Header2

• 30 November 2013 •

North Star

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry ni agak basi. Sebenarnya dah lama nak taip tapi hari ni baru cuba rajinkan diri.





Sebelum aku pergi kenduri kahwin Syida hari tu, aku memang dah terfikir nak buat satu entry pasal perjalanan ke Kedah. Konon nak buat entry tajuk yang ini dan nak letak lagu yang ni. Pesona Bintang Utara - one of my favorite song. Tapi tu la, tunda punya tunda, last-last dah sampai penghujung November.

Tak banyak sebenarnya yang aku boleh cerita. Majlis Syida hari tu, adalah kali ketiga aku jejakkan kaki ke Kedah. Kali pertama rasanya pada tahun 2002. Betul-betul lepas program Khemah Ukur kat Lumut, Perak. Kebetulan, destinasinya adalah Pendang. Rumah kawan aku, Abdullah Talib yang kitorang panggil Pak Lah.

Aku sampai ke Pendang waktu tu lebih kurang pukul 8.00 malam. Dah gelap. Aku tak sempat nak tengok bendang. Dan Hazati punya pasal, malam tu jugak - pukul 10.00 rasanya, aku bergegas balik ke JB. Alasan jer nak balik ke JB tu. Padahal sebenarnya aku ada hal nak jumpa Hazati kat KL, tak ingat hal apa. Dia kat PPUM masa tu. So, itu la yang pertama. Kenangan ke Kedah untuk kali pertama. Kosong. Tak ada pengisian apa-apa.

Kali kedua, rasanya pada Februari 2010. Berjalan ke Penang punya pasal. Aku tak ingat sebab apa, tapi aku drive sampai ke Penang. Nak jumpa Auni rasanya. Habis lepak-lepak kat Penang, malam tu aku hantar Auni balik ke Sungai Petani. Then aku check in kat Hotel Casa Lagenda. Esoknya, kereta aku hilang dan dijumpai semula kat Tikam Batu. Aku pernah cerita kat entry YANG INI.

So kali kedua pun sama. perjalanan yang sia-sia. Aku tak dapat simpan apa-apa moment berkaitan dengan Kedah. Tak ada. Yer la, dah kereta hilang, takkan ada mood nak berjalan. Lepas dapat kereta, aku terus drive balik Tg. Malim. Auni selalu anggap itu salah dia. Sebab aku hantar dia ke SP, sebab dia rekmen aku stay kat Casa Lagenda, tak pasal-pasal kereta aku hilang. Padahal bukan salah dia pun..hahaha.

Dan kali ketiga, hari tu. Dengan Ema and the geng. Sepanjang sebelum pergi, hari-hari aku google maps, nak cari kat mana ada bendang. Maklum la, sebelum-sebelumnya aku sampai dah malam. Memang tak nampak keberadaan bendang. Tapi hari tu, baru aku tahu yang bendang ada kat mana-mana. Mujur aku dah agak lewat untuk sampai ke majlis Syida. Kalau tidak, memang aku singgah dulu ambil gambar kat bendang.

Ema tanya aku, apa yang best sangat nak tengok bendang? Tak pernah tengok ke? Kat Johor tak ada ke? Dia rasa biasa jer, takde apa-apa yang istimewa. Kecik jugak hati aku masa tu, sebab aku memang bersungguh nak pergi bendang..hahaha. Tapi aku faham la, penilaian seseorang terhadap sesuatu tu tak semestinya sama yer tak?

Dipendekkan cerita, masa daripada Lostaq ke SP, aku ikut Yan. Sesak pulak tu sebab esoknya ada PRK kat Sungai Limau. Tapi tak apa. Sebab view bendang kat situ memang cantik gila. Kalau aku sorang masa tu, maybe aku dah berhenti lama-lama. Nikmati setiap pemandangan yang aku jumpa.


And to be honest, aku tak puas nak datang ke Kedah. Kalau ada masa, InsyaAllah aku nak datang lagi. Kali ni maybe sorang-sorang. Sebab banyak lagi tempat yang aku nak pergi, tapi sebelum ni aku tak sempat nak pergi. Contohnya, Pantai Merdeka, sambil-sambil nyanyi lagu Cinta Pantai Merdeka..pehhh.

Oh ya, masa kat Kedah hari tu, sempat jugak jumpa Husna Zahidi. Naik kat Sungai Sedim Tree Top Walk tu. Quite okey la. Tapi honestly, kalau compare dengan Hot Spring Poring, Sabah - Poring much better. Sebab goyang-goyang. Rasa cuak sikit bila jalan kat Poring tu. Kat Sungai Sedim, kukuh sangat. Boleh jalan sambil makan kuaci. Aku tengok Husna dengan Ema, diorang masing-masing jalan macam takde perasaan dah..hahaha.

Kesimpulannya, Kedah memang best walaupun aku tak berapa reti nak makan laksa. Best sebab aku boleh berbual dengan orang Kedah. Rasa feel kat Kedah. Suasana kat Kedah. Siap cuba-cuba lagi nak cakap Kedah dengan Encik Zahidi, walaupun pada hakikatnya koi ni ore nogori. Tapi sungguh, memang seronok.

Eh dah la. Aku sebenarnya benci start tulis entry pukul 11 malam ni. Sebab sedar-sedar jer dah dekat pukul 12 tengahmalam. Dah lebih pun. Laju bebenor masa berjalan sekarang ni kan? Kalau aku backdated entry ni tarikh semalam (30/11/2013) boleh tak? Ada sape-sape kisah? Tak ada kan? Haaa..bagos!! Kahkahkah.

Sekian, terima kasih.

p/s: err..lagu ni takde kaitan pun dengan entry..


• 28 November 2013 •

Noalan Nunah V


Koleksi soalan susah:
Soalan Susah I
Foalan Fufah II
Moalan Mumah III
Joalan Jujah IV

p/s: Sya ke Ima? Sya ke Ima? Sya ke Ima? Sya ke Ima? Sya ke Ima? :p


• 25 November 2013 •

New Chapter - Oposisi Separa Sisi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Encik D bukannya bodoh. Dia bukannya jahil sangat sampai tak tahu hukum-hukum agama. Bukan. Dia bukannya seteruk itu. Malah dalam sesetengah perkara tu, banyak sebenarnya yang Encik D lebih tahu berbanding aku.

Dalam kes dia, Encik D tahu apa yang dia buat tu adalah salah. Dia tahu minum arak tu hukumnya berdosa. Dia tahu main perempuan tu hukumnya berdosa. Dan dia sendiri sebenarnya taknak untuk kembali menjalani kehidupan yang macam tu.

Encik D balik KL dua minggu sekali. Means sebulan 2 kali la dia balik jumpa anak bini. Dan setiap kali balik ke Kuantan, bila lepak makan-makan, dia selalu bagitau yang dia taknak terus hanyut dengan kehidupan yang macam ni. Dia bagitau yang dia patut control kehidupan dia. Cuba kurangkan atau berhenti terus daripada pergi ke pub. Yup, berhenti pergi pub indirectly means yang dia akan berhenti minum. At least. Sekurang-kurangnya.

Sebenarnya waktu aku mula-mula buat entry Oposisi Separa Sisi - Episod 1 bulan lepas, Encik D memang dah berhenti pergi pub. Dia dah berhenti minum masa tu. The main reason yang membuatkan dia nekad untuk berhenti, ialah kerana anak. Ya, aku tahu ada yang akan kata bahawa Encik D sepatutnya berubah kerana Allah. Aku tahu yang tu. Tapi apa yang aku maksudkan kat sini, pemangkin untuk dia berubah adalah kerana anak.

Dia, sebagai bapa, dapat rasa yang kasih sayang dia pada anak tu macam dah sedikit berkurang. Diulangi, sedikit berkurang. Kasih sayang tu macam dah tak sama berbanding sebelum-sebelum ni. Dah tak sama berbanding selama-selama ni. Dan dia tak suka perasaan tu. Dia tak suka bilamana perasaan sayang pada anak kandung tu, dah jadi tak kuat. Dah tak macam biasa.

Atas sebab itu, dia nekad untuk berhenti. Rasanya dah hampir 2 bulan jugak dia tak pergi pub. Tak minum. Tinggalkan pub girl Thailand yang tergila-gilakan dia. Tak keluar walaupun berkali-kali diajak dan dipujuk oleh Mr. C. Kalau keluar pun dengan officemate lain, melepak kat mamak sampai pukul 2-3 pagi. Senang cerita, Encik D sibukkan diri dengan perkara-perkara lain dan sebagainya.

Atas sebab itu jugak, aku terlibat sama. Untuk makluman, aku dah mula pergi gym sekarang. Haaa..jangan main-main. Berketak la badan aku nanti..kahkahkah. Sebenarnya aku bukan nak pergi sangat pun. Lebih kepada nak support jer. Itu pun baru start minggu lepas. Sebab tu dalam entry sebelum ni aku ada kata, semuanya sebab Encik D. Yer la, dengan badminton lagi, dengan gym lagi, upcoming nanti nak buat futsal pulak. Betul-betul padat jadual aku nampaknya.

Minggu lepas, hari Khamis baru aku sempat masak kat rumah.

Kesimpulannya, Encik D sekarang dah mula habiskan duit dia untuk benda-benda yang berfaedah. Bukan duit dia jer, duit aku pun habis sekali. Tapi tak apa la, habis duit pun untuk aktiviti-aktiviti yang menyihatkan. Kira okey la tu.

Kesimpulannya lagi, bulan Oktober adalah bulan paling susah untuk mendapatkan tajuk entry. Atas sebab itu, aku terpaksa buat entry yang ada episod. Kira main tipu sikit la..hahaha. Oh ya, oposisi tu bermakna penentangan. Opposition. Separa sisi pulak bermakna separuh bahagian. Jadi, Oposisi Separa Sisi bermakna penentangan sebahagian daripada diri aku terhadap apa yang Encik D lakukan dalam sebahagian daripada hidup dia.

Dah, itu jer. Sekian, terima kasih.

p/s: kita takkan jadi kuat, hanya dengan niat nak jadi kuat..:)


• 22 November 2013 •

Next Entry

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bila tengok balik entry-entry aku untuk bulan ni, baru aku perasan yang konsistensi aku terganggu selama 5 hari. Yer la, sepanjang 16 hari yang lepas, dapat jugak publish 8 entry. Means 1 entry untuk setiap 2 hari. Tapi, tiba-tiba terganggu. Semuanya sebab Encik D.

Tak. Sebenarnya macam ni. Kalau ikutkan hati, niat aku memang nak sambung cerita pasal Encik D. Tapi disebabkan tadi aku chat dengan Yaya, terus terbantut idea yang sebelum ni.

Okey, hari ni birthday Yaya. Terus terang cakap, aku sebenarnya lupa. Betul-betul lupa. Then masa nak sign dokumen siang tadi, baru aku perasan yang aku tulis 21/11/13. Terus terfikir, 21/11? Ada apa-apa yang aku miss ke hari ni? Sebab tarikh tu macam familiar. And tak sampai 1 minit, aku dah dapat jawapan.

Aku wish kat facebook macam biasa. That time, aku tak terfikir pun nak buat entry ni. Sebab takde benda sangat yang perlu ditulis. Not until she replied me, and show me her baby. Heh, speaking la konon..hahaha.

Sebelum ni, aku pernah bagitau tentang pemergian aku ke Sabah. Itu adalah salah satu benda yang aku kena buat untuk melunaskan janji aku pada Yaya. Then 14/05/13, baru aku inform kat dia. Saja la nak bagitau pasal benda tu. And part of our short conversation adalah seperti di bawah.


Haaa..terharu aku. Anak dia lahir sehari selepas kedatangan aku. Kebetulan jer sebenarnya. Even kalau aku tak datang pun, anak dia lahir jugak..hahaha. Tapi, aku tetap rasa seolah-olah aku datang pada masa yang sesuai. Seolah-olah walaupun hanya kebetulan. Tambahan pulak 28/04/13 tu, aku memang ada kat sekitar KK jer.

Berbalik kepada wish birthday siang tadi. Sebenarnya aku tak expect pun Yaya akan balas. Tak harap pun. Saje jer aku nak wish walaupun dia memang takde kat dalam friendlist.

Balik kerja, aku masak. Lauk sardin. Sedap pulak tu..kehkeh. Errr, lepas masak, aku naik atas. Tengok-tengok, dia ada balas. Sembang-sembang sikit tanya khabar, then tak lama lepas tu dia tunjuk gambar. Anak dia. Comel gila kot. Rasa macam nak ngorat.

Hawa Nur Qalesya a.k.a Chacha

Kesimpulannya, bila mengenangkan balik perkenalan kitorang yang dah hampir 9 tahun, banyak sangat benda yang kian berubah. Yaya la terutamanya. Dia dah kahwin, dah ada anak.

Aku?

Okey, sekian terima kasih.

p/s: hoi..takde sesape nak masuk meminang aku ke? hahaha


• 16 November 2013 •

Need To Change

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya aku nak tulis entry ni semalam. Tapi sebab ngantuk, maka option yang paling menyeronokkan ialah tidur.

Okey, entry ni pasal senario bolasepak kat Malaysia. Macam yang kita tahu (aku anggap jer korang tahu..kehkeh), semalam pasukan kebangsaan kalah 0-1 kepada Bahrain. Normal la tu. Aku tak terkejut pun kalau Malaysia kalah. But don't get me wrong. For sure aku sokong pasukan Malaysia. Tapi dalam masa yang sama, aku rasional jugak. Sebab based pada rekod pertemuan dan kekuatan kedua-dua pasukan, kali terakhir Malaysia menang adalah kira-kira 35 tahun lepas. Diulangi, tiga puluh lima tahun lepas. Kot.

Aku tak kisah Malaysia kalah. Menang kalah tu memang adat la yer tak. Tapi, aku tak puas hati dengan cara kekalahan tu. Lagi-lagi bila baca perkataan kalah tipis. Rasa macam nak lempang jer siapa yang tulis berita macam tu..hahaha. Sebab pada aku, Malaysia bukannya 'kalah tipis'. Tapi Malaysia 'kalah'.

Kalah tipis tu ialah bila kau dah fight dan berjuang dengan sehabis baik. Cuba untuk achive apa yang kau target.

Aku rasa kita semua tahu bahawa target semalam adalah untuk menang, bukan untuk seri. Dan cara permainan kita pun sepatutnya adalah untuk menang, bukan untuk seri. Tak salah main secara bertahan, tapi taktikal masa bertahan tu seolah-olah langsung tak ada. Clear ball sesuka hati, selalu lost possession, takde counter attack, takde arah tuju, nak menang hape kalau macam tu? Cuba kabor cara mana kau nak create chance kalau hampir semua pemain kau berkampung kat kawasan sendiri? Tak nampak macam target nak menang langsung. Ntah hapa-hapa.

Semalam, buat pertama kali sejak aku tengok Astro Arena, aku setuju dengan Nazzab Hidzan. Selama ni aku tak pernah setuju pun. In fact, aku rasa pengulas-pengulas bolasepak kat Malaysia ni merepek semata-mata. Tapi semalam, bila dia kata Rajagopal yang salah, aku terus setuju. Siap angguk-angguk kepala lagi untuk menyatakan persetujuan aku. Padahal aku tengok bola sorang-sorang jer kat dalam bilik.

Aku ni bukannya pandai sangat pasal bolasepak. Nak suruh aku jadi pengulas, memang ke laut la. Nak suruh aku jadi coach, aku takde lesen Kelas A. Tapi aku daripada dulu memang follow perkembangan bolasepak dalam dan luar negara. Tiap-tiap tahun jadi manager dalam game Football Manager. Sejak tahun 1999/2000. Jadi, sebab tu aku sendiri pun tak faham dan tertanya-tanya rasional perancangan taktikal dan pemilihan pemain yang Rajagopal buat.

First, perancangan taktikal. Kenapa perlu nak main secara bertahan kalau target Malaysia dalam game tu adalah untuk menang? Kenapa tak guna pendekatan menyerang? Kenapa last-last minit baru nak masukkan pemain gantian dengan harapan boleh ubah keadaan. Kenapa tak tukar seawal-awal masa Malaysia dah ketinggalan? Kenapa tak all out? Aku rasa supporters Malaysia lagi puas hati kot kalau kalah sebab kita menyerang, berbanding kalah sebab hanya bertahan.

Second, pemilihan pemain. Pun aku tak faham. Kenapa masih lagi pilih pemain seperti Safee dan Safiq? Kenapa stick kepada player yang sama walaupun tahap permainan mereka kebelakangan ni agak menurun? Diorang memang pemain yang bagus, tu aku tak nafikan. Tapi pada aku, untuk musim ni, Safee dengan Safiq bukan berada pada tahap terbaik bersama JDT.

Ini bukan sebab kenegerian tau. In fact aku sendiri orang Johor. Cuma aku rasa banyak lagi kot pemain yang menyerlah musim ni tapi jarang diberi peluang. Piya contohnya, memang antara midfield terbaik Malaysia setakat ni. Amirul Hadi as well, sejak bertukar posisi ni memang nampak permainan dia menjadi. Nadzmi Faiz pun, walaupun masih muda, tapi aku nampak menyerlah, spread the ball. Striker yang perform pulak, Bobby Gonzales salah satunya.

Tapi ni la masalah Rajagopal. Stick pada player yang sama walaupun mungkin performance diorang tak seberapa. Dan bila kalah, alasan dia tetap sama jer - sedang bereksperimen untuk mencari gandingan terbaik. Walhal peluang tak diberi kepada pemain yang dah berusaha sepanjang musim untuk menjadi antara yang terbaik.


Penghargaan tahu tak, bila aksi terbaik diorang dihargai dan seterusnya terpilih untuk menyarung jersi negara!

Kesimpulannya, aku rasa zaman Rajagopal dah berakhir. Bukan menidakkan sumbangan dia untuk kejayaan-kejayaan sebelum ni. Tapi, mungkin dah tiba masa untuk kita dapatkan sentuhan baru. Sama macam FAM la, mungkin dah sepatutnya belajar dan buka minda untuk terima idea-idea yang lebih baru.

Sekian, terima kasih.

p/s: perlu ke diberitahu kenapa blog aku berwarna PUTIH? :p


• 14 November 2013 •

Nicotine

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sepanjang aku aktif main bola masa zaman kecik-kecik dulu, bersambung pulak main bola zaman-zaman belajar, and main badminton or panjat Bukit Pelindung masa kat Kuantan ni, kaki aku tak pernah krem. Seingat aku tak pernah la. Kalau pernah pun, maybe sekejap. Sebab tu aku tak ingat.

Tapi, tadi, adalah krem paling teruk yang aku rasa sepanjang kehidupan ni. At least paling teruk setakat waktu ni.

Ceritanya bermula pagi tadi. Macam biasa la, bangun pagi, pergi kerja. Aku memang jarang sarapan pagi. Setakat tak sarapan, then naik sampai tingkat 12 tu kira biasa la. Sebelum-sebelum ni aku selalu jugak macam tu, takde apa-apa masalah pun.

Hari ni rutinnya sama jugak macam biasa. Pukul 10 aku round daripada Ground Floor sampai ke Roof Floor. Dah penat, dah habis round, turun ke kantin, minum air. Rasa lapar, masuk dapur, ambil nasi, makan. Masa tu baru pukul 11.30 pagi kot. Kira cukup awal la untuk makan tengahari. Biasanya aku makan lagi lewat daripada tu. Kadang tak makan terus.

Lepas makan, entah pukul berapa aku pun tak ingat, maybe 1.30 petang agaknya, aku sambung round untuk external building. Tak lama pun, 10 minit jer. Then terus balik ke office.

Haaa..masa ni la kaki aku krem tiba-tiba. Betul-betul depan office, betul-betul lepas bukak pintu. Time bukak safety boot sebelah kiri, tiba-tiba kaki aku krem. Betis rasa macam kejang. Sakit gila kot. On the spot aku terbaring kat depan pintu office. Entah berapa minit. Berpeluh. Tahan sakit. Istighfar banyak-banyak supaya dapat tahan kesakitan tu.

Mujur waktu tu takde orang kat office.

Bila rasa macam terdaya sikit nak gerakkan kaki, aku cuba bangun. Tiba-tiba betis kanan pulak yang kena. Sekali lagi. Sakit dia memang sakit. Sakit gila babi. Ya, aku tahu. Tak baik cakap babi..kahkahkah. Tapi memang sakit gila kot. Lebih 10 minit jugak aku terbaring depan pintu. Takde daya nak bergerak. Dua-dua kaki keras. Rasa macam lumpuh sekejap. And to be honest, waktu tu aku cuma fikir pasal mati.

Alhamdulillah, masih lagi bernyawa.

Rasa macam agak-agak boleh nak berdiri, aku cuba berjalan. Terhincot-hincot jugak walaupun setakat nak pergi ke kerusi yang jaraknya cuma 2-3 meter daripada pintu. Mujur ada meja untuk dipegang dan menyokong kestabilan badan aku. Kalau tidak, aku rasa memang aku dah mengesot kot.

Sekarang ni quite okey la. Boleh jer berjalan walaupun masih berdengkot-dengkot. Kesakitan tu sampai sekarang masih terasa. Lagi-lagi bila time turun naik tangga. Dah macam budak-budak baru nak belajar berjalan dah.

Officemate aku ada jugak cadangkan cara-cara nak kurangkan krem. Ada yang suruh aku beli pil kalsium. Ada yang suruh aku rendam kaki dalam ketulan-ketulan ais. Ada jugak yang suruh aku tolak hujung jari kaki macam yang player-player bola selalu buat. Aku layankan jer la.

Sakit tahu?
Nutritionist aku pulak suruh macam-macam. Pergi berurut, sapu minyak or cream muscle relief, tampal pelekat berangin, tuam dengan ice cube dan makan panadol extend. Entah apa rasional makan panadol extend dengan kaki yang krem ni pun aku tak tahu..hahaha.

Kesimpulannya, tak ada. Tak ada kesimpulan apa-apa. Aku ni saja-saja jer nak cerita.

Oh ya, aku baru jer terjumpa benda ni, konon cara-cara nak kurangkan krem. Tak tau la sejauh mana keberkesanannya.

Sekian, terima kasih.

p/s: takkan krem sebab semalam main badminton kot?


• 13 November 2013 •

Wordless Wednesday #9 - Nama

Assalamualaikum dan dalam sejahtera.

Cuba korang fikir, berapa banyak nama yang korang ada sepanjang usia korang selama ni? Ada berapa agak-agak?

Aku bila fikir balik nama-nama yang aku guna sejak kecik, rasa banyak la jugak. Tu tak termasuk nama sebenar la. Tak termasuk jugak nama-nama yang dipanggil oleh ayah, arwah mak, adik beradik dan keluarga-keluarga terdekat. Ni kira betul-betul nama yang takde kena mengena dengan nama sebenar aku.

Masa zaman-zaman sekolah rendah, daripada Darjah 1 sampai Darjah 6, kawan-kawan sepermainan panggil aku Harun. Kenapa Harun? Entah, aku pun dah lupa sebab apa. Aku tak suka sebenarnya. Aku benci dipanggil dengan nama tu. Obviously sebab itu bukan nama sebenar aku. Tapi, as times pass by, lama-lama aku terbiasa. Get used by that name. 6 tahun aku dipanggil Harun, dan menyahut bila dipanggil Harun.

Bila masuk Tingkatan 1, aku dapat tawaran masuk ke sekolah berasrama. Terpisah la aku dengan kawan-kawan masa sekolah rendah. Jadi bila masuk asrama tu, for sure la akan dapat nama orientasi. Nama glemer la konon-kononnya. Daripada cerita pelajar-pelajar senior, diorang mula-mula nak namakan aku Sitam. Sebab aku hitam. Cilakak! Sampai hati diorang..kahkah!

Tapi last minutes tak jadi. Nama Sitam tu diberi kepada orang lain. Sebagai gantinya, diorang namakan aku Petir. Heh..macam lagi teruk jer kan? So sepanjang 3 tahun aku kat asrama, melekat la nama Petir sinonim dengan keberadaan aku. Sampaikan bebudak pompuan pun panggil aku dengan nama Petir, instead of nama sebenar aku.

Still masa menengah rendah, time kat sekolah, ada sorang cikgu tu, dia bukan panggil aku Petir, tapi Putih. Diulangi, Putih. Puuutih. Haaa..blur jugak aku masa tu. Sebab aku tak tau dia mengedog ke apa. So aku anggap dia doa yang baik-baik jer..hahaha.

Form 4, aku pindah Kulai. Sekolah biasa. Takde duduk asrama dah. Masa kat sini member-member sekelas kesemuanya panggil aku dengan nama yang disignifikasikan daripada nama sebenar aku. Heh..suka hati aku jer gunakan perkataan signifikasi kat dalam ayat tu. Tak tau sesuai ke tidak.

Tapi, sepanjang 2 tahun kat menengah tinggi, ada sorang cikgu tu panggil aku dengan nama Ubi. Haaa..apa korang ingat Kartunis Ubi jer ke yang guna nama tu? Aku pun guna jugak la..hahaha. Alasan cikgu tu ialah kerana aku ni pendiam. Alaa..Form 4 woi, pindah pulak sekolah baru pulak tu, so memang la aku pendiam. Sebab tu cikgu panggil aku Ubi, daripada peribahasa diam-diam Ubi. And yes, it's self explanatory.

Habis zaman sekolah, aku masuk unibesiti. As usual, masa mula-mula diorang pun panggil dengan nama sebenar. Tapi tak lama. Lepas setahun, aku dapat gelaran Cikgu. Kisah tu pernah tercatat dalam entry YANG INI. Dan akhirnya, lama-kelamaan, tak ramai yang betul-betul tahu dan ingat nama sebenar aku.

Dalam tahun 2004-2005, aku berjinak-jinak masuk ke MiRC. Motif awal sebenarnya nak main kuiz jer kat dalam tu. Lawan dengan seripah_t. Waktu tu la aku mula gunakan nama Echizen. Dipetik daripada watak utama The Prince Of Tennis, Ryoma Echizen. Maklum la, masa tu anime adalah kegilaan untuk pelajar-pelajar unibersiti. Masa terluang memang layan anime. So aku pun terpengaruh la jugak sebab anime tu belum ditayangkan kat stesen TV Malaysia.

Bertahun aku gunakan nama Echizen. Sehinggakan facebook aku pun menggunakan nama Mohd Echizen. Jadi, tak ramai yang betul-betul tahu nama sebenar aku. Kebanyakannya panggil aku Echi. Even kawan-kawan sekolah yang dulu panggil aku dengan nama sebenar, sekarang pun masing-masing dah start panggil aku dengan nama Echi.

Oh ya, ada satu nama lagi yang dipanggil oleh kawan-kawan facebook. It's Cici. Apa? Korang ingat Sya sorang jer ke yang boleh dipanggil Cici? Aku pun boleh jugak la..kehkeh.

Ceritanya macam ni. Beberapa tahun lepas kan kemain famous cerita-cerita indon dimainkan kat stesen TV Malaysia. Korang perasan tak nama-nama panggilan dia? Stok-stok sukukata yang berulang. Nini. Nana. Rara. Zaza. Kiki. And so on.

Jadi ada la beberapa kawan-kawan facebook aku yang mengada dok panggil aku Cici. Reaction aku? Heh..aku gelak jer la. Sebab teringat Cici, isteri Son Goku. Nama tu untuk orang perempuan kot. Rasa macam lawak pulak bila tiba-tiba aku dipanggil Cici.

Ini Cici
Kesimpulannya, aku saja jer nak buat evolusi tentang nama-nama yang pernah digunapakai sepanjang kehidupan aku. Takde apa faedah pun entry ni.

Sekian, terima kasih.

p/s: Wordless Wednesday? Abaikan..kahkahkah.


• 11 November 2013 •

Novel Ni Agak Best, Tapi Takde Tajuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Heh. Macam ketagihan pulak bila 2 entry berturut-turut menceritakan tentang novel. Semua ni Ismi Fa Ismail punya pasal..hahaha. Oh ya, aku ingatkan Ismi tu lelaki..-_-

Okey, to be honest, waktu aku tulis entry yang sebelum ni, aku belum baca pun novel yang takde tajuk tu. Aku just buka plastik dan ambil gambar. Then selitkan sekali dalam entry. Sebab aku fikir, sebelum aku baca novel tu, aku kena khatam JBNN lagi sekali. Aku kena fahamkan and dapatkan balik feel yang ada kat dalam JBNN. Errr..JBNN tu Jangan Baca Novel Ni.

Malam semalam, dalam pukul 11, lepas aku habiskan JBNN, aku mandi. Lepas mandi, aku off laptop, aku off TV. Aku biar kipas berpusing macam biasa dan aku pasang aircond macam biasa. Berbaring, pakai selimut. Lampu aku biar terbuka. Dengan lafaz bismillah, aku buka sekuel, dan aku mula membaca.


Aku cuak sebenarnya nak baca novel ni. Sebab aku tak tau apa isi yang ada kat dalam. Aku tak tau nak expect apa. Tapi dalam masa yang sama, aku tau expectation tu ada. Ada tapi tak tau apa. Yer la, bila kau dah baca satu novel yang best, for sure kau harap sekuel tu akan jadi lagi best. Or at least on par dengan novel yang sebelumnya.

And yes. Sekuel tu agak best.

First, sebab watak-watak dalam tu masih lagi watak yang sama. Aku tak perlu nak selak JBNN untuk fahamkan butir-butir cerita. Ia masih lagi misteri yang tak berkesudahan bilamana aku seperti Conan Edogawa yang berfikir dan cuba menyiasat tentang pembunuhan dalam bilik berkunci. Haaa..gitu! Tamsilan sangat..kahkahkah.

Second, sebab aku dapat rasa 2 cangkuk cerita yang bergerak dalam masa yang sama. Benda ni biasa. Dalam novel-novel lain pun aku pernah jumpa. Cuma bezanya kali ni, aku tak dapat nak predict kat mana, or macam mana 2 cangkuk cerita ni akan berjumpa. Langsung tak dapat nak fikir. Diulangi, langsung. Yang aku tahu, cerita pertama dan cerita kedua PASTI ada kaitan. Sebab tu aku teruskan baca.

Dan akhirnya, segala tanda tanya terjawab bila kedua-dua cerita tu berjumpa. Lari pulak tu daripada sangkaan aku..hahaha. Aku ingatkan Azhan tu mangsa kelima. Sebab nama dia Azhan. Sekali last-last Azhan tu rupanya yang jadi pemangsa. Memang betul-betul unexpected.

Tapi, ada tapinya.

Tapi selepas terjawab tanda tanya tu, sebahagian cerita hujung-hujung rasa dah jadi macam antiklimaks. Maap la Ismi kalau terbaca entry aku ni. Tapi itu la yang aku rasa. Mungkin sebab daripada awal, fokus aku cuma nak tau kat mana cangkuk yang menghubungkan kedua-dua cerita. Mungkin daripada awal, expectation aku memang sampai kat situ jer.

Apapun, aku suka bila membayangkan bahawa setiap cerpen atau novel tu adalah cara untuk menyembunyikan laporan kepada organisasi. In fact, aku tergelak bila baca part tu..hahaha. Cuma, aku tak boleh nak hadam bila membayangkan bahawa penguraian tersebut dilakukan oleh budak berumur 9 tahun. Part tu yang aku rasa jadi antiklimaks.

Okey, dah.

Kesimpulannya, bila aku tengok cover kat belakang novel tu, baru aku faham. Silap aku kerana meletakkan expectation. Meletakkan jangkaan. Meletakkan harapan. Dan seterusnya mengharapkan kesempurnaan. Sedangkan awal-awal lagi Ismi dah pesan:

Nak gembira?
Nak tersenyum?
Nak bahagia?
Nak ketenangan?
Nak harapan?
Nak kesempurnaan?

TAK PAYAH.

So kesimpulannya lagi sekali, aku taknak suggest korang baca novel ni. Tapi kalau korang nak aku suggest jugak, aku akan suggest korang baca novel yang sebelum ni, even tajuk dia Jangan Baca Novel Ni. Dari situ, korang sendiri akan decide sama ada korang nak baca, atau taknak baca novel ni.

Sekian, terima kasih.

p/s: away tengok bola~


• 08 November 2013 •

Novel Ni Best, Jangan Baca Novel Ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau ikutkan hati, aku nak buat entry ni awal tahun depan. Bulan Januari. Sebab tajuk novel ni bermula dengan huruf J. Tapi nak menunggu bulan Januari tu bapak lamanya. Ingat aku boleh sabar? Jangan harap la..kehkeh. Jadi, dek kerana hasutan setan yang tak berapa nak setan, aku buat jer entry ni hari ni.


First time aku ternampak novel ni, aku rasa macam celaka. Rasa macam dicabar, dipanggil, diseru untuk beli dan baca. Mungkin sebab tajuk dia tu macam suatu larangan. Dan manusia macam aku ni, apa yang dilarang tu la yang aku rasa nak buat. Aku nak tau kenapa aku dilarang. Aku nak tau kenapa aku tak dibenarkan baca novel tu.

Dan yang paling keji, aku rasa kalau aku tak baca, seolah-olah aku mengikut arahan pada cover novel tu. Jadah betul. Kenapa aku kena ikut arahan yang tertulis kat situ? Nak curi-curi baca tak boleh, sebab dah dibalut dengan plastik. Last-last aku bawak pegi kaunter, aku bayar. Habis cerita.

Mula-mula aku nak citer pasal cover. Cover dia bodoh-bodoh alang jer kot. Kosong. Merah di atas hitam. Macam blog aku. Takde nak bunga-bunga. Takde gambar awek cun. Takde gambar pakwe hensem. Takde nak metafora cantik-cantik bagai. Tak ada apa. Simple jer.

Itu cover depan. Bila aku tengok belakang pulak, sinopsis apa pun takde. Sebaliknya cuma kata-kata yang buatkan aku rasa makin curious. Buatkan aku rasa makin nak tau yang novel ni sebenarnya mengisahkan tentang apa.

Bila aku dah beli, dah bukak plastik cover, dah mula baca, baru aku rasa yang makin lama, novel ni jadi makin best. Penceritaan dia simple. Bahasa pun simple. Senang difaham dan mudah dibaca. Tapi, cerita dia memang tak sesimple apa yang mungkin korang gambarkan.

Cerita dia unik. Cerita dia pelik. Cerita dia macam satu kronologi. Ada part-part yang kita mungkin dah expect. Dan ada part-part yang memang unexpected. Ada cerita di atas cerita, ada cerita di dalam cerita, dan ada cerita di luar cerita. Mengisahkan tentang apa yang telah, sedang dan akan berlaku. Kalau korang tak baca page yang pertama, korang takkan dapat relate apa sebenarnya yang berlaku kat page 198.

Haaa..cemana tu? Kahkahkah!

Tapi, yang best pasal novel ni, sama ada sedar atau tak sedar, perlahan-lahan dia mengganggu sistem nerve aku. Buatkan aku rasa curious. Buatkan aku rasa nervous. Buatkan aku rasa macam nak bau dakwat yang digunakan untuk menulis, sama ada memang mengandungi dadah atau sebaliknya.

Oh ya, novel ni ada sekuel. Tapi sekuel dia tak ada tajuk. Kat bawah ni adalah sekuel yang aku beli, sehari selepas aku beli novel yang kat atas. Sebenarnya aku awal-awal lagi memang dah nampak sekuel ni, even sebelum beli novel yang first. Cadang-cadang konon nak beli untuk bulan depan la. Tapi disebabkan taknak hilang feel Jangan Baca Novel Ni, tak payah tunggu bulan depan, on the way pergi kerja jugak aku terus singgah beli.


Kesimpulannya, pada aku novel ni best gila. Mungkin pada orang lain, biasa-biasa jer. Tapi tak kisah la pasal tu yer tak. Sape nak beli, beli la. Aku promote jer..kehkeh. Oh ya, Jangan Baca Novel Ni tersenarai kat no. 13 untuk top 20 bestsellers beberapa bulan lepas. Sekuel dia pulak sekarang kat tempat no. 20, setakat pada 3 November lepas.

Amaran. Kalau korang rasa nak baca novel cintan cintun yang meruntun jiwa, tak payah susah-susah selak novel ni. Memang la ada part cinta, tapi bukan sampai tahap jiwang macam tu.

Amaran lagi, kalau korang harapkan KUANTITI bahan bacaan yang  berpatutan dengan harga, pun tak payah susah-susah beli novel ni. Sebab novel ni agak mahal berbanding jumlah perkataan yang dia ada. In fact novel ni lagi mahal daripada Love You, Mr Arrogant. Nampak jer tebal, tapi font dia agak besar. Kalau betul fokus, tak sampai 2 jam dah habis baca. Itu pun kalau korang kejar KUANTITI la..

Dah la. Malas aku nak bagi amaran. Kalau korang rasa nak baca, baca la. Kalau taknak pun, bukannya aku rugi apa-apa..hahaha.

Sekian, terima kasih.

p/s: aku tengah cari 3 lagi karya Ismi Fa Ismail.


• 06 November 2013 •

Naik Usia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

22 tahun yang lepas, di sebuah teratak warisan di Kota Jembal, tinggal Encik Alias bersama isteri dan anak-anaknya. Keadaan keluarga mereka, walaupun serba sederhana, tapi memang cukup bahagia.

Penghujung Mac 1991, Encik Alias mendapat khabar gembira. Isterinya mengandung 2 bulan. Alhamdulillah, anak tu kan rezeki. Encik Alias dan isterinya terima kurniaan tu dengan seikhlas hati.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, dan bulan berganti bulan. Akhirnya November pun tiba. Isteri Encik Alias kini kian sarat dan menghitung hari untuk melahirkan anak mereka.

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, ada seorang pemuda kurang siuman mengamuk di kawasan kejiranan Encik Alias. Ni betul-betul mengamuk punya. Siap katok ore dengan parang. Ada yang meng-ga-la-mi luka ringan. Dan ada jugak yang sampai cedera parah.

Mujur waktu tu Encik Alias dan keluarganya memang ada kat dalam rumah. Dok perhati jer amukan pemuda kurang siuman tu daripada tingkap. Yer la, takkan nak keluar. Kat luar tu kan bahaya.

"Hiargh! Hiargh!" Macam tu la lebih kurang amukan pemuda tersebut. Habis parangnya dilibas ke sana sini. Keadaan memang betul-betul tak terkawal.

"Parah! Parah!" Terdengar pula jeritan Encik Aizam Mat Saman (jiran Encik Alias) sambil meriba isterinya yang berlumuran darah. Kena tikam agaknya.

Tiba-tiba, jeng jeng jeng. Tiba-tiba isteri Encik Alias rasa macam dah nak bersalin. Apa lagi, Encik Alias terus capai kunci kereta, start kereta dan bawa isterinya ke hospital. Peduli la pemuda yang mengamuk tadi. Kalau dia kacau jugak, Encik Alias nekad nak langgar kaki dia..grrrr.

Kat hospital, beberapa jam kemudian, isteri Encik Alias pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

"Abe, nok wi namo gapo dio budok nih?" Tanya isteri Encik Alias.

Encik Alias blur sekejap. Tak sempat nak fikir. Dalam kepala dia masih risau pasal hal amukan kat kawasan kejiranan tadi. Jeritan pemuda kurang siuman dan jeritan Encik Aizam silih berganti. Hiargh! Parah! Hiargh! Parah! Hiargh!

Ting!!!! Tiba-tiba Encik Alias dapat idea. Aku nak namakan anak aku Farahiyah, start huruf F jugak macam wife Encik Aizam, kata Encik Alias dalam hati. Dengan harapan, anak aku nanti akan suka pada orang yang nama Aizam. Cuma aku nak tambah Nur kat depan, biar anak tu ada 'cahaya' yang menyinari dia. Dan bila diberitahu kepada isterinya, isterinya terus jer setuju. Maka dapatlah nama Nur Farahiyah Alias..kehkeh.

Errr..kira logik la kan cerita aku?

Kesimpulannya, lebih kurang 75 hari yang lepas, Farah Alias request aku buatkan 1 entry sempena birthday dia yang ke-22. Lama jugak aku dok fikir nak cari idea. Even waktu aku mula menaip tadi pun, aku tak ada idea nak tulis apa. Taip-padam-taip-padam last-last ini la dia entrynya.

So kepada Farahiyah Alias, Selamat Hari Lahir. Semoga usia 22 tahun ni diberkati dan cepat-cepat kahwin dengan Ashraf. Hadiah? Masa kat Kedah aritu saya jumpa 1 hadiah yang best. Tapi tak beli, dengan harapan kat Kuantan akan jumpa jugak hadiah yang sama. Tapi..

Ya, tapi bila round kedai-kedai hadiah dan cenderahati kat Kuantan ni, memang langsung tak jumpa. So sekarang ni nak kena pergi Kedah balik ke macam mana?

Once again, Happy Birthday Farah Alias.

Sekian, terima kasih.

p/s: Parah! Hiargh!!!!!


• 05 November 2013 •

No. 1 Ialah C

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penat gila. Aku sebenarnya baru sampai Kuantan dalam pukul 10.30 pagi tadi. Perjalanan ke Kedah untuk menghadiri kenduri kahwin Syida, dan seterusnya melawat tempat-tempat lain, memang betul-betul memerah keringat aku. Kalau ikutkan hati, masa balik semalam aku nak terus drive sampai Kuantan. Boleh tidur atas tilam. Tapi ngantuk gila. Hampir-hampir terlelap masa drive. Last-last, sampai Dungun jer aku terus berhenti tidur dalam kereta.

Okey, aku bukan nak cerita pasal tu.

Esok, bersamaan 6 November 2013, adalah hari pertama untuk pelajar-pelajar SPM menduduki peperiksaan SPM. Aku ada la jugak 2-3 kawan blogger yang jadi SPM candidates tahun ni. Antaranya ialah Payeh Kuced, Ninja dan my nutritionist.

Dulu masa zaman-zaman aku ambil SPM, mungkin perasaan aku pun sedikit sama macam budak-budak zaman sekarang. Sedikit jer la. Yang sama masa tu ialah, SPM ni kena buat betul-betul. SPM ni adalah untuk masa depan. Kalau SPM teruk, maknanya teruk jugak la life aku lepas ni.

Tapi dalam masa yang sama, aku tau tahap kemampuan dan kebolehan aku. Kalau orang lain - maksud aku budak-budak forecast - biasanya target nak dapat straight A, nak dapat single aggregates. Aku pulak, takde target macam tu. Aku bukannya pandai sangat. BI aku memang terabur. Sejarah aku pulak hancur. Dua paper tu aku cuma target untuk lulus jer. Tak termimpi langsung nak score.

As a result, aku lulus cukup makan untuk dua paper tu.

Lama-lama, bila dah habis SPM, bila dah tinggalkan umur belasan, baru aku sedar yang SPM bukan segala-galanya. Ia hanya sekadar tahap pencapaian untuk pelajar Tingkatan 5. Bermaksud, kau berjaya habiskan zaman persekolahan. Itu jer.

Tak. Jangan salah faham. Aku bukannya nak menidakkan kepentingan SPM. Aku tau SPM tu penting. Cuma apa yang aku nak tekankan kat sini, SPM bukannya betul-betul penting.

Let say SPM kau cemerlang, dan kau sambung study untuk diploma, degree, master and PHD. Apa kau ingat orang akan pandang SPM kau? Memang tak la. And let say kalau SPM kau biasa-biasa jer, tak cukup kuat untuk melayakkan kau bersaing secara akedemik kat peringkat tertinggi. Then kau pergi mintak kerja. Apa kau ingat diorang betul-betul pandang SPM kau? Lagi la tidak kot..hahaha.

Kesimpulannya kat sini, belajar tu belajar jugak. SPM tu pun SPM jugak. Tapi jangan fikir bahawa SPM tu terlalu besar dan akan jadi penentu untuk kejayaan hidup kita. Jangan sampai SPM tu buatkan kau stress gila-gila. Sebab SPM sebenarnya takde apa sangat pun. At the end of the day, it just a piece of paper. Ramai jer kenalan aku yang dropout zaman sekolah, tapi sekarang ni success dan berjaya dalam hidup masing-masing.

Senang cerita, hidup ni bukan hanya untuk belajar. Tapi untuk hidup, kita memang kena sentiasa belajar.

So untuk SPM candicates tahun ni, good luck and wish you all the best. Nak petua? Kena mintak kat Liyaa, sebab dia tua. Kalau nak pemuda, aku ada la..kehkeh. 'Pemuda' aku senang jer, masuk dewan periksa bawa air mineral. Mulakan dengan Bismillah. Dan yang paling penting, jawapan No. 1 ialah C.

Ingat itu jer. Sekian, terima kasih.

p/s: tido woi..letih gila!


• 02 November 2013 •

Nikoh Male, Bekwoh Loni

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cewah, kemain tajuk. This is Pata Timur kae..hahaha.

Once again, entry ni bersifat imaginasi. Means, waktu aku auto publish entry ni - pukul 2.00 petang - aku kemungkinan besar sedang berada di Pendang. Menghadiri majlis kenduri kahwin Ku Syida kat sana. Macam yang tertulis kat tajuk tu, dia nikah semalam. Dan hari ni adalah majlis meraikannya.

Kalau kat bawah ni ada gambar pengantin, maknanya aku sempat la sampai on time. Tapi kalau tak ada, maknanya aku masih lagi on the way. Mungkin kat Baling, mungkin kat Jenjang, atau mungkin sesat entah kat mana-mana. Apa? Korang ingat Sya sorang jer yang boleh sesat? Hahaha..

Okey, cerita tentang perancangan untuk ke majlis Syida.

Perancangan untuk aku pergi ni sebenarnya dah lama. Even sebelum aku rejoin Kopitiam, aku dah planning awal-awal semua benda ni. Cuma bezanya, aku tak bagitau Ku Syida. Konon nak buat surprise la. And kat Kopitiam pun aku tak bagitau jugak. Berlakon macam aku tak sure and tak dapat nak pergi. Yer la, kalau aku inform kat Kopitiam, indirectly sama la macam aku inform jugak kat Syida.

Lagipun masa awal-awal aku buat planning tu, aku belum rejoin Kopitiam. Kira macam nak bagi surprise jugak sebab tiba-tiba muncul and jumpa diorang semua kat sana. Basic planning camtu la. Tapi bila dah rejoin, aku tetap tak bagitau, walaupun secara personal. Bukan sebab taknak carpool or taknak jadi mastermind untuk deal and rancang balik semua benda ni. Bukan, bukan camtu. Tapi sebab aku tak pergi ikut KL. Aku ikut Kelantan. Jalan Jeli - Gerik tu.

Kawan aku kata, kat jalan tu selalu ada gajah melintas. So kalau kat bawah ni ada gambar gajah, means haiwan tu muncul and aku sempat snap sekejap tadi. Tapi kalau takde gambar tu, maknanya kitorang memang takde rezeki la.

Kitorang? Ya, kitorang.


Disebabkan aku ikut Kelantan, which is lalu Kuala Terengganu, so aku deal dengan salah sorang blogger kat situ. Ahli baru Kopitiam jugak - Emma Maembong. Tapi aku deal benda ni pun sebelum Emma join Kopitiam la. Ingat nak ajak Payeh sekali, tapi SPM dia start 6 November. So dia memang tak dapat kelepasan untuk curi-curi keluar sampai ke Kedah. Oh ya, link Payeh tu tak payah klik pun takpe..hahaha.

Sorang lagi yang tahu pasal perancangan aku ni - even tak berapa detail - ialah penyimpan mohor besar rahsia-rahsia aku, merangkap bakal kakak ipar yang sangat dihormati, Liyaa Mf. Benci la aku kat Liyaa ni. Rasa macam senang jer aku tercerita apa-apa kat dia..grrrr.

Okey, berbalik kepada kenduri kahwin Ku Syida. Honestly kalau last minutes Emma tak dapat join, and aku akan lone ranger - drive sorang-sorang - aku tetap akan datang jugak kenduri ni. Alaa..Kedah ni memang tak pernah terkeluar daripada senarai tempat yang aku nak pergi. Sebab tu la wujud entry Kakdah Pantang Kalah suatu ketika dulu..hahaha. In fact, aku dah shortlisted sekurang-kurangnya 26 tempat untuk aku pergi sepanjang 3 hari aku kat sini.

Kesimpulannya, Selamat Pengantin Baru kepada Syida dan Fik. Semoga korang akan tua sama-sama. So lepas ni Syida dah tak boleh jadi sida-sida la yer tak? Kahkahkah!

Sekian, terima kasih.

p/s 1: Pendang mana Pendang? (sebelum sampai)
p/s 2: bendang mana bendang? (sesudah sampai)


Back To Top