Header2

• 25 November 2014 •

Naratif

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry ni adalah permintaan daripada salah seorang pembaca. Anonymous namanya. Yang mana beliau telah bercerita serba sedikit tentang permasalahan yang beliau hadapi. Mana la tau, kalau-kalau aku ada idea atau pendapat atau pandangan atau ulasan untuk dia baca dengan mata, dan faham dengan hati.

* * * * *

Kronologi permasalahan ni adalah seperti berikut:

1. A kenal dengan B yang berusia 7 tahun lebih muda daripada beliau. Senang cerita, kalau A berumur 25 tahun, maka B berumur 18 tahun. Tak logik? Okey, takpe. Setkan umur tu ikut kehendak sendiri. Yang penting, beza 7 tahun.

2. B ada golpren. Tak kisah la umur berapa, yang penting, B ada golpren. And A tahu yang B ada golpren. Tapi dia tak kisah, sebab dengan beza umur sebegitu, niat dia hanya untuk berkawan.

3. As time pass by, A mula rasa selesa and start sayang kat B. Dalam kes ni, term sayang tu didefinisikan sebagai lebih daripada seorang kawan. Alaa, korang macam la tak faham kan.

4. A pendam perasaan dia, sebab taknak hubungan tu jadi lain bila dia dah luah. Either fear of rejection, maybe. Or  sifat semulajadi orang perempuan, untuk taknak memusnahkan kebahagian perempuan lain, maybe.

5. Jeng jeng jeng..

Kenapa aku stop? Sebab kalau aku tulis point nombor 5, mesti ramai orang perempuan yang mengamuk..hahaha. Okey, aku sambung.

6. Pada suatu hari, that B bagitahu yang dia sayangkan A. Dia taknak kehilangan A. Dan tanya macam mana kalau ditakdirkan A tu jodoh dia? Haaaa..typical lelaki ni..kahkahkah.

7. Pada suatu hari yang lain pulak, entah macam mana A ter-confess jugak perasaan dia kat B, which is perasaan yang dia dah simpan rapi selama ni.

8. B ajak A couple.

9. A taknak, sebab B dah ada golpren.

10. B kata, boleh jer couple dua-dua.

11. B is bangang. And the rest is history.

12. Case closed.

Tudia..panjang lebar aku tulis. So persoalannya sekarang ni, apa yang patut A buat?

Bosan pulak entry takde gambar..-_-

* * * * *

Dalam hidup ni, kita sentiasa ada pilihan. Sekurang-kurangnya, akan ada dua. Atau mungkin lebih, bergantung kepada kemampuan akal kita untuk mencerna.

Begitu jugak dengan kes A. Either she take it, or leave it.

* * * * *

Pilihan 1: A kena lupakan B.

Aku rasa ini adalah pilihan umum. Kebanyakan orang, perempuan terutamanya, akan menyokong pilihan ini. Yer la, hidup ni ada karma. Apa yang kita buat pada orang lain, tak mustahil akan kembali semula kat kita. Dan begitu jugak sebaliknya.

Kadang-kadang, cara untuk bahagia adalah dengan membahagiakan orang lain. Macam yang Pak Ramli kata, kebahagiaan yang sebenar datang daripada memberi, bukan menerima. Mungkin dengan mengundur diri, memberi hak kepada orang yang terdahulu punyai hak, adalah lebih baik. Dalam kes ni, anggap golpren B adalah si empunya hak.

Atas sebab itu jugak, A cuba untuk jauhkan diri daripada B. Elakkan daripada terserempak dengan B. Cuba untuk tidak bertembung dengan B. Yer, cuba. At least A cuba. Tapi tu la, secara logiknya korang pun tahu bahawa semakin kita cuba untuk menjauh, at the end kita tetap juga makin rapat mendekat. Pastu bila kita bersungguh-sungguh nak kejar, last-last jadi makin jauh. Selalu macam tu.

But then, it was and still a good try. Bagus la usaha macam tu. Nak suruh lupa terus dalam masa terdekat, memang tak dapat la. So jauhkan diri dan membiasakan diri dengan kejauhan tu adalah salah satu cara logik untuk menjauh. Ini adalah pilihan majoriti rakyat Malaysia. Kawan-kawan A sendiri cadangkan benda yang sama.

* * * * *

Pilihan 2: A kena buat B lupakan A

Sebenarnya aku cuma nak buat 2 pilihan. Tapi terfikir pulak pilihan yang ini.

Konon la kan, konon la kalau A dapat berkasar sedikit supaya dibenci oleh B, mungkin akan ada potensi untuk A ditinggalkan oleh B. Yer la, kalau kita dah buat orang tu tak suka kat kita, then kalau dia dah tak tahan, lama-lama nanti dia tinggalkan la kita. Tahap kesabaran lelaki bukannya macam perempuan.

By the way, cara ni agak childish sebenarnya. Aku tak advise walaupun suatu hari nanti A dah tak ada rasa suka.

Tapi itu takpe. Yang jadi masalahnya kat sini, tergamak ke A nak menyakitkan hati B..heheh

* * * * *

Pilihan 3: A tak payah lupakan B

Dalam kebanyakan kes, aku suka pilihan yang ini. Maaf la rakyat Malaysia semua, aku tak rasa nak advise A untuk lupakan B.

Aku percaya bahawa membahagiakan orang lain tu secara tak langsung membuka peluang untuk kebahagiaan diri sendiri. Tapi aku pun percaya bahawa ada masanya, sebelum membahagiakan orang lain, kita perlu bahagiakan dulu diri sendiri.

Point aku kat sini, kalau kau ada pilihan, pilihlah untuk happy.


So walaupun aku rasa macam tak berbaloi, tapi aku akan advise A untuk berusaha dapatkan B. Pedulikan la beza umur 7 tahun, dia dah ada golpren, atau sebagainya. Pedulikan. Kalau kau rasa kau sayangkan dia, kalau kau rasa kau mahukan dia, then kau kena la fight untuk dapatkan dia. Bukannya buang perasaan tu secara paksa. Lagipun kalau perasaan yang datang sendiri, takdenya senang-senang kita nak paksa pergi.

Lagipun jugak, menjauhkan diri daripada orang yang kita sayang tu, adalah tindakan yang aku tak berapa suka. Unless kalau orang yang kau sayang tu dah nak kahwin, then aku setuju kalau kau jauhkan diri daripada dia. Sebab dia dah nak kahwin. Kau usaha macam mana pun, dia dah nak kahwin. Terlebih-lebih kau punya usaha, silap-silap kau runtuhkan perancangan orang yang dah nak kahwin. So, let it go. Ada perasaan yang patut kita lepaskan bila dah sampai tika masanya.

So berbalik kepada A, aku akan advise dia untuk stick dengan apa yang dia rasa. Bahagiakan la diri sendiri. Tapi dengan syarat, in future, jangan pulak dia menyesal. Kot-kot B decide nak balik kepada golpren lama, jangan pulak dia menyesal. Kot-kot B tiba-tiba beralih hati kepada orang lain selain dia, jangan pulak dia menyesal. Pendek kata, akan datang nanti, apa pun implikasi berhubung keinginan dia untuk membahagiakan hati sendiri, jangan pulak dia menyesal.

Jangan menyesal, sebab apa yang dia buat tu adalah untuk kebahagiaan diri sendiri.

* * * * *

Edisi khas: Jangan kecam B

Aku pernah muda. Macam B. Dan aku pernah mengalami situasi bangang semasa muda. Macam B. Dan aku rasa itu adalah peringkat kehidupan normal seorang lelaki. Maybe hampir semua lelaki pun pernah mengalami fasa pemikiran bangang macam tu. Macam B.

Kau dah ada golpren, tapi kau belum kahwin, then kau nak ada golpren lagi satu. Tapi kau taknak tinggalkan golpren yang dulu. Kau nak dua-dua jadi golpren kau. Tak ke bangang gitu.

B mungkin dah matang. Tapi dia belum betul-betul matang. Dia masih agak bangang.

So, jangan kecam B. Dia muda lagi. Dalam beberapa tahun nanti, insyaAllah, dia akan mengerti.

p/s: kamu yang satu lagi tu, part cerita kamu ada terselit dalam sebahagian entry..


• 20 November 2014 •

Niskala

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam keterpaksaaan hidup berpaksi nilai ringgit kasorrga, aku tak pernah terdefinisi sebagai kaya. Bilamana harta yang bertaburan, aku nampak jauh. Tak tercapai walaupun kadang-kadang aku cuba untuk menggapai. Tak terkumpul meskipun angan-angan sudah telah penuh berbakul.

Dalam kemandirian mencorak mimpi, aku sedar bahawa hidup aku masih begini, dan tidak mustahil untuk terus kekal begini. Sehingga nanti, bila tibanya hari, tertakdir manusia mortal seperti aku, punya perkenan untuk berlimpah dengan rezeki.

Dalam kehidupan sesederhana ini, aku bersyukur kerana masih punya nafas dan nadi.

p/s: pada hukum terkini, kamu dan aku masih terwujud di satu paksi.


• 04 November 2014 •

Neuron



Kalau taknak orang lain buat apa yang kita tak suka, kita dulu jangan buat benda yang kita tak suka tu kat orang lain.


Nemo


Teka teki hari ni:

Encik H romantik ke tidak?


• 27 September 2014 •

Supercalifragilisticexpialidocious

Assalamualaikum.

Hai. Saya bukan H. Saya S. Pinjam kejap blog encik ni. Saya ada janji dengan dia nak tulis satu entry dalam ni. Dan selagi saya tak tulis selagi tu la dia tanya bila saya nak tulis. Tanya pulak dengan nada saja nak buat saya annoy. Suka la encik ni bila dia berjaya buat saya annoy. Penat jawab soalan sama, baik saya tulis. Entry ringkas je ni. Kot. Oh tajuk tu bukan saya yang letak.

H sebenarnya suka menyanyi even suara dia tak sedap. Serius tak sedap. Dah lah lirik salah, pitching lari, nada pulak main hentam je. Kalau jenjalan dengan dia, sepanjang perjalanan dalam kereta tu dialah yang nyanyi. Sekali lagi, suara dia tak sedap. Saya ni malu sikit nak nyanyi dengan penuh confident macam encik tu buat. Kalau pergi karaoke dengan dia, memang dia yang akan conquer. Saya tak diberi peluang nak nyanyi. Lagi sadis, bila lagu duet, part dia, dia lah yang nyanyi. Part saya, dia jugak yang nyanyi. Part duet pun dia sorang jugak yang nyanyi! (Pengajaran: jangan karaoke dengan encik ni)

Dalam banyak-banyak lagu yang dia nyanyi, ada satu lagu ni yang saya suka dengar. Lirik dia catchy, muzik dia riang ria. At first tu saya ingat dia nyanyi lagu rakyat. Memang happy. Then bila dia nyanyi banyak kali non stop (suara dia tak sedap), saya dapat tangkap lirik and maksud lagu tu. Saya nak explain dengan detail pasal meaning lagu tu pun tak pandai. Saya tak puitis macam encik tu. Ayat dia penuh bunga metafora hiperbola. So dengar la sendiri ye.





Mungkin bagi yang lain, lagu ni biasa je. Tapi lagu ni, berjaya buat saya tersenyum. Sarat dengan kenangan.

-S-

p/s: encik letak tajuk panjang kemain ni apa maksud dia? -_-"


• 16 September 2014 •

Seandainya

Seandainya hidup ini penuh dengan penipuan, bermakna aku telah memenuhi sebahagian daripada norma kehidupan. Dimana kamu adalah mangsa. Tersogok dan terpupuk dengan rekaan cerita yang diada-ada. Supaya kamu yakin, supaya kamu percaya, bahawa aku tiada pada waktu kamu berkehendakkan keberadaan aku sebagai ada. Maaf, aku tahu kamu tidak suka didusta.

Seandainya hidup ini penuh dengan kejutan, bermakna aku juga telah melengkapi sebahagian daripada konsep kehidupan. Life is full of surprise. Dimana kamu adalah punca. Supaya kamu tahu, supaya kamu sedar, menggembirakan kamu bukan perihal yang sia-sia. Maaf, andai kamu kebah dengan setiap kejutan yang aku cuba.

Seandainya hidup ini harus punya impian, bermakna kamu sendiri adalah pemilik angan kehidupan. Dimana tindakbalas kimia antara kita menjadikan aku medium pengantara. Pemangkin untuk tukarkan impian kepada nyata. Supaya kamu mafhum, supaya kamu maklum, bahawa setiap perkara tentang kamu bukan terbiar tanpa usaha. Maaf, memang tiada pilihan berwarna jingga.

Seandainya hidup kamu rasa gembira, lantas serasa aku berkali ganda. Cuma maaf, ini tetap bukan entry sempurna.

p/s: well then..hukum masa kini telah menganjak angka..


• 24 July 2014 •

John Green - The Fault In Our Stars

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku pernah termenangis waktu baca novel. Dulu, lama dulu. Dan aku tak ingat pun novel tu tajuknya apa. Yang aku ingat, aku terkhayal dengan rekaan fiksi yang pada waktu tu betul-betul menyentuh jiwa. Termenangis tanpa sedar, seingat aku hanya sekali tu sahaja.

And aku pernah termenangis masa tengok TV. Time kecik-kecik dulu. Hingus pun belum kering agaknya. Macam bangang jer bila diingat-ingat semula. Yer la, tengah tengok TV tiba-tiba aku boleh menangis. Sebab terfeeling sangat dengan penceritaan drama TV zaman dulu-dulu..grrrrr.

Filem kat pawagam? Hmm..seingat aku, aku tak pernah menangis pun tengok filem kat pawagam. Maklum la, aku bukannya jenis yang rajin sangat follow filem-filem terbaru. Kalau tengok pun, selected movie jer. And setakat sebelum ni, rasanya tak terkesan langsung movie-movie tu terhadap kotak emosi aku.

Tapi tidak untuk The Fault In Our Star.


Seriously, cerita ni best walaupun mungkin bukan tahap best gila. Takde action-action. Takde tembak-tembak. Takde perang-perang. Takde lawan-lawan. Just cerita biasa pasal dua orang pesakit kenser. Hazel Grace. Augustus. Bercinta. Yeah, nampak macam takde apa-apa yang istimewa. Hanya sekadar kisah cinta antara seorang manusia dengan seorang lagi manusia. Itu jer.

Tapi pada aku, ia lebih daripada sekadar loving story semata-mata. Ia seolah-olah satu harapan. Satu keinginan. Keinginan untuk meneruskan hidup. Keinginan untuk menikmati hidup. Keinginan untuk menggembirakan hidup. Dan keinginan untuk bertahan demi mereka-mereka yang masih hidup.

Itu yang membuatkan movie ni best. Tambahan pulak ia bukannya typical happy ending. Ada sesetengah scene tu memang sedih la. Betul-betul sedih. Sampaikan aku sendiri boleh termenangis masa tengok filem ni. S toksah cerita la, memang aku dengar dia teresak-esak, tersedu-sedu walaupun tak berapa kuat. Saje aku diamkan sebab taknak ganggu fokus dia.

Aku ni walaupun takde keluar suara macam S, tapi meleleh jugak la air mata aku. Celaka betul. Terpaksa aku buat-buat garu pipi, garu kening, sebab nak kesat air mata..kahkahkah.

Kesimpulannya, cerita ni memang best. Kalau korang ada keinginan nak buat yang terbaik untuk mak ayah, aku cadangkan korang tengok filem ni. Kalau korang ada keinginan nak buat yang terbaik untuk pasangan, aku cadangkan korang tengok filem ni. Dan kalau korang ada keinginan nak buat yang terbaik untuk family, aku cadangkan korang tengok filem ni.

Furthermore, kalau korang nak rasa betapa wujudnya sesetengah infiniti yang lebih besar daripada infiniti yang lain, maka aku cadangkan korang tengok jugak filem ni. Sebab walaupun hidup ni akhirnya akan mati, tapi at certain point, korang akan rasa yang hidup ni sebenarnya untuk 'hidup', bukan untuk 'mati'. Okey?

Sekian, terima kasih.


p/s: Don't stop flirting with me. Okay? :p


• 22 July 2014 •

Jawapannya C: I, IV & III

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baiklah, kali ni biar aku coretkan sikit entry buat tatapan korang semua. Diulangi, korang semua. Kehkeh..bajet blog ni masih ada lagi orang yang datang baca.

Okey, berhubung dengan entry yang aku tulis 2 bulan lepas, maka sekarang ni biar aku ceritakan sebab dan penyebab kenapa aku dah jarang sangat-sangat update entry kat blog. Memang dah jarang sangat-sangat. Kalau ada pun, sebulan cuma satu entry. Entry yang macam baby. Other than that, nehi.

Padahal setiap hari aku berkobar-kobar draft entry. Setiap hari. Pantang kalau ada masa lapang, aku akan draft entry. Pantang kalau aku draft masa lapang, mesti akan ada entry.

Tapi setakat draft jer la. Lepas tu save. Draft-save. Draft-save. Draft-save. Buktinya macam yang aku printscreen kat bawah ni. Errr..abaikan tajuk yang berkaitan dengan Encik D..-_-"


Dah tu kenapa kau tak publish? Kenapa H? Kenapa? Kenapa???

Hmmm..semuanya sebab S. Ya, sebab S.

Sejak S dapat akses blog ni, dalam diam-diam dia dah pun tukar password email aku. Setiap kali aku nak login, tak boleh. Setiap kali aku nak login lagi, tetap tak boleh. Hari-hari aku cuba login, tapi tetap jugak tak boleh-boleh.

Sampai sekarang aku tetap tak boleh nak login untuk publish entry kat sini. Sedih sangat. Sebab tu makin lama blog ni semakin sepi.

Semuanya salah S! Kahkahkah..

Oh ya, hukum masa gagal lagi. Kbai.

p/s: Hai S. Jom tengok movie malam ni..:D


• 30 June 2014 •

Jumpa Bulan Depan Yer..Hiks

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..kahkah

Entry ni cukup syarat jer. Sekadar melepaskan batok di tangga. Uhuk..uhuk..

Saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua. Dengan ucapan, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Dah, itu jer.

Maklumlah, lepas ni tak tahu bila pulak entry seterusnya..hahaha.

Sekian terima kasih.

Babai.

p/s: haaaa...gitu la..


• 31 May 2014 •

Mengapa Saya Suka Rumah Saya

Hai.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya bajet mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa lama sangat saya tak taip entry.

Mesti ramai yang rindukan kat saya.

Mesti punya la. Mesti!

Tapi, kalau tak mesti pun takpe.

Sebab saya bajet jer..kahkahkah.

Okey, berbalik kepada persoalan kenapa saya lama sangat tak taip entry.

Hmmm...























































Baik, saya akan ceritakan bulan depan!!

Sekian.

p/s: maaf, saya ingkar hukum masa..


• 14 April 2014 •

Aummm!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hoi awak semua. Lama sungguh kita tak jumpa. Awak semua sihat? Saya nak taip ni. So awak semua baca la yer. Tapi sebelum tu, sila rujuk gambar-gambar di bawah. Aummm!


Apa pendapat awak? Wajarkah? Tak wajarkah? Kasihankah? Padan muka kah? Dop caghe kah? Atau selain daripadanya?

Meh sini, biar saya ceritakan apa pendapat saya.
First of all. Mohon benarkan saya guna ganti diri aku. Ya, aku.
Aku punya pendapat, wajar dan tak wajar.

Pasal report polis, tak ada yang salah. Setiap orang boleh atau berhak lodged police report kalau dia rasa benda tu perlu untuk direport. Tak ada yang salah pasal tu. Thats why kita boleh jumpa banyak salinan report yang pelik dan kadang-kadang tak tercapai dek akal. Yang kita rasa macam bodoh dan mengarut pun ada.

So kalau dinilai report En. Mohd Saad tu, takde yang salah. Alasan yang aku nampak, mengganggu ketenteraman awam. Tertulis kat dalam report tu, laungan azan TERLALU kuat. Nampak? Aku capslock, bold dan underline perkataan tu. Jadi, report polis dengan alasan mengganggu ketenteraman awam adalah wajar.

But don't get me wrong.

Sewajar mana pun laporan polis tu, tapi bila ia dibuat atas sebab-sebab keagamaan, benda ni secara automatik aku kategorikan sebagai tak wajar. Selfish. Tak kira la sama ada dilakukan oleh Muslim, Buddha, Hindu, Kristian, melayu, chinese, indian or bangsa-bangsa lain, benda ni tetap aku nampak sebagai selfish.

Sebagai contoh, kalau kau buat report polis pasal upacara keagamaan di kawasan kejiranan kau, aku akan tetap anggap kau selfish. Orang cina main mercun malam CNY - kau report polis - yang itu selfish. Orang india berarak (arak tu haram) waktu Thaipusam or Deepavali - kau report polis - yang itu selfish. Bilal laungkan azan bila masuk waktu solat - kau report polis - yang itu pun selfish.

Unless kalau upacara tu betul-betul di luar daripada kebiasaan. Over sangat. Melampau-lampau. Yang tu lain cerita la.

Unfortunalely, report polis pasal laungan azan tu dilakukan oleh melayu muslim. Atas sebab apa, mungkin hanya dia yang tahu. Mungkin sebab TERLALU kuat. Mungkin.

Dan kalau aku boleh twist sikit, mungkin fortunately report tu dilakukan oleh melayu muslim. Just imagine kalau non-muslim yang buat report tu, mungkin keadaan jadi lebih teruk berbanding kat atas ni. Berbakul-bakul caci maki.

Sebab? Hmmm..sebab this is Malaysia beb. Dan dalam Malaysia, kita ada golongan yang dikategorikan sebagai typical Malaysian. Di mana golongan typical Malaysian ni mudah menghukum dan memandang negatif terhadap sesuatu tindakan yang sedikit keluar daripada pandangan kebiasaan mereka. Kau boleh minum arak, kau boleh buat maksiat – tapi bila kau usik Melayu, usik Islam, kau memang siap!

Tak perlu kot aku nak taip contoh. Korang boleh buka facebook, cari sendiri, dan baca ulasan-ulasan typical Malaysian tentang tindakan pakcik tu yang kononnya dianggap sebagai memalukan agama. Korang boleh baca cerita pasal pakcik tu dihalau oleh tuan rumah tempat dia menyewa, dengan alasan – kalau taknak dengar azan, berambus kau jauh-jauh ke sana.

Konsepnya sama macam – kalau tak suka kerajaan, jangan la duduk Malaysia. Konsepnya. Sama.

Jadi kesimpulannya kat sini:

1. Pakcik tu wajar buat report. Itu hak dia. Hak sebagai seorang warganegara. Tak kira level apa atau kerja apa.

2. Pakcik tu tak wajar buat report. Sebab dia tak menjelaskan secara terperinci kronologi yang terjadi. Report dia ringkas sangat. Perkataan TERLALU tu rasanya tak ramai orang perasan kalau hanya dibaca sekali lalu.

3. Pakcik tu tak wajar dihalau keluar daripada rumah. Itu dah kira menganiaya sesama muslim. Kot yer nak sentap pun, beragak la sikit. Nak butthurt sampai menghalau camtu, melampau beb.

Satu lagi, kalau orang kata bahawa Malaysia ni adalah negara Islam - aku kurang setuju. Sebab pada aku, Malaysia bukannya sebuah negara Islam. Hanya sekadar negara yang agama rasminya adalah Islam. Indirecly means, ada jugak anutan agama yang dibenarkan selain Islam. Ada.

Dan dalam Islam pulak, kita diajar untuk bertoleransi. Benda boleh bincang yer tak? Jadi, setiap daripada kita sepatutnya ada toleransi. Pakcik tu kena ada toleransi. Azan kot. Tambah pulak kat kawasan-kawasan kejiranan. Islam sebagai agama rasmi. So kena la jaga sikit sensitiviti. Macam tu jugak la tuan rumah dengan masyarakat. Kena ada tolak ansur. Kena ada toleransi. Bukannya buta-buta terus nak hentam gila babi.

So, Melayu, please. Jangan jadi typical Malaysian yang taksub dengan semangat kemelayuan.

Sekian, terima kasih.

p/s: Aummm!! (tajuk dan postscript yang takde motif)


• 04 April 2014 •

Wordless Friday #13 - Aku Nak Kahwin

#TiangLampu #Tadi #KuantanIndahLestari

p/s: InsyaAllah, 2 tahun lagi..:)


• 31 March 2014 •

Memang KetentuanNya Begini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hikhuk hikhuk..kenal aku lagi tak? Hahaha..rasa macam lama sangat tak menaip entry kat sini. Rasa macam dah lupa yang aku ada blog sendiri. Okey, dah. Itu jer intronya.

Hari ni aku nak cerita pasal Hazati. Cerita ni terjadi pada 26 Disember 2013. Lama dah. Conversation asal dengan Hazati pasal 'letih'. Pasal 'mati dengan perlahan'. Dan pasal 'sisa yang ditinggalkan'. Macam biasa la, conversation kitorang dengan bahasa stok-stok senggama minda. Dengan kiasan. Dengan tamsilan. Dengan metafora, anafora serta segala macam fauna dan flora.

Kemudian pasal makna nama dalam bahasa arab. Which is aku dapat E masa PMR. Dan kemudian masuk conversation seperti kat bawah:


Dah lama sebenarnya aku tak sembang-sembang macam tu dengan Hazati. So alang-alang dah bersembang, aku fikir ada baiknya aku bagitau jer pasal blog ni kat dia. Reveal yang dalam sesetengah entry, aku ada mention dia punya nama.

Jadi, dia baca blog aku.
Dia baca entry yang itu.
Dan dia gelakkan aku..-_-"

Bukan gelak sebab aku tulis sebahagian kisah kitorang zaman muda-muda. Yang tu dia tak kisah. In fact dia appreciate entry tu. Dia hargai sebab aku masih simpan paling tidak, sedikit kenangan masa dulu-dulu. Cuma...

Cuma dia gelak bila mengenangkan situasi kitorang time tu. Masing-masing umur 19. Muda lagi. Betapa akal yang cetek masa tu menyebabkan maklumat yang betul diterima dengan cara yang salah. Ya, maklumat tu betul. Tapi cara penerimaan yang salah. Gagal dalam ilmu menilik hati.

Dalam erti kata lain, lembs.
So, siapa yang lembs?
Errr, aku la..hahaha.

By the way, thanks Hazati..:D

Sekian, terima kasih.

p/s: As usual Hazati, happy besday untuk kesekian kali. Semoga perjalanan usia ko selama ni diberkati. Dipermudahkan urusan. Dipermurahkan rezeki.


• 14 March 2014 •

MH370 - Positively Positive

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dewasa ini isu kehilangan kapal terbang MH370 semakin giat diperkatakan. Baik di media massa, media elektronik dan media sosial, rata-rata berbicara tentang perkara yang sama. Berbincang tentang pelbagai aspek. Mempertimbang kemungkinan, mempernilai ketelusan, mempersoal keselamatan dan memperhalus kekonsistenan.

Tudia..dah lama gila kot aku tak menaip intro yang bagus dan menjana minda camni..hakhak.

Okey, entry ni mungkin agak panjang. Cuma aku tak sure ia akan sepanjang mana. Semuanya bergantung kepada kemampuan aku untuk perkembangkan apa yang ada kat dalam pemikiran aku. Tentang macam-macam, tapi berpaksi kepada isu yang satu. Tentang MH370, hilang entah kat mana, kita sendiri pun masing-masing memang tak tahu.

Oh ya, aku cuba taip sebaik mungkin, supaya entry ni tak menimbulkan spekulasi kepada sesiapa yang membaca. Dan aku cuba hurai seelok mungkin, supaya family serta kenalan mereka terlibat, tak marah dan tak terasa. Err..itu pun kalau diorang ada baca la.

Heh..tamat part intro.

* * * * *

Fikir Dan Tanya

Hidup kita ni penuh dengan persoalan dan tanda tanya. Dah nama pun manusia. Dan hidup pun sesama manusia. Kita dikurniakan akal fikiran, untuk kita fikir apa yang termampu untuk kita fikir. Kita persoalkan itu dan ini. Kita bertanya macam-macam benda, bila kita rasa benda tu perlu untuk ditanya.

Macam tu jugak dengan kes kehilangan MH370. Kita tertanya dan persoalkan tentang macam-macam perkara. It's okey. Tak salah pun. Tak ada yang salah. Sebab setiap daripada kita punya hak untuk berfikir. Dan setiap daripada kita punya hak untuk bertanya.

TETAPI.

Harus diingat bahawa tak semua soalan akan wujud jawapan. Banyakkkkk lagi benda dalam dunia ni yang kita tanya, tapi jawapannya kita tak jumpa. Bukan tak ada, tapi kita tak jumpa. Atau belum jumpa. Ya, belum jumpa.

Mungkin sebab soalan tu sendiri di luar batas pemikiran kita. Mungkin bukan level kita untuk fikir, ambil tahu dan persoalkan sesetengah perkara. Mungkin benda yang kita nak tanya tu advance sangat. Dan kita bukan pakar untuk hadam terima setiap jawapan yang bila dibaca, rasa macam langsung tak faham apa-apa.

Jadi macam tu jugak la dengan kes MH370 ni. Kita boleh tanya macam-macam. Kita boleh tanya segala apa jer yang kita nak tanya. Tapi jangan expect yang kita akan dapat jawapan yang sebenar-benarnya. Jangan expect. Sebab jawapannya mungkin belum ada. Atau jawapannya mungkin buatkan kita rasa macam lost gila.

Ingat weh, dalam dunia ni, sesetengah benda memang di luar tahap pemikiran kita. Either kita bertanya, atau kita ditanya. Sama jer. Sebab kita ni manusia. Dan orang lain pun manusia. Dan dalam dunia ni, tak akan ada manusia yang tahu semua benda. Tak akan ada. Tak akan. So, serahkan la kepada Dia. Dia Maha Tahu tentang segala apa yang tercapai dek akal fikiran manusia.

* * * * *

Reka Dan Cerita

Kebolehfikiran dan kebolehtanyaan yang berlebihan, dan kadangkala melampau, mungkin akan buatkan manusia speculate macam-macam benda. Seriously, macam-macam benda. Dan ini la yang kita selalu nampak dan kita selalu baca.

Sebagai contoh, kes kehilangan MH370 ni. Kita cari maklumat, kita dapat maklumat, dan kita proses maklumat. That's good la, sebab masing-masing ada inisiatif untuk fikir dan ambil tahu tentang apa sebenarnya yang dah berlaku.

Then, disebabkan tahap pemikiran yang terlalu advance mengalahkan alien eww eww, maka kita pun mula cari weak point dalam maklumat tu. Kita persoalkan kenapa yang ini macam ni dan kenapa yang itu macam tu. Kenapa sebelum ni macam ni dan kenapa sebelum tu macam tu. Kenapa tak buat yang ini dan kenapa tak buat yang itu.

Tapi kita tak jumpa jawapan. Yang kita ada cuma agakan. So, kita buat konklusi sendiri. Ohooo..si polan tu macam ni macam tu dan si polan tu pulak macam ni macam tu. Haaa..make sense jugak penaakulan kita. Ada logiknya. Eh apa pulak nak fikir logik. Mesti konklusi kita betul punya la. Baik kita bagitahu pada kawan-kawan, biar diorang nampak betapa geniusnya pemikiran kawan dia.

BANGGA.

Itu contoh dalam aspek penceritaan la. Dari segi berblog, mungkin kita terus buat entry. Kemain dalam awal-awal entry, kita pesan kat orang supaya jangan buat spekulasi, jangan percaya spekulasi dan jangan sebarkan spekulasi. Sebab info kat laman sosial ni kebanyakannya salah. Banyak rekaan semata-mata. Lain la macam kita ni. Kita up-to-date okey. Kita ada sumber maklumat yang 'sahih'. Nampak tak keyakinan kita?

Tapi kita tak sedar, at the end of the day (cewah), entry kita tu sendiri sebenarnya dah create spekulasi.

* * * * *

Baca Dan Buta

Orang yang create spekulasi bukannya orang bodoh. Diorang pandai. Diorang ada kebolehan untuk kaitkan setiap petunjuk, logikkan setiap petunjuk, dan sahihkan setiap petunjuk. Cukup dengan gambar, cukup dengan bukti. Sampaikan orang yang baca tu boleh percaya. Percaya bahawa spekulasi rekaan tu adalah apa yang memang dah terjadi sebenar-benarnya.

BODOH.

Bukan. Yang bodoh tu bukan yang create cerita. Tapi yang bodoh tu adalah mereka yang terus percaya. Takde nak selidik, takde nak perhalusi setiap maklumat yang ada. Tanpa fikir panjang, terus tekan Ctrl+C, kemudian terus tekan Ctrl+V. XOXO. D. Publish.

Ah itu cara kuno. Gua up-to-date bro. Gua share jer terus. Habis cerita. Nanti member-member gua mesti taksub punya la. Sebab gua antara orang terawal yang dapat tahu perkembangan kes tu. Harap-harap diorang puji gua. Dah lama gua tak kena puji ni. Teringin la pulak..hakhak.

Membaca tu tak salah. Dah betul dah. Tapi tak boleh ke kita semua jangan buta-buta percaya? Tak boleh ke kita jangan buta-buta sebarkan maklumat yang kita sendiri tak pasti kesahihannya? Tak boleh ke kita biarkan pakar dan pihak tertentu jer buat kerja? Tak boleh ke kita sabar sikit? Tak boleh ke kita sabar? Tak boleh ke kita? Tak boleh ke? Tak boleh? Ke? Haaa..jawab ler.

* * * * *

Pasif Dan Buruk Sangka

Termasuk teropong buluh bubu bobo bobo bodoh dan tikar terbang bang-bang ala bangang tu, aku percaya yang semua pihak pun tengah berusaha mengesan kehilangan kapal terbang MH370. Semua pihak. Semua. Dalam negara dan luar negara. Aku yakin yang diorang masing-masing try their best untuk selesaikan kehilangan ni.

Sebenarnya aku boleh buruk sangka, kalau aku nak la. Sebab so far banyak jer pembacaan dan pendapat yang aku terima dari pelbagai sumber. Pasal itu, pasal ini, pasal gotu, pasal goni, eh banyak la. Semua tu sedikit sebanyak menggoyahkan keyakinan aku. And secara logik, aku boleh terperdaya dan terhasut dengan segala maklumat tu. Sekali lagi, kalau aku nak la.

Tapi aku tetap decide untuk yakin, aku tetap decide untuk percaya. Percaya yang semua pihak telah, sedang, masih dan akan terus berusaha. Sebab aku rasa sekarang ni adalah masa untuk stay positive. Bersangka baik. Hargai setiap pertolongan yang ada, instead of bangkitkan perkara-perkara yang mungkin tak sepatutnya. Or instead of canang pasal konspirasi la, pasal itu la, pasal ini la. Nampak macam pasif and bersangka buruk, padahal kita sendiri pun tak tahu pun niat diorang yang sebenar-benarnya.

Cuma bab teropong buluh bubu bobo bobo bodoh dan tikar terbang bang-bang ala bangang tu, aku rasa macam bangang sangat.

Apart of that;
HAVE FAITH

* * * * *

Kesimpulan Dan Rumusan

1. Elakkan la daripada fikir terlalu banyak sampaikan segala perkara remeh pun kita nak jadikan isu. Tak salah jadi seorang pemikir, tapi biar la fikiran kita tu menjurus kita untuk jadi seorang yang lebih positif. Not the other way around.

2. Elakkan la daripada mudah sangat percaya dengan spekulasi kat laman sosial. Dunia maya ni tanpa sempadan. Sumber pun kadang-kadang cuma rekaan. So selagi asas untuk maklumat tu belum betul-betul sahih, tak payah la nak jadi up-to-date sangat.

3. Rentikan la daripada copy paste benda yang entah apa-apa. Tak kira la kebetulan ke, ketidakbetulan ke. Tak payah nak jadi typical Malaysian sangat. Rakyat Malaysia bukan semuanya bodoh. Tapi kebanyakan rakyat Malaysia ni memang bodoh. Copy paste benda tak sahih adalah salah satu contoh rakyat yang bodoh.

4. Jangan cepat sangat bersangka buruk. Tak kira la macam mana konkrit pun sumber yang kita baca, tapi elakkan dari jadi someone yang pasif. Cuba pandang dari sudut positif. Kalau dalam bab-bab keagamaan kita boleh jer husnuzon, bersangka baik. Tapi takkan bab-bab kemanusiaan ni kita langsung tak boleh nak bersangka baik.

5. Aku bukannya pertikaikan usaha teropong buluh bubu bobo bobo bodoh dan tikar terbang bang-bang ala bangang. Mungkin dia memang usaha. Mungkin. Cuma aku tak puas hati cara dia. Rasa macam dah terlebih bangang. Contoh rakyat Malaysia yang bangang.

6. Dia tahu. Dia Maha Tahu. Sejauh mana pun akal kita jelajah mencari logik, sedalam mana pun common sense kita cuba menghuraikan misteri disebalik apa yang telah berlaku, at the end of the day (macam dah taip tadi), hanya Dia Yang Maha Tahu.

7. Prepare for the worst, but always hope for the best. Always. Harap apa yang hilang tu akhirnya nanti dapat dijumpa.

8. Dalam entry ni, aku guna 'kita'. Bermakna, segala apa yang aku taip ni pesanan untuk aku juga.


Regards,

Mr. H
0370hrs

p/s: kalau ada mana-mana bahagian dalam entry ni yang seakan-akan menimbulkan spekulasi, bagitau kat aku..aku akan edit setakat termampu.


• 12 March 2014 •

Minta Maut Of Miss World

Assalamualaikum dan dalam sejahtera.

Lama tak taip entry (intro).

Oh ya, tajuk tu baca sebagai Cinta Out Of This World.

Ringkas jer ni. Aku nak bagitau yang aku dah habis baca Cinta Out Of This World, 2-3 hari lepas aku siap tulis entry yang INI. Dah lama dah aku nak tulis entry pasal ni. Tapi asyik tertunda, tertunda dan tertunda. Hari ni baru aku nak cerita.


Okey. Cerita dia best. Superb. Tak sia-sia aku letak expectation yang tinggi untuk novel ni. Tak sia-sia. Sebab throughout this novel, macam-macam yang aku rasa. Happy, sedih, gembira, teruja, terharu dan lain-lain lagi. And most of the time, aku berfikir.

Atau lebih tepat, berimaginasi. Ya, aku syak yang aku ni memang kuat sangat berimaginasi.

Sebab ada masanya, aku terkekek gelak. Membayangkan orang dewasa bawa basikal budak-budak, sampaikan lutut boleh cecah kat telinga. Ada masanya pulak, aku seriau membayangkan perut yang sengaja ditoreh. Sampai berdarah-darah. Dan ada masanya, bergenang jugak kelopak mata membayangkan seorang ibu, terhalang dan dihalang dari tengok sendiri anak yang baru lahir.

Sedih woi. Baru lahirkan anak, tapi tak sempat tengok baby tu.

Hmm..aku ceritakan sikit synopsis dia..kot. Basically dalam novel ni ada tiga cerita. Tapi cerita tu ada perkaitan la antara satu sama lain. Alaa..macam filem Sepi arahan Khabir Bhatia tu la.

Walaupun dia pengotor, tapi aku tetap suka Nasha Aziz..kehkeh.
Oh ya, sekadar gambar hiasan.

Berbalik kepada novel. Cerita first ni pasal seorang lelaki yang colorful, dengan seorang wanita yang colorless. Maksudnya? Maksudnya, bayangkan korang dalam cerita P. Ramlee. Selama ni korang tengok semua cerita P. Ramlee hitam putih. Takde warna. Then tiba-tiba, suatu hari korang tengok cerita Hang Tuah. Pastu korang tertanya, eh kenapa cerita P. Ramlee ni ada kaler? Haaa..macam tu la ibaratnya.

Dalam cerita kedua, pasal seorang lelaki yang pertama kali jatuh chenta. Tapi jatuh chenta kat 6 orang perempuan dalam satu masa. Errr..perempuan yang sama. Maksudnya kat sini, kalau hari ni dia berchenta dengan A, esok tak semestinya dia akan berchenta jugak dengan A. Mungkin esok dia akan berchenta dengan B. Mungkin jugak dengan C. Atau mungkin dengan D, E atau F. Dia ada satu chenta, tapi chenta dia untuk semua.

Dan cerita ketiga, pasal interaksi antara yang hidup dengan yang mati. Seorang lelaki, dan seorang bekas isteri. Bilamana selepas setahun seseorang tu pergi, kau dapat rasakan yang dia kembali semula wujud di sisi. Yang ni aku tak boleh nak ulas lanjut sebab aku belum kahwin, at least buat masa sekarang. Tapi kalau aku dah kahwin, aku rasa situasi ni memang menyentuh. Deep.


Kesimpulannya. Novel tu best. Sebab cerita dia sendiri buatkan aku keluar daripada dunia aku. Out of this world, tapi takde kaitan dengan Mawi World. Sikit pun takde. World~

Ah sudah la. Good job Ismi. Sekian, terima kasih.

p/s: aku lupa pasal 'ringkas' pada permulaan entry.


• 04 March 2014 •

Magenta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Minggu lepas, saya dan H ke tepi laut. Lepak kat sana. Sebenarnya saya tak tahu tempat tu nak panggil tanjung ke pantai ke muara ke apa ke. Perbincangan dengan H samada tempat tu pantai ke tidak juga menemui jalan buntu. Yang penting, ada laut. Boleh la panggil tepi laut pun. Masa tu takde ombak. Angin pun malu2 jer. Apatah lagi ombak rindu. Memang takde.

"Awak pandai berenang tak?" tanya saya pada H sambil-sambil berjalan menyusur tepi laut.

"Boleh la kalau setakat nak selamatkan diri sendiri." jawab dia dengan tak romantiknya.

:P

Beberapa hari lepas tu, saya pulak ditanya dengan soalan pandai tak berenang? Saya tak kenal sape yang tanya tu. Tak fikir lama, terus saya jawab tidak. Langsung tidak. Dah memang saya tak reti. Takkan nak jawab saya ni sehandal aspalela Pandelela Rinong pulak kan. Tak baik menipu tau. Lepas tu.....

+Kalau lemas, apakah tindakan anda?
-Hmm.. Saya akan jadi manusia yang paling bertakwa masa tu.

+Maksud anda?
-Yelah. Saya ni taktau berenang. Berserah pada takdir la.

+Tapi kita tak boleh berserah tanpa berusaha?
-Kalau macam tu, saya akan kuak air dengan pelbagai gaya. Kuak rama-rama, kuak kupu-kupu, kuak bebas. At least nampak sedikit usaha. Takde la nampak saya ni terpuruk ingin mati macam lagu Aizat tu. Kan?

+Bernas juga jawapan anda. Takde harapan terakhir sebelum mati lemas?
-Apa jenis soalan ni. Macam mendoakan saya mati cepat je.

+Maaf maaf. Maksud saya, impian anda yang hendak dijadikan kenyataan?
-Hmm.. Saya berharap masa tu saya boleh jadi kapal selam. Takpun, ikan paus. Tapi saya tau, semua tu tak mungkin.

+Kalau macam tu, terima kasih kerana sudi menjawab soalan2 saya.
-Sama-sama. Saya harap awak tak mati lemas.


This is magenta. Kalau awak beli warna ni, cantik tau. Tapi yang  pink haritu pun dah cantik.. Hehehe

********

Kenapa saya tulis pasal berenang, mati lemas kat blog H ni? Kenapa saya merepek kat blog dia? Haaa tu yang kita tak tau tu. Cuba tanya owner blog ni. Kot dia tahu. But seriously, those who can swim tu hebat. Takdelah hebat tahap mahaguru ke apa. Tapi dia boleh selamatkan diri sendiri kot tiba2 nak lemas ke, terberenang kat tempat dalam ke. Bonus.

Save the date. Last sunday, both of us went for a walk. Aimlessly. Rare apa. Seharian berjalan tanpa arah tuju. And thanks for all those things given to me. Banyak sangat. Orang terharu tau. Tak tunjuk jer. Hahaha..

Awak, nanti kita pergi tengok citer Robocorp tu yer. 

-S-

p/s: Yang kena tangkap kat pantai oleh pencegah maksiat tu kan, diorang buat apa sebenarnya?


• 28 February 2014 •

Hikayat Hujung Februari

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


* * * * *

Pendahuluan:

Aku nak taip entry ni laju-laju. Sebab kejap lagi aku nak sambung baca novel. Kehkeh. Itu jer intro aku.

* * * * *

Isi Penting 1:

Masa mula-mula dulu, blog ni dicipta sebagai medium untuk aku menginterpretasikan segala rasa yang tak terluah. Terutamanya terhadap NAF. Segala apa yang aku fikir, segala apa yang aku pendam, segala apa yang aku rasa, segala apa yang aku harap, dan segala apa yang entah apa-apa, semuanya aku kiaskan kat sini. Dengan bahasa yang cuma aku jer kot boleh mengerti.

Sampaikan ada yang tak faham. Tak faham apa sebenarnya yang aku cerita kat dalam blog ni.

Tapi itu dulu la. Sekarang NAF takde. Yang ada S jer.

* * * * *

Isi Penting 2:

Sambil-sambil tu, aku selitkan jugak benda-benda yang tak penting. Contohnya eksperimentasi aku terhadap blog, terhadap penulisan, terhadap seni, terhadap kreativiti, terhadap idea-idea di luar kotak, terhadap idea-idea di luar otak, terhadap apa jer la. Aku pelbagaikan kat sini.

Aku buat apa yang dulunya aku tak terfikir nak buat dalam blog-blog aku yang sebelum-sebelum ni.

* * * * *

Isi Penting 3:

Aku tak sangka ada jugak yang nak baca blog ni. Ada jugak yang nak terus ikuti cerita-cerita karut yang aku saji kat dalam blog ni. Sebagai contoh, Syakir Rahman. Walaupun aku tak pernah jumpa dia dan dia tak pernah jumpa aku (errr..maybe dia pernah terrrnampak aku), tapi dia adalah antara orang yang sudi follow, singgah dan jengah entry-entry aku.

Sebagai contoh lagi, beliau. Honestly aku tak sangka, even terharu sikit sebenarnya. Terharu sebab blog entah apa-apa ni diletakkan sebaris dengan blog Buasir Otak, The Other Khairul dan Zack Zukhairi. Terharu. Ya, terharu. Sebab deep inside, aku tahu kat mana tahap blog ni, kat mana tahap aku. And aku tahu yang blog ni hidup segan, mati pun segan tak mahu.

* * * * *

Isi Penting 4:

Ini betul-betul penting. Kopitiam.

Dunia blogging ni menemukan aku dengan geng-geng kopitiam. Siapa sangka. Kelompok kecil yang asalnya masing-masing entah dari celah mana, boleh rapat dan terasa macam satu keluarga. Tak kira la current ataupun former member. Each and everyone of you, korang tahu korang siapa.

Nampak kan dia punya penting tu macam mana? kehkeh..

* * * * *

Penutup:

Sedar tak sedar, antara hari ni dan juga esok, blog ni akan memasuki tahun kedua. Diulangi, ANTARA hari ni dan juga esok. Bukan hari ni, dan bukan esok.

Heh..yang korang baca ayat tu dua kali kenapa?

Kesimpulannya, mesti ada yang tertanya kenapa tajuk entry kali ni bermula dengan huruf H, bukan huruf F macam yang sepatutnya. Errr..yakin jer aku ni. Ke memang takde siapa yang tanya? Hahaha..

Pedulik la, aku nak cerita jugak. Semuanya bermula daripada SINI.

Masa tu aku cadang setiap entry untuk tahun ni bermula dengan perkataan Hikayat. Sebagai contoh, Hikayat Bla Bla Bla, Hikayat Dot Dot Dot dan macam-macam lagi. Masa tu la. Cadangnya. Tapi, kita cuma merancang yer dak? Sampai masa, aku tiba-tiba rasa nak kekalkan dengan konsep tajuk seperti tahun sebelumnya.

* * * * *

Sekian, terima kasih kerana membaca karangan saya.

p/s: walaupun entry ni dah siap pukul 10.10 tadi, saya tetap nak publish pukul 11.59 nanti..kira auto publish la yer tak?

Eh dah la, aku nak baca novel ni. Babai..aummm.


• 27 February 2014 •

Fiksi: Cinta Out Of This World

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum-sebelum ni, aku pernah buat entry pasal novel-novel yang aku baca. Antaranya ialah Jangan Baca Novel Ni, Tiada Tajuk dan Hidup, Cinta, Takdir. So kali ni, aku nak buat satu lagi entry pasal novel. Tetap daripada penulis yang sama - Ismi Fa Ismail. Cinta Out Of This World. Without doubt, novel ni memang sesuai untuk peminat-peminat cerita cinta.

25/02/2014 – 10.20pm: Aku mula membaca.

* * * * *

Cover


Kalau korang tengok cover dia, mungkin korang boleh rasa kegembiraan. Sebab cover dia colorful and ceria. Penuh warna-warni, penuh bentuk hati. Seolah-olah menggambarkan bahawa cinta tu seronok untuk dinikmati. Seakan-akan cinta tu memberi kegembiraan yang tak terperi. Memberikan ketenanagan, setenang air di pinggir kali.

Tudia, kemain aku sembang pasal cinta. Kelakar pun ada weh. Rasa macam tak percaya yang aku tengah draft entry ni..kehkeh.

Okey, sambung. Kesimpulannya, kalau korang baca sampai habis, korang akan nampak rasional kewujudan setiap item yang ada kat dalam novel ni. Sebagai contoh: kasut, bunga, kek, handphone, matahari, UFO dan lain-lain lagi.

Benda tu dilukis bukan saja-saja. Sebab setiap item ada makna yang jadi penguat babak cerita.

* * * * *

Kandungan

Macam tajuk yang tertera, Cinta Out Of This World. So melalui pembacaan, aku yakin korang akan nampak dan jumpa dimensi yang berlainan atau berbeza daripada tipikal novel cinta yang korang biasa baca. Out of this world. Ya, out of this world. Means, errr..means out of this world la..heheh.

Aku tak boleh nak ceritakan kat korang sinopsis, sub-plot atau perincian kandungan cerita ni. Melampau tu. Rasa macam tak adil untuk orang yang berkarya. Sebab kalau tak kena gaya, aku mungkin akan membunuh minat para pencinta untuk beli, baca dan rasa kuasa cinta dari sisi luar dunia.

Jadi, aku biarkan bahagian ini terabai seadanya. Biar yang ada minat, biar yang ingin tahu, masing-masing boleh explore sebanyak mana yang mereka mahu.

* * * * *

Watak

Aku suka setiap watak dalam setiap cerita. Aku suka macam mana setiap watak bergerak untuk menggambarkan definisi cinta luar dunia. Baik Amran, Aidil dan Adam. Ketiga-tiga mereka bergerak seiring, menarik aku keluar dari dunia sendiri, dan masuk ke dalam dunia mereka.

Merasai bagaimana si buta berjalan, meraba, tanpa tongkat, dalam gelap, tiada cahaya.

Ah, dah la!

* * * * *

Kesimpulannya

25/02/2014 – 10.25pm: Tiba-tiba aku ngantuk time tu. Tak jadi nak explore. Tak jadi nak baca. And sampai sekarang, aku sebenarnya masih lagi belum sambung mukasurat ke-2.

Senang cerita, macam ni la. Aku memang nak review novel ni sebelum aku baca. Sengaja? Ya, sengaja. Sebab aku ada expectation sendiri terhadap novel ni. Sebab aku rasa novel ni best. And aku yakin novel ni best. At least untuk selera baca aku.


So, segala apa yang aku taip pasal Cover, Kandungan dan Watak tu? Yup, itu wayang jer. Aku refer kat back cover. Dah kalau aku belum baca, mende jer yang aku boleh cerita. Tak ada okey. Tak ada.

Kesimpulannya, aku taip macam mana pun, terpulang kat korang jugak sama ada nak beli atau tak baca. Selera masing-masing yer tak. Tapi kalau korang tanya aku, aku suggest korang cuba novel-novel makcik ni. Either one. Cuba.

Sebab karya dia lain. Lain dari tipikal novel yang biasa.

* * * * *

Yela, yela. Aku tau la. Tadi kan badminton. So insyaAllah esok aku akan start baca semula.

p/s: kemahen aku dok pomot novel Ismi, ada harapan ni nanti nama aku naik jadi watak utama..kehkehkeh.


• 21 February 2014 •

Filamen Mentol

Assalamualaikum..

Cerita Semalam

"Bagi orang tajuk.."

"Filamen Mentol.."

"Nak tulis apa dengan filamen mentol? Awak bukannya menerangi hidup orang pun. Selalu kutuk2 tu ada la.."

"Eh orang ni menerangi hidup awak, menemani malam awak, mengisi kekosongan awak tau.."

"Leklok laa.. Karang orang letak baru tau.."

"Betul la ni.. Awak tu tak sedar.."

"Yelah yelah.. Perasan betul."

*******
 
Hidup ni satu harapan
Mungkin tanpa kita sedar
Wujud satu titik cahaya
Yang ingin kita capai
 
Kereta
Rumah
Gaji besar
Keluarga bahagia
Pengakhiran yang husnul khatimah
 
Ada ke yang hidupnya kosong?
Takde apa apa untuk dicapai?
Takde sasaran untuk dituju?
 
Hati dia..
Hati dia mati..
Agaknya..
 
Harapan sentiasa ada. Untuk yang berharap.Untuk yang menanti. Ada. Insya Allah ada.
 
Harapan saya adalah saya sebagai harapan awak. Mungkin sebagai filamen awak. Atau starter. Semoga harapan awak tercapai dengan adanya saya dalam harapan tersebut. Senyum.
 
Hati tak pecah sana sini. Masih elok. Belum terkehel. Mungkin dengan harapan pengakhiran antara kita adalah yang terbaik, hati ni takkan fragile. Mungkin. Senyum lagi.

-S-
 
p/s: Awak drive leklok harini :)



• 18 February 2014 •

Football Manager

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni, nak cerita pasal game bola - Football Manager.

Sebenarnya aku tak berapa suka main game. Aku cepat bosan kalau main game. Tak kira la bosan sebab menang atau bosan sebab kalah, hakikatnya aku tahu bahawa pada suatu tahap tertentu, aku akan jadi bosan. Rasa macam, to hell with this game. I don't want to play anymore. Fullstop.


Tapi, satu-satunya game yang berjaya membuatkan aku ketagih ialah Football Manager (FM) -- dulunya dikenali sebagai Championship Manager (CM). Basic concept untuk game ni adalah strategi and management. Nama pun Football MANAGER yer dak. So kerjanya adalah untuk manage satu team bolasepak. Jual beli player, rancang taktikal, player selection, training system, scouting, analisa bakat-bakat baru, press conference, pre-match instruction, morale boast dan lain-lain lagi.

Part yang paling aku seronok adalah jual beli player. Sebab waktu ni aku cuba untuk dapatkan player yang aku nak, dengan harga yang paling murah. Kepuasan untuk dapatkan player tu, priceless.


Aku start main game ni sejak musim 99/00. Waktu tu Beckham masih jambu. Ronaldinho belum famous lagi, masih kat Gremio. Cristiano Ronaldo baru nak up. Messi masih budak hingusan. Dan mana-mana player semua pun masih entah kat mana-mana. Pada aku, itu yang bestnya. Setiap tahun player berpindah-pindah, dan bermakna setiap tahun jugak database akan berubah-ubah.

Senang cerita, kalau tak pernah main FM untuk musim lepas atau musim ni, boleh jer main FM untuk musim ni atau musim depan atau musim yang satu lagi.

Tapi memang betul beb. Game ni kalau dilayan memang boleh jadi addicted. Member-member zaman belajar dulu berapa ramai yang tak pergi kelas - tido sebab penat melayan game. Yang kena buang daripada U pun ramai jugak. Yang repeat paper, yang extend semester. Boleh dikatakan semuanya berpunca daripada game ni. Aku sendiri, extend 2 tahun.

Tapi disebabkan game ni jugak, aku banyak tahu tentang player-player daripada luar. Boleh dikatakan aku ni agak up-to-date la pasal bolasepak konon-kononnya. Aku tahu player mana pindah ke kelab mana atau manager mana uruskan kelab yang mana. Aku tahu budak mana yang wonderkid - rising star in the future.


Melalui CM jugak, aku baru mula kenal Pablo Aimar. Daripada mata aku, mamat ni talented gila. Aku anggap, flair dia = 20. Walaupun masa tu Zidane lagi power, tapi Aimar jugak player yang aku suka. Dan disebabkan dia, aku memilih untuk support Valencia, instead of Real Madrid or Barcelona. Sehingga la Aimar berpindah ke Zaragoza, Benfica dan sekarang JDT, aku tetap jadi salah seorang yang terus menyokong Valencia.

Oh ya, pasal JDT. Kalau korang nak tahu, Liga Malaysia pun ada dalam game Football Manager tau. Aku pernah bawak team JDT hari tu. Sekejap jer la. Tak sampai setengah season, aku stop. Sakit hati sebab level player tempatan masih jauh dari segenap segi. Insult my level of management..cewah.

Kesimpulannya, ketagihan aku terhadap game ni tak pernah berhenti. Entah sampai bila nak jadi tahi FM, aku pun tak pasti. Mungkin 5 tahun lagi. Mungkin 10 tahun lagi. Atau mungkin sehingga bolasepak tak lagi jadi sukan yang sentiasa aku minati.

Haaa..sekian, terima kasih.


p/s: eh Messi pun minat Aimar tahu tak? LINK.


• 14 February 2014 •

Frust Entry

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai semua. Nama saya H. Walaupun S dah hack blog saya, walaupun saya sekarang ni dah jadi pemalas gila, tapi hakikatnya blog picisan ni tetap saya yang punya. Saya admin tahu! So mulai sekarang, awak semua kena panggil saya admin..hakhak.

Baiklah. Itu intro daripada saya.

Hari ni saya nak cerita pasal frust. Macam tajuk tu la, Frust Entry. Untuk makluman awak semua, sebenarnya frust ni berasal daripada perkataan FRU iaitu Federal Reserve Unit. Dan st pada perkataan frust adalah merujuk kepada yang pertama. Alaa..macam mana first ada st kat belakang, macam tu jugak dengan frust -- ada st kat belakang. Eh awak semua ni, cincai jer dah la.

Baiklah. Itu pun intro daripada saya.

Awak semua nak tahu tak, saya sebenarnya tengah frust. Frust sebab apa yang saya cuba usahakan selama beberapa minggu ni tiba-tiba tak menjadi. Errr bukan la tak menjadi, tapi tak berapa menjadi. And tak berapa menjadi tu pulak bukannya disebabkan kesalahan saya. Tapi disebabkan penyambil-lewaan pihak ketiga.

Tak faham kan? Takpe, saya cuba jelaskan.

Cuba awak semua pejam mata. Bayangkan selama beberapa minggu kebelakangan, awak agak sibuk. Fikir tentang rekabentuk, fikir tentang letak duduk. Ke sana, ke sini semata-mata mencari lokasi yang paling mudah untuk dijenguk. Berfikir tentang itu ini. Tentang saiz, tentang font, tentang warna, tentang URL, tentang harga, dan tentang segala apa yang awak rasa cukup berbaloi untuk dikongsi bersama-sama.

Haaa..nampak tak? Nampak tak? Nampak tak yang awak semua ni sebenarnya tak pejam mata?

So kesimpulannya, saya sedikit frust, sedikit kecewa. Tapi tu la, nak buat macam mana. Untuk pujuk hati sendiri, saya pun cakap la yang benda nak jadi. Tak pun, saya cakap yang benda dah jadi. Tak pun, saya cakap yang benda tak jadi. Ya, saya rasa itu yang paling sesuai. Benda tak jadi. Saya mengamuk satu Melaka sekalipun, keadaan tetap tak berubah.

Hasil yang saya dapat, tetap bukan seperti apa yang diharap sewaktu tempah.

Wah, boleh jadi pantun ni..hahaha. Kbai.

p/s: saya cerewet..saya sangat cerewet..awak semua mungkin tak pernah nampak bahawa saya amat cerewet..saya spesifik untuk benda yang saya rasa patut cerewet..

Eh dah la. Sekian, terima kasih.


• 11 February 2014 •

First Entry

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. 

Hai.. Ni first entry saya kat sini. Oh ye.. saya bukan Encik H.. Dia takde.. Pergi main futsal. Kejap lagi dia balik. Saya dah janji nak publish sebelum dia balik. Saya kesuntukan masa. H, jangan kacau saya nak tulis entry ni! Makan lambat-lambat. Kunyah 40 kali. 

Okey.. Lately H selalu sangat sebut pasal aura positif, aura baik kat saya. Ye hampir setiap hari. Sampaikan terngiang-ngiang. Dan semestinya dia perasan dia tu ada aura baik, aura positif. Grrr.. Aura baik, tapi malas update blog, malas reply komen. Pokoknya, H pemalas. Hahaha.. (orang dah cakap kan nak kutuk awak :p)

Hari tu saya sembang dengan anak buah dia. Anak buah dia pun dah pandai sebut pasal aura baik. Puji sangat uncle dia. Amboi.. Uncle dah menurun aura baik kat anak buah ye.. Tapi betul la cakap H.. Bila kita ada aura positif, orang sekeliling pun akan turut positif. Aura tu macam terpancar dan menjangkiti orang lain. Kot..

Jangan tingalkan aura mu..Di sekelilingku~

Saya kurang aura positif. Aura merajuk ada la. Hahaha.. Takpe.. Sape yang berkawan dengan H ni maybe dapat rasa la kot aura positif dia. Memancar-mancar. Melimpah ruah. So yang kurang positif tu insya Allah akan positif macam dia bila kenal dia. Cewah orang puji awak ni. Dengan aura ni jugak, boleh buat orang suka kat kita. Yelah, bila dah tunjuk aura baik, orang sekeliling pun jadi senang. Awak semua jadi orang yang positif la yer.. Baru semua orang suka ^_^



Kesimpulannya, H busuk! Hahaha.. Rasa macam takde motif betul entry ni. H dah sampai rumah. Kena publish cepat-cepat. Nanti kalau ada kesempatan, kita jumpa lagi yer.. And thanks to H sebab tolong kasi tajuk ni. First entry untuk Februari dan first entry untuk saya. :)

-S-


p/s: Orang tak berapa okey lagi rasanya. Heee.. Lain kali orang nak tulis lagi! Tak kira la awak bagi ke tak :p



• 30 January 2014 •

Wordless Wedthursday #12 - Jangan!


p/s: mungkin dah tiba masa aku larang diri sendiri daripada masuk Popular..-_-"


• 28 January 2014 •

Jolo Nero

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bukan perkara elok apabila menyuruh someone menunggu anda, hanya untuk tanpa sengaja meninggalkannya pada babak hujung cerita.

Sebagai contoh, tidur.

* * * * *

"Awak tunggu sekejap boleh tak? Orang nak settlekan kerja sikit."

"Okey. Tapi jangan lama sangat. Takut orang tertidur."

"Oret.."

Bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla (buat kerja).

"Lagi sikit jer."

"Keep working."

Sambung bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla (buat kerja lagi).

After almost one hours..

"Awak.."

"Yo!"

"Erkk..ingatkan awak dah tidur. Hahaha.."

"Belum lagi, orang tunggu awak la.."

.

..

...

....

.....

(takde respond lepas seploh minit)

"Awak ni..haihhh."

* * * * *

Kesimpulannya?

Heeee..kesimpulannya, ini cerita rekaan semata-mata. Maklum la, nak tulis entry punya pasal yer dak. Bila fikir-fikir balik, rasanya bulan ni tak dapat nak cukupkan 10 entry. Dengan balik kampung lagi, cuti Chinese New Year lagi, kampung takde internet lagi. Haishhh..makin berhabuk ler nampaknya blog ni.

Sekian, terima kasih.

p/s: berangan pagi-pagi buta ni boleh mendatangkan lapar jugak rupanya..grrrr.


• 23 January 2014 •

Judul: Hidup, Cinta, Takdir

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau work setup Ismi Fa Ismail bertemankan Old Town White Coffee hazelnut campur milo panas kat sebelah kanan, work setup aku pun tak kurang hebatnya. Juga bertemankan Old Town White Coffee. Tapi tanpa hazelnut dan milo panas. And sebagai kontra, aku letak kat sebelah kiri.

Leceh kot letak kat sebelah kanan, dengan mouse la, dengan handset la. Lagipun men kan to the left. So sebab tu aku letak kat kiri. Oh ya, aku segan nak snap gambar work setup aku kali ni. Sebab meja aku bersepah.

* * * * *

Aku jarang beli novel. Sepanjang beberapa tahun, aku tak pernah beli novel, even karya Hlovate. Tahun lepas masa pergi ke Kinokuniya pun, aku terjebak beli buku-buku Keri Smith -- novel yang bukan novel. Pendek kata, novel bacaan pertama yang aku beli recently, ialah Jangan Baca Novel Ni.

Since that day, aku jadi rasa macam ketagih nak baca novel-novel Ismi Fa Ismail ni. Letak dadah ke hapa entah. Aku terus cari sekuel JJBN -- tiada tajuk. Dan seterusnya semakin rajin singgah kat Popular semata-mata nak cari novel penulis ni. Ketagihan. Addicted. Macam gitu la keadaan aku.

Seterusnya selepas baca novel tiada tajuk tu, aku terjumpa pulak satu lagi novel dia. Hidup, Cinta, Takdir -- which is apa yang aku nak cerita kat dalam entry ni.


Ceh, kemain aku tulis. Last-last baru nak masuk point entry.

* * * * *

Cerita ni pasal apa?

Basically novel ni berkisar tentang exploration. Pencarian tentang hidup, penilaian tentang cinta dan pemahaman tentang takdir. Boleh dikatakan bahawa ini adalah isi kandungan novel yang biasa, tapi dicerna dengan cara penceritaan yang sedikit berbeza.

Aku tak berminat nak menceritakan sinopsis. Sebab kalau ada antara korang yang nak baca, aku harap korang boleh feel the excitement tu melalui pembacaan sendiri. Nilaikan and fahamkan sendiri kenapa or macam mana aku boleh addicted terhadap karya penulis ni.

* * * * *

Apa yang aku suka?

Aku suka sebab penulis buat novel ni seakan hidup. Macam mana aku feel masa baca JBNN, macam tu la aku feel masa baca HCT (malas nak taip panjang-panjang). Ismi Fa Ismail buatkan novel ni jadi sebahagian daripada penceritaan dalam novel ni?

Faham ke? Aku syak korang tak faham. Maksud aku, novel ni sendiri adalah sebahagian daripada cerita. Apa yang korang pegang sebenarnya adalah sebahagian daripada cerita yang korang tengah baca. Pada aku, itu adalah sebahagian daripada kreativiti.

Lagi satu yang aku suka, ialah dimensi. Permainan ruang dan masa antara satu cerita dengan satu cerita. Ia membuatkan aku pening, tapi seronok. Pening sebab aku cuba nak gambarkan ruang masa pada tiap-tiap bahagian cerita. Cuba nak fahamkan anggaran masa pergerakkan setiap babak.

Senang cerita, novel dia buatkan aku hilang entah kat mana-mana.

* * * * *

Apa yang aku kurang suka?

Satu jer. Percintaan Joe dengan Ara tu macam poyo sangat. Aku rasa macam nak lempang jer dua ekor makhluk tu sebab nampak terlalu over. Gila ke hapa agaknya kalau first time jumpa masa umur 6 and 8 tahun dah boleh jatuh cinta pandang pertama.

Then lepas tu sepanjang 11 tahun langsung tak jumpa dah. Usahkan berjumpa, berhubung pun tidak. Kendian bila dah jumpa semula, terus boleh bersayang-sayang pulak. Serius, aku rasa macam nak lempang. Emotional gila kot..kahkahkah!

* * * * *

Kesimpulannya, aku suggest pada peminat-peminat novel untuk baca karya Ismi Fa Ismail ni.

Sekian, terima kasih.

p/s: phewww..siap gak satu entry..


• 20 January 2014 •

Jahak

 
Kahkahkah

p/s: Ate kebelakangan ni teman ghase macam maleh bebenor nak mencanai idea. Entah apakehey idok ler teman taunya..


• 16 January 2014 •

Wordless Thursday #11 - Jumjumatun

SSA, AJM. LOL.

p/s: eh suka hati saya la nak taip Wordless Thursday..hahaha


• 13 January 2014 •

Jadilah Uncle Yang Disayangi


p/s: Bideo semalam. Bukan kelmarin. Bukan hari ni..


• 07 January 2014 •

Jobstreet

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini sambungan untuk entry sebelumnya.

Sebenarnya seawal bulan Disember tahun lepas, aku dah start cari kerja lain. Sebab aku dah betul-betul bosan dan malas nak menunggu sampai Tahun Baru Cina. Berbelas kot aku hantar resume kat Jobstreet, tapi satu pun tak berbalas. Tu takpe la. Belum ada rezeki, nak buat macam mana yer tak.

Cuma yang sedikit peliknya, job-job yang setakat ni aku tak mintak pulak tiba-tiba datang melekat.

* * * * *

Cerita 1: Invitation

Pada 23 Disember, Jobstreet hantar email. Invite aku untuk apply position kerja yang lebih tinggi berbanding sekarang. Which is Project Manager kat Skudai. Means description kerja tu still di bawah contractor la, bukan consultant.

Invitation punya pasal, aku terus apply walaupun sebenarnya aku tak harap sangat untuk dapat job tu. First sebab di bawah skop kerja contractor, sama macam position bos aku sekarang ni. Susah tu nak manage. Bukan semua orang boleh jadi bos. Second sebab deep inside, aku tahu aku tak layak untuk position tu. Tak cukup strong. Tak cukup kental untuk kena tembak dari segenap sisi.

Theoretically, aku tahu jer macam mana skop kerja Project Manager. Bertahun aku buat kerja-kerja management, jadi assistant bos. So boleh faham la sikit-sikit. Tapi itu secara teori. Secara praktikalnya, aku tak pernah manage secara langsung. Tak pernah directly handle sesuatu skop kerja dari awal sampai akhir.

Cuma aku tetap apply sebab nak membiasakan diri dengan interview. Itu jer. Hasilnya, sehari lepas aku apply, esoknya hari Selasa Nora telefon. Set phone interview pada hari Jumaat - 27 Disember. Kena speeking pulak tu, harey betoi..


* * * * *

Cerita 2: Application

Satu lagi yang melekat adalah interview daripada ECERDC. East Coast Economic Region Development Council. Panjang bebenor nama. Yang ni betul-betul pelik. Sebab dia call bagitau aku ada apply kerja melalui Jobstreet. Aku angguk jer. Tapi dalam hati, aku pelik. Sebab dalam senarai berbelas kerja yang aku mintak, langsung tak ada ECERDC atau kompeni-kompeni yang seumpamanya. Double triple multiple check, memang tak ada.

So dari mana dia dapat nama, email, nombor phone dan segala detail aku? Entah, yang tu aku tak tahu. Dipendekkan cerita, awek tu pulak nama Syahira. Dia minta aku datang interview pada Jumaat ni. 10 Januari, pukul 11.00 pagi. Kat KLCC. Kalau dapat, aku akan ditempatkan kat Pahang. Yer la, East Coast kan..

By right memang tak ada masalah untuk aku attend interview tu. Cuma aku takut tak sempat. Kuantan ke KL ada la dalam 3 jam. Campur traffic jam, campur sesat, campur mencari jalan yang lurus, sekurang-kurangnya aku kena ada masa 4 jam di atas jalan. Dan disebabkan itu adalah interview, aku kena la datang lebih awal. So sekurang-kurangnya aku kena ada masa 5 jam. Itu pun kalau segalanya berjalan dengan lancar la.

Sebenarnya boleh jer aku overnight kat KL. Then esok pagi terus pergi interview daripada sana. Tapi sengaja aku taknak ambil option tu. So aku minta tolong anjakkan masa. Syahira cadangkan pukul 5.30 petang, itu pun bergantung kepada kekosongan jadual. Dia akan call balik untuk confirmkan pasal tu.

Petang tadi, Syahira call. Bagitahu bahawa pukul 5.30 petang pun dah fully booked. Jadual dah penuh.

* * * * *

Cerita 3: Recommendation

Aku ada kakak. Dia dah kahwin. Dia kahwin dengan abang ipar aku.

Tengahari tadi, abang ipar aku call. Sambil gelak, dia tanya aku ni memang taknak balik kerja kat Johor ke. Heh, aku ni orang Johor rupanya..hahaha. So aku cakap kat dia, memang sekarang tengah mencari kerja. Oh ya, sebelum-sebelum ni aku memang tak pernah inform kat family pasal nak cari kerja lain. Saje taknak bagitahu. Konon nak bikin suprise kalau tiba-tiba kena kembali ke Johor.

Sembang punya sembang, then abang ipar aku kata yang tempat kawan dia nak pakai engineer. Dia nak recommend aku kerja kat sana. Kerja apa, skop apa, consultant atau contractor, yang tu aku tak tanya. Abang ipar aku kata nak bagi nombor kawan dia kat aku, suruh aku call sendiri. Tanya apa yang aku rasa nak tanya.

* * * * *

Conclusionnya

1. Phone interview hari tu rasanya gagal. Kot. Aku speaking pun standard kindergarden, jangan harap la nak dapat yer tak..hahaha. So takpe. Kalau tak dapat lagi aku suka.

2. ECERDC punya interview Jumaat ni kensel. Status aku sekarang ni KIV. Syahira akan cuba set interview pada tarikh yang lain. Sayang ko lebih la Syahira..kehkeh.

3. Abang ipar aku belum forward nombor kawan dia.

4. Cerita 3 tu baru jer dapat petang tadi. So memang takde kaitan langsung la dengan tajuk Jobstreet.

5. Sekian, terima kasih. Dah, itu jer.

p/s: mujur Jumaat ni kensel..


• 05 January 2014 •

Jemu Jadi Jontraktor

Assalamualaikum dan salam sejahterainya pun.

Hmm..aku baru balik main badminton woi. Itu jer intronya.

Kebelakangan ni aku memang terfikir nak tukar kerja. Dah bosan rasanya kerja bawah contractor. So kalau ada rezeki, cadang-cadang nak try kerja bawah consultant pulak. Kalau dapat la. Reasonnya? Entah. Aku rasa sepanjang hampir 6 tahun kerja bawah contractor ni, seolah-olah takde apa yang aku nak kejar dah. Bukannya nak kata aku dah pandai sangat. Memang tak la. Cuma, aku bosan. Rasa macam nak bertukar angin. Tukar persekitaran.


Cadangnya, lepas Chinese New Year baru aku nak start cari kerja lain. Sebab nak tunggu bonus. Rugi la kalau aku berhenti sekarang. Maksud aku, rugi la kalau bertukar kerja sebelum CNY. Tak dapat la nak merasa pow duit company. Walaupun tak banyak, at least ada la jugak. Dapat la nak cover sikit roadtax dengan insuran kereta.

Tapi, entah. Aku rasa semakin lama aku dah macam tak ada kerja. Bosan gila kot. Kat tempat kerja sekarang ni, structure dah hampir siap. Consider siap la. Yang tinggal pun sap-sap soi punya kerja. Jadi setiap hari aku pergi kerja seolah-olah tak buat kerja. Cuma uruskan paperwork. Dah kerja macam kerani pulak. Taip surat, draft surat, buat monthly report, dan main game kat fb.

Aku dah jarang masuk site sekarang. Seminggu sekali pun jarang. Yer la, sekarang tinggal kerja-kerja architectural. Aku bukannya basic architecture. So apa benda sangat la yang boleh tengok orang ikat bata, plastering, waterproofing, cement render, ceiling, tiling, aluminium cladding, curtain wall, carpet, painting dan sebagainya. Bukan bidang aku dan aku tak berminat nak ambil tahu.

Persoalannya sekarang, aku nak cari kerja kat mana?

Entah. Kalau ikutkan hati, aku seboleh-boleh taknak kerja kat area Selangor ataupun KL. Crowded sangat. Rasa macam bandar besar tu bukan tempat aku. Dengan jammed lagi, dengan aku tak tau jalan lagi. Mau hari-hari aku sesat time nak pergi kerja atau nak balik rumah. Teringat dulu aku daripada Tol Subang nak ke Flat Desa Mentari, aku boleh sesat hampir 2 jam. Eh 2 jam ke 4 jam entah. Tak ingat aku. Tapi sesat la. Aku rasa kalau aku duduk KL, bermakna aku menuju kepada kesesatan yang hakiki. Haishhh!

Tapi itu dulu la. Sekarang ni, aku rasa aku bersedia untuk kerja kat mana-mana. Even kat Selangor ataupun KL. And kalau ada peluang kerja kat Sabah or Sarawak pun, aku nak pergi. Sebab aku dah takde perasaan nak kerja kat sini. Bosan. Jemu sejemu-jemunya.


Kesimpulannya, kalau aku tunggu CNY baru nak start cari kerja, means paling awal pun bulan Mac baru aku akan bertukar kerja. Sebab kena bagi notis 2 bulan sebelum resign. Itu pun kalau lepas CNY aku dapat tawaran kerja. Kalau bulan Mac baru aku dapat tawaran kerja, means aku kat sini sampai bulan Mei la nampaknya.

Persoalannya, perlu ke aku tunggu bonus Tahun Baru Cina?

Dah, itu jer aku nak cerita. Sekian, terima kasih.

* * * * *

Sebenarnya entry ni aku dah taip lama. Hari Rabu - 27 November. Sebab tu aku tulis 'baru balik main badminton'. Tapi macam biasa la, aku simpan, aku kemam, aku rendam dan aku pendam. Last-last hari ni baru rasa nak keluarkan cerita.

Kesimpulannya, tak lama lagi Tahun Baru Cina.
Hoyeah!! Dapat duit raya!!

Oh ya, gambar-gambar tu sekadar hiasan. Sekian, sama-sama.

p/s: Dan entry ni ada sambungan. Ini sambungannya.


• 01 January 2014 •

Jawapannya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pendahuluan: Ini entry pertama untuk tahun 2014.

* * * * *

Isi Penting: Tak ada..

* * * * *

Isi Tak Penting 1: Menelusuri terbitan-terbitan lama blog ini, sepanjang tempoh 365 hari, buatkan aku terfikir. Terfikir tentang perjalanan hidup sendiri. Tentang apa yang telah aku lakukan, tentang apa yang tidak aku lakukan, tentang apa yang ingin aku lakukan, dan tentang apa yang akan aku lakukan. Tentang hidup, dan tentang kehidupan. Tentang hidup, dan tentang pengharapan.

Angka 145 entry sebenarnya hanya sekadar angka. Tak semua catan tertera adalah imbasan untuk 12 bulan cerita. Sebab sub-plot kehidupan ini, sebenarnya lebih banyak daripada apa yang aku sendiri sangka. Banyak benda yang aku mahu tulis, tapi aku tak dapat tulis. Dan banyak benda yang aku ingin tulis, tapi aku tak mampu tulis. Terlalu banyak rasanya.

Tahun 2013 juga menjejak-panjangkan langkah aku. Jelajah tempat-tempat yang aku tak pernah sempat. Meniti jalan-jalan yang aku tak pernah pergi. Ketemu manusia-manusia yang aku tak pernah tahu. Dan bersua kenalan-kenalan yang tak pernah aku jumpa.

Sabah umpamanya, menunaikan janji bertahun lama. PD umpamanya, melukiskan memori tiada tara. Dan kedah umpamanya, melunaskan impian semasa muda.

Itu dari segi tempat. Dari segi kenalan pula, kamu diantaranya. Ya, kamu. Kamu yang sedang membaca. Sama ada kita berjumpa setentang mata, atau cuma berhubung di alam maya, hakikatnya kamu tetap antara watak yang mewarnai perjalanan hidup setahun usia. Kamu tahu kamu siapa. So, for each and everyone of you, terima kasih tak terhingga.

* * * * *

Isi Tak Penting 2: Sebenarnya aku suka kot entry terakhir untuk tahun 2013 tu. Maksud aku, entry yang sebelum ni la. Walaupun tak ramai yang faham, tapi aku tetap suka. Aku kira pengkomen pembaca pertama jer kot nampak transisi yang cuba aku tampilkan dalam entry tu. Tapi dia tak komen kat blog la, dia cuma komen kat Wechat jer. Pembaca lain termasuk Ara yang aku mention kat dalam tu, tak faham bila baca entry aku..hahaha.

Opsss..sorry. Tergelak..heheh.

Tahun pertama aku buat blog ni, kebanyakan entry aku lebih bersifat senggama minda. Jenis yang susah nak hadam macam Isi Tak Penting 1 kat atas tu. Tahun kedua pulak, entry aku lebih bersifat santai and entah apa-apa. Which is macam Isi Tak Penting 2 ni la. So untuk tahun ketiga, aku tak sure lagi nak buat entry macam mana. Maybe masih lagi santai. Masih lagi berkonsepkan entah apa-apa. Tapi dalam masa yang sama aku cuba nak perbanyakkan konsep Dan Diakhirnya dalam tahun ketiga.

Itu pun kalau aku malas la.

* * * * *

Isi Tak Penting 3: Sebenarnya aku mula taip entry ni dekat-dekat pukul 10.00 malam. Baru taip tadi. So there is no such things as taip sikit, save as, letak kedua-dua tapak tangan kat belakang kepala, dan sambung draft pada hari berikutnya. Tak ada.

Lagipun tajuk entry ni bukan Dan Diakhirnya. Dan entry ni pun sebenarnya bukan sambungan untuk entry Dan Diakhirnya.

So apa tajuk entry ni? Hmm..apa yer. Aku rasa korang sendiri pun tau kot Jawapannya.

* * * * *

Kesimpulan: Refer Pendahuluan. Sekian, terima kasih.

p/s: tempoh masa yang ngam-ngam secukup rasa..


Back To Top