Header2

• 30 August 2013 •

Anjakan Paradigma

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Heh, kemain tajuk kan? Taknak kalah..hahaha. Okey, basically entry ni berkisar tentang anjakan paradigma seorang manusia yang cuba keluar dari kepompong sedia ada. Daripada keadaan yang selesa, kepada suatu keadaan yang dia sendiri tak tau macam mana. Daripada kelompok sediakala, kepada khayalak rawak, yang dia sendiri mungkin takkan terduga. Dan ya, dia itu adalah aku, dan aku pula adalah orangnya.

Secara jujur, aku jarang ada sebab untuk buat apa yang aku nak buat. Kalau ada sebab pun, aku tak reti nak jelaskan sebab tu. Mungkin memang sikap aku yang susah dan keberatan nak cerita tentang sesuatu. Atau mungkin aku fikir sebab-sebab tu kadang-kadang terlalu remeh untuk diberitahu. Sebagai contoh, aku tak tau baca paper cina. Tapi aku tetap bawa selonggok China Press dan selak satu persatu. Sebabnya? Haaa..itu la dia. Sebabnya terlalu remeh untuk diberitahu.

Apa guna paper cina kalau kita tak tahu baca..
Pada aku, sesetengah benda yang aku fikir, yang aku buat, adalah sebahagian daripada variasi kehidupan aku. Kepelbagaian ini la yang membuatkan aku rasa seronok. Membuatkan aku rasa lebih menikmati dan menghargai life aku. Kalau orang kata life is hard, aku tak setuju. Sebab pada aku, life bukannya hard. Life is just not that easy. Oleh sebab itu, aku perlukan variasi. Aku perlu explore masa hadapan supaya hidup aku tak nampak macam statik pada setiap hari.

Tapi, tu la, anjakan paradigma ni kadang-kadang membuatkan kita terpaksa lepaskan apa yang kita dah ada. Sebagai contoh, kita dah selesa duduk kat Malaysia. Dekat dengan kawan-kawan, dekat dengan keluarga. Then pada suatu hari, kita decide nak pergi Ostrolia, sebab kat sana ada ais kacang. Indirectly, sama ada suka ataupun tak suka, kita kena tinggalkan kelompok selesa ni untuk seketika. Bukan sebab kita nak putuskan hubungan dengan diorang, tidak. Cuma buat masa ni, kita taknak bawa diorang bersama dalam pengembaraan kita.

Tapi lagi, ada tapinya. Tapi kadang-kadang anjakan paradigma ni sendiri boleh membuatkan kita rasa teruja. Sebab kita tak tau in future nanti, keadaan kita akan jadi macam mana. Macam kata Tembakau la, kita takkan tahu apa yang berlaku seterusnya setiap saat, minit, jam dan hari yang akan kita lalui. Kita takkan dapat walaupun secebis dari masa yang akan datang tu. Pada aku, itu yang membuatkan life ni best. Sebab kalau aku tau apa yang akan berlaku esok, mesti aku takkan rasa teruja dah.

Jadi, keadaan aku sekarang ni adalah kombinasi antara keterpaksaan dan keterujaan. Keterpaksaan kerana aku akan melepaskan. Dan keterujaan kerana aku akan memulakan. Benda ni dah macam sweet pain, tapi level dia mungkin bawah sikit daripada sweet pain. Sebagai contoh, eh takpe ke aku asyik letak contoh jer ni? Rasa macam ada dalam kelas tusyen pulak siap nak bercontoh-contoh bagai..hahaha.

Ah tak kira la, nak bagi contoh jugak. Sebagai contoh, orang kata zaman yang paling best ialah zaman persekolahan. Kata la aku ni SPM candidates dan esok adalah last payper untuk SPM. Means, esok adalah hari last untuk aku jumpa kawan-kawan sekelas. Lepas tu maybe tak dapat nak jumpa dah. Kalau ada pun, masa kenduri kahwin. For sure, aku akan rasa sedih kot. Errr, maksud aku, sedih la. After all these while, at the end we'll part each other. Takde dah nak sembang sama-sama, nak borak sama-sama, nak gelak sama-sama. Aku, lepas paper SPM esok, akan lone ranger jer.

Dan dalam masa yang sama, aku teruja. Life after SPM, kehidupan lepas ni tanpa diorang, buatkan aku teringin nak tahu keadaan tu nanti macam mana. Apa yang akan ada dalam life aku, siapa yang akan muncul dalam hidup aku, macam mana dugaan yang mendatang ke atas diri aku, semua tu aku teringin nak tahu. Benda-benda tu membuatkan aku berimaginasi tentang kehidupan yang completely different berbanding zaman sekolah. Buatkan aku tak sabar. Buatkan aku rasa macam nak habiskan SPM hari ni juga. Biar aku dapat explore dunia yang mungkin cukup berbeza.

So, kesimpulannya, macam gitu la ceritanya. Esok last payper SPM. Lusa aku akan explore kehidupan yang lain tanpa diorang-diorang semua. In future, kalau panjang umur, kot-kot diorang buat reunion ke, insyaAllah kitorang akan jumpa semula. Errr..aku rasa macam aku ni dah betul-betul jadi SPM candidates pulak..hahaha.

Diam la semua! Itu namanya menghayati watak! Grrrrr...

p/s: sekian..terima kasiH tak terhingga..


• 28 August 2013 •

Ariyon Dan Kartini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kulit Depan - Siap ada paper fastener lagi..:p

Kartini. Aku tak pasti antara korang berapa ramai yang pernah baca novel atau komik ni. Heh, aku sendiri tak tau nak klasifikasikan karya Tembakau ni sebagai apa. Either komik ataupun novel. Maybe novel grafik kot. Tapi tak apa la, just nak bagitau bahawa, kalau ada benda murah yang berbaloi untuk aku beli dan simpan selama 15 tahun ni, that is Kartini.

Sini la asal usul "bangang abadi"

Secara general, novel ni mengisahkan tentang cinta budak-budak kat alam persekolahan. Cinta monyet la kononnya. Tentang Ariyon (Asri) yang terjatuh suka pada Kartini, and berusaha untuk cuba dapatkan Kartini. Macam-macam jugak la benda bodoh dan mengarut yang dia buat, untuk menunjukkan kesungguhan dia, effort dia, susah payah dia, dan sayang dia pada Kartini. Secara tak langsung, Kartini menjadi sumber motivasi dan inspirasi, untuk buktikan yang suatu hari nanti, dia akan jadi somebody.

Sebab tu aku selalu cipta ending yang best untuk diri sendiri..:)

Apa yang aku suka tentang novel ni ialah feel dan gaya penceritaan Tembakau. Dalam novel ni, ada unsur-unsur monolog yang tak keterlaluan, just nice orang putih cakap. Unsur-unsur monolog ni la, ditambah dengan ilustrasi Tembakau, buatkan aku rasa macam kadang-kadang aku memang ada dalam dunia diorang. And kadang-kadang pulak, rasa macam aku tengah tengok movie dalam versi buku hitam putih.

Pasal penceritaan pulak, ini lebih kepada gaya bahasa dan cara Tembakau olah cerita. Guna bahasa pasar jer kot. Sesekali ada selitkan loghat Perak, sesekali ada campur speaking omputeh. Dan sesekali pulak, ada gunakan ayat buku yang betul-betul buku. Maksud aku, jenis ayat yang simple tapi bila baca, makan dalam. Tentang ideologi. Tentang harapan. Tentang impian. Tentang cinta. Tentang cita-cita. Dan tentang sebagainya. Eh dah macam promote blog Nur pulak..hahaha.

Nampak ayat yang last tu? Itu memang 'perfect ending'..

Satu lagi yang aku suka, ending dia. Sebab ending dia bukan happy ending macam apa yang selalu tertulis kat novel biasa. Ending dia agak sedih dan hiba. Ariyon tak dapat Kartini. Macam mana dia berusaha dan bersusah payah selama bertahun-tahun, at the end dia tetap tak dapat Kartini. Sesetengah orang mungkin tak suka ending macam ni. Tapi aku suka. Pada aku, ending ni dah cukup perfect, cukup sempurna. Bersesuaian la dengan apa yang tertulis masa awal-awal, ayat Kartini, "Tapi apa yang kita paling nak... itulah yang kita takkan dapat". So aku tak expect akan ada sambungannya. Biar cerita tu habis kat situ jer.

Tapi, itu la, kita tak tau apa akan jadi pada masa depan. Beberapa tahun lepas tu, aku ada dengar tentang kewujudan Kartini Kembali. Karya kartunis Tembakau jugak. To be honest, aku tak teringin pun nak dapatkan Kartini Kembali. Sebab macam yang aku bagitau kat atas, ending Kartini memang dah cukup sempurna. Aku taknak tau apa-apa kesinambungan yang boleh mencacatkan ending tu.

Bit disappointed..

Nak dijadikan cerita, lepas aku keluar daripada My Box Karaoke kat Giant Kelana Jaya beberapa tahun yang sudah, aku singgah la kedai buku kat Tingkat Bawah tu. Then terjumpa pulak dengan Kartini Kembali. Nampak kan? Bila kita taknak, benda tu la yang tiba-tiba muncul kat depan mata. So alang-alang dah nampak, aku pun beli sebab ia ada kaitan dengan Kartini.

Hmmm..walaupun aku bukan Chuu, tapi aku tetap rasa rugi. Rugi sebab beli Kartini Kembali. Ternyata, seperti yang dijangka, garapan Kartini Kembali tak seindah dan sehalus cerita Kartini. Aku tak tahu la sama ada aku sorang yang rasa macam tu, atau orang lain pun fikir benda yang sama. Mungkin expectation aku terlalu tinggi. Atau mungkin kepuasan membaca aku cuma terletak pada Kartini, dan bukan Kartini Kembali.

Kesimpulannya, walaupun aku tau novel Kartini dah tak ada kat pasaran, dah kira macam rare item sekarang ni, tapi aku tetap nak suggest kat korang, kalau terjumpa kat mana-mana, baca la novel ni. Sebab ini bukan saja cerita tentang memberi. Ini bukan saja cerita tentang menerima. Tapi ini juga cerita tentang beza, antara mengalah dan putus asa.


Sekian, itu saja.

p/s: Bak kata Tembakau, ini adalah cerita kita. Sebuah cerita untuk kita.


• 26 August 2013 •

Ayah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini jer gambar yang aku jumpa..

Korang pernah tengok telemovie Ayah tak? Telemovie lama ni. Dah banyak kali jugak ulang siar kat Astro Oasis. Telemovie ni mengisahkan tentang anak-anak yang bergilir menjaga ayah diorang. Along kira yang paling senang antara adik beradik. Tapi dia memang mengelak untuk jaga ayah. Sebenarnya dia taknak jaga pun, sebab dia rasa ayah dia tu menyusahkan. Angah pulak ada anak kecik, plus dia dengan suami masing-masing bekerja. So tak dapat nak proper jaga ayah. Dan adik pulak, duduk menyewa bilik. Gaji kecik, tak dapat nak bagi kesempurnaan untuk ayah.

Eh apesal aku rasa macam tengah buat sinopsis pasal telemovie..hahaha. Sebenarnya aku tak pernah habis tengok telemovie ni. Selalu skip-skip. Contoh, kali pertama aku tengok 20 minit yang awal. Kali kedua aku tak tengok. Kali ketiga aku tengok 15 minit. Kali keempat sambung lagi sikit. And macam tu jugak la kali kelima dan seterusnya. Ditakdirkan, semalam aku tertengok 20 minit terakhir untuk telemovie tu. Dan aku rasa sedih, rasa hiba sikit. Teringat ayah kat kampung.

Walaupun aku anak kedua (angah), tapi hakikatnya aku tak ada anak kecik. And most importantly, aku tak ada suami. Jadi aku rasa, dalam tiga beradik tu, aku adalah kombinasi watak along dan adik. Aku, walaupun tak kaya, tapi boleh dikatakan agak senang. Aku tak pernah putus duit walaupun suatu masa dulu aku jobless selama lebih 3 bulan. Cuma, tu la, aku tak dapat jaga ayah. Bukan sebab aku taknak jaga. Kalau boleh memang aku nak. Tapi deskripsi kerja membuatkan aku hidup secara nomad. Rumah kompeni pulak tu. So selagi belum berkahwin, aku tau yang aku takkan menetap lama kat sesuatu tempat.

Aku pernah fikir kalau-kalau ayah duduk dengan aku. Kesian dia. Bosan kot duduk dalam rumah ni. Hari-hari tengok TV jer. Nanti sama jer la macam wife and anak bos aku. Kehidupan diorang hanya dalam master bedroom. Sahaja. Mujur bos aku jenis yang rajin bawa anak isteri sesekali makan and berjalan kat luar. Kalau macam aku, balik kerja, memang aku prefer duduk rumah jer. Malas nak keluar even pada hari ahad.

Secara jujur, relationship aku dengan ayah sebelum ni on off. Sejak dulu memang macam tu. Masa muda-muda lagi teruk kot. Kalau orang tengok, maybe rasa aku ni macam anak yang mendengar kata, tak melawan cakap mak ayah. Tapi hakikatnya tidak. Aku selalu bergaduh dengan ayah. Kalau dengan adik lelaki aku, time bergaduh dia akan pergi dapur ambil parang. Kalau dengan ayah pulak, dia akan masuk bilik ambil senapang. Acu terus kat muka. Kalau aku melawan lagi sikit jer, maybe dah kena tembak kot. So terpaksa la aku surender. Then bila dia dah letak senapang tu, baru la aku melawan balik. Hahaha..lawak pulak bila diingatkan.

Ayah aku memang jenis yang panas baran. Silap sikit memang konfem kena sebat. Tapi itu dulu la. Lama dulu, masa aku masih lagi belasan tahun. Sekarang ni bila masing-masing dah besar, ayah agak cool down. Tak ada dah nak menyinga macam dulu. Lebih berdiplomasi dan bertoleransi bila berbicara dengan anak-anak. Jauh gila kot beza berbanding dulu.

Cuma time aku balik kampung, ayah tetap selalu bising kat aku. Tapi yang ni memang atas silap aku sendiri la. Dia selalu pesan supaya aku rajin-rajin call. Kalau tak call, SMS pun tak apa. Dia kata, bila ada perhubungan baru ada kemesraan. Repeatedly, ayat tu berulang-ulang hampir setiap hari. Kalau seminggu aku kat kampung, means seminggu jugak la aku dengar ayat macam tu. Rasa macam dah boleh hafal dah.

Aku selalu cakap kat ayah, aku bukannya tak ingat kat dia. Aku bukannya taknak selalu call and aku bukannya taknak selalu SMS. Tapi aku bukan jenis yang macam tu. Dengan adik beradik pun sama. Aku tak tau nak sembang apa dengan ayah dan adik beradik. Aku tak tau nak cakap apa dan aku tak tau nak cerita apa. Kadang-kadang jeles jugak bila tengok kerani aku rajin call mak dia. Tanya dah makan ke belum, makan apa, masak apa. Terfikir kenapa aku susah sangat nak tanya soalan-soalan mudah tu kat ahli keluarga. Maybe sebab soalan tu 'mudah' kot.

Kat facebook pun sama. Jeles bila tengok orang yang rapat dan berbual dengan adik beradik kat facebook. Jeles sebab aku tak ada semua tu. Kalau ada pun, just setakat chat personal jer. Itu pun cuma untuk benda-benda yang penting. Contoh nak tau cerita pasal ayah, pasal adik beradik lain, dan sebagainya. Jadi bila tengok orang yang ada interaksi sesama family ni, buat aku betul-betul rasa yang aku tak ada apa-apa. Kadang-kadang rasa macam aku ni datang dari broken family pulak..hahaha.

Kan? Macam broken family kan? Tapi sebenarnya tak broken pun. Aku okey jer dengan adik beradik aku. Kitorang daripada dulu memang macam ni. Bukan jenis yang nak hyper sangat dengan adik beradik. Macam tu jugak dengan ayah. Alhamdulillah kitorang dah okey jer sejak setahun lepas.

Cuma satu jer masalah sekarang ni. Setiap kali balik kampung, ayah selalu sangat nak peluk cium aku. Aku sebenarnya tak rela. Tapi tak boleh tepis sebab ayah sendiri. Takut nanti dia membebel atau terasa hati. Bukannya apa, tak biasa. Sebab dulu masa kecik-kecik tak pernah pun kena peluk cium..hahaha. Aku selalu jungkit bahu, then pejam mata bila ayah nak peluk cium. Reaksi menunjukkan yang aku tak rela. Tapi dia tetap peluk cium jugak. Tak apa la, yang penting ayah aku gembira dan bahagia.

Kesimpulannya, suatu masa nanti, kalau ditakdirkan aku kahwin dan ada anak, aku harap anak-anak aku ada kehidupan yang lebih baik berbanding apa yang pernah aku rasa, walaupun aku sendiri mungkin akan rasa apa yang ayah aku sekarang ni tengah rasa.

p/s: ini bukan cerita pasal laptop..lalalalala.


• 24 August 2013 •

Aksi Dan Reaksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam aku diajukan dengan soalan yang agak susah. Kot. Bilamana seorang wanita bertanya tentang reaksi aku, sebagai seorang lelaki, apabila berhadapan dengan wanita bukan muhrim yang agak mesra dalam pergaulan. Errr..aku syak korang tak faham. Sebab aku sendiri pun, bila baca balik rasa macam susah nak faham..hahaha.

Sekadar gambar hiasan. Korang kisah ke? Tak kan? Hahaha..

Okey camni situasinya. Contoh la, korang lelaki, or maybe memang lelaki. Then korang ada sorang kawan perempuan yang baik. Kebaikan ni aku gambarkan sebagai seorang yang menutup aurat, baju muslimah, bertudung labuh, pakai handsocks, pakai hands free dan sebagainya. Tapi, dalam konteks pergaulan seharian, kawan korang ni agak mesra. Selamba jer kot bertepuk tampar dengan lelaki, letak tangan atas bahu dan lain-lain lagi. Then soalannya, apa reaksi korang?

Aku, bila dapat soalan tu, aku rasa macam, "peh susah gila soalan ni". Tapi tu la, soalan jer susah. Jawapan aku tetap nak senang. Nak bagi reaksi macam mana lagi yer tak, buat macam biasa jer la..hahaha.

Tapi sungguh ni. Bila berhadapan dengan situasi macam tu, dalam keadaan yang biasa, aku tetap akan buat macam biasa. Reason? Entah. Susah nak cakap pasal reason. Maybe lebih kepada pemahaman and pengalaman kot. Or maybe lebih kepada mentaliti aku sebagai seorang lelaki.

Okey, dari segi pemahaman dan pengalaman. Kalau diikutkan, aku sendiri ada ramai jer kenalan perempuan baik yang bertudung ataupun yang tak bertudung. Tambah pulak kerja dalam bidang yang memerlukan aku deal dengan macam-macam level manusia ni, memang banyak jugak la perangai-perangai yang aku dah jumpa.

Bagi yang kenal dan faham karektor aku, diorang tahu yang aku bukan jenis nak bertepuk tampar sangat dengan orang perempuan. Usahkan kata bertepuk tampar, bersalam pun seboleh-bolehnya tidak. Sebab aku tau, keterbukaan orang perempuan ni berbeza-beza. Ada yang kisah, ada yang tak kisah dan ada yang buat-buat tak kisah tapi sebenarnya kisah. Jadi untuk mengelakkan suasana yang awkward, better aku behave and tak payah nak gatal tangan bergaul mesra sangat dengan golongan perempuan.

Tapi kalau orang perempuan sendiri yang bergurau bertepuk tampar dengan aku, aku akan diam dan tak kata apa-apa. Tak kira la dia tumbuk bahu ke, cubit lengan ke, tonjol dahi ke, aku tetap akan buat macam biasa. Sebab aku tau, kadang-kadang benda tu berlaku secara spontan. Bukan sebab diorang nak bermanja atau nak mengada-ngada. Maybe habit dari kecik dah memang macam tu. Susah nak berubah dan susah nak diubah.

And kalau orang perempuan hulur tangan nak bersalam pulak, pun aku akan sambut macam biasa. Sebab? Entah. Susah nak cakap pasal sebab. Heh, sama jer dengan ayat kat atas. Tapi serius ni, kebiasaannya aku akan sambut walaupun kadang-kadang rasa terpaksa. Yer la, aku ni bukan alim sangat pun sampai tak pernah bersalam dengan orang perempuan. Apatah lagi nak berlagak alim sampai taknak sambut bila orang hulurkan tangan.

Aku tau, tak kira apa pun reason sama ada atas urusan kerja atau taknak diorang rasa malu bila salam tak bersambut, hakikatnya aku tetap salah sebab bersentuhan dengan yang bukan muhrim. Aku tau pasal tu walaupun aku dah habiskan zaman persekolahan bertahun-tahun yang lalu. Cuma, entah, aku tetap rasa serba salah bila huluran tangan tu tak bersambut.

Okey, dari segi mentaliti pulak. Daripada pemerhatian aku, aku rasa mentaliti ni la sebenarnya yang membezakan keterbukaan antara orang lelaki dan perempuan. Aku cakap ni secara general tau. Tak spesifik pun sama ada korang bersongkok, bertudung, bekopiah, berhijab atau togel tak ada apa-apa yang litup atas kepala.

Pada aku, orang perempuan, tak kira sama ada bertudung atau tidak, KEBANYAKANNYA masih lagi concern dan menitikberatkan tentang tatacara pergaulan dengan kaum lelaki. Aku sendiri ada ramai jer kawan-kawan free hair yang tak bersalam or tak bergaul terlalu mesra. Pada orang perempuan, adab dan had perhubungan tu memang perlu dijaga. Sebab tu biasanya orang perempuan still ada effort untuk decline huluran tangan orang lelaki. Sebab tu jugak orang perempuan berani tegur, marah or tepis bila orang lelaki sentuh bahu or tangan mereka.

Berbeza pulak dengan lelaki. Orang lelaki tak cara sangat benda-benda camni. Walaupun kitorang tahu, tapi aku rasa KEBANYAKAN daripada kitorang memang tak menitikberatkan pasal ni. Alaa..bersalam jer kot. Apa ada hal. Haa..itu apa yang kebanyakan orang lelaki fikir. Sebab tu la orang lelaki still akan bersalam walaupun rasa macam terpaksa. And sebab tu jugak la orang lelaki akan buat reaksi macam biasa bila pergaulan orang perempuan macam dah terlebih mesra daripada biasa.

Sekian, terima kasih. Haaa..nampak tak kesimpulannya?

p/s: entry bulan ni sikit gila..hahaha


• 22 August 2013 •

Aku Pun Ada Entry Baru La!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Okey, abaikan tajuk entry kat atas. Sebab tajuk tu memang langsung tak ada kaitan dengan cerita..kehkeh.

Dalam entry lepas, aku ada cerita pasal tabiat aku yang cenderung untuk membelok ke arah kiri. Ingat lagi kan? Sya yang naik kereta sekali dengan aku aritu mungkin perasan la kot.

Sekarang ni, aku dah tau kenapa aku cenderung untuk membelok ke kiri. Jawapannya adalah seperti gambar di bawah..heheh.

Sumber Is Google

Heh..itu jer entrynya. Sebelum berpisah, aku tinggalkan korang dengan lagu ni. NAF yang kenalkan kat aku. Tarja. Marco. Nightwish.





Sekian, terima kasih.

p/s: okey, fine..esok aku tulis entry lain..grrrr!


• 15 August 2013 •

Arghhhhh!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi tadi, sebelum pegi kerja, aku singgah jap lepak minum dengan Bundle and Chuu kat kopitiam. Tak sempat snap gambar pun, just borak-borak kosong jer pasal exit-exit kat highway PLUS. Then sembang punya sembang, termasuk la cerita pasal exit Bukit Tagar.

Dulu masa aku duduk Tg. Malim, aku selalu jugak pergi rumah Aness kat Bandar Sunway. Biasanya aku drive jer sebab masa tu masih ada kereta. Then masa tak ada kereta, aku pergi dengan KTM, Aness amik kat Seri Setia. Dan ada sekali dua tu, aku pergi merempit naik motor jer. Dan masa aku merempit bawa motor tu la, kenangan antara aku, motor dan Bukit Tagar ni akhirnya menjadi sebuah cerita.

Masa tu, aku tak tau pun Bukit Tagar tu tempat untuk pelupusan sampah. Sepanjang duduk kat Tg. Malim, aku tak pernah amik tau pun apa yang ada kat situ. Kisahnya, masa aku nak balik Tg. Malim tu, daripada plaza tol Subang, aku ikut highway la macam biasa. Pastu kalau tak silap, masa kat Sg. Buloh aku perasan minyak macam dah tinggal sikit. Dalam kepala masa tu, aku musti isi minyak kat Rawang. Ya, musti! Sebab aku tau, kat Rawang ada R&R dan kat R&R ada stesen minyak.

Tapi tu la, kemain syok bawa motor, entah macam mana aku boleh terlepas R&R Rawang. Standard la orang lelaki, kalau dah terlepas tu jangan harap kitorang nak U-Turn or patah balik. So aku teruskan la perjalanan macam biasa. Aku tau yang kat depan nanti akan ada Exit Bukit Beruntung. Aku pernah masuk ke situ, and agak jauh la jugak jarak antara plaza tol dengan stesen minyak kat dalam tu.

So aku sombong. Aku taknak exit kat Bukit Beruntung. Alang-alang nak explore, biar aku explore ke tempat yang aku belum pernah pergi. Jadi aku teruskan lagi and nampak signboard yang exit seterusnya ialah kat Bukit Tagar. Okey, aku akan masuk ke Bukit Tagar. Bila lagi nak tengok tempat orang yer tak? Ini la masanya! Ini la masanya! Kata aku kat dalam hati.


So aku pun exit la kat Bukit Tagar. Perghhh..bau apa ni? Hampeh betul..motor aku bukannya ada air cond. Tapi, alang-alang dah masuk, aku teruskan la berjalan. Daripada highway nak ke plaza tol pun aku dah rasa jauh. Then bila lepas tol, aku harap ada la stesen minyak yang berdekatan. Tapi, harapan jer la. Tengok kat depan, kosong. Lapang jer. Luas mata memandang. Eh sunyi jer, apa memang tak ada orang duduk kat sini ke? Kata aku lagi kat dalam hati.

Sombong punya pasal, aku tetap teruskan perjalanan. Dalam kepala masa tu cuma fikir positif jer. Kat depan sikit MESTI ada stesen minyak. Kat depan sikit MESTI ada stesen minyak. Kalau patah balik entah-entah tak sempat sampai plaza tol. So baik teruskan jer. Harap-harap kat depan nanti stesen minyak tu ada. There's always hope. Nampak tak betapa positifnya aku menjalani liku-liku hidup? Heh!

Last-last sampai kat simpang tiga, satu stesen minyak pun takde. Aku kena decide, either nak ke kiri atau ke kanan. Split second, tak payah fikir panjang, aku terus amik susur ke kiri. Ya, memang langkah kiri nampaknya. Sama macam tadi, jalan yang lengang, sunyi dan kosong pada sebelah kanan dan kiri. Aku dah start risau. Bukannya risau hantu ke apa. Cuma terfikir, kalau la tiba-tiba minyak habis kat situ, siapa nak berhenti tolong aku? Dah la tak banyak kenderaan lalu. Buatnya kalau lalu pun, macam la diorang tak was-was nak berhenti dan bantu.

Masa ni aku tak fikir dah nak patah balik. Sebab aku kompiden, kalau patah balik memang sah-sah aku takkan sampai kat plaza tol. Time ni kalau orang offer antara pizza dengan petrol, aku yakin akan pilih petrol. So aku teruskan la berjalan, as usual, dengan harapan. Kalau tak jumpa stesen minyak, jumpa signboard stesen minyak pun aku dah cukup puas hati.

Last-last aku sampai kat kawasan perumahan. Jangan tanya kat mana, sebab aku sendiri tak tau aku dah sampai mana. Tapi aku dah start lega la time ni. At least kalau minyak habis, maybe ada orang kat situ yang boleh aku mintak tolong. Takde la tersadai sorang-sorang kat tepi jalan. Dipendekkan cerita, aku teruskan berjalan lagi dan lagi. And tak lama lepas tu, nampak signboard stesen minyak 1km dihadapan.

Phewwww!!!!!!!!!!! Perasaan jumpa stesen minyak tu adalah sangat-sangat bahagia. Semangat dah ni. Time ni dah start angkuh. Kalau minyak habis pun aku tak kisah..hahaha. Sekali lebih kurang dalam 500m camtu, minyak betul-betul habis. Tu la, angkuh sangat. Tapi takpe la, at least menolak dalam 500m jer. Takde la jauh sangat.

Lepas isi minyak FULL TANK, aku teruskan la berjalan, sampai la jumpa highway. Masa ni aku tak tau lagi yang aku masuk highway kat mana. Then tak lama lepas tu, jumpa R&R Rawang. Cilakak, aku naik kat Rawang rupanya. Punya la jauh aku berjalan tadi, semata-mata nak patah balik ke Rawang? Semua ni Bukit Tagar punya pasal. Agaknya kalau aku teruskan perjalanan, aku dah boleh isi minyak kat Hulu Bernam or Tg. Malim.

Pengajaran yang aku dapat masa tu, kalau agak-agak macam takde stesen minyak kat depan, ada baiknya kita patah balik jer. And yes, pengalaman ni la yang membuatkan aku selamat kat Sabah hari tu. Heh, ni dah masuk cerita lain dah ni. Takpe ke?

Okey, aku kat Sabah hari tu menyewa kereta. Hari pertama, dapat kereta Kelisa manual. So aku belasah jalan-jalan kat area KK jer la. Then aku call owner, nak tukar kereta auto untuk hari kedua. Owner tu setuju, dia suruh aku hantar Kelisa tu kat Jalan Sepangar, sebab dia tak cukup kakitangan nak uruskan. Ooookeyyyy, dia suruh aku hantar. Dia suruh aku, orang Gomeh, Kulai yang tak berapa tahu pasal Sabah ni hantar.


So petang tu aku hantar la. Berpusing-pusing jugak aku daripada Kampung Air sampai ke Tanjung Aru sebab nak cari Jalan Sepangar. Rupanya Jalan Sepangar tu kat area UMS. Ceh, dia sembang macam jalan tu kat dalam kawasan bandar KK jer. Dipendekkan cerita, dalam pukul 6 petang macam tu aku dah dapat Viva auto. Masa dia bagi kat aku, lampu minyak dah nyala. And dia advise supaya jangan pasang aircond dulu. Takut minyak tak cukup.

Aku, yang dapat kereta tu, tanpa tahu sama ada lampu minyak tu baru atau dah lama menyala, agak risau la. Tapi sebelum sampai Jalan Sepangar tu, aku memang perasan ada stesen minyak yang dekat. So aku fikir, baik isi minyak dulu. Kompiden sangat yang aku kompem akan sempat.

Tapi tu la, aku tersalah jalan. Sepatutnya kalau nak balik ke KK, aku kena amik simpang ke kanan. Langkah kiri punya pasal, aku pergi membelok ke kiri. Then jalan terus, jauh pulak tu, jumpa roundabout or simpang empat, either one, aku pun tak ingat. Sekali lagi aku amik ke kiri. Standard la lelaki, kalau dah salah jalan memang takde nak patah balik. Alang-alang sesat, biar jadi pensesat abadi.

Masa tu, fikiran aku pun positif sama macam kes kat Bukit Tagar. Depan sikit MESTI ada stesen minyak! Keadaan dah makin gelap kot. Tapi makin lama aku berjalan, rasa macam makin tensen pulak sebab tak jumpa stesen minyak. Akhirnya aku nekad. Daripada aku positif mencari benda yang aku sendiri tak tahu kat mana, lebih baik aku negatif patah balik ke tempat yang aku tahu bahawa benda tu ada.

Jadi aku patah balik la. Amik simpang ke kanan, then amik lagi simpang ke kanan, then lalu kat depan tempat aku amik Viva tadi, then jumpa signboard stesen minyak 1km dihadapan. Kali ni aku tak angkuh dah. Sebab aku tak terdaya nak tolak kereta malam-malam..kehkeh. Dan oleh sebab aku tak angkuh, maka aku pun sampai ke stesen dengan selamat..hahaha.

Kesimpulannya, jangan takut kalau kita ikut jalan yang salah. Sebab kita akan belajar banyak benda. Kesimpulannya lagi, biar mati mencuba, jangan mati kecewa. Heh, OCK sangat..hahaha. Dan kesimpulannya lagi, kalau sesat di hujung jalan, kita sentiasa boleh balik ke pangkal jalan. Kadang-kadang, dalam life ni, there is no turning back. And kadang-kadang, dalam life ni, it might be better if you turning back.

Sekian, terima kasih.

p/s: haddoiiiii..mengantuk ke?


• 12 August 2013 •

Aidilfitri Yang Kian Berbeza

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry kali ini, menceritakan tentang sebahagian daripada kenangan aku zaman muda-muda. Tentang raya, tentang sambutan, tentang suasana, tentang feel dan tentang sebagainya. Maybe ada la sesetengah part yang mungkin buat korang tacing ke apa ke. Tapi kalau boleh, baca and buat jer la macam tak ada apa-apa. Sebab aku sendiri pun okey jer. And tujuan aku tulis, bukan untuk menyedihkan sesiapa.

Idea untuk entry ni sebenarnya datang bila aku baca blog and statement kat facebook kawan-kawan. Menyatakan bahawa feel raya tu dah tak ada. Dah ditenggelamkan dek peningkatan usia dan status terkini sebagai seorang yang telah bekerja. So bila aku baca, aku terfikir bahawa untuk aku, apa agaknya makna bagi setiap sambutan perayaan hari raya. Ada ke? Hmmm..rasanya tak ada. Sebab sejak 8 tahun lepas, pada aku, hari raya tu sendiri dah jadi macam satu hari yang cukup biasa.

Dulu, pengisian hari raya aku agak mudah tapi cukup sempurna. Dua tiga hari sebelum raya, abah akan cari daun kelapa buat ketupat. Duit tak ada masa tu nak beli ketupat yang dalam paket. So aku la tukang anyam either ketupat bawang or ketupat sate. Ikut suka aku nak buat patern yang mana. Then kalau mak free, baru dia join sekali. Adik-adik aku yang lain, errr agaknya sampai sekarang pun diorang tak reti. Dah pernah ajar dulu, tapi diorang buat tak pernah jadi. Kiranya cuma mak, aku dengan akak jer la yang tau anyam ketupat ni. Cuma masa tu akak aku dah kahwin, dah ada family. So indirectly, kadang-kadang dia terkecuali.

Tak tau la kat tempat lain panggil camne. Tapi aku diajar bahawa yang sebelah kiri tu ketupat bawang and yang sebelah kanan tu ketupat sate. Sumber? self explanatory..

Abah pulak buat ketupat macam kat bawah ni. Daripada dulu memang dia sorang jer la yang reti buat ketupat macam ni. Time kecik-kecik dulu aku pernah la tanya kat mak patern ketupat yang abah buat. Then mak kata, itu namanya ketupat pulut. Masa rebus kena ada santan.

Aku tak tau la mana betul. Either lepat pulut or ketupat pulut..

Okey, tamat dah bab anyam ketupat. Kelongsong tu semua kitorang masukkan dalam kolah. Mak kata, biar daun tu tak layu. Pastu baki daun kelapa yang ada, buat mainan budak-budak la. Aku buatkan keris sorang satu, biar diorang tikam sesama sendiri. Abah pulak buat serunai ke seruling ke trompet ke apa entah. Macam gambar kat bawah ni la. Bila tiup nanti berbunyi. Kadang-kadang aku marah jugak, sebab memekak..hahaha.

Kelis dan Seluling.

Then petang sebelum raya, mak basuh la beras untuk isi dalam kelongsong ketupat tu. Part ni memang aku lemah. Kadang-kadang aku tolong. Kadang-kadang aku paksa adik-adik aku tolong. And biasanya mak yang buat sorang-sorang, tak ada orang tolong. Senang jer nak beza yang mana mak buat and yang mana kitorang buat. Sebab kalau ketupat tu terlebih lembik or terlebih keras, memang sah la kitorang yang buat.

Petang tu jugak, dalam pukul 4, we start our own part. Yang perempuan-perempuan tolong mak kat dalam rumah, kat dapur. Yang lelaki-lelaki pulak hidupkan api, cari kayu, cari daun pandan, standby periuk dan lain-lain untuk rebus ketupat. First rebus ketupat biasa. Pastu rebus pulak ketupat yang abah buat. Sambil-sambil tu pasang pelita, layan budak-budak main mercun, main bunga api. Bila bosan, masuk rumah, tengok TV. Sampai la ke pukul 2-3 pagi. Then angkat ketupat, pastu baru tidur.

Tiap-tiap tahun lebih kurang macam tu la ceritanya. Tapi itu dulu. Lama dulu. Sejak mak meninggal kurang 2 bulan sebelum Ramadhan, 8 tahun lepas, Aidilfitri kitorang masing-masing macam dah langsung tak ada makna. Tak ada dah nak anyam ketupat. Tak ada dah dan berjaga sampai 2-3 pagi. Tak ada dah itu. Tak ada dah ini. Dan tak ada dah macam-macam lagi. Hari raya langsung tak ubah macam hari-hari biasa. Kalau ada beza pun, cuma ziarah kubur sama-sama. Itu jer. Yang lain memang tak ada.

Dicuri khas daripada facebook adik bongsu aku..

Hmmm..entry ni tak ada kesimpulan. Sebab semakin lama aku cerita, rasa macam semakin banyak yang mahu dan ingin aku sampaikan. Anyway, terima kasih, kepada korang, kelompok kecil, yang masih sudi, datang dan baca setiap terbitan. Moga ketemu lagi di lain kesempatan.

p/s: oh ya, sesi persekolahan aku dah laaaamaaaa ditamatkan..


• 07 August 2013 •

Aidilfitri Kali Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau tak ada aral melintang, kalau kita panjang umur, insyaAllah, esok, kita akan sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jadi, dikesempatan ini, sebelum masing-masing start sibuk malam nanti, aku rasa ada baiknya aku tulis dulu sebuah entry.

Macam biasa la, bila dah nak raya ni, masing-masing akan meminta maaf atas segala silap dan salah. Normal la yer tak. Padahal kalau diikutkan, hari-hari pun kalau buat salah, kita memang kena minta maaf. So aku pun macam tu jugak la, tersabit dengan mood dan sambutan hari raya, aku pun nak minta maaf jugak pada semua.

Secara zahir, rasanya aku memang tak pernah menyakiti sesiapa. Maklum la, jumpa pun tak pernah. And untuk geng-geng kopitiam, kalau jumpa pun aku cuma salam dengan lelaki jer, which is Bundle and Fik. And rasanya lagi, aku salam dengan diorang pun macam biasa jer kot. Tak ada la kuat mana. Jadi aku fikir, menyakiti secara zahir tu memang tak ada. Tapi kot-kot kalau Bundle dengan Fik rasa sakit masa salam tu, aku mintak maaf la. Memang betul-betul tak sengaja.

Secara batin pulak, okey yang ni memang banyak. Jenuh kot kalau aku nak taip semua nama. Dari segi penulisan contohnya, kalau tak banyak, sikit pun maybe ada jugak yang akan terasa. Dari segi unfollow kat twitter or unfriend kat facebook, for whatever reasons pun, yang tu aku yakin ada segelintir pernah terasa. Dari segi gurauan yang mungkin terkasar, contoh kat Payeh, kat Syida, even kalau diorang tak terasa pun, aku tetap nak minta maaf. Dari segi salah faham beberapa kali dengan Bundle, yang tu pun aku minta maaf. Dari segi sikap-sikap aku yang mungkin kadang-kadang susah difaham, yang tu pun aku minta maaf.

Tapi aku rasa, dalam banyak-banyak kenalan kat dunia blog ni, aku paling banyak buat salah kat Ha. Tak kira la sama ada aku sengaja atau tidak, dari segi perbuatan, sikap, perilaku, ayat, tatabahasa, penggunaan kata, aku tau yang aku memang banyak buat salah kat dia. So, Cik Ha, sorry, untuk semua salah silap selama ni.

Pada geng-geng kopitiam yang lain iaitu Liyaa, Chuu, Aien, Punzel dan Sya, sorry kalau ada apa-aa benda yang buat korang terasa hati. Pada PA, pada Kami, pada pembeli bubble, pada one of my student yang pernah request entry sebelum ni, pada pembaca-pembaca yang masih sudi singgah walaupun blog ni dah suam-suam, pada silent reader, senang cerita, pada semua la yang aku tak dapat mention kat sini, aku minta maaf, dari hujung rambut, sampai ke hujung kuku kaki.

Kesimpulannya, sekian dulu untuk kali ni. In case kalau sekejap lagi aku teringat apa-apa yang perlu ditambah, aku akan update terus kat bawah. Agak rushing kot. Nak mandi, nak bawa budak-budak pergi bazar. Dan nak macam-macam lagi. Akhir kata, Aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Salah silap aku selama ni, mohon dan harap dimaafi.

p/s: malam nanti la aku edit and backlink..


*** hapdet ***

Tak lupa jugak aku ucapkan terima kasih pada NAL sebab sudi hantar kad raya. Tapi kad tu ada kat Kuantan. Aku tak bawa balik.

Then satu lagi, just nak maklumkan yang insyaAllah aku tak akan simpan apa-apa kat dalam hati. Yang mana kalau aku ingat ada buat salah tu, aku dah lama maafkan. And yang mana kalau aku tak ingat tu, means korang tak ada buat salah la, sebab tu aku tak ingat..hahaha.

Sekian, terima kasih.


• 05 August 2013 •

Asal Usul Aidilfitri Mulia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau lebih kurang setahun lepas, aku pernah buat entry pasal Diari Romadon Kawan Rafiq, maka tahun ni pulak, aku nak ceritakan tentang mitos pasal Aidilfitri Mulia. Mitos ini adalah kisah yang aku dengar daripada orang lama-lama. Tapi aku tak tau la sejauh mana kebenaran mitos ni.

Kononnya, beratus-ratus tahun dahulu, di negeri Kelantan, tinggal sepasang suami isteri yang hidup serba sederhana. Si suami bernama Encik Raya Bin Rabu, berasal daripada Tumpat. Manakala si isteri pula bernama Puan Liyaa Binti Labu, berasal daripada Kota Bharu. Adapun kehidupan seharian pasangan ini amat bahagia walaupun setelah beberapa tahun berumahtangga, mereka masih belum dikurniakan cahayamata.

Doa? Masing-masing dah berdoa. Usaha? Masing-masing pun dah usaha. Cuma, itu la, rezeki yang masih belum ada. Tapi mereka tak mengeluh, dan mereka tak kecewa. Kerana mereka tahu, berkat doa, berkat usaha, dan atas keizinan dari Yang Maha Esa, insyaAllah rezeki itu pasti akan ada.

Berjiran dengan pasangan ini pula, tinggal Pak Mat, atau nama sebenar, Encik Selamat Bin Wagino, berasal dari Parit Jawa, Muar dan isterinya Mek Dah atau nama sebenar, Puan Rasyidah Binti Rashid, berasal dari Kubang Kerian, Kelantan. Adapun Pak Mat ni adalah tukang urut yang terkenal di kawasan itu, manakala isterinya pula adalah seorang bidan kampung.

Berbalik kepada kisah Encik Raya dan Puan Liyaa, setelah puas mencuba dengan cara perubatan moden, mereka mengambil keputusan berjumpa dengan Pak Mat. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk berikhtiar. Tak salah kan untuk terus usaha? Bak kata Oh Chentaku, biar mati mencuba, jangan mati kecewa. Cewah, Oh Chentaku sangat..hahaha.

Hatta setelah beberapa purnama sejak berurut dengan Pak Mat, Puan Liyaa mula menunjukkan tanda-tanda. Alhamdulillah, berkat doa, usaha, sabar, dan kepercayaan kepada Dia, beliau kini disahkan berbadan tiga. Kenapa berbadan tiga? Kerana setelah diperiksa oleh Mek Dah, rupa-rupanya kandungan Puan Liyaa adalah kembar dua. Perasaan mereka? Tentunya gembira tidak terkata. Rezeki ini adalah anugerah yang sangat tidak disangka.

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Dan bulan berganti bulan. Kandungan Puan Liyaa, kira-kira seminggu sebelum Ramadhan, telahpun memasuki bulan kelapan. Dan kalau tiada aral melintang, insyaAllah genap 1 Syawal zuriat mereka bakal dilahirkan. Puan Liyaa memilih untuk bersalin secara tradisional jer. Maklumlah, Mek Dah bidan kampung tu kan ada. Biar la Mek Dah yang sambut kelahiran bayi-bayi dia..

Tapi, ujian mendatang buat Encik Raya dan Puan Liyaa. Pada hari terakhir puasa, Encik Raya terpaksa meninggalkan isterinya, atas hal kecemasan yang tidak diduga. Sebolehnya beliau ingin menemani isterinya, menyambut kelahiran bayi-bayi mereka yang pertama. Tapi, itu la, ketentuan Allah tak semestinya memenuhi setiap kehendak dia.

Puan Liyaa redha. Mungkin dah tertakdir untuk dia melahirkan anak tanpa ditemani suami tercinta. Mujur sebelum kelahiran, dia dah berbincang dengan suaminya. Kalau anak-anak lelaki, mereka nak namakan Mohd Fitri dan Mohd Aidil. Manakala kalau anak perempuan pulak, mereka nak namakan Nurul Farhah dan Nurul Aidah.

Takdirnya, kedua-dua anak mereka adalah lelaki. Mek Dah, sambil mendukung kedua-dua bayi tersebut, berkata pada suaminya, "Abe Selamat, selamat hari Raya". Dan kemudian, beliau menyerahkan kedua-dua bayi tersebut kepada Puan Liyaa. Juga sambil berkata, "Aidil, Fitri mu Liyaa".

So, itu la asal usul Selamat Hari Raya, Aidilfitri Mulia yang kita dah gunakan sejak sekian lama..hahaha. Terima kasih la sebab sudi membaca.

p/s: cerita ini cuma rekaan semata-mata.


• 03 August 2013 •

A Tale To Remember

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau Chuu anggap entry yang ini dah basi, maknanya entry aku ni dah berkali-kali ganda lagi basi kot. Cuma bezanya, entry aku bukannya wordless wednesday la macam yang Ku Sida-Sida buat.

Okey. Basically entry ni pasal iftar hari tu. Berbuka puasa dengan geng-geng kopitiam kat Gombak. Heh, rasa macam baru belajar menaip jer bila tulis pendek-pendek camni..hahaha. Kalau diikutkan, aku sebenarnya tak ada benda sangat nak cerita. Sebab Ha, Chuu dengan Syida dah cerita kat entry masing-masing. Tapi aku tulis la jugak sebagai sebahagian cerita dari side sebelah aku.

Planning asal sebenarnya aku cadangkan buat masa hari Ahad, 28 Julai. Sebab Isnin, 29 Julai tu kawan-kawan masa belajar nak buat iftar kat Dorsett Regency. Aku cadangkan Ahad supaya Isnin tu aku boleh consider untuk ke Dorsett Regency. Maknanya kat sini, aku akan ke Dorsett Regency kalau planning 28 Julai tu jadi.

Tapi tu la. Ahad. Then Isnin masing-masing dah start kerja. Aku ada alasan kukuh untuk decline 29 Julai tu. Sebab diorang buat Isnin. Apa diorang ingat kompeni tempat kerja tu bapak aku yang punya ke? So aku cadangkan tukar Sabtu, 27 Julai. Tak payah pergi Dorsett Regency pun tak apa. Not a big deal.

Tapi tu la. Ha tak available pada 27 Julai tu. So planning ditukar pada 20 Julai. Seminggu lebih awal. Aku okey, tak ada masalah kot. Sebab seronok jumpa geng-geng Kopitiam ni. Bundle on, Ha on, Syida on, aku on. Nampak macam dah kompem dah tarikh 20 Julai tu. Diulangi, nampak MACAM dah kompem dah tarikh 20 Julai tu.

Tapi tu la. Kita hanya merancang yer tak. Chuu unavailable. Sebab ada iftar dengan geng office. Syida unavailable last minit. Sebab Fik ada hal. Punzel balik berbuka dengan family. Cidut tak dapat dihubungi. So yang tinggal? Bundle, Ha dan aku. Jadi atas perbincangan bersama, immediately plan ditukar kepada Ahad, 21 Julai.

Bundle on. Ha on. Syida dengan Fik on. Chuu on. Aku on. Punzel 50-50. Aien hampir-hampir on, tapi last-last tak jadi. Cidut? Ghaib. Tak dapat dihubungi. Liyaa? Errr..Liyaa? Owhhh Liyaa Mf ke? Aku lupa apa status dia masa tu. Unavailable kot..heheh. So, kali ni memang kompem sekompem-kompemnya. Tarikh iftar geng Kopitiam adalah pada Sabtu, 21 Julai 2013.

Eh..meleret sungguh cerita aku. Daripada tadi cerita pasal date jer.

Pukul 12 tengahari aku gerak daripada Kuantan. Sambil-sambil tengah drive, sambil-sambil tengah nyanyi, tiba-tiba aku dengar bunyi macam tayar aku langgar something. Tengok daripada side mirror, nampak macam aku langgar skirting ke apa ke. Aku drive terus la. Gila apa nak reverse kat tengah-tengah highway.

Sampai R&R Temerloh, aku stop sekejap. Tengok bumper belakang, okey. Tengok tayar belakang, okey. Ah maybe aku terlanggar skirting siapa-siapa kot. So aku terus la jalan and sampai Gombak around 2.30 petang. Then bila kat Petronas tu, check punya check, baru aku perasan yang pelapik air kat tayar depan bahagian kanan dah tertanggal. Means benda tu la yang aku langgar kat tengah highway tadi. Grrrr..

Dalam pukul 3 ke 3.30 petang camtu Ha datang. Okey part ni ada lawak sikit. Harap Ha jangan ambil hati..hahaha. Ha wechat bagitau dia dah sampai. Dia tanya yang mana satu kereta aku, and aku parking kat mana. aku jawab, depan petronas. Dia kata kereta dia kat bahagian belakang. So aku jalan, aku jenguk, aku pusing.

Tapi tu la. Aku tak tau yang mana satu kereta Ha. Apa yang aku tengok and apa yang aku jenguk pun aku tak tau. Ha wechat lagi, dia kata dia nampak aku. Dia suruh aku jalan ke kereta dia. Ah sudah, kereta yang mana? Aku tanya, and Ha jawab Myvi Oren. Aku tengok Myvi Oren, daripada belakang la. Tapi tak ada siapa-siapa pun dalam tu? Ha ni kat mana sebenarnya? Macam tu la lebih kurang apa yang aku cakap kat dalam hati.

Err..contoh jer. Serius masa tu ingatkan takde orang..

Then bila aku dah jalan dekat sikit, baru aku nampak yang Ha sebenarnya ada dalam kereta..hahaha. Comel jer Ha. Kecik orangnya. Seat tu lagi besar untuk melindungi tubuh dia. Heheh, jangan marah yer Ha.

Then aku dengan Ha pergi Jalan TAR sekejap. Beli tingkap. Errr, maksud aku, window shoping. Kat sini pun jadi satu hal. Bila mana jari kelingking aku sebelah kiri, entah macam mana boleh tersangkut kat pintu kereta Ha. Bukan tersepit, tapi tersangkut. Luka la jugak, berdarah sikit. Walaupun luka tu kecik jer, tapi sakit dia boleh dikatakan sampai ke tulang. Pedih dia masa tu aku rasa macam menyucuk jer. Lagi-lagi bila time cuci tangan, sebab tempat luka tu kena air.

Aku syak itu semua ketulahan aku kat Ha kot..:D

Then pukul 5.30 petang ambil Chuu dengan Zura (kawan Chuu) kat KTM Baru Caves. Berkumpul balik kat Petronas. Keluar daripada surau, aku tengok penjahat ada dalam kereta Ha. Ding dong ding dong, last-last sampai kat Jees, tempat berbuka. Bundle yang bayar banyak walaupun aku yang makan banyak. Aku bayar jugak RM50, tapi dapat balance RM50.

So camtu la ceritanya lebih kurang. Nak cerita topik perbualan, rasa macam random sangat. Nak cerita pasal juadah makanan, rasa macam over sangat. Lagipun aku tak ada selera masa tu, makan ala kadar jer. Maklum la, tujuan aku datang jauh-jauh pun sebab nak jumpa diorang jer, bukan sebab nak makan..heheh.

Kesimpulannya, pukul 10.30 malam lebih kurang, aku gerak balik Kuantan. Wah, senang jer kesimpulan..hahaha.

Dah, habis cerita.

p/s 1: gambar semua ada kat blog Ku Sida-Sida.

p/s 2: hari ni aku balik kampung..terkulai-kulai la aku kat Kulai nanti.


Back To Top