Header2

• 27 September 2014 •

Supercalifragilisticexpialidocious

Assalamualaikum.

Hai. Saya bukan H. Saya S. Pinjam kejap blog encik ni. Saya ada janji dengan dia nak tulis satu entry dalam ni. Dan selagi saya tak tulis selagi tu la dia tanya bila saya nak tulis. Tanya pulak dengan nada saja nak buat saya annoy. Suka la encik ni bila dia berjaya buat saya annoy. Penat jawab soalan sama, baik saya tulis. Entry ringkas je ni. Kot. Oh tajuk tu bukan saya yang letak.

H sebenarnya suka menyanyi even suara dia tak sedap. Serius tak sedap. Dah lah lirik salah, pitching lari, nada pulak main hentam je. Kalau jenjalan dengan dia, sepanjang perjalanan dalam kereta tu dialah yang nyanyi. Sekali lagi, suara dia tak sedap. Saya ni malu sikit nak nyanyi dengan penuh confident macam encik tu buat. Kalau pergi karaoke dengan dia, memang dia yang akan conquer. Saya tak diberi peluang nak nyanyi. Lagi sadis, bila lagu duet, part dia, dia lah yang nyanyi. Part saya, dia jugak yang nyanyi. Part duet pun dia sorang jugak yang nyanyi! (Pengajaran: jangan karaoke dengan encik ni)

Dalam banyak-banyak lagu yang dia nyanyi, ada satu lagu ni yang saya suka dengar. Lirik dia catchy, muzik dia riang ria. At first tu saya ingat dia nyanyi lagu rakyat. Memang happy. Then bila dia nyanyi banyak kali non stop (suara dia tak sedap), saya dapat tangkap lirik and maksud lagu tu. Saya nak explain dengan detail pasal meaning lagu tu pun tak pandai. Saya tak puitis macam encik tu. Ayat dia penuh bunga metafora hiperbola. So dengar la sendiri ye.





Mungkin bagi yang lain, lagu ni biasa je. Tapi lagu ni, berjaya buat saya tersenyum. Sarat dengan kenangan.

-S-

p/s: encik letak tajuk panjang kemain ni apa maksud dia? -_-"


13 comments:

  1. mohon semua orang jangan percaya kat S. sebab kawan2 dia semua kata suara saya macam encik mimpi. in fact sebenarnya suara saya lagi sedap daripada encik mimpi. heh!

    btw, supercalifragilisticexpialidocious tu kalau dalam filem mary poppins di defined as "something to say when you have nothing to say"..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kawan2 orang tu saja nak jaga hati awak.. Orang faham, kenyataan mmg pahit utk ditelan.. Takpe lah.. Even suara awk x sedap, orang boleh bertahan lagi.. Hiks

      Delete
    2. H anjurkan perjumpaan geng kopitiam nak tahun depan ke...kita Karaoke pula. baru tahu betul ke tak betul cakap S

      tapi suara kau...ok la kot. hahaha

      Delete
    3. Hey saya Miss J . hahahha da pelbagai team adik skrng! untunglaaa

      Delete
  2. Dan kau ni prasan jgak orangnye H...hahahaha...

    ReplyDelete
  3. semalam sambil try shawl yang org datang jual kat opis, akak termenyanyi la pulak. Maka adalah yg kehairanan memandang akak muka terkesima habis! ok. bukan sbb suara, tp sbb menyanyi. Serius benokah aku selama ini orangnya??? hahaha... *rasa split identiti tetibe.

    welll....apa habaq H? lama x ke sini... blog dah kena block + kebizian melanda.

    ReplyDelete
  4. cam tipe X je..tp aku tak tau lagu apa..

    ReplyDelete
  5. sekali dgr tak dpt nak tgkap.. japg nak try cari lah..tgk lirik..hehehe..
    hai S..^_^ *lambai2*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai husna :D
      *lambai2 jugak*

      Delete
  6. first time aku dengar lagu ni.
    rasa dah macam nak berjoget.
    tapi maksud lirik lagu ni, bergantunglah pada pemahaman orang yg menyanyi dan kepada siapa dia nak tujukan?
    lain macam je maksud lagu ni, H..
    harap sekadar nyanyi je la ye..
    hehehe..

    btw, aku rasa aku sependapat dgn cik S kaulah H, mungkin betul dia cakap yg suara kau tu... err.. errr..... kenyataan mmg pahit utk ditelan..
    keh keh keh..
    #teamcikS

    ReplyDelete
  7. aku slalu dgr lagu ni time awal skolah mnengah dlu.. ^_^

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top