Header2

• 31 December 2013 •

Dan Diakhirnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni aku nak citer pasal H. Maksud aku, owner blog ni, Encik H.

Kisahnya bermula seawal petang tadi. Aku tolong H siapkan report meeting kat office. Biasanya kerani kitorang yang uruskan. Tapi Puan R on leave pulak arini -- daftar anak masuk sekolah. So nak taknak aku la jugak yang jadi mangsa keadaan. Dok tolong dia settlekan report.

Bila dah siap report, aku cadang nak terus balik. Tapi H dengan D ajak pergi makan. Dia nak belanja katanya. So aku on jer la. Makan free yer tak. Then bermakan-makan la kitorang berdua sambil membincangkan hal-hal kat tempat kerja. Standby isu-isu untuk kena tembak dalam meeting esok.

Lepas makan, means sekarang ni, aku lepak jap kat rumah H. Saja nak guna wifi free. Phone aku bukannya ada data internet. Si H duduk mengadap laptop -- buka Microsoft Word. D pulak bersiap nak keluar balik. Pergi dating agaknya.

Sambil-sambil layan internet, aku dok perhati la si H. Lawak pulak aku tengok mamat ni..kehkeh. Daripada tadi kot dia mengadap Microsoft Word kat laptop. Dia taip sikit, kemudian dia padam semua. Dia taip lagi sikit, kemudian dia padam lagi semua. Lepas tu garu kepala. Then rutin yang sama jugak berulang kali. Dan garu-garu kepala jugak berulang kali. Dah dekat sejam rasanya.

"Weh bro, apahal ko ni? Hahaha." Aku tanya bila entah kali keberapa H garu kepala.

"Arghhh!! Kusut woi!! Aku nak buat entry terakhir untuk tahun ni. Tapi tak tau nak tulis apa. Cuba ko bagi idea."

"Idea ea? Hmmm..tajuk apa?"

"Entah. Tajuk tu belakang citer la. Ko macam tak biasa jer kalau tajuk aku tak berkait dengan entry..hahaha."

"Sengal. Ko cari la tajuk dulu. Dah kalau takde tajuk, camne aku nak bagi idea."

"Okey, jap. Aku wechat member."

* * * * *

     Encik H: Ara, bagi satu tajuk entry bermula huruf D

     Ara: Donkey..hahaha

     Encik H: Donkey? Okey..

     Ara: Eh tak tak. Dan diakhirnya..

     Encik H: Erkk..Dan diakhirnya?

     Ara: Yup! Dan diakhirnya..

     Encik H: Oret.

* * * * *

"Weh, aku dah dapat tajuk!" Tak sampai 5 minit, H bersuara.

"Apa dia?"

"Dan diakhirnya.."

"Haaa..okey la tu."

"Okey tu memang la okey. Tapi masalahnya sekarang, aku nak tulis pasal apa?"

"Haishhh..apa susah. Ko tulis la entry pasal perjalanan hidup ko sepanjang tahun ni. Tak pun tulis pasal perjalanan blog ko. Dan diakhirnya nanti, ko nilaikan sendiri camne performance untuk tahun ni. Bagus ke, tak bagus ke, ikut ko la. Atah mu blako."

"Ha'ah kae. Molep jugok tu."

Encik H kembali menaip. Kali ni lama. Setakat padam-padam balik tu biasa la, tapi bukannya padam semua. Entah apa dia tulis pun aku tak tau. Malas nak cara. Ingat kalau takde apa, pukul 10.30 malam nanti aku nak balik la.

Tiba-tiba, Encik H tekan Ctrl + S. Letak kedua-dua tapak tangan kat belakang kepala. Sengih.

"Ko dah kenapa?"

"Malas nak taip. Sambung esok jer la..hahaha."

"Sengal. Bersungguh tanya tajuk,  tanya idea. Last-last langsung tak tulis apa."

"Ada, baru draft sikit. Sambung esok jer. Eh ko layan mende daripada tadi? Khusyuk bebenor."

"Baca blog."

"Pasal apa?"

"Entah. Mamat ni buat cerita pasal dapat tajuk blog ke apa ntah. Tapi baru draft sikit jer ni. Dia belum publish pun. Dia tulis kat sini, esok baru dia nak sambung cerita. So esok la kot baru aku boleh baca."

"Blog sape weh?"

"Capital H"

* * * * *

The end.

p/s: ada 50 minit untuk draft entry seterusnya..


• 27 December 2013 •

Donald Duck Kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Heh..tajuk kemain..kahkah! Okey. Ini bahagian terakhir. Kot.
Walaupun daripada pembacaan sendiri, ada beberapa benda yang aku anggap telah terjawab.
Sebenarnya sambil-sambil aku taip entry Donald Duck 2, aku sempat la jugak menjengah ke laman web Portal Rasmi Fatwa Malaysia. Aku terjumpa dan baca satu artikel tentang Merokok Dari Pandangan Islam. That's why aku taip ayat yang macam kat atas tu. Sebab aku tau, daripada pembacaan tersebut, secara tak langsung membuatkan beberapa persoalan aku telah terjawab.

Secara ringkasnya, pada 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan. Tahun 1995. Haram.

So daripada pembacaan tu, aku mulai nak menerima bahawa hukum merokok adalah haram. Instead of makruh sepertimana yang aku dah belajar masa kecik-kecik dulu. At least, dah mula nak menerima la. Sebab secara jujurnya, time tu la aku baru tahu tentang kewujudan fatwa tu. Teruk betul aku..hahaha.

Tapi, bila mana aku baca ayat kat bawah, aku jadi straight face.
Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci Al-Quran.

Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya.
Jangan salah faham. Bukan aku menidakkan pandangan ulama, menolak fatwa ataupun memperkecil pendapat mereka yang lebih arif dalam ilmu agama. Bukan macam tu. Cuma aku tak puas hati bila hukum haram tidak boleh disamakan dengan hukum yang haram.

Pada aku, kalau haram tu haram la. There is no such things as haram tapi tak berapa nak haram. Or haram tapi tak boleh disamakan dengan yang haram. Seolah-olah hukum tu bertindih dan boleh dipertikai. Secara tak langsung membuatkan kita keliru, seterusnya meremehkan fatwa tersebut. Isn't it?

Dan pada aku jugak, hukum tersebut membenarkan rokok boleh terus dijual berleluasa kepada sesiapa saja. Even ada jer kot dikalangan Pak Imam ataupun Pak Haji yang hisap rokok. Budak-budak apatah lagi. Sedangkan aku yang akhir remaja ni pun baru baca pasal fatwa tu, tak mustahil la kalau budak sekarang langsung tak tahu.

Kita tengok iklan. Kita nampak bahawa hari-hari dipaparkan tentang bahaya menghisap rokok. Tapi kita langsung tak nampak iklan yang menyatakan fatwa tentang hukum merokok. Padahal fatwa tu daripada laman web government sendiri. Jadi apa guna ulama bersungguh mengkaji hukum tersebut sedangkan penguatkuasaan terhadap hukum tu langsung tak disebar atau diingatkan? Sia-sia yer dak? Seolah-olah tak menghormati fatwa yang dikeluarkan.

Kau sahkan haram. Tapi kau tak maklumkan haram.

Ada maklumkan ghopenyer. Beta baru jumpa artikel ni kat paper..hahaha.

Jadi conclusionnya di sini, walaupun KADANG-KADANG artikel tu dah dikeluarkan, walaupun dah difatwakan haram, tapi aku sendiri tak nampak yang kerajaan akan mengharamkan penjualan rokok. Maybe tak akan. Sebab duti eksais, cukai dan lesen terhadap tembakau serta rokok tu sendiri merupakan antara punca pendapatan yang terbesar negara, if not yang paling besar la. Dan selagi benda ni berterusan, selagi ditutup sebelah mata, maka selagi itu jugak la kita-kita ni akan terus menghisap rokok, serta mempertikaikan tentang perbezaan hukum menghisap rokok.

Yer la. Sedangkan arak dah sah-sah haram pun ada yang beli. Inikan pulak rokok yang haram tapi tak boleh disamakan dengan yang haram, lagi la tak ada orang peduli.

Kesimpulannya, aku harap aku akan berhenti merokok. Walaupun aku bukan kategori perokok tegar, tapi aku mengaku, memang rasa susah sebenarnya nak berhenti merokok. Cuma, niat nak berhenti ni bukan sebab pertikaian hukum haram atau makruh. Tapi untuk diri sendiri. Berjaya ke tidak tu tak tahu la, kita tengok setahun lagi.

Sekian, majulah sokan untok negara. Terima kasih.

p/s: esok interview..cuak woi!!


• 24 December 2013 •

Wordless Wednesday #10 - Duplikasi


p/s: Ini Sufian. Dari program Pencetus Ummah.


• 23 December 2013 •

Donald Duck 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry ni adalah lanjutan kepada entry yang sebelumnya.


Waktu aku berdiskusi dengan nutritionist tempoh hari, sempat la jugak kitorang berbincang tentang suatu isu ni. Iaitu tentang hukum merokok. Sebab sejak kecik, aku belajar dan diajar bahawa merokok ni hukumnya adalah makruh. That nutritionist tu pun bersependapat tentang perkara ni. So kitorang bersetuju bahawa merokok ni hukumnya makruh.

So kat sini aku nak tanya korang. Hukum merokok ni sebenarnya apa? Makruh ke haram? Ni bukan untuk berdebat, just nak tanya. Sebab kedua-dua hukum tu mewujudkan beberapa persoalan yang berbeza. Apa persoalannya? Okey, persoalannya ni aku bahagikan kepada dua.


Kes 1: Makruh

Kalau kita sependapat bahawa hukum merokok adalah makruh, maka secara logiknya kita boleh menganggap bahawa statement Ustaz Ahmad Dasuki adalah terbatal. Betul kan? Sorry kalau salah. Aku pun sebenarnya tak berani nak berbincang soal hukum, sebab aku tak layak. Tapi kalau based pada apa yang aku belajar, merokok adalah makruh. Dan dari segi hukum, aku tak dapat nak bersetuju dengan statement ustad tu.

Clear? Okey, kes 1 selesai..


Kes 2: Haram

Yang ni akan ada banyak persoalan. Bukan kerana aku mempertahankan hak mengisap rokok, tapi kerana aku belajar dan diajar bahawa pada asasnya, adalah makruh untuk mengisap rokok. So soalan pertama, semestinya aku inginkan justifikasi dan hujah yang kukuh, yang boleh yakinkan aku, bahawa sebenarnya, hukum merokok bukannya makruh. Tapi haram.

Clear? Okey, kes 2 selesai..


Kes Lanjutan.

Yang ini adalah lanjutan kepada Kes 2: Haram. Sebenarnya ini tak penting pun. Bila saja aku diyakinkan bahawa hukum merokok adalah haram, bermakna segala soalan lanjutan dah tak perlukan sebarang jawapan. Yer la, kalau dah hukumnya haram, bermakna ia haram.

Untuk kes ni, aku mempersoalkan status menjual dan menghisap rokok kat Malaysia. Kalau haram, kenapa penjualannya masih berleluasa? Kenapa rokok tak diharamkan sepertimana pengharaman Shisha? Kenapa penjualan rokok tak diharamkan kepada orang Islam sepertimana penjualan arak? Kenapa? Sebab penyumbang cukai untuk kerajaan ke?

Clear? Okey, kes lanjutan selesai..


Kesimpulan.

Errr..sebenarnya, ada banyak lagi benda yang aku nak taip. Tapi elok rasanya aku sambung untuk entry yang akan datang. Korang yang mana sudi, tolong la jawab soalan aku. Walaupun daripada pembacaan sendiri, ada beberapa benda yang aku anggap telah terjawab, tapi aku nak tau jugak apa pendapat and pandangan korang.

So, jumpa next two entry yer. Sekian, terima kasih.

p/s: entry aku pasal rokok jer? ceh!!!


• 21 December 2013 •

Donald Duck

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Malam kelmarin, waktu aku tengah ambil mood nak tidur, my nutritionist share something kat wechat. Something yang membuatkan mata aku segar, membuatkan aku rasa nak tulis entry ni untuk jelaskan pendapat aku dengan panjang lebar.

Keratan yang beliau share adalah seperti di bawah.


Okey. Untuk makluman, aku adalah seorang perokok. Walaupun bukan kategori perokok tegar, tapi hakikatnya aku tetap tergolong di kalangan mereka yang menghisap rokok. Cuma, pandangan aku melalui penulisan kat bawah ni, bukan disebabkan aku merokok apatah lagi untuk mempertahankan golongan yang menghisap rokok.

Berbalik kepada entry. Bila aku baca keratan kat atas tu, ada sedikit benda yang aku tak setuju. Part merokok membahayakan kesihatan tu aku tak nafikan la. Yang tu aku setuju 200%. Memang merokok tu memudaratkan. In fact aku dah prepare 1 lagi soalan susah yang berkaitan dengan isu ni. InsyaAllah aku post bulan depan. Joalan Jujah VII.

So, apa yang aku tak setuju?


Part 1

Of course la pasal doa. Orang yang menghisap rokok, doanya tidak akan didengari oleh Allah. Kerana mulutnya hisap benda yang haram. Secara generalnya, aku boleh jer bidas dan menyatakan bahawa bukan kita menentukan sama ada doa akan didengari oleh Allah atau sebaliknya.

Walaupun nampak macam typical person yang tiba-tiba sentap bila ditegur, tapi hakikatnya bukan macam tu. Aku takde la sentap pun, sebab aku sendiri tau merokok tu tak elok. Cuma aku persoalkan jer. Aku persoalkan kerana aku tahu bahawa Allah itu Maha Mendengar. So, di mana justifikasi untuk menyatakan bahawa doa tu tidak akan didengar? Kalau gitu, imam masjid yang merokok tu macam mana? Ahli keluarga kita, ayah contohnya, yang merokok tapi jaga solat 5 waktu, macam mana? Doa diorang tidak akan didengar?

Aku bukannya berilmu sangat. Kalau nak banding antara aku dengan Ustaz Ahmad Dasuki, bezanya umpama langit dengan kerak bumi. Aku bahagian yang kerak bumi la. Jadi bila baca statement-statement macam tu, apa yang aku perlukan adalah bukti. Mungkin memang ada ayat-ayat Al-Quran yang menyokong hujah tu. Ayat-ayat Al-Quran yang mungkin aku tak faham, atau mungkin aku tak tahu.

Kalau pandangan aku ni silap, aku minta maaf. Tapi buat masa ni, aku tak rasa ada justifikasi yang menyokong bahawa doa kita tu TIDAK AKAN Allah dengari.

Habis part 1..


Part 2

Ni rasanya tak ada apa sangat kot yang aku nak persoalkan. Pada awalnya, aku cakap kat nutritionist yang aku tak setuju statement ni. Ada la 2-3 hujah bodoh yang aku kemukakan. Tapi bila aku baca semula, baca berulang kali, aku rasa tak ada silapnya statement Ustaz Don Daniyal tu. Tak ada silapnya.

Cuma kat sini aku nak tekankan sikit. Terlahir dari sumber yang haram bukan bermakna bahawa anak tu adalah anak yang haram. Ramai tersalah nilai tentang perkara ni.

Okey, berbalik kepada astatement Ustaz Don. Aku setuju. Konsep kali ni sama macam kita makan rasuah, contoh la. Eh makan rasuah kes berat sangat. Ambil contoh lain, makan nasik. Masa kecik-kecik kita tak berapa pandai. Makan kat kedai tapi bila tak cukup duit nak bayar, kita lari. Kira makan free jer la.

Benda tu kalau tuan kedai tak halalkan, bermakna jadi haram la. Kita yang makan ni konfem la jadi darah daging. Then bila kita kahwin and dapat anak, anak tu terlahir dari sumber yang haram, Itu la maksud dia. Haaa..dah betul la tu.

Perasan tak tadi, aku taip ayat kita kahwin. So persoalannya sekarang, kita tu siapa? Awak dengan saya ke? Hahaha..

Hoi! Ini bukan masa nak bergurau la! :p

Habis part 2..


Kesimpulan

Kesimpulannya, banyak lagi benda yang aku nak taip. Tapi elok rasanya sambung kat entry yang lain. Entry ni pun aku rasa dah panjang berjela. Yang setakat ni pun entah korang baca ke tidak. Rugi jer aku buat lawak, sorang pun tak gelak!! Grrrr!!

Eh dah la. Sambung lain kali yer. Sekian, terima kasih.

p/s: errr..habis kesimpulan..komen yang murni jew~ kehkeh..


• 19 December 2013 •

Dari Parti Mana?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya daripada hari tu aku nak taip entry ni. Tapi macam biasa la, aku malas. Aku rasa malas masa kecik tu tak pernah habis. Dari dulu sampai la sekarang.

Entry ni adalah berhubung dengan Doalan Dudah VI yang aku publish minggu lepas. Tentang kisah yang terjadi kat salah satu tempat yang kitorang pergi. Bila mana ada seorang pakcik bertanya, bahawa bantuan yang kitorang hantar tu datangnya daripada parti mana.

Untuk mengelakkan sebarang provokasi, mahupun sokongan atau cemuhan berbangkit terhadap mana-mana parti, ada baiknya aku rahsiakan jer sisi politik pakcik ni.

Perkara pertama yang menujah kepala hotak kamu aku, adalah rasionalnya soalan yang dikemukakan pada waktu tu. Yer la, tanya pasal parti politik. Walaupun aku lukis cuma seorang, tapi manusia kat pusat menempatan tu bukannya dia seorang. Either jawab BN or jawab PR, ada jer kemungkinan bahawa pakcik tu sendiri atau mangsa-mangsa yang lain akan terasa hati.

"Elleh, nak kata parti awok baik lettew"
"Alaaa..parti lain pun ada jugak datang membantu"
"Bagus parti awok ni, bukan macam parti se lagi tu"
Dan lain-lain.

Itu satu hal. Membuatkan soalan yang sesenang itu terasa susah bebenor untuk dijawab.

Satu hal lagi, kitorang memang tak mewakili mana-mana parti. Even keenam-enam tu tak berpihak kepada BN, tapi hakikatnya sumbangan kecik tu bukan untuk menaikkan parti yang satu lagi. Sumbangan tu atas ihsan, usaha dan duit sendiri. Encik S terutamanya. Sebab dia yang banyak deal untuk dapatkan bantuan daripada KL. Lori tu pun daripada kenalan dia yang sudi membantu. Sesen pun kitorang tak dapat daripada aktiviti tu.

Macam aku taip kat facebook la, ini isu kemanusiaan. Tak salah rasanya kalau kita cuba membantu. Hari ni kau tolong orang lain. Entah-entah esok lusa, kau pula perlukan pertolongan daripada orang lain yang lain-lain. So tak timbul isu bahawa bantuan tu semestinya sumbangan daripada parti-parti tertentu.

Tapi, ada tapinya.

Tapi aku tak salahkan that pakcik or siapa-siapa kat pusat penempatan yang tanya soalan macam tu. Secara logiknya, siapa-siapa kat pusat penempatan akan terima apa jer bantuan yang tiba. Tak kira la kau parti sardin cap ayam ke, parti minyak cap keris ke, parti minyak yu yee cap limau ke, ketibaan apa jer jenis bantuan memang sangat dialu-alukan. Sangat dihargai.

Macam orang dalam kubur yang harap disedekahkan doa dari mereka yang masih hidup. Macam tu la ibaratnya. Contoh jer.

Cuma, rasional terhadap soalan-soalan sedemikian mungkin lebih kepada untuk menilai. Melihat golongan mana yang sanggup turun padang dan bersusah payah merasai dugaan dan keperitan yang diorang alami. Mungkin itu jer rasionalnya. Kot. Yer la, diorang yang undi masa pilihanraya tempoh hari. So, nak jugak diorang tengok sama ada yang hulurkan tangan tu adalah orang yang mereka sokong atau orang yang mereka benci.

Kesimpulannya, tak semua orang macam tu. Tak semua orang akan tanya se-direct pakcik tu. Dan motifnya pun mungkin bukan untuk menitikberatkan perbezaan ideologi dan fahaman politik, hanya sekadar nak tahu dan niat nak ambil tahu.

Itu jer. Sekian, terima kasih.

p/s: "kitorang dari parti buih"..boleh ke jawab camtu? :p


• 17 December 2013 •

Dhunia Ini Memey Ramai Ore Yang Maleh

Assalamualaikum dan dalam sejahtera.

Hai semua. Ingat saya lagi tak?















Krik krik krik..














 Saya H la!!















Krik krik krik..















Apa? Sampai hati!!!!!!

Ooooookeyyyyyy. Takpeeeeeeee.

Taknak kawan! Bye!

p/s: eh, jangan la highlight!!


• 11 December 2013 •

Doalan Dudah VI


Koleksi soalan susah:
Soalan Susah I
Foalan Fufah II
Moalan Mumah III
Joalan Jujah IV
Noalan Nunah V

p/s: yang bersepah tu lopak air..hahaha.


• 07 December 2013 •

Dugaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sepanjang 2 hari lepas, cuaca nampak dah makin okey. Matahari dah mula keluar macam biasa. Bandar Kuantan kira boleh dianggap pulih la. Cuma kawasan luar bandar yang masih teruk terjejas.

Hari tu, aku dengan Encik D makan kat point A - Tanjung Api. Then lepas makan, destinasinya nak balik ke site office, kat point E. Dekat jer sebenarnya. Tapi dek kerana cuaca yang elok, Encik D decide nak tengok-tengok kawasan banjir di sekitar Sg. Isap. Dikhabarkan jalan daripada bandar ke Permatang Badak ditutup, tapi jalan daripada Permatang Badak ke bandar dah beroperasi semula.

So Encik D susur ke kiri, ikut jalan Kempadang - Sungai Soi - Indera Sempurna. Kawasan kat Indera Sempurna tu dah surut. Kesan-kesan banjir jer yang masih ada. Dengan perdu kayu dan akar pokok sebesar kaki gajah tertinggal kat pembahagi jalan. Agak teruk jugak la kawasan tu.

Then bila lepas simpang tiga dekat-dekat Taman Impiana Perdana tu, keadaan mulai sesak. Kitorang mengambil masa 1 jam hanya daripada situ sehingga la ke Paya Besar kat point C. Then last-last dapat tau jalan tu ditutup. Semua kenderaan terpaksa u-turn. 1 jam perjalanan nak tengok banjir kat Sg. Isap nampaknya hanya suatu yang sia-sia. Sebab kitorang tak dapat pun nak sampai kat sana.

Jadi bila dah patah balik, option lain ialah lalu kat Bypass. Situ pun banjir jugak, kat area Bukit Rangin. Baru surut time tu. Boleh nampak la kesan water level kat dinding-dinding rumah. Hampir-hampir ke bumbung la jugak. Ada sesetengah rumah tu, bumbung pun tenggelam. Itu baru tengok daripada luar. Kalau dalam rumah, tak tau la macam mana. Total lost agaknya.

Bila tengok kemusnahan kat tempat orang, sedih ada, kesian pun ada. Yer la, majoriti yang duduk kat kawasan luar bandar ni bukannya orang senang. Sedangkan orang senang, nak tampung hidup anak beranak setiap bulan pun kadang-kadang tak cukup. Inikan pulak golongan yang tak berapa nak senang. Ditambah pulak dengan ujian dan dugaan yang macam ni. Dengan bahan makanan, pakaian, kenderaan, peralatan rumah, alat-alat elektrik, boleh dikatakan hilang semua dan segala harta yang ada.

Atas sebab tu, aku dengan kawan-kawan office cuba tolong mana yang patut. Kalau dari segi kewangan, aku pun bukannya senang sangat. Tapi ada la jugak stok-stok pakaian dalam lama yang aku dah tak boleh pakai. Aku syak semua tu salah mesin basuh. Semakin kerap aku cuci, aku rasa pakaian tu makin lama makin mengecil. Terutama kat bahagian pinggang. Geram betul!

Errr..berbalik kepada entry.

Aku sebenarnya baru balik daripada Kemaman, menghantar sedikit bantuan kat sana. Sebelum tu kitorang dah jenguk pusat-pusat penempatan sementara kat Kuantan. Tapi disebabkan liputan yang meluas terhadap Kuantan, ditambah pulak dengan keadaan banjir yang dah semakin reda, kitorang berpendapat bahawa mangsa banjir kat sini dah dapat sumber bantuan yang secukupnya.

Last-last, kitorang tak jadi nak bagi kat area Kuantan. Yer la, dah alang-alang nak bagi, kalau boleh biar la sampai kat mereka yang betul-betul memerlukan. Jadi, after few discussion, kitorang decide nak hantar ke Kemaman.

Oh ya, walaupun yang baca blog aku ni berapa kerat jer, tapi aku nak inform jugak. Kepada korang yang rasa nak bagi sumbangan, tak kira dalam bentuk kewangan atau barang keperluan, tapi tak tau nak hubungi siapa, boleh check kat pages KUANTAN atau Fynn Jamal. Aku rasa banyak jugak info bantuan kat sana.

Kalau nak aku tolong pun takde masalah, insyaAllah aku cuba usahakan mana terdaya. Tapi kalau boleh, kalau korang nak menyumbang la, tolong jangan salurkan sumber kewangan kat aku.

First, takut terlepas pandang, takut terguna, takut tak terguna, takut tergelap mata atau sebagainya. Duit punya hal, takleh buat main woi. Kecuali la kalau korang memang dah niat nak sumbangkan sebahagiannya kat aku..hahaha.

Second, kalau korang salurkan kat aku pun, aku tetap kena salurkan kat tempat yang sepatutnya. So buat apa nak double handling.

Third, duit memang penting. Cuma dalam keadaan sekarang ni, duit bukan betul-betul penting. Kalau salurkan kat aku, aku tetap kena beli barang-barang yang sepatutnya. Sebagai contoh, bahan makanan, ubat, pampers, pakaian dalam, tuala wanita, selimut, dan sebagainya. Aku tak punya banyak masa nak belikan semua benda. Dan aku sendiri sebenarnya tak boleh nak beli semua benda. Sebagai contoh, pakaian dalam dan tuala wanita. Segan woi!

Fourth, aku keberatan nak bagitau korang nombor akaun aku..kehkeh. Yang ni tak penting pun sebenarnya. Kalau korang betul-betul nak salurkan bantuan kewangan untuk mangsa banjir, takkan la aku tergamak taknak bagi nombor akaun..hahaha.

Kesimpulannya, terpulang la korang nak bagi sumbangan ke tidak. Kalau tanya pendapat aku, aku harap korang bagi la. Tak dapat bagi sumbangan harta benda pun tak apa. Memadai la sumbangkan doa semoga ujian dan dugaan hidup mereka dipermudah.

Hari ni hari mereka. Esok lusa, mungkin, siapa tahu hari kita.

Sekian, terima kasih.

p/s 1: kalau ada niat, korang tahu cari aku kat mana..

p/s 2: hari ni hujan lebat gila..dengar-dengar cerita, bakal ada gelombang ke-2..


• 04 December 2013 •

Dilanda Bencana

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ni 1st time aku update blog guna phone. First time tahu. Jadi segala ke-typo-an yg berlaku kat dalam entry ni adalah tidak disengajakan. Siapa yang membahan, aku akan marah. Haaa..jangan main-main. Aku garang ni!


Okey, Kuantan banjir. Meng-ga-la-mi hujan lebat, sederhana lebat dan tak berapa lebat dalam tempoh 3 hari. Non stop. Kalau siapa-siapa nak tengok gambar, pergi la kat pages KUANTAN. Banyak kot gambar kat situ.

ni jer gambar yang aku ada..

Rentetan daripada banjir dan hujan berpanjangan, semalam bekalan elektrik kat rumah aku terputus. Rumah jiran pun takde. And pagi ni aku dapat tahu, hampir kebanyakan kawasan kat Kuantan ni terputus bekalan elektrik. Stesen minyak pun meng-ga-la-mi kesesakan yang teruk dek kerana berpusu-pusunya umat mengisi tangki minyak mereka sewaktu ketiadaan elektrik.

Dan tadi, bos baru bagitau yang kawasan perumahan kitorang pulak meng-ga-la-mi gangguan bekalan air. Padahal tadi elok jer aku eksen-eksen dengan si Emma, bagitau yang air kat Kuantan ni dah banyak gila. Sampai melimpah-limpah..hahaha. Sekali malam ni jugak terus tak ada bekalan air. Haaa..macam mana tu. Air dengan elektrik takde. Nak charge phone takleh. Nak on wifi takleh. Nak mandi takleh. Nak beristinjak takleh. Nak masak takleh. Bosan kering la aku kat rumah..huh!

Aku bukan nak salahkan mana-mana pihak. Either BN or PKR or PBT or anything else. Dah nama pun bencana alam. Bukan kita boleh predict, bukan kita boleh jangka. Tapi, kalau aku boleh bagi pendapat dari sudut pandangan aku, aku akan persoalkan sistem saliran. Drainage system kat Kuantan ni yang menyebabkan berlakunya banjir di kawasan bandar.

Diulangi, di kawasan bandar.

Kalau kat kawasan luar bandar or perkampungan terdekat, logik la untuk dinaiki air. Sebab kawasan rendah. Ada kawasan berpaya. Ada sungai. Tu kira macam susah nak dielakkan la sebab sebelum-sebelum ni kawasan tu pun pernah dilanda banjir.

Tapi kawasan bandar ni, aku pelik kenapa sistem saliran macam kurang berfungsi. Contoh macam kat kawasan Megamall Kuantan. Air tu tak dapat nak disalirkan dengan betul ke dalam sistem yang sepatutnya. Longkang ada. Tapi tak dapat berfungsi secara efektif. Air rasa macam lembs je nak masuk dalam longkang.

Kesannya, bila hujan lebat selama sehari, kawasan tersebut dinaiki air. Dan bila hujan reda sedikit, even tak berhenti sepenuhnya, air akan mulai surut. Ini bermakna, kawasan tu bukan takde sistem saliran langsung. Ada jer. Cuma keberkesanannya tu tak seberapa.

Tahun lepas berlaku jugak banjir kilat kat daerah Kuantan. Tapi tak seteruk macam banjir kali ni la. Yang ni lagi teruk. Tempat yang sama, kawasan yang sama. By right, bencana tahun lepas sepatutnya dijadikan iktibar. Sepatutnya dah ada standby langkah-langkah kawalan dan cara mengatasi masalah ni.

Tapi, benda yang sama jugak berlaku untuk kesekian kalinya.

Kesimpulannya, awal-awal jer aku draft entry guna phone. Then balik kerja tadi, elektrik dah ada. Boleh la aku taip sesuka hati sambil membetulkan mana-mana typo yang aku jumpa. Cuma masalah sekarang, air takde. Jadi persoalan pulak bahawa esok aku nak mandi kat mana, nak makan kat mana.

Kesimpulannya lagi, harap-harap bencana kali ni membuka mata pihak-pihak berkenaan untuk perbaiki sistem saliran sedia ada. Leceh kot kalau kawasan bandar pun lumpuh. Elektrik takde, air takde, lampu isyarat tak menyala, kesesakan teruk, takleh masak kat rumah, kedai makan kat luar banyak yang tutup, kelaparan, terpaksa makan kat mamak, eh lapar tahu tak?

Dah, itu je kesimpulannya. Sekian, terima kasih.

p/s: draft entry guna phone ni leceh tahu?


Back To Top