Sewaktu aku menaip entry ini, dan sewaktu aku publish entry ini, insyaAllah pada 28 Februari 2013, jam 11.59 malam, blog ini kurang seminit daripada menggenapkan ulangtahun yang pertama. Itu kalau dihitung secara fantasi.
Sewaktu kalian pula membaca entry ini, insyaAllah bermula pada 01 Mac 2013, jam 12.00 tengahmalam, blog ini telahpun menggenapkan usia setahun dan satu hari. Itu juga kalau dihitung secara fantasi.
Sebenarnya kalau diikutkan, blog ini baru berusia suku tahun. Di mana secara realitinya, suku tahun itu bersamaan dengan tiga bulan atau lebih kurang hanya 90 hari. Realiti yang masih lagi berbentuk fantasi.
Bila difikir-fikir balik, blog ni memang menyimpan banyak memori. Terlalu banyak. Blog ni menjadi medium pengantaraan untuk aku bercerita tentang kehidupan sendiri. Menginterpretasikan apa yang aku fikir dalam julat penceritaan yang buatkan aku rasa cukup berpuas hati. Sekurang-kurangnya berpuas hati dengan terbitan setiap entry.
Dalam blog ini, setakat ini, aku cuba salur segala kreativiti yang tercapai dek akal. Bereksperimen dengan idea-idea karut yang terlintas kat dalam kepala. Baik daripada penulisan, daripada tajuk-tajuk entry, daripada wordless wednesday yang entah apa-apa, daripada hidden message dalam entry-entry tertentu, daripada kiasan dan ayat-ayat tertentu yang cuma boleh difaham oleh orang tertentu, dan macam-macam lagi.
Aku rasa kreativiti tu sendiri membawa pemikiran manusia mortal macam aku untuk menjelajah jauh daripada kotak pemikiran sedia ada. Mempelbagaikan apa yang aku boleh buat supaya aku tak bosan, dan harap-harap supaya orang lain pun tak bosan. Berevolusi untuk lebih baik daripada apa yang aku boleh beri, lebih baik daripada apa yang aku boleh bagi.
Sebagai contoh, penulisan aku pun sebenarnya dah meng-ga-la-mi evolusi sepanjang suku tahun ni. Bilamana aku dah tak boleh terlalu kerap berbasa-basi. Dah tak boleh terlalu kerap menaip cerita yang cuma boleh difaham oleh diri sendiri. Dah tak boleh itu dan tak boleh ini. Dah tak boleh anggap orang akan baca entry aku lebih dari sekali. So that, aku cuba untuk berevolusi.
Kesimpulannya, pada usia yang ke-365 hari, aku harap blog ni boleh bernyawa untuk suku tahun lagi. Suku tahun yang turut bersamaan dengan 365 hari. Tercapai atau tidak, itu aku tak pasti. Kita cuma merancang, ketentuan tetap terletak pada takdir Ilahi.
Have a good day, cewah.
p/s: aku dah terfikir tajuk entry untuk suku tahun lagi..
yeah akhirnye dapat gak first
ReplyDeletewah tahniah da setahun pon blog ko
suku tahun lagi? LOL ape tajuknye???
belum setahun lagi la..baru suku tahun..hahaha
Deleteyang kedua?
ReplyDeleteSelamat Ulang Tahun yang pertama dalam fantasi Capital-H. *sigh*
Deletetak..yg ketiga..zzzz
Deleteni suku tahun yang pertama la..:D
semoga terus bnyawa capital H.
ReplyDeleteerkk..insyaAllah..
Deletesepatah haram ara tak paham. serious. kena ulang balik -.-
ReplyDeletealamak..xde bahasa pelik2 pun dalam entry ni..kot..
Deleteselamat ulang tahun untuk suku tahun yang pertama blog kau ni..
ReplyDelete*dah siap tajuk untuk suku tahun depan tu? gilak gempak.. ;P
hahaha..tajuk tu utk motivate aku supaya terus tulis sampai tahun depan..long term planning la kononnya..
Deletebagus2.. dah ada future planning. cerah masa depan blog ni. haha.. ;P
Deleteceh..ada unsur2 mengedog kat situ..hahaha
DeleteHappy Birthday untuk blog, fie kalau kira dah lama main blog tapi sekarang baru mula nak serius.
ReplyDeleteH kalau untuk blog ni, kira baru suku tahun la..tapi kalau yg blog2 lama tu, maybe dari 2006..:D
Deleteoooooo
Deleteerkk..
Deleteselamat ulangtahun untuk capital H...
ReplyDeleteteruskan bernyawa, Capital H... ^_^
erkk..ulang suku tahun la..hahaha
Deletecewahhh
ReplyDeleteterasa mcm baca puisi.hahahaha
moga karya trs bkembang dan bekembang sekembang tuannya..
erkkk ada kena ngena ke?
selamat ulangtahun dan hepi bloging incek H :)
dan selamat ber'mimpo'
Deletehahahaha
erkk..beta tak kembang okey..beta taf!! kahkahkah
Deleteblog ni dilahirkan pada 29 feb kan..?
ReplyDeletetarikh keramat ni juga Nur pilih buat sesuatu pada blog..
Mungkin ramai yang tak perasan...
Dan nur pun tak beritahu sesiapapun..
Kalau nak tahu tunggu 29Feb akan datang...
sebab waktu mula2 pilih tarikh 29feb tu,
Nur fikir, 29 Feb 2016 baru nak umumkan apa yg Nur maksudkan...
Itupun kalau badan dikandung nyawalah dan aktif berblogging la..
Apapun, selamat ulangtahun buat blog Capital H...!
yesszaaa....!
DeleteBebas typo...
(^^,)V
haaaa..itu la mksud 2 perenggan awal..sebab date tu kan xde untuk tahun ni..so hujung februari tu kira fantasi jer la..hahaha
DeleteOhhh..baru faham kenapa 'FANTASI'
Deletebaguss..baguss...
:)
erks..realitinya kena tunggu lagi 3 tahun..:p
DeleteH..nak link...!
Deletelink apa?
DeleteLink blog lama... =0="
Deleteerkk..mana boleh..-_-"
Deletealooohh..!
Delete+_+
nak wish jugakla. selamat ulangtahun pertama Capital H. harap boleh bernyawa lebih dari suku tahun lagi. :D
ReplyDelete*mengomen dalam fantasi*
dalam 'mimpo' la..
Deletehahahaha
ahaa..insyaAllah..kalau rajin, dan kalau umur pjg..:D
Deleteaku macam dapat rasa perubahan cara penulisan ko... hahahaha.. mcm kenal je~
ReplyDeletehahaha..otak aku dah berkarat la calie..:D
DeleteHappy Anniversary to Capital H.
ReplyDeleteWalaupun saya tak berapa nak faham bahasa puitis saintis praying mantis ni, tapi saya percaya dan yakin yg saudara akan terus berovulasi eh berevolusi. Yakin boleh!
hahaha..saya pun x faham bahasa puitis saintis ni..saya main taip ikut suka jer..:D
DeleteHappy Anniversary!
ReplyDeletetulis je ape pon. ramai suka baca. :)
tapi kalau aku asyik tulis benda yg org x faham, susah la..hahaha
Deletesecond
ReplyDeleteHoho... tak pandai jalan lagilah ni hehhe... gigi pun tak tumbuh banyak...tapi makan KFC dah boleh dah ni..haha...
ReplyDeletetak pandai lg..baru nak bertatih..tapi kalau makan kfc, kompem boleh jer ni..hahaha
Deleteaku tak paham h,, seriously aku tak paham,, kejap setahun,, sekejap suku tahun,, sekejap 365 hari,, sekejap 90 hari,, aku pening h,, tolong r,, actifast sebijik biar aku bleh hadam ko punya entry,, haha
ReplyDeletebetul la..
Deletesetahun = suku tahun
suku tahun = 90 hari
so kesimpulannya, setahun = 1461 hari..:D
actually tak paham sgt..bahasa yg hang gunakan tinggi sangat untuk budak sekolah macam aku ni nak paham haha
ReplyDeleteselamat ulang tahun yang ke suku tahun H :)
hahaha..itu bukan bahasa tinggi la..itu kena baca and faham dgn imaginasi..:D
Deletebagus H.... pandai bercerita, pandai mengembangkan ayat. makanya blog ini tidak nampak pun seperti berusia baru suku tahun.
ReplyDeletedan minggu depan ckup usia 2 tahun blog sayanakcerita tapi malangnya masih seperti berusia 2 bulan...hehe.. (senyum tawar ni)
alaa..usia tu cuma angka jer kak..kalau ikutkan, 2 tahun tu dah kira cukup lama tau..
DeleteThird.
ReplyDeleteOk. aku syok sendiri. Muda lagi blog ko ni. Dalam ko kata tanak berbasa-basi pun aku rasa penulisan ko stil berbasa-basi.
yeah... hidup capital H.. keh2..:D
ReplyDeletemana aci sambut fantasi2.. grrr. :) tnggu la 2016, bru realitiiiiii. :D heeee
xpe..kita sambut suku tahun pertama jer..hahaha
Deleteselamat ulangtahun untuk blog H.. hehehe... teruskan usaha di dunia blog ni... hehehe
ReplyDeleteerkk..ulang suku tahun la ena..hahaha
Deleteaku boleh jadi 3 suku terus baca entry bunga-bunga suku suki kau ni pakcik -__-'
ReplyDeletekau memang 3 suku pun nana..kahkah
DeleteSalam.
ReplyDeleteHurmm..aku masih teringat lagi template ko yang hijau..yg kena scroll left-right ^_^
Aku takdapun tarikh tuk ingt kewujudan blog aku..baik scra fantasi,hikayat,realiti,mitos, hahaha. *sian aku (-_-)*
Happy anniversary to this blog :)
erkk..1st entry tu kira tarikh lahir blog la..kecuali kalau kau dah delete entry2 lama..:D
DeleteAku memg delete entry2 lama.
DeleteEntry lama smua nya pasal kuiz dgn asgmnt. Blog ak ni wujud sbb pnsyrh ak suh buat. dia suh publish kuiz2 dia dalam tu. heh3. So..1st entry yg ada skrg ni pun, yg tu la ak rsa ak betul2 mula serius terjebak dan menjebak dlm dunia blog ni,miehehe
Sebab tu takdak tarikh..ak taktau nak pilih trkh mana (T__T)
ohoo..lect tu malas nak check on paper kot..tu yg dia suh publish kat blog..sambil2 dia baca blog, dia check kuiz dgn asgmnt skali..heheh
Deleteanggap jer la 1st entry yg skg ni sbgai tarikh lahir blog..hahaha
Selamat ulang tahun blog encik H.
ReplyDeletehurmmm, NAL mula tahu blog H pun disebabkan oleh SKL. NAL ingat lagi tarikhnya, iaitu 19 Januari 2013 bersamaan hari Sabtu. Masa ni kami berada di LCCT, menunggu masa untuk berlepas ke Langkawi.
--> ada kaitan kan komen ni dgn entri ? :p
owh..kawan SKL ke? 19 Januari kira baru la jugak..tapi mmg perasan yg NAL selalu dtg kat sini..:D
Deletebaru setahun tapi dah macam setaraf OTAI dah...
ReplyDeleteerkk..aku noob la TK..-_-"
DeleteH retissss :D ...... k baiiii.
Deleteerkk..apa ni? apa ni? grrrr
Deleteaku tak faham x_x
ReplyDeletesama la..aku pun..>"<
Deletebahasa yang sungguh puitis, mwhehe, ok. selamat ulang tahun yang ke suku tahun? erk..ok, saya pun tak berapa faham jugak..hehe..papepun congrats dan teruskan menulis..=D
ReplyDeletehahaha..ulangtahun yg ke suku tahun tu kira lambat lagi tau nak genapkan usia setahun..:p
Deletelamanya tak datang sini :')
ReplyDeletesama la..lama jugak xdatang sinun..#_#
Deletejadi entry seterusnya akan di mulakan dengan M? hehe...
ReplyDeleteinsyaAllah..rasanya camtu la..:D
Deletejenuh nak cari perkataan .
DeleteM tu akan berakhir dgn huruf apa H ?
mak pun mula berblog pada February juga.
Deletetapi tahun 2009
pensil: M tu akan berakhir dengan huruf T
Deletemak: februari brpa hb? eh besday shinta bila?
entry mase zaman purba dulu serius susah nak hadam. kene ambik kelas sastera.
ReplyDeleteentry sekarang alhamdulillah boleh dihadam sepenuhnya. tahniah sebab ade kemajuan. hihi
selamat hari jadi Capital H...punye blog. zzzz
teruskan berfantasi. yay!
erkk..zaman purba? grrrr..
Deleteterus penulisan dan insha allah leeza akan terus terjah.
ReplyDeleteerrr..tima kasih..maap sebab lama x dtg sana..#_#
Deletehahaha..kira third la tu..
ReplyDeleteaku rasa kalau compare dgn yg dulu, lagi ramai org x faham kot..:D
e-vo-lu-si...hihi. itu memang ketara. dulu aku tak dapat nak hadam, jarang2 dapat hadam dan sesekali je terhadam entry ko. lama2 bila ko semakin retis H.....cara menulis entry pun berubah, kini aku tiada masalah penghadaman lagi. hahahha..
ReplyDeleteteruskan menaip H. aku sokong dari jauh.
tiada masalah penghadaman? guna gaviscon ea? hahaha
DeleteJangan pandang belakang..
ReplyDeleteerks..ada apa kat belakang? :(
DeleteDezee ni pemalas skit nak baca apa post yang Dezee pernah tulis dulu..tapi rasa sama jer basinya..kesimpulannya penulisan Dezee tiada evolusinya..
ReplyDeletehahaha..baca la..best apa baca entry2 lama..imbas balik kenapa kita tulis cerita tu pada masa tu..:D
DeleteSKL ingat lagi memula dtang sni..
ReplyDeleteblog nak kena scroll ke kiri nak baca entry..
fuhh...awesome
btw,,selamat ulang tahun kejadian H..:D
hehehe..tu zaman dolu2..senget ke tepi..:p
Deletehappy belated anniversary to capital-h.my..=)
ReplyDeletedan itu sudah semestinya ucapan kiraan dr fantasi..=P
H xpelaa pndai BM..bleh lar berkias2..
husna nih kalau cerita straight jeee..=D
hahaha..xde la pandai sangat..buat2 pandai jer tu..:p
Delete