Header2

• 23 January 2014 •

Judul: Hidup, Cinta, Takdir

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau work setup Ismi Fa Ismail bertemankan Old Town White Coffee hazelnut campur milo panas kat sebelah kanan, work setup aku pun tak kurang hebatnya. Juga bertemankan Old Town White Coffee. Tapi tanpa hazelnut dan milo panas. And sebagai kontra, aku letak kat sebelah kiri.

Leceh kot letak kat sebelah kanan, dengan mouse la, dengan handset la. Lagipun men kan to the left. So sebab tu aku letak kat kiri. Oh ya, aku segan nak snap gambar work setup aku kali ni. Sebab meja aku bersepah.

* * * * *

Aku jarang beli novel. Sepanjang beberapa tahun, aku tak pernah beli novel, even karya Hlovate. Tahun lepas masa pergi ke Kinokuniya pun, aku terjebak beli buku-buku Keri Smith -- novel yang bukan novel. Pendek kata, novel bacaan pertama yang aku beli recently, ialah Jangan Baca Novel Ni.

Since that day, aku jadi rasa macam ketagih nak baca novel-novel Ismi Fa Ismail ni. Letak dadah ke hapa entah. Aku terus cari sekuel JJBN -- tiada tajuk. Dan seterusnya semakin rajin singgah kat Popular semata-mata nak cari novel penulis ni. Ketagihan. Addicted. Macam gitu la keadaan aku.

Seterusnya selepas baca novel tiada tajuk tu, aku terjumpa pulak satu lagi novel dia. Hidup, Cinta, Takdir -- which is apa yang aku nak cerita kat dalam entry ni.


Ceh, kemain aku tulis. Last-last baru nak masuk point entry.

* * * * *

Cerita ni pasal apa?

Basically novel ni berkisar tentang exploration. Pencarian tentang hidup, penilaian tentang cinta dan pemahaman tentang takdir. Boleh dikatakan bahawa ini adalah isi kandungan novel yang biasa, tapi dicerna dengan cara penceritaan yang sedikit berbeza.

Aku tak berminat nak menceritakan sinopsis. Sebab kalau ada antara korang yang nak baca, aku harap korang boleh feel the excitement tu melalui pembacaan sendiri. Nilaikan and fahamkan sendiri kenapa or macam mana aku boleh addicted terhadap karya penulis ni.

* * * * *

Apa yang aku suka?

Aku suka sebab penulis buat novel ni seakan hidup. Macam mana aku feel masa baca JBNN, macam tu la aku feel masa baca HCT (malas nak taip panjang-panjang). Ismi Fa Ismail buatkan novel ni jadi sebahagian daripada penceritaan dalam novel ni?

Faham ke? Aku syak korang tak faham. Maksud aku, novel ni sendiri adalah sebahagian daripada cerita. Apa yang korang pegang sebenarnya adalah sebahagian daripada cerita yang korang tengah baca. Pada aku, itu adalah sebahagian daripada kreativiti.

Lagi satu yang aku suka, ialah dimensi. Permainan ruang dan masa antara satu cerita dengan satu cerita. Ia membuatkan aku pening, tapi seronok. Pening sebab aku cuba nak gambarkan ruang masa pada tiap-tiap bahagian cerita. Cuba nak fahamkan anggaran masa pergerakkan setiap babak.

Senang cerita, novel dia buatkan aku hilang entah kat mana-mana.

* * * * *

Apa yang aku kurang suka?

Satu jer. Percintaan Joe dengan Ara tu macam poyo sangat. Aku rasa macam nak lempang jer dua ekor makhluk tu sebab nampak terlalu over. Gila ke hapa agaknya kalau first time jumpa masa umur 6 and 8 tahun dah boleh jatuh cinta pandang pertama.

Then lepas tu sepanjang 11 tahun langsung tak jumpa dah. Usahkan berjumpa, berhubung pun tidak. Kendian bila dah jumpa semula, terus boleh bersayang-sayang pulak. Serius, aku rasa macam nak lempang. Emotional gila kot..kahkahkah!

* * * * *

Kesimpulannya, aku suggest pada peminat-peminat novel untuk baca karya Ismi Fa Ismail ni.

Sekian, terima kasih.

p/s: phewww..siap gak satu entry..


5 comments:

  1. H.. sungguh H kau dah mempengaruhi aku untuk baca HCT, hehe :D

    ReplyDelete
  2. aku tak pernah lagi baca novel dari penulis ni... sebab belum terjumpa... kalau jumpa novel dari penulis ni, boleh lah try beli and baca...

    ReplyDelete
  3. tiba-tiba terasa dipengaruhi oleh H utk baca novel-novel penulis...

    nak cuba pergi cari bila ada masa
    tapi spoil je bila baca pasal watak Joe dan Ara...
    mungkin perlu dua tiga kali..hew hew hew

    ReplyDelete
  4. nampak sgt ismi fa ismail letak dadah dalam novel dya..

    nak cari jugak lah seketul nanti.. *pengaruh kawan sebaya..H la ni..-..-

    ReplyDelete
  5. Ulasan en.H macam best je.
    Akan cuba cari buku ni di Kinokuniya.. >.<

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top