Header2

• 14 April 2014 •

Aummm!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hoi awak semua. Lama sungguh kita tak jumpa. Awak semua sihat? Saya nak taip ni. So awak semua baca la yer. Tapi sebelum tu, sila rujuk gambar-gambar di bawah. Aummm!


Apa pendapat awak? Wajarkah? Tak wajarkah? Kasihankah? Padan muka kah? Dop caghe kah? Atau selain daripadanya?

Meh sini, biar saya ceritakan apa pendapat saya.
First of all. Mohon benarkan saya guna ganti diri aku. Ya, aku.
Aku punya pendapat, wajar dan tak wajar.

Pasal report polis, tak ada yang salah. Setiap orang boleh atau berhak lodged police report kalau dia rasa benda tu perlu untuk direport. Tak ada yang salah pasal tu. Thats why kita boleh jumpa banyak salinan report yang pelik dan kadang-kadang tak tercapai dek akal. Yang kita rasa macam bodoh dan mengarut pun ada.

So kalau dinilai report En. Mohd Saad tu, takde yang salah. Alasan yang aku nampak, mengganggu ketenteraman awam. Tertulis kat dalam report tu, laungan azan TERLALU kuat. Nampak? Aku capslock, bold dan underline perkataan tu. Jadi, report polis dengan alasan mengganggu ketenteraman awam adalah wajar.

But don't get me wrong.

Sewajar mana pun laporan polis tu, tapi bila ia dibuat atas sebab-sebab keagamaan, benda ni secara automatik aku kategorikan sebagai tak wajar. Selfish. Tak kira la sama ada dilakukan oleh Muslim, Buddha, Hindu, Kristian, melayu, chinese, indian or bangsa-bangsa lain, benda ni tetap aku nampak sebagai selfish.

Sebagai contoh, kalau kau buat report polis pasal upacara keagamaan di kawasan kejiranan kau, aku akan tetap anggap kau selfish. Orang cina main mercun malam CNY - kau report polis - yang itu selfish. Orang india berarak (arak tu haram) waktu Thaipusam or Deepavali - kau report polis - yang itu selfish. Bilal laungkan azan bila masuk waktu solat - kau report polis - yang itu pun selfish.

Unless kalau upacara tu betul-betul di luar daripada kebiasaan. Over sangat. Melampau-lampau. Yang tu lain cerita la.

Unfortunalely, report polis pasal laungan azan tu dilakukan oleh melayu muslim. Atas sebab apa, mungkin hanya dia yang tahu. Mungkin sebab TERLALU kuat. Mungkin.

Dan kalau aku boleh twist sikit, mungkin fortunately report tu dilakukan oleh melayu muslim. Just imagine kalau non-muslim yang buat report tu, mungkin keadaan jadi lebih teruk berbanding kat atas ni. Berbakul-bakul caci maki.

Sebab? Hmmm..sebab this is Malaysia beb. Dan dalam Malaysia, kita ada golongan yang dikategorikan sebagai typical Malaysian. Di mana golongan typical Malaysian ni mudah menghukum dan memandang negatif terhadap sesuatu tindakan yang sedikit keluar daripada pandangan kebiasaan mereka. Kau boleh minum arak, kau boleh buat maksiat – tapi bila kau usik Melayu, usik Islam, kau memang siap!

Tak perlu kot aku nak taip contoh. Korang boleh buka facebook, cari sendiri, dan baca ulasan-ulasan typical Malaysian tentang tindakan pakcik tu yang kononnya dianggap sebagai memalukan agama. Korang boleh baca cerita pasal pakcik tu dihalau oleh tuan rumah tempat dia menyewa, dengan alasan – kalau taknak dengar azan, berambus kau jauh-jauh ke sana.

Konsepnya sama macam – kalau tak suka kerajaan, jangan la duduk Malaysia. Konsepnya. Sama.

Jadi kesimpulannya kat sini:

1. Pakcik tu wajar buat report. Itu hak dia. Hak sebagai seorang warganegara. Tak kira level apa atau kerja apa.

2. Pakcik tu tak wajar buat report. Sebab dia tak menjelaskan secara terperinci kronologi yang terjadi. Report dia ringkas sangat. Perkataan TERLALU tu rasanya tak ramai orang perasan kalau hanya dibaca sekali lalu.

3. Pakcik tu tak wajar dihalau keluar daripada rumah. Itu dah kira menganiaya sesama muslim. Kot yer nak sentap pun, beragak la sikit. Nak butthurt sampai menghalau camtu, melampau beb.

Satu lagi, kalau orang kata bahawa Malaysia ni adalah negara Islam - aku kurang setuju. Sebab pada aku, Malaysia bukannya sebuah negara Islam. Hanya sekadar negara yang agama rasminya adalah Islam. Indirecly means, ada jugak anutan agama yang dibenarkan selain Islam. Ada.

Dan dalam Islam pulak, kita diajar untuk bertoleransi. Benda boleh bincang yer tak? Jadi, setiap daripada kita sepatutnya ada toleransi. Pakcik tu kena ada toleransi. Azan kot. Tambah pulak kat kawasan-kawasan kejiranan. Islam sebagai agama rasmi. So kena la jaga sikit sensitiviti. Macam tu jugak la tuan rumah dengan masyarakat. Kena ada tolak ansur. Kena ada toleransi. Bukannya buta-buta terus nak hentam gila babi.

So, Melayu, please. Jangan jadi typical Malaysian yang taksub dengan semangat kemelayuan.

Sekian, terima kasih.

p/s: Aummm!! (tajuk dan postscript yang takde motif)


17 comments:

  1. dan bkn ke disyariatkan laungan azan tu x boleh sampai menganggu??
    jd betul la kan p.cik tu buat report..

    correct me if im wrong!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sedikit terganggu pun, sepatutnya tetap kena toleransi atas dasar menghormati seruan azan..cuma bila dah ada perkataan TERLALU kat dalam report tu, means maybe tahap gangguan dia luar biasa kot..

      maybe org ramai x perasan perkataan TERLALU..
      tak perasan or maybe tak faham..

      Delete
    2. sampai menganggu tidur? hmmm bukan ke azan tu laungan peringatan...? ..ermmmm

      waallahualam

      Delete
    3. Dia bukan marah azan tu kuat, rasanya penjelasan dia pasal tarhim jugak yg terlalu kuat. Kalau tak silap, sampai 10 speaker. Tak tau nak kata sape yg benar sape salah. Sbb pakcik ni dok dekat masjid so dia rasa kuat. Tapi kalau org yg duduk jauh dr masjid akan rasa perkara ini baik sbb dpt dgr azan wp umah dia jauh. Tapi kesudahan utk suruh dia keluar daripada rumah tu sangat childish.

      Delete
  2. Errrrr...tak bgus ke bunyi speaker tu terlalu kuat...at least kau terjaga utk semayang subuh kan...

    ReplyDelete
  3. Konsepnya.. Konsep.. Hmm..

    Dalam kes ni, aku jadi golongan pemerhati jer.. At times, ada aku rasa mcm x wajar.. Tapi bila baca komen2 typical sooo malaysian ni, rasa mcm ahh korang ni.. So aku perati jer.. Aku perati..

    ReplyDelete
  4. http://penpatah.blogspot.com/2014/04/punca-sebenar-lelaki-lapor-polis.html?m=1

    ReplyDelete
  5. kat rumah aku pun ada gak.... siap bawaj batang golf lagi datang surau marah2...hmmmm

    ReplyDelete
  6. ramai tak paham isu sebenar..terus anggap pakcik tu pengkhianat agama..kehkehkeh..
    pakcik tu mmg wajar report..tp aku malas nak tulis pasal apa..just malu,sbb aku sendiri bukan jemaah masjid macam beliau..

    ReplyDelete
  7. ada terbaca pasal punca sebenar knp pakcik tu report... dah baca baru faham kenapa... tapi tak patut la buat mcm tu kat pakcik tu...

    ReplyDelete
  8. pada aku la kan, azan ni konsepnye utk menyeru kita solat. jadi, azan ni kuat ke perlahan ke, maksudnye kite diingtkan supaya pegi bersolat. maka sedap xsedap suara bilal tu, moh ler kite ke masjid..

    ehh..panjg pulak.lum masuk isi lagi ni..

    tp di mlaysia ni, kite majmuk. function azan tu bkn utk smua org. klu kejiranan tu majmuk, maka eloklah hormat pd yg bkn muslim sbb sedap ke kuat ke bilal tu azan, kat non muslim tetap xde function..

    ok..aku pun xtau aku nak ckp ape sbnrnye.. auuumm

    ReplyDelete
  9. pakcik tu ada masalah sensitip pendengaran kotttt. anggap saja laaa gitu..

    ReplyDelete
  10. no komen psl laporan ni....kdg2 komen mengatasi hal sebenar...ada gak terbaca laporan pak cik ni

    ReplyDelete
  11. teringat pulak dgn MustafaKamalAtartuk .

    ReplyDelete
  12. mungkin terlalu tu ditujukan kepada bunyi yang sangat nyaring. Islam juga tak ajar kita azan sampai pecah gegendang telinga jiran. Post ni aku suka. Melayu dan kemeLAYUan dia tak boleh dipisahkan walaupun oleh Islam.

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top