Header2

• 28 February 2014 •

Hikayat Hujung Februari

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


* * * * *

Pendahuluan:

Aku nak taip entry ni laju-laju. Sebab kejap lagi aku nak sambung baca novel. Kehkeh. Itu jer intro aku.

* * * * *

Isi Penting 1:

Masa mula-mula dulu, blog ni dicipta sebagai medium untuk aku menginterpretasikan segala rasa yang tak terluah. Terutamanya terhadap NAF. Segala apa yang aku fikir, segala apa yang aku pendam, segala apa yang aku rasa, segala apa yang aku harap, dan segala apa yang entah apa-apa, semuanya aku kiaskan kat sini. Dengan bahasa yang cuma aku jer kot boleh mengerti.

Sampaikan ada yang tak faham. Tak faham apa sebenarnya yang aku cerita kat dalam blog ni.

Tapi itu dulu la. Sekarang NAF takde. Yang ada S jer.

* * * * *

Isi Penting 2:

Sambil-sambil tu, aku selitkan jugak benda-benda yang tak penting. Contohnya eksperimentasi aku terhadap blog, terhadap penulisan, terhadap seni, terhadap kreativiti, terhadap idea-idea di luar kotak, terhadap idea-idea di luar otak, terhadap apa jer la. Aku pelbagaikan kat sini.

Aku buat apa yang dulunya aku tak terfikir nak buat dalam blog-blog aku yang sebelum-sebelum ni.

* * * * *

Isi Penting 3:

Aku tak sangka ada jugak yang nak baca blog ni. Ada jugak yang nak terus ikuti cerita-cerita karut yang aku saji kat dalam blog ni. Sebagai contoh, Syakir Rahman. Walaupun aku tak pernah jumpa dia dan dia tak pernah jumpa aku (errr..maybe dia pernah terrrnampak aku), tapi dia adalah antara orang yang sudi follow, singgah dan jengah entry-entry aku.

Sebagai contoh lagi, beliau. Honestly aku tak sangka, even terharu sikit sebenarnya. Terharu sebab blog entah apa-apa ni diletakkan sebaris dengan blog Buasir Otak, The Other Khairul dan Zack Zukhairi. Terharu. Ya, terharu. Sebab deep inside, aku tahu kat mana tahap blog ni, kat mana tahap aku. And aku tahu yang blog ni hidup segan, mati pun segan tak mahu.

* * * * *

Isi Penting 4:

Ini betul-betul penting. Kopitiam.

Dunia blogging ni menemukan aku dengan geng-geng kopitiam. Siapa sangka. Kelompok kecil yang asalnya masing-masing entah dari celah mana, boleh rapat dan terasa macam satu keluarga. Tak kira la current ataupun former member. Each and everyone of you, korang tahu korang siapa.

Nampak kan dia punya penting tu macam mana? kehkeh..

* * * * *

Penutup:

Sedar tak sedar, antara hari ni dan juga esok, blog ni akan memasuki tahun kedua. Diulangi, ANTARA hari ni dan juga esok. Bukan hari ni, dan bukan esok.

Heh..yang korang baca ayat tu dua kali kenapa?

Kesimpulannya, mesti ada yang tertanya kenapa tajuk entry kali ni bermula dengan huruf H, bukan huruf F macam yang sepatutnya. Errr..yakin jer aku ni. Ke memang takde siapa yang tanya? Hahaha..

Pedulik la, aku nak cerita jugak. Semuanya bermula daripada SINI.

Masa tu aku cadang setiap entry untuk tahun ni bermula dengan perkataan Hikayat. Sebagai contoh, Hikayat Bla Bla Bla, Hikayat Dot Dot Dot dan macam-macam lagi. Masa tu la. Cadangnya. Tapi, kita cuma merancang yer dak? Sampai masa, aku tiba-tiba rasa nak kekalkan dengan konsep tajuk seperti tahun sebelumnya.

* * * * *

Sekian, terima kasih kerana membaca karangan saya.

p/s: walaupun entry ni dah siap pukul 10.10 tadi, saya tetap nak publish pukul 11.59 nanti..kira auto publish la yer tak?

Eh dah la, aku nak baca novel ni. Babai..aummm.


13 comments:

  1. Ak ternampak ni kat entri S tu.. SSA AJM..
    Saya Sayang Awak.. Awak Jangan Marah.. itu ke mksdny H? Hahaha! ko suka dengar lagu tu kn? Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..sebenarnya aku tak suka lagu tu..sebab tu aku letak LOL..:p

      Delete
  2. Mohon luluskan permohonan aku dalam komen entri NAF. Ekekekkeke!

    ReplyDelete
  3. ulangtahun 29 februari?? selamat ulang tahun blog Encik H.

    karangan ko buat aku teringat sekolah...6 perenggan. haha. isi-isi penting kalau ada 10 kalau boleh semua aku nak masuk. semua penting bagi aku. hehe.

    ReplyDelete
  4. hai h...

    saya kopitiam...

    huahua.

    ReplyDelete
  5. Nak sgt jadi budak sekolah.. Haha.. Entry dah mcm karangan..

    ReplyDelete
  6. Eh komen kat atas semua ahli kopitiam.. Wewiittt!

    ReplyDelete
  7. perghh..ko dah sebaris dengan blogger otai H..

    ReplyDelete
  8. aku rasa terharu untuk ko jugak! happy anniversary for blog capital H

    ReplyDelete
  9. sya tak suka buat karangan. masa spm bm dapt B. Selamt ulang tahun blog H..

    ReplyDelete
  10. harhar. tak sangka aku tergolong dalam isi penting 3. terima kasih keledek.

    ReplyDelete
  11. kalau tak silap blog ni la kan yg ada siput babi jalan ke hulur ke hilir tu kan??
    husna try cari entry tp x jumpa..

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top