Header2

• 29 February 2016 •

First Four

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dimana blog ni bermula dengan entah apa-apa. Sehingga kini masih lagi diisi dengan entah apa-apa. Dan jangkaan untuk 4 tahun lagi, tetap kekal dengan pengisian yang entah apa-apa.

Bila diingat-ingat balik waktu aku mula wujudkan blog ni, aku pernah terfikir pada 4 tahun lepas, yang blog ni lama-kelamaan akan semakin sunyi.

Ternyata, ia semakin sunyi..heheh.

Jangkaan aku tu atas satu sebab. Bahawa semakin lama, aku semakin tak ada rasa nak tulis apa-apa. Yer la, awal-awal menulis dulu, aku banyak luahkan perasaan kat blog ni. Aku banyak isi masa aku (dan buang masa aku) untuk mengadap blog ni, serta blog kawan-kawan yang pernah singgah kat blog ni.

Dulu. Suatu masa di mana hidup aku ada banyak lebihan masa. Bosan. Tepu. Dan sedikit hiba.

Sekarang? Hmmm..sekarang aku masih ada banyak lebihan masa. Lebih kurang sama dengan lebihan masa yang pernah ada. Cuma bezanya, aku kurang bosan, tak berapa tepu, and definitely tak ada rasa hiba. Tak ada la kot. Kalau ada pun, aku tak rasa ada.

Hidup aku sepanjang 2 tahun kebelakangan ni, lebih seronok and gumbira. Sebab ada S agaknya. Errr..bukan agaknya, tapi memang sebahagian besar adalah kerana kewujudan S.

Fisrt date kononnya..heheh

Kewujudan beliau membuatkan aku kembali ada someone untuk aku spent time and kill time together. Bukan lagi mengadap blog and karang-karang cerita. Lagipun, takkan aku nak karang cerita pasal aku dengan S kot. Rasa macam entah apa-apa jer nak cerita relationship banyak-banyak kat dalam blog.

Btw, some things better left unsaid.

So, itu la ceritanya. Kisah kenapa selepas 4 tahun, blog ni sekarang semakin suram isinya. Kisah kenapa selepas 4 tahun, blog ni sekarang semakin pudar seninya. Dan kisah kenapa selepas 4 tahun, blog ni sekarang semakin hilang serinya. Semuanya sebab S. Dia dah amik seri blog ni.

Haaa..marah la dia. Grrrrr!!!!

Sekian, terima kasih. Selamat ulangtahun kewujudan Capital H yang pertama. Hoyeah!!

p/s: Entry ni ditulis sekadar ada -- itu pun adalah kerana tarikh 29 Februari semata-mata.


Back To Top