Header2

• 06 March 2012 •

Tapak Kenangan Jiwa

Hidup adalah tapak kenangan jiwa. Mencipta, dicipta dan tercipta sewaktu kita masih lagi bernyawa. Kita mungkin boleh berkata bahawa kita telahpun lupa. Tapi hakikatnya? Hakikatnya mampukah kenangan-kenangan indah terluput begitu saja..

Sebenarnya ada kenangan yang kadangkala tidak mampu untuk dikenang. Atau lebih tepat, tidak mahu untuk dikenang. Kita cuba dan paksa untuk lupakan walaupun penat. Kerana kenangan pahit pedih itu membuatkan kita seakan ingin lari sehingga ke liang lahad..

Tapi ada juga kenangan hebat yang segar malar sepanjang usia. Kenangan indah yang membuatkan kita gembira dan sangat amat paling sungguh teruja. Kenangan manis yang ingin diceritakan pada anak cucu setelah tibanya hari tua. Kenangan terbaik yang tak mampu dinilai dengan harta benda..

Seperti juga kamu. Kamu adalah antara kenangan terindah di dalam hidup saya. Kenangan yang tak mampu saya nilaikan dengan kata-kata. Bukan kerana kamu adalah tidak bernilai, tetapi kerana kamu adalah tidak ternilai..


19 comments:

  1. beruntung sebab aku rasa dlm hidup ni aku miliki lebih byk kenangan indah berbanding sebaliknya.,

    aku pena baca perkara yang paling jauh dgn diri kita adalah pengalaman silam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..dan perkara paling dekat dgn kita ialah mati..

      Delete
    2. terima kasih sebab ingtkan, sebab sebenarnya td aku x pasti tentang perkara yg dekat tu. takut ape yg aku tulis tak betul jadi aku biarkan kosong..hihi

      Delete
    3. alaaa...patutnya kau tulis jer..kalau salah aku boleh bahankan kau..hahahaha

      Delete
    4. bwekkk! jangan harap hahaha~

      Delete
  2. Dan kenangan silam itulah yg menjadikan siapa kita hari ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..betul..dan seterusnya menjadikan siapa kita pada hari esok..:)

      Delete
    2. wlaupun apa pun hal yg pernah kitatempuhi moga kita dpat membentuk diri yg lebih baik

      Delete
    3. aaa..insyaAllah..:D

      Delete
  3. Sebenarnya aku rasa aku takde lah banyak sangat kenangan pahit. Kalau ada pun, aku rasa lebih kepada perasaan. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. depend pada cara kita menangani kenangan tu jugak kot..:D

      Delete
  4. wahh~ swettt sgt kenangna terindah ;))

    tp btul laa awk ade kala nya mmg kenangan yg kita nk buang dari ingatan kita,menjadi kenagan yg paling dekat difikiran kita ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat macam mana..selagi belum gila, kita memang akan ingat benda2 tu semua..:)

      Delete
  5. KENANGAN selalunya mmg mengheret kita.
    sama ada ceria. mahupun derita.

    mcm kau kata :

    "depend pada cara kita menangani kenangan tu jugak"

    kalo PUTIH, maka jernihla jiwa kita.
    kalo HITAM, maka kelamlah ia.

    ehee =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..komen pun kau baca? rajin bebenor nih..hahaha

      Delete
    2. ade dtg time RAJIN mmg segale benda aku bace la H. haha

      Delete
    3. hahaha..muhun kau rajin2 selalu..:p

      Delete
  6. kenangan pahit tu perlu untuk jadikan kita lebih matang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..manusia membesar bersama masa..:)

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top