Header2

• 28 February 2013 •

Fantasi Hujung Februari

Sewaktu aku menaip entry ini, dan sewaktu aku publish entry ini, insyaAllah pada 28 Februari 2013, jam 11.59 malam, blog ini kurang seminit daripada menggenapkan ulangtahun yang pertama. Itu kalau dihitung secara fantasi.

Sewaktu kalian pula membaca entry ini, insyaAllah bermula pada 01 Mac 2013, jam 12.00 tengahmalam, blog ini telahpun menggenapkan usia setahun dan satu hari. Itu juga kalau dihitung secara fantasi.

Sebenarnya kalau diikutkan, blog ini baru berusia suku tahun. Di mana secara realitinya, suku tahun itu bersamaan dengan tiga bulan atau lebih kurang hanya 90 hari. Realiti yang masih lagi berbentuk fantasi.

Bila difikir-fikir balik, blog ni memang menyimpan banyak memori. Terlalu banyak. Blog ni menjadi medium pengantaraan untuk aku bercerita tentang kehidupan sendiri. Menginterpretasikan apa yang aku fikir dalam julat penceritaan yang buatkan aku rasa cukup berpuas hati. Sekurang-kurangnya berpuas hati dengan terbitan setiap entry.

Dalam blog ini, setakat ini, aku cuba salur segala kreativiti yang tercapai dek akal. Bereksperimen dengan idea-idea karut yang terlintas kat dalam kepala. Baik daripada penulisan, daripada tajuk-tajuk entry, daripada wordless wednesday yang entah apa-apa, daripada hidden message dalam entry-entry tertentu, daripada kiasan dan ayat-ayat tertentu yang cuma boleh difaham oleh orang tertentu, dan macam-macam lagi.

Aku rasa kreativiti tu sendiri membawa pemikiran manusia mortal macam aku untuk menjelajah jauh daripada kotak pemikiran sedia ada. Mempelbagaikan apa yang aku boleh buat supaya aku tak bosan, dan harap-harap supaya orang lain pun tak bosan. Berevolusi untuk lebih baik daripada apa yang aku boleh beri, lebih baik daripada apa yang aku boleh bagi.

Sebagai contoh, penulisan aku pun sebenarnya dah meng-ga-la-mi evolusi sepanjang suku tahun ni. Bilamana aku dah tak boleh terlalu kerap berbasa-basi. Dah tak boleh terlalu kerap menaip cerita yang cuma boleh difaham oleh diri sendiri. Dah tak boleh itu dan tak boleh ini. Dah tak boleh anggap orang akan baca entry aku lebih dari sekali. So that, aku cuba untuk berevolusi.

Kesimpulannya, pada usia yang ke-365 hari, aku harap blog ni boleh bernyawa untuk suku tahun lagi. Suku tahun yang turut bersamaan dengan 365 hari. Tercapai atau tidak, itu aku tak pasti. Kita cuma merancang, ketentuan tetap terletak pada takdir Ilahi.

Have a good day, cewah.

p/s: aku dah terfikir tajuk entry untuk suku tahun lagi..


• 27 February 2013 •

Foto Raya Cina

"Weh"
"Apa"
"Tereh?"
"Bila?"
"Esok"
"Okey"
Conversation ringkas tu membawa kami ke tempat lama. Tempat kami mula-mula belajar membaca, tempat kami mula-mula belajar mengira. Tempat kami mula berangan, pasang cita-cita, main bola, bergaduh, dan belajar jadi manusia.

Oh ya, lupa nak bagitau yang conversation tu adalah antara aku dengan adik lelaki aku. Dan destinasi yang kitorang nak pergi ialah Ladang Tereh Selatan, tempat tinggal kat Kluang suatu ketika dulu. Sebenarnya planning nak datang balik kat sini memang dah lama. Sejak beberapa tahun lepas kot. Tapi asyik tertunda sebab aku ni dah kena buang negeri.

So bila perancangan tu diajukan pada adik beradik yang lain, masing-masing nak ikut. Akak aku tak dapat ikut sebab dia kena jaga anak-anak. Adik perempuan aku pun tak dapat ikut sebab dia tengah tunggu hari nak bersalin. Dah bersalin pun Isnin lepas. Anak perempuan, namanya Nur Aimi Nadhira. Aku decide nak panggil budak tu Aimi.

Lari topik kan? Ya, aku tau. Jadi kesimpulannya, kitorang pergi berempat. Aku, ayah aku, adik lelaki, adik perempuan sorang lagi.

Kebetulan pulak hari yang kitorang pergi tu hujan. Jadi tak dapat nak berjalan sangat. Tak jumpa siapa-siapa pun. Plus aku sendiri tak tau nak jumpa siapa, tak tau sama ada kawan-kawan aku masih ada kat situ ataupun tidak. Lagipun family kitorang dah lama pindah. Seingat aku tahun 1997, 16 tahun yang lepas.

on the way ke Ladang Tereh..aku suka betul tengok pokok tu macam bercantum..redup jer..
pun on the way jugak..aku lupa apa motif masa snap gambar ni..
12km nak masuk ke ladang..dulu-dulu aku tumpang lori daripada sini nak masuk dalam..'Tereh Complex' tu aku ingatkan dah ada shopping complex la kat dalam..rupanya, hmmmm...
guard post..lebih kurang 2km daripada jalan besar..
haa..ni panjang sikit nak cerita..dulu rumah kitorang mengadap jalan yang bawah tu..sebaris la, semua rumah mengadap jalan bawah..tapi nampaknya rumah kitorang dah kena roboh..rumah kawan-kawan aku yang mengadap jalan atas tu pun dah kena roboh jugak..sadis betul bila rumah tu dah takde..haishhh..
ni padang kat depan rumah kitorang..kat sini la aku belajar main bola..bila dah score, terbang buat gaya superman kat tengah-tengah padang..konon hebat la..ceh!
ni sebenarnya dewan ke apa entah..kat sebelah padang..kitorang panggil 'panggung' sebab tiap-tiap bulan ada tayangkan wayang pacak kat sini..korang tau ke wayang pacak tu apa? O.o
Lepas daripada tengok-tengok kawasan rumah, kitorang pergi tengok sekolah lama pulak. Tapi kali ni aku tak amik gambar. Sebab lokasi sekolah tu dah berubah. Dulu sekolah kitorang kat atas bukit, tapi sekolah tu dah ditukar jadi sekolah agama. Dan sekolah kebangsaan tu dipindahkan ke bangunan baru, kat bawah bukit.

view sekolah baru kalau dilihat daripada sekolah lama (atas bukit) - sumber
Adik lelaki aku sayang bebenor kat sekolah ni. Sebab pada dia, ini la satu-satunya sekolah yang dia anggap sebagai sekolah. Sekolah yang tak membeza-bezakan antara aku dengan dia.

Penat berjalan, penat meronda, kitorang gerak balik, singgah kat bandar Kluang. Takde apa kot yang buat aku teruja dengan suasana kat bandar. Rasa macam biasa jer. So lepas makan-makan, terus plan nak balik Kulai la. Tapi singgah sekejap kat Masjid Kluang. Aien tau masjid ni sebab dekat dengan sekolah dia. dekat dengan sekolah aku jugak. Alang-alang dah sampai, aku snap la gambar kelas aku, pemandangan daripada Masjid Kluang.

haaa..tu la kelas aku masa form 3..bawah kelas yang ada tingkap tu..masa form 2 kelas aku kat bangunan sebelah dia..kalau tak silap aku, bangunan oren tu sebelum ni takde..sebab situ kuarters staff..kawan aku duduk situ la sebelum ni..bila kelas Bahasa Arab, ramai-ramai ponteng duduk kat dalam rumah dia..zzzz
Aku cadang nak singgah kat asrama lama. Asrama Pusat kat Sek. Men. Keb. Jalan Batu Pahat. Asrama tu dekat-dekat taman perumahan la. Tapi aku tak ingat dah taman apa. Sudahnya aku tak tau nak masuk simpang yang mana. Last-last terus jer la sampai Ayer Hitam. Pastu menghala ke Kulai, balik rumah. Sekian terima kasih.

Entry ni sebenarnya nak abadikan gambar jer..

p/s: tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat tak jatuh..


• 24 February 2013 •

Fanatik Sikit-Sikit

Ehem-ehem..Assalamualaikum.

Orang kata kan, kalau kita rasa tak sihat, jangan dilayan sangat ketidaksihatan tu. Kena lawan. Sebab kalau kita layankan ketidaksihatan tu, badan kita akan rasa lesu jer. Nak buat apa-apa pun malas. Rasa macam tak ada tenaga. Haaa..sebab tu la kita tulis entry ni. Sebab kita nak lawan ketidaksihatan kita..hahaha.

Berhubung dengan entry sebelumnya, kita nak maklumkan bahawa kita sebenarnya bukan demam teruk sangat pun. Simptom-simptom biasa jer. Panas badan, batuk dan selsema. Tapi kita still boleh dan larat nak datang kerja. Cuma time buat kerja tu lembs sikit la. Contoh macam semalam. Semalam kita ingat nak siapkan report, so hari ni boleh beristerihat. Tapi tu la, kita setakat ingat jer.

Petang semalam kondisi badan kita macam dah makin okey. Panas badan tu dah kurang, cuma selsema dengan batuk jer yang belum berkesudahan. So petang semalam kawan kita ajak pergi tengok Pahang vs. Kelantan kat Stadium Darulmakmur. Kita okey jer. Sebab terus terang cakap, sepanjang 16 tahun ni kita tak pernah tengok bola kat stadium. Kira semalam tu first time la kita tengok bola kat stadium.

Kita sebenarnya daripada hari tu memang nak tengok bola kat stadium. Lagi-lagi masa Pahang vs. Darul Takzim FC. Tapi sebab ada hal yang tak dapat dielakkan, maka kita tak jadi join. Mujur jugak la sebab Darul Takzim FC nampak macam gah pada nama jer. Kata player national, tapi standard permainan tak macam player national pun..grrr. Kawan kita, Encik D cakap, keserasian tu takde sebab masa tu baru first game. Tapi takkan la sebab keserasian. Dah diorang sama-sama main untuk Malaysia, takkan keserasian tu still tak ada. Kan kan kan?

Eh sebenarnya kita nak cerita pasal kita tengok bola semalam.

Semalam memang sesak gila kot. Kita dah la asyik batuk dengan bersin. Bersesak-sesak pulak dengan geng-geng Elephant Army. Lantak dema la kalau selsema ni jangkit yer. Idak ler teman sengaja.

Keadaan dalam tu memang happening. Dok bersorak-sorak, menjerit-jerit, buat ombak, memaki-maki referee. Tapi yang memaki referee tu diorang la, kita tak. Sebab kita ni baik. So kita cuma enjoy the game jer. And yes, feel tengok kat stadium tu memang lain. Excitement dia tak sama macam kita tengok kat kedai mamak. Apatah lagi tengok sorang-sorang kat dalam bilik. Memang tak sama.

Cuma yang tak bestnya tengok kat stadium, takde replay.

Lepas tengok bola semalam, kita dengan kawan-kawan sambung tengok QPR vs. Man Utd pulak. Man Utd menang 2-0. Kita tengok penonton kat Loftus Road tu sopan jer. Semua duduk dengan tertib. Nampak macam lebih educated kot. Tak tau la kalau diorang berlakon jer depan kamera. Dari jauh memang nampak cantik yer dak?

So kesimpulannya, kita sekarang kat office. Pukul 11.00 pagi tadi kita sampai. Means dah sejam jugak la mengadap komputer. Haishhh..nak kena siapkan report ni. By hook or by crook, kita kena siapkan hari ni jugak. Tapi sekarang dah pukul 12.00 tengahari. Baik kita pegi makan dulu. PA kita pesan, jangan skip makan. Ceh, cakap orang konon. Padahal dia pun sama..zzzz.

p/s: lepas siap report, baru kita beli topup..kalau beli sekarang, takut kerja langsung tak jalan..


• 22 February 2013 •

Flu Or Fever

Kronologi cerita ni bermula seawal pagi semalam. Bilamana bangkitnya aku daripada lena dengan suatu perasaan 'hmmmm', 'phewww', 'haihhh', 'pffft' dan 'zzzzz'. Tau tak perasaan tu macam mana? Haaa..macam tu lah. Rasa kurang selesa. Sangat kurang selesa. Rasa macam nak demam, tapi rasa macam tak demam. Rasa macam nak selsema, tapi rasa macam tak selsema.

Kalau ikutkan hati, aku nak sambung tidur jer. Malas nak pergi kerja. Tapi disebabkan ada beberapa perkara yang aku kena selesaikan, tambahan pulak ada meeting Selasa depan, so aku gagahkan jugak diri untuk datang ke tempat kerja. Sama macam hari ni, sama macam esok kot, dan mungkin hari Ahad pun aku kena datang jugak ke tempat kerja. Kerja kena siapkan walaupun rasa macam dah tak ada tenaga.

Orang kata kalau kita mulakan hari dengan perasaan yang entah hapa-hapa, bermakna sampai malam la perasaan tu akan kekal menjadi entah hapa-hapa. Dan situasi tu nampaknya benar. Separuh masa pertama untuk kehidupan semalam, aku cuba jer buat macam biasa. Gurau sini, gurau sana, buli sini dan buli sana. Tapi bila masuk separuh masa kedua, aku rasa macam dah lost. Perasaan nak bergurau tu dah ghaib, dah tak ada. Apa yang aku tunggu cuma hadirnya malam, supaya aku dapat tidur cepat-cepat dan tamatkan hari tu dengan segera.

Well, hidup sebagai manusia memang macam ni pun. Kita sentiasa harapkan esok lebih baik daripada hari ini. Walaupun hari ini nampak macam lebih teruk daripada semalam.

Hari ni lagi best. Sebab aku lost daripada pagi. Tau-tau dah tengahari, dah sampai masa nak Solat Jumaat. Tau-tau sekarang ni dah pukul 3.45 petang. Boleh balik awal macam semalam. Haihhh..cepat la malam. Lesu dah badan aku ni.

Kan? Tau-tau dah malam. Sekarang ni pukul 8.30 malam. Saja aku nak sambung entry ni walaupun tak ada point apa-apa. Anggap jer la ini entry syok sendiri. Sebenarnya aku bosan kot. Aku nak kacau PA sukarela tu, tapi tak ada kredit. Belum topup. Malas nak beli. Tunggu la aku dah okey sikit nanti, aku beli topup, pastu aku buli dia banyak-banyak. Rindu kot nak buli dia. Rasa tak lengkap hidup aku kalau sehari tak buli dia..haishhh.

Pehape la aku taip ni. Dua perenggan pun nak dekat sejam. Siang tadi aku ada terfikir nak taip something. Tapi sampai sekarang aku tak ingat. Malas nak fikir dah. Penat kot. Nak tidur. Esok nak kena start buat report. Assalamualaikum.


p/s: sekarang ni aku suka dengar lagu Relakan Jiwa..gudnite..


• 20 February 2013 •

Wordless Wednesday #3 - Fake


p/s: wordless kan? wordless kan? hahaha


• 18 February 2013 •

Foalan Fufah II



Koleksi soalan susah:
Soalan Susah I

p/s: suka hati saya la nak letak tajuk macam mana..kahkahkah


• 16 February 2013 •

Festival Is Over

Ehem..ehem..kembali menghapdet selepas lebih seminggu mencutikan diri..

Assalamualaikum semua. Lagi sekali, Assalamualaikum semua. Haa, jawab pun. Kenal saya lagi tak? Saya H la. H untuk Hahaha. Okey sebelum saya taip dengan lebih lanjut, saya nak ucapkan tahniah kepada Pn. Aisy Nasiha dan Cik Hani Dzatil Asyira sebab mereka berdua notice tentang konsep yang saya buat untuk entry-entry saya. Saya syak orang lain pun sebenarnya notice jugak, cuma malas nak tegur jer.  Itu pendapat saya la. Eh silap, "itu pendapat aku la". Cc: Emak Monster.

Cuti sambutan Chinese New Year meng-gi-ngat-kan saya kepada ex-bos saya. Kiranya bos pertama saya la sejak saya mula bekerja di HSA, Johor. Nama beliau ialah Eric Lim Poh Wing. Bukan Lim Kok Wing okey. Nampok sama tapi bukang dia, bukang dia. Kat tempat kerja, kitorang panggil dia Mr. Eric jer. Mr. Eric Lim.

Dulu masa mula-mula kerja, saya ni jenis yang cepat melawan dan kuat melawan. Bukan melawan sampai tahap gaduh bertumbuk-tumbuk, bukan juga berlawan-lawan kata. Tapi saya protes melalui sikap. Saya tarik muka masam. Saya buat kerja lambat-lambat. Saya jawab acuh tak acuh.  Kiranya boleh didefinisikan sebagai biadap la, tak hormat pada ketua kat tempat kerja. Sebab life saya dari dulu memang macam tu. Kalau saya tak suka sesuatu, saya takkan kata yang saya tak suka. Tapi saya akan berikan hint untuk beritahu yang sebenarnya saya tak suka. Action speak louder..kehkeh.

Si Eric ni pun jenis yang panas baran jugak. Cuma bezanya, dia akan ekspresikan apa yang dia tak puas hati secara direct. Kalau dia tak suka saya buat something, dia akan bagitau yang dia tak suka. Then bila dah habis, kira habis kat situ jer la. Takde nak simpan dalam. Kalau dalam meeting pulak, dia akan fight selagi dia rasa dia ada right untuk fight. Selagi dia rasa point dia betul, dia akan state out pendapat dia sampai ada hujah yang boleh buatkan dia puas hati.

Eric ni jenis yang pandai memujuk jugak kot. Kalau saya sentap ke tarik muka ke apa ke, dia akan ajak saya keluar and slow talk dengan saya. Dan antara ayat yang selalu dia kata ialah, "I know what type you are. The way you talk, the way you act, I know one". Saya cukup tak suka bila dia cakap macam tu. Rasa macam nak jer jawab, "Kau bukannya kenal aku pun. Kau tak tau aku ni macam mana. Kau cakap jer yang kau tahu, tapi sebenarnya kau tak tahu apa-apa". Rasa MACAM nak jawab.

Tapi dalam diam, saya rasa dia memang tahu saya ni macam mana..:)

Seperkara yang pernah dia ajar dan saya still ingat sampai sekarang, ialah tentang decision. Tentang ya atau tidak. Dan implikasi terhadap pernyataan ya atau tidak.

Konsepnya mudah. Dalam hidup, kita akan sentiasa dihadapkan dengan pelbagai persoalan dan pilihan. Either we do or we don't. Sama ada ya ataupun tidak. Pernyataan ya atau tidak tu sebenarnya sangat mudah. Sesiapa pun boleh jawab ya, dan sesiapa pun boleh jawab tidak.

Tapi apa yang lebih penting ialah implikasi terhadap jawapan kita. Seberapa banyak ya adalah ya. Dan seberapa banyak tidak adalah tidak. Maksudnya, kebergantungan sesuatu hal adalah rigid dan terletak pada jawapan kita. So bila kita kata ya, adakah kita mampu tanggung "ya" tersebut sedangkan pendapat orang lain adalah tidak. Begitu juga sebaliknya bila kita sendiri yang berkata tidak, boleh ke kita pertahankan apa yang kita decide sebagai "tidak".

Benda ni kitorang sembang kat kedai kopi. Nampak simple jer, pasal ya dengan tidak. Tapi pada saya, ia lebih daripada tu. Saya belajar pasal keberanian, keyakinan dan berfikir panjang sebelum decide something. Sekian saja cerita saya, terima kasih.

p/s: saya nampak sopan kan? kahkahkah..esok saya balik Kuantan..


• 08 February 2013 •

Fahaman Yang Berbeza

Walaupun muka aku bukannya chinese look, tapi aku pedulik hapa. Aku nak cuti seminggu jugak. Means daripada 10 Februari aku akan start cuti sampai la 17 Februari. Cadangnya aku nak balik kampung tengahari semalam. Ingat lepas settle kerja aku nak blah la. Tapi bila fikir-fikir balik, semalam kan ada episod akhir Setia Hujung Nyawa. So terpaksa la aku tunda..hehehe. Tak guna, macam mana la aku boleh terjebak untuk tengok cerita tu..haishhh.

Tapi aku bukannya nak cerita pasal Setia Hujung Nyawa. Aku cuma nak cerita sikit pasal apa yang jadi semalam. Kira macam kronologi pada entry yang sebelumnya la. Kali ni ahli mesyuarat tingkap dah bertambah. Aku, Encik D, Puan R, Encik A dan Encik Y. Lokasi pulak kat kedai makan sebelah PappaRich. Cik N takde waktu ni, beliau tengah sibuk belajar bancuh kopi..kahkah.

Cerita bermula bila Encik A keluarkan statement bahawa wanita bertudung ni bukannya baik sangat. Nampak jer bertudung tapi bila keluar dating, berpegang-pegang tangan dengan lelaki. Statement tu dibidas oleh Encik D, menyatakan bahawa sekurang-kurangnya dia dah tutup aurat. At least dia dah tutup. Dia dah jaga apa yang patut dia jaga dengan tidak mendedahkan aurat dia kepada orang lain.

Puan R kata, tutup aurat tu kena ikhlas. Jangan pakai tudung sebab terpaksa, sebab suami suruh, sebab mak ayah suruh. Biar kita pakai tudung atas kesedaran kita sendiri. Untuk makluman, Puan R kata dia mula bertudung masa umur 30 tahun. Aku angkat tangan mintak turn untuk bercakap. Menyatakan bahawa daripada pembacaan dan pemahaman aku, aurat tu bukan hak kita. Aurat tu hak Allah. Bukan hak kita untuk tentukan sama ada kita nak tutup aurat ataupun tidak. Tapi Allah dah tentukan bahawa kita WAJIB tutup aurat.

Then Encik A kata, kalau bertudung tapi baju lengan pendek tu tutup aurat ke? Aurat ni tak semestinya kepala. Pakaian ketat yang menampakkan bentuk badan pun tak boleh sebenarnya. Kaki tu pun aurat jugak. Dia cerita pasal member dia yang sebelum ni free hair, then pakai tudung tapi tetap masuk club. Untuk makluman, Encik A ni kaki club dan kaki minum. Dia kata dia banyak jumpa orang bertudung tapi perangai entah hapa-hapa. Lebih baik orang yang free hair ni, sebab diorang tau had dan level diorang kat mana. I'm not yours. So don't touch me. Orang yang pakai tudung pulak, I love you and you love me. Ayat sikit, dah boleh pegang tangan and macam-macam lagi. Orang free hair ni, self confidence dia lebih tinggi berbanding orang yang bertudung.

Encik D tanya Encik A, kalau kau nak kahwin nanti, kau nak bakal isteri kau tu bertudung ke tidak? Encik A jawab, dia tak kisah. Terpulang pada perempuan tu sendiri. Then Encik D kata, dosa untuk isteri yang mendedahkan aurat ni ditanggung oleh suami. Kita sanggup ke nak tanggung dosa isteri? Dosa kita sendiri ni pun banyak tak tertanggung. Encik D kata lagi, dosa mendedahkan aurat bagi perempuan yang belum berkahwin tu pulak ditanggung oleh ayah atau saudara lelaki dia.

Aku rasa kan, penggunaan kata yang tepat bukannya ditanggung, tapi dipertanggungjawabkan.

Puan R pulak kata, pakai tudung tapi tak jaga perangai pun tak boleh jugak. Contoh dalam drama Sahara, orang yang bertudung tu digambarkan sebagai jahat dan orang yang tak bertudung tu digambarkan sebagai baik. Baik tak payah pakai tudung kalau macam tu. Aku senyum jer. Dalam hati rasa nak jer cakap, "tutup aurat tu WAJIB kak"..hehehe.

Banyak lagi kot yang diorang sembangkan. Cuma aku dah tak ingat. Tapi aku still faham apa yang diorang cuba debatkan. Aku setuju dengan dua-dua pihak. Aku setuju bila dikatakan bahawa orang yang pakai tudung ni tak semestinya baik. Orang yang free hair ni pulak tak semestinya jahat. Aku setuju bila dikatakan bahawa menutup aurat ni sekurang-kurangnya dah menjaga apa yang sepatutnya dijaga. Aku setuju bila diorang kata, don't judge a book by its cover. Dan aku jugak setuju bahawa cover tu yang menentukan sama ada buku itu akan atau tidak akan dibaca.

Pada aku, baik atau buruk seseorang tu takde kaitan dengan aurat, takde kaitan dengan tudung. Yes, tutup aurat tu memang WAJIB. Tapi in term of baik dan buruk, aku percaya masing-masing punya kelebihan dan kekurangan masing-masing. Manusia bukan semuanya sama yer tak? Aku banyak jer kawan yang bertudung pastu hatinya baik. Dan aku pun banyak jer kawan yang tak bertudung, tapi hatinya baik.

Kalau aku nak kahwin, aku harap aku dapat bakal isteri yang bertudung. Sebab aku suka tengok orang perempuan yang pakai tudung. Nampak sopan jer..hahaha.

p/s: aku nak gerak balik kampung ni..segala komenan, ulasan, pendapatan dan kunjungan akan dibalasan pada mingguan depanan..Gong Xi Fa Cai!


• 06 February 2013 •

Fiksi Semata-Mata

Idea untuk entry ni sebenarnya terhasil petang tadi. Err..kira semalam la kan? Waktu tu aku, Puan R dgn Encik D bersembang-sembang kat ofis. Untuk makluman, Puan R ni kerani aku, Encik D pulak M&E Coordinator. Encik R dah takde kat sini. Beliau dah kena transfer kat Key El. Kadang-kadang jer baru dia datang sini. Kira on off la. Ceh, aku beria cerita macam la korang kisah yer tak? Hahahaha..

Puan R ni karekter dia lebih kurang sama jer dengan karekter kebanyakan wanita kat Malaysia. Suka bersembang, suka bercakap, suka berbual, suka bergosip dan bermacam-macam suka lagi. Silap besar la sebab telefon memang ada kat meja dia. Sekejap call sana, sekejap call sini. Aku dah la jenis yang alert pada bunyi, rasa nak jer tegur dia supaya jangan bercakap banyak sangat. Tapi sebab dia lebih tua, aku rasa keberatan pulak. So aku diamkan aje.

Tapi yang best pasal Puan R ni, kalau ada apa-apa hal yang memerlukan aku telefon, aku akan mintak tolong kat dia. Contoh kalau nak call bank ke, call postline ke, aku akan suruh dia call. Sebab kebarangkalian untuk dapat maklumat or feedback tu sangat tinggi. Dia akan tanya detail walaupun aku tak suruh tanya apa-apa. Beza pulak kalau aku sendiri yang call. Contoh kalau aku tanya something, then postline jawab tidak, aku akan terus kata "okey takpe la, terima kasih". Takde soalan lanjutan dah.

Perghh..bapak panjangnya intro aku..kahkahkah. Sebab aku sebenarnya nak cerita pasal benda lain.

Kat ofis tadi bersembang pasal drama Sahara tu. Aku tak berapa tau sangat pasal isu ni sebenarnya. Pasal benda dah agak lama, pastu aku pulak tak layan sangat cerita tu, so aku malas la nak amik pot. Kalau tertengok, aku teruskan tengok. Kalau tidak, aku layan Spongebob dengan Patrick jer. So tadi tu pun setakat melayan Puan R bergosip la kiranya. Sehingga dia cakap satu ayat yang buat aku rasa, "eh mana boleh macam tu kak". Ayat dia lebih kurang macam ni:

"Kalau macam tu baik tak payah pakai tudung."

Aku terus diam. Encik D kot yang sambung berbalas sembang dengan dia. Aku malas nak campur. Sebab dalam hati, aku rasa itu memang ayat tipikal yang selalu aku dengar dan baca kat mana-mana. As if pakai tudung tu teruk sangat. Tutup aurat tu teruk sangat. Tak pakai tudung lagi baik, lagi molek. Padahal aku rasa dalam cerita Sahara tu, hampir semua watak-watak perempuan pakai tudung. At least pakai tudung la jugak walaupun ada scene-scene yang free hair.

Korang pun pernah pegang tangan yang bukan muhrim kan kan kan? Hahahaha
Aku rasa minda kita kat Malaysia ni dikongkong untuk mencari kesempurnaan. Atau mungkin mencari ketidaksempurnaan. Mengharapkan suatu cerita berunsurkan Islamik yang sempurna tanpa sedikit cacat dan cela. Sebagai contoh, watak berpurdah tak sepatutnya berpegangan tangan dengan lelaki bukan muhrim. Cerita berkonsepkan Islam tak sepatutnya diarahkan oleh seorang yang bukan Islam. Sehinggakan kadang-kadang kita terlupa bahawa itu cuma lakonan. Kita sekat minda kita daripada faham tentang direction, motif dan hala tuju cerita tu. Kita tak nampak apa yang sepatutnya kita nampak dek kerana sibuk mencari kesempurnaan atau ketidaksempurnaan pada sebuah kisah yang sememangnya tidak sempurna.

Ya, aku tahu bahawa cerita yang berkonsepkan Islam sepatutnya kena berlandaskan pada ajaran Islam. Aku faham yang tu. Aku tak kata berpegangan tangan bukan muhrim tu baik. Salah tetap salah. Hukum tetap hukum. Tapi cerita pulak tetap cuma satu cerita. Kena la amik yang baik tu jadi teladan. Yang tak baik tak payah nak ikut. Tak payah nak kisah sangat. Cerita Kenapa Aku Mencuri umpamanya, sepatutnya Zul Huzaimi dah kena potong tangan. Tapi atas ihsan, dilepaskan jugak. Cerita Nur Kasih umpamanya, Nur Amani tak sepatutnya pegang tangan Adam. Sebab diorang tu bukan muhrim, cuma berlakon jer. Tapi ada orang kisah? Rasanya tidak. Malah dianggap sweet. Cerita Ayat-Ayat Cinta umpamanya, Aisha berpurdah tapi ada jugak scene-scene yang boleh dipertikaikan. Tapi ada orang kisah? Rasanya tidak. Mungkin sebab itu bukan cerita Malaysia.

Double standard? Mungkin..

So kat Malaysia ni, apa sebenarnya yang kita kisah? Kesempurnaan cerita ataupun motif cerita? Kalau kesempurnaan cerita, rasanya mungkin kita takkan dapat sampai bila-bila. Kita sendiri pun tidak sempurna, malah kehidupan kita masing-masing pun tak akan pernah sempurna. Cuma motif kehidupan tu yang menggerakkan kita ke suatu tahap yang lebih baik, walaupun masih tak cukup sempurna.

p/s: dakwah Islam tu ada dalam pelbagai cara, muhun jangan sempitkan minda untuk jadi seorang penerima..:)


• 04 February 2013 •

Friskies Nak?

Pukul berapa jam sekarang? Haa..tau pun. Pukul 5.04 pagi. Nampak tak betapa morning personnya aku arini? Awal-awal pagi dah bangun semata-mata sebab nak update entry. Huh..dah la lapar. Grrrrr..

Sebenarnya aku takleh tidur. Daripada pukul 2.00 pagi tadi. Tak tau la apesal. Nak kata runsing tu tak jugak. Takde fikir apa pun. Aku punya la nak kosongkan kepala otak aku, taknak fikir apa-apa. Tapi last-last aku terfikir jugak, "kenapa aku susah nak tidur ni?". Macam-macam posisi kot aku cuba. Mengiring ke kiri, mengiring ke kanan. Siap matikan TV sebab taknak ada gangguan. Tapi tetap jugak hajat nak tidur tu tak kesampaian.

Ah..malas la bagitau gambar ni amik kat Google
Kalau ikutkan tadi aku hampir-hampir nak terlena dah. Lagi 1 hun jer kot. Tiba-tiba boleh pulak ada kucing jiran sebelah mengiau. Potong betul. Aku rasa macam nak jer bukak tingkap, pastu lempar hanger kat kucing-kucing tu. Diorang tak tau ke yang ini dah kira kes mengganggu ketenteraman awam. Timbangrasa la sikit, jiran nak tidur ke apa ke. Haishhhh..

So sepanjang 3 jam tadi, aku isi kemengantukan aku dengan berangan. Dah takleh tidur, pastu malas nak cari makanan, so aku berangan jer la. Berangan tak agak pulak tu. Aku berangan nak buat entry. Entry kenapa aku takleh tidur. Siap fikir nak buat intro macam mana. Apa ayat yang aku nak tulis. Kemudian nak print screen. Pastu nak upload gambar. Pastu apa ntah lagi. Macam-macam la aku berangan, bukan kena bayar pun.

Last-last aku fikir, "apa guna la aku nak berangan lama-lama, baik aku bangun pastu pergi tulis". Tapi bila aku bukak jer mata, aku duduk depan laptop ni, terus aku lupa entah apa benda aku angankan tadi. Apa yang aku nak tulis, apa yang aku nak print screen, apa yang aku nak upload, semua aku lupa. Aku syak sebab aku tengah lapar. So kontestransi aku terganggu. Bila agaknya nak pukul 8.00 pagi. Teringin nak sarapan nasi lemak kat Restoran Kita tu. Aku rasa nasi lemak kat situ sedap, lagi sedap daripada Restoran Zaman.

Tak, masalahnya aku bukan nak cerita pasal nasi lemak. Tapi pasal aku takleh tidur. Aku syak kucing-kucing tu memang sengaja nak aniaya aku la. Aku syak aku ni insan teraniaya. Dah la lapar..grrrr.

p/s: kat sini ujan woi..kalau la aku tidur lepas Subuh ni, memang kompom tak pegi keje..zzzzz


• 01 February 2013 •

Fikirkan Boleh

Sebenarnya aku kurus jer. Daripada dulu aku memang kurus. Walaupun makan banyak, badan aku tetap kurus. Berat pun bawah 50kg. Kalau tak silap aku cuma 47.5kg kot. Tapi itu dulu la. Sebab sekarang berat aku dah jadi 70kg. Aku taf okey! Grrrrr..

Jadi bila aku kurus ni, kawan-kawan aku selalu dok main cucuk-cucuk pinggang aku. Aku dah la kekurangan daging, so bila diorang cucuk tu memang akan terus rasa kat tulang. Tengah aku tekun buat kerja sekolah, or buat-buat tekun buat kerja sekolah, diorang datang dari belakang pastu terus cucuk pinggang aku.

So tak keterlaluan kalau dikatakan bahawa masa dulu-dulu aku kuat melatah. Sekarang pun kuat melatah jugak kot. Tapi dulu lagi teruk la. Kalau dulu tu bila orang cucuk pinggang, macam-macam jugak la yang aku carutkan. Setakat binatang babi tu kira pelik la kalau tak keluar. Cilaka, hamjadah, sial tu semua pun dah kira biasa. Malah carutan-carutan yang lebih advance pun ada. Standard macam makcik-makcik melatah la kan..hahaha.

Tapi, ada tapinya. Tapi bila dalam keadaan normal, aku fikir balik relevannya carutan aku tu terhadap orang yang bergurau. First, for sure aku sebut benda-benda yang tak elok. Menambah dosa jer kot bila mulut memaki-maki camtu. Second, aku risau kalau time melatah tu aku sebut benda yang bukan-bukan dan sakitkan hati orang yang tengah bergurau. Kot la aku tersebut nama mak ayah dia ke, and kebetulan pulak mak ayah dia dah tak ada, tak pasal-pasal member tu terasa.


Jadi, aku cuba biasakan diri sebut benda yang elok-elok. Instead of carutan yang bukan-bukan tu, aku tukar kepada Allahu Akbar. At first memang susah. Sebab benda melatah ni biasanya berlaku secara spontan. Tapi lama-lama boleh la biasakan diri. Dan sekarang ni, bila terkejut ke, tersepak batu ke, kucing lompat atas riba ke, mengeluh lepaskan lelah ke, aku akan spontan sebut macam tu.

Motif entry ni bukan nak tunjukkan yang aku ni baik. Takde la sampai tahap macam tu. Kadang-kadang bila tengah marah, terlepas jugak kata-kata makian. Motif entry ni cuma aku nak bagitau yang kebiasaan melatah ni boleh diubah kepada sesuatu yang lebih baik. Daripada kita lancang mencarut memaki yang entah apa-apa, mungkin kita boleh biasakan diri untuk sebut sesuatu yang lebih bermakna. InsyaAllah, fikirkan boleh!

p/s: Rasulullah SAW bersabda: "Tidakkah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah menghumbankan muka mereka ke dalam neraka?" (Riwayat At-Tirmizi)


Back To Top