Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku pernah termenangis waktu baca novel. Dulu, lama dulu. Dan aku tak ingat pun novel tu tajuknya apa. Yang aku ingat, aku terkhayal dengan rekaan fiksi yang pada waktu tu betul-betul menyentuh jiwa. Termenangis tanpa sedar, seingat aku hanya sekali tu sahaja.
And aku pernah termenangis masa tengok TV. Time kecik-kecik dulu. Hingus pun belum kering agaknya. Macam bangang jer bila diingat-ingat semula. Yer la, tengah tengok TV tiba-tiba aku boleh menangis. Sebab terfeeling sangat dengan penceritaan drama TV zaman dulu-dulu..grrrrr.
Filem kat pawagam? Hmm..seingat aku, aku tak pernah menangis pun tengok filem kat pawagam. Maklum la, aku bukannya jenis yang rajin sangat follow filem-filem terbaru. Kalau tengok pun, selected movie jer. And setakat sebelum ni, rasanya tak terkesan langsung movie-movie tu terhadap kotak emosi aku.
Tapi tidak untuk The Fault In Our Star.
Seriously, cerita ni best walaupun mungkin bukan tahap best gila. Takde action-action. Takde tembak-tembak. Takde perang-perang. Takde lawan-lawan. Just cerita biasa pasal dua orang pesakit kenser. Hazel Grace. Augustus. Bercinta. Yeah, nampak macam takde apa-apa yang istimewa. Hanya sekadar kisah cinta antara seorang manusia dengan seorang lagi manusia. Itu jer.
Tapi pada aku, ia lebih daripada sekadar loving story semata-mata. Ia seolah-olah satu harapan. Satu keinginan. Keinginan untuk meneruskan hidup. Keinginan untuk menikmati hidup. Keinginan untuk menggembirakan hidup. Dan keinginan untuk bertahan demi mereka-mereka yang masih hidup.
Itu yang membuatkan movie ni best. Tambahan pulak ia bukannya typical happy ending. Ada sesetengah scene tu memang sedih la. Betul-betul sedih. Sampaikan aku sendiri boleh termenangis masa tengok filem ni. S toksah cerita la, memang aku dengar dia teresak-esak, tersedu-sedu walaupun tak berapa kuat. Saje aku diamkan sebab taknak ganggu fokus dia.
Aku ni walaupun takde keluar suara macam S, tapi meleleh jugak la air mata aku. Celaka betul. Terpaksa aku buat-buat garu pipi, garu kening, sebab nak kesat air mata..kahkahkah.
Kesimpulannya, cerita ni memang best. Kalau korang ada keinginan nak buat yang terbaik untuk mak ayah, aku cadangkan korang tengok filem ni. Kalau korang ada keinginan nak buat yang terbaik untuk pasangan, aku cadangkan korang tengok filem ni. Dan kalau korang ada keinginan nak buat yang terbaik untuk family, aku cadangkan korang tengok filem ni.
Furthermore, kalau korang nak rasa betapa wujudnya sesetengah infiniti yang lebih besar daripada infiniti yang lain, maka aku cadangkan korang tengok jugak filem ni. Sebab walaupun hidup ni akhirnya akan mati, tapi at certain point, korang akan rasa yang hidup ni sebenarnya untuk 'hidup', bukan untuk 'mati'. Okey?
Sekian, terima kasih.
p/s: Don't stop flirting with me. Okay? :p
beria sungguh ni nak suruh org tgk.. ;D
ReplyDeletehahaha..mesti la..sbb storyline dia best..
DeleteBes sgt ke?aku dah nk tgk aritu tp tak jd...adehh...eh, rajin plak kau update...hahaha...kekalkan kerajinan smpai ujung bulan ye... =p
ReplyDeleteaaa..best weh..aku cadangkan ko tengok filem ni..then selfie bila ko termenangis..hahaha
DeleteOver. Manede sampai teresak esak. Finally ngaku jugak dia nangis. Hiks.. Sedih kan..
ReplyDeletep/s: Okey.
Okey..:D
DeleteCam best jeee ^^
ReplyDeletebest..best..(y)
Deleteerrr korang layan movie kat mana? ECM or Mega? hikss
ReplyDeletekat ECM malam smlm..:D
Deletetak mo tgk. tak suka nangis :'D
ReplyDeleteKalau kau dah termenangis...maknanya memang sampai ke jiwa la ceritanya. Ok..boleh la tengok ni.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri H :D
Sebab pelakon dia Shailene Woodley, sebab tu kot aku takde hati nak tengok filem ni.
ReplyDeleteEh. Takpa lah. Yg penting, filem ni already box office.