Dengan nama Yang Maha Menjaga..
Meskipun aku sering klasifikasikan ketidakadilan sebagai suatu perkara hiba, tapi kadang-kadang aku tetap rasa bahawa ketidakadilan bisa jadi perihal yang cukup sempuna. Cukup sempurna bila apa yang aku ingin, aku tak dapat. Dan apa yang aku mahu, aku tak ada. Cukup sempurna bila apa yang aku harapkan ya, tertakdir tidak pada ketentuan Yang Maha Esa.
Seperkara yang aku harapkan ada ialah dia, dimana takdir masa kini menjurus kepada tiada. Dan pada akhirnya, aku belajar faham, aku belajar terima, aku belajar relakan hilangnya dia bersama masa. Aku cuba cipta hubungan baru, dengan harapan, aku bisa sirnakan dia dari kotak kenangan jiwa.
Seraya aku sedar, rupanya aku pun menjalani norma ketidakadilan yang sama. Adalah tidak adil kepada kamu, bila mana ingatan aku masih berpaksi kepada dia. Adalah tidak tara kepada kamu, bila saja pandangan aku masih tertumpu kepada dia. Adalah tidak telus kepada kamu, bila segala rasa yang aku ada tetap berpihak kepada dia.
Jujur aku katakan, kebelakangan ini aku sering teringat kepada dia. Jangan tanya kenapa, kerana aku tiada jawapan nyata. Apa yang pasti, itu adalah apa yang aku sendiri rasa. Dan akhirnya, panggilan yang diterima genap 48 jam sebelum terbitan ini dicipta, buatkan aku terlebih cukup dari gembira. Sehingga kini. Biarpun harapan masih kekal sebagai tiada.
Dia, bagaikan suatu dimensi inderaloka.
Sungguh, kalau ini adalah ketidakadilan yang perlu aku terima, maka ini merupakan ketidakadilan yang cukup sempurna. Dan aku harap, kamu tak akan alami legasi ketidakadilan yang sama.
Wuuuu, best entry kali ni. Sebutan akhir sama je semuanya.
ReplyDeleteTapi, okonomiyaki? Err, pancake?
Anyway,
Semoga tabah dengan ketidakadilan yg perlu di terima!
Yup2..okonomiyaki is panceke..pernah makan ke? hehehe
DeleteInsyaAllah..ini ketidakadilan yg cukup sempurna..:)
Eh, yang pertama komen lah!! Pedulik ahh busuk ke tidak. Pencapaian ni!
DeleteHeee, tak penah. First time tahu. Haha! Benda baru lagi 'dapat' dari blog ni xD
sedap..siyes sedap..try cari kat jusco..rasanya kat jusco jer ada jual okonomiyaki..:D
Deleteini tidak adil..ajinomoto
ReplyDeleterasa macam ko nyanyi lagu yuna pulak..hahaha
DeleteLagu yang sesuai utk entri ko kali ni adalah lagu "Untuk Dia" Najwa ft Sleeq. Hahahaha.
ReplyDeletehoh..xdak lagu len ka?
DeleteAda tapi aku hanya mencadangkan yang paling sesuaiiiii...Haahahaha.
Deletesekarang telinga aku dah boleh hadam la lagu Untuk Dia tu..much better kalau compare dgn lagu tagging-tagging poking-poking..much better jugak berbanding lagu ainan tasnim..hehehe
DeleteOkeyy apa lagu Untuk Dia tu. Enjoyy je aku dengar. Ahaha! Kalau kau stress, kau tukar lirik dea jadik Untuk Liyaa, Untuk Liyaa. Mesti kau happy hari2 nak nyanyi lagu tu. Kahkah! :D
Deleteerks..kalau aku cina, aku akan nyanyi macam tu..untuk liyaa, untuk liyaa (pelat)
DeleteIngatkan buat entri pasal ekonomi tok ki. hehehehe
ReplyDeleteerkk..ekonomi sendiri pun tak menentu, mmg xdapat la nak jaga ekonomi tok ki..:D
Deletehaha, mana lah tahu kan.. kot tetiba jadi akauntan tok ki masa raya ni.. hehehhee
Deletekalau semua dapat
ReplyDeletetak meriah plak hidupnya, sbb tu bagi cabaran sikit
itu la yg bestnya bila kita tak dapat apa yg kita nak..hehe..sesuatu tu akan jadi positif bila kita cuba pandang dari sudut positif..kot..:D
DeleteSemuga rasa kepada 'dia' dapat dilenyapkan walaupun sukar atau memakan masa lama demi memastikan 'kamu' mendapat keadilan haknya suatu hari nanti. Kalau tak boleh lenyap pun, mungkin itu ketidakadilan yang sempurna yang tertulis untuk dirasakan oleh 'kamu' sebagaimana kau, 'dia' dan semua orang juga rasakannya :D
ReplyDeleteMasalah utama ialah apabila aku sendiri sejujurnya tak pernah ikhlas untuk lenyapkan dia..:D
DeleteIkhlas tu susah untuk diukur. Yg penting kau cuba untuk tak pentingkan diri sendiri. Cuba ya H! :D
Deletesebab tak nak pentingkan diri sendiri la yg buat aku rasa keberatan nak teruskan apa yg macam dah ada..
Deletebut then, at least aku cuba..:D
biarlah dia dgn kehidupan yg sedia ada., kasian pada 'kamu' itu, x adil rasanya, simpan dia dlm hati buat kenangan peribadi. hari mendatang lebih baik buat kau H :D
ReplyDeletetu la..x adil kepada kamu..tak adil kepada kami..hukhuk..mintak serai la samni..:p
Deletemintak serai ke cerai bhahaha
Deletemintak serai la..serai salak satu..kahkahkah
Deletekahkah sumpah ko mmg pelat H hahaha. tarik lidah ikat kat pokok nak? XD
Deletenanak!! :[
Deleteseronok mmbaca walau tak hadam sepenuhnya..haha
ReplyDeleteyg pasti, pencake sedap!! haha :D
sebab tu tajuk dia okonomiyaki..:D
Deleteharapan untuk 'dia' diikhlaskan agar dapat dipalingkan menjadi sebuah kenangan. harapan untuk 'kamu' diberikan peluang agar tercipta kenangan baru. harapan untuk 'encik H' dipermudahkan untuk menerima segala ketidakadilan.
ReplyDelete:)
harapan untuk kekalan~ hanya tinggal igauan~ (lagu ukays)
Deleteoh H, sila berlaku adil ok. huhuhu..
ReplyDeleteinsyaAllah..:)
DeleteBeb, hari tu kau tanya aku macam mana nak buat "My Recnt Post" kat entri tu kan?
ReplyDeleteBak meh email kau. Aku dah ingat dah mcm mana nak buat. hehe
err..okey2..nanti aku bagi email..
Deletewoww.. smoga sntiasa ceria H! :D
ReplyDeleteInsyaAllah..I'll always be..:D
Deleteberharap untuk dapat 'dia' jugak dalam hidup.
ReplyDeletehmmmm
*haii hechhhhhh
hai chemay..lama x nampak..:D
Delete