Maaf. Maaf kerana meletakkan dia di depan aku dan maaf kerana meletakkan aku di depan kamu. Maaf kerana harapan dan impian tidak mampu menjadi satu. Maaf kerana pernah membuatkan kamu tertunggu. Dan maaf kerana membuatkan kamu tidak lagi menunggu..
Maaf. Maaf kerana aku terpaksa buat begitu. Maaf kerana aku tak mampu memilih kamu. Maaf kerana hati aku kini tidak lagi bersama aku. Maaf kerana dia kekal menjadi satu-satunya insan yang aku mahu..
Maaf. Maaf kerana berulang-ulang kali telah menyakiti kamu. Maaf kerana seringkali mengabaikan kamu. Maaf kerana kadangkala membuatkan diri kamu seakan tidak diperlu. Maaf kerana hanya ungkapan ini menjadi luahan termampu..
Dan maaf jika suatu masa nanti maaf aku tidak lagi bermakna kepada kamu..
;) kalaulah diaa tahu, dia baca.. wah, sah terharu..
ReplyDeleteentry ni mmg cukup meaningful..:|
DeleteMaaf maaf dan maaf...
ReplyDelete...dan maaf.
Deletesebenarnya nak cakap yg aku bosan dgn kata maaf kau..hehehe
Deletehahaha..nasib baik aku tak bosan..
Delete:(
ReplyDeleteerkk..kenapa? kenapa?
DeleteKenapa aku rasa hampir sume orang pernah rasa perkara macam ni?
ReplyDeletememang la..aku pun rasa semua org pernah rasa benda yg sama..kot..hehehe
Deletepening nya aku kamu dan dia..
ReplyDeletetapi kesian kat kamu ;)))
tu la..kesian kat kamu..xtau la apa khabar dia skg..
Deleteada 1 lagu tu tajuk dia "AKU DIA dan KAMU" by D Va
ReplyDeletesungguh ku benci dirimu yg tak bisa memilih~
Deletehehehe
".. Namun harus kuakui
DeleteSukar untuk lepaskanmu
Akhirnya aku undur diri
Demi dia dan kamu.."
*selongkar semula entry lama H =P
erkk..boleh bawak gi karaoke nih..hahaha
Deleteish sya pun mcm dah touching ni..err boleh ke??
ReplyDeleteerrr..aaaa..xboleh..:D
Deleteuntung la dia....tp dia tau tak??
ReplyDeletetak..dia tak tau..:)
Delete