Header2

• 26 August 2012 •

Diari Romadon Kawan Rafiq

Kisah ini bermula pada hari Rabu - 15 Ogos 2012 bersamaan dengan 26 Romadon 14...14...14...jap tanya Chuu..okey, 26 Romadon 1433H. Aku tak ingat aku balik kerja pukul berapa. Tapi petang la. Sebab biasanya petang-petang memang aku selalu balik kerja.

Bila sampai kat rumah, sebelum naik tangga, aku tengok ada sampul surat kat atas meja. Aku syak semua ni mesti Chuu Muqhlis punya kerja. Sebab sebelum ni beliau ada tanya alamat, nak pos kad raya gamaknya. So bila jer nampak sampul tu, aku terus koyakkan dengan rakus. Maklumlah, kan masa tu tengah puasa. Jadi aku agak pantang sikit kalau ada benda-benda yang berkaitan dengan berbuka ni. Laju jer aku bukak, kot-kot ada disertakan kuih raya.

Cadangnya aku nak buat suprise jugak. Nak scan pastu upload kat blog. Jadinya, aku tipu Chuu Muqhlis, kononnya kad raya beliau masih belum sampai. Dengan harapan, bila aku dah upload dan beliau dah baca, beliau akan kata lebih kurang begini taipnya, “Eh? Kad raya guwa dah sampai ke? Sukanya! Sukanya!”.

Tapi...tapi apa? Tapi Khamis 27 Romadon tu, aku kesuntukan masa. Pagi bila sampai kat tempat kerja, aku kena bereskan kerja. Kemudian ada sedikit aktiviti repair kereta. Malam sebelumnya kereta aku kena langgar masa nak parking. Kemudian lepas repair kereta, dalam kul 1.00 petang aku derak balik JB. Comel kan taip perkataan derak? Kahkahkah. Diam!

Kononnya masa kat JB, aku nak buat la 1 entry pasal raya. Sekali internet kat kampung rosak pulak. Maka aku cutikan diri selama seminggu. Oh ya, aku beli baju raya baru. Warna ceklat. Baju tu aku beli sebab butang dia cantik. Kemudian lepas sembahyang sunat hari raya, aku melepak kat rumah melayan anak sedara. Selain melayan anak sedara, aku tengok TV. Cop, korang tengok iklan raya Aaron Aziz kan? Haa..camtu la aku. Macam Aaron Aziz..:|

Selain daripada tu, aktiviti raya aku ialah berkunjung ke rumah saudara-mara, ziarah kubur arwah mak & arwah adik, main geletek-geletek dengan anak sedara, main game kat laptop (maklum la, internet takde), main game kat henset, baca mesej payeh (raya ni aku tak balas mesej sape-sape kecuali Dato’ How. Itu pun sebab dia Dato’).

Rutin aktiviti itu la yang aku buat selama bercuti raya. Kemudian tadi aku hantar adik aku kat tempat belajar dia. Bapak jauhnya. Pastu balik semula kat rumah, packing balik barang-barang aku masuk dalam kereta. Dalam pukul 3.00 petang tadi gerak semula balik Kuantan. Aku sampai dekat-dekat pukul 8.00 malam. Alasannya sebab aku banyak kali berenti kat stesen minyak.
Hujan + Aircond Sejuk = Rasa Nak Buang Air
Sampai kat rumah, aku terus bukak blog. Cis, ingatkan ada la yang rindu kat aku. Rupanya tak hade! So dikesempatan ni, aku ucapkan selamat hari raya kepada semua. Aku tak pernah jumpa kalian semua (kot). Jadi aku kira, tiada sentuhan zahir antara kita. Makanya, aku minta maaf batin sahaja. Maaf kalau segala apa yang pernah tertera buat kalian mungkin terasa.

Aku baru jer scroll ke atas. Mak aih, panjangnya. Rasa macam buat cerpen pun ada. Hahaha. Oh ya, entry ni sebenarnya mengarut jer. Tak ada pengisian pun. Aku cuma nak ucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Untuk Segalanya. Itu jer :)


30 comments:

  1. pertama?

    harhar kau byk sebut nama aku :))
    tp kau belom mintak ampun sebab tipu aku haha.
    oh ye, kereta kau kena lnggar? kau x pape kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yg pertamanya?

      hahaha..aku tau kau maafkan aku..kan kan kan? keta aku kena langgar sikit jer..aku tak apa2..

      Delete
    2. aku ingt aku komen 1st hahaha

      Delete
    3. hahaha..miss purple dah amik no awal2 tadi..:D

      Delete
  2. Replies
    1. salam..salam..salam lebaran missha :)

      Delete
  3. Hahahaha! Beli baju tu sebb butang dia cantik? Serius kelakar xD

    Salam Lebaran juga, Encik H! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. err...butang dia double2..x macam butang baju melayu yg biasa..:D

      Delete
  4. Buang karen je aku excited lebih-lebih baca entri hang nih. ahaha

    Salam Lebaran minal Aidin Wal Faizin, Mr H. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..aku pun nak buat entry pasal raya jugak..bagi can la..:p

      Delete
    2. ekekeke. Buat la open house, atau open blog ke.. baru namanye raya. hehe :P

      Delete
    3. tahun dpn baru aku buat open blog, insyaAllah..tahun ni bajet x cukup..

      Delete
  5. lol..skali tgk tajuk ko eksited plak aku sebab ada nama yg sama dengan nama aku..ekeke..lama cuti bro..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg nama ko pun..haha..cuti lama tp kat umah jer..sbb aku jenis jrg2 balik jb..

      Delete
    2. hahaha..takpela..takda sapa pon tau nama aku lagi..hehe..

      lai2 komen sikit entri baru aku bagi pendapat..aku tengok orang cam takut2 je nak komen..hahaha..trafik cam biasa je..komen kureng plak.adehh.hahaha.

      Delete
    3. errr..semalam aku ada bukak blog ko..tapi entry byk sgt..kena amik masa nak baca satu2..

      Delete
  6. Entri ni takde nama aku. Ok, bye!

    ReplyDelete
  7. Tajuk dah macam drama raya kat tibi pun ada. Haha!

    Tuhari masa 1st baca entry ni, aku salah paham part Aaron Aziz. Aku igt kau mengedog diri sendiri dgn mengatakan muka kau macam Aaron Aziz, rupanya style beraya kau yg macam Aaron Aziz. Hahaha! Naseb bek aku dah tak salah faham sebelum komen kat sini. Kalau tak, mesti aku yg dingedog balek (d)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak2..aku memang nak bgtau yg muka aku macam Aaron Aziz..kahkahkah

      Delete
    2. Maknanya, kau yg dah salah faham dgn diri kau sendiri. Ahaha!

      Delete
    3. eh mana ada salah faham..aku yakin tau..hakhak

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top