Header2

• 20 November 2014 •

Niskala

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam keterpaksaaan hidup berpaksi nilai ringgit kasorrga, aku tak pernah terdefinisi sebagai kaya. Bilamana harta yang bertaburan, aku nampak jauh. Tak tercapai walaupun kadang-kadang aku cuba untuk menggapai. Tak terkumpul meskipun angan-angan sudah telah penuh berbakul.

Dalam kemandirian mencorak mimpi, aku sedar bahawa hidup aku masih begini, dan tidak mustahil untuk terus kekal begini. Sehingga nanti, bila tibanya hari, tertakdir manusia mortal seperti aku, punya perkenan untuk berlimpah dengan rezeki.

Dalam kehidupan sesederhana ini, aku bersyukur kerana masih punya nafas dan nadi.

p/s: pada hukum terkini, kamu dan aku masih terwujud di satu paksi.


3 comments:

  1. Puitis sungguh bahasa yg kau guna… x tercapai dek akalku utk menafsirkan setiap bait kata2. Hoho

    ReplyDelete
  2. boleh masuk pidato ni H...

    hikhik

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top