Header2

• 09 March 2012 •

Takdir Yang Sempurna

Kisah bermula daripada sekeping paper. Encik R dan puan R bercerita perihal seorang ustazah yang mengulas tentang pasangan 'subur', 18 orang anaknya..

Puan R menyokong. Berkata bahawa tiada guna anak ramai jika tidak mampu menjaga. Tidak mampu memberi pendidikan sempurna. Encik R pula menyerong. Itu rezeki masing-masing katanya. Takdir dan ketentuan Allah seharusnya kita terima..

Aku ialah encik H. Adik-beradik aku 7 orang sahaja. Family aku bukanlah orang berada. Aku pun pernah hidup susah, serba-serbi tiada. Tapi Alhamdulillah, aku masih mampu membesar sebagai seorang manusia..

Rasanya hampir semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Arwah emak sanggup meminjam untuk memenuhi keperluan semua. Abah pula sanggup berlapar demi tanggungjawab menyara keluarga. Biarpun susah, kami cipta nilai bahagia dengan segala apa yang kami ada..

Kata-kata encik R ada benarnya. Rezeki dan takdir masing-masing telah ditentukan oleh-Nya. Aku tak sedih melihat rancangan Bersamamu di TV3. Kerana aku tau aku pernah hidup lagi susah daripada mereka..

Kesimpulannya, encik R dan puan R bukanlah suami isteri. Mereka juga bukan ibu bapa saya..=)


11 comments:

  1. Hmm.. Betul tu. Bknlah nk kata tkut x terbela, tp slama kita hidup ni Tuhan dh kasi ckup bela kita. So smua ni kehendak Tuhan.. By the way, 7 adik bradik. Nice!

    Ada sbb kita mrasa susah mula2. I'm glad u accepted it all. Syabas!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..ada org diuji dgn kesusahan..ada org diuji dgn kesenangan..rezeki masing2..;)

    ReplyDelete
  3. Konklusinya
    Setiap kluarga pasti ada ujiannya

    ReplyDelete
  4. mak pernah berpesan setiap anak yg dilahirkan itu ade rezeki dia yg tersendiri.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..masing2 Allah dah sediakan rezeki..:)

      Delete
  5. setiap anak tu dah ada rezeki masing2.
    bersyukur jugak sbb aku pun pnh rasa
    susah dan payah. mak abah bsrkan anak2
    selagi mampu.tak pnh meminta.

    Alhamdulillah hasilnya = jadi MANUSIA :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..setiap anak tu ada rezeki masing2..insyaAllah :D

      Delete
  6. setuju dengan anamizu kaito.. setiap anak yg lahir tu ade rezekinya.. adik beradik sya tak ramai 5 org je.. bila tengok bersama mu sya sedih :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah hidup susah..sangat susah..so bila tengok Bersamamu tu, saya macam tak rasa apa-apa..sebab kitorang pernah hidup lagi susah drpd tu..

      tapi kalau yg dipaparkan tu ada anak sakit or kurang upaya, yg tu memang kesian..rasa syukur sebab walaupun susah, tapi masih ada upaya..

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top