Seandainya hidup ini penuh dengan penipuan, bermakna aku telah memenuhi sebahagian daripada norma kehidupan. Dimana kamu adalah mangsa. Tersogok dan terpupuk dengan rekaan cerita yang diada-ada. Supaya kamu yakin, supaya kamu percaya, bahawa aku tiada pada waktu kamu berkehendakkan keberadaan aku sebagai ada. Maaf, aku tahu kamu tidak suka didusta.
Seandainya hidup ini penuh dengan kejutan, bermakna aku juga telah melengkapi sebahagian daripada konsep kehidupan. Life is full of surprise. Dimana kamu adalah punca. Supaya kamu tahu, supaya kamu sedar, menggembirakan kamu bukan perihal yang sia-sia. Maaf, andai kamu kebah dengan setiap kejutan yang aku cuba.
Seandainya hidup ini harus punya impian, bermakna kamu sendiri adalah pemilik angan kehidupan. Dimana tindakbalas kimia antara kita menjadikan aku medium pengantara. Pemangkin untuk tukarkan impian kepada nyata. Supaya kamu mafhum, supaya kamu maklum, bahawa setiap perkara tentang kamu bukan terbiar tanpa usaha. Maaf, memang tiada pilihan berwarna jingga.
Seandainya hidup kamu rasa gembira, lantas serasa aku berkali ganda. Cuma maaf, ini tetap bukan entry sempurna.
p/s: well then..hukum masa kini telah menganjak angka..
mendalam. sampaikan. aku . pun. kurang. paham. (^_^)
ReplyDeleteya kan? Seandainya... :-)
ReplyDeleteStetment "life is full of secret" tu Ai setuju bangat!
ReplyDeletehihihi btw lama x dtg sini,ada sihat ka =)
welcome back Encik H :)
ReplyDeletetapi hidup bukan sekadar penipuan dan kejutan. maka, banyak lagi yg perlu ko penuhi utk melengkapkan hidup.
ReplyDeleteErrrrr...sgt deep...pd sape ko tujukan ni??
ReplyDeleteDeep :)
ReplyDeleteberat kepala aku baca.. hahaha puitis betul..
ReplyDeleteHamboi ayat dia. Deep deep ni nak mengayat anak dara sape..
ReplyDeleteSemoga selesai dengan baik semuanya. Aaminn..
ReplyDeleterindu nak baca entry2 mcm ni H..!
ReplyDelete