Header2

• 22 February 2013 •

Flu Or Fever

Kronologi cerita ni bermula seawal pagi semalam. Bilamana bangkitnya aku daripada lena dengan suatu perasaan 'hmmmm', 'phewww', 'haihhh', 'pffft' dan 'zzzzz'. Tau tak perasaan tu macam mana? Haaa..macam tu lah. Rasa kurang selesa. Sangat kurang selesa. Rasa macam nak demam, tapi rasa macam tak demam. Rasa macam nak selsema, tapi rasa macam tak selsema.

Kalau ikutkan hati, aku nak sambung tidur jer. Malas nak pergi kerja. Tapi disebabkan ada beberapa perkara yang aku kena selesaikan, tambahan pulak ada meeting Selasa depan, so aku gagahkan jugak diri untuk datang ke tempat kerja. Sama macam hari ni, sama macam esok kot, dan mungkin hari Ahad pun aku kena datang jugak ke tempat kerja. Kerja kena siapkan walaupun rasa macam dah tak ada tenaga.

Orang kata kalau kita mulakan hari dengan perasaan yang entah hapa-hapa, bermakna sampai malam la perasaan tu akan kekal menjadi entah hapa-hapa. Dan situasi tu nampaknya benar. Separuh masa pertama untuk kehidupan semalam, aku cuba jer buat macam biasa. Gurau sini, gurau sana, buli sini dan buli sana. Tapi bila masuk separuh masa kedua, aku rasa macam dah lost. Perasaan nak bergurau tu dah ghaib, dah tak ada. Apa yang aku tunggu cuma hadirnya malam, supaya aku dapat tidur cepat-cepat dan tamatkan hari tu dengan segera.

Well, hidup sebagai manusia memang macam ni pun. Kita sentiasa harapkan esok lebih baik daripada hari ini. Walaupun hari ini nampak macam lebih teruk daripada semalam.

Hari ni lagi best. Sebab aku lost daripada pagi. Tau-tau dah tengahari, dah sampai masa nak Solat Jumaat. Tau-tau sekarang ni dah pukul 3.45 petang. Boleh balik awal macam semalam. Haihhh..cepat la malam. Lesu dah badan aku ni.

Kan? Tau-tau dah malam. Sekarang ni pukul 8.30 malam. Saja aku nak sambung entry ni walaupun tak ada point apa-apa. Anggap jer la ini entry syok sendiri. Sebenarnya aku bosan kot. Aku nak kacau PA sukarela tu, tapi tak ada kredit. Belum topup. Malas nak beli. Tunggu la aku dah okey sikit nanti, aku beli topup, pastu aku buli dia banyak-banyak. Rindu kot nak buli dia. Rasa tak lengkap hidup aku kalau sehari tak buli dia..haishhh.

Pehape la aku taip ni. Dua perenggan pun nak dekat sejam. Siang tadi aku ada terfikir nak taip something. Tapi sampai sekarang aku tak ingat. Malas nak fikir dah. Penat kot. Nak tidur. Esok nak kena start buat report. Assalamualaikum.


p/s: sekarang ni aku suka dengar lagu Relakan Jiwa..gudnite..


84 comments:

  1. Lost??? Agak bahaya... klu xsihat, bykkn rht.... xleh pakse buat sesuatu klu cuma ada jasad.. ehhh, paham x?? Tp btl la, nt keje xmenjadi...

    ReplyDelete
  2. Ermm..kadang kala lost tiba-tiba tu biasalah... dan memang rasa tu paling tak syok sangat..!

    cuba kaji dan gali balik, kenapa tetiba boleh hilang tu...hehehe....

    patutlah semalam buli tak rasa macam kena buli jee....
    hahaha.. ;p

    ReplyDelete
  3. Ala sampai kat tempat kerja kau usik la mana mana perempuan, confirm angin terus segar. Kuikui.

    p/s : makan ubat cepat cepat H oiii, selesema nie cepat melarat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat tmpat kerja aku ni ada sorang jer ppuan fie..itu pun Puan R la..penat dah hari2 asik buli dia..:D

      Delete
  4. Assalammualaikum.

    Penat. Lost. Malas. Tah hape2.

    Last2 menjadi juga entry ko ni H,heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. entry ni xde apa2 pun Lana..melepaskan batok di tangga jer kot..hahaha

      Delete
  5. relaks byk2, tulah ubat terbaik bila tak sihat.....
    PA sukarela yg dimaksudkan ni ialah Hazati yg pernah H tulis dlm komen di entry akak ke? masih lagi akak cari siapa Hazati tu.....

    mendayu2 sgt nampaknya lagu hazama ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh takde la kak..Hazati tu dh kawen pun..anak dah masuk 2org..kalau akak cari kat sini mmg xjumpa la, sbb dia ada kat pesbuk jer..:D

      Delete
  6. tidur-tidur..sya pun nak tido dah ni..ngntuk sgt mata ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. krohh..krohh..dah pegi tido, esok sekolah..

      Delete
    2. erks..ingatkan sekolah lagi..maklum la, budak kecik kan..hahaha

      Delete
  7. get well soon. nah pelekat cool fever haha. gua curious ni siapa pa sukarela haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..pelekat cool fever yg iklan budak2 tu kan?

      hahaha..muhun sis jgn curious sgt..PA sukarela tu xde dalam blog pun..:D

      Delete
  8. kesian H. Flever kot. hee.. get well soon! :)

    ReplyDelete
  9. Feeling lost... or in love? Kem salam PA ;)
    Get well soon, no matter flu or fever or flea.

    ReplyDelete
  10. ooit H, jangan merapu banyak2...

    p tido amek tenage, before collapse mase meeting next week. naya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. meeting aku postpone pulak..grrr..sia-sia aku dtg hari ahad sbb nk siapkan report..-_-

      Delete
    2. tu sedekah jariah namanya :P

      Delete
  11. Huii kacau PA ? Haha, sempat lagi dalam lost-lost tu :D
    Aneway, have a good rest, sebab bila badan letih okey lagi,
    tapi bila mental letih, semua akan dapat effect.

    ReplyDelete
    Replies
    1. err..kacau PA tu dah jadi rutin..hahaha

      mental still okey lagi..badan jer letih aritu..:D

      Delete
  12. Nak demam lah tu.. ayooookkkk!!!! heheh get well soon, tidur tak cukup ena rasa tu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..either x cukup, or maybe terlebih..hahaha

      Delete
  13. kalau kau demam, jangkitkan kat orang lain. antara cara nak cepat sembuh.. hahaha~

    wah, siap nak topup sebab nak 'kacau' PA? ada apa2 ke..?? hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa tu la..aku fikir camtu jugak..kalau aku dah divert kat org lain, kebarangkalian utk aku sembuh tu lagi tinggi..hahaha

      Delete
  14. dalam malas die. entry panjang berjela jugak. heh. gigih.

    mohon cepat makan ubat. nnti melarat. kalau tak macam mne nak kacau PA. lol. :P

    ReplyDelete
  15. entri yg merapu ke ni?? hhahaha bawak2 bertaubat.. eh.. bawak2 berehat bila rasa xsehat.. almaklum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa..bawak bertaubat tu pun boleh pakai jugak..:D

      Delete
  16. aku pernah feeling camtu. tak sedap badan. rse lemah and tak bermaya. jln trbaik, rehat secukupnya. nnti, dah ok baru badan boleh segar. kalau kita push, bukan boleh buat kerja dgn hasil berkualiti. tmbh pnt je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya aku xleh skip kerja tu..aku sorang jer kot yg tau camne nak adjust report meeting tu..org lain xtau, and xnak amik tau..

      Delete
  17. sekarang musim selesama,batuk demam semua tu,jaga kesihatan :)

    ReplyDelete
  18. aku pun demam dengan selsema ni. sroot sroot -______-'

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau boleh x hingus tu jangan meleleh sgt..geli tau!!

      Delete
    2. hembus hingus kat sini, hembusss. hahaha :p

      Delete
    3. err..nampak macam hingus tu termasuk sikit dalam mulut kau..x_X

      Delete
  19. macam berjangkit kat aku je --_--"


    tapi lebih kepada malas la aku ni. ehemmm. hari aku akan jadi begini bila sekeliling aku tak berapa nak best. aku mudah larut dengan keadaan sekeliling. haihh la Beto. pehape la aku komen ni Beto.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..apa yg berjangkitnya Izzah? malas ke selsema?

      aku kalau keadaan sekeliling tu still boleh adapt lagi kot..cuma kalau mood dah swing drpd pagi, mmg sampai ke malam aku lost sorang2..:D

      Delete
  20. ce cari sup ketam.. try makan.. InsyaAllah, been better nanti.. Get well soon, bro~

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh sup ketam tu bukan utk demam denggi ke?

      Delete
  21. takut lak aku baca entry ni,, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh jgn la takut..aku ni baik tau..hahaha

      Delete
    2. baik le sangat,,, wekkk

      Delete
    3. hahaha..siyes ni muja..aku memang baik..kehkehkeh

      Delete
  22. hari ni pun aku lost jugak tapi mood dapat dikawal beberapa ketika je. senyum, muka ketat, senyum, muka ketat. huhu

    ReplyDelete
  23. H. betul ape kau ckp. bila bangun pagi kite kena set satu mood yg positif so that x ruin the whole day :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa..aku nak speaking camni la..tapi aku x reti..hehe

      Delete
    2. ngiahaha. xpe aku tolong translate kan :P

      Delete
    3. nak twu x. last aku demam waktu aku form 5..alhamdulillah aku susah dpt demam.tp tp klu demam mmg flat.. adeh~

      Delete
    4. haaa..org yg jarang demam ni, kalau demam memang lama kot..aku sndiri pun jrg demam..tapi kalau dah demam, mmg lama sbb malas nk makan ubat..:D

      Delete
  24. musim demam bro..aku pun baru demam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa..kira aku jangkit drpd ko la ni..hahaha

      Delete
  25. nanti g keje takyah nak kosong sgt dah pepagi tuh.. selamat ko rasa masa berlalu dgn cepat.. kalau lambat.. grrr, bangang giler rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa kalau kita tak tunggu memang la cepat..tapi kalau kita tunggu, rasa macam lama bebenor nak sampai..contoh macam time nak berbuka puasa..:D

      Delete
  26. Berdasarkan tafsiran mata hati aku, kau ni penat sangat kot. Banyakkan rehat ea H oii. Syafakillah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..dah okey sikit la..sihat jer kot..:D

      Delete
  27. nak tahu siapa PA sukarela tu, boleh?

    bz body :)

    ReplyDelete
  28. kalau husna x larat pagi..petang dan malam mesti date sekali..haha..

    direct je..hingat topik bila nak taip terus x hingat..=P

    ReplyDelete
  29. haish..ai tertinggal byk entry ni nmpknya..
    new entry cakap kita..tetiba baca entry ni dh jd aku lak..jgn entry lps ni sy plak dh la.hahahaha

    apalah nasib PA H tu kan.x abis2 kena buli.agaknya kalo x kena buli dia pun x senang duduk kot.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu namanya flexibility..boleh tukar bila2 masa..skjp saya, skjp aku, skjp kita..hahaha

      Delete
  30. Seandainya waktu
    Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
    Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
    Sehingga kau datang membangunkan aku

    :( :( :(

    ReplyDelete
  31. lepas ni kena bawak buku nota kemana2...terus tulis idea..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..tu yg malas tu..idea sbnrnya ada byk..tapi xsure nak tulis yg mana dulu..:D

      Delete
  32. haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaachoooom !! aku terjangkit flu ko..
    errr hingus aku muhun ko lapkan sindrik ye...
    ekekekekkeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..hingus kau masuk kat mulut tu..:|

      Delete
  33. waahhh~ ramai betei tanya pasal PA. haha

    ReplyDelete
  34. layan je lagu ni sebab HAZAMA tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..tp lagu ni mmg best la..seronok jer nyanyi..:D

      Delete
  35. wah...lama tak jenguk sini..
    banyak yang ketinggalan..
    dah ada PA tuh...
    nak kena explore next entry lagi nih..
    nak tau sapa PA tuh...hiew3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kalau explore memang xjumpa la..:D

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top