Header2

• 30 January 2014 •

Wordless Wedthursday #12 - Jangan!


p/s: mungkin dah tiba masa aku larang diri sendiri daripada masuk Popular..-_-"


• 28 January 2014 •

Jolo Nero

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bukan perkara elok apabila menyuruh someone menunggu anda, hanya untuk tanpa sengaja meninggalkannya pada babak hujung cerita.

Sebagai contoh, tidur.

* * * * *

"Awak tunggu sekejap boleh tak? Orang nak settlekan kerja sikit."

"Okey. Tapi jangan lama sangat. Takut orang tertidur."

"Oret.."

Bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla (buat kerja).

"Lagi sikit jer."

"Keep working."

Sambung bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla (buat kerja lagi).

After almost one hours..

"Awak.."

"Yo!"

"Erkk..ingatkan awak dah tidur. Hahaha.."

"Belum lagi, orang tunggu awak la.."

.

..

...

....

.....

(takde respond lepas seploh minit)

"Awak ni..haihhh."

* * * * *

Kesimpulannya?

Heeee..kesimpulannya, ini cerita rekaan semata-mata. Maklum la, nak tulis entry punya pasal yer dak. Bila fikir-fikir balik, rasanya bulan ni tak dapat nak cukupkan 10 entry. Dengan balik kampung lagi, cuti Chinese New Year lagi, kampung takde internet lagi. Haishhh..makin berhabuk ler nampaknya blog ni.

Sekian, terima kasih.

p/s: berangan pagi-pagi buta ni boleh mendatangkan lapar jugak rupanya..grrrr.


• 23 January 2014 •

Judul: Hidup, Cinta, Takdir

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau work setup Ismi Fa Ismail bertemankan Old Town White Coffee hazelnut campur milo panas kat sebelah kanan, work setup aku pun tak kurang hebatnya. Juga bertemankan Old Town White Coffee. Tapi tanpa hazelnut dan milo panas. And sebagai kontra, aku letak kat sebelah kiri.

Leceh kot letak kat sebelah kanan, dengan mouse la, dengan handset la. Lagipun men kan to the left. So sebab tu aku letak kat kiri. Oh ya, aku segan nak snap gambar work setup aku kali ni. Sebab meja aku bersepah.

* * * * *

Aku jarang beli novel. Sepanjang beberapa tahun, aku tak pernah beli novel, even karya Hlovate. Tahun lepas masa pergi ke Kinokuniya pun, aku terjebak beli buku-buku Keri Smith -- novel yang bukan novel. Pendek kata, novel bacaan pertama yang aku beli recently, ialah Jangan Baca Novel Ni.

Since that day, aku jadi rasa macam ketagih nak baca novel-novel Ismi Fa Ismail ni. Letak dadah ke hapa entah. Aku terus cari sekuel JJBN -- tiada tajuk. Dan seterusnya semakin rajin singgah kat Popular semata-mata nak cari novel penulis ni. Ketagihan. Addicted. Macam gitu la keadaan aku.

Seterusnya selepas baca novel tiada tajuk tu, aku terjumpa pulak satu lagi novel dia. Hidup, Cinta, Takdir -- which is apa yang aku nak cerita kat dalam entry ni.


Ceh, kemain aku tulis. Last-last baru nak masuk point entry.

* * * * *

Cerita ni pasal apa?

Basically novel ni berkisar tentang exploration. Pencarian tentang hidup, penilaian tentang cinta dan pemahaman tentang takdir. Boleh dikatakan bahawa ini adalah isi kandungan novel yang biasa, tapi dicerna dengan cara penceritaan yang sedikit berbeza.

Aku tak berminat nak menceritakan sinopsis. Sebab kalau ada antara korang yang nak baca, aku harap korang boleh feel the excitement tu melalui pembacaan sendiri. Nilaikan and fahamkan sendiri kenapa or macam mana aku boleh addicted terhadap karya penulis ni.

* * * * *

Apa yang aku suka?

Aku suka sebab penulis buat novel ni seakan hidup. Macam mana aku feel masa baca JBNN, macam tu la aku feel masa baca HCT (malas nak taip panjang-panjang). Ismi Fa Ismail buatkan novel ni jadi sebahagian daripada penceritaan dalam novel ni?

Faham ke? Aku syak korang tak faham. Maksud aku, novel ni sendiri adalah sebahagian daripada cerita. Apa yang korang pegang sebenarnya adalah sebahagian daripada cerita yang korang tengah baca. Pada aku, itu adalah sebahagian daripada kreativiti.

Lagi satu yang aku suka, ialah dimensi. Permainan ruang dan masa antara satu cerita dengan satu cerita. Ia membuatkan aku pening, tapi seronok. Pening sebab aku cuba nak gambarkan ruang masa pada tiap-tiap bahagian cerita. Cuba nak fahamkan anggaran masa pergerakkan setiap babak.

Senang cerita, novel dia buatkan aku hilang entah kat mana-mana.

* * * * *

Apa yang aku kurang suka?

Satu jer. Percintaan Joe dengan Ara tu macam poyo sangat. Aku rasa macam nak lempang jer dua ekor makhluk tu sebab nampak terlalu over. Gila ke hapa agaknya kalau first time jumpa masa umur 6 and 8 tahun dah boleh jatuh cinta pandang pertama.

Then lepas tu sepanjang 11 tahun langsung tak jumpa dah. Usahkan berjumpa, berhubung pun tidak. Kendian bila dah jumpa semula, terus boleh bersayang-sayang pulak. Serius, aku rasa macam nak lempang. Emotional gila kot..kahkahkah!

* * * * *

Kesimpulannya, aku suggest pada peminat-peminat novel untuk baca karya Ismi Fa Ismail ni.

Sekian, terima kasih.

p/s: phewww..siap gak satu entry..


• 20 January 2014 •

Jahak

 
Kahkahkah

p/s: Ate kebelakangan ni teman ghase macam maleh bebenor nak mencanai idea. Entah apakehey idok ler teman taunya..


• 16 January 2014 •

Wordless Thursday #11 - Jumjumatun

SSA, AJM. LOL.

p/s: eh suka hati saya la nak taip Wordless Thursday..hahaha


• 13 January 2014 •

Jadilah Uncle Yang Disayangi


p/s: Bideo semalam. Bukan kelmarin. Bukan hari ni..


• 07 January 2014 •

Jobstreet

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini sambungan untuk entry sebelumnya.

Sebenarnya seawal bulan Disember tahun lepas, aku dah start cari kerja lain. Sebab aku dah betul-betul bosan dan malas nak menunggu sampai Tahun Baru Cina. Berbelas kot aku hantar resume kat Jobstreet, tapi satu pun tak berbalas. Tu takpe la. Belum ada rezeki, nak buat macam mana yer tak.

Cuma yang sedikit peliknya, job-job yang setakat ni aku tak mintak pulak tiba-tiba datang melekat.

* * * * *

Cerita 1: Invitation

Pada 23 Disember, Jobstreet hantar email. Invite aku untuk apply position kerja yang lebih tinggi berbanding sekarang. Which is Project Manager kat Skudai. Means description kerja tu still di bawah contractor la, bukan consultant.

Invitation punya pasal, aku terus apply walaupun sebenarnya aku tak harap sangat untuk dapat job tu. First sebab di bawah skop kerja contractor, sama macam position bos aku sekarang ni. Susah tu nak manage. Bukan semua orang boleh jadi bos. Second sebab deep inside, aku tahu aku tak layak untuk position tu. Tak cukup strong. Tak cukup kental untuk kena tembak dari segenap sisi.

Theoretically, aku tahu jer macam mana skop kerja Project Manager. Bertahun aku buat kerja-kerja management, jadi assistant bos. So boleh faham la sikit-sikit. Tapi itu secara teori. Secara praktikalnya, aku tak pernah manage secara langsung. Tak pernah directly handle sesuatu skop kerja dari awal sampai akhir.

Cuma aku tetap apply sebab nak membiasakan diri dengan interview. Itu jer. Hasilnya, sehari lepas aku apply, esoknya hari Selasa Nora telefon. Set phone interview pada hari Jumaat - 27 Disember. Kena speeking pulak tu, harey betoi..


* * * * *

Cerita 2: Application

Satu lagi yang melekat adalah interview daripada ECERDC. East Coast Economic Region Development Council. Panjang bebenor nama. Yang ni betul-betul pelik. Sebab dia call bagitau aku ada apply kerja melalui Jobstreet. Aku angguk jer. Tapi dalam hati, aku pelik. Sebab dalam senarai berbelas kerja yang aku mintak, langsung tak ada ECERDC atau kompeni-kompeni yang seumpamanya. Double triple multiple check, memang tak ada.

So dari mana dia dapat nama, email, nombor phone dan segala detail aku? Entah, yang tu aku tak tahu. Dipendekkan cerita, awek tu pulak nama Syahira. Dia minta aku datang interview pada Jumaat ni. 10 Januari, pukul 11.00 pagi. Kat KLCC. Kalau dapat, aku akan ditempatkan kat Pahang. Yer la, East Coast kan..

By right memang tak ada masalah untuk aku attend interview tu. Cuma aku takut tak sempat. Kuantan ke KL ada la dalam 3 jam. Campur traffic jam, campur sesat, campur mencari jalan yang lurus, sekurang-kurangnya aku kena ada masa 4 jam di atas jalan. Dan disebabkan itu adalah interview, aku kena la datang lebih awal. So sekurang-kurangnya aku kena ada masa 5 jam. Itu pun kalau segalanya berjalan dengan lancar la.

Sebenarnya boleh jer aku overnight kat KL. Then esok pagi terus pergi interview daripada sana. Tapi sengaja aku taknak ambil option tu. So aku minta tolong anjakkan masa. Syahira cadangkan pukul 5.30 petang, itu pun bergantung kepada kekosongan jadual. Dia akan call balik untuk confirmkan pasal tu.

Petang tadi, Syahira call. Bagitahu bahawa pukul 5.30 petang pun dah fully booked. Jadual dah penuh.

* * * * *

Cerita 3: Recommendation

Aku ada kakak. Dia dah kahwin. Dia kahwin dengan abang ipar aku.

Tengahari tadi, abang ipar aku call. Sambil gelak, dia tanya aku ni memang taknak balik kerja kat Johor ke. Heh, aku ni orang Johor rupanya..hahaha. So aku cakap kat dia, memang sekarang tengah mencari kerja. Oh ya, sebelum-sebelum ni aku memang tak pernah inform kat family pasal nak cari kerja lain. Saje taknak bagitahu. Konon nak bikin suprise kalau tiba-tiba kena kembali ke Johor.

Sembang punya sembang, then abang ipar aku kata yang tempat kawan dia nak pakai engineer. Dia nak recommend aku kerja kat sana. Kerja apa, skop apa, consultant atau contractor, yang tu aku tak tanya. Abang ipar aku kata nak bagi nombor kawan dia kat aku, suruh aku call sendiri. Tanya apa yang aku rasa nak tanya.

* * * * *

Conclusionnya

1. Phone interview hari tu rasanya gagal. Kot. Aku speaking pun standard kindergarden, jangan harap la nak dapat yer tak..hahaha. So takpe. Kalau tak dapat lagi aku suka.

2. ECERDC punya interview Jumaat ni kensel. Status aku sekarang ni KIV. Syahira akan cuba set interview pada tarikh yang lain. Sayang ko lebih la Syahira..kehkeh.

3. Abang ipar aku belum forward nombor kawan dia.

4. Cerita 3 tu baru jer dapat petang tadi. So memang takde kaitan langsung la dengan tajuk Jobstreet.

5. Sekian, terima kasih. Dah, itu jer.

p/s: mujur Jumaat ni kensel..


• 05 January 2014 •

Jemu Jadi Jontraktor

Assalamualaikum dan salam sejahterainya pun.

Hmm..aku baru balik main badminton woi. Itu jer intronya.

Kebelakangan ni aku memang terfikir nak tukar kerja. Dah bosan rasanya kerja bawah contractor. So kalau ada rezeki, cadang-cadang nak try kerja bawah consultant pulak. Kalau dapat la. Reasonnya? Entah. Aku rasa sepanjang hampir 6 tahun kerja bawah contractor ni, seolah-olah takde apa yang aku nak kejar dah. Bukannya nak kata aku dah pandai sangat. Memang tak la. Cuma, aku bosan. Rasa macam nak bertukar angin. Tukar persekitaran.


Cadangnya, lepas Chinese New Year baru aku nak start cari kerja lain. Sebab nak tunggu bonus. Rugi la kalau aku berhenti sekarang. Maksud aku, rugi la kalau bertukar kerja sebelum CNY. Tak dapat la nak merasa pow duit company. Walaupun tak banyak, at least ada la jugak. Dapat la nak cover sikit roadtax dengan insuran kereta.

Tapi, entah. Aku rasa semakin lama aku dah macam tak ada kerja. Bosan gila kot. Kat tempat kerja sekarang ni, structure dah hampir siap. Consider siap la. Yang tinggal pun sap-sap soi punya kerja. Jadi setiap hari aku pergi kerja seolah-olah tak buat kerja. Cuma uruskan paperwork. Dah kerja macam kerani pulak. Taip surat, draft surat, buat monthly report, dan main game kat fb.

Aku dah jarang masuk site sekarang. Seminggu sekali pun jarang. Yer la, sekarang tinggal kerja-kerja architectural. Aku bukannya basic architecture. So apa benda sangat la yang boleh tengok orang ikat bata, plastering, waterproofing, cement render, ceiling, tiling, aluminium cladding, curtain wall, carpet, painting dan sebagainya. Bukan bidang aku dan aku tak berminat nak ambil tahu.

Persoalannya sekarang, aku nak cari kerja kat mana?

Entah. Kalau ikutkan hati, aku seboleh-boleh taknak kerja kat area Selangor ataupun KL. Crowded sangat. Rasa macam bandar besar tu bukan tempat aku. Dengan jammed lagi, dengan aku tak tau jalan lagi. Mau hari-hari aku sesat time nak pergi kerja atau nak balik rumah. Teringat dulu aku daripada Tol Subang nak ke Flat Desa Mentari, aku boleh sesat hampir 2 jam. Eh 2 jam ke 4 jam entah. Tak ingat aku. Tapi sesat la. Aku rasa kalau aku duduk KL, bermakna aku menuju kepada kesesatan yang hakiki. Haishhh!

Tapi itu dulu la. Sekarang ni, aku rasa aku bersedia untuk kerja kat mana-mana. Even kat Selangor ataupun KL. And kalau ada peluang kerja kat Sabah or Sarawak pun, aku nak pergi. Sebab aku dah takde perasaan nak kerja kat sini. Bosan. Jemu sejemu-jemunya.


Kesimpulannya, kalau aku tunggu CNY baru nak start cari kerja, means paling awal pun bulan Mac baru aku akan bertukar kerja. Sebab kena bagi notis 2 bulan sebelum resign. Itu pun kalau lepas CNY aku dapat tawaran kerja. Kalau bulan Mac baru aku dapat tawaran kerja, means aku kat sini sampai bulan Mei la nampaknya.

Persoalannya, perlu ke aku tunggu bonus Tahun Baru Cina?

Dah, itu jer aku nak cerita. Sekian, terima kasih.

* * * * *

Sebenarnya entry ni aku dah taip lama. Hari Rabu - 27 November. Sebab tu aku tulis 'baru balik main badminton'. Tapi macam biasa la, aku simpan, aku kemam, aku rendam dan aku pendam. Last-last hari ni baru rasa nak keluarkan cerita.

Kesimpulannya, tak lama lagi Tahun Baru Cina.
Hoyeah!! Dapat duit raya!!

Oh ya, gambar-gambar tu sekadar hiasan. Sekian, sama-sama.

p/s: Dan entry ni ada sambungan. Ini sambungannya.


• 01 January 2014 •

Jawapannya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pendahuluan: Ini entry pertama untuk tahun 2014.

* * * * *

Isi Penting: Tak ada..

* * * * *

Isi Tak Penting 1: Menelusuri terbitan-terbitan lama blog ini, sepanjang tempoh 365 hari, buatkan aku terfikir. Terfikir tentang perjalanan hidup sendiri. Tentang apa yang telah aku lakukan, tentang apa yang tidak aku lakukan, tentang apa yang ingin aku lakukan, dan tentang apa yang akan aku lakukan. Tentang hidup, dan tentang kehidupan. Tentang hidup, dan tentang pengharapan.

Angka 145 entry sebenarnya hanya sekadar angka. Tak semua catan tertera adalah imbasan untuk 12 bulan cerita. Sebab sub-plot kehidupan ini, sebenarnya lebih banyak daripada apa yang aku sendiri sangka. Banyak benda yang aku mahu tulis, tapi aku tak dapat tulis. Dan banyak benda yang aku ingin tulis, tapi aku tak mampu tulis. Terlalu banyak rasanya.

Tahun 2013 juga menjejak-panjangkan langkah aku. Jelajah tempat-tempat yang aku tak pernah sempat. Meniti jalan-jalan yang aku tak pernah pergi. Ketemu manusia-manusia yang aku tak pernah tahu. Dan bersua kenalan-kenalan yang tak pernah aku jumpa.

Sabah umpamanya, menunaikan janji bertahun lama. PD umpamanya, melukiskan memori tiada tara. Dan kedah umpamanya, melunaskan impian semasa muda.

Itu dari segi tempat. Dari segi kenalan pula, kamu diantaranya. Ya, kamu. Kamu yang sedang membaca. Sama ada kita berjumpa setentang mata, atau cuma berhubung di alam maya, hakikatnya kamu tetap antara watak yang mewarnai perjalanan hidup setahun usia. Kamu tahu kamu siapa. So, for each and everyone of you, terima kasih tak terhingga.

* * * * *

Isi Tak Penting 2: Sebenarnya aku suka kot entry terakhir untuk tahun 2013 tu. Maksud aku, entry yang sebelum ni la. Walaupun tak ramai yang faham, tapi aku tetap suka. Aku kira pengkomen pembaca pertama jer kot nampak transisi yang cuba aku tampilkan dalam entry tu. Tapi dia tak komen kat blog la, dia cuma komen kat Wechat jer. Pembaca lain termasuk Ara yang aku mention kat dalam tu, tak faham bila baca entry aku..hahaha.

Opsss..sorry. Tergelak..heheh.

Tahun pertama aku buat blog ni, kebanyakan entry aku lebih bersifat senggama minda. Jenis yang susah nak hadam macam Isi Tak Penting 1 kat atas tu. Tahun kedua pulak, entry aku lebih bersifat santai and entah apa-apa. Which is macam Isi Tak Penting 2 ni la. So untuk tahun ketiga, aku tak sure lagi nak buat entry macam mana. Maybe masih lagi santai. Masih lagi berkonsepkan entah apa-apa. Tapi dalam masa yang sama aku cuba nak perbanyakkan konsep Dan Diakhirnya dalam tahun ketiga.

Itu pun kalau aku malas la.

* * * * *

Isi Tak Penting 3: Sebenarnya aku mula taip entry ni dekat-dekat pukul 10.00 malam. Baru taip tadi. So there is no such things as taip sikit, save as, letak kedua-dua tapak tangan kat belakang kepala, dan sambung draft pada hari berikutnya. Tak ada.

Lagipun tajuk entry ni bukan Dan Diakhirnya. Dan entry ni pun sebenarnya bukan sambungan untuk entry Dan Diakhirnya.

So apa tajuk entry ni? Hmm..apa yer. Aku rasa korang sendiri pun tau kot Jawapannya.

* * * * *

Kesimpulan: Refer Pendahuluan. Sekian, terima kasih.

p/s: tempoh masa yang ngam-ngam secukup rasa..


Back To Top