Header2

• 30 April 2012 •

Jika Aku Mengerti

Kiranya kamu ekspresikan kekecilan hati, sedih sendiri seakan tiada siapa yang ambil peduli, harus kamu tahu bahawa aku masih tetap ada di sini. Dari jauh aku terus perhati, ingin temani jika dan hanya jika jiwa kamu ada sedikit perasaan sudi..

Kiranya kamu signifikasikan rasa sunyi, ibarat seorang diri menempuh hidup hari demi hari, harus kamu ingati bahawa aku masih tetap setia menanti. Sayup-sayup khabar kamu aku ikuti, ingin hiburkan andai saja hati kamu sudi berkongsi..

Kiranya kamu imaginasikan dia, manakala aku imaginasikan kamu, adalah suatu perihal yang saling melengkapi, harus kamu sedar bahawa yang menerima tak semestinya sama dengan memberi. Tanpa sedar dunia kamu aku selami, ingin mengisi kalau kamu mahu diisi..

Anggap saja kosakata aku dan kamu kini telah ditukar ganti..


• 26 April 2012 •

Aku Juga Pendusta

Sebenarnya aku suka menaip suatu naskah yang berat. Aku gemar ekspresikan perasaan aku dengan satu frasa yang sarat. Bila saja aku baca-baca semula terbitan lama, buat aku terfikir apa sebenarnya simbolik bagi setiap cerita yang pernah tersurat..

Dari sisi visual yang terpamer, tak hairan kalau khayalak sering anggap aku meng-ga-la-mi suatu fasa kehidupan yang penat. Walhal hakikatnya tidak seperti apa yang aku perlihat. Aku lalui kitar hidup dengan larat dan tanpa ralat. Apa yang tergambar sebenarnya lebih kepada cebisan-cebisan perasaan yang tak terluah dari induk jasad..

Pada aku, menulis diibaratkan seperti aku ralit bercerita tanpa orang faham apa-apa. Aku berkongsi sedikit kisah tanpa orang tahu dari mana ia berpunca. Seperti aku cerita tentang dia, tanpa perjelas status hubungan sedia ada. Seperti jua aku cerita pasal keluarga, tanpa nyatakan dalam terbitan mana..

Kepuasan menulis, pada aku, ialah apabila apa yang terkandung pada makna tidak terlihat nyata dalam suatu ayat penyata. Aku faham apa yang aku rasa. Dan kalau kamu mampu tamsilkan fahaman hurufiah yang aku cipta, bermakna kamu ialah pendusta..

Dalam erti kata mudah, tak semua orang betul-betul rasa apa yang kita betul-betul rasa..:D


• 21 April 2012 •

Si Bulat

Jam sekarang ni dah pukul 2.25 pagi sewaktu aku mula menulis entry. Masalahnya, kenapa aku masih tak dapat tidur lagi. Kenapa susah lelapkan mata meski aku pusing ke kanan dan ke kiri. Kenapa aku, yang biasanya tertidur depan TV, tapi kini gagal membuai mimpi..

Kenapa kerisauan aku terhadap manusia di sana, melebihi kerisauan terhadap manusia yang sedang menulis cerita. Kenapa aku ada firasat bahawa kondisi si dia tidak berada dalam situasi gembira. Apa agaknya masalah dia. Jika kalau aku mampu mengupas butir cerita..

Aku tak ngantuk, tapi badan aku penat. Dalam masa yang sama, minda aku macam tak reti nak berehat. Kenapa yer hampir semua cerita aku selalu menjurus ke arah kamu. Sejujurnya, kamu bomohkan aku ke? Tak apalah. Kamu bomohkan pun aku tetap suka..

Jadi pada pukul 2.34 pagi waktu ayat ni mula diatur, aku dengan rasminya bercadang untuk tidur. Semoga hidup kamu di sana akan lebih teratur..

Take a good care, coz I'll always do care..:)


• 17 April 2012 •

Tajuk Lagu Budak Kacamata

Seorang kenalan ada berkata lebih kurang begini taipnya - Cinta ni kalau dah digenggam, genggamlah betul-betul. Kalau cinta tu nak dilepaskan, maka lepaskanlah dengan harapan kita akan mendapat cinta yang lebih baik. Hehe, jangan marah ya si empunya frasa. Bukan pertikai pendapat siapa-siapa. Cuma rasa terpanggil memberi pandangan dari sudut seorang saya..:D

Pada aku, kau tak akan dapat genggam cinta sepenuh kudrat dan keinginan yang ada. Genggaman terlalu kuat akan buat leher Cinta tercekik lalu mati. Genggaman yang longgar akan buat Cinta berlalu dan terus pergi. Ia berubah bersama masa, bertindak bersama masa dan bergerak bersama masa. Cinta datang dalam pelbagai cara dan jurus kita pertahankan Cinta nyatanya tidak akan sama..

Ada orang sanggup pertahankan kerana tak ingin rasa kehilangan. Ada pula yang memilih lepaskan untuk melihat kebahagiaan pasangan. Ada yang sanggup bertahan meski Cinta sangat menyakitkan. Dan ada yang relakan perpisahan andai bersama lebih melukakan. Terpulang kita untuk nilaikan. Puaskan hati sendiri atau korbankan sebuah perasaan..

Aku suka melihat dia bahagia. Meski hati masih ingin dia terus bersama, tapi daya apa yang aku ada untuk menghalang kehendak jiwa. Maka aku turutkan, semoga dia gembira hendaknya..:)


• 15 April 2012 •

There's Always Hope

Dan telah diriwayatkan siapa kamu pada cerita dahulu kala. Dan telah diingatkan tentang risiko yang aku bakal terima andai hujung cerita tidak bersama kita. Namun yang degil hanya aku, terus bersama kerana hati telahpun suka..

Dan telah aku akur untuk lepaskan kamu walau terpaksa. Dan telah aku redha perginya kamu tanpa aku rela. Dan telah cuba aku terima setiap cerita apa adanya. Namun yang dusta cuma aku, terus merindu walau kamu kini tiada..

Dan telah aku sedar tentang sukarnya berputus asa. Dan telah aku tanam sebuah harapan sekecil hama. Dan telah aku bawa kamu setiap jaga dan dalam lena. Namun yang tahu hanyalah Dia, bahawa aku akan terus sayangkan kamu sepenuh jiwa..

Jangan berhenti berharap selagi kamu masih bernyawa. Berharap dan mengharapkan ternyata memang ada bezanya..:)


• 14 April 2012 •

Letak Tajuk Sendiri

Maaf sebab entry sebelum ni tak sedap langsung untuk dibaca. Maklumlah, orang tengah lapar memang gitu la gamaknya..

Selalu masa aku menaip, aku asyik lupa nak tulis apa. Sebab aku jenis suka cerita apa yang aku rasa. Aku suka ekspresikan perasaan aku dalam bentuk naskah yang tak difahami oleh siapa-siapa. Tapi masalahnya bila ada kepelbagaian perasaan yang aku rasa, buat aku jadi confuse nak tulis pasal perasaan yang mana..

Sekarang ni aku happy sebenarnya. Tapi aku tak pasti sebab apa. Aci tak kalau aku kata aku saja suka-suka nak happy? Aci tak? Kahkahkah. Okeylah, sejujurnya aku rindukan seseorang. Tapi dari sudut positif. Perasaan rindu tu buat aku cari idea untuk zahirkan dengan kata-kata. Tanpa dibaca oleh empunya mata si dia..

Aku percaya sesuatu perkara akan jadi positif jika kita cuba memandang dengan cara positif..

InsyaAllah..:)


Pergilah Makan

Aku baca balik blog lama aku. Since yang 2006 punya la. Baru aku perasan yang aku paling suka taip pasal lapar. Aku rasa itu perasaan paling kronik yang pernah aku ada. Macam sekarang ni la. Sekarang ni aku rasa sangat lapar..

Dulu aku kurus jer kot. Even dulu-dulu pun aku kuat makan. Ikut baka ayah agaknya. Tapi entah sejak bila aku rasa aku dah makin gemuk. Atau dalam bahasa saintifiknya, aku dah makin boroi. Dulu seluar aku saiz 28-29 jer. Sekarang dah 32. Masa aku tengok cermin, leher aku pun dah tinggal sikit..

Sekarang ni kalau kat site, aku suka jalan sambil usap-usap perut. Sebab sekarang aku dah ada perut. Dan aku terimaginasi kalau aku dah kahwin nanti. Mungkin saiz seluar aku akan jadi 35. Tapi yang musykilnya kan, sekarang ni hari-hari aku bukan makan mahal-mahal pun. Setakat sardin dengan telur dadar. Kadang-kadang maggi..

Plot penceritaan aku tak tersusun sebab aku lapar. Cuma aku memang tak percaya aku gemuk sebab makan maggi. Nak kata senang hati pun tidak. Entahlah. Aku tak pasti pasal tu. Aku cuma pasti yang aku lapar. Sangat lapar..

Aku salah taip. Sebenarnya dah saiz 33..


• 10 April 2012 •

Sedekah

Kepada perasaan yang sangat aku agungkan..

Janggal rasanya bila terpaksa memandang ke dasar langit dengan mata yang tak mampu dibuka. Ibarat menanti hadir satu rasa, lebih dari apa yang mampu aku jangka. Umpama menunggu datang satu suara yang jaraknya jauh. Terlalu jauh dan tak mampu aku dakap walau sehabis tangan dibuka..

Aku kira satu senyuman palsu mampu jadi topeng kepada semua perkara. Tanpa aku sedar, rupanya aku tak dapat biaskan apa yang aku rasa dari mata aku yang merasa. Kejam bila terpaksa berlaku kejam pada diri sendiri. Walhal hakikatnya aku lelah mencari penawar untuk ubati lelah di hati..

Kalaulah perasaan ini mampu aku lakar pada sekeping kertas kosong, aku percaya yang kertas itu akan sentiasa kosong. Simbolik pada cebisan-cebisan perasaan kosong yang selalu aku usung. Dalam masa yang sama, kekosongan itu seakan terlalu sarat tak tertanggung..

Bantu orang lain, secara tak langsung kau akan bantu diri sendiri. Atau mungkin dengan izin Ilahi, orang lain akan bantu kau di lain kali. Aku pesan kepada aku. Aku pesan kepada diri. Aku pesan kepada cebisan hati yang kadang-kadang tak mampu aku mengerti..

Aku rindukan kamu dengan segala rasa di hati..


• 01 April 2012 •

Paling Comel

Tiada ku sangka~ Bola-bola api~

Sebenarnya aku baru lepas tengok bola sebentar tadi. Man City lawan Sunderland kat tempat sendiri. Manyak cilakak punya Man City. Dah ketinggalan 1-3 boleh pulak pulun bagi seri..>:[

Aku kan, bukan aku tak sokong kemajuan Liga Malaysia tau. Aku sokong. Tapi entahlah. Daripada dulu aku tak suka sistem dalam Liga Malaysia ni. Format liga dah la tak tetap. Tahun ni guna format macam ni. Tahun depan atau 2-3 tahun lagi formatnya berubah lagi. Tak konsisten. Macam mana la nak maju..

Pasal pemain import pun sama jugak. Tahun lepas tak boleh. Beberapa tahun lepas boleh pulak. Tapi sebelumnya dah tak boleh. Ni sekarang ni dah kembali boleh. Badan induk FAM ni asal boleh agaknya. Tak ada pendirian tetap. Kesian Johor FC (tak ada kena mengena)..

The best part is, FAM selalu betul. FAM pasti betul. Jangan kritik FAM. Siapa kritik FAM hukumnya kena hukum. So kalau tak boleh kena kritik macam mana bolasepak nak maju. Dah pasukan Malaysia main teruk, takkan nak ucapkan tahniah sebab tak kalah teruk. Teruk betul la FAM ni. Langsung tak boleh kena kritik..

Kesimpulannya, FAM memang tak comel..*harap tak ada wakil FAM yang baca*

p/s: aci tak kalau nak cakap padan muka sebab kena godam petang semalam? :p


Back To Top