Header2

• 18 March 2012 •

Aku Ingin Pulang

Terdapat beberapa perasaan yang tak mampu aku zahirkan dalam bual bicara. Perasaan yang tak dapat aku lafazkan dengan kata-kata. Yang termampu hanya dengan cara ini, aku ungkap dalam bentuk penulisan. Luahan rasa tanpa mengharap sebarang ihsan sesama insan..

Sebenarnya aku ingin berubah. Aku ingin jadi seorang manusia. Aku sangat ingin untuk mengubah rutin hidup dan tatacara lama. Aku mahu hidup aku diberkati oleh-Nya. Aku mahu diredhai sebagai seorang hamba..

Terkadang aku keliru. Adakah aku hanya ingatkan Allah bila mana aku perlu akan sesuatu? Aku malu pada diri sendiri. Aku malu pada Tuhan. Aku malu kerana sebelum ini Dia sering aku tinggalkan. Aku malu kerana sering lalai mensyukuri segala nikmat dan pemberian..

Aku mahu belajar ikhlaskan hati sendiri. Aku mahu belajar menerima, bukan hanya memberi. Juga vice versa bagi statement sebelum ini..


8 comments:

  1. Mnusia ni tak sempurna. Tp sntiasa boleh prbaiki diri sndiri.

    Bila kita sdar btapa kerdilnya kita, itu tnda sribu rhmat. Brsyukur la, sbb ada sgelintir je yg sedar. Brubah la utk lebih baik, klu itu yg bro hrapkan.. :)

    ReplyDelete
  2. Entry ini memberi tamparan kpadaku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr...kenapa? aku salah taip ke? :|

      Delete
  3. selagi HATI kita ada rasa sesal,
    dan selagi HATI kita ada rasa
    mahu jadi lebih baik, Allah tak
    pernah jauh dari kita.


    InsyaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..aku harap aku pun tak pernah jauh dari Allah..

      Delete
  4. sunggu bermakna.. hope sya pun tak pernh jauh darpada Nya

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top