Header2

• 13 August 2012 •

Never Say Never

London 2012 bakal melabuhkan tirai dalam masa beberapa jam lagi. Tamat sudah episod Sukan Olimpik. Untuk Malaysia, cuma 1 Perak (bukan negeri), 1 Gangsa (bukan itik besar) dan tiada Emas (bukan masa). Secara jujur, aku agak kecewa. Pada aku, Lee Chong Wei patutnya menang selepas dah leading 18-16 pada set ketiga. Tapi tu la, last-last kalah juga. Dah takde rejeki, nak buat macam mana..

Dulu masa kecik-kecik, aku pernah tertanya-tanya. Kenapa agaknya dalam acara marathon, peserta terakhir masih berlari meskipun semua orang dah jauh meninggalkannya. Masa tu aku bukannya pandai sangat pasal semangat kesukanan ni semua. Aku fikir, kalau kau dah ketinggalan jauh dan terus terang kau takkan berjaya, then kau nak terus berlari lagi untuk apa? Buang masa jer. Baik kau berhenti, duduk kat tepi, minum air dan hilangkan dahaga..

Lama-kelamaan baru aku sedar. Mereka membawa maruah. Mereka membawa nama. Nama mereka dan nama negara. Apa yang mereka nak tunjukkan adalah usaha, walaupun harapan untuk mereka terlalu hampir kepada tiada. Dan aku kira, itu adalah apa yang penonton mahu sebenarnya. Sebab tu penonton tetap beri tepukan. Tepukan pada insan yang terus berlari meskipun keseorangan..

Ingin aku kongsikan 1 video tentang Sukan Olimpik - Barcelona 92. Oh ya, waktu ni aku belum lahir yer. Aku lahir tahun 1996. Kahkahkah! Ehem..video ini tentang apa yang dinamakan "Jangan Berputus Asa". Harapnya aku, dia, kamu dan kita tak akan mudah berputus asa sebelum tertulis takdir Yang Maha Kuasa.



p/s: salah satu lagu yang aku suka, bila aku tengah berduka.
Spider - Jangan Kau Berputus Asa.




67 comments:

  1. Replies
    1. yeay..SKL musuk..hahaha

      Delete
    2. part marathon then ada peserta kena tggal jauh tuh, aku tersentap kejap..hahha..aku lettew...tapi,still aku terus lari sampai ke garisan penamat..
      sebab kalau stop sebelum tu aku rasa loser sesangat.

      Delete
    3. yeahhh..jangan putus asa..go girls!!

      Delete
    4. kisah lama ja tuh..

      err...tahun 1996lah kononnya ya...X_X

      Delete
    5. yup2..lahir tahun 1996 #_#

      Delete
    6. ah..usah kau menipu situ..

      Delete
  2. demn lewat beberapa minit jer...sigh

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lagi..peluang jadi busuk masih terbuka dalam entry2 seterusnya..hahaha

      Delete
    2. moga berjaya menjadi busuk utk entry yg seterusnya..hahaha

      Delete
    3. yup2..Don't give up!! kahkahkah

      Delete
  3. yeahh. dun give up ! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berjaya nak jadi yg busuk, sbb mmg wangi :D

      Delete
    2. yeah..dont give up..hehe

      ehem2..jgn menipu bulan2 puasa ni..grrrr :p

      Delete
  4. indeed:)hari2 adik aku bukak tibi 1 nk tgk olimpik ni..akhirnya habis jugak,hehe.. aku 97 ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..mungkin itu la apa yg fmly aku rasa bila dulu2 aku asik nak tengok sukan kat tv1..:D

      Delete
  5. dont give up..hoyeah :)

    i lahir tahun 2000..bhaha :D

    ReplyDelete
  6. tudiaa..ni kalau duk skali dgn encik H konfem awal2 lg dah ptah smangat..haha..

    *husna pon 1993..1996 baya adik dah tuu.-.-'

    ReplyDelete
    Replies
    1. patah semangat sebab kena gelak ke? hahaha

      sbb tu la H panggil Kak Hus..:D

      Delete
  7. aku sbaya payeh barangkali..lahir 1995..

    ReplyDelete
  8. hahaha, samalah, dulu salu gelakkan org yg ketinggln kt blkg,

    tp sekarang, baru gua sedar, depa bermaruah dan menjujung nama negara di batu jemala depa :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..dulu kalau kat skolah, siapa yg last tu kompem2 kena boo..memang rasa hina jer tu..target dapat 2nd last pun jadi la, asalkan bukan yg last..kahkah

      Delete
    2. Ayat kau atas ni aku terasa. Mmg betul. Grrr~

      Naseb bek dulu masa aku lari tu ada sorang dak tu gemuk. So aku yg kurus ni berjaya gak r dpt 2nd last. Aku pura2 je berlari dgn penuh semangat padahal dah tau aku mmg corot punye. Kahkah!

      Delete
    3. hahahahhahaha..tak sangka pulak kau boleh terasa..

      aku dulu pernah masa kat sekolah jugak, jatuh tersungkur kat finishing line..masa tu memang aku tengah 2nd or 3rd..maksud aku, 2nd or 3rd last la..hahaha

      Delete
  9. Ahhh, suka dengan ayat2 dalam perenggan ketiga tu! Haha, sangat betul dan bermakna kott.

    Eh, 1996? :p Sepp. Hahahaha!
    Wehhh, sedih video tu T.T Part ayah dia join sekalii. Waaaa!
    Tersentuh men-tengok-nya! :|

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..perenggan ketiga tu pasal someone yg lonely..lari sorang2..perlukan support utk terus bertahan..lebih kepada signifikasi kehidupan jugak sbnrnya..:)

      yup, sedih part ayah dia join sekali, plus bila dia menangis kat bahu ayah dia..rasa mcm hiba jer..tapi tu la, at last masa official result, dia dapat DNF (Did Not Finish) sebab dia dibantu utk ke garisan penamat..

      Delete
    2. Tsk Tsk Tsk. Bila fikir balik. Haih. Mesti lonely gila diorang. Mesti rasa terbeban gila diorang dengan bawa nama negara. Sigh.

      Waktu dia nangis kat bahu ayah dia, and ayah dia tepuk2 belakang dia. Waaaaa, syahdu gilaaa. Rasa nak nangis T.T Di bantu ke garisan penamat pon takpela. As long as dia tamatkan race tu! *shed tears* Haha

      Anyway, thanks for sharing Encik H. First time tahu menahu pasal video ni. =.= Heh

      Delete
    3. hehehe..actually jumpa video ni masa tengok video tikus makan cheese tu la..:D

      Delete
  10. pehh. syahdu lak aii tgk die nanges. wuwuuu.

    gua kagum dengan semangat die. *sedang tabah*

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..semoga ko pun tabah dgn life ko..:)

      Delete
  11. yup btl, jgn sesekali berputus asa selagi blm berusaha.. mengigatkan ku pada diriku 3 thn lepas... now i can smile... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr...errr...3 tahun lepas kenapa? apa yg dah jadi?

      Delete
  12. First tyme aku tgk video ni bebape bulan lepas. Mmg tacing gila sbb masa tu tgk kat skrin besar. Aku bebetul tacing & dapat rasa kekecewaan dea. mmg hiba gila.

    Betul, moralnya, don't ever give up. Tapi, absolutely, bukan mudah :|

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku ada la buat research sikit pasal Derek nih..drpd apa yg aku baca, dia memang selalu injured..then memang dia byk train just utk olimpics tu..

      aku rasa aku boleh kot bayangkan keadaan masa tu..bila dia dah dah berlatih, dah usaha, then at last dia gagal..sedih gila kot..mungkin sebab tu dia cuba jugak nak tamatkan larian..:|

      Delete
  13. ingatkan lagu justin bieber.

    err tak suka tengok sukan. >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..biasa la..tajuk mesti nak fancy..kahkahkah

      Delete
    2. mana pegi H? dah raya ke? hikkk

      Delete
  14. ahahahah. AKu tak sempat nk tonton olimpik atau LCW.. bz dengan kerja.. huhhu. Maruah negara, diri atau apa sahaja.. itu penting.. =)

    ReplyDelete
  15. ehh, kta sma la.. sy pn lahir 1996.. haha.. chong wei da cuba sedaya upaya, dh nasib dia dpt perak.. huhu.. sian kat dia..

    btw, video tu taching laa.. :'( uwaaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebaya la kita rupanya..kahkahkah

      kdg2 rasa semangat bila tengok video nih..sbb true story kot..huhu

      Delete
  16. penah gak tgk video ni mybe second but still rase sedey tgk vid ni, wlaupon tujuan utama vid ni nk bg smgt kt org, btw smgt dy tu mmg ptot jd contoh, rawrrr!

    ReplyDelete
  17. tak abes-2 ngan ko punye 1996 tu :|

    ReplyDelete
  18. semangat jangan berputus asa memang penting....dalam sukan dan dalam hidup tiada sesiapa yang gagal melainkan orang yang berputus asa sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahh..betul2..lagipun ada beza gagal lepas cuba dan gagal sebab putus asa..:D

      Delete
  19. muda lagii rupe nyee.. hihihi

    ReplyDelete
  20. pakcik H, slamat hari rye!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. err..pakcik H ada kat kampung..dia xsempat baca wish ni..hehehe

      Delete
  21. nilai usaha itu lebih jauh bermakna daripada nilai result..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 akan dtg nnti dpt keje kat Nilai..insyaAllah..

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top