Header2

• 31 March 2014 •

Memang KetentuanNya Begini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hikhuk hikhuk..kenal aku lagi tak? Hahaha..rasa macam lama sangat tak menaip entry kat sini. Rasa macam dah lupa yang aku ada blog sendiri. Okey, dah. Itu jer intronya.

Hari ni aku nak cerita pasal Hazati. Cerita ni terjadi pada 26 Disember 2013. Lama dah. Conversation asal dengan Hazati pasal 'letih'. Pasal 'mati dengan perlahan'. Dan pasal 'sisa yang ditinggalkan'. Macam biasa la, conversation kitorang dengan bahasa stok-stok senggama minda. Dengan kiasan. Dengan tamsilan. Dengan metafora, anafora serta segala macam fauna dan flora.

Kemudian pasal makna nama dalam bahasa arab. Which is aku dapat E masa PMR. Dan kemudian masuk conversation seperti kat bawah:


Dah lama sebenarnya aku tak sembang-sembang macam tu dengan Hazati. So alang-alang dah bersembang, aku fikir ada baiknya aku bagitau jer pasal blog ni kat dia. Reveal yang dalam sesetengah entry, aku ada mention dia punya nama.

Jadi, dia baca blog aku.
Dia baca entry yang itu.
Dan dia gelakkan aku..-_-"

Bukan gelak sebab aku tulis sebahagian kisah kitorang zaman muda-muda. Yang tu dia tak kisah. In fact dia appreciate entry tu. Dia hargai sebab aku masih simpan paling tidak, sedikit kenangan masa dulu-dulu. Cuma...

Cuma dia gelak bila mengenangkan situasi kitorang time tu. Masing-masing umur 19. Muda lagi. Betapa akal yang cetek masa tu menyebabkan maklumat yang betul diterima dengan cara yang salah. Ya, maklumat tu betul. Tapi cara penerimaan yang salah. Gagal dalam ilmu menilik hati.

Dalam erti kata lain, lembs.
So, siapa yang lembs?
Errr, aku la..hahaha.

By the way, thanks Hazati..:D

Sekian, terima kasih.

p/s: As usual Hazati, happy besday untuk kesekian kali. Semoga perjalanan usia ko selama ni diberkati. Dipermudahkan urusan. Dipermurahkan rezeki.


9 comments:

  1. (^_^) Fahami makna senyuman ini. Lama x dengar Mr.H

    ReplyDelete
  2. Does it mean sebenanya dia pun suka kau jugak?tp kau tersalah tafsir ayat 'perasaan tu boleh dipupuk' tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaaa...something like that la..hahaha

      Delete
    2. Hahaha..Telampau berkias sampai salah pham..eh, tp bg aku kan ayat perasaan boleh dipupuk tu sbnanya dia bg harapan..tapi nak buat mcmana kan, dah ketentuan bukan jodoh kau dgan dia...

      Delete
  3. maklumat yg betul, tp cara penerimaan salah.. mksdny apa? :/

    ReplyDelete
  4. hye H!!

    baca komen anonymous tu baru faham sikit.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. tu la die bercinta zaman muda...

    hurrm....

    ReplyDelete
  6. baru baca entri lepas pasal Hazati..... :D

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top