aku, Lee Chong Wei patutnya menang selepas dah leading 18-16 pada set ketiga. Tapi tu la, last-last kalah juga. Dah takde rejeki, nak buat macam mana..

Dulu masa kecik-kecik, aku pernah tertanya-tanya. Kenapa agaknya dalam acara marathon, peserta terakhir masih berlari meskipun semua orang dah jauh meninggalkannya. Masa tu aku bukannya pandai sangat pasal semangat kesukanan ni semua. Aku fikir, kalau kau dah ketinggalan jauh dan terus terang kau takkan berjaya, then kau nak terus berlari lagi untuk apa? Buang masa jer. Baik kau berhenti, duduk kat tepi, minum air dan hilangkan dahaga..

Lama-kelamaan baru aku sedar. Mereka membawa maruah. Mereka membawa nama. Nama mereka dan nama negara. Apa yang mereka nak tunjukkan adalah usaha, walaupun harapan untuk mereka terlalu hampir kepada tiada. Dan aku kira, itu adalah apa yang penonton mahu sebenarnya. Sebab tu penonton tetap beri tepukan. Tepukan pada insan yang terus berlari meskipun keseorangan..

Ingin aku kongsikan 1 video tentang Sukan Olimpik - Barcelona 92. Oh ya, waktu ni aku belum lahir yer. Aku lahir tahun 1996. Kahkahkah! Ehem..video ini tentang apa yang dinamakan "Jangan Berputus Asa". Harapnya aku, dia, kamu dan kita tak akan mudah berputus asa sebelum tertulis takdir Yang Maha Kuasa.



p/s: salah satu lagu yang aku suka, bila aku tengah berduka.
Spider - Jangan Kau Berputus Asa.




• 11 August 2012 •

Sedang Hengen Bersenta

Ehem-ehem..Assalamualaikum..

Hari ini saya nak cerita sikit pasal senta..kehkeh..nampak manja kan saya bila taip perkataan senta..Dah la gunakan kata ganti diri 'saya'..Rasa sungguh sopannya saya di bulan puasa..hihik..Manja kan? Manja kan? Kahkahkah!

Bila dikenang-kenang cerita lama, rasanya sepanjang 16 tahun ni aku gunakan pelbagai cara untuk sampaikan apa yang aku rasa pada orang yang aku suka. Most of the time, aku rasa aku tak pernah confess directly. Aku lebih kepada berkias. Lebih kepada memberi hint. Cukup untuk dia tahu yang aku sayangkan dia. Cukup untuk aku tahu yang dia sayangkan aku. Pada aku, itu dah lebih daripada cukup untuk ucapan alebiu dan alebiutu..

Tadi kat blog En. Copy Paste ada taip pasal Cinta Matematik. Kemudian Ety komen dan bagitau kawan dia pernah confess gunakan invent equation. Bagus sebenarnya. Sebab kita cuba gunakan cara yang unik untuk luahkan apa yang kita rasa..:)

Dulu-dulu sebelum telefon bimbit mula berleluasa, aku yang misekin hena ni berhubung melalui surat jer. Selit-selit dalam buku. Kononnya nak pulang sebab pinjam buku text si dia. Tapi rasa macam split identity pun ada kot masa tu. Dalam kelas asyik bergaduh, asyik membangkang. Bitter rival la kononnya sebab dia antara top student kat dalam kelas. Tapi dalam diam-diam dok bersenta. Last-last macam mana entah, satu kelas tau. Cekgu-cekgu pun tau..hehe

Berbalik pada equation tu. Kalau korang search kat google, korang akan jumpa equation macam ni: 9x-7i > 3(3x-7u)

Then kalau korang selesaikan equation tu, means korang akan dapat jawapan kepada salah satu entry aku sebelum ni. So camtu la konsep aku untuk luahkan something yang aku rasa. Ini berbeza dengan konsep confess tau. Sebab pada aku, confess kena luah kat mulut, dengar kat mata, dan jatuh kat jiwa. Cewah.

p/s: satu lagi equation yang perlu korang google ialah persamaan ini:
sqrt(cos(x))*cos(200 x)+sqrt(abs(x))-.07)*(4-x*x)^0.01, sqrt(9-x^2),-sqrt(9-x^2) from -4.5 to 4.5


• 09 August 2012 •

Hai, Saya Lapar

Andai tuah ayam nampak di kaki, maka tuah aku letaknya di hati..

Assalamualaikum..

Satu. Kebelakangan ni rasa malas aku macam dah makin ketara. Atau mungkin, akhir-akhir ni mood aku tak berapa nak ada. Kalau diikutkan, sebenarnya banyak benda yang aku nak cerita. Tapi aku sendiri tak tahu macam mana nak mula. Tunda punya tunda, last-last semua yang aku nak taip terkubur macam tu jer..

Dua. Seperkara yang aku nak tulis tiga hari sebelumnya, Isnin – Enam Ogos Dua Kosong Satu Dua, ialah tentang ucapan Selamat Hari Lahir kepada dia. Dia yang aku maksudkan kali ini ialah seorang wanita yang aku sayang sepenuh jiwa. Dia, juga seorang yang mampu sayangkan aku lebih daripada semua wanita dalam dunia. Dia, yang kekal dalam ingatan meskipun enam tahun dipisahkan dunia..

Tiga. Benar. Aku rasa tuah aku memang letaknya di hati. Tuah aku bila punya seorang ibu yang cukup memahami. Tuah aku bila punya seorang ibu yang cukup mengerti. Ermm, rasanya tak perlu kot nak jelaskan macam mana aku sayang pada ibu sendiri. Kalian juga kan masing-masing punya ibu, pasti kalian pun dah cukup faham pasal ni..

Empat. Kepada Puan Mislikha Bt. Hj. Mustajab, selamat ulangtahun kelahiran yang ke Lima Puluh Enam. Semoga kamu sentiasa dirahmati. Doa aku, akan kekal bersama kamu, hingga tertakdir nafas aku terhenti. Terima kasih pada kenangan hidup yang penuh warna warni. Terima kasih pada segala cerita yang pernah kita lalui.

Lima. Dah. Itu jer. Aku nak tidur. Tapi aku lapar. Tapi dua hari kebelakangan ni rasa macam tak ada selera. Serius lapar. Tadi aku bukak Kamus DBP dan taip perkataan lapar. Terjumpa satu puisi. Pantun agaknya. Ditaip exactly macam kat bawah ni:
Mudik beralun kelong ditahan,
Bemban hanyut dengan uratnya,
Perut lapar lalu kutahan,
Hati rindu tiada ubatnya.
Hehe..Rasa rindu la kat Arwah Mak. Selamat Hari Lahir, Mak. Semoga Mak tenang di sana. Al-Fatihah..:)


• 06 August 2012 •

Saja Suka-Suka

Ehem2..Assalamualaikum..Kali ni sila jawab sendiri yer..:D

Tadi masa aku melanguk kat tempat kerja, aku pun pergi la youtube walking saja-saja. Niat kononnya nak dengar lagu-lagu yang aku suka. Bertukar-tukar seleksi lagu, last-last jumpa satu iklan yang buat aku ketawa. Iklan nih kelakar tau. Mohon kalian semua pun ketawa. Ini iklan pasal seekor tikus yang tak puasa..

Wa puase. Ta lalat mau taip semua. Kasi tengok la sendili. Semoga gumbila..



Berbalik pada perkataan lagu-lagu yang aku bold kat atas tu (↑), teringat pulak pagi tadi aku dengar Johan nyanyi kat Radio ERA, lebih kurang begini taipnya, “Jika kau fikirkan lagu-lagu, usahamu tidaklah tentu.” Sengal betul la Johan. Kahkahkah!

p/s: ada tak sesiapa nak belanja aku keju mozzarella?


• 02 August 2012 •

Pustaka

Dengan Nama Yang Memberi Nyawa.

Hari ini aku nak kongsikan suatu perkara, yang mungkin boleh jadi manfaat untuk rujukan kita bersama.

Rasanya hampir semua orang tahu minat aku terhadap bidang seni bahasa. Semua orang dah sedia maklum agaknya. Tapi kalau kalian perasan, rasanya aku tak pernah mengaku bahawa apa yang aku tulis ialah sebahagian dari cabang sastera. Atau lebih tepat, aku tak pernah rasa yang aku layak untuk mengaku sedemikian rupa. Mengaku bahawa aku menulis cabang sastera, umpama mengaku bahawa aku punya level yang sama dengan para cendiakawan negara. Rasa macam angkuh gila.

Aku percaya bahawa kita berkongsi laras bahasa yang sama. Apa yang aku tulis tentunya mampu kalian baca. Apa yang aku lukis tentunya mampu kalian terka. Mungkin terlebih terkurang bahasa aku rentak berima. Mungkin terlebih terkurang kiasan aku sukar dicerna. Dan kalaupun kalian faham, mungkin kepersisan dan kejituan itu dah tak sama dengan apa yang sebenarnya aku rasa.

Jadi, di sini aku kongsikan suatu tapak medium pengantara. Medium yang sering jadi peneman setiap kali mengolah rasa. Aku percaya, dengan merujuk DI SINI, aku bukan saja memperkaya kosa kata. Tapi dalam masa yang sama, aku cuba pastikan sisi yang terluah masih dapat berlindung di sebalik tirai dan tiras bahasa.

Moga jadi rujukan untuk kita mengerti makna.


Back To Top