Header2

• 26 February 2015 •

Feel This Moment

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Malaysia merupakan bumi yang bertuah kerana kaya dengan kepelbagaian bio. Kepelbagaian bio merangkumi semua benda hidup serta ekosistem yang merupakan habitat bagi hidupan ini.

Oleh yang demikian, baru-baru ini, bersamaan 22 Februari, pihak Kopitiam telah sebulat suara dan bersetuju untuk mengadakan perjumpaan secara besar-besaran. Perjumpaan ini melibatkan hampir keseluruhan ahli Kopitiam berserta pasangan masing-masing.

Selain makan-makan sebagai upacara penutup, acara yang penuh prestij ini turut merangkumi aktiviti permainan bowling yang mensasarkan longkang sebagai penanda aras untuk menentukan kejuaraan. Peh, deep betul ayat tu. Nampak sangat semua orang target ke longkang..kahkahkah.

Sebenarnya, idea asal permainan bowling beramei-ramei ini adalah ilham daripada salah seorang ahli kopitiam. Aku ni hanyalah sebagai pengantara dan cuma membantu merealisasikan jer. Yer la, bila perancangan tu adalah untuk perjumpaan secara besar-besaran, maka seharusnya ia dijayakan dengan penuh gilang gemilang.

Maka, hatta, oleh sebab itu, bercuba-cubalah sekalian daripada kami untuk mendapatkan konfomiti terhadap setiap seorang daripada kami. Maknanya, bergossip la masing-masing. Eh kau pergi ke tidak? Nak jumpa kat mana? Nak naik apa? Siapa akan ambil siapa? Pukul berapa? Haaa..lebih kurang macam tu la soalannya.

Dan hasilnya, Alhamdulillah.
Hampir semua setuju untuk datang dan luangkan masa.

Bayangkan. Ya, tutup mata dan bayangkan. Hmmm..tutup mata..krohhh krohhh krohhh.

Bayangkan bahawa terdapat wakil daripada hampir setiap negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, JDT Johor, Melaka, Nismilan, Sabah, Selangor, Kedah dan KL Lumpur. Seorang datang bersama isteri dan anak. 5 orang datang bersama suami. Haaa..ko kira la sendiri berapa jumlahnya.

Sehubungan dengan itu, timbul la pulak keinginan untuk buat t-shirt Kopitiam. Aku tak ingat la idea siapa. Aku tuduh syak idea Liyaa walaupun sebenarnya aku sendiri yang design t-shirt tu dengan bantuan S.

Alaaa, t-shirt I AM jer. Tambah sikit KOPITIAM MEMBERS kat belakang and QR Code kat lengan. Aku syak QR Code tu takleh berfungsi..heheh.

Sebenarnya, aku agak ralat dan tak puas hati sikit sebab t-shirt tu tak jadi macam apa yang aku design. Tak jadi macam apa yang aku harapkan. Sampaikan aku sendiri rasa nak bagi diskaun sikit berbanding harga asal. Seriously, bit disappointed dengan outcome kedai tu. Cetak t-shirt entah macam apa..

Cuma, yang buatkan aku rasa terharu, bila semua orang tetap nak bayar dengan harga asal. Tambah terharu lagi bila semua orang termasuk suami masing-masing, tak banyak cakap and terus jer sarung baju tu. Masa pegi toilet untuk salin baju, aku nangis sorang-sorang..huhu. Tapi serius, suami diorang memang sporting.

Okey, habis cerita pasal t-shirt. Sekarang nak cerita pasal trofi.

Yer la, main bowling kena la ada hadiah. Baru la masing-masing boleh longkangkan bola dengan cara yang betul. And sekali lagi, idea dan design trofi ni aku buat dengan bantuan S. Biar la dia tak ikut pun, aku tetap buatkan jugak t-shirt dengan trofi untuk dia. Heheh..diam la semua!!

Asalnya, aku nak tulis macam biasa jer. Juara, naib juara, tempat ketiga, tempat kesepuluh, tempat terakhir dan seumpamanya. Tapi bila fikir-fikir balik, rasa macam tak best pulak. Typical sangat. So aku cadang nak biarkan semua orang jadi juara.

Tak kira siapa strike, siapa spare, siapa longkang dan sebagainya, it still just a game. Aku nak semua orang pulang dengan trofi juara. Biar bila masing-masing dah tua nanti, kita boleh berbangga dengan pencapaian juara sepanjang hayat ni. Itu pun kalau kita sempat tua, or mampu simpan trofi ni sampai ke tua la.

Kesimpulannya, perjumpaan geng-geng Kopitiam pada 22 Februari aritu aku anggap berjaya dan mencapai piawaian yang ditetapkan. Sebab sekurang-kurangnya untuk sekali, kitorang semua dah pernah jumpa. Sekurang-kurangnya untuk sekali, kitorang semua pernah bermain bersama, makan bersama dan duduk semeja.

Akan datang nanti, takde siapapun antara kitorang yang tahu bila agaknya masing-masing akan bersua.

Once and for all..

Sekian, wasalam.

p/s: krik krik krik..


Back To Top