Header2

• 29 February 2012 •

Anggap Aku Tiada

Okey. Sengaja untuk aku memilih untuk mula menulis pada tarikh tertera. Satu tarikh biasa yang jarang aku jumpa pada tahun-tahun biasa. Jika dan hanya jika takdir aku dipanjangkan usia, mungkin aku akan berjumpa lagi dengan tarikh yang sama. Dan mungkin nanti, setelah tibanya 48 purnama, aku akan membaca kembali rentetan cerita.

Ini adalah satu tempat huraian rasa yang tak mampu aku luahkan pada siapa-siapa. Pada waktu aku ingin bercerita, aku ingin orang lain membaca, tapi aku tak mahu khayalak faham apa-apa. Jika proses pembacaan kamu mengundang tanda tanya yang nyata, maafkan aku kerana semua itu adalah dengan sengaja.

Seperti kamu, aku jua manusia. Dan jika hadirnya aku buatkan kamu rasa tidak atau kurang selesa, sila anggap aku tiada. :)


Back To Top