Header2

• 01 January 2014 •

Jawapannya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pendahuluan: Ini entry pertama untuk tahun 2014.

* * * * *

Isi Penting: Tak ada..

* * * * *

Isi Tak Penting 1: Menelusuri terbitan-terbitan lama blog ini, sepanjang tempoh 365 hari, buatkan aku terfikir. Terfikir tentang perjalanan hidup sendiri. Tentang apa yang telah aku lakukan, tentang apa yang tidak aku lakukan, tentang apa yang ingin aku lakukan, dan tentang apa yang akan aku lakukan. Tentang hidup, dan tentang kehidupan. Tentang hidup, dan tentang pengharapan.

Angka 145 entry sebenarnya hanya sekadar angka. Tak semua catan tertera adalah imbasan untuk 12 bulan cerita. Sebab sub-plot kehidupan ini, sebenarnya lebih banyak daripada apa yang aku sendiri sangka. Banyak benda yang aku mahu tulis, tapi aku tak dapat tulis. Dan banyak benda yang aku ingin tulis, tapi aku tak mampu tulis. Terlalu banyak rasanya.

Tahun 2013 juga menjejak-panjangkan langkah aku. Jelajah tempat-tempat yang aku tak pernah sempat. Meniti jalan-jalan yang aku tak pernah pergi. Ketemu manusia-manusia yang aku tak pernah tahu. Dan bersua kenalan-kenalan yang tak pernah aku jumpa.

Sabah umpamanya, menunaikan janji bertahun lama. PD umpamanya, melukiskan memori tiada tara. Dan kedah umpamanya, melunaskan impian semasa muda.

Itu dari segi tempat. Dari segi kenalan pula, kamu diantaranya. Ya, kamu. Kamu yang sedang membaca. Sama ada kita berjumpa setentang mata, atau cuma berhubung di alam maya, hakikatnya kamu tetap antara watak yang mewarnai perjalanan hidup setahun usia. Kamu tahu kamu siapa. So, for each and everyone of you, terima kasih tak terhingga.

* * * * *

Isi Tak Penting 2: Sebenarnya aku suka kot entry terakhir untuk tahun 2013 tu. Maksud aku, entry yang sebelum ni la. Walaupun tak ramai yang faham, tapi aku tetap suka. Aku kira pengkomen pembaca pertama jer kot nampak transisi yang cuba aku tampilkan dalam entry tu. Tapi dia tak komen kat blog la, dia cuma komen kat Wechat jer. Pembaca lain termasuk Ara yang aku mention kat dalam tu, tak faham bila baca entry aku..hahaha.

Opsss..sorry. Tergelak..heheh.

Tahun pertama aku buat blog ni, kebanyakan entry aku lebih bersifat senggama minda. Jenis yang susah nak hadam macam Isi Tak Penting 1 kat atas tu. Tahun kedua pulak, entry aku lebih bersifat santai and entah apa-apa. Which is macam Isi Tak Penting 2 ni la. So untuk tahun ketiga, aku tak sure lagi nak buat entry macam mana. Maybe masih lagi santai. Masih lagi berkonsepkan entah apa-apa. Tapi dalam masa yang sama aku cuba nak perbanyakkan konsep Dan Diakhirnya dalam tahun ketiga.

Itu pun kalau aku malas la.

* * * * *

Isi Tak Penting 3: Sebenarnya aku mula taip entry ni dekat-dekat pukul 10.00 malam. Baru taip tadi. So there is no such things as taip sikit, save as, letak kedua-dua tapak tangan kat belakang kepala, dan sambung draft pada hari berikutnya. Tak ada.

Lagipun tajuk entry ni bukan Dan Diakhirnya. Dan entry ni pun sebenarnya bukan sambungan untuk entry Dan Diakhirnya.

So apa tajuk entry ni? Hmm..apa yer. Aku rasa korang sendiri pun tau kot Jawapannya.

* * * * *

Kesimpulan: Refer Pendahuluan. Sekian, terima kasih.

p/s: tempoh masa yang ngam-ngam secukup rasa..


3 comments:

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top