Header2

• 04 March 2014 •

Magenta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Minggu lepas, saya dan H ke tepi laut. Lepak kat sana. Sebenarnya saya tak tahu tempat tu nak panggil tanjung ke pantai ke muara ke apa ke. Perbincangan dengan H samada tempat tu pantai ke tidak juga menemui jalan buntu. Yang penting, ada laut. Boleh la panggil tepi laut pun. Masa tu takde ombak. Angin pun malu2 jer. Apatah lagi ombak rindu. Memang takde.

"Awak pandai berenang tak?" tanya saya pada H sambil-sambil berjalan menyusur tepi laut.

"Boleh la kalau setakat nak selamatkan diri sendiri." jawab dia dengan tak romantiknya.

:P

Beberapa hari lepas tu, saya pulak ditanya dengan soalan pandai tak berenang? Saya tak kenal sape yang tanya tu. Tak fikir lama, terus saya jawab tidak. Langsung tidak. Dah memang saya tak reti. Takkan nak jawab saya ni sehandal aspalela Pandelela Rinong pulak kan. Tak baik menipu tau. Lepas tu.....

+Kalau lemas, apakah tindakan anda?
-Hmm.. Saya akan jadi manusia yang paling bertakwa masa tu.

+Maksud anda?
-Yelah. Saya ni taktau berenang. Berserah pada takdir la.

+Tapi kita tak boleh berserah tanpa berusaha?
-Kalau macam tu, saya akan kuak air dengan pelbagai gaya. Kuak rama-rama, kuak kupu-kupu, kuak bebas. At least nampak sedikit usaha. Takde la nampak saya ni terpuruk ingin mati macam lagu Aizat tu. Kan?

+Bernas juga jawapan anda. Takde harapan terakhir sebelum mati lemas?
-Apa jenis soalan ni. Macam mendoakan saya mati cepat je.

+Maaf maaf. Maksud saya, impian anda yang hendak dijadikan kenyataan?
-Hmm.. Saya berharap masa tu saya boleh jadi kapal selam. Takpun, ikan paus. Tapi saya tau, semua tu tak mungkin.

+Kalau macam tu, terima kasih kerana sudi menjawab soalan2 saya.
-Sama-sama. Saya harap awak tak mati lemas.


This is magenta. Kalau awak beli warna ni, cantik tau. Tapi yang  pink haritu pun dah cantik.. Hehehe

********

Kenapa saya tulis pasal berenang, mati lemas kat blog H ni? Kenapa saya merepek kat blog dia? Haaa tu yang kita tak tau tu. Cuba tanya owner blog ni. Kot dia tahu. But seriously, those who can swim tu hebat. Takdelah hebat tahap mahaguru ke apa. Tapi dia boleh selamatkan diri sendiri kot tiba2 nak lemas ke, terberenang kat tempat dalam ke. Bonus.

Save the date. Last sunday, both of us went for a walk. Aimlessly. Rare apa. Seharian berjalan tanpa arah tuju. And thanks for all those things given to me. Banyak sangat. Orang terharu tau. Tak tunjuk jer. Hahaha..

Awak, nanti kita pergi tengok citer Robocorp tu yer. 

-S-

p/s: Yang kena tangkap kat pantai oleh pencegah maksiat tu kan, diorang buat apa sebenarnya?


10 comments:

  1. soalan dia tanya mmg tak boleh bla.. :3

    ReplyDelete
  2. Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  3. Follow me. I follow u back :)

    ReplyDelete
  4. err...konpius ni H. Sape sebenonya yg x reti berenang tu?

    ReplyDelete
  5. 1st. Cantik kaler magenta tu..dan aku baru tahu ada kaler nama camtu. Selalu aku panggil pink aje pasal kaler macam tu. Haha.

    2nd. Sebenarnya. Kau yg xreti berenang tu kan. Saje guna nama S kan kan. Ke....aku salah? Haha lagi.

    3rd. Hmmm..aaa. Tu je kot.

    ReplyDelete
  6. aku tak reti berenang.

    mereka buat ape kat tepi tu? haha.

    ReplyDelete
  7. weweeet.. siapa S??

    husna pon nama je suka main air tapi nak selamatkan diri dr air memang tak reti..-..-

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top