Header2

• 14 March 2014 •

MH370 - Positively Positive

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dewasa ini isu kehilangan kapal terbang MH370 semakin giat diperkatakan. Baik di media massa, media elektronik dan media sosial, rata-rata berbicara tentang perkara yang sama. Berbincang tentang pelbagai aspek. Mempertimbang kemungkinan, mempernilai ketelusan, mempersoal keselamatan dan memperhalus kekonsistenan.

Tudia..dah lama gila kot aku tak menaip intro yang bagus dan menjana minda camni..hakhak.

Okey, entry ni mungkin agak panjang. Cuma aku tak sure ia akan sepanjang mana. Semuanya bergantung kepada kemampuan aku untuk perkembangkan apa yang ada kat dalam pemikiran aku. Tentang macam-macam, tapi berpaksi kepada isu yang satu. Tentang MH370, hilang entah kat mana, kita sendiri pun masing-masing memang tak tahu.

Oh ya, aku cuba taip sebaik mungkin, supaya entry ni tak menimbulkan spekulasi kepada sesiapa yang membaca. Dan aku cuba hurai seelok mungkin, supaya family serta kenalan mereka terlibat, tak marah dan tak terasa. Err..itu pun kalau diorang ada baca la.

Heh..tamat part intro.

* * * * *

Fikir Dan Tanya

Hidup kita ni penuh dengan persoalan dan tanda tanya. Dah nama pun manusia. Dan hidup pun sesama manusia. Kita dikurniakan akal fikiran, untuk kita fikir apa yang termampu untuk kita fikir. Kita persoalkan itu dan ini. Kita bertanya macam-macam benda, bila kita rasa benda tu perlu untuk ditanya.

Macam tu jugak dengan kes kehilangan MH370. Kita tertanya dan persoalkan tentang macam-macam perkara. It's okey. Tak salah pun. Tak ada yang salah. Sebab setiap daripada kita punya hak untuk berfikir. Dan setiap daripada kita punya hak untuk bertanya.

TETAPI.

Harus diingat bahawa tak semua soalan akan wujud jawapan. Banyakkkkk lagi benda dalam dunia ni yang kita tanya, tapi jawapannya kita tak jumpa. Bukan tak ada, tapi kita tak jumpa. Atau belum jumpa. Ya, belum jumpa.

Mungkin sebab soalan tu sendiri di luar batas pemikiran kita. Mungkin bukan level kita untuk fikir, ambil tahu dan persoalkan sesetengah perkara. Mungkin benda yang kita nak tanya tu advance sangat. Dan kita bukan pakar untuk hadam terima setiap jawapan yang bila dibaca, rasa macam langsung tak faham apa-apa.

Jadi macam tu jugak la dengan kes MH370 ni. Kita boleh tanya macam-macam. Kita boleh tanya segala apa jer yang kita nak tanya. Tapi jangan expect yang kita akan dapat jawapan yang sebenar-benarnya. Jangan expect. Sebab jawapannya mungkin belum ada. Atau jawapannya mungkin buatkan kita rasa macam lost gila.

Ingat weh, dalam dunia ni, sesetengah benda memang di luar tahap pemikiran kita. Either kita bertanya, atau kita ditanya. Sama jer. Sebab kita ni manusia. Dan orang lain pun manusia. Dan dalam dunia ni, tak akan ada manusia yang tahu semua benda. Tak akan ada. Tak akan. So, serahkan la kepada Dia. Dia Maha Tahu tentang segala apa yang tercapai dek akal fikiran manusia.

* * * * *

Reka Dan Cerita

Kebolehfikiran dan kebolehtanyaan yang berlebihan, dan kadangkala melampau, mungkin akan buatkan manusia speculate macam-macam benda. Seriously, macam-macam benda. Dan ini la yang kita selalu nampak dan kita selalu baca.

Sebagai contoh, kes kehilangan MH370 ni. Kita cari maklumat, kita dapat maklumat, dan kita proses maklumat. That's good la, sebab masing-masing ada inisiatif untuk fikir dan ambil tahu tentang apa sebenarnya yang dah berlaku.

Then, disebabkan tahap pemikiran yang terlalu advance mengalahkan alien eww eww, maka kita pun mula cari weak point dalam maklumat tu. Kita persoalkan kenapa yang ini macam ni dan kenapa yang itu macam tu. Kenapa sebelum ni macam ni dan kenapa sebelum tu macam tu. Kenapa tak buat yang ini dan kenapa tak buat yang itu.

Tapi kita tak jumpa jawapan. Yang kita ada cuma agakan. So, kita buat konklusi sendiri. Ohooo..si polan tu macam ni macam tu dan si polan tu pulak macam ni macam tu. Haaa..make sense jugak penaakulan kita. Ada logiknya. Eh apa pulak nak fikir logik. Mesti konklusi kita betul punya la. Baik kita bagitahu pada kawan-kawan, biar diorang nampak betapa geniusnya pemikiran kawan dia.

BANGGA.

Itu contoh dalam aspek penceritaan la. Dari segi berblog, mungkin kita terus buat entry. Kemain dalam awal-awal entry, kita pesan kat orang supaya jangan buat spekulasi, jangan percaya spekulasi dan jangan sebarkan spekulasi. Sebab info kat laman sosial ni kebanyakannya salah. Banyak rekaan semata-mata. Lain la macam kita ni. Kita up-to-date okey. Kita ada sumber maklumat yang 'sahih'. Nampak tak keyakinan kita?

Tapi kita tak sedar, at the end of the day (cewah), entry kita tu sendiri sebenarnya dah create spekulasi.

* * * * *

Baca Dan Buta

Orang yang create spekulasi bukannya orang bodoh. Diorang pandai. Diorang ada kebolehan untuk kaitkan setiap petunjuk, logikkan setiap petunjuk, dan sahihkan setiap petunjuk. Cukup dengan gambar, cukup dengan bukti. Sampaikan orang yang baca tu boleh percaya. Percaya bahawa spekulasi rekaan tu adalah apa yang memang dah terjadi sebenar-benarnya.

BODOH.

Bukan. Yang bodoh tu bukan yang create cerita. Tapi yang bodoh tu adalah mereka yang terus percaya. Takde nak selidik, takde nak perhalusi setiap maklumat yang ada. Tanpa fikir panjang, terus tekan Ctrl+C, kemudian terus tekan Ctrl+V. XOXO. D. Publish.

Ah itu cara kuno. Gua up-to-date bro. Gua share jer terus. Habis cerita. Nanti member-member gua mesti taksub punya la. Sebab gua antara orang terawal yang dapat tahu perkembangan kes tu. Harap-harap diorang puji gua. Dah lama gua tak kena puji ni. Teringin la pulak..hakhak.

Membaca tu tak salah. Dah betul dah. Tapi tak boleh ke kita semua jangan buta-buta percaya? Tak boleh ke kita jangan buta-buta sebarkan maklumat yang kita sendiri tak pasti kesahihannya? Tak boleh ke kita biarkan pakar dan pihak tertentu jer buat kerja? Tak boleh ke kita sabar sikit? Tak boleh ke kita sabar? Tak boleh ke kita? Tak boleh ke? Tak boleh? Ke? Haaa..jawab ler.

* * * * *

Pasif Dan Buruk Sangka

Termasuk teropong buluh bubu bobo bobo bodoh dan tikar terbang bang-bang ala bangang tu, aku percaya yang semua pihak pun tengah berusaha mengesan kehilangan kapal terbang MH370. Semua pihak. Semua. Dalam negara dan luar negara. Aku yakin yang diorang masing-masing try their best untuk selesaikan kehilangan ni.

Sebenarnya aku boleh buruk sangka, kalau aku nak la. Sebab so far banyak jer pembacaan dan pendapat yang aku terima dari pelbagai sumber. Pasal itu, pasal ini, pasal gotu, pasal goni, eh banyak la. Semua tu sedikit sebanyak menggoyahkan keyakinan aku. And secara logik, aku boleh terperdaya dan terhasut dengan segala maklumat tu. Sekali lagi, kalau aku nak la.

Tapi aku tetap decide untuk yakin, aku tetap decide untuk percaya. Percaya yang semua pihak telah, sedang, masih dan akan terus berusaha. Sebab aku rasa sekarang ni adalah masa untuk stay positive. Bersangka baik. Hargai setiap pertolongan yang ada, instead of bangkitkan perkara-perkara yang mungkin tak sepatutnya. Or instead of canang pasal konspirasi la, pasal itu la, pasal ini la. Nampak macam pasif and bersangka buruk, padahal kita sendiri pun tak tahu pun niat diorang yang sebenar-benarnya.

Cuma bab teropong buluh bubu bobo bobo bodoh dan tikar terbang bang-bang ala bangang tu, aku rasa macam bangang sangat.

Apart of that;
HAVE FAITH

* * * * *

Kesimpulan Dan Rumusan

1. Elakkan la daripada fikir terlalu banyak sampaikan segala perkara remeh pun kita nak jadikan isu. Tak salah jadi seorang pemikir, tapi biar la fikiran kita tu menjurus kita untuk jadi seorang yang lebih positif. Not the other way around.

2. Elakkan la daripada mudah sangat percaya dengan spekulasi kat laman sosial. Dunia maya ni tanpa sempadan. Sumber pun kadang-kadang cuma rekaan. So selagi asas untuk maklumat tu belum betul-betul sahih, tak payah la nak jadi up-to-date sangat.

3. Rentikan la daripada copy paste benda yang entah apa-apa. Tak kira la kebetulan ke, ketidakbetulan ke. Tak payah nak jadi typical Malaysian sangat. Rakyat Malaysia bukan semuanya bodoh. Tapi kebanyakan rakyat Malaysia ni memang bodoh. Copy paste benda tak sahih adalah salah satu contoh rakyat yang bodoh.

4. Jangan cepat sangat bersangka buruk. Tak kira la macam mana konkrit pun sumber yang kita baca, tapi elakkan dari jadi someone yang pasif. Cuba pandang dari sudut positif. Kalau dalam bab-bab keagamaan kita boleh jer husnuzon, bersangka baik. Tapi takkan bab-bab kemanusiaan ni kita langsung tak boleh nak bersangka baik.

5. Aku bukannya pertikaikan usaha teropong buluh bubu bobo bobo bodoh dan tikar terbang bang-bang ala bangang. Mungkin dia memang usaha. Mungkin. Cuma aku tak puas hati cara dia. Rasa macam dah terlebih bangang. Contoh rakyat Malaysia yang bangang.

6. Dia tahu. Dia Maha Tahu. Sejauh mana pun akal kita jelajah mencari logik, sedalam mana pun common sense kita cuba menghuraikan misteri disebalik apa yang telah berlaku, at the end of the day (macam dah taip tadi), hanya Dia Yang Maha Tahu.

7. Prepare for the worst, but always hope for the best. Always. Harap apa yang hilang tu akhirnya nanti dapat dijumpa.

8. Dalam entry ni, aku guna 'kita'. Bermakna, segala apa yang aku taip ni pesanan untuk aku juga.


Regards,

Mr. H
0370hrs

p/s: kalau ada mana-mana bahagian dalam entry ni yang seakan-akan menimbulkan spekulasi, bagitau kat aku..aku akan edit setakat termampu.


10 comments:

  1. rajin ko tulis panjang2..haha..

    takde nak komen mende..harap diorang selamat la..
    dlm flight tu ada sorang sedara member opis aku..sian lak dgr..anak dah la 4 orang..semua kecik2 lagi..

    ReplyDelete
  2. paling hebat teori dan spekulasi banyak disebarkan melalui pesbuk.
    Makin risau jika gejala ini berlanjutan.

    Doakan krew2 dan penumpang2 dalam MH370 selamat hendaknya.
    Aminn.

    #prayForMH370

    ReplyDelete
  3. part yang goto goni tu mcm spekulasi skit. heheh. gurau jek.

    ReplyDelete
  4. terbaik!!
    dapat feel waktu H taip entry nih.. hehehe..

    mama crita, cikgu koko kat sek rendah area sini ckp hlgnya MH370 disebabkan politik.. ada ke ptut dya pertikai teknologi.. geram gila.. mujur dya tu hindu so paham2 jelaa.. kita pcaya Dia Maha Tahu..

    ReplyDelete
  5. Dah tak berdaya dengan semua spekulasi, cuma mampu terus berdoa semoga semuanya selamat...

    ReplyDelete
  6. aku dah tak nak baca dah apa2 kemungkinan itu kemungkinan ini...last aku baca yg ada kaitan dengan Diego Garcia. tu je....sesama la kita terus berdoa semoga selamat semuanya.

    ReplyDelete
  7. Erkkk komen aku masuk approval.. Nmpk sgt dah lama entry ni.. Woii approve komen akuu!!

    ReplyDelete
  8. Ahhhh komen bebanyak laa!! Ekau bukannya jenguk comment moderation ke ape tah nama dia.. Kehkeh

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top