Header2

• 22 July 2014 •

Jawapannya C: I, IV & III

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baiklah, kali ni biar aku coretkan sikit entry buat tatapan korang semua. Diulangi, korang semua. Kehkeh..bajet blog ni masih ada lagi orang yang datang baca.

Okey, berhubung dengan entry yang aku tulis 2 bulan lepas, maka sekarang ni biar aku ceritakan sebab dan penyebab kenapa aku dah jarang sangat-sangat update entry kat blog. Memang dah jarang sangat-sangat. Kalau ada pun, sebulan cuma satu entry. Entry yang macam baby. Other than that, nehi.

Padahal setiap hari aku berkobar-kobar draft entry. Setiap hari. Pantang kalau ada masa lapang, aku akan draft entry. Pantang kalau aku draft masa lapang, mesti akan ada entry.

Tapi setakat draft jer la. Lepas tu save. Draft-save. Draft-save. Draft-save. Buktinya macam yang aku printscreen kat bawah ni. Errr..abaikan tajuk yang berkaitan dengan Encik D..-_-"


Dah tu kenapa kau tak publish? Kenapa H? Kenapa? Kenapa???

Hmmm..semuanya sebab S. Ya, sebab S.

Sejak S dapat akses blog ni, dalam diam-diam dia dah pun tukar password email aku. Setiap kali aku nak login, tak boleh. Setiap kali aku nak login lagi, tetap tak boleh. Hari-hari aku cuba login, tapi tetap jugak tak boleh-boleh.

Sampai sekarang aku tetap tak boleh nak login untuk publish entry kat sini. Sedih sangat. Sebab tu makin lama blog ni semakin sepi.

Semuanya salah S! Kahkahkah..

Oh ya, hukum masa gagal lagi. Kbai.

p/s: Hai S. Jom tengok movie malam ni..:D


8 comments:

  1. fuyyoooo.. wallpaper dekstop gambar berdua kat pantai tu kan.. bheheeee..
    ampunnn!! :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. heppp..mana boleh bgtau..hahaha

      Delete
    2. elehh.. buzy persiapan raya ke persiapan nak kawen nih..
      haip!! jgn lupa jemput taw.. :p

      Delete
  2. Eh, blom sampai ujung bulan kau dah update??? hahaha...

    ReplyDelete
  3. Apeeee pulak salah orang? Eee x aci betul awak! Orang tak bukak pun blog awk! Orang delete kang entry ni baru tau! Dia yg malas salahkan org -_-

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top