Header2

• 26 April 2013 •

Akhirnya

Aku dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang agak susah. Walaupun bukan dikategorikan dalam golongan daif, tapi masih diklasifikasikan sebagai golongan yang susah. Gaji abah masa tu rasanya lebih kurang RM400 ke RM450 sebulan. Adik beradik 7 orang. Sorang pada arwah nenek, jadi yang tinggal ialah 6 orang. Mak pulak tak bekerja.

Walaupun dengan gaji yang tak seberapa, tapi masa tu abah dah mampu untuk pakai Honda. Honda bulat jer la, C70 kalau tak silap..hahaha. Nombor pendaftaran, JAA 4389. Kitorang? Basikal pun takde. Nak pergi mana-mana jalan kaki jer la. Setakat tumpang lori dan traktor tu dah jadi macam perkara biasa. Kalau daripada Kluang nak balik kampung kat Kulai, abah akan pinjam kereta Osman Kedai. Ntah model apa ntah, yang belakang boleh buat letak sayur tu. So berpangku-pangku la kitorang. Siapa nak lapang, boleh duduk kat belakang.

Haaa macam ni la keretanya. Boleh duduk kat belakang sambil makan jajan.
Jadi sejak kecil bila aku tengok keretapi, helikopter, feri, kapal titanic, kapal terbang, jet pejuang dan macam-macam lagi, aku selalu berangan yang aku akan dapat naik benda-benda tu. Keretapi untuk long distance memang tak pernah la. Tapi kalau setakat KTM Komuter daripada Tg. Malim ke Seremban tu memang dah tersangat-sangat biasa. Feri aku tak pernah naik. Kapal titanic lagi la tak pernah. Tapi kalau kayak, motorbot, banana bot, jetski, yang tu memang dah pernah. So perasaan berada kat atas air tu dah tak berapa menerujakan aku.

Kapal terbang? Helikopter? Jet pejuang? Tak pernah. Sekali pun tak pernah. Aku teringin nak tau apa perasaannya bila berada beribu-ribu kaki kat atas sana. Melihat pemandangan di bawah. Melihat sebahagian bumi yang selama ini aku pijak dan jejak. Suyup-suyup jer. Rasa macam nak bukak tingkap sambil jerit, "Hoi siapa kat bawah hoi? Aku kat atas!". Sebab tu aku nak naik kapal terbang. Sebab aku nak tau apa perasaannya. Sebab aku tak pernah tau. Sebab, haaa..sebab tu.

Sepatutnya masa tahun 2005 aku dah boleh merasai pengalaman naik flight. Sebab aku menang tiket flight domestik. So aku decide nak guna tiket tu untuk pergi Sabah. Kenapa Sabah? Sebab kalau dalam Semenanjung Malaysia ni, tak payah naik flight pun tak apa. Drive 3-4 jam dah boleh sampai. Rugi la kalau aku guna tiket free tu untuk tempat yang boleh sampai guna kereta. Itu jer sebabnya.

Tapi tu la, kita ni cuma merancang. Allah juga Yang Maha Menentukan. Waktu aku sampai kat airport Senai, baru dapat tau yang rupanya tiket flight aku tu tak lepas. Maybe kad kredit tu dah disekat ke macam mana entah aku pun tak tau. Sebab sebenarnya tiket tu ditaja secara percuma oleh kawan kat MiRC. Sebelum ni aku ada dengar-dengar yang dia hack kad kredit foreigner untuk dapatkan tiket. Thats why tiket tu cuma valid untuk flight domestik jer. 2-3 orang yang menang bulan sebelumnya tu, tiket diorang lepas. Cuma tiket aku jer la yang sangkut. Mujur jugak aku tak kena tahan. So takpe la, takde rezeki nak buat macam mana.

Dan esok. Ya, esok. Kalau takde sebarang masalah, insyaAllah esok aku akan naik flight ke Sabah. Bulan Februari aritu masa Air Asia sibuk-sibuk buat promotion, aku pun sibuk-sibuk jugak la untuk booking satu tiket. Planning punya planning, tengok kalender sambil berkira-kira baki cuti yang ada, so aku decide bahawa esok adalah harinya. Terus cepat-cepat aku apply cuti sampai cuti Hari Pekerja.

Risau jugak hari tu bila ada pencerobohan kat Sabah. Risau dari aspek keselamatan. Then bila lama-lama tu, rasanya keadaan pun dah beransur reda. Tapi bila parlimen dibubarkan, kerisauan lain pulak menjelma. Risau bila digembar-gemburkan bahawa PRU13 dijangka pada 27 April 2013. Ah sudah, kalau tarikh bertindih macam mana? Aku dah berkira-kira nak mengundi cepat-cepat lepas tu terus berkejar naik flight. Tapi Alhamdulillah, SPR umumkan pembuangan undi adalah pada 5 Mei 2013. So aku memang rasa cukup lega, at least aku ada lebih ruang dan masa.

Jadi macam tu la ceritanya. Esok aku nak naik flight. Nak pergi Sabah. Sorang-sorang. Ramai tak percaya yang aku nak pergi Sabah tu sorang-sorang. Bos aku pun tak percaya dengan keikhlasan dan kejujuran aku. Kenapa sorang-sorang? Kenapa tak pergi dengan kawan? Kalau jadi apa-apa macam mana? Jawapannya, memang aku nak pergi sorang-sorang. Aku nak jalan sorang-sorang. Aku taknak orang ikut aku, dan aku sendiri taknak ikut orang. Berseorangan membuatkan aku rasa bebas. Peduli la kalau aku sesat ke apa. Aku nak nikmati suasana tu sorang-sorang. Bersendirian.

p/s: perjalanan hari esok setidak-tidaknya melunaskan satu perjanjian..:)


• 24 April 2013 •

Arca

Credit: Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi
Membaca terbitan yang terdahulu membuatkan aku rasa seakan ada perkara remeh yang tak terlepas daripada induk jiwa. Kosong adalah sebahagian daripadanya. Dan penuh adalah sebahagian yang melengkapinya.

Kosong bila mana apa yang terluah seakan kosong tanpa rasa. Mungkin sekadar interpretasi daripada serebelum semata-mata. Hanya bahagian otak kecil atau otak belakang yang menyimpan ingatan untuk respon-respon yang dasar. Apa yang terlintas di benak menjadi apa yang terolah dibaca.

Dan kalaupun interpretasi itu daripada serebrum, aku kira penggunaan itu lebih kepada otak kanan sahaja. Cuma kesedaran ruang, imaginasi, lamunan dan dimensi maya. Perasaan keberadaan itu ada, tapi boleh dianggap sebagai tiada. Lebih kepada angan dalam janaan heterotopia sendiri. Dicernakan secara holistik, namun tidak dengan spesifik.

Penuh pula adalah apa yang ada dalam kepala. Kepelbagaian. Berselirat minda aku berfikir tentang macam-macam perkara. Tentang apa yang aku mahu, tentang apa yang aku rasa, tentang jangkaan masa depan, tentang kehidupan, tentang ketidakhidupan, tentang pinjaman nyawa, dan tentang segala tentang yang tak dapat diterjemahkan dalam frasa sebaris kata.

Natijahnya, kehidupan memang begini. Adakala aku sesat, tak temu jalan untuk jumpa diri sendiri.

Meminjam kata Umar Al-Khattab, "tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali, jika kau tahu apa yang dicari". Maka dalam kehidupan ini, apa sebenarnya yang aku cari?

p/s: Kamu. Ya, kamu. Terima kasih kerana masih ada di sini..:)


• 23 April 2013 •

Agaknya Tajuk Macam Ni Boleh Tak?

Hari ini birthday Aness. Atau nama sebenar dia, Nadia Sarah. Tapi tu la. Masalahnya aku tak tau nak tulis apa. Tulis pun pendek-pendek jer. Sekadar melepaskan batok di tangga.

Biar aku cerita sikit macam mana sejarahnya bermula.

Aku kenal Aness kat MiRC jer. Kalau tak silap, tahun 2008. Cara kenal pun sebab bergaduh. Selalu memang macam tu pun cara aku kenal dengan orang. Gaduh dulu, baru bincang. Gaduh dulu, baru discuss. Then lepas tu baru la jadi kawan. Dengan Seripah dulu pun macam tu jugak. Sebelum kenal kena gaduh dulu. Lepas gaduh baru kita bukak buku baru.

Dunia tanpa sempadan macam tu la kot. Tak puas hati, sound direct jer depan-depan. Sebab masa tu masing-masing tak kenal. Sentap ke, terasa ke, itu lain cerita. Pada aku, dengan cara tu kita dapat tau macam mana perwatakan seseorang tu.

Then, as times pass by, cewah, dah la speaking, koma banyak pulak tu. Then lepas tu kira okey balik la. Nak kata baik sangat pun tidak, nak kata bergaduh lagi la tidak. So and so jer. Sehinggalah perjumpaan pertama kitorang pada 5 Disember 2009. Kat Ampang. Gathering geng-geng MiRC. Since that day baru la kitorang close each other.

Lepas tu baru rapat pulak dengan Keyla. Ke mana pun bertiga. Panjat Broga bertiga. Buka puasa bertiga. Mandi kat Sungai Bil bertiga. Karaoke bertiga. Kalau ada orang lain pun, diorang akan cuma jadi watak picisan. Sebab apa-apa hal kitorang cuma discuss bertiga. Rasa macam orang lain susah bebenor nak blend dalam kelompok kitorang bertiga.

Haa..pasal Sungai Bil. Sungai ni memang port untuk sambut birthday. Tak kira la birthday aku ke, birthday Aness ke, birthday Keyla ke, semuanya akan sambut kat sini. Entah apa yang best pun aku tak tau. Aku memang sebab kerja kat Tg. Malim dan Sungai Bil ni memang dekat jer dengan tempat kerja aku. Dulu la.


Mungkin sebab air kat sini jernih dan sejuk. Tempat pun tak crowded. Ah malas cerita la. Sebab dah 2 tahun tak pergi ke Sungai Bil. Akhir kata, happy birthday to Nadia Sarah Abdul Malik. May Allah bless.

p/s: dua tiga hari kebelakangan ni aku agak tensen dan tak ada mood nak tulis apa-apa..nak balas komen pun rasa macam tak ada selera..


• 19 April 2013 •

Anggap Ini Wordless Friday

Nampak tak? Sorang sebelah kanan, sorang sebelah kiri..hahahaha
p/s: simple gila entry ni..


• 18 April 2013 •

Andragogi Dan Antropologi

Ehem-ehem. Assalamualaikum..

Pagi tadi sebelum aku gerak balik ke Kuantan, sempat la jugak aku jenguk-jenguk ke blog. Nampak la Chuu ada update entry baru. And nampak jugak yang Ha ada update entry baru. Tapi sebab pagi tadi agak rushing, aku sempat baca jer. Tak sempat nak komen apa-apa.

Secara umumnya, entry ni lebih kepada view aku selepas baca entry Ha.

Dalam entry tu, beliau ada menyatakan pasal seorang blogger call and text dia ajak jumpa. Aku la tu..hehehe. Walaupun beliau tak state out nama aku kat blog, tapi aku syak siapa-siapa yang baca blog kitorang selama ni mesti boleh agak yang aku adalah orangnya. Maklum la, selama ni rasanya aku jer kot yang rajin unfriend facebook dan unfollow twitter.

Aku tak salahkan Ha. Walaupun aku takde kat tempat dia, tapi rasanya aku macam boleh faham apa sebenarnya yang dia rasa. Alaa, aku pun manusia jugak beb. Dan karekter aku pun lebih kurang macam tu. Easy to forgive but hard to forget. Selagi ingatan tu ada, selagi itu la kita takkan lupa. Even tiap-tiap hari raya kita mintak maaf pun, doesn't mean yang kita betul-betul dah lupa. Kecuali la kalau kita dah hilang ingatan, dah tak waras dan yang seumpamanya.

Macam komen Liyaa dalam entry tu, aku mengaku yang aku memang rasa bersalah. Daripada dulu pun memang aku dah rasa bersalah. Sebab aku sendiri yang decide nak unfriend facebook dan unfollow twitter. Tapi menyesal? Nope, aku tak menyesal. Sebab apa yang aku buat ialah apa yang memang aku nak buat, untuk reason yang aku rasa agak kukuh walaupun pada orang lain, still tak cukup kuat.

Walaupun aku rasa bersalah, tapi tengahari tu sebelum ke Shah Alam sempat la jugak aku Whatsapp dia. Even aku dapat rasa yang dia akan decline, tapi aku ajak la jugak join jumpa kat Shah Alam. Sebab risau kalau-kalau aku tak ajak, nanti dia makin terasa. As expected, dia reply bagitau yang dia tak keluar malam. Shah Alam jauh sangat, kalau dekat-dekat boleh la. Diulangi, kalau dekat-dekat boleh la. Lagipun dia kata, nak buat kek untuk bawa ke office. So takpe la, aku percaya.

Semalam lepas audit, aku lepak minum dengan Bundle. Sembang-sembang entah macam mana, termasuk pulak nama Ha. Since dia kata dekat-dekat boleh la, dan masa tu pun baru pukul 6.20 petang, so aku ajak la dia jumpa. Gila kau, takkan nak jumpa waktu tu tapi setakat ajak dalam mesej. Jadi aku call la terus, senang cerita. Tapi Ha tak angkat, aku syak beliau tengah drive la kot. Then aku hantar la SMS. Ha tak reply, aku syak beliau tak perasan mesej tu..hahaha. Think positive jer la, bukan kena bayar pun.

So camtu la ceritanya. Aku tak terfikir pulak kalau ajak jumpa sampai 2 hari berturut-turut tu nampak macam bersungguh-sungguh sangat ke apa ke. Ajak jer kot. Kalau nak jumpa, kita jumpa. Kalau taknak jumpa pun tak apa. Takde hal la. Macam mana aku harap orang tak pertikaikan decision aku, macam tu jugak la aku taknak pertikaikan decision orang lain.

Oh ya, dalam entry ni aku just mention facebook, twitter dan blog. Kenapa aku tak mention phone? Sebab tak semua orang yang kat twitter and facebook tu ada nombor telefon aku. Sebagai contoh, Liyaa dengan Aien ada facebook aku, tapi diorang tak ada nombor phone aku. Sebagai contoh lagi, Farah memang takde facebook aku, dan aku dah unfollow twitter aritu, tapi dia still ada nombor telefon aku. Kesimpulannya kalau berkawan kat blog tu tak perlu contact by phone, sampai ke sudah la aku dengan Bundle tak jumpa Syida dengan Chuu. Sebab diorang tunggu kat Petronas lain, kitorang pulak kat Petronas lain..hahaha.

Kesimpulannya lagi, kalau Ha taknak jumpa or keberatan nak jumpa aku, sebab aku unfriend dia kat facebook, yang tu aku takleh cakap apa. Aku tau punca tu memang datang daripada aku. Dan aku tak expect pun yang dia akan lupa. Sebab tu aku hormati keputusan dia dan daripada dulu lagi tak terfikir pun nak persoalkan apa-apa. Even kalau beliau tak buat entry pencerahan tu pun, aku tetap tak terfikir bahawa aku ada hak untuk bertanya. Sebab itu decision dia.

At the end of the day, aku still anggap Ha sebagai seorang kawan, walaupun tak mungkin atau tak akan jumpa. May your life be blessed Hananie. Dan maaf la sebab selalu bebenor menyakitkan hati..:)

p/s: Bercakap pasal telefon, aku teringat pulak kat sorang member lama. Aku unfriend jugak facebook dia, then suatu hari tu dia tanya, nombor telefon tak delete sekali ke? Aku jawab 'tak'. Tapi dalam kepala aku terfikir la, kalau aku jenis tak save nombor telefon, so zaman bila pulak aku nak mendeletenya? Hahahaha..

***** update ***** 

aku rasa lagi elok kalau aku disable terus ruangan komen untuk entry ni..sebab aku risau kalau direktif untuk komen-komen yang akan datang nanti menjurus kepada sesuatu yang lebih buruk..


• 17 April 2013 •

Aku Jumpa Diorang Kat Shah Alam

Aku ni, walaupun nampak macam huru-hara jer kat fb, kat blog, tapi sebenarnya aku agak pendiam. Lebih-lebih lagi dengan orang yang aku baru kenal. Pendiam tu bukan la in term of taknak bersembang, then bila ada conversation aku cuma senyum jer sambil angguk-angguk kepala. Bukan, bukan pendiam yang macam tu. Tapi lebih kepada aku tak banyak cakap. Macam tagline blog ni la, the me that I couldn't be. Means dunia online ni buatkan aku macam peramah jer buat-buat kenal dengan semua orang walaupun hakikatnya aku takde la peramah sangat.

Bundle yang dah 3 kali jumpa aku termasuk masa ngeteh petang tadi boleh nampak la kot. Bercakap-cakap sikit, lepas tu masing-masing senyap. Biasanya aku la yang senyap sampai kadang-kadang aku saspek beliau takde idea nak sembang apa dengan aku lantaran karekter aku yang tak reti nak kembangkan skop perbualan. Aku saspek jer la, betul ke tidak tu aku sendiri pun tak tau..hahaha.

Semalam pun macam tu jugak. Walaupun aku boleh jer melayan sembang dengan Bundle, Syida, Chuu, Fik dan Nurul, tapi hakikatnya aku still tak tau nak sembang apa. Diorang tanya, aku jawab. Diorang bahan, aku layan. Conversation aku kiranya lebih kepada reaction jer la, either reaction muka ataupun kata-kata. Tapi itu tak bermakna yang aku bosan. Sikit pun tidak. Malah kalau ikutkan aku sebenarnya tak puas jumpa dengan diorang. Sebab masa tu memang sekejap sangat.

Biar aku ceritakan sikit (kot) kronologi yang berlaku sepanjang 4 hari ni. Ahad malam aku sampai sini. Check in hotel, kemudian makan dan tidur. Cadang siang esoknya nak serang blog Bundle, bagitau yang aku dah sampai kat Batu Caves. Then pagi Isnin tu, waktu aku nak pergi kat kereta untuk tukar parking, tiba-tiba ada satu mat rempit berhenti depan. Hulur tangan sambil tegur, H kan? Aku blur sikit mula-mula, sebab beliau pakai helmet, so aku tak berapa cam. Sekali rupanya Ym.Bundle la. Tak sangka boleh jumpa tepi jalan jer..kehkeh. Terus pegi ngeteh.

Then dalam pukul 6.30 petang tu aku call Syida, nak ajak jumpa la. Ceh, suara baru bangun tidur. Buruk benor perangai, siap marah aku pulak tu sebab kacau dia tidur..hahaha. Aku try contact Chuu, tapi tak jumpa nombor telefon dia. Jenis malas save nombor telefon camni la jadinya. So kena cari dia kat facebook, tanya balik apa nombor telefon dia. Ding dong ding dong, Chuu kata dia boleh jer nak jumpa. Cuma mungkin time restricted, ditambah pulak deal last minit, so better jumpa malam esok jer. Maknanya, hari Selasa.

Selasa tu semalam, sebab tu decide nak jumpa kat Shah Alam. Chuu gerak kemain awalnya. Pukul 8.00 malam dah on the way. Maklum la, Bangi tu jauh. So dalam pukul 9.30 dia dah sampai. Aku dengan Bundle pukul 9 baru gerak. Aku call Syida, dia kata tengah tunggu Fik. Jalan jammed. Dia tanya, aku dah jumpa Chuu ke? Aku dengan yakinnya kata yang kitorang dah ada dengan Chuu. Tengah tunggu dia jer. So cepat sikit, jangan lambat sangat. Tapi dia kata, VIP memang kena datang lambat.

9.40 malam, Syida call. Aku dah start gelak dah. Seperti yang dijangka, aku angkat phone jer dia terus maki..hahaha. Rileks la Kakdah, VIP kan memang kena datang lambat..kahkahkah. Dalam 10 minit lepas tu baru kitorang sampai. And the rest is history..

Happy beb jumpa tiga orang makhluk ni. Sebab diorang antara generasi terawal yang singgah kat blog aku. Bundle dengan smart thinking dia, life dia, sejarah dia. Chuu dengan lesung batu dia, suara manja dia, watak sniper dia. Syida pulak dengan kasut kungfu dia, poket doramon dia dan tak lain tak bukan, kegilaan dia. Fik? Fik dengan ciri-ciri menantu idaman..hahaha. Nurul? Aku syak Nurul ni agak garang la. Mungkin dia segan sikit dengan kitorang, kalau tidak memang kemungkinan besar akak amik order tu dah kena marah.

So itu jer la ceritanya. Jumpa 3 blogger jer tapi tetap rasa suasana kemeriahan tu ada. Sebelum gerak tu aku ada call NAF. Kot-kot dia nak join. Sebab dia menyewa kat Kristal tu jer. Seberang jalan daripada Petronas tempat kita parking kereta. Tapi dia segan. Mujur jugak, kalau tak agaknya lagi teruk aku kena bahan..hahaha.

jangan fokus pada gambar yang blur..just fokus pada poket doremon jer..kahkahkah
yang sandal ceklat tu kaki aku, yang satu lagi tu kasut kungfu..
p/s: esok aku balik Kuantan..so pasni tak tau bila lagi dapat jumpa..


• 15 April 2013 •

Apa Ni? Apa Ni?

Apa Ni? Grrrr!!!
Aku ke yang bersalah dalam hal ni? Aku ke? Hahaha. Rasa macam blog aku ni kotor bebenor dah.

p/s 1: baca ayat naj selsema? aku syak itu Nur yang taip..sebab typo..kahkahkah

p/s 2: contoh situasi kegagalan mencerap? mungkin ke Chipsmore buat research kat blog saya? -_-"

p/s 3: how to contact celcom? mudoh jer..dail la 1111.

Sekian, terima kasih.


• 12 April 2013 •

Aktiviti Mingguan

Assalamualaikum..

Dulu kalau tak silap masa tingkatan 5, berat aku lebih kurang 47.5kg. Kira dalam kategori underweight la. Kalau time jalan-jalan waktu panas terik, aku boleh selamba jer berlindung kat sebalik tiang letrik. Pastu bila tengok kat tanah, aku nampak bayang-bayang tiang letrik jer. Bayang-bayang aku takde, sempat la aku berangan konon-konon jadi Peter Pan. Tapi itu dulu la, lama dulu. Sekarang ni, berat aku dah jadi lebih kurang 70kg. Kenapa berat aku boleh naik sampai 70kg? Jawapannya mudah. Sebab aku masak memang sedap..hahaha.

Walaupun berat aku dah 70kg, tapi itu tak bermakna yang peha aku ada selulit. Cuma part betis berparut tu biasa la, masa kecik-kecik dulu aku bukannya jenis yang bersimpuh main barbie doll. Dan walaupun peha aku tak ada selulit, tapi itu pun tak bermakna yang aku pakai seksi-seksi dan menzalimi diri sendiri. Aku pakai sopan jer tau. Menutup aurat dan memelihara kehormatan diri..kahkahkah.

Okey. Sebenarnya aku nak cerita pasal aktiviti mingguan!

Setiap Rabu malam, aku dengan geng-geng ofis main badminton. 2 jam setiap minggu. Walaupun aku tak reti main, tapi member-member punya pasal, aku join la jugak. Macam biasa, kadang-kadang pukul kena, kadang-kadang pukul tak kena. Biasanya? Ya, betul. Biasanya pukul tak kena. Either aku pukul cepat sangat sebelum shuttle tu sampai, or aku pukul lambat sangat selepas shuttle tu sampai. Tapi takpe, itu cuma aktiviti Rabu malam jer.

Selebihnya ialah aktiviti panjat bukit. Setiap minggu hari Isnin, Selasa dengan Khamis aku akan panjat Bukit Pelindung. Not exactly panjat sebenarnya. Just berjalan kaki jer. Tapi penat dia boleh tahan la. Kadang-kadang aku naik dengan RE, kadang-kadang aku naik sorang. Forever alone gitu..hahaha. RE aku kata, tenaga yang digunakan untuk berjalan naik ke Bukit Pelindung ni lebih kurang sama dengan kita jogging 10km. Mana dia dapat konsep equality tu aku tak tau la. Aku angguk-angguk jer.

Pernah jugak dia ajak aku jogging kat Taman Bandar. Tapi aku taknak. Berjogging tu buatkan aku rasa punggung aku ni tertinggal kat belakang. So baik aku berjalan jer.

Bersama-sama ini dilampirkan gambar untuk tujuan eksen-eksen kat korang. Mana la tau kot-kot korang outstation ke Kuantan, then nak try naik kat Bukit Pelindung ni. Aku masa first time naik, 5-6 kali kot berhenti duduk kat kerusi. Pancit sebab tak tau berapa lama nak berjalan sebelum sampai ke benchmark. Tapi lepas-lepas tu, second time and seterusnya, boleh berjalan non-stop dari bawah sampai ke atas. Haaa..eksen kan? Padahal cuma berjalan jer..kahkahkah.

pemandangan daripada bawah..where's the target? tuu..pencawang-pencawang kat atas tu..
*sambil juihkan bibir tunjuk ke pencawang*

self explanatory..

pandangan daripada pintu gate no. 1

pandangan daripada jalan ke pintu gate no. 2
Kesimpulannya, badan aku dah ketak-ketak ke? Dah ada 6pax ke? Ceh, jangan harap! Aku cuma ada 1pax jer. Dan yang satu ni la aku selalu usap-usap bila orang tegur badan aku dah berisi berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Sekian, terima kasih.

p/s: weh bundle, moh ler kita panjat tangga Batu Caves tu minggu depan..


• 10 April 2013 •

Ada Apa Dengan Facebook

Assalamualaikum.

Pernah tengok filem Ada Apa Dengan Cinta? Alaa..yang pasal Cinta dengan Rangga tu la. Pernah kan? Okey, saja jer tanya..hahaha.

Ada Apa Dengan Facebook? Yang aku tau, kat Facebook ada Zynga Poker. Kadang-kadang kalau bosan tak tau nak buat apa, aku berjudi la kat Zynga Poker. Ya, even cuma berjudi secara maya, tapi aku tetap tau yang berjudi tu salah di sisi agama. Jangan pulak korang komen sekolahkan aku yer.

Selain tu? Apa Ada Dengan Facebook? Ya, ada kawan-kawan. Tak kisah la kawan tu kau kenal dari sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, tempat kerja, alam maya, atau cuma kawan kepada kawan. Malah ada yang korang tak kenal pun. Korang tak tau siapa orang tu, dan tak tau sejak bila dia jadi kawan kat facebook. Pendek kata, kawan kat laman sosial tak semestinya kawan yang kita kenal kat dunia nyata.

Sama la macam aku. Tak semua kawan kat facebook tu aku kenal. Tak semua kawan kat facebook tu aku tahu. Jenis kalau orang add, pastu ada mutual friend yang aku kenal, aku akan approve bila ada mood. Maklum la, aku kan peramah..hahaha. Tapi tu la, sudahnya add friend tu setakat add jer. Lepas tu masing-masing membisu. Dia buat hal dia, aku buat hal aku.

Begitu jugak dengan kawan-kawan blogger. Awalnya segelintir jer yang tau facebook sebenar aku. Lama kelamaan bila aku berbalas komen kat facebook, sedikit-sedikit ada la yang request untuk add aku. Kelompok blogger la jugak, mutual friend kepada blogger yang aku add dulu. So aku approve jer la. Kira untung kot ada orang nak add. Aku ni bukannya perempuan cun sampai berpuluh-puluh request nak masuk..kehkeh.

Tapi kebelakangan ni aku rasa benda tu dah sedikit lari daripada path yang asal. Maklum la, awal-awal dulu kan aku rahsiakan identiti aku. Memang aku taknak orang lain tahu. So sebab tu aku cuma add blogger tertentu. Reason aku add? Entah, long term kot. In case kalau jadi apa-apa kat aku, at least ada certain people yang tau.

Jadi sebab nak balik ke path yang asal, aku cuba bersikap memilih dan selektif. Sekarang ni bila ada yang add, tak semestinya aku approve. Contohnya Lina la. Bukan setakat tak approve, aku terus tak mengaku yang itu facebook aku..hahaha. Pastu ada yang aku unfriend. Contoh macam Kopi Pasta dengan 4feet8. Aku tak tau la diorang perasan ke tidak. Tapi kalau diorang perasan, aku harap diorang tak kecik hati.

Kalau la kan, kalau sesiapa yang aku unfriend kat facebook, atau unfollow kat twitter tu terasa, atas apa sebab sekalipun, aku mintak maap.

Pada aku, benda tu semua cuma social network. Unfriend atau unfollow tu bukan bermakna yang aku dah taknak kawan dengan orang, bukan bermakna aku terus putus kawan, bermusuh, bermaki-maki dan seumpamanya. Walaupun pemikiran aku ni cetek, tapi takde la sampai secetek tu. Dan kalau entry ni menyebabkan ada orang yang nak unfriend or unfollow aku, itu terpulang pada hak individu. Aku takkan pertikaikan apa-apa. Sebab aku tau camne rasanya bila orang pertikaikan decision aku..:)

Macam yang aku taip dalam entry ni la, selama ini kita berkawan, bukan cuma sahih di twitter. Additionally, bukan juga di facebook saja.

p/s: rajin gila aku..setiap hari ada entry baru..hakhak.


• 09 April 2013 •

Andai

Andai aku bisa menitikan rasa ketidakpuashatian terhadap kamu, maka ketidakpuashatian aku cumalah satu, dan ketidakpuashatian aku hanyalah itu. Ya, hanyalah itu. Terkait ada di dalam kamu.

Dan suatu masa nanti, kamu mungkin akan tahu, bilamana suatu masa nanti, kamu dah perlu untuk tahu. Bila dan di mana? Yang itu aku tak tahu. Tidak usah kamu bertanya. Tidak usah kamu menunggu.

Kerana buat masa ini, ketidakpuashatian itu bikin aku ingin jauh. Jauh menjauh kamu. Biar berjarak sejuta batu.

p/s: harap kamu baca, harap kamu tahu, bahawa aksi seacuh ini, cuma bicara di dalam bisu..:)


• 08 April 2013 •

Altis

Assalamualaikum..

Korang ingat lagi tak dengan entry yang ini? Alaa pasal Pama, Maggi dengan Ruski tu la. Sebenarnya entry tu bukan pasal mee segera semata-mata. Tapi apa yang aku maksudkan ialah tentang kereta. Jadi untuk entry kali ni, aku cuba kupaskan segala tamsilan yang aku guna dan kronologi yang berlaku sebenar-benarnya.

Dalam entry tu, Pama aku gunakan untuk mewakili Proton Waja. Maggi pulak mewakili Honda City. Manakala Ruski pulak mewakili Toyota Altis. Altis tu kereta Aness sebenarnya. Tapi secara teorinya dah jadi kereta aku la. Sebab aku baru beli secara sambung bayar daripada dia.

Kalau ikutkan planning asal, aku memang tak terfikir nak beli kereta lain. Waja dah deal nak bagi kat adik aku. Aku pulak pakai City yang dibeli guna nama dia. Atas sebab tu, aku hantar Waja masuk bengkel sebab nak tukar enjin. Yer la, takkan aku nak bagi kereta yang rosak pulak kat dia. At least kena la making good sebelum officially handing over.

Yang jadi masalahnya, kereta Waja ni tak siap-siap. Mujur la adik aku still tengah buat lesen, so boleh la aku delay dulu Waja tu buat sementara waktu. Tapi berapa lama jer la aku boleh delay yer tak? Sooner or later bila dia dah dapat lesen, for sure aku kena sediakan kereta. Takkan aku nak bagi alasan yang Waja tu belum siap. Kot tiba-tiba dia mintak balik City dia, apa pun aku tak dapat kang.

Awal bulan lepas, Aness inform kat aku yang dia nak jual Altis dia. Sebab dia dengan suami dia nak pakai Alza. So dia suruh aku cuba carikan buyer. Kot la ada siapa-siapa yang berminat. Tapi aku bukannya baik sangat nak tolong carikan buyer. Rugi la aku. Sebab aku sendiri pun berminat nak beli satu kereta model Toyota..hahaha.

Kenapa aku berminat? Kenapa? First, sebab sambung bayar kurang daripada 3 tahun. Means aku dapat dengan harga yang agak murah berbanding market price. Quite a good deal la. Second, sebab aku percaya kat Aness. Aku sebenarnya agak keberatan dengan kereta-kereta sambung bayar ni. Sebab aku pernah diberitahu bahawa dalam sistem perundangan, agreement tu tak laku walaupun dah matikan setem. Sambung bayar ni risiko dia tinggi. Tapi sebab orang tu ialah Aness, so aku percaya jer.

Third, and the most important reason, sebab aku nak provide something better untuk adik aku. Takkan aku nak bagi dia pakai Waja tu selama 9 tahun. Kesian kot. Aku tak fikir dia boleh beli kereta lain selagi City tu tak habis bayar. Jadi aku fikir, Altis tu ialah solution untuk jangkamasa panjang. In case kalau adik aku nak ambil balik City dia, aku boleh jer pakai Altis tu macam biasa.

Tapi masalah utama ialah aku akan mengalami kesesakan dari segi kewangan, terutama untuk beberapa bulan pertama. So aku cuba tengok apa option yang aku ada untuk kurangkan beban tu. Cadangan awal, kalau Waja tu sempat siap la, aku nak bagi adik aku pakai Waja jer dulu. Maklum la, orang baru dapat lesen, rasa macam over pulak terus bagi pakai Altis. Kot kalau langgar tiang ke, buat rosak kereta jer.

At the meantime, aku cadang nak sewakan dulu Altis tu. Dengan harapan, duit sewa kereta tu boleh cover sikit-sikit ansuran bulanan. Dengan harapan la. Dengan harapan. Tapi bila fikir-fikir balik, rugi jugak kalau Altis tu buat sewa. Silap-silap dijahanamkan macam tu jer. Orang sewa kereta yer tak, peduli pulak dia kalau kereta tu lunyai ke apa. Bukannya kereta dia.

So option tu kena twist balik. Maybe kalau Waja tu dah okey, Waja tu yang aku buat bagi sewa. Itu kira option pertama. Option kedua? Kawan sekerja aku nak beli Waja tu secara sambung bayar. Kos tukar enjin dia nak bayar balik, tapi secara ansuran. Altis, bagi adik aku pakai. Tapi aku letak syarat la, kalau dia nak pakai Waja, ansuran bulanan dia tak payah bayar apa-apa. Sebaliknya kalau dia nak pakai Altis, sebahagian daripada ansuran bulanan adalah di bawah tanggungan dia. Bijak tak aku? Kahkah.

Aku secara jujurnya taknak jual Waja tu. Sebab dia dah banyak makan duit aku. Aku lagi sanggup tengok Waja tu berkarat kat depan rumah. Itu secara peribadi la. Lagipun aku tak percaya sangat pada kawan sekerja tu. Kereta sendiri pun dia jual kat Genting, tak mustahil akan datang dia tiba-tiba jual kereta aku..hahaha.

p/s: tiba-tiba aku harap tarikh mengundi bukan pada penghujung bulan ni..


• 05 April 2013 •

Ai? Dia Orang Yang Malas!

Assalamualaikum..

Ini la masalahnya bila kau ada beberapa idea, tapi kau takde mood dan malas nak olah idea-idea tu untuk dijadikan sebuah cerita. Ini la masalahnya. Dan malam semalam, sejak pukul 9.00 malam, kau cuma duduk mengadap skrin kosong tanpa tahu idea yang mana satu sebenarnya yang kau nak cerita. Kau taip, kau padam. Kau taip, dan kau padam semula.

Then bila kau rasa masa 1 jam 30 minit tu adalah cukup sia-sia, kau tinggalkan skrin laptop dan berbaring sambil-sambil tengok Astro Warna. Tiba-tiba kau dapat idea untuk gunakan lukisan bagi zahirkan sebuah cerita. Tiba-tiba. So kau bangkit daripada katil dan duduk depan laptop macam biasa. Kau bukak aplikasi Paint. Sebab aplikasi itu jer yang kau reti nak guna..zzzz.

Tapi bila kau dah mengadap laptop, rotasi yang sama berulang lagi entah untuk kali yang keberapa. Kau lukis, kau padam. Kau lukis, dan kau padam semula. Ah sudah. Nak melukis meja pun susah jugak rupanya. Kau tengok jam, dah pukul 11.30 malam. Ada setengah jam jer lagi. Kalau 2 hari sekali kau kena post satu entry, bermakna kau kena la publish something untuk hari ni. Tapi by right, takkan la kau nak publish entry semata-mata kerana kau kena publish entry. Tak best la macam ni. Rasa macam apa yang kau publish tu bukan lahir daripada hati.

Jadi kau tinggalkan laptop, dan baring lagi sambil tengok TV. Mata kau jer kat TV, tapi dalam kepala kau still fikir tentang nak buat entry. Berguling, berguling, berguling, last-last kau bangun balik, duduk atas kerusi. Dah pukul 11.50 malam. Last try la ni. Dalam masa kurang 10 minit kau nak taip seberapa banyak perkataan secara spontan. Then cepat-cepat publish. Kononnya entry express la, just taip apa jer yang terlintas kat kepala, kat hati, dan kat jari.

Taip, taip, taip, taip, ta..ah sudah. Lepas 5 minit, tiba-tiba kau blur pulak. Tak tau nak taip apa lagi. Lantas kau fikir, sebenarnya apa yang kau buat ni? Macam struggle jer nak buat entry. So kau baca balik apa yang kau taip secara spontan tadi. Ada point? Tak, tak ada point. Memang tak ada. Jadi kau berkira-kira untuk padam semula. Backspace, backspace, backspace, back..ah pangkah terus jer la senang cerita.

Then kau shut down. Tidur lagi baik. Tak payah nak baring, bangun, baring, dan bangun semula. Kalau delay sehari pun apa salahnya. Blog kau yer tak? Bukannya kau kena publish entry sebab berhutang dengan sesiapa..hahaha. Kesimpulannya,  idea untuk entry hari ni terhasil dek kemalasan kau mengolah cerita pada malam yang sebelumnya.

Sekian, terima kasih kerana masih dan telah membaca..:D

p/s: tajuk tu? baca sebagai "Idea Orang Yang Malas"..kehkehkeh


• 02 April 2013 •

Artikulasi

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, artikulasi ada dua maksud iaitu; 1. cara atau proses menyebut bunyi atau kata dengan jelas; 2. penyataan idea atau perasaan terutamanya dengan kata-kata. Maka artikulasi kali ini adalah untuk menyatakan idea terhadap Moalan Mumah III tempoh hari. Kenapa? Sebab dalam entry Moalan Mumah III tu, komen masing-masing banyak yang lari. Langsung takde kena mengena dengan entry..kehkeh.

Tapi bukan salah korang pun. Aku memang dah agak yang postscript tu akan distract perhatian korang. Sebab tu aku letak postscript II. Tujuannya untuk maklumkan yang postscript sebelumnya tu takde kaitan dengan entry. Tapi dah korang nak komen pasal Cik Salmah, aku layankan jer la..hahaha.


Okey, kembali kepada soalan susah kat atas ni. Yaya pernah tanya aku soalan ni, Hana pun pernah tanya aku soalan ni, dan NAF pun pernah tanya aku soalan ni. Sungguh, aku tak tahu macam mana nak jawab. Aku rasa aku tak pernah ada alasan untuk sukakan someone.

Nak kata diorang cantik, rasanya ramai lagi yang lebih cantik daripada diorang. Nak kata menarik, pun ramai jugak yang lagi menarik. Nak kata baik, jawapan tu macam tipikal sangat. So aku tak tau macam mana nak jawab. Memang aku tau ada jer kelebihan yang tak boleh aku nak bandingkan dengan orang lain. Tapi kelebihan tu still susah aku nak explain.

Pada aku, bila aku dah suka kat someone, aku akan sukakan orang tu sepenuhnya. Tak kira la perangai buruk ke apa ke, aku tetap terima. In fact, aku pernah suka perempuan yang merokok. Dan aku jugak pernah suka perempuan yang kaki minum. Tapi sebab dah suka, aku tetap terima jer keburukan seseorang tu walaupun keji kat mata dunia. Aku percaya suatu masa nanti, setiap orang tu akan cuba berubah ke arah yang lebih baik. Tak ada orang yang bercita-cita nak minum arak sampai diorang mati. Tak ada kot. Tak ada agaknya.

So untuk soalan tu, jawapan aku ialah, "Entah, tak ada sebab kot. Saya suka semua tentang awak".

NAF pernah kata, kalau waktu tu aku takde alasan untuk sukakan dia, means suatu masa nanti aku tetap takde alasan untuk suka kat orang lain. Aku boleh suka kat siapa-siapa yang aku jumpa, tanpa ada sebab apa-apa. I guess she's right. Sampai sekarang, setiap kali diajukan soalan macam tu, "tak ada sebab kot" tetap akan jadi skema jawapan aku.

p/s: kalau aku ada sebab untuk sukakan seseorang, means orang tu adalah seorang yang sangat biasa..tak ada apa yang istimewa..


Back To Top